Tuesday, November 2, 2010

Tolak Pemimpin Yang Gagal Jalankan Tugas

Batu Sapi - Masyarakat di Batu Sapi mesti menolak kerajaan Barisan nasional kerana gagal menjalankan amanah mereka sebagai pemimpin yang dilantik oleh rakyat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad.

Beliau berkata demikian ketika melakukan ceramah kelompok di Kg Cenderamata kelmarin disini.

Masyakat disini katanya perlu faham bahawa membuat perubahan bukanlah satu kesalahan malah ia merupakan hak rakyat untuk memilih siapa yang mereka akan pilih.

"Jika pemimpin Barisan nasional tidak menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, maka masyarakat di sini berhak untuk untuk tidak memilih mereka pada pilihanraya kali ini, kata Khalid.

Beliau berasa hairan mengapa pengundi masih mengekalkan undi kepada Bn sedangkan keadaan pembangunan dan kebajikan rakyat disini sangat menyedihkan.

Khalid berkata, jika rakyat di Selangor yang sudah pesat membangun dengan segala kemudahan yang ada boleh menukar kerajaan dari Bn kepada Pakatan Rakyat, rakyat di Sabah khusunya di Batu Sapi seharusnya sudah lama menolak Barisan nasional.

Jelas beliau lagi, antara faktor rakyat di Selangor menolak Barisan nasional pada Pilihanraya Umum 2008 kerana pemimpin-pemimpin mereka (Bn) mengamalkan rasuah dan penyelewengan.

Bekas Menteri Besar Selangor katanya, walaupun belum sampai setahun mentadbir tetapi sudah memiliki sebuah rumah yang berharga 4 juta ringgit.

Tambah Khalid, pendapatan royalty minyak Sabah setahun sebanyak 1 bilion ditambah dengan keluaran hasil balak, gas dan kelapa sawit sebenarnya menjadikan Sabah lebih kaya daripada Selangor tetapi malangnya apa yang berlaku iaitu rakyat Sabah masih di tangga termiskin dalam Negara ini.

Selain itu katanya, masyarakat disini jangan terpedaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilakukan oleh Bn terhadap 4 buah negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah Kelantan dan Pulau Pinang.

Walaupun Pakatan Rakyat di Selangor baru memerintah hampir 3 tahun tetapi perubahan begitu jelas telah dillaksanakan berbanding kerajaan Bn yang sudah mentadbir selama 50 tahun lebih.

Dalam jangka masa yang singkat itu jelas Khalid, kami (PR) sudah mampu melaksanakan pentadbir dan pengurusan yang terbaik dan mengutamakan kebajikan rakyat Selangor.

Justeru katanya, masyarakat disini mesti buat keputusan yang terbaik demi masa depan generasi yang ada sekarang ini dengan memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat Tn Hj Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat pada hari membuang undi 4 November nanti.

Oleh Julzaim Julirin

20 comments:
Write comments
  1. Rasanya rakyat masih mempercayai BN kerana mereka tahu hanya BN sahaja yang mampu membuat perubahan dengan lebih baik. Masalah keadaaan pembangunan kebajikan dan sebagainya sebenarnya bukan kesalahan pemimpin tetapi adalah kesalahan pihak2 yang ditugaskan menjalankan kerja sambil lewa.

    ReplyDelete
  2. Tambah Khalid, pendapatan royalty minyak Sabah setahun sebanyak 1 bilion ditambah dengan keluaran hasil balak, gas dan kelapa sawit sebenarnya menjadikan Sabah lebih kaya daripada Selangor tetapi malangnya apa yang berlaku iaitu rakyat Sabah masih di tangga termiskin dalam Negara ini.

    Perkara inilah yang sepatutnya dikaji. Memang menghairankan tetapi ini yang berlaku. Harap ada penyelasaian baik yang dapat dilakukan, tak kan lah sampai bila2 pun Sabah tetap antara negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Bukan menolak Kerajaan Barisan Nasional kerana gagal menjalankan amanah yang dilantik oleh rakyat tetapi cuba perbetulkan keadaan agar apa yang diharapkan oleh rakyat dapat dilakukan.

    ReplyDelete
  4. bagaimana rakyat ingin mengundi calon PKR jika ahli-ahli PKR bertelagah sesama sendiri???

    ReplyDelete
  5. betul jiejah..

    PKR ni bermasalah, perkara kecil pun nak kecoh besar. beginikah parti yang diinginkan rkyat.

    ReplyDelete
  6. Mata hanya memandang dan tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika tidak puas hati kenapa tidak bertanya sahaja secara terus pada penduduk di batu sapi?

    ReplyDelete
  7. Memang sudah berkali-kali kita mendengar cerita mengenai rasuah dan sebagainya. Jika rakyat benar-benar menolak BN, adakah PKR akan bebas rasuah?

    ReplyDelete
  8. Entah bila kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan undang-undang menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa yang menerima dan memberi rasuah. Entah apa lagi tindakan yang sepatutnya diambil bagi membanteras masalah ini.

    ReplyDelete
  9. Beliau berasa hairan mengapa pengundi masih mengekalkan undi kepada Bn sedangkan keadaan pembangunan dan kebajikan rakyat disini sangat menyedihkan.

    Memang masih menyedihkan. Baru perasan kah?

    ReplyDelete
  10. PKR hanya pandai mengata tentang orang lain, tapi semua orang tahu kemelut parti mereka. ahli-ahli PKR sendiri pun tidak sehaluan, bagaimana mahu menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  11. membuat perubahan bukanlah satu kesalahan malah ia merupakan hak rakyat untuk memilih siapa yang mereka akan pilih. Maka jika itu pilihan rakyat napa mahu menafikan lagi. memang rakyat lebi yakin dengan BN berbanding dengan PR. Oleh itu mereka akan tetap sokong BN.

    ReplyDelete
  12. "Beliau berasa hairan mengapa pengundi masih mengekalkan undi kepada Bn sedangkan keadaan pembangunan dan kebajikan rakyat disini sangat menyedihkan." Tidak perlulah menafikan kalau itulah pilihan bagi rakyat sabah. mereka lebih suka dengan BN yang memerintah. Rakyat lebih senang dengan BN berbanding dengan PR. Jadi sekiranya itulah pilihan rakyat PR mahu paksa mereka memilih PR kah??tidakkah sampai begitu sekali. Apa pun selamat berjaya.

    ReplyDelete
  13. Betul tu. Tolak dengan sekeras2nya.

    ReplyDelete
  14. "Beliau berasa hairan mengapa pengundi masih mengekalkan undi kepada Bn sedangkan keadaan pembangunan dan kebajikan rakyat disini sangat menyedihkan."

    Tiada apa yang menghairankan. Pengundi tetap menyokong BN kerana mereka masih yakin dengan pentadbir dan pengurusan BN. Lagipun,ia terpulang kepada pengundi untuk memilih calon yang mereka mahu. Suka atau tidak, PR kenalah terima kenyataan bahawa pengundi akan sentiasa sokong BN. Oleh itu, PR perlu teruskan usaha untuk memenangi hati rakyat.

    ReplyDelete
  15. Apa2x pun, semua calon harus bertanding secara bersih dan adil.

    ReplyDelete
  16. Kalian sedar akan kekayaan Sabah tapi masih merupakan negeri termiskin di Malaysia. Tidak logik kan? Dan rata-rata pula mengatakan ada pihak yang 'makan' dulu. Jika sudah tahu, kenapa tidak tindakan di ambil saja? Berani cakap, tapi tindakan tidak ada.

    ReplyDelete
  17. "Walaupun Pakatan Rakyat di Selangor baru memerintah hampir 3 tahun tetapi perubahan begitu jelas telah dillaksanakan"

    benar, tapi semua itu hasil dari BN juga.. PR hanya mengambil alih negeri yang telah sedia membangun.. jadi tidak perlulah membangga2kan kononnya membawa perubahan..

    ReplyDelete
  18. kalau pilih PKR, samalah macam pilih umno. kerana majoriti ahli2 dalam PKR adalah ahli2 umno yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat pangkat dan ganjaran.

    ReplyDelete
  19. Hanya rakyat sahaja yang mampu memilih calon yang dimahukan. Baik kita tunggu dan lihat bagaimana keputusan besok.

    ReplyDelete
  20. Berikan peluang kepada pemimpin yang menang untuk berkhidmat sebelum terus menolak mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.