Friday, November 5, 2010
Umno menang dengan bayar RM1,000 pengundi atas pagar?
Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.
Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.
Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.
"Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan.
Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam. -HD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tunjukkan bukti bukan sekadar cakap.. atau mungkin PAS yang benar2 terdesak dan ketandusan isu untuk menutup kelemahan dan kekalahan mereka.
ReplyDeletesebagaimana dakwaan beberapa blogger bahawa terdapat wartawan yang sekadar datang ke Galas untuk mengambil gambar dan balik ketempat masing2 untuk mereka2 cerita di Galas, tidak mustahil isu ini juga dihasilkan oleh mereka..
ReplyDeletemungkin cerita ini sengaja ditimbulkan bagi menutup kelemahan dan kekalahan PAS.
ReplyDeleteKalau betul, kenapa tak buat laporan saja? Apapun, tahniah kepada BN. Harap tidak ada 'cakap-cakap' lagi selepas ini.
ReplyDeletebeginilah sikap pembangkang, bila dah kalah, bermacam macam tuduhan dilemparkan. ada bukti kah dakwaan ini?
ReplyDeleteMemamg pelbagai isu keluar setelah BN memang. RM250 lagi kununnya BN bagi kepada pengundi. Memang politik jika kalah pelbagai isu keluar
ReplyDeleteBiasalah dunia kempen politik, ada saja isu untuk ditimbulkan.
ReplyDeleteWhoever know the truth about this and hold a concrete proven wrong, then please shows up.
ReplyDeleteMana2x parti yang menggunkan taktik kotor untuk mendapat undian harus "disqualified".
ReplyDeletePerkara ini harus disiasat. Apapun2x tahniah kepada BN.
ReplyDeleteBetulah ini? Ada sesiapa yang boleh membuktikan ini?
ReplyDeleteNah, those people are ignorant. Creating nonsense issues to alleviate the real intention.
ReplyDeleteCakaplah apapun yang penting BN dah menang. hahhahaa
ReplyDeleteSetakat cakap kosong saja, siapalah yang nak percaya. Tunjukkanlah bukti kalau berani:P
ReplyDeleteYa mungkin jugalah azman. Biasalah, kalau dah kalah konpom banyak cakap:P hehe
ReplyDeleteTapi kalau boleh terimalah seadanya kemenangan BN. Semuanya dah berlalu dan tak perlulah ada 'cakap-cakap' lagi.
ReplyDeleteSemoga hal ni dapat ditanggani dengan baik :)
ReplyDeletekegagalan PAS untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pengundi di DUN galas merupakan punca kepada kekalahan PAS mengekalkan kerusi DUN tersebut..banyak janji2 yang ditaburkan oleh PAS kepada rakyat galas namun tidak direalisasikan..
ReplyDeletePAS harus menerima kekalahan ini disebabkan oleh mereka sendiri dan bukannya menabur kahbar2 angin untuk menutup pekung di dada.
ReplyDeleterakyat galas mahukan perubahan maka rakyat membuat pilihan dengan menolak PAS..diharap isu2 rakyat di galas akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya oleh wakil rakyat yang baru ini.
ReplyDeleteSejauh mana kesahihan kenyataan diatas? Bodoh dan naif jika benar ada orang yang sanggup mengadaikan masa depan mereka sekadar 1000 ringgit.
ReplyDeleteKenyataan ini menghina rakyat yang menyokong BN. Bagi penyokong setia BN, pekara ini tidak dapat diterima sama sekali.
ReplyDeleteJangan pandang rendah keupayaan BN. Jika kemenangan miliki BN, terimalah hakikat ini.
ReplyDeleteCakap saja tak berguna kecuali ada bukti yang kukuh.
ReplyDeletePihak lawan bijak memutarbelitkan keadaan sebenar.
ReplyDeleteGood luck.
ReplyDelete