Wednesday, July 31, 2013

Suaram: Jasbir sorok fakta rundingan Scorpene

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyifatkan saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diketahuinya mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.

"Perkara ini menjadi perhatian ramai tetapi beliau tidak mendedahkan semua," katanya pada sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Jasbir yang dilihat memburuk-burukkan Suaram dalam NST.

Beliau berkata, Jasbir sepatutnya mendedahkan butiran pembekalan, selain peranannya dan mengapa beliau digugurkan dari rundingan berkenaan.

"Kami pelik mengapa butiran itu tidak disiarkan NST," katanya yang berpendapat Jasbir juga wajar mendedahkan punca Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan pembabitan kawan lamanya, Abdul Razak Baginda dalam rundingan itu.

Tidak setuju dengan kenyataan dalam akhbar berkenaan, Cynthia berkata, Jasbir menyatakan Altantuya Shaariibuu tidak terlibat dalam proses rundingan tetapi ia bertentangan dengan kenyataan bapanya sendiri yang mendedahkan anaknya perunding rojek itu.

"Jika bukan perunding projek, mengapa Altantuya meminta $500,000 sebagai komisen," katanya.

Antara 2009 dan 2010 sewaktu kapal selam dalam proses penghantaran, beliau berkata, Jasbir membayar €114.9 juta kepada Perimekar yang mencatatkan kerugian daripada untung bersih, RM19 juta kepada RM3.3 juta.

Beliau berkata, laporan kewangan syarikat pada 2010 menunjukkan projek dengan kerajaan tamat pada Disember 2009 dan kerugian berlaku.

"Jadi, adakah Permekar ditubuhkan hanya untuk menerima projek kapal selam? Dan, kenapa Jasbir tidak mendedahkannya?" katanya.

Cynthia turut mempersoal peranan Jasbir dalam Terasasi Sdn Bhd dan mengapa syarikat itu tidak didedahkan kepada umum.

"Jasbir pernah menjadi pengarah di syarikat itu sebelum Razak dan bapanya turut terlibat sama, katanya sambil mendesak suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mendedahkan hal berkenaan kepada umum.

Menyatakan Jasbir pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam sebelum digugur, beliau berkata, saksi kes Scorpene itu juga memfail saman RM50 juta terhadap Razak yang sebelum membuat penyelesaian luar mahkamah.

Pada kenyataan dalam NST baru-baru ini, Jasbir bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa rundingan pembelian kapal selam.

Urus niaga pembelian kapal selam juga menjadi antara sebab Razak menjadi tumpuan media pada 2006 apabila Altantuya didakwa mengancamnya sebelum mayatnya diletup di Puncak Alam.

Pada 2009, Suaram membuat aduan kepada Mahkamah Perancis yang membawa kepada siasatan membabitkan dua hakim berhubung dakwaan kerajaan Malaysia terbabit dalam rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene. -TMI

SPRM Membisu Skandal RM80 Juta Manifesto BN?

Beberapa hari selepas kemenangan tipis BN dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu, terdedah suatu skandal yang melibatkan beberapa nama yang rapat dengan Najib yang didakwa mengaut keuntungan atas angin lebih RM80 juta berkaitan urusan pencetakan manifesto pilihanraya BN.

Pendedahkan skandal itu menggambarkan bahawa di ketika UMNO, BN dan para pemimpinnya sedang bergelut antara hidup dan mati untuk memenangi pilihanraya, rupa-rupanya ada segelintir mereka yang diamanahkan sedikit kuasa telah bertindak rakus mengambil "kesempatan dalam kesempitan" semata-mata untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Isu itu mula timbul apabila seorang yang menamakan dirinya "Hamba Allah Yang Prihatin Dan Anti Rasuah" telah menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, meminta agar suatu siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat di mana beliau bekerja iaitu Zeal Hitech Solution Sdn Bhd yang dikatakan mendapat pembekalan mencetak manifesto pilihanraya untuk BN yang berjumlah 7 juta unit.

Pengadu mendakwa, pada mulanya kontrak itu diarahkan oleh Najib untuk diberikan kepada Utusan tetapi melalui permainan orang-orang tertntu di ibu pejabat UMNO serta di sekeliling Najib, kontrak itu kemudiannya diberikan kepada Zeal Hitech Solution Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, perencanaan untuk mengalihkan kontrak yang pada mulanya diberikan kepada Utusan ke Zeal Hitech Solution Sdn Bhd itu didalangi oleh beberapa nama yang rapat dengan Najib, antaranya Ketua War Room UMNO, Alies Nor, Setiausaha Kerja UNNO, Raof Jusoh, dua penasihat media Najib, Farid Ridzwan, Khalid Mohd serta beberapa nama yang lain.

Apa yang diketahui pengadu, setelah kontrak itu diberikan kepada syarikat terbabit, urusan pencetakan manisfesto itu diserahkan juga kepada Utusan. Namun, pengadu yang mendawa diarahkan oleh Zeal Hitech Solution Sdn Bhd untuk membuat tuntutan pembayaran mendapati, kos pencetakan kepada Utusan hanyalah RM1.17 seunit sedangkan syarikatnya membuat tuntutan kepada UMNO pada kadar RM12.83 seunit.

Pengadu juga mendakwanya, Zeal Hitech Solution Sdn Bhd juga bukanlah sebuah syarikat percetakan atau penerbitan dan tidak mempunyai sebarang lesen percetakan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Menyedari bahawa kemungkinan terdapat kecurangan dalam urusniaga itu dan adanya pihak yang mengaut keuntungan atas angin lebih RM80 juta daripadanya, pengadu telah menulis surat kepada SPRM meminta agar suatu siasatan dapat dibuat untuk merungkai segala salah laku yang mungkin wujud di sebaliknya.

Namun sehingga ini, setelah hampir tiga bulan selepas pilihanraya umum berlalu, khabar berita mengenai perkembangan siasatan kes itu oleh SPRM masih tidak diketahui statusnya. Sama ada kes itu sedang disiasat, telah disiasat, akan disiasat atau sebenarnya sudah dibakulsampahkan, tiada siapa yang tahu.

Namun keresahan ahli-ahli UMNO yang mengetahui tentang perkara itu, mereka sering bercakap mengenainya dan akhirnya cenderung menyalahkan kelemahan Perdana Menteri kerana membiarkan orang-orang di sekelilingnya mengkhianati perjuangan UMNO semata-mata kerana wang dan kemudian seperti melindungi mereka yang terbabit pula.

Ini berikutan ramai yang menyedari bahawa mereka yang terbabit dan disebut namanya dalam aduan kepada SPRM itu masih berada bersama Najib dan UMNO serta sering dilihat kemunculannya dalam majlis-majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri sepanjang Ramadan ini.

Keadaan ini tentunya memeranjatkan kerana sebelum ini banyak blog dan laman sosial mendedahkan mengenai perkara itu sambil ada diantaranya yang mendakwa, beberapa nama yang disebut itu juga bergaya mewah ke sana-sini memandu Porsche, Lamborghini, memiliki kondo mewah di tengah-tengah ibukota serta mengubahsuai rumah dengan kos yang tinggi.

Bahkan, penerima Anugerah Wartawan Negara, A Kadir Jasin juga pernah menulis mengenainya dalam blog beliau.

Bagi kebanyakan ahli UMNO, mereka mahu perkara ini disiasat dengan telus dan berdasarkan fakta serta sekurang-kurangnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini, ada jawapan mengenainya.

Bagi mereka ini, mustahil Najib yang begitu meminati dunia internet dan laman sosial serta menggalakkan rakyat menggunakan media itu untuk berhubung, langsung tidak mengetahui mengenai apa yang dipercakapkan oleh kebanyakan rakyat dan ahli UMNO mengenai kecurangan orang-orang yang rapat dengannya.

Keengganan atau kelambatan Najib mengambil tindakan bukan saja memberi erti seolah-olah beliau merestui perbuatan salah mereka itu, bahkan menambahkan lagi siri kebencian dan pertikaian terhadap kepimpinannya yang dianggap lemah, lembik serta tidak tegas.

Kegagalan SPRM bertindak juga mengundang persoalan. Jika dalam kes-kes yang melibatkan "ikan bilis" mereka didapati begitu pantas bertindak tetapi dalam kes yang diadukan oleh Hamba Allah Yang Prihatin Dan Anti Rasuah dan melibatkan orang-orang kepercayaan Najib ini, SPRM didapati seperti membisu seribu bahawa sedangkan segala fakta mengenai apa yang didakwa, sudah cukup jelas dan mencukupi untuk memulakan siasatan.

Pengadu telah menyebut mengenai kes ini dengan jelas, nama-nama yang didakwa terbabit, syarikat yang terlibat dan jumlah penyelewengan atau penipuan yang dilakukan terhadap UMNO. Semuanya telah lengkap.

Ia hanya terpulang kepada SPRM sama ada mereka mahu bertindak atau tidak.

Oleh Shahbudin Husin (dd)

VIDEO : Rakaman ‘Aidilfitri bersama anjing’ disiasat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam YouTube.



Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima laporan mengenainya. Oleh itu, saya mengarahkan SKMM untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga haiwan itu.

Video berdurasi 1 minit 44 saat itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga anjing di sofa.

Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, beserta kapsyen dan logo halal di Facebook. - Bernama,


90% Wanita Umno sokong Shahrizat?

Barisan penyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat, ketua Wanita Umno tersebut masih merupakan tokoh terbaik untuk memimpin sayap parti berkenaan walau timbul gesaan demi gesaan agar bekas menteri tersebut berundur.

