Friday, September 19, 2014

Wisma MCA terima ancaman bom?

Mesyuarat agung luar biasa Badan Peguam berhubung Akta Hasutan terganggu petang ini dengan dakwaan ancaman bom.

Menurut peguam, Edmund Bon, seorang individu tidak dikenali membuat panggilan yang mendakwa terdapat bom di lokasi mesyuarat, di Wisma MCA, Jalan Ampang.

"Polis menyiasat. Kami akan teruskan (mesyuarat),” kata Bon di Twitter.

Seorang lagi peguam, Eric Paulsen turut menulis di laman blog mikro itu bahawa para peguam yang hadir di mesyuarat tersebut hanya ketawa apabila panggilan yang mendakwa mengenai bom tersebut diumumkan.

Seramai kira-kira 1,000 orang peguam hadir di mesyuarat tersebut di tingkat dua bangunan berkenaan petang ini.

Sepasukan unit anjing pengesan dilihat sedang memeriksa sekitar kawasan bangunan wisma tersebut.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.