Wednesday, May 22, 2013

Amaran Kepada BN Supaya Hormat Suara Majoriti Rakyat

Ribuan menghadiri perhimpunan Black 505 di sini malam tadi dan ketua PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan mencari pasal kerana majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).

Mahfuz menganggarkan lebih 50,000 orang hadir di luar ibu pejabat PAS itu turut menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana memberi amaran terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

“Saya nasihatkan Zahid untuk menerima majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat dan jangan mulakan perang dengan rakyat. Jadi rasional,” kata naib presiden PAS dan ahli Parlimen Pokok Sena itu dilaporkan berkata dalam laporan media.

“Kepada Mukhriz, saya nak nasihatkan dia jadi terbuka sedikit kerana dia masih muda. Dia tak patut berkelakuan seperti pemimpin Umno masa lampau yang menggunakan pendekatan konfrontasi dengan rakyat,” tambah Mahfuz.

Pesuruhjaya PAS negeri itu turut mengingatkan kerajaan BN Mukhriz kerajaan PAS dahulu membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan stadium dalam satu perhimpunan Januari lepas.

Mukhriz, anak bongsu perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan kebenaran untuk PAS menggunakan stadium bagi perhimpunan Black 505 malam tadi.
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Amaran Kepada BN Supaya Hormat Suara Majoriti Rakyat "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx