Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.
Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.
Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.
Barisan itu sejak pagi tadi dikatakan hampir tidak bergerak namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.
Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.
"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.
Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan.
Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.
Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.
Beberapa pekerja parti MCA juga kemudian turun dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa tiada bayaran akan dibuat.
Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas.
Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah.
“Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku,” marah seorang penjual daging. -MK
tak hairanlah BN menang. spr kata beri RM20 bukan rasuah, beri RM100 spr diam2. tak tahulah sistem di malaysia. patutlah dalam belanjawan baru2 ini isu rasuah langsung tak disebut. kelantan yg baru berura ura beri RM250 kepada pengundi luar utk balik mengundi dah cepat2 spr istihar rasuah. tengoklah apa dah jadi kepada sistem di malaysia. kalau pembangkang, cepat benar spr beri komen tapi kalau berkaitan BN, spr dah jadi bisu pula. inilah sebabnya ramai rakyat sukakan BN sbb bleh buat apa saja. yang istimewanya, spr beck up dari belakang.
ReplyDeleteSebaiknya jauhi rasuah.
ReplyDeletedari mana mereka mendapat berita yang menyatakan RM100 akan diagihkan kepada pengundi? mungkin ada pihak yang sengaja menyebarkan khabar angin mengatakan bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.
ReplyDeletedalam hal ini kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, namun rakyat kena bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang khabar angin atau cerita yang kita sendiri pun tidak pasti kebenarannya.
ReplyDeleteJanganlah ada rasuah pula. Rakyat sekarang jauh lebih bijak berbanding dahulu kalau pun mereka mendapat duit rm100 tapi undi tetap rahsia.
ReplyDeleteBetulkah perkara ini berlaku? Ini mesti khabar2 angin saja ini.
ReplyDeleteKalau benar perkara ini, ambil ja la duit itu kerana undi adalah rahsia.
ReplyDeleteRM100 pun jadi isu. RM250 tidak pula jadi isu PAS. Tidak apa alasan ini sedekah. Tidak salahkan. PAS alasan dia kunun untuk tambang balik mengundi.
ReplyDeleteperlu disiasat siapa yang menyebarkan berita tidak benar ini. hal ini memburukkan nama baik MCA.
ReplyDeleteMemang dekat-dekat Pilihanraya pelbagai isu akan kuar. jadi tidak hairanlah dengan isu ini boleh berlaku.
ReplyDeleteEmm macam mana hendak hapuskan rasuah, jika rakyat pun menyokong rasuah?
ReplyDeleteTapi yang menghairankan, penduduk setempat juga pergi untuk mendapatkan wang itu.
ReplyDeleteIni semuanya permainan politik, tidak logiklah memberi wang rm100 untuk pengundi secara terang-terangan.
ReplyDeleteKesian juga sebilangan penduduk yang datang untuk mengharapkan mendapatkan wang rm100 ini tetapi terpaksa balik dengan tangan kosong.
ReplyDeleteSamada kenyataan ini benar atau tidak kemenangan sudah pun beralih kepada parti BN.
ReplyDeleteKatalah apapun, yang pasti BN da menang :)
ReplyDeleteSporting juga la si Linda tadi sempat lagi bersalam :) Congrats Linda.
ReplyDeleteS/ada hal ni betul atau tak, bagi saya hal ni cumalah mainan politik saja. Fikir logik sajalah kalau nak bagi rasuah, takkanlah secara terang-terangan kan. hehehe
ReplyDeleteBagi saya walaupun keputusan dah diketahui, hal ni perlu disiasat. Pastikan individu yang melakukan sabotaj ni dapat hukuman setimpal!
ReplyDeleteApapun, saya gembira dengan pilihan para pengundi. Sama2 lah kita harapkan agar Linda dapat jalankan t/jawabnya dengan baik.
ReplyDeleteternyata berita kononnya akan diberi wang adalah kerja orang yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk menimbulkan kekecohan agar pengundi tidak mengundi BN.
ReplyDeleteBN menang di batu sapi dan galas..ini menunjukkan bahawa BN masih relevan dan diterima oleh rakyat..pihak lain ditolak kerana rakyat sedar hanya kerajaan sahaja yang boleh membawa perubahan kepada hidup rakyat.
ReplyDeletew/bagaimanapun, perkara ini harus disiasat..ternyata ada pihak yang cuba menjatuhkan kewibawaan BN.
ReplyDeletepihak MCA telah memaklumkan bahawa tiada pembayaran dibuat, bermakna tidak ada isu rm100 diberikan kepada pengundi Batu Sapi.. tidak ada isu rasuah disini.
ReplyDeleteBiasalah tu, siapa tidak mahukan wang.
ReplyDeleteYa ampun...ini pula cerita sebenarnya...masa sebelum mengundi tu, tak habis2 SAPP & OKR tuduh MCA bagi duit...rupa2nya khabar angin seja...tapi sya rasa khabar2 angin ni sengaja disebarkan olih pihak pembangkang untuk buruk2kan BN...ternyata tindakan mereka tidak berjaya apabilaLinda Tsen menang besar!
ReplyDelete