Monday, May 20, 2013

Ada Jerangkung dalam PKR?

Azmin Ali dan Mak Lempir, Zuraida Kamaruddin dua Jerangkung dalam PKR Beberapa hari lalu, dalam satu posting di sini, antara lain ditulis; Zuraida Kamaruddin berkemungkinan besar menghajatkan habuan wang ringgit daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk agenda NGO yang juga menjadi sayap kiri PKR mereka.

Melaluisatu wawancara, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim seakan mengakui telahan KR sebagai benar;

"Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik."

Seiring dengan apa yang telah Kerajaan Rakyat nyatakan, berdasarkan kepada tindak-tanduk dan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, makcik mulut celupar yang menjadi perasit dalam PKR ini bersungguh-sungguh cuba merakus sumber kewangan kerajaan negeri Selangor untuk menggerakkan sayap politik peribadinya seperti Jingga 13 yang dikoordinasikan oleh Saudara Fariz Musa. Umum mengetahui, Jingga 13 adalah agenda politik Zuraida Kamaluddin dan Azmi Ali untuk samada bersaing atau mengaburkan pengaruh Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Md Akin. Jingga 13 turut dikesan berperanan untuk samada bersaing atau mengaburkan pengaruh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai CheguBard.

Tan Sri Khalid turut menganggap cadangan menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan politik peribadi seperti apa yang Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali mahukan sebagai satu perkara yang teruk.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata; "Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima,".

Sekali lagi Kerajaan Rakyat ulangi: Baru dapat pertahankan Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali sudah berebut kuasa dan ingin merakus harta, kalau Pakatan Rakyat dapat Putrajaya dan dua mangkok berayun ini masih dalam PKR, entah berapa billion RM mereka nak rembat pulak?

- Penyokong; Menyokong tindakan Anwar jika difikirkan ianya baik untuk Anwar dan baik juga untuk rakyat. Penyokong juga akan mengkritik Anwar jika dianalisa ianya bakal mencederakan Anwar.

- Pencacai; Menyokong tindakan Anwar tanpa berfikir samada ianya baik ataupun tidak. Pencacai juga tidak mempunyai kewibawaan menganalisa sesuatu perkara berdasarkan keperluan semasa bersendikan tempat dan masa. Justeru perkembangan minda para pencacai yang terencat, mereka tidak mempunyai keberanian untuk mengkritik.
xxx2

Komen Anda

47 Responses to " Ada Jerangkung dalam PKR? "
James John said...
May 21, 2013 at 11:24 AM

Walaupun pemilihan PKR sudah berlalu, namun masih banyak rungutan serta rasa tidak puas hati ahlinya terus terdengar walaupun barisan kepimpinan baru itu sudah diumumkan. Ini disebabkan banyak permasalahan dalaman dan luaran akibat ketidakbolehan Anwar Ibrahim yang sibuk merebut jawatan PM sahaja.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:24 AM

Walau aku banyak kutuk Azmin Ali selama ini, Anwar sudah takut sebab dia bersam-sama Kit Siang sudah menipu rakyat!


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Sekarang kaum yang perasan cerdik tapi kena tipu tu sedang menuntut janji sama seperti kaum India kat Penang yang dijual Anwar hidup-hidup isu Kg Buah Pala! Azmin kata jangan heret rakyat! Maju kehadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat!


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Khabarnya Azmin adalah calon paling sesuai untuk jadi MB Selangor tapi Anwar tak nak.


James John said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata masalah yang dihadapi oleh PKR bukan sahaja membabitkan di kalangan pemimpin mereka malah turut berlaku pada pengurusan parti dan terserlah ketika pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Azmin dah bersuara, takkan Anwar nak diam diri je?Azmin tidak sokong perhimpunan Anwar.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

PKR semakin bergelut dengan krisis pengagihan kerusi sehingga mencetuskan pertikaian terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.


James John said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Perasaaan tidak puas hati di kalangan ahli PKR terhadap kepimpinan serta pengurusan dan pentadbiran parti itu berpunca sikap pemimpin-pemimpin mereka yang lebih mengutamakan perjuangan peribadi daripada perjuangan parti itu sendiri.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Semakin ramai pemimpin dan akar umbi parti, khususnya di Selangor, Perak dan Pahang membantah dengan pemilihan calon oleh parti itu.


James John said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Seperti yang kita tahu, tujuan sebenar PKR ditubuhkan bukanlah untuk memperjuangkan nasib rakyat, mereka lebih kepada peribadi iaitu perjuangan untuk memenuhi tuntutan individu yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, sebab itu pengurusan parti terabai,kata Datuk Shamsul Anuar Nasarah.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Anwar terpaksa membatalkan program ceramah di Segamat untuk mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatakuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) PKR di Petaling Jaya untuk menangani krisis itu.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Mesyuarat itu dipanggil kerana semakin ramai ahli dan pemimpin mengugut untuk memulau PKR pada PRU ke 13 kerana tidak puas hati dengan calon yang diumumkan, menurut sumber-sumber.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Keresahan itu berpunca daripada tindakan JPRP menyenaraikan calon yang lain daripada senarai yang dikemukakan oleh Majlis Pimpinan Negeri.


James John said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan yang berlaku dalam PKR walaupun pemimpin mereka mengatakan parti tidak mempunyai masalah namun rungutan dan keluh kesah ahlinya terus berlaku sejak parti itu ditubuhkan. Ini disebabkan Anuar mempunyai agenda tersembunyi berkepentingan sendiri.


Hidup Di Sabah said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

“Banyak calon-calon MPN tidak dipilih oleh JPRP. Sebaliknya lain orang dipilih dan kebanyakkan mereka ini penyokong tegar Azmin.


James John said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Permasalahan atau kekecohan yang berlaku itu bukan perkara baru dalam PKR, sejak ditubuhkan pelbagai cerita serta masalah yang berlaku dan keadaan bertambah buruk dengan keluarnya beramai-ramai pemimpin kanan termasuk beberapa wakil rakyatnya yang mengikstiharkan keluar parti. Daripada ini kita sudah boleh melihat banyak ahli-ahli politik daripada PKR sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada pemimpinnya sendiri Anwar Ibrahim.


James John said...
May 21, 2013 at 11:25 AM

Jika tidak ada masalh takkan ramai yang dahulu menjadi orang kepercayaan dan harapan kepada PKR keluar parti, ini menunjukkan parti itu sememangnya parti bermasalah, kalau masalah parti tidak mampu untuk diselesaikan, macam mana nak pimpin negara.


James John said...
May 21, 2013 at 11:26 AM

Apa yang dilihat, PKR ini seperti parti anak-beranak, kepimpinan yang baru ini sebagai bukti apabila anak beranak serta orang kepercayaan Anwar Ibrahim sahaja yang mendapat tempat, mereka yang cuba menongkah arus akan ditentang seperti apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim.


James John said...
May 21, 2013 at 11:26 AM

Pemimpin parti akan cuba menutup permasalahan yang berlaku dengan membangkitkan isu-isu sensasi bagi mengalih tumpuan masyarakat. Contoh masalah remeh temeh yang dilaungkan siang malam demi memenangi hati rakyat.


James John said...
May 21, 2013 at 11:26 AM

Itulah cara PKR, mereka akan bangkitkan isu untuk alihkan perhatian, kita lihat bagai mana penasihat dan presidennya yang memainkan isu ketuanan Melayu, mereka ini sanggup mengadai hak milik bangsa hanya untuk mengalih perhatian.


James John said...
May 21, 2013 at 11:27 AM

Apakah orang seperti ini yang harus kita jadikan pemimpin, pemimpin seperti inikah yang hendak kita harap untuk menjadikan negara terus maju seperti apa yang telah kita nikmati dibawah kepimpinan barisan Nasional.


James John said...
May 21, 2013 at 11:27 AM

Diingatkan juga rakyat supaya tidak terus terpedaya dengan sandiwara yang dilakukann oleh pemimpin-pemimpin sebegitu yang menggunakan simpati serta memperdagangkan bangsa dalam usaha mengekalkan populariti.


James John said...
May 21, 2013 at 11:27 AM

Kita tidak harus terpedaya dengan mereka, pemimpin pembangkang hanya pandai bercakap tetapi realitinya tidak mampu untuk melaksanakan apa yang dicakapkan, kita lihat apabila diberi peluang tetapi tidak mampu melaksanakannya seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.


James John said...
May 21, 2013 at 11:27 AM


Rakyat jangat termakan dengan apa yang dikatakan ingin membawa perubahan tetapi sebenarnya kehadiran mereka itu lebih banyak membawa masalah seperti apa yang berlaku sekarang iaitu perhimpunan haram yang menggugat keamanan rakyat di beberapa tempat yang dihasut pemimpinnya.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 1:49 PM

Lucu juga tu nama dia tu, ada jerangkung...wakakkaka.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 1:50 PM

This is what we called needle in the middle of the dessert.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:07 PM

Keamanan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum adalah pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:08 PM

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan memerlukan keamanan dan perpaduan.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:09 PM

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau berkata, Pesta Kaamatan yang disambut pada setiap tahun adalah salah satu daripada landasan untuk memangkinkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:29 PM

The Pakatan Rakyat and its major and minor cohorts in the media have carefully indulged in a systematic campaign of Musa’s character assassination.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:30 PM

Despite this, their efforts have gone in vain because he’s won election after election with a two-thirds majority.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:30 PM

The nearly infamous GDP growth rate of 8 per cent that was termed a miracle more than once is not just where the story begins or ends.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:30 PM

The dreadful past that saw this North Borneo state decelerating, deteriorating and degrading is hard to picture vis-à-vis the present Sabah.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 2:30 PM

Sabah Chief Minister Musa Aman is increasingly seen as a reformer and renovator with sturdy administrative abilities.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:12 PM

Sebagaimana diketahui ramai, Pakatan Rakyat (PR) sebetulnya tidak wujud secara rasmi kerana sehingga kini pakatan itu gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

PR yang menggabungkan kerjasama rapuh tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS itu hanya wujud secara halusinasi dengan bersandarkan titik temu berkongsi musuh yang sama iaitu BN.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:12 PM

Tiada perlembagaan yang mengikat kerjasama sesama anggotanya dan tidak wujud satu pun logo yang disepakati sebagai lambang rasmi untuk diguna pakai semasa pilihan raya.

Gabungan sebegini tentulah asasnya rapuh dan ada pasang surutnya kerana masing-masing tidak terikat dengan hala tuju yang jelas di masa depan.

Sebab itu untuk sesiapa mendakwa PR memperolehi undi popular ia tidak menepati realiti semasa kerana PR itu tidak wujud secara hakiki melainkan sekadar pakatan yang bekerjasama dengan matlamat yang berbeza-beza.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:13 PM

Keputusan PRU-13 jelas menunjukkan hanya DAP yang benar-benar meraih laba dari pakatan ini sementara PKR dan PAS masing-masing merosot pencapaiannya dari segi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi.

Untuk sementara waktu pakatan ini akan kekal dengan jalinan kerjasama rapuh mereka, tapi sampai suatu masa samada PKR atau PAS akan merasakan diri mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan DAP semata-mata.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:13 PM

Senarionya berbeza jika pakatan ini wujud saling bekerjasama antara satu sama lain secara rasmi diikat dengan perlembagaan, dasar dan logo yang disepakati, nescaya soal pasang surut prestasi masing-masing dihadapi bersama.

Justeru itu, tidak mengejutkan andai menjelang PRU-14 ketiga-tiga parti pembangkang ini akhirnya membawa haluan masing-masing, mengulangi sejarah kerjasama beberapa gabungan tidak rasmi sebelum ini seperti APU, Gagasan rakyat dan Barisan Alternatif.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 9:42 PM

Ini barulah rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. huhu


Anonymous said...
May 21, 2013 at 9:49 PM

Anggota Parlimen BN: Najib mahu BN lipat ganda usaha

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakantara lain mahu anggota parlimen Barisan (BN) melipatgandakan usaha memenangi hati pengundi muda dan kaum Cina sebagai persediaan Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Perdana Menteri juga mahu anggota parlimen BN memikat hati pengundi di kawasan bandar kerana didapati isu bandar kurang diberi perhatian semasa kempen pilihan raya
yang berakhir kelmarin.

"Perdana Menteri juga merasakan ada isu lain berkaitan dengan keperluan penduduk bandar yang mungkin kita perlu bagi perhatian dan berikan yang terbaik agar di masa akan datang mereka akan menyokong kita," katanya kepada pemberita
di sini.

Beliau ditanya mengenai isi taklimat khas tertutup antara Najib yang juga Pengerusi BN dan anggota parlimen gabungan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sementara itu Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Najib meminta anggota BN menerapkan sifat kebersamaan dan bersatu padu dalam menghadapi pelbagai gelombang fitnah pembangkang.

"Kami teguh di bawah BN dan setia pada kerajaan. Seharusnya semua pihak perlu menghormati keputusan PRU dan terus menyokong kepimpinan yang ada," katanya.

Anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim pula berkata Perdana Menteri turut meminta wakil rakyat BN terus bekerja untuk rakyat dan mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan kemenangan hari ini.

Anggota Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh berkata Perdana Menteri juga mahu setiap wakil rakyat mencari kaedah yang sesuai untuk lebih bersedia menghadapi rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami perlu bersiap sedia untu membentuk kerajaan yang lebih stabil dan sekali gus mampu meningkatkan keyakinan rakyat," katanya.- Bernama


Anonymous said...
May 21, 2013 at 9:52 PM

Bukankah lebih baik kita support saja kerajaan yang sudah dipilih bagi memastikan keharmonian negara terus terjamin.


Faizal said...
May 21, 2013 at 10:04 PM

Terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai tapi yang pasti rakyat sudah undi BN dan BN juga kembali berkuasa, jadi apa lagi kita nak cakap.


Faizal said...
May 21, 2013 at 10:08 PM

Apapun harap Malaysia akan lebih aman dan membangun manakala kebajikan rakyatnya pula semakin terjamin.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:47 PM

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:48 PM

Beliau turut meminta pakatan pembangkang agar tidak terus mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu undi popular.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:48 PM

"Tidak wajar untuk mereka memaksa kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri yang dimenangi.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:48 PM

Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan PRU13, termasuklah di negeri yang mereka menangi," katanya.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx