Monday, September 15, 2014

Agen insurans suspek terbaru kes bocor kertas UPSR

Polis menahan agen insurans dan seorang guru malam tadi berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata penahanan itu dibuat di Sentul dan Kuala Ketil, Kedah.

Agen insurans, 31, dan guru, 37, merupakan suspek kelima dan keenam yang ditahan polis setakat ini selepas empat guru sebelum ini ditahan di Pulau Pinang dan Perak.

Gan berkata sejumlah 12 orang sudah memberikan keterangan setakat ini, enam merupakan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, lima guru dan seorang wartawan.

Awal pagi ini, Gan memberitahu empat guru ditahan dan dua dibebaskan dengan jaminan polis. -TMI
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Agen insurans suspek terbaru kes bocor kertas UPSR "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx