Thursday, November 25, 2010

Lori dengan muatan baja terbalik, kelindan cedera!

Sebuah Lori yang sarat muatan baja pertanian terbalik di kilometer 5, Jalan Kunak-Lahad Datu berhampiran bulatan jalan (round about) awal pagi Rabu, di sini. Difahamkan, dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, Lori yang dipandu dari Tawau tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh tembok penghadang di tepi jalanraya berkenaan sebelum terbalik - hanya beberapa meter berhampiran pondok gerai jualan yang terdapat di situ.

Pemandu lori tersebut terselamat, bagaimanapun seorang daripada kelindannya cedera dan dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.





Difahamkan, kenderaan itu sedang dalam perjalanan menghantar baja ke sebuah ladang kelapa sawit di Kunak semasa kejadian tersebut. Insiden itu menyebabkan cermin hadapan lori pecah berkecai dan beberapa komponennya rosak teruk. Muatan berguni-guni baja kelihatan bertaburan di tebing jalanraya.

Seorang saksi,67, berkata :
"Nasib baik tidak ada sesiapa di kawasan pondok perhentian bas dekat situ. Kenderaan pun masih kurang lalu kawasan itu semasa kejadian awal pagi (subuh) tadi", katanya.

Untuk rekod, pada 16 Mac tahun 2009, seorang wanita bersama anaknya maut dalam kemalangan jalanraya di kawasan yang sama selepas dilanggar oleh sebuah Lori pengangkut minyak sawit mentah (CPO) ketika mangsa sedang berjalan kaki dari sebuah pasaraya menuju ke rumahnya.

. Nota KP : Tinjauan media di lokasi kejadian pagi tadi turut mendapati bendalir dipercayai minyak dari kenderaan itu tertumpah di tepi jalanraya dan mengalir ke kawasan berhampiran gerai tempat kenderaan sering berhenti seketika di kawasan berkenaan. Pihak yang bertanggungjawab diminta agar memantau keadaan itu dan difahamkan permukaan jalanraya menjadi licin selepas hujan, impak daripada kesan bendalir tadi.

-kunakpress.blogspot.com/

1 comment:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.