Tuesday, November 2, 2010

Selepas 38 tahun, Soberi Shafii keluar Umno

Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi. -harakahdaily

15 comments:
Write comments
  1. Jalan penyelesaian bukanlah keluar parti, sepatutnya sebarang permasalahan dikalangan pemimpin perlu dibawa berbincang.

    ReplyDelete
  2. itu keputusan beliau sendiri. yang penting UMNO perlu teruskan perjuangan dan buktikan bahawa UMNO berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  3. harap keputusannya untuk keluar UMNO tidak menjejaskan jentera UMNO-BN.

    ReplyDelete
  4. Mungkin adalah lebih baik jika beliau terus berhenti dari arena politik, kerana jika beliau masih lagi bergiat cergas dalam politik, ini hanya akan mengelirukan pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  5. mungkin ini adalah keputusan terbaik beliau. apa pun terima kasih atas jasa selama ini.

    ReplyDelete
  6. Ya, ini adalah keputusan beliau dan kita harus menghormatinya. Beliau lebih mengetahui apa yang terjadi di dalam parti mereka sendiri.

    ReplyDelete
  7. Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

    Harap Najib akan beri perhatian kepada Umno Kelantan.

    ReplyDelete
  8. kita tidak boleh juga paksa beliau untuk terus bersama BN. Ini pilihan yang terbaik dari beliau. PM harus mengambil tindakkan sepatutnya untuk mengelak lebih ramai yang akan keluar parti. Baru-baru ini alih UMNO sabah sekarang ini Ahli UMNO Kelantan. Besok luasa orang sendiri yang keluar. Jadi cari penyelesaian untuk mengelak perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  9. sama juga macam PR.. jangankan dari dalam, diluar pun boleh nampak mereka bergaduh.. biasalah, asal keluar parti, akan keluar jugalah segala kritikan2 tajam.

    ReplyDelete
  10. "Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti,"

    atau mungkin tidak mendapat jawatan tertinggi atau ganjaran selama 38 tahun bersama umno??

    ReplyDelete
  11. "Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno,.."

    Mohd Soberi sudah pun memegang pelbagai jawatan dalam umno.. bukan kah itu tugas? apa tugas yang beliau mahu?..

    ReplyDelete
  12. Nampaknya mana-mana parti pun ada masalah dalaman sendiri. Normal lah tu kan? Dalam sebuah institusi kekeluargaan pun ada konflik dalaman mereka sendiri, apatah lagi dengan sebuah parti yang besar.

    ReplyDelete
  13. Perkara biasalah ahli yang suka melompat-lompat. Bukan apa-apa yang baru.

    ReplyDelete
  14. Ahli yang tiada hati berjuang bersama, tiada guna juga mengekalkan mereka dalam parti. Biarlah mereka pergi.

    ReplyDelete
  15. Itu adalah keputusan Soberi Shafii. Biarlah dia tue.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.