Friday, May 17, 2013

GST Tambah RM27b, Tapi Rakyat Jadi Beban

Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.

"Tahap matang ialah apabila setiap penduduk Malaysia mula menyumbang ke arah GST. Ia mestilah dilaksanakan sebaik sahaja penduduk Malaysia bersedia menerima mekanisma itu," tegas beliau.

Bercakap pada forum "GE13 - What it means for business? (PRU13 - Apa Ertinya bagi Perniagaan?)" di sini hari ini, Jala berkata pendidikan tentang GST dan bagaimana ia memberi faedah kepada ekonomi negara amat penting, dan juga agar warga Malaysia faham dan menerima mekanisma pencukaian itu nanti.

Beliau juga berkata GST akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Walaupun satu cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan komitmen untuk menurunkan cukai korporat dan juga cukai pendapatan peribadi.

"Ini menunjukkan kerajaan mahukan keseimbangan dalam setiap langkah yang diambilnya, sama ada dari sudut ekonomi mahupun politik," kata Jala yang menerajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa janji-janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum pilihan raya akan meningkatkan nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK), daripada 53 peratus sekarang.

Beliau berkata kerajaan komited untuk mengekalkan hutangnya di bawah paras 55 peratus berbanding siling KDNK yang telah ditetapkannya sebelum ini.

"Pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan mekanisma Malaysia yang menetapkan 55 peratus sebagai siling bagi nisbah hutang berbanding KDNK, ramai pakar ekonomi dan pemimpin dunia berkata itu mustahil.

"Ini adalah kerana Malaysia amat unik sebab hutangnya masih di bawah paras 55 peratus," kata Jala sambil menyebut contoh negara-negara seperti Singapura (nisbah hutang berbanding KDNK 100 peratus), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Di samping mendakwa matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 boleh dicapai malah dua tahun lebih awal, memandangkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta yang menyeluruh, Jala berkata Malaysia berada di landasan yang teguh untuk mencatatkan lebihan belanjawan menjelang 2020.

Kata beliau dalam empat tahun kebelakangan ini dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menunjukkan penyusutan yang ketara tahun demi tahun, dan memberikan jaminan bahawa rekod pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, defisit belanjawan ialah 4.5 peratus, dan tahun ini kita menjangka ia susut kepada empat peratus. Dengan segala usaha yang diambil, saya pasti harinya akan tiba apabila kita boleh mencapai lebihan belanjawan itu," tegas beliau.

Mengenai peranan kerajaan dalam perniagaan, Jala berkata ia akan beransur-ansur keluar dari lebih banyak perniagaan tahun ini dan pada masa akan datang.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), kata beliau, kerajaan telah pun mengurangkan, malah menarik keluar kepentingannya dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh Pemandu.

"Kita mengadakan mesyuarat bulanan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dihadiri oleh semua ketua syarikat yang berkaitan mengenai perkara ini.

"Kerajaan berhasrat menghentikan peranannya dalam perniagaan. Tetapi ini tidak boleh dilakukan dalam masa sehari. Akan ada lagi perniagaan yang melibatkan peranan kerajaan, disebabkan kepentingannya dalam kehidupan harian rakyat Malaysia," tegas Jala.

-Bernama
xxx2

Komen Anda

35 Responses to " GST Tambah RM27b, Tapi Rakyat Jadi Beban "
Anonymous said...
May 18, 2013 at 11:59 AM

Inilah HADIAH BN kepada rakyat yang mengundi BN pada PRU13. Tahniah kepada pengundi-pengundi BN atas hadiah yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 12:01 PM

Kita sudah bagi mandat kepada kerajaan untuk mengenakan GST kerana sebelum PRU13 dulu sudah pun Idris Jala war-warkan cukai ini dan akan dilaksanakan lepas PRU13 kata Najib tapi rakyat pilih juga BN jadi rakyat secara tidak langsung telah memberi mandat kepada BN mengenakan GST ini.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 1:35 PM

rakyat malaysia mejoritinya tak memilih BN tapi memilih pakatan rakyat.yang memilih BN ialah bangla.myanmar,pilak dan sebagainya.itupun hanya dapat 46%saja undi popular di banding dgn pakatan 52% undi popular.kalau di tolak undi bangla.mayanmar dan pilak mungkin bn hanya dapat 30% saja undi popular.di sabah saja lebih kurang 400 ribu pilak yang undi bn kerna balas jasa bagi mereka ic.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 6:56 PM

GST patut dikenakan kepada pengundi BN sahaja. Pengundi PR dikecualikan. Ok ke makcik pakcik...


Anonymous said...
May 18, 2013 at 6:57 PM

Apa tu GST. Kan BN bagi BR1M dan BR2M erti tu GST cukup pakai utk Genap Se Tahun. Tu lah undi BN.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 6:58 PM

Orang kat Sabah dan Sarawak lagi la terasa kerana barang kat sini dah memang tinggi dari di Sjung


Anonymous said...
May 18, 2013 at 7:00 PM

takziah para pengundi umno, anda semua telah memiliki saham sebagai penzalim marhaen... setiap kali kerajaan pimpinan umno menzalimi rakyat maka setiap kali itulah saham anda akan terus bertambah, at least until the umno governing period ends...


Anonymous said...
May 18, 2013 at 7:01 PM

Inilah akibatnya bila menangkan BN...yg mengundi kpd kemenangan BN adalah org kampung dan kawasan pendalaman di sarawak...iaitu org yg beli brg sikit2 di kedai runcit..kita yg duduk dibandar yg beli brg2 dipasaraya teruklah menangung cukai sbb kita beli brg kerperluan pd skala dan kos yg besar..


Anonymous said...
May 18, 2013 at 7:02 PM

GST satu dari cara kerajaan UMNO/BN menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas kemenangan tempoh hari.


Anonymous said...
May 18, 2013 at 10:37 PM

Memang adat dunia, barang sentiasa naik. Jangan gabra lah bro. Berjimat saja bah.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 12:38 PM

orang sabah sarawak tak sedar sedar lagi.dah lah harga baragan keperluan harian tinggi lagi nanti ada GST lagi tapi masih tatap sokong BN.tak faham aku.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:46 PM

CERITA GST NI.. RAMAI ORANG KAMPUNG X TAHU NI.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 7:49 PM

CUKAI PEKHIDMATAN ASTRO 6%....KALAU 10.000 ORANG DARAB DGN % TU BERAPA YA ?


Anonymous said...
May 20, 2013 at 9:25 AM

dari dulu GST dah sedia dipakai...kalau naik GST masyarakat tetap berbelanja kan...kalau tak berbelanja masyarakat boleh idup ke??


Anonymous said...
May 20, 2013 at 1:03 PM

NAJIB perdana menteri 47%.malunya..


Anonymous said...
May 20, 2013 at 1:35 PM

Si Headhunter, si Mantera, aku orang Sabah juga bah mesti melompat-lompat kegirangan dengan perlaksanaan GST ini. Tahniah BN kerana MENGEMIS wang pada rakyat untuk bayar hutang negara yang mencecah 55%.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 2:04 PM

Penduduk megara katakan 27 bilion maknanya BN MENGEMIS RM1,000.00 dari setiap rakyat supaya dapat mengumpul 27 billion untuk bayar balik BRIM yang telah dibahagikan sebelum PRU13. Kena kencing pengundi BN!


Anonymous said...
May 20, 2013 at 3:41 PM

Wow GST inilah yang aku tungu di Sabah sebab kami pengundi BN/umnu yang memenangkan BN/umno so semoga dipercepatkan lagi oh ya pengundi dikampung bn/umno jangan takut kenaikan barang sebab kata P.Ramlee hanya cobaan and hadapilah dengan riang dari hasil tangan2 yang memangkah bN/uMnu.hehehehe hip2 horeiiii.Kepada YB Idris Jala jangan lupa percepatkan GST dan kalau boleh 50% lagi bagus rayat didahulukan heheheh memang rayah Sabah boleh bahkan,apa pun biarlah barang mahal melambung asalkan aman kata orang tua dipendalaman.


Anonymous said...
May 20, 2013 at 4:30 PM

MINYAK TAK NAIK KAH LAMA


Anonymous said...
May 20, 2013 at 4:37 PM

YB dari BN Sabah pak turut saja kah tak ada yang membantah?


Anonymous said...
May 20, 2013 at 4:58 PM

rakyat sabah harus berterima kasih atas kemenangan bn..paling bestnya GST...fuiyooo macam BR1M juga la..


pirit said...
May 20, 2013 at 5:57 PM

1tembirangMalaysia-RAKYAT DIDAHULUKAN!!! tahniah para pengundi timbangan miring...


Anonymous said...
May 20, 2013 at 6:43 PM

Sekali lagi saya juga tdk ketinggalan mengucapkan tahniah kepada penyokong BN...manisfesto BN telah mula dilancarkan dengan megahnya...Alhamdulillah bersyukur pada Illahi...hidup Melayu...Hidup BN...tahniah penyokong BN...anda sangat hebat kerana mewar-warkan semangat perkauman seterusnya berjaya mengayakan negara dan memiskinkan rakyat..terika lah hakikat ini...suka diperbodohkan oleh pemimpin Melayu sendiri...Hidup Melayu...Hidup GST..Hidup BRIM...Alhamdullah harga kereta akan dikurangkan...tahniah..Mlayu...


Anonymous said...
May 20, 2013 at 6:45 PM

bagi rakyat teramai khasnya penyokong UMNO/BN pasti tak perlu risau pasal GST ni kerana mereka ada BR1M..duit ni beli beras setahun pun x abes..itulah jawapan dari macai2 ni..


Anonymous said...
May 21, 2013 at 3:01 PM

Padan muka kamuorang


Anonymous said...
May 21, 2013 at 4:18 PM

Najib bagi BRIM dulu biar rakyat kenyang sikit dengan BRIM lepas itu SEMBELIH RAKYAT dengan GST. Pintar kan PM!


shark yu said...
May 21, 2013 at 6:10 PM

Aku harap kepimpinan PR jangan buang masa hak protes ttg kenaikan harga barang berikutan pelaksanaan GST. Biarkan saja rakyat, terutama org melayu yg sangat cerdik, menderita akibat kenaikan harga barang. Orang melayu cerdik ini tak suka harga barangan diturunkan, mereka sangat gembira dgn pelaksanaan GST. Itulah sebabnya mereka mengundi UMNO/BN


shark yu said...
May 21, 2013 at 6:11 PM

Syabas dan tahniah kepada penyokong BN. Kamu dapat apa yang telah kamu undi. Padan muka.

Malangnya 51% rakyat yang tidak sokong BN juga turut menjadi mangsa kepada kebodohan kamu orang.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 6:12 PM

Mereka yg undi bn boleh elak dr gst ni... Tunjuk kad keahlian mrk shj... Sebab tu mrk tak risau cukai ke, barang naik, minyak naik dll...


Anonymous said...
May 21, 2013 at 6:12 PM

Hidup BN padan muka...


Anonymous said...
May 21, 2013 at 6:15 PM

Harap kita dapat telan walaupun pahit dan bergelar warga negara Malaysia untuk membayar GST ini. Polar pengundi sekarang ini kalau kita ikutkan hanyalah di kawasan2 kampung dan pendalaman. Kalau di bandar walaupun ada pengundi BN, PR tetap dapat menyaingi buat masa sekarang. Perlu di ingat walaupun kita mara dengan bergaya dan hampir seluruh Bandar2 utama dapat di kuasai oleh PR, namun kita tertinggal satu pihak, iaitu kawasan pinggir pendalaman dan pendalaman. Ini lah punca kekalahan PR di PRU13 baru2 ini. Kita PR, ada buat ground work dan dapat mengenalpasti kawasan2 Hitam, Kelabu dan Putih. Yang mana kawasan-kawasan hitam contoh di Kedah, seperti di Bukit Kayu Hitam, Jitra, Padang Besar (Perlis), manakala kawasan2 kelabu seperti Pendang, Kepala Batas, Yan dan Sik, Apa yang ingin saya perkatakan di sini,kita seharusnya berusaha mendekati pengundi-pengundi di sana sejak awal2 pengambilalihan sebagai Kerajaan negeri seperti di Kedah. Jangan fikir soal nak bayar hutang lagi, jangan fikir soal nak buat Universiti lagi. Akibatnya inilah kita sekarang gigit jari. Sebagai ketua Negeri kita seharusnya memperkuatkan jentera2 ahli dan Exco2.untuk panaterate kwasan2 yg masih kelabu dan kawasan hitam. Saya ingin mencadangkan kita anjurkan beberapa forum dengan Ustaz Azahar Idrus untuk ke kawasan2 hitam dan kelabu ini, insyallah penuh manusia2 akan berduyun-duyun datang ke program tersebut, ini adalah satu cara untuk panaterate kwsan2 hitam dan kelabu ini...Insyallah.


Anonymous said...
May 21, 2013 at 6:17 PM

Orang melayukan kaya SBB..
- tolak pendidikan percuma
- tolak GST
- Tolak TOL Free
- Dan banyak lagi..............


shark yu said...
May 21, 2013 at 6:19 PM

setiap rakyat malaysia tak kira sokong parti mana pun..bayar cukai jalan, lesen kenderaan, cukai pendapatan dan pelbagai lagi.wang itu dikumpulkan menjadi hasil negara.bila kerajaan mahu memberi bantuan, kpd yg layak..boleh terima krn itu hasil drpd kita semua.

duit itu adalah hasil drpd rakyat trbanyak.bukan duit parti.parti hanya menjalankan tugas memegang amanah rakyat.fikir dgn akal, bicara dgn hati..


Anonymous said...
May 21, 2013 at 6:22 PM

Gst-gasak sampai tertonggeng...


Anonymous said...
May 22, 2013 at 10:09 AM

Rakyat kena bayar balik BRIM dengan GST bah. Mana Najib bagi percuma, I tolong you, You tolong I. Bukan tak biasa!


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx