Wednesday, November 3, 2010

Ceramah UMNO Hanya 12 Orang

Gara-gara ingin mengganggu-gugat program Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda, ceramah mini anjuran Umno yang diadakan di hadapan program terbabit di Sungai Terah dihalang SPR malam tadi.

Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang.

Kira-kira 10 minit tayangan filem Ketika Cina Bertasbih ditayangkan, ceramah mini Umno pun bermula dengan menggunakan pembesar suara yang lebih lantang berbanding program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu.

Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam, ceramah yang hanya dihadiri 12 orang, termasuk enam orang Puteri Umno selebihnya anggota keluarga dan jiran terdekat terpaksa dihentikan dengan arahan SPR.

Tindakan itu dilakukan SPR memandangkan pihak terbabit tidak mempunyai permit sebagaimana yang ditetapkan.

Sepanjang ceramah itu berlangsung, golongan muda yang rata-ratanya terdiri dari pengundi ‘bertakbir’ beramai-ramai sewaktu pemimpin mereka berceramah yang kebanyakkannya menyelar pimpinan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Gangguan ceramah PAS sejak akhir-akhir ini berlaku hampir setiap malam apabila dianya diadakan di tempat yang sama dengan program PAS.

Pada malam sebelumnya kejadian yang serupa berlaku pada majlis ceramah PAS yang diadakan di Ladang Chin Tek.

Kejadian berlaku apabila majlis ceramah PAS disampaikan oleh Datuk Nasharuddin Daud, di mana Umno memasang karaoke dengan tujuan untuk mengganggu ceramah PAS.
-n45galas

PRK N.45 Galas's Photos - Jom Tengok Wayang & BBQ Anak Muda











18 comments:
Write comments
  1. Sama ada benar atau tidak, BN kini perlu bekerja lebih keras lagi.

    ReplyDelete
  2. Mestilah Wayang dan BBQ kelihatan lebih menarik berbanding ceramah. Ceramah tidak syok ba. Tengok, majlis PAS ada bagi hadiah lagi, BN tiada. Mesti semua pergi tempat PAS.

    ReplyDelete
  3. ceramah dihadiri 12 orang, benarkah? itu bukan ceramah kot.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kita akan tahu siapa yang menjadi pilihan rakyat bila keputusan undian diumumkan nanti...

    ReplyDelete
  6. Kita akan merasa teruja dan bershukur kepada ALLAH dimana kita telah menunaikan tanggongjawab kita sebagai orang islam yang dapat menolong saugama dan sabangsa... dan pastikan pemimpin kita orang yang berugama islam.....

    ReplyDelete
  7. Tidak perlulah bagi ceramah kalau setakat 12 orang saja.

    ReplyDelete
  8. Tidak perlu bagi ceramah kalau tidak mendapat kebenaran daripada pihak tertentu.

    ReplyDelete
  9. Mungkin iklan UMNO tidak sehebat PAS dan tidak diketahui oleh orang lain. Jadi seeloknya lakukan ditempat yang berpermit untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  10. Biarpun 12 orang yang penting ada juga orang datang. Teruskan usahamu UMNO.

    ReplyDelete
  11. Mungkin secara kebetulan saja, tapi jika disengajakan, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku..

    ReplyDelete
  12. kita akan tahu siapa yang lebih disukai oleh rakyat bila keputusan diumumkan nanti. pengundi perlulah memilih calon yang benar-benar layak.

    ReplyDelete
  13. kita dah tau keputusannya, so lupakan yang dah lepas..

    ReplyDelete
  14. Apapun taniah pada BN kerana berjaya mengekalkan kemenangan.

    ReplyDelete
  15. Tidak kisahlah 12 orang kah ataupun 50, janji BN sudah menang.

    ReplyDelete
  16. walaupun hanya 12 orang yang penting kemenangan telahpun berpihak kepada BN.. tahniah kepada Calon BN dan juga semua jentera2 BN yang bertungkus2 bagi merealisasikan kemenangan yang telah dicapai. tahniah dan terima kasih juga kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah dan mentadbir.

    ReplyDelete
  17. Walaubagaimanapun, BN juga menang akhirnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.