TENOM: Sekurang-kurangnya tujuh kampung di daerah ini mula dilanda banjir berikutan hujan yang berterusan di daerah ini lewat petang kelmarin.
Pegawai Daerah Tenom Siriman M.F Basir berkata, antara kampung yang terlibat Kg. Angalur, Kg. Enubai, Kg. Ponontomon, Kg. Pantongan, Kg. Mandalom Lama, Kg. Tumantalik dan Kg. Binsilon.
“Berikutan banjir yang mula naik awal pagi itu bilik operasi banjir sudah dibuka dan bersedia pada bila-bila masa untuk membantu dan memindahkan mangsa banjir yang sudah di tahap pemindahan,” katanya ketika dihubungi petang Khamis.
Sehingga petang kelmarin katanya, tiga keluarga di Kg. Angalur sudah dipindahkan sementara di kampung-kampung lain dalam keadaan berjaga-jaga.
Walaubagaimanapun katanya, keadaan banjir masih terkawal walaupun paras air sungai Padas terus melimpah.
“Bilik operasi banjir yang dianggotai oleh jabatan-jabatan yang berkaitan di daerah sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan” katanya.
Dalam masa yang sama kata, sebanyak tujuh sekolah di daerah ini terpaksa ditutup awal kelmarin kerana berisiko tinggi ditenggalami air.
Ketua Daerah Tenom OKK David Jani ketika dihubungi kelmarin berkata, sejak awal pagi lagi penduduk di beberapa kampung yang terlibat mula berpindah sendiri di bagi langkah menjaga keselamatan.
Katanya, di kawasan Entabuan, jalan Kg. Binsilon sudah ditenggelami air dan sukar dilalui kenderaan.
Walau bagaimanapun katanya, penduduk yang terbabit sudah mengalikan kemderaan mereka di kawasan yang selamat.
Sementara itu di Nabawan, jalan Pamuntarian ke simpang jalan Nabawan – Sepulut ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan sejak awal pagi kelmarin. -NST
Saturday, November 13, 2010
Tujuh kampung di Tenom mula dilanda banjir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap kerajaan Sabah akan mencari akal mengurangkan situasi banjir di Tenom.
ReplyDelete