Saturday, May 25, 2013

Pengerusi SPR & Timbalan Didesak Letak Jawatan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar didesak meletakkan jawatan berikutan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak ada tolak ansur dalam penipuan pilihan raya, apatah lagi SPR memaksa rakyat menerima sahaja keputusan yang diumumkan.

"Kita ada bukti peti undi hilang ada. Kita ada bukti orang asing mengundi. Kita ada bukti (wakil parti) tak boleh pantau. Sebab itu kita mesti tuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan serta merta," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar menjelaskan, sistem pilihan raya dikendali SPR membolehkan manipulasi dan muslihat termasuk dari 500,000 undi pos polis, tentera, petugas SPR dan pengamal media di seluruh negara.

Justeru, Anwar menyeru kepada pihak yang mempunyai bukti termasuk anggota polis, tentera, petugas SPR dan orang awam untuk membuat laporan polis dan menyerahkan salinan di mana-mana pejabat parti Pakatan Rakyat.

"Mulai pagi esok (hari ni), kalau boleh orang-orang yang bekerja dengan SPR, yang ada integriti buat laporan kepada polis. Tidak salah dan tidak susah. Kalau buat begitu, dengan sendirinya menjawab persoalan (yang dibangkitkan) Umno," kata Anwar.

Pilihan raya semula dikawasan berlaku salah laku

Dalam pada itu, Anwar turut mendesak pilihan raya diadakan semula di hampir 30 Parlimen yang berlaku salah laku sepanjang proses pilihan raya pada 5 Mei lalu.

"Kita tuntut pilihan raya semula di 30 parlimen. Dia (SPR) rampas hak kita. Maruah kita dicabar. Hendak terima dengan sabar? Sudah sampai ketikanya rakyat mesti bangkit.

"Dunia sedang memerhatikan Malaysia. Ia masih belum selesai. Biar rakyat tentukan wakil mereka yang sah," tegas Anwar.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli melalui pasukan Siasat PRU-13 mendedahkan 237 aduan salah laku dan penyelewengan pilihan raya di 27 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Enam kesalahan pilihan raya dikenal pasti termasuk pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula dan pengundi disyaki warganegara asing diberikan kad pengenalan dan mengundi. -KD
xxx2

Komen Anda

10 Responses to " Pengerusi SPR & Timbalan Didesak Letak Jawatan "
mantera said...
May 29, 2013 at 11:21 AM

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan tidak ada keperluan untuk beliau dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof melepaskan jawatan yang disandangnya kini seperti yang didesak pemimpin parti pembangkang.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:21 AM

Malah, Wan Ahmad berkata pelantikan tersebut terletak di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:21 AM

Justeru tidak timbul soal sama ada beliau atau pengerusinya Abdul Aziz perlu melepaskan jawatan tersebut semata-mata bagi memenuhi kehendak pakatan pembangkang.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:21 AM

Katanya lagi, kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa buah negeri seperti di Selangor, PulauPinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR telah menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:21 AM

Kenapa kita perlu letak jawatan kerana kita (SPR) telah menjalankan pilihan raya dengan betul dan diterima rakyat.

"Kita dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, kalau YDPA titah kita letak jawatan lain ceritalah," tegasnya.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:22 AM

Pembangkang yang kata kita buat pilihan raya tidak berjaya tetapi seluruh dunia dan negara mengiktiraf pilihan raya yang SPR lakukan dan negeri yang mereka (pembangkang) perintah pun mereka iktiraf kemenangan mereka sebab itu cepat-cepat mereka terima keputusan dan angkat sumpah menjadi kerajaan negeri," katanya kepada Antarapos.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:22 AM

Mengulas lanjut, Wan Ahmad menyifatkan desakan parti pembangkang itu sebagai tidak munasabah sekali gus cubaan melanggari sistem perundangan dalam negara.

"Sejak dulu lagi mereka akan mencari alasan bila kalah pilihan raya, bila menang pilihan raya mereka terima bila kalah tidak terima. Salah dari segi perlembagaan," ujarnya.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:22 AM

Wan Ahmad juga turut menempelak pemimpin pembangkang yang tidak berpegang kepada prinsip dan mencabar semua pemimpin PR yang menjadi ahli Parlimen agar tidak hadir untuk upacara angkat sumpah pada 24 Jun nanti sebagai bukti membantah keputusan PRU13 seperti mana yang dicanang kepada rakyat.


mantera said...
May 29, 2013 at 11:22 AM

Pucuk pimpinan pembangkang tidak tunjuk tauladan yang betul kepada ahli-ahli mereka.

Parlimen angkat sumpah nanti, untuk mengambil kerusi di Parlimen 24 Jun, saya nak tengok mereka (pembangkang) ini akan hadir mesyuarat Parlimen untuk angkat sumpah atau tidak," tambahnya.


iruz siwara said...
June 10, 2013 at 4:16 PM

tunggu rakyat akan bangkit lawan penipuan.tiba masanya kmu penipu akan tahu padahnya. jangan banyak dalih.bantah dakwattdak kekal suda jelas bukti masi tdak ngaku tpu?


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx