Tuesday, May 28, 2013

Tamrin, Haris ditahan semula

Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.

NONE"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.

"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.

"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya. -MK

33 comments:
Write comments
  1. Kenapa mereka ditagkap semula... hari tu kan mahkamah dah lepaskan dia orang.. ooh ya.... kali ni dari Balai Polis lain, hakim lain.... melekat lah kali ni... Tamrin, Haris, kamu orang yang dizalimi. Angkat tangan tinggi2 mengadap ke langit.... doa mu makbul dan mujarab.. buat sekarang..

    ReplyDelete
  2. keganasan melalui jalan raya seperti di negara Arab yang tidak sesuai di Malaysia. Ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada negara.

    ReplyDelete
  3. PAS Kelantan tidak bersetuju sebarang bentuk keganasan termasuk demonstrasi jalanan seperti di negara Arab kerana tidak sesuai dilakukan di Malaysia yang akan mendatangkan keburukan.

    ReplyDelete
  4. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata semua pihak harus menghormati keputusan rakyat yang dibuat berdasarkan amalan demokrasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  5. Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu berkata, setiap rakyat berhak membuat keputusan untuk menukar kerajaan atau tidak dalam pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun sekali.

    ReplyDelete
  6. ramai yang tidak bersetuju dengan perhimpunan yang menjejaskan ketenteraman awam. namun PKR masih lagi cuba mempengaruhi rakyat.

    ReplyDelete
  7. Harap penahana mereka ini akan memberikan sesuatu yang diinginkan. Harap tidak ada apa yagn akan memburukkan semua pihak

    ReplyDelete
  8. siapa yang bersalah pasti akan mendapat hukuman yang setimpalnya dan pasti yang baik akan sentiasa menang dalam segalanya.

    ReplyDelete
  9. Tidak ada apa yang dpat kita lakukan, hanya berharap yang terbaik untuk semua pihak

    ReplyDelete
  10. Tidak kira siapa yang bersalah pastikan hukuman akan dilakukan terhadap beliau.

    ReplyDelete
  11. Semuanaya akan kembali tenang setelah semuanya diselesaikan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  12. PAS Kelantan commissioner III said, every citizen the right to make the decision to change the government or not in elections held every five years.

    ReplyDelete
  13. Practised violence in the street is certainly not suitable in Malaysia, it is like to cause more harm to the country as well.

    ReplyDelete
  14. We are not to agree to any form of violence, including street demonstrations in Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Deputy Chief Minister Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, said all parties must respect the people who made decisions based on the practice of democracy in the General Election-13 (GE-13).

    ReplyDelete
  16. While PKR still try to influence people, many do not agree with disrupting public peace rally.

    ReplyDelete
  17. Ditahan semula? Sebab???

    ReplyDelete
  18. Serius, saya tidak faham sudah apa yang berlaku dengan negara kita ni. huhu

    ReplyDelete
  19. Jangan risau, selalunya penahanan itu untuk bantu siasatan dan pasti mereka kaan dibebaskan juga kalau mereka tak salah.

    ReplyDelete
  20. PRU dah berlalu tapi nampak gaya bahanya masih tetap terasa.

    ReplyDelete
  21. Apapun, sebagai rakyat yang cintakan keamanan say adoakan yang terbaik buat Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

    ReplyDelete
  23. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

    ReplyDelete
  24. selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali. Saved

    ReplyDelete
  25. Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.

    ReplyDelete
  26. Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.

    ReplyDelete
  27. Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.

    ReplyDelete
  28. Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.

    ReplyDelete
  29. Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.

    ReplyDelete
  30. Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu!

    ReplyDelete
  31. Menurut jangkaan terbaharu, hutang negara kini berada dalam paras 57.3% daripada KDNK negara, ataupun bahasa mudahnya, AS$176bilion (RM545.60bilion). Dan sudah tentunya, rakyat Malaysia boleh menjangka bahawa pembangkang akan menggunakan hutang negara kita sebagai modal untuk mencapai Putrajaya. Saya ternampak sebuah 'lubang' dalam usaha mereka untuk menipu rakyat Malaysia. Anda perlu tahu bahawa hutang negara dikira melalui AS$, bukannya RM. Mengikut logik pembangkang, negara kita akan diisytiharkan bankrap dalam beberapa tahun dan yang peliknya, mereka sudahpun mengambil kesempatan untuk membandingkan kita dengan Greece.

    ReplyDelete
  32. Secara ringkasnya, hutang terbahagi kepada hutang awam dan hutang luaran, yang sangat ketara bezanya dan angka AS$176bilion merupakan hutang awam (internal debt) negara kita – antara kerajaan-rakyat, atau semua jenis hutang yang kekal dalam negara sahaja. Manakala, hutang luaran merupakan hutang yang menglibatkan negara dengan badan-badan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, dan juga dari kerajaan negara-negara luar yang lain. Dan mengikut pendapat pakar ekonomi, negara anda akan hancur dengan hutang luaran yang tidak dapat dikawal. Hutang luaran kita kini berada dalam paras yang terkawal, dibawah AS$100bilion.

    ReplyDelete
  33. Hakikatnya, anda tidak sepatutnya percayakan mana-mana parti politik dalam isu sebegini; baik BN mahupun PR, kerana sudah tentu kedua-duanya akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk mengekalkan atau mendapat kuasa pentadbiran negara. Dalam isu ini, mereka bukan kawan anda. Siapa kawan anda? The F-word: FAKTA.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.