Friday, February 28, 2014

Michael Chia dihukum: PKR gesa siasatan terhadap Musa Aman

PKR menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berikutan hukuman penjara dan sebatan terhadap peniaga balak, Michael Chia semalam.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kejayaan pendakwaan SPRM terhadap Chia membuktikan SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan berjaya.

"Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?

"Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, fakta kes tersebut sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat daripada ICAC di Hong Kong yang menunjukkan memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

"Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia terutama apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini.

"Apatah lagi apabila Datuk Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu," kara Rafizi.

Rafizi sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM terhadap Nazri dan keluarganya dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya daripada tuduhan rasuah.

Rafizi juga memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video yang menunjukkan keluarga Nedim yang merupakan anak Nazri menggunakan kenderaan mewah Chia.

Video itu menunjukkan perjalanan Hummer dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.

Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu isterinya.

Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan sebagai kenderaan “menyimpan barang”. -TMI

Pentadbiran Najib diserang Daim dan Mahathir

Daim Zainuddin yang dilihat sebagai regu kepada Dr Mahathir Mohamad dan juga menjadi “jubir”, jurubicara untuk menghodohkan Najib Razak dan kerajaannya, tidak mudah diam. Daim terus bercakap tanpa melihat suasana dan memilih “cerlak” (masa dan ketika) untuk bercakap. Seperti sudah tidak ada simpati dan sokongan lagi daripada Daim kepada Najib sebagai perdana menteri.

Terbaru, Daim terus mengkritik Najib dengan mengulangi pandangan dan kesimpulan buruk ke atas kepimpinan Najib seperti dibuat beberapa kali sebelum ini. Dalam temuramah dengan sebuah saluran berita video, Daim mengusik dan mengkritik Najib mengenai beberapa perkara.

Beliau memberi pandangan bahawa Najib seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh. Seorang perdana menteri yang lambat dan lembab. Menurutnya, penguatkuasaan untuk mengawal apa-apa keadaan yang timbul sekarang ini boleh diambil kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi.

Tetapi kerana kerapuhan dan ketidaktegasan Najib, maka apa yang tidak sepatut berlaku, berlaku. Contohnya mengenai pergolakan kaum dan meletusnya isu agama, seperti kalimah Allah dan Kristianisasi.

Daim juga mempersoalkan Najib jangan sahaja mempertahankan mandat yang bersambungan turun temurun itu, tetapi kena memperkasakan kepimpinannya. Tidak ada guna ada kuasa tetapi kepimpinan lemah. Daim juga menyatakan kepimpin kerajana kini lemah kerana ia dipimpin oleh seorang yang lemah, tidak berani dan tidak tegas.

Selain itu, Daim mempersoalkan anggota Kabinet Najib yang tidak dilantik daripada kalangan mereka berpandangan jauh dan arif memahami sejarah Malaysia. Apa maksudnya itu? Ertinya mereka yang dipilih menganggotai Kabinet cetek pengetahuan, tidak berilmu dan tidak mempunyai semangat, patriotisme. Disebabkan keadaan itu maka pentadbiran menjadi huru-hara.

Ini memberi gambaran Najib dalam menyusun Kabinet, pakai tangkap muat sahaja. Ia juga menunjukkan mereka yang cerdik tidak diambil atau pun diberi kesempatan kerana Najib bimbang ia akan memakan dirinya.

Contohnya seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Najib membiarkan sahaja seorang tokoh ekonomi berpengalaman daripada menyertai Kabinetnya. Atau pun Daim sediri yang berasa dirinya juara ekonomi negara ini.

Gara-gara anggota Kabinet yang sebegitulah menyebabkan kerajaan pimpinan Najib hari ini lemah dan tidak dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul.

Daim juga mengkritik pilihan raya Kajang di mana baginya tidak perlu kerana membazirkan wang. Pilihan raya itu hanya memberi publisiti kepada Anwar sahaja, katanya. Bagi Daim, Anwar bukan mudah untuk ditundukkan walaupun rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) di dalam pilihan raya lalu, namun populariti Anwar masih hidup.Daim tidak percaya dengan cara dan strategi Najib, dia dapat menewaskan Anwar.

Kalau dilihat keseluruhan aspek yang dikritik Daim itu, ia melihatkan pengurusan dan pentadbiran Najib menjadi mangsa. Ini berbeza dengan kritikan “bapa mertuanya”, Mahathir yang mengkritik atau menyerang kepimpinan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, yang dibuat dari segi politik.

Mahathir memberi tekanan politik kepada Abdullah dengan keluar Umno dan menimbulkan masalah dan mengaitkan peranan menantunya, Khairy Jamaluddin dan juga peranan budak-budak di Tingkatan 4 yang mempengaruhi pentadbiran Abdullah.

Tampaknya untuk berdepan dengan Najib, Mahathir yang menggunakan Daim atau mereka bersekongkol tidak mengambil pendekatan politik, tetapi mereka menyerang pentadbiran Najib. Di bongkar dan disebutkan satu persatu aspek-aspek kelemahan dalam pentadbiran Najib.

Apapun cara dan kaedahnya, tindakan dan agenda Daim dan Mahathir sama sahaja iaitu untuk menjatuhkan Najib. Di sebalik itu tentulah ada orang yang hendak diangkat menjadi perdana menteri baru bagi menggantikan Najib. Siapakah tokoh itu yang sedang dipandang untuk menjadi penganti perdana menteri?

– msomelayu.blogspot.com

Penyumbang Dana UMNO Sabah Dihukum Penjara Dan Sebatan

Ahli Perniagaan, Chia Thien Foh atau lebih dikenali sebagai Micheal Chia dikenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas disabitkan bersalah dalam skandal penipuan bernilai RM 2.5 juta sepuluh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus semalam memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan mensabitkan tertuduh bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Ketika memberi alasan penghakiman, Elsie menyatakan dalam kes ini saksi telah menyatakan bahawa tertuduh telah meminta wang daripadanya untuk pengeluaran surat membalak di mana salah satu sebab ialah sebagai wang dana politik kepada parti Umno.

Bagaimanapun menurutnya perkara ini sememangnya akan menjejaskan imej parti politik tersebut kerana saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa Parti Umno tidak memohon dana politik tersebut. Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Joyce Blasius.

Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela tertuduh, Rowiena Rashid untuk membuat penangguhan perlaksanaan hukuman sementara membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Micheal Chia didakwa telah cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn Bhd pada June 2004 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapat surat berkaitan operasi membalak Coupe BW12/02; Extraction and Purchasing of Commercial Timber di Hutan Simpan Kalabakan, Sabah iaitu:

i) Menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu yang ditandatangani pada 25 May 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd, syarikat subsidiari kepada Yayasan Sabah;
ii) Membayar RM3 juta kononnya untuk tujuan dana politik kepada Parti Umno Sabah, dan
iii) Membayar komisen RM 25.00 per meter padu bagi setiap meter balak yang dikeluarkan Syarikat Peluamas Sdn Bhd di Gunung Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe).

Tertuduh didakwa telah secara curang cuba memperdayakan Agus Hassan melalui Chong Siak Nyen untuk menyerahkan Surat Wakil Kuasa bertarikh 22 June 2004 yang telah menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu kononnya kepada suatu syarikat yang dimiliki oleh Parti Umno Sabah dengan membayar RM 2.5 juta komisen kepada Parti Umno Sabah kononnya sebagai dana politik.

Menurut laporan, Chia telah ditangkap di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dan didakwa di bawah AMLA dengan cuba menyeludup RM40 juta ke Malaysia pada tahun 2008.

Dilaporkan Chia telah memberitahu pihak berkuasa Hong Kong, wang itu kepunyaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Tetapi pada Oktober 2012, SPRM berkata Chia tidak pernah ditahan di Hong Kong. -FMT Borneo

NGO dedahkan Taib Mahmud terlibat perjanjian perniagaan RM6.6 juta

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendedahkan penglibatan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, dalam satu perjanjian perniagaan bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpengkalan di Jerman.

Tekanan kepada Taib supaya tidak dilantik sebagai TYT semakin ketara dengan pendedahan pelbagai pihak berkenaan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai ketua menteri Sarawak. - Gambar The Malaysia Insider.

Pembongkaran perjanjian tersebut didedahkan hari ini oleh dua NGO, Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) dua hari sebelum Taib dijangka mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak daripada Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang akan bersara 28 Februari ini.

Taib dan anaknya, Abu Bekir, terlibat dalam perjanjian lumayan dengan syarikat pengurusan sisa Trienekens dengan kerajaan Sarawak pada 1998. Syarikat berpengkalan di Jerman itu juga sebelum ini pernah terlibat dalam kes rasuah pada 1999.

"Trienekens menjalankan kerjasama dengan syarikat tempatan, Sarawak Capital, yang dimiliki anak Taib Mahmud untuk memberikan 'khidmat nasihat' bernilai RM6.6 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian," kata NGO tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Global Witness, penglibatan anak Taib tersebut mempunyai konflik kepentingan.

"Secara faktanya, nilai besar yang dibayar kepada syarikat anak Taib sebagai sebahagian daripada perjanjian kelihatan mempunyai konflik berkepentingan," kata Cynthia Gabriel pada sidang media petang ini.

  Cynthia Gabriel dari NGO Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) ketika sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 Februari, 2014. Cynthia Gabriel dari NGO Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) ketika sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 Februari, 2014. Cynthia Gabriel dari NGO Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) ketika sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 Februari, 2014.

NGO tersebut mendakwa anak Taib juga turut bersama menandatangani perjanjian persefahaman yang dimerterai antara Sarawak Wastes Management Sdn Bhd sebagai wakil kerajaan Sarawak dengan syarikat Jerman tersebut.

"Ia masih tidak jelas mengapa anak Ketua Menteri Sarawak perlu menjadi saksi dalam perjanjian bernilai besar tersebut antara kerajaan negeri dan firma antarabangsa," katanya lagi.

Global Witness mendakwa pakar perundangannya mendapati perjanjian dengan syarikat milik anak Taib, Sarawak Capital, hanyalah sebuah "perjanjian".

Syarikat milik anak Taib tersebut didakwa tidak terikat dalam kewajipan kontrak dalam "skop kerjanya".

"Pada pandangan kami, perjanjian ini menunjukkan wujudnya sogokan tersembunyi; tidak kelihatan Sarawak Capital membuat sesuatu ke atas wang mereka peroleh dan tidak munasabah mempunyai nilai komersil," kata Gabriel.

Trienekens dan Sarawak Capital bagaimanapun masih belum memberi jawapan kepada Global Witness walaupun sudah dihubungi NGO tersebut.

Namun, firma guaman di London, Mishcon de Reya yang mewakili Taib menafikan anak guamnya terlibat dalam "perjanjian palsu" selepas maklum balas dihantar oleh Global Witness.

"Perjanjian yang anda rujuk bukan 'perjanjian', juga bukan sogokan sama ada tersembunyi atau sebaliknya," kata firma guaman tersebut.

Bagaimanapun, Global Witness melahirkan kesangsian ke atas perjanjian tersebut memandangkan CEO Trienekens Hellmut Trienekens pernah didapati bersalah terlibat dalam rasuah bernilai jutaan euro kepada pegawai tempatan menerusi Switzerland untuk membina sebuah insinerator sisa di Cologne, Jerman.

Susulan perkembangan terbaru di mana Taib kemungkinan dilantik sebagai TYT Sarawak, Gabriel yang merupakan pengerusi C4, mendesak Putrajaya menyiasat pendedahan terbaru ini.

"Kes ini melibatkan kepentingan awam yang perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Gabriel yang mendesak SPRM supaya campur tangan dan menyiasat Taib.

"Kami desak pentadbiran Najib menangguhkan pelantikan Taib Mahmud sebagai TYT sehingga perkara ini selesai diteliti."

Tekanan kepada Taib supaya tidak dilantik sebagai TYT semakin ketara, minggu lalu sekumpulan 50 NGO melancarkan petisyen dalam usaha menghalang pelantikan ketua menteri Sarawak yang didakwa mereka seorang perasuah dan menyalahgunakan kuasa sepanjang 33 tahun pemerintahannya.

Satu kajian oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan harta Taib mencecah AS$15 bilion (RM46 billion) dan 20 ahli keluarganya mengumpul harta hampir AS$21 bilion (RM64 bilion).

Pada 16 Februari lalu, BMF yang berpengkalan di Switzerland juga membuat laporan polis ke atas keluarga Taib atas dakwaan penyeludupan balak haram di Kanada, malah PAS juga menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas ketua menteri tersebut.

BMF berkata, satu laporan polis dibuat kepada Royal Canadian Mounted Police, berdasarkan "bukti baru" yang mendapati wujud kaitan kewangan antara Richfold Investments di Hong Kong dengan Sakto Development Corporation di Ottawa, Kanada.

Sakto Development Corporation adalah sebuah syarikat pemaju jutaan ringgit yang dimiliki oleh anak perempuan Taib, Jamilah Taib Murray. – TMI

Jenazah Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan

Mayat seorang lelaki dipercayai milik warg asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - BERNAMA





Benarkah Anwar dan Khalid tidak serasi?

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan Khalid mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan perkara itu dengan Anwar. – Gambar fail.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaaan Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor semalam, tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan Khalid mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan perkara itu dengan ketua pembangkang serta mendahulukan kepentingan rakyat di Selangor.

"Saya akui bahawa pemeteraian MoU menunjukan keikhlasan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dalam mencari satu penyelesaian meskipun ia (isu air) lama berlarutan.

"Sekurang-kurangnya, ia demi masa depan yang lebih baik bagi memastikan bekalan air tidak terputus di negeri ini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya hari ini.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan bersama Khalid menandatangani MoU penstrukturan semula industri air Selangor di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya.

Namun, Anwar memberitahu media bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai MoU berkenaan.

Wee berkata dengan termeterainya MoU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid juga menyuntik nafas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor untuk bekerjasama demi menjamin kepentingan rakyat

"Kita mengalu-alukan usaha kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid yang berusaha mengurangkan kesengsaraan rakyat dan ia patut kita puji... sekurang-kurangnya Khalid sedar masalah itu dan perlu penyelesaian segera.

"Sekiranya Anwar ditakdirkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor, adakah beliau akan melakukan perkara yang berlainan dari Khalid?

"Siapa lebih layak menjadi Menteri Besar? Biarlah media dan pengundi yang menilai sendiri," katanya. – Bernama, TMI

BN melanggar pantang di Kajang

ADA dua isu dibangkitkan BN membabitkan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik.

Bukanlah sesuatu yang ‘memeranjatkan’ jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan ‘masa menunggu’ PRK Kajang.

Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah ‘hit and run’ beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.

(Gambar kanan: Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)

Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN. Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ memberikan komen masing-masing.

Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.

SPR pada 5 Februari lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac. Pengundian awal berlangsung pada 19 Mac.

Tindakan Anwar memberikan tazkirah di surau dan masjid sekitar Kajang juga mengundang rasa tidak puas hati pemimpin BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro-BN yang membuat laporan polis berhubung majlis tazkirah yang disampaikan Anwar.

(Gambar kiri: Calon BN, Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al-Falah bertemu pengundi. Foto Utusan Online)

Malah portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.

Laman portal yang sama juga mempersoalkan Menteri Besar Selangor, tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan gagal menyembahkan titah Sultan Selangor kepada Anwar.

“Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.

“Pesan buat Anwar dan jentera kempennya: Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.

“... Dan Khalid sebagai Menteri Besar patut tahu arahan ini dan wajar menasihatkan Anwar jangan berkempen di masjid atau surau kerana tiada tauliah.

“Jika Anwar yang ingin bersultan dihati, teruskanlah kempen di masjid-masjid dan surau,” bidas laman portal BNBBC lagi.

Bagaimanapun segala kritikan dan ‘pantang’ BN itu nampaknya terburai dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno ke Kajang. Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang pada 25 Februari, malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit Dukong, Kajang – lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik. Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para pengundi.

Muhyiddin ketika berucap berkata, BN mahu mengambil kesempatan dan peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai PRK Kajang.

Menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan memperjuangkan hak semua kaum.

“ Saya sedar kita bertanding sebagai underdog tapi semangat kita dan kesungguhan semua peringkat, mudah mudahan kita dapat sokongan. Apa pun masalah di sini tak jadi masalah. Kita akan lihat perkara itu. Kita akan bantu. Kita kena selesaikan tugas kita untuk berjaya di PRK ini,” katanya ketika berucap di laman futsal Surau Al-Falah.

Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewarwarkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai ‘jeneral’ BN bagi PRK Dun Kajang.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin turut menyerang rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Kajang sebagai batu loncatan ke Putrajaya.

"Dia ingat dia menang di Kajang dia boleh ke Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri?" sindir Muhyiddin yang tentunya ditujukan kepada Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang, Anwar.

Apa juga sindiran dan kecaman Muhyiddin kepada Anwar, BN nampaknya telah melanggar pantangnya sendiri di Kajang. BN nampaknya sudah berkempen awal dan menggunakan surau sebagai lokasi kempen.

Jika belum pun tiba hari penamaan calon, BN sudah pun ‘cakap tak serupa bikin’, bolehkan kita mengharapkan parti itu untuk melaksanakan janji-janji yang bakal dihamburkan sepanjang kempen PRK Kajang nanti?

Jawapannya terletak dihujung jari 39,278 pengundi Dun Kajang.

Oleh AHMAD TAJDID (DD)

Wednesday, February 26, 2014

Najib Tersenarai "Top 5" Paling Boros Di Dunia



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.

Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

korea borosLaporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya. -selangorku

PRK Kajang: Herman Tino rakam lagu khas untuk Anwar?

PENYANYI Herman Tino yang sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding menentang Anwar Ibrahim di PRK DUN Kajang, dilaporkan telah mencipta lagu untuk pengundi Kajang, rujuk sini ~ Edisi Rakyat‎

Nampaknya Herman Tino menggunakan pendekatan berlainan untuk meraih undi sebagai salah seorang calon di PRK DUN Kajang, iaitu menyampaikan mesej melalui lagu.

Namun selepas aku dengar dan amati lirik lagu yang dicipta oleh Herman itu, nampaknya ia bukan untuk pengundi Kajang, sebaliknya ‎ia lebih kepada serangan terbuka kepada Anwar Ibrahim.

‎Cuba korang dengar sendiri lagu tu, klik 'play' pada video di bawah.

‎Bila aku tengok pendekatan kempen Herman Tino dengan lagu ini, aku tertanya-tanya apa agaknya kaedah kempen Herman di 'ground zero' nanti?

Adakah Herman akan mengadakan konsert di seluruh Kajang sebagai kaedah meraih sokongan rakyat Kajang?

‎Sama-sama kita nantikan selepas penamaan calon 11 Mac nanti.

"Itu pun kalau Herman berjaya kumpul duit deposit"-milosuam

1MDB: Tarif elektrik mungkin terus naik

Kenaikan tarif elektrik mungkin akan terus berlaku jika kerajaan menganugerahkan projek jana kuasa arang batu 2,000MW, atau projek 3B kepada Syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta kerajaan tidak menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB kerana rakyat yang akan menanggung beban kenaikan tarif elektrik.

Menurut Husam, syarikat lain yang bersaing dengan 1MDB ialah YTL Corporation Berhad.

Bagaimanapun, 1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

"Kalau 1MDB dipilih kita akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.

Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.

"Adakah rakyat Malaysia perlu membayar kos elektrik yang lebih mahal semata-mata nak bayar kepada 1MBD sedangkan ada saingan yang lebih murah dengan saingannya YTL," kata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, beliau turut mempersoal 1MDB yang membayar harga lebih mahal sebanyak RM2.65 billion untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) Ananda dan Genting.

Pada Mac 2012 Syarikat 1MDB membelanjakan sebanyak RM8.5 billion untuk membeli Tanjong Energy Holding.

Pada Ogos 2012 1MDB berbelanja sebanyak RM2.35 billion untuk membayar faedah 75 peratus Genting Sanyen Power.

"1MDB menghasilkan perolehan sebanyak RM1 billion setahun. Jumlah yang hanya cukup untuk membayar bunga tetapi masih tidak mencukupi untuk membayar hutang secara keseluruhan," katanya.

Tambah beliau lagi, mengikut perolehan dari Internal Rate of Return (IRR) yang lazimnya digunakan untuk mengukur keuntungan pelaburan dan rata-rata kadar yang biasa diperlukan adalah antara 10 hingga 12 peratus.

IRR bagi Tanjong Energy Holding ialah sebanyak 5.2 peratus manakala IRR bagi Genting Sanyen Power ialah 0.5 peratus.

"Mengikut kadar semasa untuk mendapatkan IRR 10 peratus, 1MDB perlu membayar hanya RM8.2 billion iaitu RM2.65 billion lebih tinggi. Megapa ini terjadi?" soalnya.

-hd

Kerugian MAS, punca BR1M dikurang kepada RM650

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerugian yang dialami Malaysia Airlines (MAS) berjumlah RM4.1 bilion dalam tiga tahun sejak 2011, menyebabkan keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan hanya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM650, bukannya RM1,200 seperti dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam Manifesto PRU-13 lalu.

Katanya, DAP juga tidak bersetuju cadangan Singapore Business Times supaya MAS diisytihar muflis, kerana ia bukan sahaja memalukan malah memberi kesan buruk ke atas pekerja syarikat penerbangan negara itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, Khazanah mesti menyediakan satu pelan konkrit untuk menyelamatkan MAS, termasuk melaksanakan tender terbuka kompetitif yang menjadi amalan antarabangsa dan penilaian berasaskan prestasi untuk semua pekerja, termasuk pengurusan tertinggi.

MAS mengalami kerugian sebanyak RM1.17 bilion tahun lalu, RM433 juta pada 2012 dan RM2.5 bilion pada 2011.

Kerugian tiga tahun berjumlah RM4.1 bilion hampir mencukupi untuk menampung perbezaan RM650 yang memerlukan sebanyak RM4.5 billion untuk menaikkan bayaran BR1M kepada RM1,200.

Singapore Business Times sebelum ini mencadangkan MAS diisytiharkan muflis bagi membenarkan permulaan baru yang diperlukan untuk memulihkan semula syarikat penerbangan bermasalah itu kerana MAS buntu menyelesaikan masalah lebihan kakitangan dan “kontrak perolehan berat sebelah” dalam hal penyelenggaraan sehingga ke katering makanan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tiada siapa yang terkejut bahawa kronisme dan tipu muslihat adalah satu daripada punca utama kerugian berterusan MAS.

“Langsung tidak ada rasa krisis atau pelan pemulihan yang dilaksanakan MAS untuk mengekang kerugian kewangan berterusan ini walaupun MAS mungkin berfikir bahawa kerugian itu mampan kerana MAS masih mempunyai baki tunai sebanyak RM3.9 bilion pada akhir tahun lalu.

“Adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berbahaya untuk MAS meneruskan “perniagaan seperti biasa” dan Khazanah, pemilik MAS mesti melakukan penyelesaian tuntas dengan menerima hakikat bahawa MAS tidak berdaya maju dengan struktur kos semasa.

“Walaupun dengan subsidi dan geran berpuluh bilion yang diberikan pembayar cukai Malaysia, membuktikan MAS tidak boleh bersaing dengan Air Asia, yang menunjukkan kejayaan luar biasa keusahawanan Malaysia walaupun tidak mendapat bantuan satu sen pun daripada pembayar cukai Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahan pula, katanya, syarikat tambang murah baru Malindo Air hanya akan memburukkan lagi prestasi MAS.

Menurut Guan Eng, Kementerian Pengangkutan nampaknya tidak berusaha menjalankan projek infrastruktur secara kos efektif, sepertimana yang dibuktikan dengan peningkatan limpahan kos dan kelewatan dalam projek KLIA2.

Daripada bajet awal sebanyak RM1.6 bilion, kos KLIA2 melonjak kepada RM4 bilion dan mengalami kelewatan tiga tahun serta melanggar tarikh akhir sebanyak tiga kali, malah keselamatan awam digunakan sebagai alasan kelewatan itu.

Beliau berkata, masanya sudah tiba untuk Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenepikan ego demi kepentingan negara dan bekerjasama dengan pengasas Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

“Jika Hishammuddin enggan menerima kepakaran Tony Fernandes, yang dengan tajam mengingatkan bahawa Terminal Penerbangan Kos Rendah di Sepang hanya bernilai RM250 juta berbanding KLIA2 yang kini mencecah RM4 billion, maka negara kita yang akan rugi,” katanya.

-roketkini

ISU WWW1: Nizar Menang Saman Ke Atas TV3

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.

Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.

Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.

"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.

Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.

"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.

Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.

Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.

Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.

Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.

Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun. – TMI

Utamakan kestabilan, Daim tegur Putrajaya

Keamanan dan kestabilan adalah dua perkara terpenting yang dimahukan rakyat Malaysia selain agen provokasi yang perlu dihapuskan, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar).

Daim berkata, kerajaan sedia ada bukan sahaja perlu memikirkan untuk mengekalkan mandat sedia ada tetapi juga dasar kepimpinan.

"Undang-undang sedia ada memadai untuk mengawal perkara ini. Jika terdapat pihak yang cuba mencetuskan kontroversi, mereka perlu ditangani.

"Jika ia lambat ditangani maka akan ada pihak cuba mengambil kesempatan," katanya dalam satu wawancara bersama KiniBiz.

Berbicara tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Daim berkata akar umbi dan rakyat mempunyai impian yang sama iaitu mahu melihat kepimpinan yang kuat.

Katanya, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama maka terdapat pelbagai isu sensitif berlingkar dalam negara.

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang berasa Najib seorang pucuk pimpinan yang rapuh atau kurang tegas.

“Sebagai pemimpin, beliau harus tahu mengawalnya selain pasukan terbaik untuk menasihati bagaimana berdepan dengan isu yang tidak boleh diselesaikan secara individu,” katanya.

Beliau berkata, Kabinet yang kuat diperlukan dan mereka yang memahami sejarah Malaysia dapat menjangkakan masalah yang berlaku berbanding terus mengambil tindakan.

Katanya, perancangan yang baik akan memperlihatkan kepada rakyat arah yang ingin dituju dan jika rakyat berasa orientasinya sesuai, mereka akan memberi sokongan.

“Pertama kali dalam sejarah, warga asing dan tempatan melihat secara serius situasi politik di Malaysia. Jika anda melihat orang luar menulis tentang Malaysia, ia bermakna mereka mula curiga terhadap kestabilan negara.

“Rakyat mahu melihat dan berasa selesa bersama Putrajaya sebaliknya majoriti rakyat berasa ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, Daim menyifatkan pilihan raya itu tidak perlu diadakan dan membazir dana rakyat.

Katanya, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berupaya menyelesaikan pelbagai masalah.

“Anwar sendiri tidak diundi ke dalam PKR tetapi mempunyai banyak pengaruh dan kuasa. Beliau memutuskan apa yang perlu dilakukan kepada pemimpin parti terpilih.

“Sama ada media memuji atau mengkritik, ia membuatkan Anwar gembira kerana masih mendapat liputan,” katanya.

Berhubung isu kalimah Allah, Daim berkata perkara itu tidak seharusnya menjadi pertikaian kerana tidak wujud permasalahan seumpama itu di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan Islam kini sedang menerima ancaman sebaliknya menyifatkan ahli politik yang gemar membesarkan isu tersebut.

“Kenapa tiba-tiba bawa isu ini ke Semenanjung Malaysia dan menjadikannya masalah besar?

“Mendapatkan sokongan dengan membangkitkan isu agama adalah perbuatan bodoh. Kita selalu hidup aman damai dan persoalan agama tidak pernah dibangkitkan,” katanya. – TMI

Monday, February 24, 2014

Jangan undi calon BN yang suka letak jawatan

lajim ukin pkr sabahPengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin berkata rakyat Kajang diminta jangan mengundi calon BN, Datuk Chew Mei Fun kerana beliau suka meletakkan jawatan.

Katanya, dahulu beliau pernah meletakkan jawatan timbalan menteri dan Ketua Wanita MCA kerana tidak sebulu dengan pemimpin partinya.

“Saya bimbang jika beliau menang, beliau akan meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang apabila tidak sebulu dengan pemimpin parti MCA kelak,” katanya kepada FMT mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang mengatakan Mei Fun seorang yang tegas.

Menurut Ka Siong, ini kerana personaliti Mei Fun agak kontras dengan calon pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar hari ini cakap tidak bertanding, esok dia boleh masuk bertanding.

“Mei Fun kata dia akan letak jawatan, tidak kira jawatan timbalan menteri pun dia letak jawatan. Itu bezanya seorang pemimpin yang melakukan apa dijanjikan. Tidak seperti pemimpin yang cakap tidak serupa bikin,” kata Ka Siong lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menyertai kepemimpinan MCA mengadakan tinjauan mesra dan melawat beberapa pusat daerah mengundi sekitar Kajang di sini semalam.

Menurut Lajim yang juga ADUN Klias, MCA ketandusan pemimpin lelaki kerana terpaksa meletakkan calon wanita sebagai calon pada 23 Mac ini.

“Atau adakah pemimpin lelaki MCA pengecut untuk berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Mei Fun terpaksa dikorbankan?” soal beliau.

23 Mac ini akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru di antara calon PKR, Anwar Ibrahim; calon BN, Chew Mei Fun dan calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim. -FMT

Pegawai Kanan Polis Ada RM20 juta Dalam Bank

Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.

"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.

Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.

"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.

Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.

Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.

Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.

Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.

Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.

"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.

"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank masing-masing.

"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.

Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.

Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah urut serta sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan diganggu.

Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.

SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.

Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu. -TMI

Facebook pro-Pakatan disekat di Malaysia?

Beberapa akaun laman Facebook pro-Pakatan yang popular tidak boleh dilayari di Malaysia sejak tengahari semalam, mencetuskan spekulasi bahawa laman sosial itu disekat di sini.

Percubaan untuk melayari laman sosial Facebook yang terlibat tetapi pelokasi sumber seragam (URL) mengarahkan kembali ke laman utama Facebook.

Berdasarkan kenyataan akhbar Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, laman Facebook yang terlibat termasuklah 'We Fully Support PKR' dan 'Zhong Zheng Kuai Xun'.

Laman itu antara yang popular di kalangan komuniti Cina khususnya sewaktu pilihan raya umum ke-13 lalu, mengedarkan mesej pro-Pakatan dan mencatatkan sehingga 500,000 'likes'.

Seorang pelajar Malaysia yang kini menyambung pelajaran di Amerika Syarikat mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau boleh melayari laman sosial yang disebutkan, dari negara itu

-mk

PBS ditangguhkan pelaksanaannya

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyaksikan guru-guru membuat bantahan Jumaat lepas akan ditangguhkan perlaksanaannya sehingga notis seterusnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, Jabatan Pelajaran hanya akan memaklumkan keputusan mengenai kajian mengenai PBS selepas Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan cadangan untuk memperkemaskannya.

Bagaimanapun beliau tidak meletakkan sebarang batas waktu berapa lama kajian itu akan memakan masa.

Perubahan itu akan mengambilkira perolehan terakhir, pandangan guru, bantahan awam termasuk dari Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), kata Khair dalam kenyataannya malam ini.

"Kementerian telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula pelaksanaan PBS untuk mengurangkan bebanan kerja guru yang memfokuskan kekerapan memasukkan data, termasuk memasukkan penilaian pencapaian kad laporan pelajar yang dikatakan membebankan," Bernama melaporkan malam ini.

Katanya “taskforce” yang ditubuhkan oleh kementerian baru-baru ini akan mengadakan mesyuarat mingguan untuk mengkaji dan menilai perkembangan memperkemaskan sistem itu.

"Bilik perang PBS juga telah ditubuhkan di peringkat kementerian untuk mengkaji isu yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS secara serta merta dan berkesan termasuk menyediakan maklumbalas segera," katanya.

Katanya, kementerian juga sedang bekerja untuk memperkemaskan akses kepada sistem pengurusan PBS untuk memastikan para guru dapat memasuki sistem komputer itu lebih mudah dan berkesan.

Penerangan PBS ke seluruh negara untuk sekolah rendah dan menengah yang bermula Isnin lepas juga telah ditangguhkan dahulu untuk mengelakkan kekeliruan mengenai pelaksanaannya, katanya.

Khair berkata, perolehan dari “workshop” tentang pelaksanaan PBS yang melibatkan guru dan persatuan guru baru-baru ini akan diumumkan segera.

"Ini untuk memastikan setiap elemen dalam pelaksanaan PBS akan menyediakan penilaian holistik ke atas pelajar di samping meringankan bebanan guru dalam pelaksanaannya," katanya.

PBS telah dilaksanakan mulai 2011 bermula dengan pelajar darjah satu. Pada 2012, kementerian melaksanakan PBS untuk tingkatan satu.

Ia sebahagian dari usaha kerajaan untuk menghasilkan pelajar yang serba boleh bukan yang berjaya dalam peperiksaan semata-mata.

Tidak ada ujian tahunan di bawah PBS.

Setiap hari, guru akan menilai pelajar untuk setiap mata pelajaran dengan enam-band dari band satu untuk memahami (paling rendah) hingga band enam "terbaik" (tertinggi).

Kenyataan kementerian ini datang selepas protes yang dibuat oleh SGMM di Bandar Baru Bangi Sabtu lepas tentang PBS.

SGMM mahu PBS dimansuhkan dan sekolah kembali kepada sistem peperiksaan semula.

Ketua SGMM Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, memorandum telah disiapkan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Selepas tiga tahun dilaksanakan, PBS telah menyebabkan bebanan sangat tinggi untuk guru-guru hatta pada hari rehat mereka.

"Tugas guru yang utama adalah mengajar, tetapi sejak PBS dilaksanakan, kerja utama telah menjadi memasukkan data dan tugas pengkeranian bukan lagi fokus kepada silibus," katanya.

Nor Izzat berkata, guru-guru menghadapi soalan dari ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka, tetapi ia sukar untuk dijelaskan.

"Kenapa guru tidak boleh memberikan penjelasan? Mudah saja, hari ini guru memberitahu ibu bapa tentang satu perkara, tetapi esok matlamat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sudah bertukar," katanya.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman mengkritik Kementerian Pendidikan kerana menzalimi guru yang menentang sistem PBS itu.

"Guru yang berani mengkritik sistem itu telah digantung, dipindahkan beberapa kali dan juga ada yang dipecat," katanya.

"Dalam masa dua minggu lalu, Pendidik menerima kira-kira 100 laporan dari guru yang telah dikenakan tindakan disiplin oleh Kementerian Pendidikan."

Normala juga mendakwa ada kes di mana guru dipecat tanpa melalui prosedur yang sewajarnya. –TMI

Puteri Umno dekati pengundi muda Kajang

Pergerakan Puteri Umno akan mendekati pengundi muda bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata Puteri Umno akan memberi tumpuan untuk memenangi hati lebih 7,000 pengundi muda wanita dalam usaha membantu dan menyokong Chew yang dijangka berdepan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Puteri Umno telah memperinci tugasan 200 anggota pergerakan itu bagi menjejaki setiap pengundi muda DUN Kajang.

"Kita akan pastikan tenaga kerja bagi semua pusat daerah mengundi mencukupi dan jika BN Selangor memerlukan lebih tenaga kerja, kita sedia menghantar jentera dari setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khalid anjuran Biro Sahabat Puteri Umno Melaka, hari ini.

Mengulas tentang pemilihan Chew sebagai calon BN, beliau berkata ia merupakan kebanggaan buat pergerakan Puteri kerana kepercayaan pucuk pimpinan BN kepada calon di kalangan wanita.

Mas Ermieyati berkata beliau percaya dengan kebolehan dan personaliti yang ada pada Chew, BN boleh memenangi PRK tersebut.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Puteri Umno dan Yayasan Angkasawan Malaysia untuk berkongsi idea serta pengalaman berkaitan sains dan ilmu aeronautik di kalangan wanita bagi melahirkan angkasawati pertama negara.

"Kita dicabar untuk menyediakan calon-calon angkasawati, kita akan ke setiap negeri untuk melihat calon-calon daripada ahli kita yang sesuai dan mempunyai ciri-ciri yang kita perlukan untuk menjadi angkasawati," katanya. – Bernama

Sunday, February 23, 2014

Filem Anak ROSMAH MANSOR DiSaman USD 25 Juta

Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai malah berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem tersebut berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.

Menurut laporan Contact Music, beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff.

Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.


Lebih dasyat lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.



Untuk pengetahuan semua, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures. -ohbulan/fb suararakyat

Kisah Cubaan Mencuri Jasad Nabi Muhammad SAW

Percaya atau tidak, ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah terusik dan nyaris dicuri oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat tersebut. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.

makam nabi saw

Peristiwa ini berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdirinya beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru.
Tentunya hal ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata.

Secara diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Di mana pada musim itu banyak jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji.

Kedua-dua orang nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Morocco. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengintipan awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.

Setelah melakukan kajian, kedua-dua kafir ini memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam bilik itu menuju makam Rasulullah.

Belum sampai pada akhir penggalian, rancangan tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rancangan busuk itu.

Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam ketika itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.

Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan menyebut: “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga kali dalam satu malam.

Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damascus ke Madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi SAW.

Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.

Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang yang muncul dalam mimpinya. Namun sultan tidak menjumpai mereka. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”

Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua orang dari Morocco tersebut yang belum mengambil hadiah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjemaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.

Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua-dua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya sultan, melihat bahawa kedua-dua orang itu adalah orang yang dilihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia Sepanyol. Meskipun sultan sudah mendesak bertanya tentang aktiviti mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan penjagaan yang ketat.

Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua-dua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke bilik sebelah.
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/kisah-cubaan-mencuri-jasad-nabi.html#axzz2qHfWFHeS

Ketika itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya terdapat sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad
.
Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada pagi harinya, kedua-duanya dijatuhi hukuman pancung berdekatan pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombongan pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin kerajaannya. MasyaAllah, tabarakallah, menitis air mata membaca cerita ini…


sumber: billyinfo.blogspot.com

Hotel Pelik di China Diperbuat Dari Lego Memiliki 6668 Bilik Tidur

Lego mungkin hanyalah sebuah mainan kanak - kanak . Namun di China , ribuan lego ditempah menjadi bangunan hotel bintang tujuh yang mewah dan indah .

Hotel yang digelar " Nine Trees Beautiful " ini terdiri daripada sembilan bangunan yang kelihatan seperti pokok - pokok besar dengan buah menggantung dan akar yang diperbuat daripada lego . Kesembilan hotel tersebut dibahagi menjadi 1 hotel bintang tujuh , 1 hotel bintang lima , 1 apartmen dan 6 hotel hartanah .

Selain bentuknya yang unik , hotel ini juga menawarkan pemandangan yang sangat indah . Dibina di kawasan Sanya , China Selatan , bangunan hotel ini terletak diantara sungai dan pergunungan . Kawasan Sanya memang terkenal sebagai tempat destinasi pelancongan popular yang mempunyai cuaca tropika dan pemandangan yang menghijau .

Hotel ini juga dilengkapi oleh pelbagai kemudahan mewah lain seperti pusat membeli-belah , bar dan pawagam . Tidak hanya itu saja , Nine Trees Beautiful juga berjaya meraih Guiness World Record 2014 dengan bilik terbanyak iaitu sebanyak 6.668 bilik tidur .

Untuk menarik lebih banyak pengunjung , pihak pemilik hotel juga merancang untuk membina kapal layar . " Pembangunan terminal pelayaran akan menawarkan pengalaman percutian bagi kaum pelancong kaya di seluruh dunia , " kata pemilik syarikat .





-http://gabancomel.blogspot.com

Letak calon di Kajang, Najib - Muhyiddin tidak sependapat?

Akhirnya BN telah mengambil keputusan untuk ikut sama menyertai pilihan raya kecil dUN 25 Kajang dengan mengumumkan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun sebagai calon. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyuddin Yassin hari ini.

Pengumuman itu ia menolak spekulasi awal mengatakan kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon di situ kerana mengira harapannya untuk menang tipis berdasarkan majoriti besar diraih calon PKR dalam pilihan raya umum lalu. Beberapa orang pemimpin Umno juga telah memberi pandangan agar BN tidak meletakkan calon bagi mengelak pembaziran wang dan masa.

Apabila bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu diumumkan, menunjukkan BN tidak sedia untuk berbuat demikian melainkan ikut sama meletakkan calon demi menjaga maruah. Mungkin boleh dipersoalkan apabila nama Mei Fun itu diumum oleh Muhyuddin tetapi bukan oleh Najib Razak. Dalam situasi sekarang ini sepatutnya Najib membuat pengumuman sendiri bagi menunjukkan kekompatan BN. Tetapi tidak begitu nampaknya.

Sebelum ini Najib dikatakan tidak ada 'angin' untuk meletakkan calon BN, sebaliknya timbalannya, Muhyiddin awal-awal lagi menegaskan BN akan meletakkan calon bertanding atas alasan ia berlaku kekosongan. Berlaku perbezaan pendangan di antara Muhyiddin dan Najib dalam hal ini, dan apakah suara Muhyiddin kini lebih keras dari Najib?

Najib pernah memutuskan BN tidak meletakkan calon di suatu pilihan raya di Pulau Pinang tahun 2009 lalu atas alasan pilihan raya itu tidak atas kehendak perlembagaan, apabila ia sengaja dikosongkan bagi memberi laluan kepada tokoh lain. Kerana pengosongan di Kajang itu sama dengan apa berlaku di Pulau Pinang itu menyebabkan ramai pemerhati termasuk saya mengira adalah bijak kalau Najib akan mengambil keputusan sama.

Bagaimana pun hari ini bila Muhyiddin mengumumkan nama Mei Fun seperti mana dicadangkan oleh Inchek Ibrahim Ali, seakan ada pergeseran di antara Muhyiddin dengan Najib. Perlu diingat bekas PM Mahathir Mohamad yang kini dikatakan kuat menyerang Najib juga mahukan BN meletak calon di Kajang.

Pemilihan Mei Fun itu dikira satu keberanian oleh BN kerana Naib Presiden MCA itu tidak disenangi oleh orang-orang bekas presiden Chua Soi Lek. Sudah pasti pengikut Soi Lek yang menjadi pengundi di Kajang berat untuk memberi undi kepada Mei Fun. Begitu juga orang Melayu yang mengharapkan calon dari kalangan Umno diturunkan, kecewa dengan tindakan. Kemungkinan tindakan protes berlaku dan ini 'merohokkan' (menyukarkan) untuk Mei Fun menang.

Bagaimana pun pencalonan Mei Fun membolehkan Inchek Ibrahim Ali dan NGO yang dipimpinnya akan berkempen bermati-matian untuk kemenangan calon Cina. Cara itu juga membolehkan Inchek Ibrahim membuktikan bahawa NGO yang dipimpinnya bukan rasis. Sementara itu pencalonan Mei Fun itu juga sekali lagi menyebabkan Karuppan Nalla, kempunan untuk merai menjadi calon.

Yang menjadi pertanyaan saya juga bila mengenang Kajang ini, ke manakah pengundi bebas yang mengundi Berjasa dalam pilihan raya lalu bagi mengelakkan berdosa akan mengambil sikap pada pilihan raya kecil 23 Mac nanti?

Oleh Mohd Sayuti Omar

VIDEO : Ulama Muda UMNO tampil pertahan Mahathir dan Kassim Ahmad

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang disifatkan cuba mentafsirkan al-Quran.

Menurut Zamihan, tindakan Kassim Ahmad itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang antihadis apabila mempertikaikan kandungan hadis-hadis sahih.



“...kesal dengan kenyataan celupar Kassim yang menghina Rasulullah SAW...ingin mentafsirkan semula al-Quran, menyamakan ulama dengan kasta paderi serta bertindak ingin meruntuhkan badan autoriti agama di negara ini.

"Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Kassim cuba mentafsirkan al-Quran dengan kenampakan akalnya yang cetek. Ia juga memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang anti hadis sebenar apabila beliau mempertikaikan kandungan hadis-hadis sahih yang terdapat di dalam hadis Sahih Bukhari dan Muslim,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, kenyataan Kassim Ahmad itu merendahkan martabat Rasulullah SAW serta biadab kerana menyamakan ulama Islam dengan paderi Kristian.

Manakala Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyahut cabaran PAS dengan mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan mempersoalkan umat Islam hari ini yang terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Jakim perlu segera bertindak kerana kenyataan Kassim yang turut mengatakan rambut bukanlah aurat bagi wanita dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.

"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," kata Ibrahim.

Dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

"Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmadini.. sila baca kenyataan medianya di ( SINI )

Tetapi ini pula adalah ulasan Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari mengenai isu ini..




Asal video dari Abu Afiq Studio

KAJANG : Perancang Umno, Penyudah PR

Amat banyak sekali huraian, andaian dan komentar dilontarkan mengenai PRK DUN Kajang. Ada yang mencemuh. Ada yang menyokong. Ada yang masih tidur hingga ke saat ini. Selain Anwar yang telah mengesahkan untuk bertanding mempertahankan Kerusi yang dimiliki olih PR (PKR), timbullah MCA dan juga beberapa "mercernaires" yang menunjuk minat untuk bertanding.

Sebenarnya, isu Kajang ini adalah satu 'Grand Design" UMNO untuk menjatuhkan Najib. Najib tidak bolih diturunkan dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Kepantasan Najib memintas seteru-seterunya telah berjaya, dengan bantuan SB dan Millitary Intelligence, menyekat kemaraan mereka.

Tetapi mereka ini tidak berpuas hati, kerana pencapaian Najib amat teruk. Mengikut Mahadhir, lebih teruk dari Pak Lah. Ia mesti dikeluarkan kerana ia telah menjadi satu liabiliti kepada UMNO. Bagaimana hendak menjatuhkannya?

Kosongkan satu DUN dan buat PRK. PKR mensacrifice Kajang kerana Kajang merupakan semi-urban di mana pengundi-pengundi sudah "matured" dan faham politik. Juga PKR menang agak selesa dalam PRU dulu.

Najib terjebak. Najib tidak mahu meletakkan calun tetapi Mahyuddin mahu bertanding. Najib tahun BN akan kalah dan alasan ini akan didendangkan untuk menguis Najib. Tetapi Mahyuddin tetap mahu bertanding kerana ini adalah senjatanya.

Nyata sekali, akan ada suara ramai dari UMNO yang akan memalu gendang perang terhadap Najib di atas kegagalan Kajang. Dan nasib Najib akan menjadi seperti Mahadhir dan Pak Lah yang terpaksa dikorbankan demi survival UMNO. Kalau Najib berdegil tidak mahu melepaskan jawatan, maka akan sampai ketahap undi tidak percaya dan Najib akan jadi pemimpin Malaysia yang pertama menghadapi undi tidak percaya.

Sebab itu Mahyuddin beria-ia betul mahu bertanding. Kalau BN tak bertanding maka scenarionya akan berbeda. Najib akan masih di atas kerana ada juga suara-suara pemimpin UMNO menyokong untuk tidak bertanding.

Jelas Najib akan setara dengan Mahadhir dan Pak Lah. Dikuis keluar."

-TKO

Cadangan buang perkataan ‘bangsa’ bererti hapus keistimewaan Melayu

Ibrahim berkata majoriti rakyat Malaysia adalah kaum Melayu, dan mereka masih ketinggalan, oleh itu perkataan 'bangsa' masih perlu dikekalkan. – Gambar fail.Perkasa mendakwa cadangan supaya perkataan "bangsa" dibuang bererti ianya satu cubaan menghapuskan hak kaum Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa cadangan yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup tersebut, berniat jahat.

"Cadangan menghapuskan perkataan bangsa dalam setiap borang adalah melampau dan mempunyai niat jahat terhadap bangsa Melayu," kata Ibrahim dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim berkata cadangan tersebut bertujuan menggugat hak keistimewaan kaum Melayu khususnya.

"Menghapuskan perkataan bangsa dalam apa jua borang bererti menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan, terutamanya hak istimewa Melayu.

"Apakah tujuan Joseph Kurup membuat cadangan ini? Mungkin alasan 'perpaduan', tetapi apakah kertas boleh halang perpaduan? Kenapa Joseph Kurup tidak cadangkan sekolah satu aliran untuk perpaduan?" kata Ibrahim yang mempersoalkan niat menteri tersebut.

Kurup pagi ini berkata sudah sampai masanya perkataan "bangsa" dibuang daripada semua borang rasmi di negara ini, bagi membentuk satu identiti nasional.

Beliau berkata sedih melihat rakyat Malaysia masih dipisahkan oleh bangsa dan agama selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.

"Mungkin sampai waktunya kita membuang keperluan untuk meletakkan 'bangsa' dalam semua borang di negara ini," kata Kurup ketika merasmikan dialog pertama Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional (MKPN) yang pertama pagi tadi.

Ibrahim bagaimanapun menegaskan perkataan bangsa masih diperlukan, memandangkan kaum Melayu masih ketinggalan.

"Pengenalan bangsa penting dalam borang selagi mana bangsa Melayu masih ketingalan dalam banyak perkara.

"Maka urusan dalam pentadbiran perlu mengenali nama mengikut bangsa," kata Ibrahim.

Ibrahim juga berkata majoriti rakyat Malaysia adalah kaum Melayu, oleh sedemikian, perkataan bangsa masih perlu dikekalkan.

"Sesebuah negara ada bangsa dan agama dominannya mengikut sejarah, seperti apa jua warisan sejarah," katanya.

Ibrahim juga memberi amaran supaya Putrajaya tidak tunduk kepada cadangan tersebut jika tidak mahu hilang sokongan masyarakat Melayu, khususnya bagi Umno.

"Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, jika bersetuju dengan cadangan Kurup ini hanya akan memberi ruang lebih ramai Melayu tidak akan sokong Umno.

"Hati-hati dengan setiap cadangan," katanya.

Presiden Perkasa tersebut juga sebelum ini membidas MKPN yang dianggap tidak sesuai untuk menasihati Putrajaya mengenai isu agama dan bangsa, dan menggesa majlis itu dimansuhkan dan digantikan dengan NGO Melayu yang akan menggalakkan "perpaduan sebenar dan betul". – TMI

Isteri Curang Dengan Lelaki Lain Di Pejabat

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.

Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’. -fb

Saturday, February 22, 2014

Chew Mei Fun lawan Anwar di Kajang

Chew Mei Fun dijangka mampu memberi saingan sengit kepada Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang. - Gambar The Malaysian Insider.Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun bakal bertanding mewakili parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, ketua wanita MCA, timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta bekas senator.

Selepas tiga tahun mendiamkan diri, Chew membuat kemunculan semula apabila memenangi jawatan naib presiden MCA dalam pemilihan parti Disember tahun lalu.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, dipercayai bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi Ahli DUN Selangor yang seterusnya menjadi menteri besar di negeri itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa pemimpin parti komponen BN lain.

Muhyiddin berkata BN mengambil keputusan untuk bertanding di Kajang dan memilih Chew sebagai calon setelah beberapa siri perbincangan diadakan di antara pemimpin parti komponen BN.

Katanya, pucuk pimpinan BN sebulat suara memilih Chew kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan, berpengalaman luas dalam bidang politik serta berjiwa rakyat.

"Kita perlu atur strategi kerana kita sedar lawan yang bertanding juga akan menggunakan 'platform' kerajaan untuk menimbulkan pelbagai isu nasional.

"Pada PRK Kajang ini juga kita dapat menjelaskan perjuangan BN dengan lebih jelas kepada rakyat Kajang mengenai apakah sebenarnya makna demokrasi yang cuba dimanipulasi oleh segelintir individu," katanya di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

PRK Kajang dijangka menyaksikan pertandingan banyak penjuru setelah bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, senator Datuk S Nallakaruppan, peguam Yuktes Vijay dan penyanyi retro Herman Tino bakal bertanding di kerusi itu.

Pada pilihan raya umum lalu, penyandang kerusi DUN Kajang, Lee menewaskan calon BN Lee Ban Seng dengan majoriti 6,824 undi.

Awal bulan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh PRK Kajang pada 23 Mac manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac.

Seramai 39,278 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 38,055 pengundi biasa akan mengundi dalam PRK kali ini, melibatkan 19,612 pengundi lelaki dan 19,666 pengundi wanita.

Semalam, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mengumumkan hasil kajian mereka bahawa lebih separuh pengundi Kajang bersetuju pilihan raya kecil itu perlu diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Dalam kajian yang dijalankan itu, Umcedel mendapati pengundi di Kajang berpendapat PRK pada 23 Mac ini bukanlah pembaziran apabila majoriti responden iaitu 53% berpendapat sedemikian dengan kaum India mewakili 60%, Cina (54%) dan Melayu (50%).

Seramai 576 responden yang merupakan pengundi di Kajang menyertai kajian itu yang diadakan hujung minggu lalu membabitkan semua 16 kawasan daerah mengundi.

Antara isu lain yang turut dikaji Umcedel adalah kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada sokongan terhadap BN dan isu kenaikan harga barang yang menambahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat. – TMI