Sunday, September 21, 2014

Pasangan Pelajar IPTA tidak senonoh dalam bas

Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

"Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini.

"Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya.

Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. - Bernama
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Pasangan Pelajar IPTA tidak senonoh dalam bas "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx