Wednesday, May 15, 2013

Penipuan Pilihanraya Akan Diserahkan Kepada Obama

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa".

"Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela. -mk

xxx2

Komen Anda

99 Responses to " Penipuan Pilihanraya Akan Diserahkan Kepada Obama "
headhunter said...
May 16, 2013 at 8:10 AM

mana buktinya?? kenapa tidak bawa ke mahkamah? ada hati pula tunjuk bukti dengan Obama.. pehh!


headhunter said...
May 16, 2013 at 8:13 AM

apa maksud Annuuwrr dalam petikan ini:

Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

mahu Amerika serang Malaysia sebagaimana Anwar minta Nur Misuari serang Sabah????????????????????????????????????


Anonymous said...
May 16, 2013 at 9:50 AM

Yg pasti ada negsra luar tau yg bnyak pnipuan spr berlaku dn Pres Obama mngkin atas dasar professionalism sbg Pres kpd seorg PM yg baru lepas election. Unsur pnipuan spr satu bnda lain dn Pres Obama mngkin juga akan tau


Jeff Ambuyat said...
May 16, 2013 at 9:51 AM

MALAYSIANS have been engrossed in politics since the 12th General Election and up till now, after we have concluded the 13th General Election, our preoccupation with politics has not dissipated, thanks to politicians who politicise everything.


Jeff Ambuyat said...
May 16, 2013 at 9:51 AM

I guess it is somewhat like advertisements. If you keep quiet, people might forget you. Nevertheless, this obsessive preoccupation with politics and personal viewpoints has resulted in divisions between friends and family. Just because of differences in views and temperaments, familial and friendship ties are severed.


Jeff Ambuyat said...
May 16, 2013 at 9:51 AM

For those who can still carry themselves objectively and have self control, congratulations, as this will only contribute positively to a better democracy and country. But for those who find it difficult to remain objective, it is the time to turn down the heat.


Jeff Ambuyat said...
May 16, 2013 at 9:51 AM

Realise that the election is over and despite your passionate beliefs, the country is still functioning. It is time to move on. There will be another general election, where you can still make your choice count if you are still alive and registered as a voter. No leader, how capable he may be, would be able to build this nation by himself and his supporters only.


Jeff Ambuyat said...
May 16, 2013 at 9:52 AM

He would need all Malaysians behind him in order to have a fair chance of success in fulfilling the aspirations of the people. If he and his team succeeds, then the country benefits.


Jeff Ambuyat said...
May 16, 2013 at 9:52 AM

Let us promote the atmosphere where friends meet, laugh and talk about their lives, families and experiences, rather than politics with no end in sight.


Jeff Ambuyat said...
May 16, 2013 at 9:52 AM

Enough about politics. Let the politicians do their job. Those who won had better get to work fast and those who lost should stop harassing the winners and the people. We, as citizens, have work to do and do not want to be caught up in the drama.


awang said...
May 16, 2013 at 10:46 AM

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah mengembalikan mandat pentadbiran kerajaan Persekutuan kepada Barisan Nasional (BN) namun malangnya pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terus-terusan membuat penafian dan menganggap terdapat penipuan dalam pelaksanaannya.


awang said...
May 16, 2013 at 10:46 AM

Penganalisis politik tempatan, Dr Noor Sulastri Yurni Ahmad, pakatan pembangkang memperbesar-besarkan keputusan dengan mengaitkan undi popular sedangkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen maka keputusan adalah dibuat mengikut kiraan undi.


awang said...
May 16, 2013 at 10:47 AM

“Dengan perlakuan yang dibuat oelh pakatan pembangkang iaitu menganjurkan pelbagai demonstrasi maka ia dilihat ibarat cuba menolak proses demokrasi yang berlangsung dengan andaian menyamakan negara ini sama seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan,” katanya


awang said...
May 16, 2013 at 10:47 AM

Ujar beliau, pakatan pembangkang seakan berada dalam ‘sindrom penafian’ dengan menganggap kemenangan BN dalam PRU13 adalah hasil daripada penipuan dan pelbagai penyelewengan termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


awang said...
May 16, 2013 at 10:48 AM

“Pakatan pembangkang cuba menunjukkan pada rakyat kononnya berlaku ketidaktelusan semasa PRU13 berlangsung supaya rakyat berasa marah dan menolak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.


awang said...
May 16, 2013 at 10:48 AM

Namun bagaimanapun, katanya ketelusan BN telah dibuktikan dan SPR turut memberi penjelasan dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti agar bawa kemuka pengadilan.


