Seorang buruh dijatuhkan hukuman 18 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan merogol seorang budak perempuan yang berintelektual rendah.
Tanny Goh Esun juga telah diarahkan oleh Hakim Rajalingam al S.S Maniam agar dikenakan sebatan sebanyak sembilan kali.
Tertuduh pada mulanya tidak mengaku bersalah dan sepatutnya dibicarakan kelmarin namun dia telah mengubah pengakuannya.
Tanny mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang budak perempuan berumur 15 tahun pada 1 April pada jam 9 malam dalam sebuah bilik, rumah tidak bernombor di Kuala Penyu.
Tertuduh melalukan kesalahan di bawah Sekseyn 376 (2) (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga sebat.
Sebelum dijatuhkan hukuman, Tanny merayu agar hakim meringankan hukumannya atas sebab dia menyesal dengan perbuatannya dan berhasrat ingin mengahwini mangsa namun tidak dipersetujui oleh keluarga mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Effizah Ernie Idris membidas rayuan tertuduh dengan memohon agar hukuman tertuduh ditinggikan dengan mengambil kira keadaan mangsa dan mangsa masih lagi di bawah umur.
DPP Effizah juga berkata bahawa bukanlah satu alasan bagi mahkamah meringakan hukuman hanya kerana tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai satu anak.
Berdasarkan fakta kes, mangsa, adiknya dan rakan mangsa telah pergi ke rumah tertuduh. Tertuduh mengarahkan mangsa masuk ke bilik. Mangsa dan adiknya telah masuk ke dalam bilik itu sambil mendengar radio.
Tiba-tiba tertuduh masuk dan mencium mangsa. Mangsa mencuba untuk menjerit namun mulutnya telah ditutup oleh tertuduh. Adik mangsa yang juga berada di dalam bilik itu hanya mendiamkan diri kerana takut akan dimarahi oleh tertuduh.
Selepas kejadian itu, mangsa telah berubah sikap. Mangsa menjadi pendiam dan hal itu disedari oleh gurunya. Gurunya bertanyakan hal itu kepada mangsa lalu mangsa menceritakan kejadian itu. Mangsa telah dibawa oleh gurunya untuk membuat laporan polis. -NST
Wednesday, November 10, 2010
Buruh dipenjara 18 tahun rogol budak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 tahun terlalu singkat, kenalah memanjangkan tempoh penjara itu. Merogol itu kesalahan yang terkutuk, tergamak merogol budak yang berintelek rendah. Memang tidak boleh dimaafkan.
ReplyDeletetertuduh dah mempunyai anak dan isteri, kenapa mesti merogol? benar2 tak ada moral.
ReplyDeleteSaya setuju dengan Jonny. Kalau boleh, penjara seumur hidup patut dijatuhkan kepada perogol tersebut.
ReplyDeleteMemang patut hukuman berat dikenakan kepada pesalah ini. Apa pun kita hakim yang menentukan hukuman kepada pesalah tersebut.
ReplyDeletememang wajar pesalah dikenakan hukuman berat. harap pesalah tersebut bertaubat dan berubah.
ReplyDeleteKalau boleh hukuman berat dikenakan, biar dia ingat sampai bila2 perbuatan itu dan insaf. Tidak akan ada niat lagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
ReplyDeletejenayah rogol makin menjadi2 sekarang ni, nampaknya hukuman yang diberikan tidak cukup berat. hukuman bagi jenayah ini perlu lebih berat.
ReplyDeletekes jenayah berat, wajar dijatuhkan hukuman berat. undang2 perlu tegas dalam hal ini dan tidak sewenang2nya meringankan hukuman.
ReplyDeleteSedihnya... Nafsu...nafsu..
ReplyDeletediharap peristiwa ini akan menjadi iktibar kepada masyarakat..
ReplyDeleteibu bapa dan guru haruslah sensitif dengan perubahan sikap anak mereka terutama gadis kerana kemungkinan mereka menjadi mangsa jenayah rogol..
ReplyDeletediharap masyarakat akan lebih sensitif dengan persekitaran mereka. sebarang jenayah harus dilaporkan..
ReplyDeleteEntah apa mahu jadi dengan manusia zaman sekarang. huhuhu
ReplyDeleteSungguh menyedihakn, semoga setiap individu mempunyai sikap perikemanusiaan sesama manusia :)
ReplyDelete