Thursday, May 2, 2013

JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi

Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.

Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.

"Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.

"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.

"Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini. -HD
xxx2

Komen Anda

41 Responses to " JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi "
Anonymous said...
May 3, 2013 at 10:32 AM

abis tu, kami ribuan guru2,rakan2 pensyarah serta staff krj / swasta dari semenanjung mau terbang ni didakwa PATI juga ka?

pengundi ataih pagag


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:37 AM

Ingat BN- Ingat Barang Naik
Ingat BN- Ingat Gst dilaksanakan
Ingat BN- Ingat Minyak Naik
Ingat BN- Ingat Budget seluar dalam
Ingat BN- Ingat video porno
Ingat BN- Ingat Lembu kondo
Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi pada Malaya
Ingat BN- Ingat permit bas sekolah pun diluluskan di putrajaya
Jadi Kita sokonglah BN


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:05 PM

The Election Commission (EC) said today that it is fine for individuals to ferry voters as long as the beneficiaries are not asked to vote for certain political parties or candidates.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:07 PM

Yesterday, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor admitted that voters were being flown in to the peninsula, but stressed that the flights were sponsored by “friends” of BN as part of the party’s “get out the vote” campaign for Election 2013.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:10 PM

“It’s okay ... But if they give tickets, money, then ask voters to choose this party or this candidate, then that’s wrong,” said EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:11 PM

“If there are complaints ... MACC will investigate, police will investigate ... If it is proven to be graft, then that party is guilty,” he said, referring to the Malaysian Anti-Corruption Commission.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:12 PM

EC is not aware of the move by “friends of BN”, but Abdul Aziz explained that nothing can be done to stop the flights.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:13 PM

“Even if it’s true, what’s wrong? Shall we stop the flights and stop people from coming back?” he said.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:40 PM

Napa kerajaan charter kapal2 untuk org asing pula? BN kamu lah penipu no 1 di dunia. Harap2 mampus dan dibakar di akhirat!


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:58 PM

Tidak masuk akal. Demikian pandangan beberapa pihak mengenai dakwaan pakatan PKR-DAP-PAS bahawa Barisan Nasional (BN) memindahkan lebih 40,000 pengundi “hantu” dari Sabah dan negara asing ke Semenanjung, bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya kali ini.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:59 PM

“Bagaimana hendak membawa pengundi hantu dari Sabah ke sebuah negeri lain?,” kata Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak Negeri Sabah (Perasa) Kuala Lumpur Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak ketika dihubungi Bernama.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:59 PM

Hujahnya adalah mustahil untuk memindahkan manusia seperti barangan, apatah lagi melibatkan jumlah sedemikian besar.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:59 PM

“Bagi saya dakwaan ini sengaja dibangkitkan kerana sudah tidak ada isu lain lagi untuk mereka gunakan bagi memancing undi. Pihak tertentu memang sengaja mencari dan menunggu peluang untuk menimbulkan isu,” katanya yang diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa ada cubaan membawa masuk pengundi hantu dari Sabah ke Selangor.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:00 PM

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata dakwaan tiga sekutu itu hanya untuk menimbulkan kemarahan penyokong mereka.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:00 PM

“Umno dan BN tidak sebegitu bodoh untuk membuat kerja yang melibatkan operasi besar seperti itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:00 PM

Menurut Ahmad mereka mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam menjalankan pilihan raya kali ini, sedangkan nama setiap pengundi di satu-satu kawasan sudah disemak dan disahkan SPR serta pengundi terbabit sebelum ini.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:00 PM

Sementara itu Senator Datuk S. Nallakarupan yang juga bekas rakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Anwar telah dilabel sebagai orang yang akan mencari salah BN dalam apa juga perkara walaupun BN berada di pihak yang benar. “Di dalam kepalanya hanyalah untuk menjadi perdana menteri, menjatuhkan BN. Lain-lain tiada,” katanya.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:00 PM

Antara lain, pakatan PKR-DAP-PAS itu mendakwa ada banyak penerbangan yang ditempah khas termasuk menggunakan pesawat Boeing 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta lapangan terbang lain di Semenanjung, selain penggunaan pesawat tentera.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:00 PM

Pada sidang media semalam, Anwar yang menunjukkan salinan e-mel kononnya mengandungi jadual dan senarai nama individu tertentu, mendakwa SPR bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat penerbangan dalam isu itu.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:08 PM

beribu orang semenanjung berasda di Sabah dan Sarawak, mereka juga terdiri dari penjawat awam, guru. mestilah mereka akan kembali ke tampat asal mereka untuk mengundi, Anwar tak perlu nak manipulasikan hal ini. dasar pembelit.!!


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:10 PM

hentikanlah main politik fitnah mcm ni.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:14 PM

Logik akal : Buat laporan & kemukakan bukti kepada polis serta laporan kepada SPRM dan SPR. Jika buat kenyataan media tanpa tindakan yang sewajarnya mengundang tafsiran yang tidak relevan. Jika surat boleh dipalsukan, apatah lagi emel??? Bagaimana pula kepada kakitangan yang bertugas di Sabah & Sarawak balik mengundi ke semenanjung??? Penerbangan pasti akan transit ke KLIA atau LCCT??? Bagaimana nak tadbir negara jika bersikap seperti kanak-kanak???


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:35 PM

Kenyataan ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) berhubung kemasukkan sejumlah besar pengundi diragui daripada Sarawak ke Semenanjung Malaysia dianggap memperbodohkan penduduk Bumi Keyalang yang tinggal di sini.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:35 PM

Ketua Penerangan Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (GAIU) Raymond Brian ketika ditemui pemberita di Seri Alam hari ini berkata dakwaan itu merupakan provokasi untuk pilihan raya semata-mata.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:35 PM

"Tak masuk akal...kenapa nak tinggalkan kawasan di Sarawak sedangkan mereka boleh mengundi di sana. Kenapa nak menyusahkan diri. Kenyataan itu tidak masuk akal," katanya.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:36 PM

Menurut beliau, GAIU sendiri telah mendaftarkan pengundi baharu dan membantu penukaran alamat mengundi penduduk dari Sarawak yang telah bermastautin di negeri Johor sejak 2009


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:36 PM

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) 2008 lalu, seramai 386 orang pengundi yang berasal dari Sarawak mengundi di kawasan Parlimen Gudang.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:37 PM

hohoho..

Ingat PR - Ingat Akhlak Pemimpin2 nya (Anwar, Azmin, Ronnie, Mat Sabu, Anak Ismail Kamus, Elizabeth Wong)
Ingat PR - Ingat Sultan Suluk Dijanji Kuasa Menduduki Sabah Selepas PRU13
Ingat PR - Ingat Sumpah Laknat Anwar Yg Sentiasa Beralasan Dielak
Ingat PR - Ingat IC diberi pada Rakyat Sultan Suluk dari Filipina (Rumusan Buku Jingga Edisi Sabah)
Ingat PR - Ingat Budget & Manifesto` Manis Wajah`
Ingat PR – Bekas Rakan2 Anwar Ingat PR - Ingat Aksi Porno Pemimpin Disimpan Di Singapura
Ingat PR - Ingat Air Azab Sengsara
Ingat PR - Ingat Jeffrey Jadi PM di Sabah, Sarawak & Mindanao (Wilayah Autonomi)
Ingat PR - Ingat Bantuan Zionis dari Singapura Jadi Kita MEMANG PATUT sokong BN dari PR!!!

tatap dengan Dacing!!!!!!!



Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:37 PM

Katanya, jumlah penduduk berasal dari Sarawak yang layak mengundi pada PRU13 ini ialah seramai 1,610 orang, tidak termasuk 217 orang di Parlimen Gelang Patah, 289 di Parlimen Tebrau dan 95 orang di Parlimen Johor Baharu.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:37 PM

Menurutnya, GAIU juga telah mendaftarkan pengundi baharu dan memindahkan alamat mengundi lebih 2,000 lagi penduduk yang berasal dari Sarawak namun mereka tidak layak mengundi kali ini.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:40 PM

Ingat BN- Ingat Bantu Rakyat Bawahan Yg Aktif
Ingat BN- Ingat Kemakmuran Ekonomi
Ingat BN- Ingat BR1M
Ingat BN- Ingat Jaminan Pada Anak2 Ingat BN- Ingat Mesra Rakyat & 1 Malaysia
Ingat BN- Ingat Kesaksamaan Dalam Membantu Semua Rakyat
Ingat BN- Ingat Agama Dihormati & Diiktiraf
Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi Bumiputra Ingat BN- Ingat Politik Yg Wasatiyyah
Ingat BN- Ingat permit teksi, Lori, Bas, Perniagaan Yg Efisien
Jadi Kita MEMANG PATUT sokong BN!!!


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:23 PM

Wow mesti ingat DSAI pelopor segala kejahatan


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:24 PM

Adakah PM ingin mencemarkan nama baik parti sendiri?


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:25 PM

Macam mana pula boleh masuk ribuan orang sedangkan kawalan keselamatan ketat?


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:32 PM

Memang diorang ni sengaja nak porak perandakan suasana


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:34 PM

Three more Filipinos were charged with offences related to the Sulu intrusion in Lahad Datu.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:37 PM

Mereka seharusnya tidak berada di situ


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:41 PM

Bawa ribuan orang? Otak sakit ke apa?


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:47 PM

They are merely go for personal gain de


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:48 PM

I bet they are hanging like hell


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:48 PM

Banging like bastards.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx