Friday, May 3, 2013

Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan

najib announcing affordable house penang 300413 01Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

najib announcing affordable house penang 300413 01Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang

Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.

Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. -MK
xxx2

Komen Anda

23 Responses to " Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan "
Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:30 AM

Taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar dapat dirasai sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:31 AM

Najib yang memegang tampuk pentadbiran negara mulai 3 April 2009 dan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, komited melaksanakan yang terbaik dalam semua aspek pembangunan negara, khusus untuk rakyat selaras dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:32 AM

Perjalanan Malaysia dalam menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi mungkin dapat dicapai lebih awal apabila Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun nyata memberi kesan yang hebat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:33 AM

Hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun lepas.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:34 AM

Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional yang dibentangkan Najib bulan lepas, kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:34 AM

Pendapatan isi rumah bulanan purata juga meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun lepas, menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:35 AM

Laporan itu juga menyebut bahawa kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 iaitu antara yang terendah di rantau ini.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:35 AM

Selaras dengan matlamat untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih selesa, Najib memperkenalkan beberapa produk 1Malaysia bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah dan meringankan beban rakyat.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:36 AM

Pada pembentangan Belanjawan 2012, Najib mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah dan ia memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:36 AM

Bantuan itu kemudian diteruskan tahun ini dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.Ketika membentangkan laporan GTP bulan lepas, Najib turut mengumumkan bahawa BR1M akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan, sekaligus menunjukkan bahawa ia merupakan contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:14 PM


Trukarrrrrrr tetap tukarrrrr


Anonymous said...
May 4, 2013 at 4:06 PM

Khabarnya beberapa dokumen rahsia mlibatkn rasuah UMNO/BN sedang disiapkn utk dbakar apabila malam keputusan PRU ke 13 tidak brpihak kpd UMNO. Sebelum keputusan dikeluarkn melalui tv, SB atau Pemantau Keputusan PRU yg ditugaskn oleh Najib akan mnghubungi beliau terus mmaklumkn kekalahan dan arahan utk mmusnahkn dokumen rasuah akan dilakukan. Ianya sama dgn fail/dokumen rasuah kerajaan Khir Toyo di Sel yg dimusnahkn sebelum MB PKR masuk mmulakan tugas rasmi. Kes itu kedengaran pd saat mula masuk ofis MB dan senyap sunyi apabila masuk mngu kedua. Tapi Khir Toyo tetap tidak trlepas dr hukuman. Sama kot mcm Najib nanti, insya allah.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 8:42 PM

Ini kalilah.... tukar...


salleh said...
May 4, 2013 at 10:47 PM

Beliau mengulas penyebaran SMS, laporan media sosial dan blog propembangkang, yang membuat pelbagai dakwaan memburuk-burukkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Muhyiddin berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, akan lebih banyak lagi fitnah terancang dilakukan PR, termasuk cuba menimbulkan suasana tidak tenteram pada hari pengundian.


kamre said...
May 5, 2013 at 5:13 PM

mungkin rakyat mahukan BR1M ini dianjurkan setiap 6 bulan


kamre said...
May 5, 2013 at 5:14 PM

mungkin barulah rakyat berpuashati dengan Najib...


anie said...
May 5, 2013 at 5:15 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Selasa lalu bahawa BR1M bagi isi rumah yang berpendapatan RM3, 000 dan kurang sebulan akan diberikan setiap tahun.


anie said...
May 5, 2013 at 5:17 PM

manakala orang yang belum berkahwin berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2, 000 sebulan juga akan mendapat RM250.


anie said...
May 5, 2013 at 5:18 PM

Beberapa 4.18 juta isi rumah telah mendapat manfaat daripada program Rakyat 1Malaysia Bantuan (BR1M), yang telah dimulakan untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.


mantera said...
May 6, 2013 at 10:55 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613 undi sekaligus menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Fariz Abd Talib.


mantera said...
May 6, 2013 at 10:55 AM

Najib memperoleh 51,278 undi manakala Mohd Fariz sekadar meraih 15,665 undi.


mantera said...
May 6, 2013 at 10:56 AM

Undi majoriti Najib meningkat 9,149 undi berbanding 26,464 undi yang diperolehinya pada Pilihan Raya Umum ke-12.


mantera said...
May 6, 2013 at 10:56 AM

keputusan ini dah menunjukan bahawa Najib tetap popular dan sokongan terhadap dia makin meningkat


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx