Wednesday, November 10, 2010

Penganggur tetak ibu guna kapak



Seorang wanita maut selepas cedera parah di kepala akibat ditetak oleh anak lelakinya menggunakan kapak di Felda Chini Timur 1 di sini pukul 10.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat tetakan tersebut.

Yahaya berkata, polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun ketika dia sedang bersembunyi di dalam sebuah reban ayam yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dia ditahan sejam selepas kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menetak kepala ibunya menggunakan kapak besi yang biasanya digunakan untuk memotong buah kelapa sawit.

“Tetakan menyebabkan pendarahan teruk di kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Pekan,” kata beliau ketika dihubungi semalam. -Kosmo

12 comments:
Write comments
  1. Tergamak bertindak keras terhadap ibu sendiri.

    ReplyDelete
  2. kenapa ia menyerang ibunya? orang ini benar2 kejam dan derhaka terhadap orang tua.

    ReplyDelete
  3. Kepada anak begitu bodoh sekali sehingga samggup membunuh ibu sendiri. Kesalahan besar dan hukuman mesti diterima.

    ReplyDelete
  4. Satu perbuatan yang sangat kejam! Apakah motif anak derhaka itu?

    ReplyDelete
  5. perbuatan ini amat kejam. hukuman berat perlu diberikan kepada pembunuh tersebut.

    ReplyDelete
  6. Macam peristiwa berlaku yang tidak dapat kita terima sebagai satu yang normal. Perbuatan ini selalunya dilakukan oleh penagih dadah yang sudah tidak sedar diri akibat pengambilan dadah dan ketagihan. Tapi itu hanya andaian yang bermain difikiran saya, kita lihat apa pula laporan yang akan dikeluarkan oleh pihak polis.

    ReplyDelete
  7. kenapa mudah sangat hilang pertimbangan, malah yang dibunuh itu adalah ibu sendiri. mungkin penganggur ni ada masalah mental atau dibawah pengaruh dadah. apa2pun yang salah tetap dihukum..

    ReplyDelete
  8. Ini adalah tindakan seorang yang berpenyakit mental.

    ReplyDelete
  9. OMG!!!! punya lah kejam perbuatan ni. huhuhu

    ReplyDelete
  10. all,
    i suggest you guys go to malaysia today's blog and tengok macam mana readers beri komen for every articles that published. then u compare dgn komen korang. if you know what i mean.

    ReplyDelete
  11. Tak guna punya anak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.