Tuesday, May 21, 2013

GST: Kerajaan Najib tamatkan tempoh berpantang

Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diperkenalkan, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada rakyat yang banyak menolak mereka.

"Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru," tulis beliau.

Ikuti tulisan beliau sepenuhnya di bawah ini.


GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?!

Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk ‘berpantang’ menahan nafsu amarah mereka untuk ‘menggasak’ rakyat negara ini.

2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru.

3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya ‘agenda tertangguhnya’.

4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai!

5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori ‘sifar cukai’ atau ‘zero-rated’, bermaksud GST tetap dikenakan.

6. Kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dan ini jelasnya adalah ‘janji Najib yang tidak ditepati’ kerana kadar 4% adalah angka yang disebut-sebut sejak awal GST diperkenalkan. Mungkin Najib telah kemaruk kerana baru sedar hutang kerajaan pusat dah terlalu membengkak hampir 55% KDNK kerana dirinya sendiri.

7. Ataukah Najib mahu sahaja ‘mendera’ rakyat yang tidak mengizinkannya untuk mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan menawan kembali Selangor, negeri terkaya di Persekutuan Malaysia?

8. Singapura, yang rakyatnya mempunyai pendapatan per kapita hampir dua kali ganda dari kita pun memulakan kadar GST mereka pada kadar 3%. Kerana kos perlaksanaan cukai baru ini adalah sangat tinggi, yang dianggarkan berbilion RM. Contohnya Australia A$ 4 bilion ketika memperkenalkan GST di negara itu, maka tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yakni inflasi, adalah tidak dapat dielakkan ekoran sebab faktor kos permulaan sistem GST.

9. Singapura, contohnya mengalami inflasi sebanyak 3% untuk selama 3 tahun akibat dari perlaksanaan GST dan begitu juga di kesemua negara-negara yang melaksanakannya juga turut mengalami tekanan inflasi untuk beberapa tahun.

10. Pakatan Rakyat secara prinsip tidak menolak sistem cukai penggunaan ini atau ‘consumption tax’ tetapi mahukan beberapa syarat penting mesti dilaksanakan oleh kerajaan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat mahukan rakyat teramai mempunyai pendapatan yang menasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang lebih bermaruah atau ‘a dignified life’.

11. Bank Dunia sendiri telah mengisytiharkan bahawa gaji sebenar (real wage) rakyat Malaysia dengan mengambil kira faktor inflasi, hanya naik 2.8% dalam satu dekad yang lalu.

12. Gaji minima adalah satu kaedah memecah hambatan atau ‘bottleneck’ peningkatan pendapatan rakyat. Sudah terlalu lama perlaksanaan ‘Gaji Minima’ ditangguhkan Najib. Ini satu pengkhianatan! Najib masih berdolak-dalik seperti dulu juga. Memang Najib tak ada tulang belakang atau ‘spineless’ dalam banyak hal.

13. Pakatan Rakyat menuntut supaya dengan pembenterasan amalan rasuah, kronisme dan sesetengah jenis monopoli, oligopoli dan kartel, negara akan dapat meningkatkan pendapatan dari sumber penjimatan.

14. Sekaligus kos saraan hidup rakyat akan dapat dikawal dan diperturunkan serentak mengizinkan rakyat meningkatan pendapatan dan ‘pendapatan boleh berbelanja’ (disposable income).

15. Pakatan Rakyat bercadang GST hanya dilaksanakan ketika pedapatan rakyat adalah pada paras yang lebih munasabah dan tidak seperti hari ini di mana 60% dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Hari ini hanya 10% sahaja mereka yang dalam pasaran kerja yang dikenakan cukai pendapatan kerana pendapatan yang rendah-sederhana.

16. Kerajaan Najib juga mestilah mendidik rakyat tentang konsep dan perlaksanaan GST ini kerana sememangnya sistem cukai ini rumit dan tidak mudah difahami. Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna.

17. Fahaman ini adalah silap kerana GST adalah menggunakan sistem nilai-tambah atau ‘Value-Added Tax’ ( VAT) seperti digunakan di beberapa negara seperti United Kingdom. Rakyat keliru bahkan ada akauntan juga tidak faham. Rakyat perlu difahamkan dengan betul.

18. Meskipun GST, sebagai sistem cukai baru yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% itu adalah satu sistem yang lebih efisien dari segi pungutannya serta dapat mengurangkan ‘pengelakan cukai’ (tax evasion), namun ianya perlu mengambil kira syarat-syarat yang lain termasuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan lebih menasabah.

19. Terpaling penting ialah GST ini tidak dilaksanakan selagi sumber-sumber kebocoran dan pembaziran yang menelan berbilion RM setahun tidak ditangani.

20. Tegasnya, Kerajaan Najib jangan paksa dan dera rakyat dengan GST setelah rakyat ditipu untuk memberikan mereka kelebihan kerusi diparlimen sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

21. PM Najib, kalau anda mahu madunya, jangan jolok sarangnya ya!


Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
xxx2

Komen Anda

71 Responses to " GST: Kerajaan Najib tamatkan tempoh berpantang "
Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:16 AM

Malaysia will be able to rake in an additional income of up to RM27 billion if the proposed goods and services tax (GST) is implemented at seven percent, similar to neighbouring Singapore.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala said the new taxation mechanism can guarantee additional revenue of RM20 billion to RM27 billion, at maturity.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:16 AM

"At maturity, is when, every Malaysians starts to contribute towards the GST. It must be implemented as soon as Malaysians are ready to accept the mechanism," he added.

Speaking at the forum, 'GE13 – What it means for business?' here today, Jala said education on what the GST is all about and how it benefits the country's economy is very important, as well as for Malaysians to understand and accept the taxation mechanism moving forward.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:16 AM

He also said the GST will provide extra funds for the government to spend on the well-being of Malaysians, according to what was promised in the Barisan Nasional's manifesto, before the 13th general election.

"Even though a new tax is being introduced, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had committed to reducing corporate as well as personal income tax.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:17 AM

"This shows that the government wants a balance in every move that it makes, whether economically or politically," said Jala, who also heads the Performance Management & Delivery Unit (Pemandu).

Meanwhile, he denied claims that the pre-election promises made by the government, will increase the debt to gross domestic product (GDP) ratio, from the current 53%.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:17 AM

He said the government is committed to maintaining its debt at well below the 55% debt to GDP ceiling that it had set before this.

"At the World Economic Forum in Davos, when I proposed this Malaysian mechanism of keeping 55% as a ceiling for debt to GDP, many world economists and leaders said it was impossible.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:17 AM

"This is because Malaysia is very unique for still having its debt below 55%," Jala said, adding, as examples countries such as Singapore (100% debt to GDP ratio), United Kingdom (80%) and France (81%).

While claiming the 2020 high-income nation goal can be even achieved two years earlier, due to extensive government and private sector economic efforts.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:17 AM

Jala said Malaysia is on track to report a budgetary surplus by 2020.

He said for the past four years with Najib as premier, the country's budget deficit had shown significant decrease year-on-year, and gave an assurance that the track record would continue.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:18 AM

"Last year, it was 4.5%, and this year we expect it to decrease to four percent. With all the efforts being taken, I am very sure the day will come when we can report the budget surplus." he added.

On the government's role in business, Jala said it would gradually move out of more businesses this year and in the future.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:18 AM

Through the Government's Role in Business (GRIB), he said the government had already pared down or even phased out its stake in 13 companies, from the 33 entities identified by Pemandu to do so.

"We are having monthly meetings on this chaired by the prime minister and attended by all the related company chiefs.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:18 AM

"The government intends to exit its role in business. But it can never be done in one day. There will still be businesses that the government has a role, due to the importance of it in the daily lives of Malaysians," Jala added.


ilin said...
May 22, 2013 at 2:27 AM

betul, educate rakyat dulu sebelum GST ini diimplimentasikan kepada rakyat


anon said...
May 22, 2013 at 2:29 AM

perlaksanaan GST ini patut ditelitikan secara mendalam sebelum ianya dikuatkuasakan di negara ini


anon said...
May 22, 2013 at 2:32 AM

samada ianya mendatangkan kesan baik atau buruk kepada rakyat atau tidak


khai said...
May 22, 2013 at 2:33 AM

ya, rakyat perlu difahamkan dengan betul sistem GST ini sebelum perlaksanaannya di Malaysia


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:34 AM

sememangnya kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dikenakan ke atas rakyat...


