Monday, July 27, 2009

Hebat..Cina PR Buka Surau..Melayu Umno Tutup Surau.

Sewaktu menyampaikan ucapan pada satu ceramah dua malam yang lalu,ADUN Teja YB Sdr. Chang Lih Kang yang memulakan majlis dengan ucapan "Assalamualaikum" ada menyebut bahawa beliau telah berjaya mendirikan sebuah Surat yang diminta oleh penduduk Taman Mesra Raia dalam kawasan DUN Teja.

"Bukanlah mudah untuk mendapatkan kelulusan mendirikan surau.Beliau hampir setiap hari berulak-alik ke JAIP semata-mata untuk merealisasikan impian penduduk Taman Mesra Raia tersebut,Hinggakan staf JAIP merasa pelik,melihat seorang cina turun naik pejabat agama"katanya lagi.

Diikuti perkataan "Alhamdulillah" beliau gembira kerana segala usaha beliau mendatangkan hasil yang diinginkan oleh masyarakat di Taman Mesra Raia.(Hebat..buka dengan salam tutup dengan Alhamdulillah..)

Tetapi apa yang berlaku di salah sebuah surau di Kg Chulek dalam DUN Tualang Sekah,yang diketuai oleh YB Umno,baru-baru ini telah mengunci surau tersebut daripada mengadakan "Majlis Ilmu"kerana didapati telah dihadiri ramai drp penduduk kg itu yang dahagakan ilmu.

Lantaran melihat situasi tersebut,maka ketua kampungnya telah mengambil tindakan ala Abu Lahab dengan menahan semua guru yang mengajar disitu kerana penganjurnya terdiri daripada green family, dan akan "memocah bolahkan urang kampung"katanya.

Inilah mentaliti orang Arm No,kerana takutkan hilang pengaruh,maka kerja-kerja yang ada hubung kait dengan islam dimatikan.Kerana mereka tahu,sekiranya masyarakat cerdik dan berilmu sudah pasti kekuasaan mereka tidak akan kekal lama.

-sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com