Batu Sapi - Sambutan menggalakkan penduduk setempat terhadap kehadiran petugas dari muslimat PAS dan wanita Keadilan di kawasan mereka memberikan satu petanda baik bahawa masyarakat Batu Sapi akan menyebelahi Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil kali ini.
Risalah Pakatan Rakyat yang didedarkan di satu kawasan perumahan habis dalam masa kira-kira 20 minit sahaja sedangkan pada masa sama, risalah yang diedar oleh wanita Umno bersepah disana-sini, kata Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah Puan Zaiton Ahmad.
Selain itu juga, di satu kawasan perumahan yang lain kelihatan kaunter daftar semakan milik Umno lengang sepanjang hari dan peraih undi wanita Umno tidak dilayan oleh penduduk kawasan perumahan tersebut, tambah Zaiton.
Dalam tinjauan yang dibuat, rata-rata penduduk tempatan merungut masalah gangguan air dan elektrik yang sering berlaku. Begitu juga masalah pembinaan masjid yang belum selesai sehingga kini dan masalah pembangunan sampah berhampiran tapak masjid yang belum diselesaikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau pihak kerajaan sehingga hari ini.
Ketua Muslimat Pas Negeri Sabah, Puan Zaiton Ahmad yang turut berkempen ketika mengulas kejadian tersebut mengatakan bahawa ini adalah tanda-tanda BN ditolak oleh rakyat Sabah dan mereka amat dahagakan kuasa dan kepimpinan alternatif bagi memimpin dan menyelesaikan masalah asasi mereka Sabah khususnya di Batu Sapi.
Dalam perkembangan yang sama beliau turut mengecam tindakan Barisan Nasional meletakkan papan tanda ugutan seperti ayat ‘Sanggupkah anda menghancurkan masa depan mereka’ dengan meletakkan gambar tangan bayi bersebelahan ayat tersebut untuk mempengaruhi pengundi seolah olah masa depan generasi muda akan hancur jika memilih pembangkang.
Sedangkan kata Zaiton, peratus jenayah termasuk pembuangan bayi yang meningkat setiap hari berlaku disebabkan polisi kerajaan BN yang longgar terhadap pusat-pusat maksiat seperti Pertumbuhan Kelab kelab membuktikan merekalah (BN) yang menghancurkan generasi anak muda hari ini.
Zaiton juga menyeru agar masyarakat dan pengundi Batu Sapi khususnya dan Rakyat Sabah secara amnya agar menolak pimpinan Barisan Nasional yang tidak menitikberatkan soal keruntuhan moral sehingga ke akar umbi sebaliknya mereka hanya sibuk dengan pelbagai projek mewah tanpa perancangan modal pembangunan insan yang menitikberatkan soal spiritual.
Ketika mengulas projek-projek kilat yang dilancarkan oleh menteri-menteri persekutuan BN di Batu Sapi dan menabur wang di kalangan pengundi Batu Sapi. Beliau mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpedaya dengan janji manis kerajaan BN yang hanya menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kebajikan dan keperluan rakyat hanya ketika musim Pilihanraya sahaja.
Misalnya upacara pecah tanah, Masjid RM5 juta di Batu Sapi hanya untuk mengaburi mata rakyat. Jika benar mereka ikhlas kenapa tidak dimulakan sejak sebelum pilihanraya. Pada musim pilihanraya sememangnya Kerajaan Persekutuan tanpa segan silu menabur berjuta juta wang secara kilat dan ‘mee segera’ kepada rajyat.
Adakah ini pelan pembangunan terancang jangka panjang ataupun ‘adhock’ hanya ketika Pilihanraya untuk meraih simpati undi dari rakyat. Rakyat Sabah begitu terhina dengan tindakan dan lakonan sama pimpinan BN seperti ini setiap kali menjelangnya Pilihanraya.
Oleh yang demikian, rakyat Sabah diseru agar berani membuat perubahan tanpa takut dengan Politik Ugutan dan ‘gula-gula Kerajaan BN’. Sebelum ini, Sabah juga pernah membangun dan maju semasa Pemerintahan kerajaan BERJAYA dan USNO.
Sebaliknya rakyat Sabah merupakan antara penduduk termiskin di Malaysia selepas BN memerintah walaupun Sabah mempunyai hasil bumi yang kaya seperti pengeluaran minyak dan gas melebihi 2.5 bilion ringgit setahun tidak termasuk hasil balak, pertanian ,perdagangan dan sebagainya, ‘ujar beliau lagi.
Tuesday, November 2, 2010
Batu Sapi : Petugas PAS diterima baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenampaknya PR berkeyakinan, tapi PR perlu ingat BN dan SAPP juga sudah menyatakan keyakinan yang mereka mampu menang dalam PRK ini.
ReplyDeletesemua parti ada keyakinan mereka sendiri. apapun rkyat menentukan pemenangnya.
ReplyDeleteItu hanya diluaran, dalaman siapa yang tahu..
ReplyDeleteKita tidak pasti siapakah pilihan sebenar Rakyat. Mungkin kerana sikap rakyat sabah yang mesra kepada orang lain itu meyebabkan mereka menyambut tetamu yang datang ke kampung mereka. Mungkin ini disalah ertikan oleh PAS dan wanita keadilan.
ReplyDeleteBaguslah jika diterima baik oleh rakyat batu sapi. Kira beruntunglah parti itu. apa pun kita mengharapkan perkra yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeleteHairan kan mengapa hanya ketika hampir dengan pilihanraya di sanalah segala-galanya diberikan. Namun selepas itu penduduk sama seperti dulu. Risau juga kalau2 projek2 yang diluluskan hanya dibina hangat2 tahi ayam saja.
ReplyDeleteInilah dikatakan janji politik. Semasa Pilihanraya saja dapat lepas itu tidak tahu terlaksana atau tidak. Apa pun kita mengharapkan rakyat janganlah tersalah pilih.
ReplyDeletepengundi Batu Sapi juga perlu sedar, keperihatianan PAS di Batu Sapi bertentangan dengan realiti di Kelantan. memang mudah bagi mereka mengucapkan kata2 hinaan untuk BN dan pujian untuk PR. semua itu juga sekadar mengaburi mata pengundi.
ReplyDeletebukan 'gula2' jika mampu melakukannya.. yang suka menggula2kan rakyat adalah pembangkang kerana tidak mampu membawa pembangunan.. malah negeri kelantan juga masih meminta bantuan kerajaan pusat untuk bantuan pembangunan..
ReplyDeletePapan tanda macam tu, kurang sesuai.
ReplyDeleteDiharapkan rakyat akan pandai menilai calon yang bertanding serta membuat pilihan yang terbaik untuk kawasan sendiri.
ReplyDeleteSaya hanya mau seorang wakil rakyat takutkan API NERAKA ALLAH... Tidak berbuat khianat, selalu telus dan jujur .
ReplyDeleteBaik kita tunggu dan lihat bagaimana keputusannya setelah undian dikira besok hari.
ReplyDeleteParti alternatif ini jika dilihat dari segi positif, memang baik kerana dari merekalah yang akan mempersoalkan dan menyedarkan segala kelemahan parti kerajaan. Namun sebaliknya juga turut boleh berlaku.
ReplyDelete"Beliau mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpedaya dengan janji manis kerajaan BN yang hanya menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kebajikan dan keperluan rakyat hanya ketika musim Pilihanraya sahaja."
ReplyDeletePKR sendiri pun suka memberi janji manis. Belum tentu lagi kalau PKR akan menunaikan janji2x tersebut jikalau mereka menang.
Sesiapa yang menang haruslah diberi peluang untuk berkhidmat sebelum kita menolak. Kita tengoklah bagaimana keputusan nanti.
ReplyDelete