awang said...
May 16, 2013 at 10:48 AM

“Negara-negara luar yang menjadi pemerhati turut mengiktiraf kemenangan BN dan menggap bahawa perjalanan PRU13 adalah sempurna termasuklah Amerika Syarikat sendiri.”


awang said...
May 16, 2013 at 10:49 AM

Terbaru, dilaporkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan PRU13 Malaysia pada Ahad lalu.


awang said...
May 16, 2013 at 10:49 AM

“Gerakan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dengan penolakan yang cuba dimunculkan melalui demonstrasi bukanlah satu perkara baru kerana ia telah menjadi satu kebiasaan kepada pakatan pembangkang dalam melahirkan rasa ketidakpuasan atau mempunyai pertentangan dengan kerajaan.


awang said...
May 16, 2013 at 10:49 AM

Persoalannya apakah hala tuju gerakan ini sedangkan pakatan pembangkang bukanlah dinafikan keseluruhannya kerana mereka turut mempunyai kerusi di Parlimen yang boleh dijadikan satu ruang utama untuk memberikan idea atau menyanggah apa usaha kerajaan.”


awang said...
May 16, 2013 at 10:50 AM

Tegasnya yang juga pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Anwar selaku ketua pembangkang sewajarnya sedar betapa pentingnya kedudukan pakatan pembangkang tanpa perlu mempergunakan rakyat dalam mainan politik mereka.


awang said...
May 16, 2013 at 10:50 AM

“Mereka membuat bantahan dan demonstrasi tetapi dalam masa yang sama mereka menerima kemenangan di negeri-negeri tertentu atas nama demokrasi maka sepatutnya mereka melakukan satu rangka kerja yang lebih mantap bagi menyaingi rekod pentadbiran yang dipegang oleh BN selama ini.


awang said...
May 16, 2013 at 10:51 AM

“Pembangkang yang bijak akan dapat memberi imbangan kepada sesebuah kerajaan sedangkan tingkah pakatan pembangkang di sini pula lebih cenderung kepada demonstrasi yang sengaja dibuat untuk meraih populariti ibarat tidak ada tanggungjawab pada rakyat hanya kerana mahu jadi pemimpin negara,” tegasnya lagi


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:11 PM

Anwar yang tak dapat terima kenyataan, sibuk nak buat provokais lagi!


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:12 PM

Saya ada terbaca tentang sebuah kajian yang dijalankan oleh media, The Edge, yang menunjukkan bahawa 81 peratus responden mahu Anwar Ibrahim bersara dari politik sepenuhnya jika Pakatan Rakyat gagal menjajah negara pada PRU ke-13 baru-baru ini.

Keinginan untuk melihat Anwar bersara itu adalah ekoran kenyataan “pemilik jam tangan OMEGA yang hilang” itu sebelum ini berulang kali menyatakan untuk bersara dari politik sekiranya Pakatan Haram kalah pilihanraya lagi.

Menurut The Edge, seramai 10,396 orang responden mahu Anwar bersara dari jumlah 12,736 orang yang terlibat dalam tinjauan tersebut.

Dengan itu, saya ingin memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya tolonglah jangan biarkan Anwar bersara dari politik. Kalau Anwar bersara, tak menariklah nanti dunia politik tanahair, kan? Selama ini kita sangat “seronok” melihat telatah Anwar sejak dia menceburi bidang politik…


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:12 PM

Sejak Anwar di universiti, dia sudah mula buat kecoh. Dia huru-harakan negara dengan keganasan dan demonstrasi ganas yang kemudiannya mengheret dia ke Pusat Tahanan Kamunting. “Hebat” dia, kan?

Kalau Anwar tidak ada lagi dalam dunia politik negara, siapa pula yang akan menggantikan dia dengan pembabitan pelbagai skandal yang menggempar negara?

Dulu ketika Anwar di dalam kerajaan, para “balaci”nya mengelar Anwar sebagai “Mr. Pink Form”. Dia “beli” sokongan politik dari rakan-rakan dalam UMNO melalui “pink form” dan memikat hati akar umbi dengan ceramah auta penglipur laranya yang mengasyikkan.

Setelah “bapa politik wang” itu dipecat dari UMNO, boleh dikatakan sudah tidak meriah lagi “rasuah politik” di dalam parti. Kroni-kroni Anwar makin hambar dan kecewa apabila budaya yang diperkenal Anwar itu semakin terhakis dan boleh dikatakan hampir pupus di dalam UMNO, kini.

Bila dia dipenjara, kita gelihati melihat telatah lakonan “pembalut leher” Anwar. Sekejap ada, sekejap tidak ada. Dalam penjara dan kereta tak pakai, tapi bila depan penyokongnya di mahkamah tergopoh gapah dia pakai. Padahal, lehernya tidak ada masalah pun!


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:13 PM

Lagipun kalau Anwar tidak ada pemimpin politik mana yang layak gantikan Anwar sebagai “pelakon filem” bertaraf antarabangsa? Lakonannya disiarkan hingga ke Jepun dan para penyokongnya masih lagi memujanya sebagai “hero”. Isterinya sendiri menggelarnya “pemimpin anugerah Tuhan”!

Papa Nurul Izzah memang “hebat”. Anwar sangat menjiwai wataknya sehingga kadangkala terlupa tentang jam tangannya yang berjenama mewah, OMEGA. Mana nak cari pemimpin politik yang mampu berlakon “sehebat” Anwar?


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:14 PM

Kalau dilihat pula “koleksi mangsa Anwar” sepanjang pembabitan dirinya di dalam dunia politik, rasanya Bill Clinton pun boleh “tabik spring” padanya. Bill Clinton hanya seorang saja skandalnya, tapi Anwar bukan saja lebih dari 10 orang, malah berbilang bangsa dan jantina pulak tu!

Oleh itu, saya memohon pada Anwar supaya janganlah bersara sampai mati. Kami nak ketawakan siapa nanti kalau disebut “16 September”? Susah nak cari pemimpin pembangkang yang buruk perangainya seperti Anwar, kan? S


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:14 PM

Rakyat Malaysia perlu tahu. Kalau Anwar tak ada, pada siapa lagi rejim Zionis Yahudi Israel nak salurkan wang mereka untuk tawan Malaysia? Siapa lagi yang nak diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan Israel kalau bukan Anwar?

Lihatlah betapa berani dan vokalnya Anwar di mata dunia Islam. Dia begitu berani menyatakan sokongan terhadap Israel secara terbuka di media antarabangsa. Tak ada pun pemimpin Islam dunia yang seberani Anwar yang sanggup membenarkan Israel membunuh saudara seagamanya di Palestin! Saved

Justeru itu saya mohon, janganlah biarkan Anwar mengundur diri dari politik. Biarlah dia menjadi “bahan rujukan” untuk sedekad lagi bagi generasi muda untuk melihat dengan mata kepala sendiri betapa buruk, jijik dan hinanya sikap seorang ketua pembangkang di zaman ini.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:15 PM

Sebaik-baiknya, biarlah Anwar teruskan “aksi”nya. Dan kita pula lihat saja telatahnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebegitu hina. Cuma, sebagai umat Islam, saya doakan supaya Anwar sempat bertaubat dan meminta ampun dari seluruh rakyat negara ini sebelum dia mati nanti.

Bukan apa, banyak sangat dosa dan ketidak wajaran yang telah dia lakukan. Ya, Anwar memang “hebat”. Tapi dia “hebat” sebagai pemimpin pembangkang yang paling tidak bermoral, paling ampuh “auta”nya dan paling jijik dalam dunia! Rugi Israel tak ambil dia jadi Perdana Menteri, kan?


gag said...
May 16, 2013 at 12:45 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU< MENANGIS TERESAK-ESAK

MCA kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.


SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:22 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU< MENANGIS TERESAK-ESAK

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tindakan itu bukan sahaja membelakangi negara malah akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:23 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

Katanya apa yang cuba dilakukan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah sesuatu yang serius dan sudah pasti rakyat tidak mahu melihat mana-mana pihak menggunakan unsur luar untuk campur tangan dalam hal politik dan pentadbiran di negara ini.

SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:23 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

"Lagipun kita sudah ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mantap dan boleh menangani sebarang penyelewengan. Kita juga sudah lalui 12 kali pemilihan dan ada sistem yang mantap, jadi kenapa perlu minta bantuan Australia?

SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:23 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

"Dalam hal ini, beliau (Anwar Ibrahim) tidak sepatutnya gunakan unsur luar untuk mencampuri urusan dalaman negara ini dan rakyat juga mengecam tindakan berkenaan,

SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:30 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan campur tangan pihak lain bagi menangani masalah sistem pilihan raya di negara ini.


SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:30 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

"Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

"Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan
sebagainya,"

SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:35 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

Pelbagai pihak termasuk bekas pemimpin PKR terus mengecam tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia mencampuri urusan pilihan raya negara ini.

Bekas Bendahari PKR Selangor, S Kotappan, berkata Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana negara akan tergadai kepada kuasa asing akibat tindakannya yang suka meminta bantuan pihak luar yang terbaru Australia.

SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


gag said...
May 16, 2013 at 1:41 PM

UMPAMA ANAK KECIL MEMINTA BANTUAN IBU MENANGIS TERESAK-ESAK

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbukti telus mengadakan proses pilihan raya yang terbukti menerusi kejayaan pakatan pembangkang memenangi beberapa negeri dalam pilihan raya lalu.

“Jika Anwar menganggap SPR tidak telus, beliau harus meletak jawatan sebagai Ketua Umum PKR kerana pelantikannya dibuat isterinya sendiri iaitu Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tanpa sokongan ahli parti,”

SANGGUP MINTA CAMPUR TANGAN LUAR. MEMANG DASAR PKR


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:07 PM

Amerika serang Iraq bukan untuk demokrasi, tapi kerana Amerika inginkan minyak Iraq..


mantera said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kelmarin menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.


mantera said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.


mantera said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

ejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.


mantera said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Oktober.


mantera said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.


mantera said...
May 16, 2013 at 2:09 PM

Presiden AS itu juga menyentuh mengenai topik perdagangan dua hala dan pelbagai hala dan secara spesifik mengenai 'Trans Pacific Partnership', dan berharap inisiatif itu dapat dimuktamadkan lebih awal.


mantera said...
May 16, 2013 at 2:09 PM

Najib berkata beliau menghargai panggilan peribadi itu dan minat yang ditunjukkan oleh Obama ke atas Malaysia, dan hasrat beliau untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara dan pentadbiran.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:18 PM

Anwar minta kesianlah tu dengan Obama..


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:21 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menerima kekalahan pakatan pimpinannya secara matang dengan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas kemenangan Barisan Nasional (BN).

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan berlaku jika Ketua Pembangkang itu bersikap profesional.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:22 PM

“Namun sebaliknya berlaku di negara kita. Sehingga kini, Anwar belum ucapkan tahniah kepada Najib. Ini budaya tidak sihat yang sepatutnya dihentikan segera,” katanya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:23 PM

Sementara itu, Aziz turut mencadangkan Perdana Menteri tidak melantik Ahli Dewan Negara atau Senator sebagai Menteri bagi mengelakkan ia dipolitikkan, bukan saja oleh pembangkang malah penyokong BN, sebaliknya jawatan Menteri dan Timbalan Menteri perlu diisi Ahli Parlimen kerana mereka mendapat mandat rakyat. Beliau berkata, memang tidak salah melantik Ahli Dewan Negara mengisi jawatan berkenaan, malah ia sudah dilakukan sekian lama, namun ketika ini tidak sesuai dilaksanakan dan dikhuatiri dalam pilihan raya akan datang, rakyat marah serta melakukan sabotaj kerana wakil rakyat pilihan mereka tidak dilantik mengisi jawatan Jemaah Menteri.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:24 PM

“Bagaimanapun dalam kes tertentu, misalnya parti berteras Cina seperti MCA dan GERAKAN yang tak mahu menganggotai Kabinet, jawatan itu boleh diisi profesional Cina yang berfikiran terbuka dan tidak perkauman,” katanya.

Mengenai sumbangan Sabah dan Sarawak terhadap kejayaan BN, Aziz berkata, majoriti penduduk dua negeri itu selesa dengan keamanan dan keselamatan di bawah BN, sekali gus menolak parti berteraskan perkauman, anti Semenanjung dan memperjuangkan autonomi.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:27 PM

Beberapa pemimpin pembangkang ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menyatakan kekecewaan masing-masing menerusi laman media sosial.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerusi laman twitternya berkata, beliau berada seharian di pejabat hari ini dengan berpakaian serba hitam.

"Hari yang muram untuk demokrasi," katanya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:28 PM

Anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai, juga dalam laman twitter berkata:

"Kemenangan moral milik kita berkat usaha rakyat! lawan tetap lawan."


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:29 PM

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, blog.limkitsiang.com mengkritik kenyataan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan DAP hasil tsunami Cina yang dianggap tidak tepat.

