Wednesday, November 3, 2010

6,021 pencari kerja dapat manfaat program anjuran JTK

0211-lead-9dSANDAKAN: Seramai 6,021 pencari kerja di negeri ini telah mendapat manfaat daripada pelbagai program penempatan pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 4,967 merupakan golongan bukan siswazah, sementara 1,054 lagi adalah siswazah yang berjaya mendapat penempatan kerja selepas menyertai program berkenaan.

Pengarah Tenaga Kerja Sabah, Siti Aishah Mohd Asri berkata, seramai 2,031 pencari kerja memperoleh pekerjaan melalui program penempatan pekerjaan (3P), sejumlah 1,236 daripada Program 3P e-Kasih dan seramai 1,003 lagi mendapat penempatan kerja di sektor perladangan.

Sementara itu, katanya, seramai 897 pencari kerja memperoleh pekerjaan menerusi Portal JobsMalaysia, agensi pekerjaan swasta (764), temu duga terbuka (76) dan penggajian Orang Kurang Upaya (14).

“Kebanyakan pencari kerja yang menyertai program 3P merupakan lepasan sekolah yang berumur 18 tahun ke atas.

“Mereka lebih berminat kepada pekerjaan kolar putih dalam bidang perkeranian berbanding di sektor perladangan. Justeru, menjadi cabaran kepada kami untuk menggalakkan pencari kerja menceburi bidang dalam sektor perladangan terutama kelapa sawit yang menyediakan banyak peluang pekerjaan di negeri ini,” kata Siti Aishah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program 3P Peringkat Negeri yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Siti Aishah turut memberitahu, terdapat seramai 26,953 pencari kerja mendaftar aktif dalam sistem jabatannya dengan 13,807 merupakan pendaftar baru dengan kekosongan pekerjaan membabitkan pelbagai sektor berjumlah 51,084.

Mengenai program itu, katanya, sebanyak 20 majikan terlibat dengan jumlah kekosongan jawatan sebanyak 1,053 pelbagai jawatan termasuk sektor perladangan, perkilangan dan perkhidmatan.

Katanya, mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pencari kerja serta syarikat swasta yang menawarkan pekerjaan.

Selain syarikat swasta, program sehari itu turut disertai tiga institusi penyedia latihan dan dua Institut Pengajian Tinggi (IPT) bertujuan memberi pendedahan kepada pencari kerja mengenai bidang yang boleh diceburi sekiranya ingin melanjutkan pelajaran.

Salah seorang pencari kerja yang ditemui, Fadly Yusuf, 20, yang hanya berpendidikan sehingga Tingkatan Lima berharap beliau mampu memperoleh pekerjaan yang sesuai selepas menyertai program terbabit.

Katanya, beliau sebelum ini pernah bekerja dalam bidang perhotelan di Semenanjung Malaysia tetapi mengambil keputusan untuk pulang ke Sabah dan mencari pekerjaan yang lebih baik.

Sementara itu, Marina Jalang, 19, yang bakal menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini berkata, beliau menyertai program itu sebagai persediaan dengan harapan memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar. -NST

15 comments:
Write comments
  1. Baguslah kalau macam ini. Tengoklah, ini menunjukkan bahawa ada peluang pekerjaan tempatan jika sudi mencuba. Program seperti ini perlulah dianjurkan lagi supaya lebih banyak rakyat dapat mencari pekerjaan.

    ReplyDelete
  2. Walaupun ada juga kalangan mereka yang bukan berpendidikan tinggi, tapi masih berjaya mendapatkan pekerjaan yang elok. Jangan mencari alasan lagi.

    ReplyDelete
  3. program ini dpt menyediakan pekerjaan kepada belia2 SAbah, dgn ini, kadar pengangguran dpt dikurangkan.

    ReplyDelete
  4. program ini amat baik dan wajar diteruskan dari masa ke masa. ia dapat membantu golongan belia untuk mendapatkan pekerjaan.

    ReplyDelete
  5. Program ini harus diperkembangkan ke seluruh Sabah terutamanya kawasan pendalaman.

    ReplyDelete
  6. Program sebegini patut diteruskan. Pastikan Sabah mencapai sifar pengangguran. hehehe

    ReplyDelete
  7. setuju evan medhousky. Saya menyokong sangat program ni. Sekuarng-kurangnya ada juga usaha untuk menanggani isu pengangguran.

    ReplyDelete
  8. betul songkilou. Semua pihak harus bagi kerjasama bagi memastikan usaha ini berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  9. Jika hal ni dapat diteruskan, saya yakin isu pengangguran pasti dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  10. Ini bermaksud bahawa kerajaan tidak pernah menyisihkan masyarakat.

    ReplyDelete
  11. This is vision and mission for Sabahans.

    ReplyDelete
  12. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.Kerja sentiasa ada bagi sesiapa yang mencarinya.

    ReplyDelete
  13. Pekerjaan memang ada, berusahalah mencari, pasti dapat pekerjaan yang sesuai.

    ReplyDelete
  14. waahh kebanyakan pencari pekerjaan ini lebih suka untuk kerja di dalam ofis yaa...kenapa tak pilih pekerjaan yg byk peluang utk dapat?di sektor perladangan tu? ukur baju di badan sendiri la bro & sis...

    apa2 pun program mcm ni perlu diperbanyakkan lagi supaya golongan2 yg menganggur boleh cari kerja dgn senang & mudah...tapi kalau kerajaan sudah buat program sebegini tapi masih lagi belia2 kita memilih, ndak tau la suda apa mau cakap...sendiri mau ingat Bro!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.