DUA minggu sudah berlalu, namun mangsa-mangsa banjir di Tenom belum menerima sebarang jenis bantuan berbanding mangsa banjir di Semenanjung Malaysia.
Seorang pesara guru, Razali Danis menulis dalam Facebooknya, kesal dengan cara Jawatankuasa Bencana Alam di Tenom yang disifatnya tiada keprihatinan langsung kepada bangsa banjir itu.
Perkara ini menjadi lumrah di Tenom kerana setiap banjir mangsa terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan bantuan kerana Jawatankuasa Bencana Alam seolah-olah tidak terlatih untuk mengesan mangsa sehingga ramai yang ‘terlepas pandang’ seperti yang berlaku pada tahun lepas.
Sepatutnya isu bantuan mangsa banjir sudah selesai sekarang kerana bukan ramai sangat yang menjadi mangsa banjir kerana hanya sebahagian perkampungan sahaja yang dinaiki air Sungai Padas pada 11 November 2010 berbanding banjir besar pada 2009.
Persoalannya, kenapa setiap kali Tenom dilanda banjir, bantuannya terlalu lambat diterima oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat?
Justeru itu, rakyat masih keliru siapa yang seharusnya bertanggungjawab mengendalikan segala bantuan selepas air surut, sama ada pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan untuk menyampaikan bantuan-bantuan itu.
Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI (sabahkini)
Friday, November 26, 2010
MANGSA BANJIR MENUNGGU BANTUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap lain kali bantuan akan sampai serta merta. Jangan biar mangsa menunggu lama.
ReplyDelete