Saturday, November 6, 2010

UMNO Lesapkan Pungutan Wang Ihsan Pulau Pinang?

UMNO dianggap cuba pecah amanah sekiranya tidak memulangkan wang warga emas seperti yang dikatakan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, beliau mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan (gambar) yang dianggap hanya bersikap seperti omong kosong dan sehingga kini masih tiada wang yang dipulangkan kepada pihaknya.

“Ke mana wang itu? Dia (Norman) ada kata dalam surat khabar dan mengatakan ada kira-kira 1,000 warga emas yang akan pulangkan wang yang dikatakan mereka adalah wang judi, jika jumlah 1,000 itu didarabkan dengan RM100, pasti menjadi RM100,000.

“Jadi mana duit RM100,000 itu pergi, sekarang dia kata ada RM20,000 dan saya musykil dari mana duit itu datang,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu melalui laporan media, Norman berkata, seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ihsan RM100 yang diterima dari Kerajaan Negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Menurutnya, kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang yang diperoleh itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini telah menyebabkan lebih ramai lagi warga emas akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat kerana mereka tidak sanggup menggunakan wang dari sumber haram.

Norman juga berkata, UMNO tidak memaksa mereka untuk memulangkan wang ihsan tersebut, sebaliknya warga emas berkenaan bertindak atas kerelaan hati.

Katanya, Pemuda UMNO Negeri akan mengumpulkan semua wang itu dan akan mengembalikannya secara rasmi kepada Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Beliau juga semalam cuba menyerahkan wang berkenaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Namun Wei Aik meragui sumber wang berkenaan berikutan tidak disertakan dengan senarai nama pemberi wang.

Wei Aik berkata, sekiranya UMNO masih belum memulangkan wang tersebut beliau menasihatkan supaya semua warga emas yang telah menghantar wang kepada UMNO segera membuat laporan polis.

Menurutnya, ia kerana mereka hanya pandai mengutip wang tetapi tidak memulangkannya kembali.

“Ini adalah di bawah kesalahan pecah amanah dan tidak ada akauntabiliti,” katanya.

Beliau berkata sekiranya masih terdapat warga emas yang mahu memulangkan wang tersebut boleh berbuat demikian secara individu di Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah tanpa didalangi mana-mana pihak.

“Mereka perlu isi borang dan nyatakan sebab kenapa mereka serahkan semula wang berkenaan,” katanya. -SH

19 comments:
Write comments
  1. Sudah lama duit tersebut telah dipulangkan, mengapa mengambil masa terlalu lama pula untuk sampai kembali kepada kerajaan negeri?

    ReplyDelete
  2. Diharapkan UMNO akan memulangkan wang ihsan itu secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. pekara ini perlulah diselesaikan secepat mungkin agar ia tidak menimbulkan sebarang andaian negatif.

    ReplyDelete
  4. Tidak perlu risau duit itu akan dikembalikan juga nanti. Apa pun UMNO mestilah balikkan duit itu segera sebelum menjadi isu olen pembangkang lagi nanti.

    ReplyDelete
  5. wang itu akan dipulangkan juga nnti.

    ReplyDelete
  6. UMNO jangan biar duit itu dipegang lama-lama nanti ini akan menjadi isu hangat.

    ReplyDelete
  7. Kenapa beliau perlu berputar belit untuk mengatakan yang sebenarnya? Sebagai seorang pemimpin harus memperlihatkan imej yang baik. Jangan sampai sikap beliau seorang, akan mengakibatkan nama baik UMNO tercemar.

    ReplyDelete
  8. Wang ihsan itu harus dipulangkan secepat mungkin sebelum ia dipolitikan.

    ReplyDelete
  9. sebaiknya UMNO memulangkan wang itu dgn segera agar isu ini tk dimanipulasikan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  10. untuk terus menuduh bahawa wang itu sudah lesap oleh umno adalah tidak adil.. minta penjelasan dari Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sebelum membuat spekulasi..

    ReplyDelete
  11. jika pemuda umno tidak dapat memulangkan semula wang2 itu, bersedialah tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada umno sekali gus membantu kerajaan DAP P.P membersihkan imej mereka dan mengalihkan kemarahan rakyat terhadap LGE kepada umno..

    ReplyDelete
  12. hhmm, harap2 hal ni dapat ditanggani dengan baik. Jangan biarkan berlanjutan lama nanti tambah teruk pula.

    ReplyDelete
  13. Semoga ada penjelasan di sebalik hal ni bagi mengelakkan lebih ramai yang keliru seterusnya beranggapan yang bukan2.

    ReplyDelete
  14. Ya evan, hal ni akan terus berpanjangan jika wang itu tidak dikembalikan. Malah nak bersihkan imej mereka pun bukan senag oo.. huhuhu

    ReplyDelete
  15. Jadi tolonglah selesaikan hal ni secepat mungkin.

    ReplyDelete
  16. I hope this issue can be solved soon. Its just a minor issue that can be easily solved, no need to drag this on for too long, its getting annoying.

    ReplyDelete
  17. Norman harus memulangkan wang ihsan yang telah dipungut dari lebih seribu orang kepada Kerajaan Negeri.

    ReplyDelete
  18. RM 100 k, mana wang itu? Terlanjur cakap kerana mahukan publisiti, kali ini sendiri yang disusahkan.

    ReplyDelete
  19. Jangan saja cakap besar, sekarang rakyat sedang tunggu apa yang berlaku. Mana wang ihsan 100 ribu yang dikatakan dipulangkan oleh 1,000 orang warga emas?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.