Tuesday, May 28, 2013

Tiada Pertandingan Dalam Umno Tahun Ini?

Semalam bekas seorang menteri Umno menelefon saya. Sudah lama bekas menteri ini tidak menghubungi saya. Sebelum ini kerap juga menghubungi saya dan kami bertemu di Bangsar untuk minum tea tarik dan sambil berbual fasal politik tanah air.

Kerana lama tidak menghubungi saya dia agak 'semen' sedikit. (Semen ialah malu-malu). Al maklumlah lama tidak bersembang. Satu masa saya pernah mengkritik teruk bekas menteri ini sehinggakan dia terasa hati dengan saya dan mengambil tindakan undang-undang. Saya bukan seorang yang apolegetik mengenai sesuatu kebenaran. Saya akan kata (kritik) sesiapa juga hatta kawan baik.

Saya melayan panggilan semalam semesranya untuk menghilangkan rasa semen itu. Itulah yang kita perlu lakukan bila seseorang yang telah lama tidak menghubungi kita. Cuba tunjukkan kita masih seperti dulu dan menerimanya seperti tidak ada apa-apa. Itulah cara untuk menghubungi semula ukhwah agama.

Mauduk dia menghubungi saya hanya satu hal saja, untuk mengetahui apakah berlaku perlawanan di dalam Umno. Dia mahu tahu apakah Muhyiddin Yassin akan cabar Najib Razak untuk jawatan Presiden Umno. Itu sahaja. Bagi orang politik seperti dia yang kini saya lihat banyak menjadi pemerhati dan menulis, perkara itu penting. Ia boleh dijadikan bahan tulisan.

Saya memberi pandangan mengikut apa yang sara fikirkan ke atas persoalan bekas menteri itu. Bagi saya Umno akan cuba elakkan berlaku perlawanan untuk jawatan penting dalam perhimpunan akhir tahun ini. Najib Razak akan berusaha untuk memastikan kedudukannya tidak dicabar. Dalam erti kata lain pendekatan kompromi untuk semua jawatan akan dilakukan.

Najib akan menjadikan 'kekalahan' Umno sebagai alasan untuk tidak bertanding di antara satu sama lain. Dan ahli Umno juga faham mengenai kedudukan Umno hari ini sebagai parti tunggak kepada BN. Walaupun Umno masih boleh berbangga dengan prestasinya tidak berubah, tetapi kubu kerajaanya semakin hari semakin menipis. Kekalautan di dalam Umno boleh menyebabkan kubu BN akan romboh dan UBN akan hilang kerajaan.

Kebangkitan dan kemarahan orang Cina kepada Umno juga menjadikan penyebab kenapa pertandingan tidak akan berlaku. Saya percaya orang Umno yang mengidam untuk memegang jawatan akan insaf dan mereka akan berpadu bagi mengukuhkan Umno.

"Oh you fikir tidak akan ada perebutan jawatan?" tanya bekas menteri itu sambil menyambung dengan bertanya macam mana dengan Mahathir Mohamad.

Saya menjawab Mahathir akan menghentikan sekejap kerja-kerja jahatnya menghasut orang akan membuat kacau dalam Umno, di sini untuk mencabar Najib. Apa yang dilakukan kepada Abdullah Ahmad Badawi dulu tidak akan dilakukan kepada Najib. Mahathir akan mengurangkan tuntutan peribadinya kali ini.

Mudah saja alasannya kenapa Mahathir akan mendiamkan diri, kerana hajatnya untuk meletakkan anaknya Mukriz sebagai Menteri Besar Kedah sudah pun tercapai. Mahathir juga akan berfikir masakan dia akan mendapat dua kejayaan dalam satu malam.

Hajat ini saya lihat cukup senang dicapai Mahathir. Mahathir tahu dia perlu rihat seketika untuk terus membuat kacau. Dia perlu membina anaknya menjadi MB Kedah dan menggunakan pengaruh MB Kedah untuk memperkuatkan kedudukan peribadinya bagi persiapan mencuba jawatan lebih tinggi dua tiga tahun mendatang.

Saya mengira Mukhriz tidak akan bertanding dan dia akan berpuas hati dengan jawatan MT yang akan diperolehi secara automatik selaku MB Kedah. Atau kalau pun dia bertanding tidak untuk jawatan Ketua Pemuda sebagai menebus kekalahannya ditangan Khairy Jamaluddin. Untuk jawatan Naib Presiden belum masa lagi, sudah pasti Mahathir menaihati anak jantanya itu tunggu tiga tahu akan datang. Umum sudah tahun enjen politik Mukhriz ialah Mahathir.

Tiga tahun akan datang (2016) sudah tentu Mukriz akan melonjak ke kerusi Naib Presiden dan jika menang dia akan terus mencuba ke jawatan timbalan presiden sebagai persiapan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kejayaan UBN dalam pilihan ke-14 kelak sangat menentukan nasib dan masa depan Mukhriz sama ada sempat menjadi TPM atau pun tidak. Dan ingat cita-cita akhir Mahathir ialah untuk melihat anaknya angkat sumpah sebagai perdana menteri.

Tampaknya bekas menteri berkenaan bersetuju dengan pandangan saya itu.

Bagaimana pun bila bercakap fasal pertandingan di dalam Umno, untuk jawatan Naib Presiden ia tidak dapat dielakkan. Kedudukan tiga naib presiden sekarang ini, Ahmad Zahid Hamidi, Shafei Afdal dan Hishamuddin Hussein tidak begitu selamat. Rasanya tidak ada kompromi untuk jawatan ini.

Bekas-bekas calon sebelum ini atau tokoh yang pernah mencuba seperti Khalid Nordin, Mustaspa Mohamed akan mencuba untuk menduduki salah satu dari kerusi nombor tiga itu. Ada pun bekas calon seperti Abdul Ghani Othman dan bekas calon yang dipaksa tarik diri untuk jawatan timbalan presiden, Ali Rustam tidak akan menawar diri untuk apa-apa jawatan ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya lalu.

Dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini sudah tentu orang seperti Muhyiddin akan menunjuk seseorang untuk menjadi calon popular dengan harapan kedudukan Zahid akan tersingkir. Zahid perlu menyedari perkara ini di mana kedudukannya buntuk kerusi Naib Presiden sangat bahaya berbanding dengan Hishamuddin dan Shafei Afdal. Hishamuddin dan Shafei Afdal bukan calon untuk timbalan presiden bagi mencabar Muhyiddin di masa akan datang.

Menyimpulkan persoalan bekas menteri itu saya menegaskan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Begitu juga untuk jawatan ketua pemuda. Dengan perlantikan Khairy sebagai menteri ia merupakan isyarat jelas dari Najib yang mahukan Khairy kekal sebagai ketua pemuda. Lagipun belum sampai sebulan menjadi menteri, Khairy sudah mula menunjukkan 'kebisaan'nya sebagai menteri belia dan suka.

Oleh Mohd Sayuti Omar
xxx2

Komen Anda

53 Responses to " Tiada Pertandingan Dalam Umno Tahun Ini? "
Anonymous said...
May 29, 2013 at 10:15 AM

Semalam kita terbaca kenyataan Mahathir yang tiada siapa yang berkelayakan untuk mengganti Najib walaupun sebelum itu beliau berpendapat berlainan. Sebelumnya Mahathir pernah menyatakan yang Najib perlu diganti jika prestasi BN dalam PRU13 yang lalu lebih lemah daripada PRU12 pada 2008 dahulu. Semalam Mahathir mengaku pula yang tidak ada yang layak untuk menggantikan PM Najib. Sekaligus ia memberi makna yang Muhyiddin tidak layak untuk menggantikan Najib walaupun BN telah menunjukkan prestasi terburuk dalam mana-mana PRU yang lepas-lepas.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 10:16 AM

Jika dicari pengganti di kalangan MT yang ada, sememangnya tiada pengganti untuk Najib kerana menggantikan Najib dengan sesiapa di kalangan pimpinan dalam MT itu, ia bukanlah satu perubahan. Semua mereka itu seperti yang selalu saya sebut, datang dari acuan yang sama. Dari Abdullah, Najib dan sesiapa sahaja di kalangan mereka dalam MT UMNO itu menjadi pewaris kepada kepimpinan hari ini, keadaan dan ‘environment’ politik negara tidak akan berubah. Keadaannya akan sama sahaja.

Apa yang dikatakan oleh Mahathir itu betul. Tetapi jika UMNO mahukan perubahan, parti itu perlu mengalihkan ‘ambience’ politik jauh dari keadaan sekarang. Maksudnya UMNO perlu memilih mereka yang dari luar MT itu. Jika ini tidak dilakukan maka UMNO tunggu sahajalah ketentuan yang akan dilakukan oleh rakyat dalam PRU14 yang akan datang. Itu tidak akan dapat dielakkan.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 10:17 AM

Pandangan buruk rakyat terhadap UMNO dan BN tidak dapat diubati lagi. Sekarang sudah sampai satu tahap jika pimpinan UMNO bercakap benar pun sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dengan sepenuhnya. Stigma negatif yang sedang melekat di batang tubuh UMNO itu sudah tidak boleh dihilangkan lagi.

Justeru apa yang dikatakan oleh Mahathir itu ada kebenarannya, yang tiada siapa yang berkelayakan menggantikan Najib kerana mereka di sekeliling Najib dan MT UMNO itu adalah serupa PM Najib juga. Maka tidak payahlah diganti jika ada pihak hendak menggantikan Muhyidin dengan Najib. Jika UMNO serius hendak berubah orang yang paling sesuai untuk diberikan kuasa itu adalah ‘council of elders’ dan mereka yang ada pada hari ini terpaksa berkorban dan mengundurkan diri.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 3:38 PM

pandangan dari seorang yang tak popular lagi.dah pencen


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:30 PM

Delegasi asing ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 berkata rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana mempunyai UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara ini yang terbukti mampu membawa banyak kejayaan kepada negara ini.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:31 PM

Mereka mengambil maklum bahawa UMNO dan BN sentiasa komited terhadap proses pembinaan negara Malaysia, membolehkan negara melakar kejayaan memberangsangkan yang membawa pelbagai manfaat kepada rakyat.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:31 PM

Dalam reaksi kepada ucapan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO, seorang wakil dari New Azerbaijan Party, Malahat Ibrahimgizi, berkata Malaysia tidak akan mencapai kestabilan politik dan sosial serta mengekalkan perpaduan tanpa pegangan teguh UMNO terhadap keadilan dan kesamarataan.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:32 PM

"Terbukti bahawa UMNO sememangnya parti yang komited ke arah pembinaan negara dan pengukuhan demokrasi," katanya.

Arthur Fong, dari People"s Action Party, Singapura, berkata UMNO memacu Malaysia sehingga menjadi apa yang disifatkannya sebagai "sebuah negara yang amat dihormati".


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:33 PM

Penasihat Agensi Keamanan dan Pengukuhan dari Niger, Diarra Fatimata Ly, berkata ucapan Najib menunjukkan bahawa UMNO telah banyak berjasa kepada Malaysia, dan tiada sebab untuk menggantikan parti itu dengan entiti lain yang belum tentu kemampuannya.

Beliau memberi amaran bahawa Malaysia akan berdepan ketidaktentuan jika negara ini berada di tangan pentadbir yang tidak berpengalaman.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:33 PM

"Bagaimanapun, pemimpin yang mempunyai pengalaman mentadbir negara sehingga melakar banyak kejayaan, anda perlu meletak kepercayaan kepada mereka," katanya.

Sementara itu, wakil dari Lao People"s Revolutionary Party, Thongsy Inthaphonh berkata beliau kagum melihat anggota UMNO mengekalkan kesetiaan kepada parti sejajar dengan moto "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat".


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:38 PM

Kejayaan UMNO sebagai sebuah parti yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu dengan para pemimpinnya berjaya mengemudi negara keluar dari kepompong kemiskinan dan kemudiannya Malaysia menjadi model negara membangun di persada antarabangsa terus mendapat pengiktirafan dari negara luar.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:39 PM

Party of Nigerien Pour La Democratie Et Le Sosialisme (PNDS) yang melakukan kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO adalah contoh terbaik dan dijadikan model oleh Niger untuk membangunkan masyarakatnya.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:40 PM

“Nama UMNO cukup dikenali kerana berjaya membawa Malaysia keluar dari belenggu kemiskinan, dapat memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dan kemudian berdiri kukuh di kalangan negara kuasa-kuasa besar,” kata Presidennya.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:40 PM

Jelasnya, keyakinan terhadap UMNO diperkukuh dengan kelangsungan parti tersebut yang terus teguh dan dapat menyerap pelbagai perubahan sejajar dengan usinya selama 66 tahun dan menjadi tunjang pentadbiran bersama Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lebih 54 tahun lalu.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:41 PM

“Resepi kejayaan itulah yang mahu dipelajari dari UMNO iaitu dapat memikirkan perkara yang terbaik untuk bangsanya dengan mengutamakan agama Islam sebagai landasan dalam kehidupan,” katanya yang memaklumkan majoriti masyarakat Niger adalah beragama Islam.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 5:41 PM

Dalam kesempatan tersebut Tengku Adnan turut memberi penerangan berkaitan latar belakang UMNO yang ditubuhkan lebih 66 tahun lalu selain perkembangan semasa termasuklah manipulasi provokasi oleh pihak pembangkang.

“Biarpun UMNO adalah parti Islam terbesar di negara ini tetapi kita tidak pernah menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan politik yang tentunya amat berbeza dengan Parti Islam Malaysia (PAS) yang secara terang menggunakan Islam untuk agenda peribadi mereka,” katanya.


Anonymous said...
May 29, 2013 at 10:14 PM

Tiada siapa yang layak menggantikan penipu terhebat diabad ini....Mahadir terselamat lagi...


Anonymous said...
May 29, 2013 at 10:23 PM

BN tidak pernah menggunakan ayat Quran sebab sudah tentu kena batang hidung sendiri...sebab tu sekat habis-habisan tazkirah dan ceramah PAS. Biarpun salah Harussani akan jadi pembela. Boleh percaya ka UMNO tidak akan menggunakan al Quran untuk kepentingan politik? Apa yang kita lihat hari ini UMNO menggunakan apa saja cara...lebih-lebih lagi media. UMNO tak dapat gunakan alQuran sebab mereka sendiri tidak selari dengan ajaran spt yang terdapat dalam al Quran. Mereka tidak mahu PAS merujuk al Quran kerana akan mendedahkan keburukan mereka. Orang Islam yang cerdik dah lama lari dari UMNO, tinggal lagi ularmak2 yang cari makan.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 5:56 AM

Hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan 'Bandaraya Getah' di Kota Putra, Padang Terap menerusi aku janji Barisan Nasional Kedah, dilihat mampu menarik minat generasi muda menceburi sektor pertanian dan industri.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 5:56 AM

pendekatan itu membolehkan generasi muda meneruskan usaha keluarga mereka melalui penggunaan teknologi tinggi sekali gus, membantu meningkatkan produktiviti getah negara


Anonymous said...
May 30, 2013 at 5:57 AM

golongan muda perlu memanfaatkan peluang berkenaan memandangkan Kedah adalah penyumbang terbesar getah negara dan mempunyai keluasan 85,000 hektar kawasan getah


Anonymous said...
May 30, 2013 at 5:58 AM

Generasi muda jangan lepaskan peluang ini dan sama-sama beri sokongan terhadap cadangan untuk tubuhkan Bandaraya Getah.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 5:59 AM

Ia bukan saja dapat majukan negeri ini, malah turut majukan kawasan sekitar dan rakyat.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 6:00 AM

Pelbagai industri huluan dan hiliran juga turut berkembang dan sekali gus menjadikan kawasan Bandaraya Getah maju seperti di Kulim Hi-Tech


Anonymous said...
May 30, 2013 at 6:01 AM

walaupun projek itu di peringkat perbincangan, namun dengan sokongan rakyat dan agensi terbabit, hasrat kerajaan negeri untuk memajukan Kedah seiring dengan negeri lebih maju akan tercapai.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 6:01 AM

Melalui program berkenaan, generasi muda akan didorong supaya mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pekebun kecil yang berilmu pengetahuan sekali gus mampu memperoleh pendapatan lumayan. 


Anonymous said...
May 30, 2013 at 6:02 AM

Kerajaan adalah fasilitator untuk merealisasikan hasrat dan impian golongan belia menjadi realiti


Anonymous said...
May 30, 2013 at 6:03 AM

 kerajaan yang sentiasa menganggap belia penting, melakukan pelbagai usaha untuk memperkasakan mereka, namun ia dilakukan bukan daripada pengarahan daripada atas ke bawah, sebaliknya datang daripada golongan itu sendiri. 


Anonymous said...
May 30, 2013 at 10:51 PM

Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 10:51 PM

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 10:52 PM

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 10:52 PM

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan Pas di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Anonymous said...
May 30, 2013 at 10:53 PM

nampaknya macam2 isu yang berlaku dalam PR Selangor.


Wendy said...
May 31, 2013 at 9:40 AM

Kebangkitan dan kemarahan orang Cina kepada Umno juga menjadikan penyebab kenapa pertandingan tidak akan berlaku.

Tiada kaitan dengan bangs dan kaum. UMNO harus kenal pasti masalahnya.


Mina said...
May 31, 2013 at 9:41 AM

PKR harus selesai masalah dalaman dan sedia memberi perkhidmatan kepada rakyat.


LimYT said...
May 31, 2013 at 9:52 AM

UMNO harus tahu apakah masalahnya. Kenapa ramai yang menolak di PRu13.


Josh said...
May 31, 2013 at 9:54 AM

PRU13 menunjukkan UMNO semakin ditolak. Apakah sebab atas kekalahannya berbanding PRU sebelum ini.


Cloe said...
May 31, 2013 at 10:00 AM

Banyak juag muda baru kali ini, semoga golongan ini dapat membawa ekonomi dan perkembangan yang positif.


Elesha said...
June 1, 2013 at 9:49 AM

Najib akan terus memimpin UMNO ke arah lebih positif.


Don said...
June 1, 2013 at 9:55 AM

UMNO tidak tahu apakah masalah yang mereka hadapi.


Abeh said...
June 1, 2013 at 9:57 AM

PKR harus menggunakan 5 tahun ini terus berusaha dan membuktikan kebolehannya.


Hwee Ling said...
June 1, 2013 at 10:01 AM

Pemuda harus ceburi politik agar politik negara menghala ke arah yang lebih berkembang.


Asyraf said...
June 1, 2013 at 10:02 AM

Kerajaan sentiasa mengambil berat rakyat dan menyediakan banyak kempen untuk bermaju.


Avila said...
June 2, 2013 at 4:25 PM

Najib promises to be PM for all Malaysians

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak on Friday promised to be a Prime Minister for all Malaysians, regardless of race, religion, state or political views.

"I love my country and I'm proud of how far we have progressed. And I know that by working together as one nation, our best days are still to come," he said in the latest entry on his blog, www.1Malaysia.com.my.


Avila said...
June 2, 2013 at 4:26 PM

In the entry titled 'Thank You', the prime minister also promised that the Barisan Nasional government would make efforts to ensure any form of extremism and racism, which are unhealthy for Malaysia, would be tackled.

"We will also continue to promote moderation among multiracial Malaysians and place great importance on racial harmony and national unity," he said.


Avila said...
June 2, 2013 at 4:26 PM

Najib, who is also Barisan chairman, also thanked the voters and all quarters who placed their trust in the BN government to continue ruling the country.

In the 13th general election last Sunday, Barisan retained power by securing a simple majority of 133 parliamentary seats (out of 222 seats). Najib said he had had the privilege of serving the people for most of his career.


Anonymous said...
June 2, 2013 at 4:26 PM

"I remember the first time I was elected as an MP, the first time I spoke in Parliament, the first time I took responsibility for a government department.

"Over the last few years I have had the privilege of serving our country as Prime Minister, but the biggest privilege of all is that you have now given me the chance to finish what I have started," he said.


Avila said...
June 2, 2013 at 4:27 PM

Najib also admitted that the 13th general election was a long and hard-fought election.

"There have been a lot of strong views and different ideas over the last few weeks. There has been passion, and sometimes even anger.

"We have just been through the biggest, most competitive exercise in democracy our country has ever seen. In every kampung, town and city, people have been debating, campaigning, and voting for the future of our nation," he said, adding that now was the time to move towards national reconciliation. - Bernama


Anonymous said...
November 6, 2013 at 3:24 PM

The SAIDI target for Sabah in 2011 was 700 minutes/customer but it achieved 494.64 minutes/consumer which surpassed the target.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 3:24 PM

SESB will strive to reduce the incidences of power supply disruption by building new feeders throughout the state, in addition to projects already under construction, as less disruption means lower SAIDI.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 3:24 PM

On the SAIDI target for Sabah this year, Abd Razak is optimistic that the target can be achieved barring any major disaster, and stated that as of 19 April 2012, the index is already at 250 minutes per consumer.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 3:24 PM

The Ministry of Energy, Green Technology and Water has set the SAIDI target for Sabah at 600 minutes/customer for this year.


Anonymous said...
November 6, 2013 at 3:24 PM

Abd Razak said the impact of such activities is minimal on the SAIDI in Sabah.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx