MESKIPUN sudah terdapat tanda-tanda awal dalam banyak perkara bahawa wujud kerjasama antara DAP dengan BN ketika kerancakan kempen PRK Parlimen Batu Sapi beberapa minggu lalu, namun hakikatnya sudah terjawab realitinya apabila ADUN Sekong mengesahkannya ketika sidang DUN Sabah pada Rabu.
Malahan dalam situasi berbalas-balas hujah dengan ADUN DAP Sri Tanjong, Jimmy Wong dengan Datuk Samsudin; walaupun hujah Jimmy bukan bermaksud penerimaan serius kerjasama itu, tetapi jelas dapat disimpulkan bahawa BN khususnya ADUN Sekong pastinya gembira dengan strategi yang dimainkan DAP sehingga calon SAPP Datuk Yong Teck Lee benar-benar dapat di’sembelih’.
Senario itu berlaku ketika ADUN Sekong Datuk Samsudin Yahya membahas Bajet Negeri 2011 di DUN Negeri Sabah pada rabu dan secara tidak langsung beliau memuji DAP kerana memainkan peranan penting menjatuhkan SAPP secara senyap dari pintu belakang sehingga calonnya Datuk Yong Teck Lee tumpas teruk.
Dengan adanya peranan berkesan dari DAP, memudahkan BN menang selesa dan tidak perlu turun berkempen lagi sambil mengucapkan ‘Tahniah’ kepada DAP yang seakan-akan (kalau pun tidak) dinobatkan menjadi ‘BONEKA’ kepada BN pada PRU13 kelak; dan selepas itu diberi peranan penting menikam kawannya, sesiapa sahaja calon PR yang bertanding atas tiket PR termasuk SAPP pada PRU13 kelak atas perintah BN.
Selain itu, Samsudin turut mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pembangkang pada PRU13 kerana trend sebegitu akan memberi laluan mudah kepada BN untuk memenangi semua kawasan kononnya, “kamu semua kawan, sudah jadi lawan” dan berdasarkan teori keberkesanan strategi antara DAP dengan BN di PRK Batu Sapi, telah terbukti dan menjadi sandaran kemenangan mutlak kepada BN dalam PRU13.
Sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah membuktikan bahawa sifat tamak, haloba dan Rasuah seperti yang ditonjolkan Raja Mendaliar dan Si Kitul; kalau tidak pun mereka (Raja Mendaliar dan Kitul) bukan segala gala punca kejatuhan Melaka, tetapi sedikit sebanyak peranan mereka dapat disimpulkan sebagai ‘perintis’ kepada segala puncanya.
Jikalau pun DAP Sabah yang kelihatan kini seolah-olah sudah mencabut dan membuang keluar taringnya dan sebaliknya bertindak ‘berjinak-jinak’ dengan BN Sabah, apakah kepimpinan Sabah sudah nazak dan percaya kepada putarbelit DAP yang sanggup membiarkan ‘kuda’ mereka dari PKR yang bertanding di PRK Batu Sapi dua kali terjatuh ke laut ketika sedang berkempen?
DAP yang suka bersandiwara dalam apa juga keadaan, termasuk sanggup diperalatkan untuk menikam kawan dari belakang seperti yang pernah dilakukannya dengan calon PR di PRK Batu Sapi lalu, mungkin sukar diterima rakyat yang menyokong BN. Lebih- lebih lagi dasar baru BN yang memperkenalkan ‘Keahlian terus dan Ahli Bersekutu BN’; meskipun dasar baru itu belum disahkan dan diluluskan parti komponen secara mutlak, namun kemungkinan dalam kesempatan ini DAP akan bertindak. Siapa tahu?
Salam Damai,
PRO PENGUNDI BATU SAPI
Friday, November 26, 2010
DAP MEMANG 'UNDERCOVER AGENT' BN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa tahu?
ReplyDelete