KENINGAU: Lima pelajar lelaki di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sini ditangkap polis kerana disyaki mencabul seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, pelajar perempuan yang berumur 13 tahun itu mengadu kira-kira jam 4 petang di kawasan sekolah itu sekumpulan pelajar lelaki tingkatan tiga menarik tangan perempuan itu.
Dalam kejadian itu katanya, pelajar-pelajar lekaki berkenaan telah meramas buah dada dan memegang badan pengadu dan salah seorang daripada suspek merakam aksi tersebut menggunakan telefon bimbit.
Sehubungan dengan kejadian itu suspek yang terbabit ditahan polis untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -NST
Tuesday, November 2, 2010
Cabul: Lima pelajar ditangkap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diharapkan budak-budak ini akan dikenakan tindakan yang setimpal.
ReplyDeletetindakan tegas perlu dikenakan terhadap pelajar-pelajar berkenaan.
ReplyDeletePelajar lelaki yang terlibat dan didapati bersalah perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana mereka mencabul kehormatan seorang pelajar wanita malah turut merakan aksi yang mereka lakukan.
ReplyDeleteInilah masalahnya sebilangan pelajar sekolah, mereka seolah-olah tidak mendapat pendidikan agama ataupun tiada larangan ketat dapat dilakukan oleh pihak sekolah, dan menyebabkan mereka begitu lebih berani melakukan perbuatan yang dilarang.
ReplyDeleteambil tindakan tegas terhadap pelajar2 tersebut, perbuatan mereka benar2 tak bermoral.
ReplyDeletememang siasatan perlu dilakukan dengan keterangan yang dibuat oleh sipegadu untuk memastikan kebenaranya. Mereka yang ditangkap haruslah disola terlebih dahulu untuk tuduhan tersebut.Jika disabit kesalahan haruslah menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan.
ReplyDeleteBuat hukuman berat kepada mereka yang salah supaya menjadi pengajaran kepada pelajar yang lain. ini untuk memberikan kesedaran para pelajar lain berhubung membuat kesalahan.
ReplyDeletePastikan pelajar lelaki tersebut dikenakan tindakan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Kes cabul adalah serius. Kalau boleh, lokap sahaja mereka untuk 1 bulan atau lebih.
ReplyDeleteMemalukan saja. Inilah contoh2 keruntuhan moral negara kita.
ReplyDeleteYou all cannot just let things like this happen again!!!! Must be do something heavy to let them remember for their mistakes and never will repeat it again! and should it be a lesson for the people out there!
ReplyDeletesemakin maju tamadun manusia, semakin runtuh akhlak generasi muda.. pelajar dan ibubapa wajar dikenakan tindakan undang2. pihak sekolah juga perlu mencari pendekatan lain yang lebih bersifat tegas memandangkan peranan sekolah sebagai rumah kedua bagi pelajar sudah tentunya menuntut jaminan keselamatan pelajar2 mereka.
ReplyDeleteAmat mengecewakan, inikah sikap generasi muda sekarang? Perkara seperti ini tidak patut dibenarkan berlaku. Diharapkan pihak berkaitan akan mengambil tindakan yang wajar.
ReplyDeleteKes ini menjadi semakin serius setiap hari. Pendidikan seks haruslah diberikan untuk mengurangkan perkara yang teruk ini berlaku terhadap gadis yang tidak bersalah.
ReplyDelete