Anonymous said...
May 22, 2013 at 9:49 AM

kerajaan 47% tak tahu malu...


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:03 AM

47% rakyat Malaysia telah bersetuju dengan GST ini kerana mereka telah memberi mandat kepada BN dengan mengundi BN pada PRU lepas. Bukankah sebeleum PRU13 Idris Jala telah mencadangkan GST ini dan Najib kata ketika itu akan dilaksanakan selepas PRU13. Tapi 47% rakyat Malaysia memilih juga BN sekaligus memberi mandat kepada BN mengenakan GST ini. Jadi jangan salahkan kerajaan lagi, terimalah GST ini dengan penuh kesyukuran diatas pilihan kita sendiri!


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:17 AM

Rakyat kena bayar balik BRIM dengan GST bah. Mana Najib bagi percuma, I tolong you, You tolong I. Bukan tak biasa! Pokoknya BRIM Najib bagi RM500 kini rakyat bayar GST dengan purata sebanyak RM1,000 bayar faedah RM500. Ini business namanya.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:18 AM

KERAJAAN MENGEMIS KEPADA RAKYAT?


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:18 AM

Headhunter, Mentera kamu sokong kah ini?


Anonymous said...
May 22, 2013 at 11:13 AM

Hoi kami bersatu kami orang sabah penyokong bn,kami berterima kasih atas hadiah besar GST ini dan kami tentang sesiapa yang cuba mengagalkan GST ini dan kami berharap kerajaan bn bagi/kenakan GST 50% atas barangan dan perkhimatan.Berharap juga agar orang kampung dikenakan cukai pendapatan individu dari hasil tani mereka so bersatu kita rayat sabah walau kita derita/susah asalkan pemimpin kita berkusa.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 11:15 AM

Aku sokong bebenar ini kali lah kita happy kedatangan GST.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 12:21 PM

Peminpin BN sangat mencadangkan pelaksanaan GST ini sebab...inilah cara mudah untuk dapat untung, drang tak perlu susah-susah nak fikir lagi...bukan drang yang susah...rakyat yang tanggung.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 12:27 PM

Kita harapkan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat...tapi ini semakin menyusahkan rakyat. Kerajaan bagi BRIM berapa billion sahaja, tapi keuntungan GST sampai 27 billion. Sampai bila- bila pun rakyat dipaksa membayar GST ini. Mungkin tahun depan dah jadi 15% la pulak.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 12:31 PM

Kehidupan rakyat dikelilingi dengan pelbagai jenis cukai-cukai yang diwajibkan, menyusahkan dan membebankan. Ini dah lebih teruk dari along sudah! Kerajaan beginikah yang kita harap-harapkan? Pemimpin- peminpin kerajaan inikah yang kita agung-agung kan?


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:26 PM

krnapa bersedih kita yang memilih BN/barang naik dan bagi orang pendalam yang miskin juga tidak terkecuali GST sebab merekalah pengundi totok bn so rayat Sabah dah bersetuju akan GST sebab dah sign dikertas undi.apa pun selamat berjaya dalam menjayakan GST.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:29 PM

Aku bersetuju dengan GST yang tak setuju itu mesti orang PR dan bagi orang BN kita setuju apa sehaja kerajaan sarankan.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 1:32 PM

kami setuju kenapalah sampai 100% GST sebab lapas lima tahun dapat lagi BR1m RM500 so cukup sampai lima tahun belanja bah.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:04 PM

Haha...bagus2 inilah yg kita tunggu2 naik 1000% pon x pe...hidup BN & padan muka korang...


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:44 PM

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah adil hanya jika dilaksanakan di bawah 'satu negara,satu harga'. Jika tidak, rakyat di Sabah terpaksa membayar lebih daripada mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia disebabkan kos barangan yang lebih tinggi di Sabah.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:44 PM

Presiden Persekutuan Pengilang Sabah (FSM), Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau mencadangkan kerajaan mengenakan peratusan GST yang lebih rendah bagi Sabah dan Sarawak jika kerajaan memutuskan untuk melaksanakan cadangan tersebut.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:44 PM

Wong berkata bahawa barang-barang di Sabah adalah 20 hingga 30 peratus lebih mahal daripada Semenanjung. Jika 7 peratus GST yang dibayar sudah tentu akan menjadi lebih tinggi daripada mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Jika kerajaan benar-benar mahu melaksanakan GST, Wong mencadangkan kerajaan mengenakan tujuh peratus di Kuala Lumpur, 4-5 peratus di Sabah dan mungkin tiga peratus di pedalaman.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Beliau berkata, pelaksanaan GST tujuh peratus akan meraih pendapatan tambahan sehingga RM27 bilion untuk kerajaan, seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Beliau berkata ia telah dilaksanakan di negara-negara maju. "Tetapi Malaysia adalah sebuah negara dunia ketiga, ia hanya akan berlaku adil jika kita mempunyai 'satu negara, satu harga', seperti Singapura dan Australia."


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Dalam hal ini, Wong menegaskan bahawa kerajaan perlu mengimbangi perbezaan harga di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan kawasan-kawasan luar bandar.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan cukai yang perlu dibayar rakyat yang sememangnya rendah ketika ini, mampu dikurangkan lagi tanpa mengorbankan program pembangunan ekonomi negara.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yakin melalui pengurusan ekonomi mapan termasuk kutipan cukai efektif dan peningkatan pelaburan asing, kerajaan dapat meneruskan pelbagai program jaringan keselamatan sosial seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) demi kebajikan rakyat.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

, sasaran itu juga bersandarkan kepada konsep dan falsafah model pembangunan negara yang berteraskan peningkatan pendapatan perkapita serta memastikan kesejahteraan rakyat terbela.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

“Di Malaysia, kadar cukai kita dari setahun ke setahun menurun. Kadar tertinggi cukai pendapatan individu ialah 25 peratus berbanding dengan Perancis 75 peratus dan negara Skandinavia 60 peratus tapi kita boleh rendah.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

“Walaupun cukai rendah di Malaysia, ia kita boleh dikurangkan pada masa-masa akan datang,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Najib berkata, walaupun kadar cukai negara rendah jika dibandingkan dengan negara lain, kadar kutipan cukai ditingkatkan dari setahun ke setahun dengan RM125 bilion dikutip tahun lalu.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

“(Pengurusan ekonomi negara) bukan bersifat populis, bukan untuk setahun dua atau untuk raih undi,” kata Najib sambil menempelak rancangan Buku Jingga pakatan pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara yang boleh meruntuhkan ekonomi negara.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Perdana Menteri berkata, defisit negara akan meningkat kepada 7.5 peratus jika kerajaan melaksanakan janji populis pembangkang yang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), memberi pendidikan percuma, menurunkan harga minyak dan menetapkan gaji minimum pada RM1,200.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:45 PM

Keamanan dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum adalah pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan memerlukan keamanan dan perpaduan.


Hidup Di Sabah said...
May 22, 2013 at 2:46 PM

Pesta Kaamatan yang disambut pada setiap tahun adalah salah satu daripada landasan untuk memangkinkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini. Ini kerana Pesta Kaamatan yang sinonim dengan masyarakat Kadazadusun Murut (KDM) bukan sahaja disambut oleh kaum ini tetapi ia turut disambut oleh masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:58 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Kerajaan sedang melibatkan semua pihak dalam menyalurkan pengetahunan yang lebih mendalam mengenai cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pihak berkuasa, menerusi pelbagai inisiatif, sedang dalam peringkat rundingan mengenai percukaian baharu itu dengan orang ramai, komuniti perniagaan dan sektor swasta Malaysia. “Kami mahu semua pihak memahaminya. Apabila semua orang sudah ok, barulah kerajaan akan melaksanakannya.

“Walaupun setakat ini pembabitan dengan persatuan-persatuan tidak semudah yang dikehendaki, namun responsnya sangat baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2012.

Rang Undang-undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadual pada Mac 2010, ditangguhkan.

Ia dijadual dilaksanakan pada pertengahan tahun lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Ditanya bila bacaan kedua rang undang-undang itu akan dibentangkan untuk dibahas, Ahmad Husni berkata: “Kami berlu membuat keputusan. Kami mahu orang ramai memahaminya terlebih dahulu.”

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Institut Percukaian Berkanun Malaysia S.M. Thanneermalai berkata tindakan kerajaan itu wajar sebelum pelaksanaan sistem percukaian yang besar seperti GST.

Beliau berkata penangguhan itu akan memberikan pihak berkuasa lebih masa untuk memahami mekanisme dan struktur percukaian GST kepada pemegang kepentingan yang berkaitan.

“Kita merupakan antara beberapa negara yang tidak mempunyai GST, namun ia tidak bermakna kita perlu tergesa-gesa. Masa yang mencukupi akan memastikan kelancaran pelaksanaanya,” katanya ketika ditemui pada persidangan itu.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 2:59 PM

Rakyat mana cakap GST tidak akan membebankan? Kenapa kita perlu ikut GST negara lain yang maju, yang pendapatan bulanannya berlipat kali ganda dari rakyat Malaysia? Semua rakyat Malaysia kaya- kaya kah? Kenapa kerajaan tak fikirkan inisiatif lain untuk menambahkan sumber pendapatan? Kenapa kepada rakyat juga yang dibebankan? Sakit hati betul...kerajaan yang cekap menyusahkan rakyat!


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:05 PM

Beli kereta cukai dah kena separuh harga, dan lebih mahal dari negara lain...harga rumah lagila gila- gila punya mahal....Yang kerajaan fikir macam mana cara mudah nak tambah pendapatan negara sebab hutang negara dan 500 bilion dah...rakyat mesti tanggung sama. Tak lama lagi entah apa2 lagi cukai yang akan dikenakan. Sekarang bolehla cakap cukai cukup rendah...tak lama lagi naik gila2 jugala. Itulah bodoh sangat pilih kerajaan BN yang GILA.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 3:10 PM

Ini lagi satu GILA, pemimpin2 kerajaanlah yang mencanangkan perpaduan tetapi drang jugalah yang membangkitkan isu-isu sensitif dan rasis... cakap tak serupa bikin!!! Memang tak boleh percaya langsung!!! Tengok muka pun tahu tak boleh percaya...


Anonymous said...
May 22, 2013 at 4:26 PM

Cukai korporat dan cukai pendapatan individu akan di kurangkan bermakna beban golongan yang membayar cukai selama ini akan menjadi ringan. Beban itu dipindahkan kepada rakyat Malaysia (dengan pelaksanaan GST)keseluruhannya termasuk yang selama ini tidak pernah membayar cukai....siapakah mereka itu yang selama ini tidak pernah membayar cukai? Orang- orang yang berpendapatan rendah dan miskinla. Kan haritu BRIM untuk orang miskin...sekarang kau bayar balik! Naaa...kan suda kena.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 6:06 PM

salam, pada semua rakyat malaysia. tak ada gunanya bagi komen2 byk2 sebab GST tetap dilaksanakan. kecuali rakyat bangkit semuanya tanda bantahan yg cuba nak rakyat tangung kewangan negara yg mana sepatutnya kerajaan yg bertanggungjawap atas kelemahan mrk tabbir negara selama ini malah rakyat sudah byk bersabar yg mana selama ini majoriti rakyat hidup cukup sedarhana malah ada yg sgt susah berapa byk kerajaan memberi bantuan. maka rakyat diseru bangkit utk hak mrk dijaga malah bayar balik yg mana rakyat tangung selama ini. tiada lg buat bodoh buat tak tahu buat bising dalam rumah n kedai kopi je mara ke jalanan tuntuk hak kita sebagai rakyat . amin.


Anonymous said...
May 22, 2013 at 9:39 PM

PADAN MUKA KAU ORANG UNDI BN/UMNU PENYANGA DUIT APAPUN TAHNIAH KERAJAAN BN SEMOGA GST DIPERCEPATKAN DAN JANGAN PEDULI RAYAT NIE SEBAB MEREKA AKAN IKUT JE BILA MAKLUMKAN DI DI TV 1,2 DAN SEANGKATANYA DAN HARAP NAIKAN LAGI KE 25% OKEY.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GST MALAYSIA


Anonymous said...
May 22, 2013 at 9:41 PM

AKU SUKA GST PUNDI TOTOK BN HEHEHEHE


killjoy said...
June 21, 2013 at 8:02 PM

Kini masa yang sesuai bagi kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan hasil.


killjoy said...
June 21, 2013 at 8:02 PM

Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd Nor Zahidi Alias berkata semasa kerajaan dilihat akan melaksanakan GST, beliau mencadangkan agar diadakan langkah-langkah tertentu untuk melindungi golongan berpendapatan rendah daripada kesannya.


killjoy said...
June 21, 2013 at 8:02 PM


"Secara keseluruhannya, mempunyai GST adalah baik. Saya berpendapat kerja-kerja perhubungan awam mengenai GST perlu ditingkatkan lagi dan kita tidak boleh terlalu idealistik dengan menyatakan ia tidak akan menyebabkan inflasi. Ia akan menyebabkannya.


killjoy said...
June 21, 2013 at 8:15 PM


Nor Zahidi berkata inflasi mungkin berlaku dalam fasa awal pelaksanaan GST.


killjoy said...
June 21, 2013 at 8:16 PM

"Saya rasa itulah sebabnya kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengadakan Akta Anti-Pencatutan bagi memastikan jika kita memperkenalkan GST, peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang mereka tidak perlu berbuat demikian," katanya.


killjoy said...
June 21, 2013 at 8:17 PM

Pada Mei, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh terdekat kerana masih menjalankan kajian mengenai implikasinya.


killjoy said...
June 21, 2013 at 8:19 PM

Pengarah Eksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd Jennifer Chang berkata semua negara di Asia telah melaksanakan GST kecuali Malaysia dan Myanmar.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:24 PM

Kerejaan negeri mengambil perhatian serius terhadap kemungkinan-kemungkinan implikasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas negeri dan rakyat di negeri ini, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marhaban.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:25 PM

Sehubungan itu katanya kerajaan negeri telah mengutarakan beberapa pendapat mengenai isu tersebut dalam beberapa siri forum berkaitan.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:25 PM

Di samping itu katanya, kerajaan juga telah menyampaikan maklum balas dan cadangan tersebut secara bertulis kepada Unit Panel Kajian Semula Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyat Sabah


Zita said...
June 21, 2013 at 8:26 PM

“Kerajaan negeri yakin kerajaan persekutuan mengambil kira semua aspek mengenai GST dengan teliti sebelum ia dilaksanakan agar pelaksanaannya kelak akan memberi manfaat kepada negara dan seluruh rakyat,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Wong Hong Jun pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:26 PM


Adun Likas bertanya adakah kerajaan negeri setuju untuk kadar cukai 7 peratus dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri Sabah dilaksanakan pada tahun.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:27 PM


Ramlee berkata, kerajaan persekutuan telah mengumumkan baru-baru ini bahawa kerajaan persekutuan tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh masa terdekat.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:27 PM

“Pada masa ini, kerajaan masih lagi mengkaji implikasi-implikasi dan kadar bersesuaian yang akan dikenakan,” katanya.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:27 PM


Katanya, GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembakalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input tersebut boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rangkaian bekalan.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:28 PM


Bagaimanapun katanya beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian tidak dikenakan GST.


Zita said...
June 21, 2013 at 8:29 PM


“Pengecualian ini bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST,” katanya.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx