Gunung Merapi, Pulau Jawa - Gunung Merapi masih mengeluarkan bunyi gemuruh semalam manakala awan, gas dan serpihan dihamburkan setinggi satu kilometer ke udara.
Gambar: DEBU Gunung Merapi memenuhi kedai-kedai dan jalan di Pekan Muntilan.
"Berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, ia akan meletus sekali lagi pada bila-bila masa," kata seorang ahli vulkanologi Indonesia, Surono.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan menyatakan, jumlah keseluruhan kematian akibat letusan itu meningkat dari 138 orang kepada 141 orang semalam.
Peningkatan itu ekoran pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat di kawasan pergunungan.
Pemerintah Indonesia turut meletakkan bandar Yogyakarta dalam keadaan berjaga-jaga ekoran letusan yang masih belum berhenti.
Lapangan terbang di bandar itu masih ditutup semalam dan debu tebal berterbangan di udara menyebabkan penduduk sukar bernafas.
Bagaimanapun, tidak ada arahan daripada pemerintah supaya penduduk meninggalkan bandar Yogyakarta.
Beberapa kampung kecil kelihatan seperti tidak berpenghuni dengan pintu dan tingkap rumah ditutup.
Namun, terdapat pakaian yang dibiarkan di penyidai.
"Apakah pilihan yang kami ada?'' soal seorang penduduk Sukirno, 37, yang menunggang motosikal bersama isteri dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan tahun.
Menurutnya, dia akan menetap dengan saudara-maranya yang tinggal jauh dari gunung itu kerana bimbang debu tersebut akan menjejaskan kesihatan keluarganya.
Beberapa pakar menyatakan, ancaman terbesar di bandar itu ialah Sungai Code yang mengalir ke tengah bandar tersebut dari Gunung Merapi.
Sungai itu mungkin membawa lumpur berapi yang mengalir ke sungai apabila hujan sekali gus memusnahkan apa saja benda di laluannya.
Endapan gunung berapi telah memenuhi sebuah kawasan kediaman di tebing sungai.
Hampir 280,000 orang kebanyakannya yang tinggal di cerun gunung telah mendapatkan perlindungan di pusat-pusat kecemasan. Kebanyakan penghuni pusat kecemasan itu mengadu tiada tandas dan bekalan air bersih tidak mencukupi.
Gunung Merapi itu meletus pada 26 Oktober lalu dan ia masih belum berhenti.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan penghantaran satu briged tentera untuk membantu kerja-kerja bantuan dan pembangunan semula di tengah Jawa.
Pengumuman itu dilakukan selepas Indonesia turut dilanda tsunami pada 25 Oktober lalu ekoran gempa bumi dalam laut sekuat 7.7 pada skala Richter sehingga mengakibatkan 428 orang terbunuh manakala 15,000 lagi hilang tempat tinggal. - Agensi/kosmo
Wednesday, November 10, 2010
Gunung Merapi Terus Aktif, Hambur Awan Panas 1 Kilometer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penduduk haruslah dipindah ke tempat yang jauh daripada kawasan gunung merapi ini supaya keselamatan boleh dijamin.
ReplyDeleteMelihat keadaan mereka, saya lebih bersyukur kerana tiada bencana alam seperti itu di negara kita. Saya akan terus mendoakan keselamatan penduduk Pulau Jawa.
ReplyDeleteletusan gunung merapi ini sangat dashyat, ramai nyawa telah terkorban. semua penduduk kena bejaga2 dan pergi ke kawasan selamat.
ReplyDeletePenduduk haruslah menjauhkan diri dari kawasan tersebut. berdoa selalu agar keluarga dan rakan-rakan akan selamat dari bencana ini.
ReplyDeleteKita tidak boleh menjangka sesuatu akan berlaku. Apa pun sentiasalah berwaspada. Jangan ingat perkara sebegini perkara biasa. ini boleh mengancamnya anda sendiri. Jadi berhati-hatilah selalu.
ReplyDeletelangkah berjaga-jaga perlulah sentiasa diambil. penduduk di kawasan sekitar juga perlu berpindah di kawasan yang jauh.
ReplyDeleteKita yang jauh, hanya mampu memberi sumbangan dan juga berdoa agar gunung merapi ini berhenti dengan segera dan menamatkan kesengseraan di kawasan tersebut.
ReplyDelete"Hampir 280,000 orang kebanyakannya yang tinggal di cerun gunung telah mendapatkan perlindungan di pusat-pusat kecemasan. Kebanyakan penghuni pusat kecemasan itu mengadu tiada tandas dan bekalan air bersih tidak mencukupi."
ReplyDeleteSyukur mereka diberi perlindungan di pusat2x kecemasan. Semoga gunung merapi tidak akan meletus lagi.
penduduk perlu menjauhi kawasan tersebut. pasukan keselamatan dan penyelamat juga perlulah sentiasa bersiap sedia.
ReplyDeletesepatutnya penduduk dihalang untuk berada dekat dengan kawasan berisiko itu. atau lebih baik jika kawasan itu ditutup dan penduduk dihalang untuk membuka penempatan di kawasan berkenaan.
ReplyDeleteHopefully the volcano will soon calm down.
ReplyDelete