Antaranya ialah ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari yang berpendapat bahawa individu yang menimbulkan perkara tersebut tidak layak menyuarakan gesaan seperti itu.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan bekas setiausaha pergerakan tersebut, Datuk Faridah Abu Hassan yang turut membangkitkan mengenai prestasi Wanita Umno bawah pimpinan Shahrizat.

Faridah dalam kenyataannya kepada Malaysiakini pada Ahad lalu juga dengan keras mempersoalkan kewibawaan Shahrizat untuk memimpin Wanita Umno dengan membangkitkan mengenai skandal pinjaman RM250 juta bagi National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.

Rosni ketika ditanya mengenai skandal NFC menegaskan bahawa isu berkenaan hanyalah "pandangan peribadi" Faridah.

Rosni seterusnya memuji ketokohan Shahrizat dan usaha yang dilakukan oleh bekas MP tersebut dalam memimpin Wanita Umno.

"Gerak kerja, programnya beliau (Shahrizat) yang tersusun, kerja dengan penuh kasih sayang. Beliau mengambil tahu hal berkaitan dengan semua ketua wanita (negeri, bahagian dan cawangan). Hampir semua ketua Wanita bersependapat dengan saya," katanya.

'Eranya sudah berakhir'

Beliau seterusnya mempersoalkan prestasi yang ditunjukkan Faridah semasa berkhidmat bawah kepimpinan ketua Wanita Umno pada masa itu, Tan Seri Rafidah Aziz.

"Era dia untuk memberi komen mengenai gerak kerja (Wanita) telah berlalu. Kenapa beliau semasa menjadi setiausaha, beliau tidak mengatur program yang lebih hebat daripada Shahrizat.

"(Kalau hebat) mengapa Rafidah (Aziz) kalah (pada pemilihan ketua Wanita) dulu," kata Rosni lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Faridah dalam kenyataannya menggesa agar Shahrizat berundur daripada jawatan ketua Wanita dan tidak menggunakan alasan "perlawanan ibu dan anak" untuk mengelak daripada dicabar oleh bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, seorang rakan sejawatan Rosni, Datuk Maznah Abdul Hamid menjelaskan semula kenyataan Shahrizat berhubung "perpecahan antara ibu dan anak" dalam pertandingan itu kelak.

Jelasnya, Shahrizat hanya ingin mengelakkan perpecahan berlaku di dalam parti dan bukannya menghalang daripada dicabar.

"Tidak timbul (menghalang untuk bertanding). Sebab Shahrizat kata 'silakan'. Cuma dia bimbang orang (provokasi) hingga berlaku pepecahan (dalam Wanita) di bahagian, itu maksud beliau," kata Maznah.

90% sokongan

Beliau juga yakin bahawa 191 bahagian Wanita Umno akan memberi 90 peratus sokongan kepada Shahrizat sekiranya berlaku pertandingan.

Dakwanya, tinjauannya menunjukkan bahawa akar umbi Wanita Umno lebih menyukai calon yang mempunyai "pengalaman sebagai wanita, ibu, isteri dan serta mempunyai sifat keibuan dan pengalaman cabaran dalam menguruskan rumah tangga".

"(Mereka) beranggapan bukan sahaja politik tetapi juga mempunyai kefahaman daripada pelbagai aspek seperti kekeluargaan, spiritual dan emosional. Bukan fizikal dan (faham) politik semata-mata.

"Kalau tidak ada kriteria itu, agak sukar untuk menyaingi dan memenangi (jawatan tersebut), sebab Wanita Umno memilih kriteria itu," katanya.

Maznah berkata sokongan 90 peratus di kalangan 191 bahagian Wanita akan membuka peluang kepada Shahrizat bagi memenangi dalam pemilihan sayap parti itu September ini berbanding 10 peratus yang didakwanya tidak memihak kepada Shahrizat.

Sementara itu, seorang lagi exco sayap tersebut, Datuk Norhayati Omar pula berkata Shahrizat seharusnya diberi peluang sekurang-kurangnya untuk satu penggal lagi untuk memantapkan parti.

"Saya fikir beliau pun tidak akan memegang lama, kalau dia nak tinggal, mesti tinggal Wanita dalam keadaan kuat.

"Menang sepenggal lagi untuk memantapkan Wanita dan beliau akan meninggalkan satu legasi untuk diteruskan (selepas itu)," katanya. -MK

Penolakan Pestisyen Seolah Dirancang?

Ketua Hakim Negara Ariffin Zakaria wajar mengambil perhatian berhubung desakan Pakatan Rakyat supaya campur tangan dan menilai secara keseluruhan berhubungan penolakan beberapa petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh pakatan itu.

Perhatian Ketua Hakim perlu bagi mengelakkan timbul persepsi buruk rakyat kepada ketelusan mahkamah kerana jika tidak rakyat akan hilang kepercayaan dan integriti mahkamah akan terhakis.

Hal ini disebut Anwar ekoran penolakan petisyen dibuat Pakatan Rakyat hanya kerana alasan yang kecil dari segi kesalahan teknikal saja serta alasan-alasan yang tidak munasabah.

Beliau memberi contoh penolakan pestisyen Dun Seling dan Parlimen Ketereh di Kelantan dikemukakan Pakatan Rakyat hanya kerana kesalahan kecil kerana pempetisyen tidak menyerah sendiri petisyen mereka sebaliknya diwakili peguam yang dilantik.

Penolakan itu mengejutkan kerana menurut Anwar perkara itu lazim peguam yang dilantik menyerahkan petisyen bukan pempetisyen.

Begitu juga dengan alasan Hakim pestisyen di kerusi Dun dan Parlimen itu ditolak kerana tidak cukup bukti ia membingungkan. Sekali lagi alasan itu mengejutkan dan tidak kemas kerana soal bukti cukup atau tidak ia bergantung kepada proses perbicaraan kelak. Hakim tidak patut membuat penilaian terhadap fakta-fakta yang dikemukan dalam petisyen tetapi patut memberi laluan perbicaraan sepenuhnya.

Selain itu kos yang dikenakan juga tidak munasabah kerana ia terlalu tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini. Misalnya kos untuk petisyen Dun Telok Bahang di parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang, Hakim mengenakan kos hingga RM120,000 jumlah ini dianggap melampau yang belum pernah berlaku dalam sejarah. (Gila...)

Menurut Anwar kebiasaan kos kalau Mahkamah Tinggi antara RM5,000 hingga RM10,000 saja, manakala Mahkamah Rayuan antara RM15,000 paling tinggi pun RM30,000. Mungkin Hakim berkenaan mahu mencipta rekod dunia dalam bidang kehakiman?

Dengan penolakan itu Anwar menyisatkan ia seolah-olah ada perancangan agar petisyen itu tidak diteruskan kerana ingin mengelak berlaku perbicataan terbuka mengenai penyelewengan pilihan raya.

"Penolakan ini seolah-olah Hakim diberi tahu agar jangan memberi ruang bagi mengelakkan berlaku perbicaraan umum," kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Justeru Ariffin Zakaria hendaklah campur tangan agar memastikan berlaku keadilan dan rakyat perlu diberi keadilan untuk mengetahui rayuan mereka. Perkara paling penting di sini ialah kepentingan rakyat perlu didahulukan sebelum menimbang hal-hal lain yang akan boleh tercemar apabila tidak berlaku ketelusan.

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ringgit jatuh paling teruk dalam 15 tahun

Aktiviti jualan berterusan menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd HalimRinggit Malaysia mengalami kejatuhan paling rendah dalam 15 tahun apabila nilainya susut RM2.586 berbanding dolar Singapura

Setiap tahun, ringgit jatuh sebanyak 5.5 peratus, sekaligus berita gembira buat rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.

Aktiviti jualan berterusan yang dilakukan kerajaan Malaysia menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah," kata Pengarah Urusan, Aberdeen Asset Management’s Sdn Bhd, Gerald Ambrose kepada The Malaysian Insider.

Mengikut laporan agensi berita Bloomberg hari ini pula, sebanyak 33 peratus hutang Malaysia kepada pihak asing, dikatakan bernilai US$2.9 bilion mencapai tempoh matang esok hingga menjadi antara punca keadaan pasaran tidak menentu.

Apapun, rakyat Malaysia yang bekerja di seberang Tambah Johor sepatutnya gembira dengan perkembangan itu berikutan sebahagian pendapatan kembali kepada mereka.

Bagaimanapun, kejatuhan ringgit itu yang menjadikan eksport Malaysia lebih murah, dijangka tidak memberi kesan besar berikutan permintaan sudah menurun pada separa awal tahun.

Pengukuhan dolar Singapura bakal menyaksikan lebih banyak pelaburan oleh rakyat republik itu dalam pasaran hartanah Malaysia yang sedia kala banyak didominasi mereka.

Rakyat Singapura antara warga asing yang aktif melibatkan diri dalam pasaran hartanah di Malaysia dan dipersalahkan kerana ia menyebabkan kenaikan mendadak harga hartanah di bandar utama di Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, warga asing hanya dibenar untuk membeli hartanah bernilai lebih RM500,000.

Ketua Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pula memberitahu The Malaysian Insider, usaha untuk mengkaji secara teliti punca kejatuhan ringgit dijangka memerlukan mengambil masa yang panjang. - TMI

Tuesday, July 30, 2013

Kisah Pengemis Kecil menjadi Artis

Profil Tegar pengamen cilik dari subang, Tegar, namanya kian popular akhir-akhir ini. memang harus di akui, siapapun yang mendengarkan suara emasnya akan kagum dan memujinya. Memang dulunya dia adalah seorang pengamen jalanan, tetapi setelah ada seseorang yang mengabadikan suara emas tegar saat mengemen kemudian menguploadnya di youtube, video yang di unggahpun mendadak terkenal begitu juga dengan sang penyanyi tersebut.