Malah, Kit Siang menganggap hal itu sebagai tsunami Malaysia yang memperlihatkan peningkatkan kerusi Parlimen pakatan pembangkang daripada 82 pada PRU-12 kepada 89 pada PRU-13.


James John said...
May 16, 2013 at 3:25 PM

Cara yang terbaik sebenarnya adalah dengan memfail petisyen dan membawa bukti2 ke mahkamah untuk supaya hakim mahkamah tinggi memutuskan jika pilihan raya sah atau tidak.


James John said...
May 16, 2013 at 3:26 PM

Pembangkang dan penyokongnya seharusnya jangan beralih kepada perbuatan perhimpunan beramai-ramai kerana ianya tidak membawa hasil manakala hanya kekecohan yang timbul.


James John said...
May 16, 2013 at 3:28 PM

Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan. Kerana sistem politik boleh terjejas dan negara luar boleh mengambil kesempatan ke atas kita.


James John said...
May 16, 2013 at 3:30 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menerima kekalahan pakatan pimpinannya secara matang dengan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas kemenangan Barisan Nasional (BN).


James John said...
May 16, 2013 at 3:30 PM

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan berlaku jika Ketua Pembangkang itu bersikap profesional.


James John said...
May 16, 2013 at 3:33 PM

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Anwar harus menjadi budiman untuk menerima kekalahan.


James John said...
May 16, 2013 at 3:34 PM

Anwar sepatutnya berdiri sebagai seorang pemimpin dan menerima keputusan pemilihan dan bukannya menyebarkan pembohongan


James John said...
May 16, 2013 at 3:35 PM

Timbalan Presiden MIC dan Segamat MP Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Anwar hanya cuba untuk mendapatkan kuasa selepas gagal berbuat demikian melalui pilihan raya


James John said...
May 16, 2013 at 3:36 PM

Jangan bermimpi sehingga semua jenis idea dan tuduhan dikeluarkan. Tunjuk di mana ia berlaku dan bukannya membuat tuntutan tidak berkesudahan tentang penipuan pilihan raya Katanya.


James John said...
May 16, 2013 at 3:38 PM

Seperti yang dikatakan pengerusi SPR, dalam pilihan raya kali ini ada pembangkang menang dan juga pihak Barisan menang maka pilihanraya ini adil dan tidak berpihak mana parti oleh SPR.


Soon said...
May 16, 2013 at 8:39 PM

Adakah Obama akan mengambil tindakan?


Chee Ling said...
May 16, 2013 at 8:40 PM

The people also not accept the PRU13 result.


Asyraf said...
May 16, 2013 at 8:42 PM

Semua tuduhan harus bersama dengan bukti.


Chris said...
May 16, 2013 at 8:43 PM

Any explain about the blackout? PATI? Taxi? Helicopter?


Kitty said...
May 16, 2013 at 8:44 PM

The people also know what actually is happening.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:16 PM

Dalam konteks Sabah, pertambahan jumlah menteri kepada enam orang dan empat timbalan menteri menunjukkan kerajaan pusat menghargai Sabah.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:17 PM

Sudah tentu 10 pemimpin Sabah yang dilantik ini mampu membawa suara dan harapan orang Sabah,


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:17 PM

Enam pemimpin yang dilantik sebagai menteri ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Dr Maximus Ongkili, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Ewon Ebin dan Tan Sri Joseph Kurup.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:18 PM

timbalan menteri pula ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Rahim Bakri, Datuk Azizah Mohd Dun dan Datuk Mary Yap.


Anonymous said...
May 17, 2013 at 12:20 AM

saya percaya, negara lain tidak boleh sesuka hati mencampuri hal ehwal negara lain


Anonymous said...
May 17, 2013 at 12:28 AM

urusan Obama adalah untuk mengucapkan tahniah kepada parti yang menang dan juga atas perlantikan baru/semula Perdana Menteri di negara itu.


Anonymous said...
May 17, 2013 at 12:30 AM

ini adalah atas dasar protokol yang perlu dipatuhi oleh setiap negara


kenji said...
May 17, 2013 at 12:35 AM

jika benar ada penipuan, pengerusi SPR harus adakan siasatan ke atas perkara ini


kamree said...
May 17, 2013 at 12:42 AM

adalah satu langkah yang tidak bijak jika kuasa asing diminta untuk masuk campur-tangan politik negara kita


Khairul said...
May 17, 2013 at 9:54 AM

Jika ada bukti, patut juga mengambil tindakan.


Jimmy said...
May 17, 2013 at 9:57 AM

Pemimpin yang dilantik harus menjalankan tanggung jawab masing-masing.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:27 AM

PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah tamat dan saya mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana kekal memerintah negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:27 AM

Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada parti komponen BN di Pahang kerana kerjasama yang mantap berjaya menghasilkan kejayaan yang diimpikan sekali gus membuatkan pembangkang berputih mata.

Calon-calon BN yang telah menang di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu bekerja lebih kuat untuk membalas jasa rakyat yang telah mengundi mereka 5 Mei lalu.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:27 AM


Pemilihan anda sebagai wakil rakyat adalah disebabkan keyakinan pengundi terhadap manifesto BN yang mampu melonjak pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:28 AM

Tinjauan yang saya buat melalui media massa mendapati calon-calon BN yang menang telah berazam untuk melaksanakan aku janji yang dikemukakan sebelum PRU13.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:28 AM

Saya berkeyakinan tinggi ia bukan janji manis sahaja sebaliknya akan menjadi kenyataan sepanjang lima tahun mereka menjadi wakil rakyat sehingga PRU akan datang.

Di sini juga saya ingin menasihati pembangkang agar tidak terus menabur fitnah kepada BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disebabkan kegagalan mereka merampas kerajaan pada kali ini.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:28 AM

Mereka harus melihat kelemahan yang dibuat selama ini kerana rakyat mahukan kerajaan yang ikhlas dan bukannya kerajaan yang terdesak dengan membentang satu manifesto tidak masuk akal.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:28 AM

Pada pandangan saya, sekiranya pembangkang menang PRU-13 pun mereka belum tentu dapat menunaikan janji kerana masih banyak janji yang belum tertunai di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:29 AM

Kegagalan tiga parti dalam pakatan pembangkang untuk bergabung pada PRU-13 sudah jelas menunjukkan mereka tidak mampu bersatu untuk membentuk kerajaan kerana masing-masing ingin menang sehingga sanggup lawan sesama sendiri.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:29 AM

Terimalah keputusan dengan penuh reda kerana semua yang berlaku adalah suratan yang telah tertulis. Tidak perlu lagilah hendak menegakkan benang yang basah.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 11:29 AM

Jangan jadikan rakyat yang tidak berdosa sebagai mangsa kerakusan politik terutama generasi muda yang sepatutnya dibimbing dan bukannya dihanyutkan bagi memuaskan nafsu politik pemimpin.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 9:32 PM

Kalau rakyat x setuju dengan pilihanraya, suruh anwar kemuka bukti pada mahkamah!bukan obama!why obama?obama x akan bantu untuk dapat demokrasi tetapi menghancurkan negara kita.what happen with u chinese people?kaji.. what happen in Iraq? Hancur la!


Pak Megat said...
September 30, 2013 at 12:00 AM

Kalah perangai budak2 si ANwar ni.... bmacam bodoh saja kenyataan beliau.... serahkan kepada OBAMA??? hahaha/// bukti tu sampai sekarang pun tiada, Obama sudah ucapkan taniah lagi dengan Najib.


Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PM said...
September 30, 2013 at 12:03 AM

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Najib di masa depan.


Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PM said...
September 30, 2013 at 12:03 AM

Dalam perutusan tahniah kepada Najib, Obama berkata: “Kedua-dua negara kita menjalin hubungan yang erat dan saya tahu bahawa anda sudah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan itu.


Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PM said...
September 30, 2013 at 12:04 AM

“Anda dan saya berpeluang untuk menerajui negara kita pada ketika sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan peluang. Tindakan kita akan memberikan kesan yang besar dan usaha bersama kita akan memberikan impak positif berkekalan,” katanya.


Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PM said...
September 30, 2013 at 12:04 AM

Obama berkata, beliau bersedia menjalin kerjasama erat dengan Najib dalam menangani cabaran berkenaan dan memanfaatkan setiap peluang yang ada.


Obama ucap tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PM said...
September 30, 2013 at 12:05 AM

“Saya ucapkan selamat maju kepada anda dalam menjalankan tanggungjawab baru sebagai Perdana Menteri,” katanya.


Anus War said...
September 30, 2013 at 12:06 AM

Sudahlah tiada BUkti, menfitnah, tidak menunaikan janji untuk bersara.... bagus kamu go to hell la Anwar.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx