Friday, May 17, 2013

Selamatkah Najib Dalam Pemilihan UMNO Hujung Tahun Ini?

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.



Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan pemilihan kali ini lebih demokratik kerana pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sebelumnya.

Justeru beliau yakin pemilihan Umno tidak akan menimbulkan sebarang kekecohan seperti yang berlaku dalam parti pakatan rakyat.

"Lantai demokrasi Umno akan terbuka dengan lebih meluas apabila tiada lagi fasal dalam perlembagaan yang selama ini tidak memihak dan tidak memberikan akses kepada golongan tertentu untuk terlibat secara langsung dalam pemilihan parti.

"Dahulu kita hanya memperuntukkan 2,500 perwakilan sahaja untuk menentukan pucuk kepimpinan parti, namun kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di peringkat cawangan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.

Ahmad berkata pindaan tersebut adalah sebahagian daripada proses transformasi parti bagi membolehkan Umno lebih demokratik, telus dan inklusif, bagaimanapun cara pemilihan dan pengundian masih dalam proses penambahbaikan.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat dan pemilihan di peringkat cawangan Umno yang dijangka dibuat dalam masa terdekat, Ahmad berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar dalam apa yang terjadi semasa pilihan raya umum ke-13.

"Kita tidak mahu lagi berlakunya perpecahan di kalangan ahli Umno, apa yang penting ialah parti kembali memenangi hati rakyat dan sekali gus dapat menguatkan jentera bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang," katanya.

- Bernama
xxx2

Komen Anda

15 Responses to " Selamatkah Najib Dalam Pemilihan UMNO Hujung Tahun Ini? "
Anonymous said...
May 17, 2013 at 2:42 PM

umno berlandaskan islam ke banglasia. kalau islam maka najib akan hilang jawatan presiden kerana beliau tak berhak tegakkan islam dalam umno malah rakyat tak terima najib sebagai pemimpin malaysia yg cuba huruharakan malaysia .


Anonymous said...
May 17, 2013 at 6:29 PM

GANTILAH BH DIA DENGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI


Anonymous said...
May 17, 2013 at 6:46 PM

Dalam keadaan sekarang UMNO terutamanya Najib terpaksa menghadapi musuh dari luar yang boleh dilihat dengan nyata, tetapi yang paling membimbangkan beliau sepatutnya ialah untuk menghadapi musuh dari dalam yang lebih merbahaya.

Musuh-musuh Najib dari dalam itu ibarat harimau yang sentiasa menghendap dan menunggu masa untuk menerkam Najib dan kalau boleh tepat pada tengkoknya. Ia akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pada kumpulan ini, tatacara untuk pengambilalihan kepimpinan UMNO dari Najib itu sudah tersedia lama dahulu, iaitu semasa Najib mengambil alih kepimpinan dari Pak Lah dahulu lagi.


Anonymous said...
May 17, 2013 at 6:48 PM

Masalah yang lebih besar ialah masalah dalaman yang berlaku di dalam UMNO sekarang ini. Di kalangan pemimpin-pemimpin tinggi UMNO sendiri tidak semua yang merasa senang dengan cara Najib mentadbir negara. Itulah sebabnya kita mendengar banyak desas-desus di kalangan kepimpinan UMNO yang mahukan Najib berundur dan memberikan Muhyiddin menerajui parti menghadapi pilihanraya kali ini.

Usaha setengah pemimpin UMNO itu memang ada, dan ia memberi makna mereka mahukan Muhyiddin mengambil alih jawatan yang dipegang oleh Najib sebelum pilihanraya nanti…..kononnya untuk memastikan kemenangan BN sekali lagi kali ini.


Anonymous said...
May 17, 2013 at 6:52 PM

Selagi ada wang, selagi ada kuasa, semua boleh dibeli dan dikontrolnya!! Selagi ada orang orang yang kelabu mata dengan kekayaan dan kesenangan atau mengharap harapkan kesenangan dan kekayaan segera, selagi tulah Mahathir dan para konspirators boleh survive! Masalahnya seorang ni saja. Kalau dia ‘jatuh’, habis semua. Macam mana nak menjatuhkan orang macam ini? Apa yang perlu dilakukan?? Fikirkanlah!!

PUNCA MASALAH DALAMAN UMNO IALAH MAHATHIR!!


Anonymous said...
May 18, 2013 at 8:52 PM

KABINET NAJIB BG MENGHADAPI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO...CALON UMNO SEMUA DARI KEM NAJIB KECUALI KHAIRI. TP KHAIRI PUN SOKONG NAJIB SB NAK BALAS KEPERCAYAAN NAJIB.. KALAU TAK TAK BAU MENTERI MCM SEBELUMNYA..


Anonymous said...
May 18, 2013 at 8:53 PM

ya betul tu. Kabinet Najib ini adalah kabinet untuk persiapan menghadapi Perhimpunan agung UMNO dan memastikannya dapat menyingkirkan Muhyiddn dari kepimpian UMNO.

Hanya dengan itu kedudukannya sebagi Presiden UMNO tidak dapat dicabar lagi leh sesiapa pun seepas ini. Tindakkannya adalah sama dengan tindakan Mahathir sebelum ini yang memastikan bahawa timbalannya adalah orang yang lemah dan tidak boleh mencabarnya.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 3:26 PM

TS Muhyiddin tiada jalan lain selain mencabar Najib untuk jawatan predisen UMNO, jika tak beliiau tentu sekali akan dicabar terutama oleh Hishamuddin kerana Najib lebih cenderung kepada Hishamuddin daripada Ali Rustam dan Isa Samad kerana 'legacy kepimpinan' dan kelangsungan sanak saudara untuk menjawat presiden UMNO. Najib tidak akan biarkan perkara diluar garisan ini berlaku dan akan menentukan Hishamuddin menang Timbalan Presiden sekaligus menamatkan karier politik Muhyiddin.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:51 PM

Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN

Tun Mahathir Mohamad satu nama besar dalam arena politik Malaysia. Seorang legenda moden. Setiap tutur kata dan tindakannya masih mampu memberikan impak dan mempengaruhi suasana politik di Malaysia.

PRU 13 menyaksikan beliau turun berkempen dengan bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan BN. Bersandarkan kepada kharisma dan aura beliau, anaknya Datuk Mukhriz berjaya merampas kembali Kedah dari tangan PAS.

Persoalan besar di sini, bagaimana agaknya prestasi BN tanpa kehadiran beliau pada PRU 13 ini?

Dan...apa akan jadi kepada UMNO dan BN bila beliau sudah tidak ada nanti?

Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah sampai kepenghujung hayat. Kini hanya tinggal sisa-sisa hayat. Yang ada hanya tinggal harapan dan keinginan untuk bertahan. Sisa-sisa hayat yang ada akan di jadikan kesempatan untuk mengenang kegemilangan lalu buat ikhtibar anak-anak dan cucu-cucu.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:52 PM

Sudah sampai masanya untuk orang Melayu bermuhasabah diri. Merenung dan berfikir untuk mencari formula dan kaedah baru untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. Sebagaimana Tun Mahathir, UMNO-BN juga sudah kehabisan waktu. Saat mereka untuk berada dalam lipatan sejarah sudah semakin hampir.

Apa pun, Tun Mahathir dan UMNO-BN sudah menyediakan landasan yang baik buat bangsa ini untuk bangun menjadi satu bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Melayu sudah banyak berkorban, terkorban dan di korbankan demi untuk membina landasan tersebut.

PRU 13 menjadi saksi Melayu tidak perlukan REJIM baru untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah perubahan kepimpinan bukan peralihan kuasa. Gaya kepimpinan yang baru. Berubah dari kepimpinan sekular kepada kepimpinan Islam.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:53 PM

Inilah perubahan sebenar yang di perlukan oleh orang-orang Melayu demi ' survival ' atau kelangsungan mereka. Mereka tidak perlukan ' Reformer ' atau ' Transformer ' untuk memimpin mereka. Apa yang mereka perlukan adalah seorang ' Mujadid '. Seorang mujadid yang akan memperbaharui urusan agama. Memberikan interpretasi yang baru dalam melaksanakan Islam. Mengangkat Islam ' to next level '. Daripada menjadi satu cara hidup kepada menjadi satu sistem dalam kehidupan. Sistem kehidupan yang bukan sahaja dapat di nikmati oleh orang Islam bahkan juga oleh orang bukan Islam.

Hanya Islam yang mampu mengangkat darjat dan mertabat Melayu. Tetapi Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW bukan Islam ala UMNO atau Islam ala PAS ! Itulah jalan yang lurus. Jalan yang di redhai Allah SWT. Jalan yang di janjikan kemenangan dan kejayaannya di dunia dan di akhirat.

Bangunlah Melayu! This is the time... It’s now or never !!!!


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:54 PM

Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.

Kejayaan buat BN namun kegagalan buat Dato Seri Najib. Walaupun BN berjaya menubuhkan kerajaan tetapi BN masih gagal memperolehi 2/3. Lebih malang lagi BN juga masih gagal untuk menawan kembali Selangor walaupun UMNO Selangor di pengerusikan sendiri oleh Dato Seri Najib.

Dengan Plan Transformasi Negara, Model Ekonomi Baru, pelbagai macam bantuan terutamanya kepada kaum Cina dan juga dengan ' Win-able Candidates 'nya, beliau masih gagal untuk meraih keputusan 2/3 buat BN. Kemenangan yang memalukan buat BN. Lebih memalukan dari keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:54 PM

Mana perginya 'Win-able Candidates'? What's wrong with them? Why they couldn't win a 2/3 majority?

Tun Abdullah Ahmad Badawi sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana gagal meraih 2/3 pada 2008 bagaimana pula dengan Dato Seri Najib ? Sanggup ke beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya?

Kesimpulannya, keputusan PRU 13 membawa mesej besar bahawa Dato Seri Najib bukanlah ' Win-able Candidate '. Beliau di tolak di Selangor dan beliau juga di tolak oleh Malaysia. Sudah terbukti beliau sebenarnya tidak setanding Tun Abdullah apalagi dengan Dato Seri Anwar.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:55 PM

UMNO perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan Dato Seri Anwar kepangkuan UMNO. UMNO perlu ingat bahawa UMNO telah memecat Dato Seri Anwar sebelum dia didapati bersalah oleh mahkamah.

PRU 13 membuktikan bahawa secara politik Dato Seri Anwar di terima oleh rakyat Malaysia. Dan dari segi undang-undang pula beliau sudah bebas dari sebarang tuduhan liwat. Andainya UMNO tidak berbuat sebagaimana yang di sarankan, sejarah akan menulis bahawa UMNO telah menzalimi Dato Seri Anwar Ibrahim dan sejarah juga akan menulis bahawa UMNO juga tidak menghormati undang-undang. .


Anonymous said...
May 19, 2013 at 6:09 PM

Sistem yg baik hya datang dari pemimpin yg baik...

Sistem yg baik akan hancur jika pemimpinnya pun hancur..

Sistem dan pilihan pemimpin sangat berkait rapat...

Pilih pemimpin yg baik insyaallah sistem tu akan baik dan bertambah baik...


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx