Friday, November 5, 2010

YONG MENANG SORAK, POLITIK TERGADAI

PILIHANRAYA Kecil Batu Sapi telah membuktikan betapa sukarnya Parti Maju Sabah (SAPP) untuk memulakan langkah pertama menuju pilihanraya umum ke-13 yang dijadualkan diadakan lebih awal; kerana momentum Barisan Nasional semakin mendaki ke kemuncak; setelah berjaya menawan DUN Galas dan mempertahankan Parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar pada hari ini, 4 November 2010.

Sebelum ini, atas pekikan semangat sokongan membawa rebah, rakyat Sabah yang terpukau dengan slogan ‘Sabah Untuk Rakyat Sabah’ dan ‘Autonomi’, Yong dilihat melalui PRK Batu Sapi dengan penuh bergaya dan sanggup mencabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk berdebat dengannya; namun dalam masa yang sama menolak pelawaan debat Calon PKR, Haji Ansari Abdullah.

Setelah tidak menjadi dengan menjual ‘Liur Basi’ di Batu Sapi, Yong sewajarnya malu kepada diri sendiri dan meletakkan jawatan sebagai Presiden SAPP yang tewas dalam PRK sebagaimana tewasnya Mantan Presiden Berjaya, Datuk Harris Salleh kepada ‘Tunggul Kayu’ Datuk Kaduh Agundong.

Yong menjadi Presiden Parti yang pertama tewas di Sabah sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah pada 1994 dan beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun pada 1996 hingga 1998 di bawah Sistem Merry-Go-Round.

Sebelum ini, bagaikan gelombang Tsunami yang dijangka membadai Batu Sapi Sandakan dengan majoriti yang cukup besar, namun ternyata semua persiapan dan modus operandi Yong; terutama menerima ‘Sampah Hanyut’ daripada serpihan PKR yang diketuai Datuk Nahalan Damsal dan EX-USNO yang diketuai Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha; ternyata memalit najis ke muka Yong apabila hanya berjaya mendapat 2,031 undi.

Yong bukan sahaja tewas kepada Datin Linda Tsen Thau Lin yang disifatkan Blog Batu Sapi (kendalian SAPP) sebagai ‘Orang Suruhan’ Musa dan Pairin; malah dimalukan dengan calon PKR yang memperolehi 3,414 undi.

Apalah bala yang menimpa Yong kerana sokongan bumiputera dan Cina kepadanya bagaikan ‘lautan manusia’ namun undi yang diterima bagaikan sebuah balang kaca yang mengandungi 2,031 biji kacang tanah.

Betapa punahnya harapan Yong, punah lagi para penyokong SAPP yang begitu bersemangat menubuhkan cawangan di segenap pelusuk kampung semata-mata ghairah untuk mengikut jejak langkah Parti Bersekutu yang bertanding di hampir semua DUN di Sabah, namun mencatatkan sejarah, ‘Sifar’ Kerusi.

Kalahnya seorang Presiden Parti kepada ‘balu’ yang masih berkabung kerana kematian suami dalam kemalangan yang tragis dan dilemparkan pelbagai tohmahan sehingga menjadi ‘boomerang’ dan mengenai diri orang yang melemparkannya.

Betapa malangnya Ansari yang sudah tewas lapan kali dalam pilihanraya di Sabah dan dua kali jatuh jambatan sehingga retak tulang rusuk dan terseliuh bahu; malang lagi nasib Yong Teck Lee yang bukan sahaja kalah kepada ‘Underdog’ malah, ditolak oleh pengundi Cina sendiri yang kembali kepada BN.

Bukan kerana mereka tidak suka atau tidak yakin kepada Yong, namun mereka kurang percaya kepada SAPP yang boleh keluar masuk seperti kepala kura-kura dan tidak ada cacat celanya BN apabila Ketua Menteri Sabah menolak perdebatan berhubung dua isu yang dianggap lapuk oleh golongan pertengahan di Sabah.

Nampaknya pertunjukan silap mata Yong Teck Lee tidak menjadi kenyataan kerana ‘kartunya’ berada di tangan Musa yang semakin mantap dan dipercayai Perdana Menteri dan timbalannya, ekoran kerajaan BN mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi.

Dengan sorokan gemuruh setiap kali Yong berucap dan dengan ramainya penonton yang menghadiri apa juga majlis SAPP, tidak ada seorangpun yang percaya Yong boleh kalah dalam PRK ini di kawasan ‘Slumdog Millionare’.

Lebih melebarkan senyuman Yong, beliau mendapat sokongan jitu kedua anak Almarhum Tun Mustapha, Datu Badaruddin dan Maimunah dan lebih 1,000 ahli EX-USNO yang menjadi pemilih berdaftar Batu Sapi; namun hakikatnya ke mana undi yang dijanjikan mereka?

Kenapa Yong kalah? Tiada siapa yang tahu melainkan Yong sendiri kerana sebarang telahan bukanlah jawapan sebenar kepada senario politik Yong, yang menjunam seperti nasib yang diterima Datuk Harris Salleh suatu ketika dahulu.

Alangkah bahagianya Pakatan Rakyat (PR) jika Yong memberi laluan dan berpadu tenaga memberi sokongan kepada calon PKR, Haji Ansari Abdullah yang bertanding satu lawan satu dengan calon BN. Jika senario itu berlaku, keputusan yang diumumkan hari ini mungkin berubah daripada realiti sebenar.

Namun kini, Yong terpaksa menelan segala derita akibat kekalahan luar biasa seorang Presiden Parti yang bercita-cita untuk bertanding di semua kerusi DUN Sabah pada pilihanraya akan datang dan menjadi Parti Tempatan yang pertama berjaya membungkus UMNO pulang ke Semenanjung dengan slogan, ‘Sabah Untuk Rakyat Sabah’ dan ‘Autonomi’.

Nampaknya Yong bukan sahaja gagal menumpaskan populariti Ansari Abdullah, malah gagal menyeka air mata Linda Tsen yang tumpah sejak kematian suaminya dan selepas hari penamaan calon dan sepanjang tempoh kempen kerana diejek penyokong Yong. Airmata itulah yang akhirnya memenangkan Linda dan menenggelamkan Yong di persada politik tanah air!

Sekalipun akan ada pihak yang memfailkan Petisyen Pilihanraya, namun peratus kejayaannya begitu rendah kerana mengikut teori Sun Tzu dalam ‘Art of War’ , cara terbaik untuk menumpaskan lawan bukan di dalam gelanggang, sebaliknya di luar gelanggang. Mereka memasuki gelanggang hanya untuk mengisytiharkan kemenangan seperti yang diamalkan BN kerana kejayaan diketahui sebaik sahaja BN mengumumkan calonnya!

Oleh: GAN SEI YANG (sabahkini)

33 comments:
Write comments
  1. rakyat Batu Sapi telah pun membuat pilihan. mereka memilih BN untuk mewakili mereka. ini menunjukkan rakyat Batu Sapi masih lagi mempercayai BN dan mereka ingin BN terus mewakili mereka.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada BN. SAPP boleh cuba lagi.

    ReplyDelete
  3. nampaknya Yong Teck Lee tidak mendapat sokongan penduduk Batu Sapi, Yong kena menerima hakikat kekalahan teruk ini.

    ReplyDelete
  4. rakyat tidak melihat pengalaman calon berpolitik dalam membuat pertimbangan.. walau sebanyak mana pengalaman mereka, sekiranya pengalaman itu telah dicemari dengan rekod2 buruk, rakyat tetap menolak mereka.

    ReplyDelete
  5. peluang masih ada kerana PRU13 semakin hampir.. terimalah kekalahan ini dan teruskan usaha.. tahniah kepada BN..

    ReplyDelete
  6. Mungkin ini adalah bukti untuk YTL bahawa BN adalah parti pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  7. The result is embracing to Yong, if i were him i would retire from this political scene..

    ReplyDelete
  8. Tidak apa, peluang sentiasa terbuka baginya.

    ReplyDelete
  9. Rakyat masih ingat lagi apa yang Yong pernah lakukan bila masih KM dulu. Adalah sukar mahu mendapatkan balik sokongan rakyat Sabah, terutamanya rakyat yang pernah rugi besar disebabkan SAS.

    ReplyDelete
  10. Adakah Yong masih mahu mempertandingkan 48 tempat pada PRU-13?

    ReplyDelete
  11. " This is the start, not the finish of our journey ", Yong said.

    ReplyDelete
  12. Semuanya dah berlalu.. So let it be :)

    ReplyDelete
  13. Kalah menang tu adat pertandingan. Yang penting sekarang ni BN dah menang dan terimalah seadanya kemenangan itu.

    ReplyDelete
  14. Semoga YTL sedar akan kepercayaan rakyat terhadap BN masih utuh.

    ReplyDelete
  15. Perbaiki kelemahan diri sendiri dan jangan asyik menunfing jari pada pihak lain. Rakyat kini sudah cukup matang utk mebuat penilaian.

    ReplyDelete
  16. Apapun, yang dah lepas tu lepaslah.. Kini masanya untuk menantikan erubahan positif hasil kemenangan BN.

    ReplyDelete
  17. yang pasti, SAPP ditolak oleh majoriti pengundi batu sapi..mungkin disebabkan oleh sejarah hitam YTL ketika bergelar Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  18. YTL bukan saja kalah kepada calon BN malah kepada calon PKR yang disifatkan oleh Yong sebagai parti berteraskan semenanjung..senario ini mungkin memberikan signal kepada YTL bahawa beliau sudah tidak relevan dalam politik Sabah.

    ReplyDelete
  19. mungkin kekalahan ini akan membawa kepada perubahan dalam SAPP..kemungkinan akan ada strategi atau pendekatan baru akan ditimbulkan sekiranya SAPP akan bertanding untuk merebut kerusi DUN sabah.

    ReplyDelete
  20. apa pun, yang pasti rakyat sudah membuat pilihan mereka..tahniah buat BN.

    ReplyDelete
  21. Tiba masanya Yong bersara dari politik Sabah. Pack up and go home. Your family need you much more now.Sayonara.

    ReplyDelete
  22. Apakah hala tuju buat SAPP setelah kekalahan presiden mereka dalam prk Batu Sapi?
    Kekuatan SAPP tidak mencukupi untuk meneraju Sabah. Mereka telah berikrar tidak akan menyertai BN, menyertai PR mungkin jalan tunggal SAPP untuk terus hidup.

    ReplyDelete
  23. Rasanya SAPP tidak akan putus asa dan ditumbangkan oleh satu pilihanraya kecil.

    ReplyDelete
  24. Keyakinan SAPP menemui kebuntulan atas kekalahan ini. Tidak tahu samada SAPP masih mampu menyusun langkah semula untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  25. Tahniah kepada BN! Tidak dinafikan BN tetapi di hati rakyat.

    ReplyDelete
  26. PRU13 semakin hampir, oleh it Sapp kenalah berusaha untuk mendapat sokongan rakyat .Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  27. Adalah sukar Yong mahu mendapatkan sokongan rakyat Sabah. Rakyat masih ingat lagi apa yang berlaku bila Yong masih KM Sabah.

    ReplyDelete
  28. SAPP terlalu yakin rakyat akan memilih mereka berbanding PKR. Tapi SAPP tetap kalah kepada mereka.

    ReplyDelete
  29. He seems not defeated by the loss.

    ReplyDelete
  30. hahaha yong perlu fikir dua kali untuk letak calon di semua kerusi DUN...ini petunjuk awal bahawa SAPP tidak akan dapat survive bersendirian, perlu pilih sama ada bersama BN atau PR...Sabah Autonomi isu lama, orang2 kampung mana faham!!

    ReplyDelete
  31. Yong masih belum dapat membiasakan dirinya bergelar seorang yang kalah dalam pertandingan itu.

    ReplyDelete
  32. I think he deserves a punch after this. LOL.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.