Wednesday, May 1, 2013

Pengundian pos di London kurang telus

Saya ingin berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kerana telah memulakan dan membuka pengundian pos untuk semua warganegara Malaysia yang bermaustutin di luar negara.

Saya ingin membawa kepada perhatian SPR mengenai beberapa kesilapan yang jelas dalam protokol pengundian pos yang telah dijalankan di Konsulat Malaysia di Belgrave Square London semalam yang tidak masuk akal dan menyebabkan sistem yang sedia ada tidak sah, terbuka kepada penyalahgunaan dan penyelewengan, dan kurang ketelusan(transparensi) . Soalan yang ditanyakan oleh semua yang hadir ialah:

a) Mengapakah kertas undi tidak dikira terus selepas semua yang hadir telah habis undi (oleh wakil SPR di London, dan kiraan ini disaksikan oleh pemerhati indepen serta representasi daripada setiap parti). Sebaliknya kertas undi dimasukkan ke dalam “beg undi khas luar Negara” dan akan dihantar pulang ke Malaysia, dan dari situ diedarkan kepada 222 kawasan. Soalan yang ditanya disini ialah:

i) beg ini akan di bawa balik oleh siapa? Dan apabila di Malaysia pula, siapa yang akan mengedar sampul kertas undi ini kepada dua ratus dua puluh dua kawasan di seluruh Malaysia?

Langkah ini dalam protokol SPR untuk mengundi adalah tidak telus, dan tidak boleh di pantau. Di tangan individu yang tidak soleh boleh ditukarkan. Langkah ini batal dan tidak sah, dan menyebabkan rakyat Malaysia yang keluar mengundi semalam meragui perkhidmatan yang ditawarkan dan kredibiliti SPR.

ii) mengapakah individu dibenarkan, membawa sampul dengan kertas undi yang telah diisikan, keluar dari bilik mengundi dan kertas undi ini dihantar melalui pelbagai cara (melalui rakan, courier, etc), balik ke Malaysia untuk sampul undi yang telah diisikan sampai kepada tangan ketua undi di kawasan masing-masing? Langkah ini terbuka kepada penyelewengan undi dan undi hatu untuk di sertakan sekali. Langkah ini tidak telus dan tidak boleh di pantau.

iii) Bagaimanakah pilihan undi saya sulit dan persendirian, jika borang butir peribadi seperti nama, number IC dan tandatangan dimasukkan sekali gus dalam sampul undi bersamaan dengan undi saya sekali?

Saya berharap pihak SPR boleh memberi penjelasan dan klarifikasi mengenai perkara yang dinyatakan di atas, dan membalas pertanyaan ini.

Saya yang menjalankan tugas sebagai seorang Anak Bangsa Malaysia.M/Insider

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.
xxx2

Komen Anda

73 Responses to " Pengundian pos di London kurang telus "
Anonymous said...
May 1, 2013 at 7:33 AM

Penipuan akan berlaku dalam perjalanan.... KENAPA SEMUA UNDI TIDAK DIKIRA DI PUSAT PENGUNDIAN... PENIPUAN AKAN BERLAKU SEMASA DALAM PERJALANAN KE PUSAT PENGIRAAN UNDI.... WAHAI PAKATAN PERLU ADA PEMERHATI YANG KOMITED SEMASA UNDI INI DIHANTAR KE PUSAT PENGIRAAN UNDI.... KEMUNGKINAN PETI UNDI AKAN DITUKAR DALAM PERJALANAN ATAU DIUBAH KANDUNGAN ATAU MELENCONG KE TEMPAT LAIN....


Anonymous said...
May 1, 2013 at 9:44 AM

Tak payah cakap undi kat london nun. Undi dekat DUN Galas,Gua Musang pd PRK bberapa tahun lepas jugak,penipu. Eskort peti undi naik helikopter dr kaw pndalaman ke Gua Musang utk dikira..takde Polling Agent PR yg dibenarkn . Alasan tak perlu kerana dah ada polis. POLISss??? Sampai Gua Musang..betul le BN sapu bersih kiraan undi tu. Hi hi hi..PR kena kencing oleh SPR.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 3:04 PM

JANJI BERSIH


jika berlaku penipuan


maka janji bersih akan

membuat 3 tuntutan




1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13

2 - menuntut spr di mansuh

3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:11 AM

Pandangan saja.. Tapi mungkin pandangan orang itu tidak tahu akan prosuder daripada SPR sendiri.haha


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:13 AM

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata undian pos di luar negara yang dilakukan semalam berjalan lancar.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:14 AM

Beliau berkata secara purata kira-kira 50 peratus daripada pengundi telah menyerahkan kembali sampul kertas undi mereka.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:14 AM

"Proses undian pos berjalan lancar. Contohnya, di Wellington, New Zealnd, sehingga 4 petang waktu tempatan, 60 peratus (rakyat Malaysia yang berada di negara itu) mengundi," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:14 AM

Seramai 6,339 pengundi pos luar negara boleh membuang undi di 103 kedutaan Malaysia seluruh dunia.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:14 AM

Menurut Datuk Kamaruddin, kedutaan Malaysia dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang waktu tempatan jika terdapat kurang daripada 1,000 pengundi di kawasan itu.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:14 AM

"Kedutaan yang mempunyai lebih 1,000 pengundi seperti Melbourne dan London akan dibuka dari 9 pagi hingga 8 malam waktu tempatan," tambahnya.

Seawal 9 pagi di Beijing semalam, rakyat Malaysia mula hadir di bangunan kedutaan mereka untuk membuang undi.

Kedutaan itu menerima pengundi yang mengambil kesempatan mengundi melalui pos buat pertama kali.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:14 AM

Rakyat Malaysia yang tinggal du luar negara dan mendaftar lebih awal dibenarkan mengundi melalui pos.

Namun, rakyat Malaysia yang tinggal di negara berdekatan seperti Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan, Indonesia perlu pulang ke Malaysia untuk membuang undi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

Lebih 70,000 warga Malaysia kini berada di United Kingdom (UK). Ada yang sedang menuntut di kolej atau universiti dan sebahagian besar lagi bekerja.

Ramai juga yang datang merantau bersama keluarga dan ada dalam kalangan mereka ini yang menetap di UK sejak lebih sedekad yang lepas.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

Dengan tanggal pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditetapkan pada 5 Mei, dan rakyat Malaysia di perantauan buat julung kali dibenarkan mengundi sebagai pengundi pos, warga Malaysia di Britain sudah bersedia untuk menunaikan kewajipan mereka.

Wartawan Bernama berkesempatan meninjau persiapan warga Malaysia di London untuk menghadapi PRU13 sebagai pengundi pos dan pengundi tidak hadir.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

"Setakat 24 Mac, 2013, seramai 839 warga Malaysia berdaftar sebagai pengundi pos di UK, satu persiapan awal untuk menghadapi PRU13," jelas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Seri Zakaria Sulong kepada Bernama ketika ditemui di London baru-baru ini.

Dan angka ini adalah jumlah terbesar untuk satu-satu pusat pengundian yang terletak di luar negara.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

Inilah kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara, rakyat Malaysia dibenarkan mengundi dari negara yang mereka bermastautin. Sebelum ini, peluang sebegini hanya bagi penjawat awam yang bertugas di luar negara dan bukan bagi warganegara biasa yang menuntut mahupun bekerja.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

Zakaria menjangkakan angka pengundi yang bakal mengundi di pusat pengundian luar negara di London akan meningkat.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

"Pengundi yang berdaftar perlu datang ke pejabat Suruhanjaya Tinggi untuk mengesahkan identiti mereka sama ada dengan kad pengenalan ataupun pasport masing-masing untuk diserahkan kertas undi, pada tarikh mengundi yang ditetapkan untuk mereka di UK nanti," jelas Zakaria lagi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

SPR menetapkan tarikh mengundi awal bagi pengundi pos dan pengundi tidak hadir pada 30 April.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:15 AM

Pengundi-pengundi pos yang akan mengundi buat kali pertama dari UK akan menerima kertas undi mengikut kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

Ada juga warganegara yang sebaliknya memilih untuk balik ke Malaysia menjelang PRU13 supaya mereka dapat mengundi terus di pusat mengundi masing-masing.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

Bagaimanapun, kemudahan undi pos ini akan dapat mengelakkan perbelanjaan tambang kapal terbang untuk pulang selain terpaksa bercuti panjang semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di PRU13 dan yang seterusnya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

Lagipun, jari pengundi pos di luar negara tidak akan dicalit dengan dakwat kekal menurut Zakaria kerana jumlah pengundi terhad selain satu sahaja pusat mengundi di London, iaitu pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

Seorang warga Malaysia, Wan Nur Suryani Firuz Wan Ariffin yang ditemui di kampus Kings College di The Strand, London, menunjukkan proses pendaftaran sebagai pengundi pos sangat mudah.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

"Malah sekejap sahaja. Saya masuk ke laman SPR sepertimana yang dimaklumkan dan hantar permohonan, kemudian penerimaan permohonan dimaklumkan dalam masa tidak sampai lima minit," jelas Wan yang telah enam bulan mengikuti kursus Phd dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi di kolej berprestij dengan 25,000 orang penuntut.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

Apabila ditanya jika permohonannya untuk mengundi secara pos berjaya, Wan mengangguk tersenyum.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

"Ya, Alhamdulilah. Saya pasti mahu mengundi dalam PRU13. Saya dan suami yang bekerja di bahagian Imigresen Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara," tambahnya, sambil berjalan menuju ke sebuah restoran untuk minum petang.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:16 AM

Sementara itu, S.Devina yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, yang terus bekerja di Britain selepas menamatkan penggajiannya juga berkata pengalamannya mendaftar sebagai mengundi pos juga mudah.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

"Bila pilihan raya umum kali ini? Sudah lama saya menantikannya, malah selalu tertanya-tanyakan tarikhnya. Setiap kali saya berjumpa dengan orang kita, saya tanyakan soalan yang sama," kata Devina sambil tertawa kecil.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

Devina yang fasih berbahasa Melayu, bertugas di bahagian Kajian Asia Tenggara dan Afrika atau SOAS, di London University, Bloomsbury, mendapat tahu mengenai laman web yang perlu dilawati untuk proses pendaftaran menerusi laman sosial.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

"Saya bersetuju warga Malaysia di luar negara perlu diberi kesempatan untuk mengundi secara pos. Ini satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan Malaysia.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

Sebaik sahaja saya mendengar tentang pengumuman kerajaan berkaitan dengan peluang mengundi secara pos dari luar negara, saya menunggu saat laman web diaktifkan dengan penuh rasa teruja," tambah Devina ketika ditemui di Galeri Brunei, yang terletak berhadapan bangunan SOAS.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

Proses pendaftaran yang serupa turut dilalui warganegara Malaysia yang bertugas sama ada untuk syarikat tempatan mahupun antarabangsa di Kuwait dan Arab Saudi baru-baru ini.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

Sementara pegawai pengurus pilihan raya menguruskan pusat mengundi di tanah air, pusat mengundi di pejabat Suruhanjaya Tinggi akan diuruskan oleh seorang pegawai pengundian dan pembantunya yang dilantik pihak SPR.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

Selain itu ejen-ejen calon yang bertanding turut diberi ruang untuk memerhatikan proses pengundian sepertimana di tanah air. Seorang kerani akan ditugaskan untuk menyemak senarai nama pengundi pos yang berdaftar di pusat pengundian di London untuk diserahkan kertas-kertas undian kepada pengundi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

Setelah menerima kertas undi, pengundi boleh terus ke petak undi untuk mengundi dan selepas itu memasukkannya ke karung undi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:17 AM

Setelah tamat masa mengundi, karung undi akan dibawa oleh pegawai yang dilantik SPR balik ke Malaysia menggunakan enerbangan terus secepat mungkin.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:18 AM

"Dari lapangan terbang Heathrow di London, ada dua penerbangan balik ke Malaysia setiap hari, jadi penghantaran balik karung kertas undi dapat dijalankan segera," jelas Zakaria.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:18 AM

Apabila sampai di tanahair, kertas-kertas undi akan dihantar ke kawasan Parlimen dan DUN masing-masing.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:18 AM

Pengundi yang telah berdaftar untuk mengundi secara pos di luar negara perlu mengambil kesempatan yang baru diperkenalkan kerajaan Malaysia ini untuk mengundi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:18 AM

Malaysia telah memasuki kategori sebilangan kecil negara yang membenarkan rakyatnya mengundi di luar negara.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:18 AM

Selain itu, sebarang isu yang terbuku dan membebani pengundi selama ini akan selesai setelah mereka memangkah kertas undi secara sah dan sempurna.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:18 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah menandatangani satu memorandum bersama dengan ‘Transparency International’ untuk memantau dan memastikan PRU13 berjalan dengan bebas dan adil demi memenuhi kepuasan warganegara Malaysia.- Bernama


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:12 PM

More than 70,000 Malaysians are now residing in United Kingdom (UK).Some are studying in colleges or universities and mostly working. Many have brought along families and have been staying in UK for more than a decade.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:13 PM

With the polling date for the 13th General Election (GE13) set on May 5, and Malaysians overseas for the first time allowed to vote as postal voters, Malaysians in Britain are eager to exercise their rights as voters.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:13 PM

"As of 24 March 2013, a total of 839 Malaysians have registered as postal voters in UK to vote during GE13," explained Malaysian High Commissioner to Britain Datuk Seri Zakaria Sulong.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:14 PM

This is the first time in the country's election history, Malaysians have been allowed to vote from another country. Previously, only civil servants stationed overseas had the privilege of voting in absence but not the other employees and students.Zakaria expects the number of Malaysian voters in London to increase on the run up to the election.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:14 PM

"Those who have registered as voters have to be at the High Commission office to certify their identity through their IC or passports before they are handed over their voting slip, on the polling day meant for postal voters," explained Zakaria.The Election Commission (EC) has set an early polling date for postal and absent voters on April 30.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:15 PM

The postal voters voting for the first time in UK will be receiving voting slips based on their respective parliament and state assembly seats. Yet there are other loyal Malaysians who are planning to return home for the GE13 to vote at the respective polling centres.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:17 PM

Nevertheless, the postal vote facility helps to save cost as they don't have to waste money on air tickets to return home and there is no need to take long leave to be back home to vote in GE13 and the subsequent elections.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:17 PM

Moreover, postal voters need not have their fingers marked with indelible ink according to Zakaria because of the limited numbers of voters and as there is only one voting centre in London, the Malaysian High Commission.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:19 PM

Those who have registered as postal voters should take advantage of this opportunity introduced recently by the Malaysian government. Malaysia is among a handful of countries that now allows its citizens to vote from outside.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:19 PM

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had signed a MoU with Transparency International to monitor and ensure GE13 freely and fairly to fulfill the Malaysians aspirations.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:12 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa proses pengundian pos dan undi awal sempena Pilihan Raya Umum ke 13 akan dijalankan secara telus dan selamat.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:12 AM

SPR telah mengambil pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan urusan pengundian itu berjalan lancar dan terhindar daripada sebarang unsur penipuan.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:12 AM

Dakwat kekal yang akan dicalitkan pada jari telunjuk sebelah tangan kiri adalah berbeza warnanya berbanding dengan pengundi biasa dan akan melekat pada jari pada selama 7 hari, ini menggelakkan pengundian berulang seperti yang sering didakwa oleh sesetengah pihak


mantera said...
May 3, 2013 at 9:13 AM

Bagi pengundian pos pula, terdapat Nombor Siri Kertas undi pada borang 2 yang bertujuan untuk memastikan bahawa hanya pengundi berkenaan yang menerima kertas undi itu dan bukannya orang lain,


mantera said...
May 3, 2013 at 9:13 AM

SPR juga menyangkal dakwaan mengenai warna dakwat yang digunakan itu mudah ditiru kerana menurut Kamaruddin dakwat yang digunakan berlainan dan tidak dijual di kedai selain menjelaskan dakwat itu dijaga dengan rapi.v


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:01 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan sejumlah 6,092 sampul surat mengandungi undi pos luar negara akan sampai ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya yang berkenaan.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:02 PM

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sampul berkenaan diterima dari 100 pejabat perwakilan Malaysia di pelbagai lokasi seperti Muscat, Dublin dan New York.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:03 PM

"Tidak banyak masalah yang dihadapi dari segi penghantaran dan penerimaan. Keseluruhan sampul surat yang dihantar ke luar negara berjumlah 8,725 pada 28 April lalu manakala bilangan yang dituntut adalah 6,092.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:03 PM

"Bilangan yang tidak dituntut 2,633," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau proses penerimaan sampul undi pos luar negara di Kementerian Luar di Putrajaya, Khamis.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:04 PM

Abdul Aziz berkata kerjasama kali pertama dengan kementerian itu berjaya menarik perhatian warga Malaysia di luar negara untuk terlibat dalam proses pilihan raya.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:05 PM

Sementara itu, pada proses penerimaan sampul undi pos hari Khamis, beliau berkata tidak wujud sebarang ruang dan peluang untuk penipuan.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:05 PM

Beliau menunjukkan kepada media beg diplomatik berkunci mengandungi sampul undi pos yang diasing mengikut kawasan tertentu untuk dihantar ke pejabat RO berkenaan.


Josh said...
May 4, 2013 at 7:52 AM

SPR masih tidak menyakinkan, banyak juga penyelewengan dan ketidak transparent atas urusannya.


Khairul said...
May 4, 2013 at 8:01 AM

At least the people out there playing their role to vote.


Ming said...
May 4, 2013 at 8:08 AM

Isu dakwat juga diragui dan tidak menyakinkan.


Pai Se said...
May 4, 2013 at 8:14 AM

Baguslah undian melalui pos dibenarkan. Yang penting, prosedur harus diikuti agar tidak dipertikaikan.


Ryus said...
May 4, 2013 at 8:19 AM

Pasti ada kelemahan dalam proses pengundian dan penghantaran.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:45 PM

He said that Matsumoto had urged Malaysia to consider Japanese companies for investment in infrastructure projects including the Mass Rapid Transit system and other opportunities arising from the Economic Transformation Programme.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:45 PM

The foreign minister had also expressed Tokyo’s appreciation for Malaysia’s move yesterday to cancel the travel advisory issued following the nuclear tragedy after the March 11 earthquake and tsunami.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:45 PM

Malaysia was then concerned over radioactive contamination of Japanese food imports.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:45 PM

Matsumoto had also expressed Tokyo’s support for the Malaysia-Japan International Institute of Technology which would be operational in September and confirmed that a special loan would be given by the Japanese government to ensure the project’s success.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx