KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.
Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.
”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.
Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.
Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.
Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini. -HD
Wednesday, November 10, 2010
Kelantan taja 100 pasangan kahwin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam pelik saja program ini. Jika pasangan itu tidak berkemampuan mendirikan rumah tangga, maka lebih baik tunggu sehingga mampu. Takkan mahu mendirikan rumah tangga dan beranak sedangkan tiada kemampuan menyara mereka?
ReplyDeletesebenarnya program ini bagus juga, lebih baik berkahwin daripada melakukan maksiat dan seks luar nikah yang boleh menjejaskan maruah diri dan keluarga.
ReplyDeleteMemang susah juga kalau tidak mampu dipaksa mampu. Kemudian hari kita tidak akan tahu apa yang terjadi nanti. Ini mungkin akan menimbulkan penceraian. Mereka dapat kahwin free, jadi apa yang mereka akan risau kalau cerai pun nanti tidak perlu apa-apa. Idea ini saya rasa kurang elok.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletememang ada macam-macam pendapat bila program seperti ini dianjurkan. apa pun terpulanglah kepada individu itu sendiri sama ada mahu berkhawin cepat atau tidak asalkan bersedia memikul tanggungjawab.
ReplyDeleteUnik dan menarik, program seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama. Selain itu orang ramai dari pelusuk dunia akan dapat menyaksikan budaya dari kelantan.
ReplyDeletediharap mereka yang melangsungkan perkahwinan ini akan hidup bahagia hingga akhir hayat.
ReplyDeletekalau tahu tidak mampu, buat apa mau kawin.. macam mana jika sudah mendirikan rumah tangga tapi tidak mampu menyara keluarga? sedangkan kawin pun kena bantu, sampai bila rakyat mahu berusaha memajukan diri sendiri.
ReplyDeleteteruskan program2 seperti itu di Kelantan.. lebih banyak program seperti itu lebih malas la rakyat malaysia untuk berusaha.. lepas kawin nanti minta la bantuan dengan kerajaan kelantan untuk sara hidup anak bini, masukkan juga dalam program..
ReplyDeleteJangan bazirkan wang rakyat sudah.
ReplyDeleteFuhyooo, bestnya... Kahwin pun ditaja.. hehhe
ReplyDeleteProgram ni ada pros & cons nya. Apapun sama2 lah kita harapkan yang terbaik haisil daripada program ni :)
ReplyDeleteThis is not a good idea. I agree with Johnny, Ali Asgar and Evan. If they cannot afford to support a family, then it is better not to get married so soon.
ReplyDelete