Tuesday, May 21, 2013

Himpunan Black505 Di Kota Sarang Semut, Kedah



Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.
xxx2

Komen Anda

41 Responses to " Himpunan Black505 Di Kota Sarang Semut, Kedah "
headhunter said...
May 22, 2013 at 10:15 AM

saya pada mulanya tak pecaya dan yakin benda sebegini bakal berlaku akan tetapi hakikatnya kita semua harus redha dengan ketentuanya. Kegigihan dan ego besar Anwar ini rakyat dihalakan kepada satu lagi perspektif lain yang mungkin memperjelaskan kenapa Anwar begitu kemaruk untuk menjatuhkan kerajaan BN yang baru mengangkat sumpah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 awal bulan ini.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:15 AM

Teropong politik ini bukan datang dari dalam negara tetapi dipancarkan oleh sebuah badan penyelidikan dari Kanada yang dikenali sebagai Global Research Foundation yang agak mengejutkan.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:16 AM

Laporan yang ditulis oleh Tony Carlucci menyifatkan kejayaan BN dalam PRU ke 13 lalu ialah satu kemenangan menyekat Malaysia menjadi bidak percaturan Amerika Syarikat dan Britain yang mahu mengembangkan hegemoni mereka dan menyekat kemaraan China daripada menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan dunia.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:16 AM

Carlucci membentangkan kaitan tajaan beberapa konglomerat Amerika Syarikat seperti Boeing, Goldman Sachs, dan Exxon serta Dewan Perdagangan Amerika Syarikat melalui pertubuhan seperti National Endowment Fund for Democracy (NED) demi menghidupkan demokrasi seluruh dunia.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:16 AM

Walhal, kata Carlucci tujuan sebenar NED ialah menumbangkan kerajaan di sesebuah negara yang mahu dikuasai Amerika Syarikat. Antara yang mendapat habuan NED ialah badan penyelidikan Merdeka Centre for Democracy dan juga pergerakan Bersih “untuk pilihan raya yang bersih dan adil”.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:16 AM

Sejak pendedahan ini dibuat pada 9 Mei lalu, belum ada penafian daripada Bersih mahupun Merdeka Centre. Anwar juga belum memberi sebarang ulasan mengenai dakwaan itu.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:17 AM

Taktik pertubuhan-pertubuhan yang ditaja oleh NED ini umumnya adalah sama. Pertama, uar-uarkan kemungkinan ada penipuan dalam pilihan raya sebelum penamaan calon diumumkan. Ini diikuti dengan usaha mempertikaikan wibawa badan pengendali pilihan raya dan akhir sekali jika “calon-calon Amerika” ini kalah, ledakan demonstrasi jalanan seperti Arab Spring.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:17 AM

Di tengah-tengah kemelut yang cuba diwujudkan di Malaysia ini ialah Anwar Ibrahim. PAS dengan tegas dan jelas menjarakkan diri dari taktik ini. DAP pula berhati-hati dalam membuat pendirian dan membabitkan diri terbabit dengan bertopengkan alasan ia adalah aktiviti kerajaan negeri yang tidak perlu permit polis.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:17 AM

Nampaknya yang masih tegar meniupkan api kebencian terhadap kerajaan ialah Anwar Ibrahim. Di samping itu beliau pun mengacah-acah pihak berkuasa untuk menahannya. Ini adalah satu provokasi. Jika ditahan Anwar berharap akan dipandang sebagai wira.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:17 AM

Sebenarnya, sejak keluar penjara pada tahun 2004, Anwar Ibrahim sudah terlalu lelah. Beliau perlu berehat. Untuk berundur rasa malu. Egonya besar. Sebab itu, beliau lebih senang ditahan untuk mendapatkan rehatnya.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:18 AM

Langkah seterusnya harus dipacu oleh rakyat. Sama ada benar atau tidak Anwar dan konco-konconya ditaja oleh kuasa-kuasa “neo colonialis” tidak berapa penting. Yang lebih utama rakyat buka mata dan menjawab soalan, apabila berlaku Arab Spring, siapakah yang mengaut untung daripada keruntuhan sistem negara di Mesir, Libya dan kini Syria?


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:19 AM

KONONnya Anwar mahu menyatakan pendirian bahawa Pilihanraya ke 13 tidak adil. Mengikut Anwar yang begitu suka menghuru-harakan Negara ini, SPR telah bertindak tidak adil namun mereka tidak pula mempertikaikan tiga negeri yang dimenangi oleh pakatan haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.


headhunter said...
May 22, 2013 at 10:19 AM

Sekiranya begitu tidak adil sekali SPR ini maka jangan lah diiktiraf kemenangan tiga negeri pakatan haram ini. Namun sebaliknya berlaku, apabila menang sahaja mereka ditiga negeri ini maka keesokkan harinya maka pakatan haram segera mengangkat sumpah jawatan masing-masing, memang sungguh hipokrit.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:13 PM

Meriah betul di sekitar program Himpunan 505 yang dianjurkan gabungan parti Pakatan Haram di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Tidak pernah saya melihat anak mata puak-puak PAS “bersinar-sinar” seperti semalam.

Majlis itu bermula dengan solat Mahgrib berjemaah dan selepas bersolat, seperti biasa PAS akan menjalankan rutin biasa mereka menyampaikan kuliah politik waktu maghrib. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak sebelum “temasya’ di kompleks itu bermula…


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:13 PM

Sejak awal lagi sudah dikesan ada perkara yang tidak kena di Himpunan 505 peringkat negeri Kedah itu. Bukan apa, sejak petang lagi, ramai yang lalu lalang ditepi kompleks itu dapat melihat “amoi-amoi” berpakaian hitam seksi berseluar pendek berada di perkarangan markas rasmi PAS Kedah itu.

Ada yang memakai seluar pendek dan ada pula yang memakai “legging”. Pak-pak lebai PAS pun apa lagi? Terjojollah biji mata mereka melihat “landskap” terbaru yang menghiasi kompleks parti yang kononnya berpaksikan “Islam sebagai cara hidup” itu.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:14 PM

Ketika Anwar, Mahfuz dan Mat Sabu berceramah kita dapat melihat dengan jelas bagaimana “China Dolls” yang dipercayai di “import” dari Pulau Pinang dan para “syabab Islam” PAS senang hati “berhimpit-himpit” sesama mereka…

Selesai berceramah, sempat pula mereka meneruskan kemesraan mereka bergambar dengan pelbagai aksi menarik. Ada yang menonggeng dan ada pula yang “menyenget”. Memang “intim: benar perlakuan mereka.

Tak pernah saya melihat perangai pak-pak lebai PAS begitu “daring” beraksi secara terang-terangan di khalayak umum begini. Kalau secara tersembunyi dan kantoi berkali-kali di hotel macam Mat Sabu itu sudah banyaklah kita dengar, kan?


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:14 PM

Pertamanya, saya tertanya-tanya, PAS Kedah tahu bahawa kompleks itu merupakan lokasi yang sering mereka gunakan untuk berhimpun bersolat hajat beramai-ramai, membaca Yaasin dan tahlil. Jadi sudah tentu ia diimarah dengan semangat Islam dan ibadah, bukan?

Dan kali ini PAS tergamak mencemarkan kompleks berkenaan dengan “China Dolls” yang berpakaian seksi mendedahkan “paha gebu” mereka?

Saya tertanya-tanya, jika PAS Kedah boleh menetapkan “dress code” himpunan itu berwarna hitam, tidak bolehkah mereka menambah tatacara sertai himpunan itu supaya pesertanya menutup aurat atau sekurang-kurangnya memakai pakaian hitam yang sopan???


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:15 PM

Seperkara lagi, apakah pak-pak lebai PAS itu sudah lupa dosa pahala dan apakah mereka lupa bahawa melihat aurat wanita begitu mampu mengundang dosa untuk umat Islam yang hadir sama di himpunan tidak berfaedah itu?

Saya yakin, DAP tidak menghormati agama PAS dan kerana itulah mereka tidak mempedulikan sensitiviti dalam soal hukum hakam di dalam Islam. Mereka tahu mereka ke majlis yang dimulakan dengan solat, bacaan Yaa Sin dan ibadah orang Islam, susah sangatkah mereka nak hormat PAS?

Paling memalukan, apabila DAP menyalakan api tanda solidariti menyokong Adam Adli, pak-pak lebai PAS itu seperti “lembu” yang tak tahu apa maksud perbuatan itu sama-sama menyalakan api dari “lighter” masing-masing!


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:15 PM

Tapi tidak. Pak-pak lebai PAS itu ikut saja perbuatan DAP. DAP nyalakan api pun mereka ikut dengan rela hati, apatah lagi kalau Guan Eng hantar “China Dolls” beraksi seksi di depan mata mereka, sudah tentulah mereka lebih suka nak ikut!

Malang sungguh PAS Kedah sekarang apabila kepimpinannya yang baru tergamak mencemar kompleks kebanggaan mereka itu dengan “dosa percuma”.

Mentang-mentanglah Ustaz Azizan sedang terlantar di hospital dan berjaya digulingkan, Mahfuz hadiah “pesta China Dolls” untuk pak-pak lebai PAS itu pula. Astaghfirullahil’azim. Baru saja diberi amanah jaga PAS Kedah, Mahfuz sudah rosakkan amanah itu?


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Insiden kekecohan kononnya wujud ketidaktelusan dalam proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin, sudah dirancang pihak tertentu daripada penyokong parti politik yang bertanding untuk mencipta huru-hara di seluruh negara.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Antara isu tidak benar yang ditimbulkan mereka di luar tempat mengundi ialah mengesan pengundi mirip wajah warga asing seperti Bangladesh atau Myanmar sebelum cuba mengganggu serta melarang mereka mengundi.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Pada hari pengundian, kuasa undang-undang seolah-olah berada di bawah mereka apabila mereka bukan saja menuduh wujudnya pengundi hantu (warga asing), malah mereka menangkap individu tertentu, memukul dan sesuka hati menangkap pengundi yang juga rakyat negara ini.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Khalid berkata, perkara seperti itu akan menimbulkan rasa curiga rakyat terhadap PRU-13 sedangkan hakikatnya tidak wujud sebarang unsur penipuan sepanjang proses pengundian.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Beliau merujuk dua kejadian berasingan di Rawang dan Cheras apabila empat lelaki tempatan mirip wajah warga asing ditahan dan dipukul dengan kad pengenalan dirampas bagi menggagalkan mereka mengundi.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Dalam kejadian di utara tanah air pula, tiga lelaki berbangsa India ditahan dan dipaksa menyanyikan lagu Negaraku di khalayak ramai kerana disangkakan pengundi warga asing.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

“Cuba kita fikirkan apa keadilan yang mereka dapat selepas dihukum dan ditangkap secara salah oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka seharusnya laporkan segera kepada polis seperti ditegaskan sebelum ini,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Khalid berkata, polis bagaimanapun sudah mengenal pasti dalang kejadian terbabit dan mereka akan ditahan dalam masa terdekat mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Kanun Keseksaan.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Mengulas rancangan sebuah parti politik yang ingin menganjurkan perhimpunan Silent Walk iaitu berjalan dan berkumpul di beberapa pusat beli-belah seluruh negara dengan berpakaian hitam serta menutup mulut menggunakan pita pelekat, Khalid berkata, ia hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Negara ini negara demokrasi. Lakukanlah apa yang difikirkan baik asalkan tidak menyalahi undang-undang. Jangan sampai mengganggu ketenteraman awam atau mengakibatkan kesesakan jalan ray.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:02 PM

Pemuda dan belia kawasan Simpang Renggam, membuat laporan polis membantah perhimpunan haram Black 505 anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang akan diadakan.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

Pengerusi Kelab Permotoran Simpang Renggam, Mohd Nazeer Khan Ashraff Ahmad berkata, pihaknya menggesa polis menjalankan siasatan dan tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat termasuk individu yang menyebarkan maklumat perhimpunan berkenaan di laman sesawang dan blog.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

“Tindakan mengadakan perhimpunan yang membantah keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak terbabit untuk menimbulkan suasana tidak harmoni di dalam negara ini.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

“Kami sebagai pemuda yang akan mewarisi kepimpinan negara berharap agar semua ini dihentikan dan menerima semua keputusan dengan hati yang terbuka.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

“Perhimpunan seperti ini tidak akan berjaya ubah pendirian keseluruhan rakyat di negara ini untuk ikut serta dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang telah sedia terbina ini.,” katanya kepada Sinar Harian.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

Perhimpunan haram seperti ini juga dibimbangi akan mencetuskan pelbagai kekacauan lain yang akan merosakkan dan mungkin boleh memusnahkan keamanan negara yang dikecapi sejak lebih 50 tahun lalu.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

Kami juga gesa semua pemuda dan belia tidak tertipu dengan dakyah pihak terbabit untuk menyertai perhimpunan ini kerana ia hanyalah satu perbuatan sia-sia.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

Kami juga bertekad akan terus pertahankan kedaulatan negara ini hingga ke titisan darah terakhir jika ada pihak-pihak yang ingin menghancurkan keamanan negara yang telah sedia terbina.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai Perhimpunan Black 505 anjuran PKR.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

Penganjur tidak mendapat kelulusan permit daripada polis dan tidak memenuhi peraturan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:03 PM

polis ada menerima notis pemberitahuan daripada wakil PKR Johor untuk mengadakan perhimpunan itu, namun permohonan yang dikemukakan lewat daripada tempoh yang ditetapkan.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 3:04 PM

Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada kepada mereka yang menyertai perhimpunan itu.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx