Thursday, May 2, 2013

Pengundi Berdaftar Atau Pengundi Hatu Berdaftar?

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, merupakan pengundi berdaftar Malaysia.

Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN".

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu.

Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya".

Sedangkan, Pakatan Rakyat turut menempah bas untuk membawa pengundi dari negara jiran, katanya.

Malah, BERSIH, turut membayar tambang penerbangan bagi rakyat Malaysia untuk pulang dari Shanghai dan Hong Kong, katanya lagi.

"Pakatan rakyat secara sinis cuba menimbulkan keraguan mengenai keadilan sistem pilihan raya bagi melemahkan demokrasi Malaysia.

"Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya.

Beliau mengulas dakwaan Anwar hari ini bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.

Mengulas dakwaan itu, PMO hari ini turut mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terlibat membawa pengundi yang dicurigai itu, seperti didakwa Anwar.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama. -MK

36 comments:
Write comments
  1. tengok muka pun dah tahu dimana letak kejujuran ingat pemimpin pakatan bodoh kah .meka juga mesti ada maklmat dari arang awam dan kerajaan

    ReplyDelete
  2. knp pihak2 tertentu shj yg 'special'???

    ReplyDelete
  3. Ingat BN- Ingat Barang Naik
    Ingat BN- Ingat Gst dilaksanakan
    Ingat BN- Ingat Minyak Naik
    Ingat BN- Ingat Budget seluar dalam
    Ingat BN- Ingat video porno
    Ingat BN- Ingat Lembu kondo
    Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi pada Malaya
    Ingat BN- Ingat permit bas sekolah pun diluluskan di putrajaya
    Jadi Kita sokonglah BN

    ReplyDelete
  4. Anwar Ibrahim hari ini menjejaki kegilaan Khalid Ibrahim apabila mendakwa Pejabat Perdana Menteri menerbangkan berpuluh ribu orang pengundi hantu dari pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Cuma berbeza dengan Khalid, Anwar kali ini menyatakan beliau mempunyai bukti bertulis dalam bentuk emel antara syarikat penerbangan dengan pejabat PM. Beliau juga telah mengurangkan jumlah pengundi yang diterbangkan daripada 130 ribu yang didakwa oleh Khalid kepada hanya 45,000 orang.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya ramai orang telah penat dengan tipu helah dan cerita-cerita bombastik Anwar bin Ibrahim ini. Anwar dalam keadaan merasakan beliau akan kalah teruk telah mencipta pelbagai isu yang boleh mencetuskan kerisauan dan kemarahan orang ramai terhadap BN. Beliau mahu mencipta persepsi bahawa pilihan raya ini dipenuhi dengan penipuan dan ketidaktelusan bagi tujuan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap BN.

    ReplyDelete
  7. Anwar Ibrahim tidak bercakap atas logik dan fakta tetapi masih berupaya mempengaruhi sebahagian orang dan memperbodohkan Malaysiakini.com.

    ReplyDelete
  8. Persoalan utama ialah jika benar terdapat tempahan untuk membawa pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya ia bukanlah satu kesalahan. Adalah hak untuk mana-mana parti politik membawa pengundi mereka dari luar kawasan untuk pulang mengundi.

    ReplyDelete
  9. Semua parti termasuk Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR mempunyai jentera yang menguruskan pengangkutan pengundi. Sama ada menggunakan kapal terbang, kereta, motosikal atau bas hanyalah bentuk pengangkutan. Bolehkah Anwar menafikan bahawa partinya juga mengangkut pengundi? Bolehkah Anwar nafikan bahawa partinya juga memberi duit tambang untuk pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi?

    ReplyDelete
  10. Jadilah sangatlah aneh untuk ada sesiapa yang percaya bahawa penerbangan khas ini, jika benar, ialah bertujuan untuk membawa pengundi hantu.

    ReplyDelete
  11. Jika Anwar ada bukti terdapat pengundi hantu sila tunjukkan supaya kita dapat menyelesaikan isu ini sebelum pilihan raya. Sangatlah aneh untuk Anwar mendakwa beliau ada bukti pengundi hantu tetapi menyembunyikan bukti tersebut untuk masa yang sesuai.

    ReplyDelete
  12. Jadi Anwar bukan bertujuan mahu mendapat pilihan raya yang bersih, tetapi beliau sekadar mahu menimbulkan huru-hara dengan cara menimbulkan kebencian penyokongnya kepada BN.

    ReplyDelete
  13. Dalam keadaan hampir kalah, Anwar akan muncul dengan pelbagai isu sensasi yang bertujuan menyakinkan penyokongnya bahawa mereka kalah bukan sebab rakyat tidak sokong tetapi sebab BN menipu.

    ReplyDelete
  14. Dan apakah Perdana Menteri begitu bodoh hendak terbangkan berpuluh ribu orang pekerja asing di Sabah dan Sarawak ke Semenanjung? Lebih baik benarkan mereka mengundi di Sabah dan Sarawak sahaja.

    ReplyDelete
  15. Untuk Anwar cukuplah hampir dua dekad menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat yang kurang berfikir terhadap kerajaan. Cukuplah Anwar, saudara bukan muda lagi, ingat akhirat sama

    ReplyDelete
  16. PKR mmg kaki putar belit

    ReplyDelete
  17. Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan Pakatan Rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum

    ReplyDelete
  18. "Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil."

    ReplyDelete
  19. Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) turut menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan terlibat dalam mengatur penerbangan yang ditempat khas untuk membawa pengundi hantu pada Pilihan Raya Umumm, 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  20. "Malaysia Airlines ingin menjelaskan bahawa semua penerbangan yang di tempah dalam sistem pengangkutan dalam negara adalah penerbangan tempahan komersial," katanya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  21. SATU-SATUNYA CARA UNTUK MENENTANG BN IALAH BERIKAN SEMUA UNDIAN RAKYAT SABAH YANG MERASA BETUL-BETUL RAKYAT SABAH KEPADA PAKATAN.

    JANGAN BAZIRKAN UNDI. UNDILAH PAKATAN.

    ReplyDelete
  22. Jaga2 banyak pengundi berbaris skrg ni

    ReplyDelete
  23. Prime Minister and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Tun Razak has expressed confidence that the coalition will return to power in Putrajaya in the 13th general election on Sunday.

    ReplyDelete
  24. he found out during his recent visits all over the country that the people still accepted Barisan and were with the coalition.

    ReplyDelete
  25. Yang penting skrang kita mau yang genuine

    ReplyDelete
  26. Najib said the people realised that the Government's national transformation policy benefited them and ensured their well-being.

    ReplyDelete
  27. LET'S VOTE FOR BN

    Prime Minister and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Tun Razak has expressed confidence that the coalition will return to power in Putrajaya in the 13th general election on Sunday.

    He said he found out during his recent visits all over the country that the people still accepted Barisan and were with the coalition.

    "I can report to you that the people still accept Barisan. Come May 5, Barisan will return to power in Putrajaya," he said when addressing the people during a breakfast meeting at Dengkil Centre Point in Dengkil near here Friday.

    During his speech, Najib received resounding applause from the thousands of people who had gathered there from early in the morning.

    Also present were the Barisan candidate for the Sepang parliamentary seat, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed; the Barisan candidate for the Dengkil state seat, Shahrum Mohd Shariff; the Barisan candidate for the Tanjung Sepat state seat Nisman Yusof and the Barisan candidate for the Sungai Pelek state seat Ng Chok Sin.

    Najib said the people realised that the Government's national transformation policy benefited them and ensured their well-being.

    "This policy is Barisan's and without Barisan, the transformation will not happen. The people, in Selangor and other states, will be heading for an uncertain future (without this policy).

    "They have confidence and trust (in Barisan). Barisan is the people's choice. They understand that the federal and state governments must comprise the same party," he said.

    Najib, who is also Selangor Barisan chairman, said he was confident the coalition would be able to recapture Selangor and, in the process, win the Sepang parliamentary seat and the state seats within it.

    "We have strived for five years to restore confidence in the people of Selangor. We have restored the spirit of the (election) machinery. We have also apologised for past mistakes. Let us open a new chapter in this state," he said.

    Najib said that after five years under Pakatan Rakyat, the people of Selangor had lost confidence in the pact.

    He said this was evident when Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim himself was standing in the Pelabuhan Klang state seat instead of Ijok which he last held.

    The Prime Minister advised the party machinery to work hard as a team and contribute to Barisan's success.

    "It is not necessary that one should be an elected representative. There are other ways to help the people. One must be fair and help others.

    "This is our pledge and we will deliver on our pledge," he said


    ReplyDelete
  28. No phantom voters please.

    ReplyDelete
  29. Barisan is the people's choice. They understand that the federal and state governments must comprise the same party

    ReplyDelete
  30. Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on the electorate to show no sympathy for the Umno renegades standing as independent candidates in the 13th general election on Sunday.

    ReplyDelete
  31. No mercy should be shown to those who are involved in electoral fraud. They should face the full force of the law.

    ReplyDelete
  32. Pemantau had noted failure by political parties on both sides of the divide to monitor and control their supporters who had resorted to physical violence.

    ReplyDelete
  33. Pemantau was still compiling reports of violence and violations of the electoral process.

    ReplyDelete

  34. MAK DATOK KAYA MEREKA INI MENGUNDI SIAP ADA ORANG SPONSOR NAIK KAPAL TERBANG; ORANG KAMPUNG NAIK BASIKAL TUA:

    Boleh terima hari mengundi untuk kemudahan SEMUA PENGUNDI guna heli dari hutan ke peti undi; tapi jika merantau jauh sebegini kenapa tak tukar saja alamat/tempat mengundi: Itu lebih rasional. Satu hari nanti ada pula kemudahan duduk London akan kasi tiket balik Malaysia sebab nak mengundi. Ini namanya orang kaya tak sedar diri; guna duit siapa sebenarnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.