Monday, January 28, 2019

BUNG MOKTAR BIMBANG KERJASAMA DENGAN PAS..?


Membangkitkan perseteruan panjang antara Umno dan PAS, Bung Moktar Radin menggesa pendekatan berhati-hati dalam soal kerjasama antara dua parti itu.

Beliau yang merupakan pengerusi Umno Sabah berkata parti itu sendiri perlu bersikap memilih dalam menentukan isu yang memerlukan kerjasama dengan PAS.

"Kedua-dua parti perlu berhati-hati kerana telah bermusuh sejak sekian lama. Tidak mudah untuk menggerakkan dua parti ini atas satu platform. Ia memerlukan komunikasi dan had tertentu.

"Kita perlu berwaspada kerana di lapangan anggota Umno dan PAS telah berlawan sejak sekian lama. Kini bukan saja Umno telah dikalahkan, tetapi PAS dan Umno menjadi pembangkang, dan masing-masing ada politik sendiri," katanya seperti dipetik Malay Mail.

Ketika Umno masih menjadi kerajaan, kedua-dua parti sudah bekerjasama dan berdiri di pentas sama terutama dalam isu melibatkan Melayu dan Islam, misalnya isu Palestin dan Rohingya.

Selepas PRU ke-14, PAS memberi laluan dan membantu kempen Umno dan BN dalam empat PRK. Ia akhirnya membuahkan hasil apabila BN menang di PRK Cameron Highlands minggu lalu.

Pemimpin kedua-dua parti juga membayangkan kerjasama yang lebih kukuh menjelang PRK DUN Semenyih yang dijadual berlangsung pada 2 Mac ini.

Dalam pada itu, Bung berkata Umno Sabah mempunyai autonomi sendiri dan bebas memilih untuk bekerjasama dengan mana-mana parti.

Katanya, keadaan politik di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak, di mana PAS tidak mempunyai pengaruh yang besar.

CAMERON HIGHLAND : MANOGARAN PERLU DI AMBIL TINDAKAN..?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini menimbang untuk mengambil tindakan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ia berkenaan tindakan Manogaran memakai baju yang memaparkan logo PH di pusat mengundi ketika PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

NGO pilihan raya Bersih sebelum ini menggesa SPR membuat laporan polis terhadap timbalan pengerusi DAP Pahang itu kerana tindakannya yang menyalahi Seksyen 26(1)(g) akta itu, yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Pengerusi SPR Azhar Harun berkata pihaknya akan menyiasatan Manogaran mengikut seksyen itu "jika ada fakta yang menyokong dakwaan".

"Saya akan mendapatkan nasihat perundangan daripada jabatan perundangan kita berkenaan semua dakwaan kesalahan pilihan raya yang dalam pengetahuan kami.

"Tindakan sewajarnya mungkin dalam bentuk laporan terhadap badan penyiasat yang bertanggungjawab. Berikan kami sedikit masa untuk menelitinya," katanya menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini, hari ini.
Pada hari mengundi Sabtu lalu, Manogaran yang berpakaian baju berlogo PH tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Senderut di Kuala Lipis. Beliau diminta pegawai SPR untuk beredar daripada situ.

Beliau kemudian memohon maaf dan berkata beliau tidak sedar memakai baju itu kerana sudah dua minggu berbuat demikian.

Sunday, January 27, 2019

ANEH..!! Kejadian Pelik Lumpur PANAS Keluar Dari Dalam Tanah



Kejadian yang dikatakan baru berlaku di Acheh. Kejadian aneh dan pelik iaitu lumpur yang panas keluar dari dalam tanah.



Jika diamati kejadian ini adalah peringatan dari Allah terhadap seluruh manusia bahawa dunia kita sebenarnya berada di akhir zaman. Jadi sama samalah kita semua umat manusia mempeesiapkan diri sebelum kita dikembalikan kepada Allah.

Saturday, January 26, 2019

BAGAIMANA NAK BUAT DUIT DGN SIMKAD INI?



Ramai yang bertanya, macam mana nak dapatkan duit dari simkad Tone WOW ?  Ya..Tone Wow membolehkan anda menjana pendapatan pasif setiap bulan. Pendapatan ini akan meningkat setiap bulan jika anda terus berusaha memperkenalkan kepada semua orang.

Antara kelebihan perniagaan Tone Wow selain pendapatan pasif ialah modal permulaan yang rendah iaitu hanya RM10 sahaja. Dengan MODAL CIPUT INCOME RIBUT ini memudahkan anda memperkenalkan perniagaan ini kepada siapa sahaja.

Caranya MUDAH sahaja! . NAK TEST! .

 LANGKAH 1 πŸ‘‰ Guna sendiri simkad Tone Wow.
 LANGKAH 2 πŸ‘‰ Ceritakan kepada family & kawan2.
LANGKAH 3 πŸ‘‰ Daftarkan mereka dan guna simkad.
 LANGKAH 4 πŸ‘‰ Mereka ulang langkah 1 - 3 .
LANGKAH 5 πŸ‘‰ Bila rangkaian di bawah anda topup, anda di bayar komisyen 10% - 26% .

MUDAHKAN? . Bila anda buat semua perkara diatas
πŸ‘† Anda boleh dapat komisen setiap bulan😍

Berminat? . KLIK : http://wasap.my/60195355375/MISI100K http://wasap.my/60195355375/MISI100K . .

 NAK LAGI MUDAH..? .
Nak lagi mudah menjalankan perniagaan ini, lakukan secara online. . Untuk maklumat lanjut, klik link dibawah . KLIK : https://goo.gl/xfk1Qd

Friday, January 25, 2019

Ribuan Cengkerik Serang Masjidil Haram

Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.



 Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.

Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan.