KOTA KINABALU: Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di negeri ini tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Datuk Dr.Haji Muhiddin Yusin berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Sekolah (GPS) tahun ini meningkat sebanyak 0.07 peratus berbanding tahun 2009.
Katanya, tahun ini seramai 43,486 orang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengambil peperiksaan tersebut berbanding 45,424 orang calon pada tahun lalu.
“Pada tahun ini, seramai 1,190 orang calon berjaya mencatat pencapaian penguasaan peringkat A bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding tahun 2009 hanya 911 orang. Ini menunjukkan peningkatan seramai 279 orang atau 0.73 peratus.
“Pada keseluruhannya 20,602 orang calon atau 47.38 peratus berjaya mencatat sekurang-sekurangnya pencapaian peringkat C dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu peningkatan sebanyak 4.62 peratus, berbanding dengan 19,422 orang calon atau 42.76 peratus pada tahun sebelumnya.
“Peratus calon yang mencapai tahap penguasaan peringkat lemah (D) dan sangat lemah (E) dalam semua mata pelajaran yang diambil telah menurun daripada 10 peratus pada tahun 2009 kepada 7.88 pratus tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.
Muhiddin berkata SK St.Francis Convent Kota Kinabalu mencatatkan peratusan kelulusan tertinggi iaitu 94.16 peratus.
Manakala SK.Sri Gaya Kota Kinabalu mencatatkan bilangan pelajar mencapai penguasaan 5A tertinggi iaitu 43 orang, meningkat berbanding 23 orang pada tahun lalu. -NST
Saturday, November 13, 2010
UPSR Sabah meningkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para pelajar haruslah teruskan usaha.
ReplyDelete