Saturday, September 20, 2014

Muktamar PAS tidak menunjukkan kematangan

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kebanyakan usul yang dibentangkan di Muktamar ke-60 ini tidak menggambarkan parti yang telah lama berada dalam persada politik.

“Kita telah bermuktamar sebanyak 60 kali tetapi usul yang dibentangkan seperti kita tidak mengetahui apa-apa.

“Saya melihat muktamar kali ini telah gagal dalam membentang usul yang baik,” katanya dalam ucapannya di hadapan 3000 hadirin yang hadir di Muktamar Tahunan PAS.

Mahfuz mengharapkan perwakilan lepas ini mengajukan usul yang lebih matang.
“Kita sepatutnya menunjukkan kematangan, tidak kira walaupun ada yang masih baru menyertai PAS atau menjadi perwakilan di muktamar,” jelasnya.

Tambahnya beliau juga mengakui bahawa imej PAS telah tercalar sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini sehingga hari inii.

“Ini semua berikutan pengurusan parti yang tidak tersusun. Saya juga sudah merasakan tekanan kerana mendapat cemuhan daripada ahli PAS sendiri.

“Siapa yang menafikan imej PAS belum tercalar adalah satu pembohongan.
“Kita perlu kembalikan imej PAS supaya menjadi kuat dan terhebat melalui kretiviti pimpinan dalam PAS,” katanya.

Tegasnya lagi, perbezaan pendapat dalam pimpinan PAS itu juga satu perkara biasa dalam parti.

“Namun kita tidak ada sampai bergaduh dan dapat menyelesaikan percanggahan pendapat dengan baik.

“Namun apa keputusan untuk kepentingan parti perlu kita pertahankan. Saya juga berharap ahli PAS dapat memberi nasihat dan cadangan dalam meningkatlkan usaha untuk membantu dalam meningkatkan imej PAS,” ujarnya.

-FMT

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.