Tegar hanyalah pengamen cilik yang hidup serba kekurangan. Keluarganya yang sedianya mendukung semua cita-cita Tegar, terhalang kondisi ekonomi yang cenderung pas-pasan. Seusai mengamen, Tegar berlabuh pada sebuah rumah petak berukuran sekitar 4x6 meter. Di rumah itu,Tegar hidup bersama kedua orang tua dan tiga orang adiknya yang masih kecil-kecil. Ibunya adalah seorang pengamen di kereta api di kawasan Stasiun Pegaden, sedangkan bapak tirinya hanyalah seorang buruh lepas. Hidup dengan serba keterbatasan, Tegar tetap komitmen dalam menyanyi dan menari. Semua dia pelajari secara autodidak. ”Saya sudah belajar menyanyi dari usia empat tahun,”kata Tegar yang mulai menjadi pengamen pada usia tujuh tahun itu.

Tegar tidak tahu seperti apa tangga nada, atau bahkan notasi yang biasa dia nyanyikan. Tapi, insting seni dalam menyanyi dan bermain musik membuat dia mampu bernyanyi. Menurut Tegar, bakatnya dalam menyanyi bisa jadi diturunkan dari sang ibu yang tak lain mantan sinden pada zamannya dulu. ”Ibu saya dulu seorang sinden. Mungkin bakat itu turun dari ibu saya,” ucapnya. Meski begitu,Tegar mengaku sangat jarang diajari menyanyi oleh ibunya.Tapi bagi dia, warisan seni yang tertanam dalam diri sangatlah cukup untuk bekal kelak. Buktinya pada usianya yang belum mencapai 11 tahun,Tegar telah menciptakan beberapa lagu.

Satu buah lagu di antaranya berjudul "Temanku Ini Mabok Cinta", sebuah lagu yang agak berbau dewasa, namun cukup friendly untuk seukuran pengamen jalanan di Subang. Lagu ini juga yang membuat Tegar cukup dikenal masyarakat Indonesia. Penampilannya yang di-upload di Youtube dengan keynote ”Tegar Si Pengamen Subang” telah disaksikan lebih dari 13.000 viewer pada akhir pekan kemarin. Rekor tertinggi terjadi pada minggu lalu, dari 8.000 viewer melonjak menjadi 13.000 dalam waktu sekitar empat hari. Alfas Hermansyah, lelaki yang pertama kali mengikutkan Tegar pada kompetisi XL, optimistis atas masa depan bocah cilik ini. Suaranya yang merdu dan kemampuannya membuat lagu menjadi modal penting bagi dia meniti masa depan. ”Hidup di jalanan dari usia tujuh sampai 11 tahun cukup membuat dia memiliki mental kuat,” ungkap dia. Saat ini, Alfas sedang berusaha membuat album kompilasi yang berisi lagulagu ciptaan Tegar dan lagu publik tanpa hak paten. Album tersebut akan dikomersialkan untuk keperluan pendidikan Tegar dan menopang ekonomi keluarganya.

Setelah kemunculan video di youtube, akhirnya ada pihak yang mengangkat tegar dan sekarang, tegar yang dulu seorang pengamen bisa menjadi seorang artis terkenal. Siapa yang menyangka, kehadirannya di ranah hiburan indonesia akan sedemikian bersinar. Artis papan atas pun juga sudah yang banyak berduet dengan tegar. Beberapa waktu yang lalu, tegar sempat duet dengan NOAH, Setia band, delima dsb. Inilah kisah perjalanan hidup seorang yang bukan siapa-siapa menjadi orang terkenal dan sekarang menjadi siapa?. Sekali lagi, Orang terkenal atau artis yang lahir dari youtube. Meskipun terkenal karena video di youtube, Tegar bukanlah artis youtube yang hanya terkenal sesaat karena tegar memang memiliki nilai jual yang tinggi. Mungkin ini akan berbeda dengan orang terkenal karena youtube sebelumnya. Tegar memang memiliki bakat seni dan memang siap untuk bertarung di ranah hiburan tanah air.

Tegar lahir di subang jawa barat, dan besar disana. Keluarga tegar adalah keluarga yang kurang mampu, sehingga tegarpun menjadi seorang pengamen mengikuti jejak ibunya. Ibunya tegar juga seorang pengamen yang mengamen di kereta. Soal nada, jelas tegar kurang begitu tau, dia cuma mungkin pertama kali menyanyi ikut orang-orang. Tapi siapa yang menyangka, seorang pengamen cilik yang lahir di keluarga tak mampu ini kini menjadi seorang bintang.











Adakah anda tahu mukjizat Zamzam?

Paras air telaga Zamzam adalah sekitar 10.6 kaki di bawah permukaan. Ia adalah keajaiban Allah bahawa apabila air Zamzam telah dipam secara berterusan selama lebih daripada 24 jam dengan kadar mengepam 8,000 liter per kedua, paras air menurun kepada hampir 44 kaki di bawah permukaan.

TETAPI APABILA Pam dihentikan, tahap segera dinaikkan sekali lagi kepada 13 kaki selepas 11 minit. 8,000 liter sesaat bermakna 8000 x 60 = 480,000 liter seminit 480,000 liter per minit bermakna bahawa 480,000 x 60 = 28.8 Juta liter sejam Dan 28.8 Juta liter jam bermakna 28800000 x 24 = 691.2 Juta liter sehari.

Jadi mereka dipam 690 jutaan liter Zamzam dalam masa 24 jam, tetapi ia telah dibekalkan semula dalam 11 minit sahaja. Terdapat 2 mukjizat di sini, pertama yang telaga Zamzam dilantik semula diisi dengan segera, & yang kedua ialah Allah yang Memegang tambahan ordinaril y berkuasa Akuifer untuk tidak membuang telaga Zamzam tambahan daripada baik, jika tidak dunia akan tenggelam. Ia adalah terjemahan daripada Telaga ZamZam perkataan, yang bermakna Henti!!! Hentikan!!!! dikatakan oleh Hajirah Alaih Sebagai Salaam.

Zimam adalah satu perkataan Arab, ia adalah tali / mengekang dilampirkan kepada kekang atau noseband & ia adalah digunakan / ditarik untuk menghentikan berjalan haiwan.

Air Zamzam tidak mempunyai warna atau bau, tetapi ia mempunyai rasa yang berbeza.

JazakAllah ♥ Jangan lupa kita kongsikan bersama rakan2 ♥

-http://ini-kalilah.blogspot.com

Tarikh lihat anak bulan syawal pada 7 Ogos

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak A-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama

Putera Saudi Isytihar Belot Kepada Keluarga Al- Saud

Prince Khalid Bin Farhan Al-Saud telah mengumumkan Pembelotan dari keluarga diraja Al Saud melalui satu kenyataan, menyeru raja-raja lain untuk bersuara dan mendedahkan kebenaran demi Allah.

Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, Putera Saudi menyebut 'penderitaan' di bawah pemerintahan rejim Al Saud menggambarkan mereka sebagai pengalaman pahit yang akan didedahkan oleh penulis twitter Mujtahid dan aktivis arab Saad al-Faqih, yang kini tinggal di London .

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Allah yang membantunya untuk memahami kebenaran mengenai rejim Arab melalui "pengalaman peribadi langsung yang dahsyat " supaya dia boleh merasai apa yang dialami rakyat seluruh negara.

"Dengan bangga, saya mengumumkan Pembelotan saya dari keluarga Al Saud di Arab Saudi," tulis beliau dalam kenyataannya.

"rejim di Arab Saudi tidak berdiri dengan peraturan-peraturan Tuhan atau (negara) kaedah-kaedah yang mantap dan dasar, keputusan, dan tindakan yang benar-benar berdasarkan kehendak peribadi pemimpinnya."

"Semua yang diperkatakan raja Arab Saudi tentang menghormati undang-undang dan peraturan agama adalah palsu.

Dilakukan supaya mereka boleh berbohong dan berpura-pura seolah-olah rejim taat kepada undang-undang Islam. "

Beliau mengkritik keluarga diraja kerana menganggapn negara sebagai harta sendiri serta menutup mulut semua sama ada dari dalam dan luar kerajaan yang meminta apa-apa perubahan dan pembaharuan.

Khalid Bin Farhan berkata keluarga pemerintah telah sengaja membiarkan negara kepada keadaan semasa di mana laungan rakyat tertindas dan diabaikan.

"Mereka tidak berfikir tentang apa-apa kecuali faedah peribadi mereka dan tidak peduli akan kepentingan rakyat atau keselamatan negara,"katanya.

Putera Saudi berkata segala yang diucapkan pembangkang pro-reformasi tentang politik, ekonomi, kehakiman negara, sosial dan keadaan keselamatan serta penyalahgunaan nilai-nilai agama adalah benar dan

"Keadaan sebenar adalah lebih teruk daripada apa yang dikatakan"

Beliau menyeru semua orang yang mengambil berat untuk masa depan negara untuk menyertainya dan aliran pembaharuan dan mendedahkan kesalahan-kesalahan Al Saud.

Sumber: Al Alam ~GP

Pengasas AMBank ditembak mati

Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.

Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.

Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.

“Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya,” katanya.

Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.

Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad Tan Sri Azman Hashim mengucapkan takziah kepada isteri Hussain dan menyatakan beliau sedih dengan insiden itu. - TMI

Yusuf Al-Qaradhawi Sifatkan Abd Fatah As-Sisi Pengkhianat

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Yusuf Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh "Al-Jazeera". Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah:

1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim".

3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

5) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. "Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar."

6) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. "Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku."

7) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba'ah dan "jangan takut". Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. "Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba'ah."

34 Didakwa Kerana Anjur Blackout 505

33 aktivis anak muda yang membuat perhimpunan di perkarangan Parlimen akan didakwa di mahkamah Jalan Duta hari ini.

Mereka didakwa selepas berdemontsrasi termasuk aksi tidur di jalan raya pada 24 Jun 2013 bagi menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13.

Seorang lagi rakan mereka, Azhar Achil, akan didakwa di mahkamah Klang ekoran perhimpunan di Sabak Bernam dalam salah satu aksi #Blackout #SuaraRakyat505.

Azhar adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor.

Beliau didakwa menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505. -HD

Monday, July 29, 2013

Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia Musim Ke-2

Jika anda semua jadi penonton setia Fear Factor Selebriti Malaysia tahun lepas, pastinya tertunggu-tunggu bilakah pula program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa itu akan disiarkan semula. Hah, jangan risau sebab memang Astro tengah bersiap sedia untuk mencari peserta musim baru.



Setakat ini ada 16 orang peserta di kalangan selebriti dan Astro mahu mencari lagi di kalangan orang ramai di mana anda semua akan bergandingan dengan selebriti. Ya, itulah kelainan pada musim kali ini. Pasti ramai yang mahu join, kan? Budiey pun rasa nak join gak lah. Ada berani?

Fear Factor Selebriti Malaysia menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Raqim Ahmad berkata,

“Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, kami akan membuka saringan pertama sesi ujibakat secara online yang mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian pihak kami. Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenarai pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya.”

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon peserta dikehendaki untuk menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my.

sumber : www.budiey.com

Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal Kedua

2013 06 23 222851 Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal KeduaSeorang lelaki India membina sebuah monumen cinta seperti Taj Mahal di kebun miliknya untuk mendiang isterinya yang telah meninggal pada 2011 silam.

Faizul Hasan Kadari membina sebuah bangunan yang menyerupai Taj Mahal di desa Bulandshahr, India. Bangunan megah ini dibuat untuk menghormati kematian isterinya Tajammuli Begum pada Disember 2011.

Lelaki berusia 77 tahun ini membina tugu ini setinggi 15 meter di tanah kebun miliknya.

“Saya tidak punya anak dan isteri, kalau saya mati saya tidak ada waris. Jadi bangunan ini untuk mengingati nama saya dan isteri saya untuk selamanya, ‘ungkap Faizul. Demikian dipetik dari Orange.

2013 06 23 222851 Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal Kedua

“Hari itu saya berjanji pada isteri saya bahawa akan membuat kubur dengan namanya begitu besar di seluruh dunia agar semua orang mengingat kita selamanya,” tambahnya.

Faizul telah menghabiskan wang sebanyak 10.500 poundsterling untuk membina tugu tersebut.

Namun, ketika ini Faizul kehabisan wang dan dia mungkin tidak akan dapat menyelesaikan projek nya itu.

“Saya mula membina pada Februari 2012. Saya bekerja untuk membina ini dengan bekerja selama lapan jam sehari termasuk satu jam untuk makan tengah hari. Tapi, September lalu saya harus berhenti kerana saya kehabisan wang untuk membayar orang untuk membantu saya bekerja,” ujar Faizul.


2013 06 23 222901 Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal Kedua

tajmahal

2013 06 23 222921 Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal Kedua

2013 06 23 222932 Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal Kedua

2013 06 23 222941 Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal Kedua

2013 06 23 222951 Demi Cinta Lelaki Ini Bina Taj Mahal Kedua


-Amekaw.com

Lelaki Peluk Islam Setelah Melihat Keajaiban Barisan Saf

saf dalam solatDalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr. Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah. Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu, ” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab, ” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata, ” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab, ” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi, ”Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab, ” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah ” RAPATKAN SAF… “

Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.

Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata
“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH” – I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger.

Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf salat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia.

-Amekaw.com

Sabah : “Mother Teresa” dan RCI

Sabah, negeri berhampiran Sarawak yang kaya dengan hasil balak tetapi turut dicemari gejala rasuah. Seperti negeri jirannya, Sabah juga mengundang cerita kepada pesalah lakunya.

Kecuali sekali pada minggu lalu, semasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah ketika memanggil Yahya Yacob.

Bila RCI mendengar bagaimana lelaki itu membuat perubahan kepada ribuan anak pendatang haram di Negeri Di Bawah Bayu itu, seorang ahli suruhanjaya, Tan Sri Herman J Luping, berkata Yahya mengingatkannya pada Mother Teresa.

Inkuiri itu memanggil kira-kira 200 saksi sejak bermula pada Januari lalu.

Lapisan pertama cerita ini bermula lapan tahun lalu semasa Yahya kembalin ke kampung halamannya di Tawau dari London bersama isteri Mat Salehnya selepas semua anaknya sudah besar.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider semalam “Saya tanya Arsum kenapa kanak-kanak di sini tidak ke sekolah dan dia berkata kerana kanak-kanak itu tiada sebarang dokumen pengenalan diri maka mereka tidak boleh mendaftar di sekolah bantuan kerajaan.

“Saya terkejut bila mengetahui kanak-kanak ini membesar tanpa sebarang pendidikan asas. Saya mengambil keputusan untuk bertemu ketua kampung bagi mencari jalan penyelesaian.

Dalam masa singkat, Yahya memeterai perjanjian dengan ketua kampung bagi mewujudkan sekolah untuk kanak-kanak itu. Beliau memulakan niatnya di sebuah dewan orang ramai usang.

“Kami membaiki dewan itu dan memberi kemudahan tandas untuk murid-murid. Kami berjaya mendapatkan bekalan air untuk dewan itu dan dua orang guru yang dibayar gaji RM600 setiap seorang.

“Empat tahun pertama adalah waktu yang sukar bagi mengawal bajet untuk pembinaan dan memastikan sekolah berjalan lancar,” katanya.

Kemasukan pertama pada 2005 melihatkan 30 pelajar mendaftar. Hari ini lebih daripada 500 pelajar menuntut di sekolah itu.

Yahya berkata kos pengurusan sekolah itu menelan belanja kira-kira RM5,000 sebulan yang sebahagisn besarnya bagi membayar gaji lima orang guru.

“Kita-kira RM50 diperuntukkan untuk lain-lain perbelanjaan termasuk untuk membeli buku dan alatulis untuk pelajar,” katanya yang menambah sekolah mengenekan bayaran RM10 sebulan.

“Namun jika sebuah keluarga menghantar tiga orang murid, kami hanya meminta RM20 spaya tidak terlalu membebankan mereka.”

Beliau berkata purata sekolah mengumpul RM3,000 sebulan daripada yuran pelajar dan turut menerima sumbangan RM1,000 sebulan daripada seorang penyumbang. Jika ada kekurangan, beliau sendiri yang menampungnya.

Beliau bertuah kerana isteri dan anak-anaknya menyokong usahanya bagi memastikan anak-anak di situ mendapat pendidikan asas bagi membantu mereka berdikari.

Yahya bertemu dengan isterinya Marie Westwood semasa menuntut di England dan berkahwin pada 1974. Tiga anak mereka kini berusi sekitarv 20-an dan 30-an.

Sewaktu Yahya berusia 18 tahun, beliau menuju ke Birmingham bagi menduduki peperiksaan A-Level sebelum menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Politik di University Salford di Manchester.

Selepas tamat belajar pada 1975, beliau kembali ke Sabah dan bekerja di syarikat pembalakan sebelum menyertai kerajaan.

Pada 1986, Yahya kembali ke Birmingham bersama isteri dan tiga orang anaknya. Sementara mencari kerja, beliau menyertai Pusat Sumber Islam sebagai sukarelawan.

14 tahun lalu, Yahya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah membesarkan anaknya dan menamatkan pengajian di England.

Namun, setahun lalu setelah mencuba lapan tahun, Yahya akhirnya mendapat lesen secara sah bagi membuka sekolah di Kampung Nelayan Likas. Beliau menamakannya Madrasah Al-Hikmah.

Yahya telah melihat hasil yang diusahakan selama ini.

“Suatu hari semasa saya menuju ke pasaraya tempatan di Kota Kinabalu, seorang pengawal keselamatan menarik beg saya dan memanggil saya ‘Datu’.

“Dia bertanya sama ada masih mengenalinya. Tidak lama kemudian saya ingat lelaki itu.

“Saya tersentuh bila dia mengucapkan terima kasih kerana mengajarnya semasa kecil dahulu sambil berkata saya telah merubah hidupnya.”

Yahya yang kini mempunyai tiga orang cucu memberitahu beliau turut mendapat dari kawasan setinggan lain di Kota Kinabalu bagi mewujudkan sekolah di sana supaya kanak-kanak di sana turut mendapat pendidikan.

Yahya berkata: “Saya tidak mahu bercakap dari sudut politik tentang pendatang asing. Ini isu kemanusiaan dan kita harus memandang serius hal tersebut. -TMI

Antara penghinaan pemimpin tentang Islam?

Kes penghinaan Islam di Internet oleh pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee sedang disiasat dan bakal berdepan hukuman.Penghinaan seumpama ini, bukannya pertama kali malah lebih mengecewakan ialah pemimpin Barisan Nasional yang mula mengorak langkah bernada celupar apabila membicarakan tentang agama Islam yang dikasihi umat.

Bertitik-tolak dari situ, banyak pihak mula memberanikan diri mencela agama Muhammad sehingga kini sudah menjadi satu kebiasaan untuk memperleceh, mempergunakan dan mempersendakan agama.

Lebih mengecewakan, orang awam dikenakan tindakan keras sebaliknya melibatkan pemimpin BN, terlepas hukuman begitu sahaja.

Berikut antara petikan penghinaan pemimpin BN tentang Islam yang kita tercintai:

1."..apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia. Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...di padang pasir". - Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2.- "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad (3 Mac 1994, Nilam Puri, Kelantan)

3."Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
-Tun Dr. Mahathir Mohamad (14 Julai 1992)

4."Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - PM, Dato' Seri Najib Tun Razak (20 April 1983)

5."Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu. - Dato' Seri Najib Tun Razak, (20 April 1992)

6.Wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan - Dr Mashitah Ibrahim melalui kolumnya diakhbar 21 Jun 2005

8.Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan Onn mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.

- Chua Soi Lek- "Normala) memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS"
- Ng Yen Yen- "..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?"
- Chua Tee Yong (Twitter)"Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas alasan kesihatan dan kebersihan."
- Fong Chan Onn (Twitter)- "Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?"
- Tan Lian Hoe (tuduh Normala angkuh)- "Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarungtangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?"

9.Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang (Twitter) - "Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki 'jambu' di dalam PAS terangsang.Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang."
kata Norazizi.

10." pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam." - Presiden MCA Chua Soi Lek

11.Memo 9 Menteri BN kepada Perdana Menteri pada 2006 mempertikaikan kedudukan undang-undang Syariah.Minta semak semula peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tentang Mahkamah syariah -

-Dato' Seri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya),
-Dato' Seri Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan),
-Dato' Seri Lim Keng Yek (Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi),
-Dato' Seri Chan Kong Choy (Menteri Pengangkutan),
-Dato' Seri Dr Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia),
-Dato' Dr Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan),
-Dato' Dr Maximus Ongkili (Menteri Jabatan Perdana Menteri),
-Dato' Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan
-Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Jabatan Perdana Menteri).

12. Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah dengan Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa dalam satu ceramah di Sungai Siput, Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?".

13. "..Agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu" - Dato' Zainuddin Maidin - Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001

14. "Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan"- The Star, akhbar MCA

15. "MCA sedia keluar BN jika Hudud dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011.

16. "Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti" -PM, Dato' Seri Najib Tun Razak 24 September 2011

17. Memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang pekerja muslim dari bekerja di pusat hiburan yang terlibat dengan arak. - Naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, 16 Januari 1992

18. Mempertikai usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim. - Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew

-Detikdaily

Mesir: Erdogan Kecam Negara Islam Lain Yang Terus Membisu

Turki mengajak negara-negara yang berpenduduk Islam, dengan satu suara mengutuk kezaliman tentera Mesir. Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan, mempersoalkan negara saudara seIslam berdiam diri berhubung dentan situasi dan insiden politik yang melanda negeri Piramid tersebut.

'Hey, kalian yang Islam! Saudara-saudara kamu sekalian di Mesir sedang dibunuh. Keadilan dan hak asasi sedang disembelih. Dengarkah kalian semua? Melihatkah kalian semua? Sedarkah kalian semua bahawa darah saudara-saudara sekalian sedang ditumpahkan? Hal yang sama turut berlaku di Syria, ratusan ribu disembelih di negara itu, anda lansung tidak bersuara! Kamu semua masih berdiam diri, sampai bila? Tetapi jangan lupa, hal yang sama bakal berlaku ke atas kamu nanti" demikian kata-kata tajam Erdogan dalam satu ucapannya berhubung situasi terkini di Mesir seperti dikutip Anadolu Agency, Ahad (28/7).

Turki kecewa terhadap banyak pihak atas insiden yang terjadi di Mesir. Termasuk pada Pertubuhan Bangsa Bangsa (PBB) dan negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Menurutnya, (sepatutnya) tidak ada toleransi atas tindakan tentera di Mesir.

Pihak antarabangsa menurut Ketua Partai Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) itu tidak tegas berdepan dengan situasi di Mesir. Padahal, katanya, semestinya sebagai wadah dan negara pendukung demokrasi sudah sepatutnya melihat situasi di Mesir sebagai satu tindakan brutalisme.

Turki meminta agar pihak antarabangsa campur tangan. "Kami (Turki) tidak akan diam melihat situasi Mesir sekalipun jika pihak antarabangsa ikut membiarkan," ujarnya.

Insiden berdarah kembali terjadi di beberapa wilayah kota Mesir, Jumaat (26/7) dan Sabtu (27/7) waktu tempatan. Sekurang-kurangnya 120 orang dinyatakan terbunuh dan 4.500 lainnya cedera. Mereka yang terkorban akibat serangan peluru tajam.

Seramai 700 diantaranya yang tercedera masih menjalani perawatan di pusat-pusat kesihatan. Tentera dengan sepihak membubarkan aksi demonstrasi pendukung presiden yang di gulingkan Muhammad Mursi yang berkumpul di Masjid Rabaah al-Adawiyah dan Al-Nahda Square di Kota Nashr.

Wilayah ini memang menjadi pengkalan rakyat yang mendukung Ikhwanul Muslimin dan Mursi. Erdogan menilai tentera di negara itu sebagai pihak yang bersalah. Ungkapan itu datang dari tindakan tentera yang sepatutnya melindungi rakyat. - anadolu, al-jazeera, republika

Pengerusi MyWatch ada senarai polis disiasat

Beberapa jam sebelum ditembak, R Sri Sanjeevan ada menyatakan beliau memiliki senarai nama pegawai polis yang disiasat secara dalaman kerana terlibat dalam sindiket dadah.

Pengerusi MyWatch itu menyatakan demikian kepada Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR ketika mereka bertemu di majlis berbuka puasa Jumaat lalu di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya beritahu supaya berhati-hati kerana senarai itu adalah pegawai polis yang sedang disiasat. Saya tidak begitu memberi galakan kepada Sanjeevan," katanya.

Terkejut dengan kejadian yang menimpa Sanjeevan itu, Rafizi juga mengakui agak terkilan kerana menasihati Sanjeevan bahawa ia tidak masa sesuai untuk membuat pendedahan kerana siasatan polis masih berlangsung.

Bagaimanapun, katanya, Sanjeevan pada pertemuan itu menyatakan ia skandal besar dan kesalahan yang dilakukan serius serta membabitkan jumlah dadah yang besar.

"Mengikut Sanjeevan, pegawai polis yang disiasat itu berdepan kemungkinan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati. Beliau yakin ia kes serius," katanya.

Rafizi dan Sanjeevan kemudian bersetuju untuk bertemu minggu depan untuk meneliti senarai berkenaan.

Beliau berkata, kenyataan Sanjeevan kepadanya juga konsisten dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sejurus selepas kejadian tembak.

Sementara itu, rakan Sanjeevan, Vel Paari - bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC - terkejut dengan kejadian berkenaan, apatah lagi mereka baru sahaja bertemu dua hari lalu untuk merancang menikmati tosai, minggu depan.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong juga sedih dengan kejadian cubaan bunuh terhadap Sanjeevan dan berharap polis segera menahan dan mengheret mereka ke muka pengadilan. -TMI

Sunday, July 28, 2013

Lim Guan Eng Buat Hal Di Pulau Pinang?

Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semalam.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. -SH

Sebab PAS Kalah Di Kuala Besut?

Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.



Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.

Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah.

~ The Malaysian Insider

Dila Dibogel & Dicabul Ah Long

Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.

“Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang mengganggu di tempat saya bekerja,” katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam.

Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.

“Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin.

Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu.

Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya.

“Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya. -SH

Puluhan Pekerja Asing Berasal Filipina Peluk Islam

Seorang ulama yang berasal dari Filipina, Rashid Indasan, menjadi saksi kepada 27 orang pekerja asing yang juga berasal dari negaranya memeluk Islam di Dubai, Kesatuan Emirat Arab (UAE). Momentum itu selanjutnya dimanfaatkan oleh Rashid untuk memberikan pesanan kepada para mualaf untuk menyebarkan Islam di Filipina.

Seperti tersiar di dalam The National, Khamis (24/7), Rashid menyatakan setiap mualaf memiliki tugas yakni membuka hati dan fikiran kalangan bukan-Muslim di seluruh dunia agar menerima kebenaran Islam.

Beliau berbicara dalam bahasa tagalog mengingatkan betapa beratnya cabaran umat Islam di hadapan. Penyelasai dari hal itu adalah bagaimana seorang Muslim tak boleh lari dari ibadah dan pada ibadah itu.

Sudah ratusan orang yang diislamkan Rashid Indasan, ulama asal Filipina tersebut. Padahal dahulu ia seorang yang membenci Islam dan Muslim.

Rashid mengungkapkan ia telah mengenal Islam sejak 1986. Ketika itu, yang ada di fikirannya soal Islam hanyalah keinginan untuk mematahkan ajaran Islam melalui perdebatan.

Kini, ia telah menjadi Muslim yang sepenuhnya. Ia aktif berdakwah di masyarakat Filipina. Pada tahun 2010 lepas, ia mendirikan Islamic Center As-Sirat Al-Mustaqim. -republika

Saturday, July 27, 2013

Baju ‘R’ Tak Boleh, Baju 1Malaysia Boleh?

Pengerusi ‘R’, NGO menuntut royalti minyak dikembalikan ke negeri terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah kesal dengan tindakan pihak keselematan yang menghalang beliau masuk ke pusat mengundi dengan mamakai baju T berlogokan ‘R’.



Beliau selaku ‘pemantau’ Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut ditemui skuad BO ketika berhujah dengan tiga peagawai polis di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru ada kira-kira jam 3.30 petang abu 24 Julai, hari membuang undi.

Ketika mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya polis mengahalang baju ‘T’ berlogokan ‘R’ memasuki kawasan mengundi, beliau menggesa orang ramai yang memakai logo ’1Malaysia’ juga harus ditegah.

“dia (polis) beri alasan tak kira mana-mana logo dan sebagainya……..cuma saya minta satu pengesahan dari beliau (polis) mengapa logo 1Malaysia boleh pakai, aya tak ada masalah saya boleh tanggalkan (baju T saya,

“cuba bawakan kepada saya akta apa…..pasal berapa……’clause’ berapa yang mengatakan mana-mana logo NGO tak boleh pakai!……dia tak boleh jawab sebab benda itu memang tak ada,”tegasnya.

Menurutnya, para petugas beliau yang menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya tersebut turut dihalang dan tidak dibenarkan masuk kerana hanya smata-mata memakai baju T berlogokan ‘R’. -demolanie

PRK Kuala Besut : Beri wang insentif, bukan rasuah

Pengerusi JKK Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir menafikan pemberian wang kepada pengundi luar sewaktu berlangsungnya pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah satu bentuk rasuah, tetapi menegaskan ia "insentif kepada pengundi luar".



"Ia bukan rasuah, tapi insentif kepada pengundi luar sebab pulang untuk mengundi (dalam pilihan raya Kuala Besut). Kalau rasuah, dia buat secara sembunyi-sembunyi.

"Kita beri kepada semua, tak kira mereka itu pangkah BN atau PAS. Orang luar kalau balik, pasti dia akan sokong PAS," kata ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya pagi ini.

Yaakob berkata beliau diarahkan oleh parti untuk beri 'insentif' itu di perkarangan rumahnya "untuk mengelak suasana sesak jika buat di tempat terbuka"

Beliau mengulas insiden pengundi yang dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di DUN Kuala Besut kelmarin, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Pengundi berkenaan dilihat di kediaman ketua Kampung Lay Out dan ketua Kampung Beris Lampu dalam daerah mengundi Tok Saboh.

Beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung Lay Out - kebanyakan mereka enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

'Tak sampai 100 orang'

Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Bharu, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Yaakob yang juga ketua cawangan Umno kampung itu sejak 20 tahun lalu berkata jumlah pengundi luar yang berdaftar bagi mendapatkan insentif itu kelmarin "tak sampai seratus orang".

Menurutnya lagi, insentif itu diberikan mengikut jarak lokasinya iaitu jika pengundi itu bekerja di Kuantan sebanyak RM150 akan diberikan; Kuala Terengganu (RM100); Johor dan Kuala Lumpur (RM200).

"Ada yang merungut kata tak cukup... Kalau nak ikut (insentif itu) tak padan," katanya yang mesra di panggil 'Pak Anjang'

Sambil menjelaskan ramai pengundi tidak pulang mengundi memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, Yaakob berkata pemberian insentif seperti itu juga pernah diberikan pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Pengerusi JKK Kampung Lay Out Rashid Yusof pula tiada di rumah sewaktu Malaysiakini datang ke kediamannya bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, Rashid tiada di rumah kerana menemani ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menziarahi orang sakit.

Idris, Mat Said belum jawab

"Saya tidak pasti bila beliau nak balik," kata salah seorang ahli keluarga Rashid yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Sementara itu pengurus kempen bagi calon PAS DUN Kuala Besut Hanafiah Mat mendakwa pemberian wang tersebut merupakan "rasuah secara terbuka" dan dilakukan "tanpa malu dan tanpa segan silu".

"PAS tidak buat sebegitu rupa. Apa perkara yang diberikan untuk mendapat undi, itu dinamakan rasuah," katanya.

Beliau yang juga ADUN Chukai juga mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan segera berhubung insiden tersebut.

Katanya, PAS akan berbincang berhubung perkara tersebut dalam mesyuaratnya sebelum mengambil tindakan seterusnya. -MK

Persidangan UMNO : Khairy mungkin tidak dicabar?

Tiba-tiba meletup isu Khairy Jamaluddin tidak menghalang jika ada sebarang perkembangan mahu mencabarnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu hujung tahun ini.

Rata-rata tidak terdengar di mana-mana ada usaha untuk mencabar pimpinannya setelah dia berjaya mengalahkan Dato’ Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo dalam pemilihan lalu. Sepanjang pimpinannya tidak nampak sebarang pergolakan yang mahu dia digantikan.

Hanya Pemuda Umno saja yang dilihat tenang dibandingkan dengan badan induknya Umno dan Pergerakan Wanita.

Umno dikira bergolak dalam diam. Itulah sebabnya dipercayai timbul isu selepas PRU lalu, Perdana Menteri Najib tidak menolak pimpinan Umno itu dicabar dalam pemilihan nanti. Nada sedemikianlah yang diulangi Khairy baru-baru ini tentang kepimpinannya.

Najib keluar dengan suara itu kerana kebimbangannya akan ada reaksi dalam kalangan parti terhadap kegagalannya mencapai prestasi yang lebih dalam PRU13. Ingat akan reaksi Umno atas prestasi buruk Tun Abdllah Badawi dalam PRU 2008 hingga PM dipaksa berundur, maka tidak mustahil Najib menerima tekanan yang sama.

Najib ada asas untuk merasa bimbang kerana pertama, adakah Tengku Razaleigh tidak pernah tidak menawarkan diri untuk jadi Presiden Umno sejak dia kembali ke pangkuan Umno. Ku Li tidak bertanding kerana tiada pencalonan. Kiranya kali ini ada pencalonan, tidak mustahil dia menolak.

Dari kalangan dalaman parti pula ada yang melihat Muhyiddin Yasin sentiasa boleh menjadi pencabarnya.

Sama ada cabaran akan berlaku tidak diketahui tetapi Najib terpaksa bersedia menghadapi kemungkinan. Kesediaannya seperti yang dikatakan itu, tidaklah sebenar-benar satu keterbukaan tetapi ia adalah satu taktik bagi mengelakkan ada cabaran dalam dan berwaspada dengan cabaran yang menunggu dari Ku Li itu.

Jeratnya menjadi, reaksinya dilihat seolah-olah semua mahu Najib kekal. Maka isu Najib dicabar sudah diam.

Wanita memang bergolak. Dengan masalah dan kerenah yang menyelubungi Shahrizat, dia tidak dikira ketua yang berwibawa lagi. Tetapi berkeras tidak mahu berundur. Pencabar terdekatnya tidak ada kerana Dato’ Kamalia Ibrahim, timbalannya yang rasanya tidak dipercayainya telah terkeluar dari Umno kerana bertanding Bebas dalam PRU dulu.

Jadi dia tahu siapa pencabar yang terdekatnya. Pencabar yang ada adalah Azalina Othman bekas menteri, bekas dan pengasas Puteri Umno. Tetapi dia seperti tidak ada dalam parti.

Puteri pula masalahnya ketuanya cukup umur terpaksa beri laluan kepada yang baru. Mencari yang baru sajalah masalah.

Ada pun Khairy hanya ada masalah kerana dia diketepikan oleh pentadbiran Najib hingga dia tidak diberi jawatan kabinet. Ketua Pemuda yang terkeluar dari kabinet biasanya adalah masalah dengan pimpinan parti seperti Dato, Zahid Hamidi dulu. Itulah masalah Khairy tetapi tidak pula nampak impasan Najib buat sesuatu untuk menjauhkannya.

Pengasingan itu tidak berbangkit lagi apabila Khairy sudah jadi menteri. Orang-orang Pak Lah yang terpinggir dulu kebanyakannya ada balik dalam arus perdana. Pilihan sudah tidak lama lagi. Maka orang mulai bertanya siapakah pencabarnya? Khir Toyo sudah tiada. Mukhriz jika ada belum menampakkan dia berminat seperti dulu.

Jika dia berminat dan kalah pula, maka masa depan jadi payah. Mukhriz tampil dulu kerana jawatan itu dikosongkan oleh Dato, Hishamuddin Husain. Tetapi jawatan itu berisi sekarang. Lain-lain nama belum nampak.

Kesediaan yang dinyatakan Khairy itu ialah untuk melihat siapakah yang berminat untuk mencabarnya? Orang itu belum ada dan Mukhriz belum bukan mulut. Khairy sebenarnya tiada saingan. Mungkin tiada yang mencabarnya.

Oleh Subky Latif

Perinbam kecam kenyataan Zulkifli Noordin



Selepas kira-kira 10 minit sidang media dan sesi menandatangani piagam Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC), berlaku sedikit "salah faham" antara Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) bersama NGO kaum India gabungan tersebut, Persatuan Amal dan Kebajikan India Baru (Perinbam).

"Salah faham" itu terjadi berikutan rasa tidak puas hati ahli Perinbam berhubung kenyataan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin dalam sidang media sebelum itu yang menyatakan sokongan untuk membela dan mempertahankan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor.

Beberapa orang ahli Perinbam kelihatan tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli dan meminta beliau menjelaskan apa yang dikatakannya dalam sidang media yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Zulkifli bagaimanapun dilihat mempertahankan pendiriannya itu dan terus meninggalkan majlis berbuka puasa anjuran PERKASA yang diadakan selepas sidang media.

Ahli Perinbam yang tidak berpuas hati juga turut meninggalkan majlis itu selepas itu.

Kemudian, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula memujuk Presiden Perinbam U Thamotharan untuk terus berada di majlis tersebut.

Selepas dipujuk, ahli Perinbam kemudiannya memasuki semula ke dalam Kelab Sultan Sulaiman.

Sementara itu, Bernama melaporkan Zulkiflli hari ini mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang mempolitikkan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh.

Katanya, sesetengah pihak mengambil kesempatan memfitnah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor, dengan mendakwanya bersikap rasis kerana menempatkan murid bukan Islam makan di dalam tandas.

"Yang jelas perkara ini telah diputar belit dan disulami dengan pembohongan, sedangkan faktanya sekolah itu mempunyai kantin yang kecil dan hanya memuat 600 pelajar.

"Keputusan (menggunakan bilik persalinan) itu dibuat hasil perbincangan bersama guru dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), dan guru besar sekadar melaksanakan keputusan itu," katanya ketika mengulas isu itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas penubuhan Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antara Kaum Malaysia (Mirac) di ibunegara.

Zulkifli turut menyatakan sokongan Perkasa untuk membela dan mempertahankan Mohamad Nasir.

Sementara itu Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda MIC P. Punithan turut memohon semua pihak supaya untuk tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai isu perkauman.

Perkara itu tidak harus dipolitikkan dan dipolemikkan kerana mampu menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin, katanya dalam kenyataan hari ini. -MK

Aku Akan Kekal Di sini Sehingga Presiden Kembali

Aku akan kekal disini sehingga Dr Mursi kembali menjadi pemimpin, sehingga Mubarak kembali ke penjara, dan sehingga As Sisi dihukum gantung, hak-hak orang yang telah mati tidak akan disia-siakan, kami akan mati bersama mereka, tidak ada apa yang dapat mengalahkan orang yang mencintai kematian, dan kami cinta kepada kematian!"

"Nafas kebenaran itu lebih panjang daripada nafas kebatilan, jangan sangka kami takut, tertekan atau ragu-ragu dengan kudrat tuhan kami".

"Kami akan kekal disini, dan jika dengan izinNya dicatat kematian untuk kami, maka kami akan mati sebagai syuhada, dan jika dicatat hidup untuk kami, maka kami akan hidup dengan merdeka"

Terjemahan Oleh : Mesir Kini
Sumber : FjPartyOmrania

Utusan perlu dikenakan tindakan kerana mengugut?

Lim Guan Eng (gambar) hari ini menyelar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita palsu pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Utusan Malaysia menggunakan kaedah menggugut untuk menakut-nakutkan orang ramai, bahkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato A Thaiveegan sendiri menafikan bercakap mengenai perkara itu seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"A Thaiveegan tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

"Tindakan tegas mesti diambil terhadap Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi," katanya.

Ahli Parlimen DAP itu kemudiaan mempertikai sikap kerajaan yang berat sebelah dalam mengambil tindakan, sebagai contoh kes membabitkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin dan lain-lain seumpamanya.

"Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu.

“Lebih buruk lagi, menteri Umno seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum," katanya.

Sementara itu, Lim juga mengecam terhadap ugutan bunuh dalam kes membabitkan murid disuruh makan di bilik mandi sekolah yang mendapat perhatian baru-baru ini.

"DAP juga mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Noor.

"Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah," katanya.

Kontroversi membabitkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.

Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya. -TMI

Friday, July 26, 2013

Caj Elektrik Tinggi Bila Guna Meter Elektronik?

PKR menggesa Kerajaan Pusat melantik satu badan bebas bagi menyiasat dan mengkaji kadar tarif elektrik masakini ditetapkan Tenaga Nasinal Berhad (TNB) yang dikatakan tinggi dan membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, siasatan itu perlu kerana majoriti pengguna sekarang menerima kesannya yang berpunca daripada pemasangan meter elektrik elektronik yang baru menggantikan meter analog lama.

“TNB tidak boleh memberikan alasan dan mesti membenarkan badan bebas dilantik untuk memeriksa dan menguji meter digital ini.

“Kerajaan boleh melantik badan bebas ini, begitu juga Suruhanjaya Tenaga. Ini kerana meter kepunyaan TNB maka kebenaran dari TNB diperlukan bagi membuka meter dan menyiasat.

“Kita juga mahu pihak berkepentingan terlibat termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan BN kerana ini adalah isu rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, PR menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perkara itu yang menyatakan rasa tidak puashati mereka.

Katanya, alasan diberi TNB bahawa bil elektrik tinggi dari meter baru berpunca daripada bacaan meter lama yang tidak tepat adalah tidak munasabah sama sekali.

Berikutan itu, Wong memberitahu, PR menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dan mengetengahkan isu itu yang dianggotai Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan beliau sendiri.

“Jawatankuasa ini akan melancarkan satu kempen awam untuk menegaskan kepentingan ketelusan berhubung dengan bil elektrik tinggi.

“Kita juga akan melancarkan laman sesawang minggu depan bagi penglibatan awam dan satu petisyen akan dihantar ke TNB untuk tujuan ini,” katanya yang mendakwa orang ramai menyatakan kesanggupan membayar RM20 bagi kos pemeriksaan untuk mendapatkan bacaan meter yang tepat.

Manakala Chua berkata, tarif elektrik ditanggung rakyat ketika ini begitu tinggi dan satu tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasinya.

“Satu masalah membebankan rakyat, pihak peniaga dan yang lain. Hampir setiap isi rumah mengalaminya dengan kenaikan sampai 100 peratus, 200 peratus atau lebih.

“Jawatankuasa ini akan membantu rakyat bagi penggurangan kadar tarif elektrik kepada satu kadar yang lebih rendah atau hampir dengan bacaan meter lama,” ujarnya.

Kepala pelatih dibaham buaya

Seorang pelatih buaya di Bangkok nyaris maut apabila seekor buaya yang terlibat dalam satu persembahan bertindak membaham kepala pelatih tersebut sebelum menghempasnya beberapa kali ke tanah, lapor akhbar Daily Mail semalam.



Insiden yang menakutkan itu berlaku apabila buaya terbabit bertindak merapatkan rahang mulutnya sebaik sahaja pelatih taman buaya berkenaan meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya tersebut.

Aksi berbahaya dengan meletakkan kepala di dalam mulut buaya adalah sebahagian daripada salah satu acara tarikan pelancong di Thailand.

Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh para penonton di Taman Buaya Samut Prakan, Bangkok.

Para penonton yang berada di tempat kejadian menjerit ketika reptilia tersebut membaham kepala pelatih taman berkenaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelatih taman buaya yang berusia 27 tahun itu berjaya meloloskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.

Sebelum itu, buaya tersebut telah menghempaskan badan pelatih buaya berkenaan beberapa kali sebelum melepaskannya.

Beberapa akhbar tempatan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di taman tersebut. - Agensi

65% Rakyat Mesir Tolak Rampasan Kuasa Tentera

Mesir. Kira-kira 65 peratus masyarakat Mesir menolak rampasan kuasa tentera apabila masih enggan bersurai dari berhimpun jalanan di sekitar Kaherah sejak 3 Julai.

Penganalisis politik Mesir Hisham el-Batal berpendapat, rakyat menolak rampasan kuasa tentera kerana masih trauma dengan era pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang mencatatkan peningkatan jumlah kematian setiap hari.

“Rampasan kuasa itu ditolak jutaan rakyat termasuk pegawai tertinggi ketika era Hosni yang kini masih dipenjarakan,” katanya dipetik Press TV

Menurutnya, demonstrasi itu tidak hanya dilakukan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, ia sebaliknya turut dilakukan oleh kumpulan anti Amerika Syarikat.

“Negara antarabangsa tidak boleh menuduh demonstrasi ini didalangi kumpulan pro Mursi kerana jutaan rakyat termasuk anti Mursi mula mengerumuni Kedutaan AS bagi mendesak negara itu supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran di Mesir,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan yang menyokong penggulingan itu berasa bimbang kerana mengetahui kesan penggulingan tersebut membawa kepada campur tangan AS secara meluas di Kaherah.

Suami cemburu ditemui mati tergantung

JELI - Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin.

Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka.

Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, sebelum kejadian, pasangan itu telah bertengkar sebaik wanita itu pulang dari satu majlis di Kampung Gemang dekat sini

Artikel : http://www.kosmo.com.my

Mahkamah batal penukaran agama anak bawah umur

Dalam keputusan penting hari ini, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama tiga orang kanak-kanak yang di bawah umur - anak kepada M Indira Gandhi. Bapa mereka telah menukar agama mereka kepada Islam tanpa pengetahuan Indira.



Hakim Lee Swee Seng memutuskan bahawa kanak-kanak tersebut tidak bertukar agama kerana mereka tidak mengucap dua kalimah syahadah.

Hakim juga memutuskan bahawa cubaan menukar agama itu bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita.

Ketika membaca penghakimannya selama satu jam 40 minit, Hakim Lee menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermakna kemenangan bagi sesiapa pun, tetapi "kita perlu belajar untuk hidup dalam suasana harmoni".

MP Ipoh Barat M Kulasegaran, yang mewakili Indira (kanan) dan anak-anaknya, menyuarakan kegembiraannya dengan keputusan itu melalui twitter. Seorang lagi peguam Indira dalam kes tersebut ialah K Shanmuga.

Tiga anak Indira itu telah ditukar agama kepada Islam pada April 2009 oleh suaminya, Mohd Riduan Abdullah, tanpa pengetahuan beliau.

Beliau memfailkan kes sivil terhadap pengarah Jabatan Jabatan Agama Perak, kerajaan negeri dan persekutuan, Kementerian Pelajaran dan suaminya K Patmanathan (kini dikenali sebagai Riduan).

Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, yang kini masing-masing berusia 16 tahun dan lima tahun, dan seorang anak lelaki berusia 15 tahun. -MK

Yusuf Al-Qaradawi keluar fatwa abai seruan adakan bantahan

DOHA - Sebuah kumpulan yang dipimpin ulama Sunah berpengaruh, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menggesa rakyat Mesir supaya mengabaikan seruan ketua tentera negara itu yang meminta rakyat mengadakan bantahan besar-besaran bagi menentang 'keganasan'.

Fatwa itu dikeluarkan Persatuan Ulama Muslim yang berpangkalan di Doha lewat kelmarin. Ia melarang rakyat Mesir bertindak balas terhadap sebarang gesaan yang akan membawa kepada perang saudara.

Ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi kelmarin menggesa satu perhimpunan besar- besaran diadakan hari ini bagi menyo- kong pihak berkuasa menentang 'keganasan'.

Ketegangan sudah berlanjutan selama tiga minggu sejak tentera menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi.

Tindakan Abdel Fattah dikecam oleh kumpulan Islam di Mesir yang menyifatkan gesaan itu boleh menjurus kepada perang saudara.

Kecaman mereka hadir menjelang bantahan besar-besaran hari ini yang menuntut pelantikan semula Morsi sebagai presiden.

Pada awal bulan ini, Sheikh Yusuf, 86, turut mengeluarkan fatwa menggesa rakyat Mesir menyokong pemim- pin yang digulingkan.

Ulama kelahiran Mesir yang kini menetap di Qatar itu mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia Arab. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Thursday, July 25, 2013

Tahun ini, PAS, PKR dan Umno jaga tepi kain masing-masing

Penyokong BN pada hari pengundian di PRK Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.ANALISIS: PAS, Umno dan PKR sedang bergolak panas sekarang ini bagi menghadapi mesyuarat agung pemilihan masing-masing.

Ketika PAS dan Umno akan menyelesaikannya hujung tahun ini, PKR pula akan melaksanakan pemilihannya Mei tahun depan.

"Masing-masing tidak boleh kata mengata antara satu sama lain kali ini. Masing-masing ada masalah tersendiri untuk diselesaikan," kata seorang penganalisis politik mengenai suasana pemilihan parti politik kali ini.

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunannya November ini. Selangor dipilih sebagai tuan rumah untuk muktamar yang mempunyai pemilihan ini.

Menjadi amalan PAS untuk mengadakan muktamar yang ada pemilihan di 'natural ground' iaitu ibu negara Kuala Lumpur berbanding negeri-negeri.

Namun, kali ini Selangor terpilih yang boleh juga dikira berada di 'natural ground' iaitu Lembah Klang. Pemilihan Selangor mungkin kerana kemudahan yang ada di negeri Pakatan ini untuk menampung bilangan perwakilan dan pemerhati yang bakal hadir.

Ramai menjangka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menang tanpa bertanding kerana tidak ada tokoh yang jelas untuk mencabar kewibawaan beliau dalam memimpin parti Islam itu.

Cucukan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata Datuk Husam Musa tokoh yang paling layak untuk memimpin PAS menuju masa depan tidak akan membawa kepada Husam menentang Ustaz Hadi dalam pemilihan ini.

"Saya hanya 1/10 dari Tok Guru Haji Hadi dan hanya 1/10 juga dari Tok Guru Nik Aziz," kata Husam dalam satu pertemuan dengan sekumpulan wartawan di rumahnya bulan lalu.

Namun, untuk jawatan timbalan presiden dan naib-naib presiden, ia bakal menyaksikan pertarungan sengit di kalangan pimpinan PAS. Mohamad Sabu akan mempertahankan kerusi timbalan presiden. Beliau sendiri yakin, akan bakal dicabar.

Salahudin Ayub, Husam dan Datuk Mahfuz Omar selaku naib-naib presiden juga bakal dicabar dengan sengit kali ini. Kemenangan Ustaz Idris Ahmad sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang, Nasrudin Hassan sebagai ahli Parlimen Temerloh dan pemilihan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan memungkinkan perkara ini.

Idris dan Nik Amar pernah bertanding merebut jawatan ini namun kalah sebelum ini. Nasrudin pula pernah berkata, ini adalah penggal terakhir beliau selaku Ketua Pemuda PAS.

Umno

Di dalam Umno pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih tidak membuat pengumuman untuk bersetuju dengan cadangan beberapa pihak dalam parti itu supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak ditandingi.

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihanraya Universiti Malaya (Umcidel) pula mendapati Muhyiddin lebih popular berbanding Datuk Seri Najib Razak dalam Umno.

Apatah lagi isteri masing-masing. Puan Sri Norainee Abd. Rahman, isteri Muhyiddin jauh lebih popular berbanding isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansoh. Apa yang penting lagi, Muhyiddin tahu hal ini.

Namun, 'taiko besar' di belakang Umno kini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainudin. Kedua-dua bekas pemimpin Umno ini sangat besar pengaruhnya dalam menentukan hala tuju dan kepimpinan Umno.

Selepas pilihan raya umum baru-baru ini, Dr Mahathir dikatakan hampir membuat kenyataan sama sebagaimana beliau buat terhadap Tun Abdullah Badawi selepas kegagalan BN mendapat kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008 lalu.

Mahathir dikatakan mahu membuat kenyataan, Najib patut berundur sebagaimana berundurnya Pak Lah selepas gagal mendapat majoriti dua pertiga. Namun ia tidak berlaku.

Najib jelas tertekan dengan keputusan pilihan raya umum ke 13 lalu. Hampir semua setiausaha dan pegawainya yang dipilih beliau supaya bertanding kalah dalam pilihan raya itu kecuali Datuk Jailani yang menang di Hulu Terengganu.

Datuk Mohd Shafei Abdullah kalah di Wangsa Maju, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh kalah di Parlimen Kota Bharu, Datuk Shahlan Ismail tewas di Pokok Sena, Datuk Latt Shariman Abdullah kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan dan Datuk Mohamed Suffian kalah di Kuantan.

Orang harapan beliau, Datuk Seri Ali Rustam yang disebut bakal dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri jika menang kalah di Parlimen Bukit Katil.

Datuk Abdul Ghani Othman yang Najib sandarkan untuk menghalang kemaraan DAP di Gelang Patah, Johor juga gagal. Ghani dikatakan akan memegang jawatan Menteri Kewangan jika menang. Kini Ghani dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby dengan gaji RM100,000 sebulan oleh Najib.

"Bayangkan apa yang kami boleh buat. Dalam keadaan Kedah kita boleh menang, dua setiausaha kamu boleh tewas. Dua MB harapan kamu juga kami boleh selesaikan." Begitulah kata-kata yang dihamburkan kepada Najib.

Mungkin kerana tekanan itulah, Najib dikatakan mencuba pelbagai option dalam memperkuatkan kedudukannya dalam Umno. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR ditawarkan untuk menyertai kabinetnya.

Anwar ditawarkan untuk menjadi timbalan perdana menteri manakala empat pemimpin kanan PKR ditawarkan untuk menjadi menteri. Namun semuanya ditolak oleh Anwar dengan alasan tidak mahu meninggalkan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR). Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail kepada penulis.

"Najib memang cuba berjumpa dengan Anwar di Jakarta dalam lawatan mereka berdua ke negara itu baru-baru ini, namun dielak oleh Anwar," kata Saifudin.

Anwar yang terlebih awal berada di Jakarta. Mereka sepatutnya berkongsi bilik VVIP di lapangan terbang Jakarta semasa Najib sampai dari Kuala Lumpur pertengahan Jun lalu. Namun Anwar mengelaknya dengan meminta agar beliau boleh memasuki kapal terbangnya 15 minit lebih awal.

Perkara ini disahkan oleh Dr Rahim Ghouse, pegawai kanan Anwar yang bersama-sama dengan Anwar dalam lawatan itu.

Umno buat pertama kalinya tahun ini akan menggunakan sistem pemilihan kepimpinannya secara langsung oleh perwakilan dari cawangan di seluruh negara. 146,500 perwakilannya akan mempunyai hak memilih siapa pemimpin mereka kali ini.

PKR

Poster calon PAS menghiasi sekitar Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.Poster calon PAS menghiasi sekitar Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.Ketika PAS dan Umno panas dalam menghadapi pemilihannya, PKR juga panas.

Kenyataan timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali beberapa hari selepas PRU ke 13 lalu memperlihatkan perkara ini.

Tema PKR bukan parti kroni dan anak beranak jelas ditujukan beliau kepada Anwar sendiri.

PKR akan mengadakan perhimpunan khas hujung tahun ini. Ia bertujuan memperkemas tatacara pemilihan bagi memastikan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini tidak berulang lagi.

Perhimpunan yang ada pemilihan pula akan diadakan bulan Mei tahun depan. Ini bermakna period kempen PKR lebih panjang lagi berbanding PAS dan Umno yang akan selesai hujung tahun ini.

Azmin disebut-sebut bakal bertanding merebut jawatan Presiden PKR yang kini disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah. Mengikut perlembagaan PKR, setiap orang hanya layak memegang jawatan presiden selama tiga penggal sahaja. Ini bermakna, Wan Azizah boleh memegang jawatan itu satu penggal lagi.

Di pihak yang menyokong Anwar pula, tujuh tokoh dipertaruhkan untuk mempertahankan serangan Azmin dan kumpulannya. Antaranya adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli jika Wan Azizah memutuskan tidak akan mempertahankan jawatannya.

Pendek kata, semua parti Melayu mempunyai isu masing-masing untuk diselesaikan dari menjaga tepi kain orang lain. Ketika Muhyiddin mahu melanggar Najib, Azmin pula mahu melanggar Anwar manakala PAS pula masuk ke 'gear gostang' apabila ulama berlawan profesional sekali lagi. -