Thursday, February 25, 2010

Contact


Name
Email
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF PHP Form

IKLAN



Terdapat 5 posisi iklan yang disediakan seperti yang dapat anda lihat melalui gambarajah di atas.

1. POSISI A
Posisi : Atas, Header
Saiz : 230 x 50px
Kadar Sewa : RM40.00 / sebulan

2. POSISI B
Posisi : Sidebar
Saiz : 240 x 60px
Kadar Sewa : RM30.00 / sebulan

3. POSISI C
Posisi : Sidebar
Saiz : 125 x 125px
Kadar Sewa : RM20.00 / sebulan

4. POSISI D
Posisi : Bawah, Footer
Saiz : 728 x 90px
Kadar Sewa : RM30.00 / sebulan

5. POSISI E
Posisi : DITUTUP
Saiz : 468 x 60px
Kadar Sewa : RM30.00 / sebulan

****************************************************
PROSES TEMPAHAN IKLAN

1. Kepada anda yang ingin menempah ruang iklan, sila hantar maklumat iklan seperti :

a. jenama/jenis barangan iklan (produk atau perkhidmatan)
b. Posisi iklan yang dikehendaki.
c. images iklan* berukuran seperti saiz tawaran iklan.
d. URL laman untuk dilinkkan
e. dan apa-apa maklumat yang dirasai perlu

dan hantar permohonan ke alamat email sabahdaily@gmail.com
(* images iklan yang dicadangkan dalam format .gif atau .jpg dengan byte yang tidak terlalu besar. Pastikan juga saiz iklan / banner anda adalah tepat).

2. Kami akan meneliti barangan atau perkhidmatan yang hendak diiklan…Jika kami setuju, email akan dihantar kepada anda tanda kami bersetuju dengan iklan anda.

3. Sila masukkan wang secara bank in atau online banking ke akaun bank berikut atas nama MUSTAHING SAIDE .. :

162272542146

-Hantarkan bukti pembayaran anda kepada kami melalui alamat email di atas atau Whatsapp ke no 019-5355375.

4. Setelah pembayaran disahkan, iklan akan dipaparkan paling lewat 3 hari melainkan jika ada masalah yang tak dapat diatasi. Jika berlaku sebarang gangguan pada laman kami melebihi daripada 4 jam (pada satu hari) kami akan tambah masa pengiklanan selama 1 hari lagi. Namun ini tidak tertakluk jika gangguan disebabkan oleh pihak lain seperti line tmnet tidak stabil, dan sebagainya.

5. Harga yang ditawarkan tidak termasuk pembinaan imej iklan. Pihak kami bersedia untuk menyediakan perkhidmatan membina iklan percuma dengan syarat terimalah apa sahaja yang ada…* (* Sila nyatakan kepada kami untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan tersebut).

6. Kami berhak untuk mengubah kadar sewa setiap posisi iklan yang ditawarkan bergantung kepada masa-masa tertentu yang dirasakan perlu. Namun ia tidak termasuk kepada mereka yang telah menempah dan membuat pembayaran sehinggalah tempoh pengiklanan tersebut tamat.

7. Pihak pengiklan boleh menukar imej iklan beberapa kali yang dikehendaki*. Pihak pengiklan juga boleh menukar link laman dengan syarat link tersebut tidak bertentang dengan polisi kami. (* Imej sendiri sahaja)

8. Syarat dan terma akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bahagian Pengiklanan
Sabahdaily Online

Thursday, February 11, 2010

Sabah FM

Tuesday, February 2, 2010

Petronas Runtuh Jika Serahkan Wang Ihsan Kepada JPP


Sebarang bayaran wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh Petronas adalah tidak sah dan tidak wajar kerana perjanjian yang ditandatangani adalah di antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri.

"Ia adalah satu kesalahan serius dan Petronas dianggap memungkiri perjanjian di bawah Akta Petroleum 1974," demikian ditegaskan oleh seorang pensyarah Undang-undang IPTA semalam.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi menyifatkan kerajaan Umno-BN mencarik peradaban prinsip demokrasi terhadap kerajaan negeri jika pemberian wang ihsan mahupun royalti disalur melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Beliau menyelar kaedah tersebut jelas menggambarkan sikap diskriminasi kerajaan pusat bukan sahaja menganaktirikan kerajaan negeri malah menganiaya demi kepentingan politik.

“JPP adalah agensi kerajaan pusat. Sedangkan royalti adalah milik kerajaan negeri sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

"Petronas sepatutnya membayar royalti secara langsung kepada kerajaan negeri.

“Akta Kemajuan Petroleum sudah jelas, royalti menjadi hak mutlak Kelantan. Maka tiada sebab nak dinafikan,” katanya semasa ditemui.

Menurutnya, justifikasi segelintir menteri Umno yang khuatir dari segi pengurusan kewangan oleh kerajaan negeri sekiranya wang tersebut disalurkan terus kepada kerajaan negeri hanya satu retorik tidak berasas sama sekali.

Tegasnya, perkara asas paling utama adalah hak sesebuah negeri itu dalam menerima hasil daripada perjanjian yang dibuat, bukan soal pengurusan atau kelayakan.

“Kalau nak pertikai soal bijak atau tidak, contoh sudah ada. Semua rakyat sudah nampak.

"Di Terengganu stadium bernilai ratus juta ringgit tiba-tiba runtuh.

“Begitu juga stesyen bas, masjid, termasuk hospital yang tidak dapat diguna selepas dibina oleh kerajaan persekutuan.

“Secara logiknya kejadian tersebut menunjukkan berlakunya salah guna kuasa ataupun tidak menguruskan kewangan dengan baik. Jadi di mana bijaknya kerajaan persekutuan?”
soal Che Abdullah.

Sementara itu UMNO menyedari tanpa restu kerajaan negeri Kelantan, wang ihsan itu tidak akan boleh dileaskan oleh Petronas, maka dengan itu UMNO masih berharap Kerajaan Kelantan menerima tawaran menyertai Jawatankuasa Pengurusan Wang Ihsan.

Peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri untuk menyertainya demi masa depan rakyat secara keseluruhan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memikirkan secara serius penolakan itu kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Kelantan yang sememangnya mahukan pembelaan dan pembangunan.

"Tawaran untuk sertai jawatankuasa ini masih terbuka buat kerajaan Kelantan dan jika masih menolak ia akan merugikan rakyat Kelantan.

"Kalau ada wakil kerajaan negeri, wakil itu boleh menentukan keutamaan dalam sektor tertentu untuk membelanjakan wang ihsan yang akan diterima pada Mac ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pertemuan Dengan Pengetua Kelantan di sini, Isnin.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bertegas kerajaan negeri yang diketuainya itu tidak akan menerima pelawaan menyertai jawatankuasa berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pemberian wang ihsan yang bukannya royalti petroleum.

Nik Abdul Aziz berkata wang ihsan seharusnya dibayar kepada kerajaan Pusat kerana Kuala Lumpur tidak mempunyai rizab minyak dan bukan sebaliknya.

Bercakap di satu ceramah di Negeri Sembilan semalam, Nik Aziz berkata konsep wang ehsan yang diterima-pakai pemerintah BN bukan sahaja wajar, bahkan tidak masuk akal.

“Minyak Kelantan untuk Kelantan. Kuala Lumpur tidak ada minyak setitik pun. Kuala Lumpur sendiri tidak ada minyak. Dia ambil minyak kita, dia beri ihsan kepada kepada kita. Sepatutnya kita beri wang ehsan kepada dia (Kuala Lumpur)." ujar Nik Aziz.

Nik Aziz menjelaskan tindakan Umno-BN menyekat pemberian royalti minyak kepada rakyat Kelantan menunjukkan pemerintah meletakkan keutamaan pada wang ringgit, bukan rakyat.

“Kelantan miskin. Dari dulu sampai sekarang miskin. Tapi manusia undi PAS. Daripada 45 kerusi di Kelantan UMNO hanya baru dapat 6 kerusi. PAS miskin. Perkara-perkara sebegini tolong kirim salamlah kepada UMNO biar dia faham sikit” katanya lagi.

BN Terdesak 'Pancing' Pembangkang


Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terdesak sehingga terpaksa memancing Ahli Parlimen pembangkang menyertai kerajaan.

Malah beliau mendakwa, tindakan tersebut hanya merosakkan kredibiliti parti pemerintah itu.

"Tindakan mereka menghantar SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kepada saya jelas menunjukkan tindakan terdesak pemimpin Umno dan BN.

"Bagi saya tindakan mereka itu sangat tidak berfaedah dan sia-sia. Bagi saya perkara sebegini akan hanya merosakkan kredbiliti mereka,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Azan dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pernah menerima tawaran daripada Umno dan BN.

Semalam Anwar dilaporkan berkata kedua-dua ahli Parlimen berkenaan pernah didampingi pemimpin Parti Cina Malaysia, Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berhubung pelawaan untuk menyertai parti masing-masing.

Beliau turut mendakwa ekoran tidak melayan pelawaan itu maka jumlah wang ganjaran yang dikatakan akan ditawarkan kepada kedua-dua pemimpin berkenaan tidak dibincangkan. Mengulas lanjut isu berkenaan, Azan mengakui pelawaan itu diterimanya dua hari selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi II PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian negeri.

"Selain SMS, saya juga ada terima panggilan telefon. Saya anggap SMS dan panggilan itu, sekadar satu pelawaan biasa dan cubaan untuk memancing saya sahaja.

"Ingin saya tekankan sekali lagi, bahawa saya akan terus setia bersama PKR mempertahankan dasar perjuangan parti bersama-sama PAS dan DAP," ujarnya.

Ditanya sama adakah pemimpin Umno yang dimaksudkannya itu, ialah bekas menteri Kabinet, Jamaluddin Jarjis, Azan berkata: "Hatta daripada mereka yang pernah ada dalam Kabinet pun ada.Cuma butirannya tidak perlulah saya dedahkan sekarang," katanya.

Beliau turut mencabar pemimpin Umno tersebut menafikan dakwaannya itu, jika mereka berada di pihak yang benar.

"Saya ada bukti, SMS yang dihantar kepada saya pun saya masih simpan. Kalau mereka betul mereka boleh nafikan dakwaan ini," ujarnya.

Pada 25 Januari lalu, Azan, 44, meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Dua PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian negeri, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau membuat keputusan itu selepas kecewa dengan pentadbiran PKR negeri terutama berkaitan isu pengurusan kewangan dan kutipan dana awam parti berkenaan.

Sementara itu, Yusmadi dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.

"Maaf, saya tidak sihat hari ini. Saya tak mahu ulas mengenai isu ini," katanya. -MSTAR

Ramai terkejut keputusan PAS gantung Khalid'

Pemuda PAS Shah Alam berpendapat, walaupun jawatankuasa disiplin parti melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin, masih ramai yang terkejut dengan keputusan yang dikenakan terhadap dua pemimpinnya.

hasan ali hassan aliMenurut dewan itu, tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Hasan Ali (kiri) dan yang dipertuan (YDP) Shah Alam Khalid Samad mustahil dapat memuaskan semua pihak kerana kes tersebut rumit dan jarang berlaku.

"Isu tindakan disiplin terhadap YDP PAS Shah Alam dan pesuruhjaya PAS Selangor mendapat perhatian serius oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

"Dan kami juga percaya banyak pihak yang terkejut dengan apa yang telah diputuskan," kata dewan itu.

Jumaat lalu, NONEpengerusi jawatankuasa disiplin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid dan Dr Hasan bersalah terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Sehubungan itu, jawatankuas itu menggantung jawatan Khalid sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik parti selama enam bulan.

Sementara Hasan pula hanya diberikan amaran bertulis. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

'Khalid sepatutnya dianggap hero'

Dalam satu kenyataan hari ini, dewan itu menyeru supaya keputusan itu dijadikan pengajaran dan tidak dibesar-besarkan kerana PAS "masih belajar cara menguruskan kemenangam" dan "memahami rentak".

abdul khalid samad"Janganlah dilihat kesalahan ini terlalu besar sehingga tidak boleh dimaafkan. Malang lagi kalau masih ada yang terus membesar-besarkan kesalahan ini. Sampai bila pun penyelesaian tidak akan terlaksana," kata kenyataan itu.

Sementara itu, seorang exco Pemuda PAS Abdullah Karim berpendapat, keputusan jawatankuasa disiplin pada 29 Januari lalu tidak boleh diterima dan menghantar isyarat yang salah terhadap rakyat Malaysia.

"Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Selangor hanya diberi amaran sahaja.

"Saya rasa hukuman terhadap Hasan hanya sekadar wayang untuk 'membersihkannya' dan pada masa yang sama Khalid terus dimangsakan."

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda Pahang berkata, Khalid yang sepatutnya dianggap 'hero' mempertahankan Pakatan telah diheret dan "menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan dalam PAS".

Sementara itu, pemangku YDP PAS Shah Alam, Azli Yusof berkata, pihaknya akan terus mendokong kepimpinan Khalid "memperjuangkan kesyumulan dan keadilan Islam" dan "memberikan khidmat terbaik dan berterusan kepada masyarakat".

"Tambahan pula, Khalid boleh meneruskan tugas biasa beliau sebagai seorang ahli parlimen yang tidak akan terhalang dengan keputusan itu.

"Penggantungan Khalid tidak akan menjejaskan perjalanan kerja dan kedudukan PAS Shah Alam kerana selama ini, PAS kawasan ini digerakkan secara berjamaah, sebagai sebuah organisasi," kata dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar tiba di mahkamah

Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini, dijangkan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah belum memulakan perbicaraan kerana ketua pembangkang itu memfailkan permohonan untuk menangguhkannnya.

Anwar dan keluarganya tiba di mahkamah berkenaan pada jam 8.57 pagi tadi.

Monday, February 1, 2010

Tawau FM

Sabahdaily TV