Sunday, October 31, 2010

Batu api di Batu Sapi?

Apabila Ansari Abdullah jatuh ke laut dua kali sewaktu meniti jambatan kayu dalam lawatannya ke rumah-rumah pengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, bermacam cerita dibuat bukan sahaja di kedai-kedai kopi tetapi juga di alam maya internet. Cerita-cerita ini pula merebak menjadi teori konspirasi.

NONEAda yang meramalkan jatuh ke laut itu petanda buruk, ada pula kata ia baik. Yang menganggap petanda baik menambah pula dengan teori konspirasi — kononnya Ansari sebagai calon Parti Keadilan Rakyat berpeluang menang berikutan pertikaian dalaman Umno dan Barisan Nasional Sabah.

Bagi yang percaya dengan teori ini, mereka mendakwa kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi BN negeri dan Ketua Perhubungan Umno negeri tidak mahu melihat calon BN Datin Linda Tsen dari Parti Bersatu Sabah menang.

Ini adalah kerana kekalahan calon PBS akan memberi kelebihan kepada Umno sebagai parti orang Melayu dan Bumiputera Islam untuk menuntut kerusi Batu Sapi yang mempunyai hampir 60 peratus pengundi Muslim dalam pilihan raya umum akan datang.

Cerita tentang Umno mahu mengambil beberapa kerusi milik komponen BN telah lama menjadi bahan debat kedai kopi di Sabah. Khabar-khabar angin ini bertiup lebih kencang apabila Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bising mengenai usaha mahu mengambil kerusi komponen BN yang kalah PRU lalu.

Berbalik kepada teori tadi, andaian itu agak bermasalah kerana PRK Batu Sapi bukan pertandingan satu lawan satu. Dalam pertandingan tiga penjuru — BN, PKR dan Parti Maju Sabah — teori konspirasi itu mungkin meleset jika yang menang ialah SAPP yang meletakkan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon.

Jika Yong menang, Umno Sabah tidak lagi mempunyai alasan untuk merampas kembali kerusi Batu Sapi itu kerana ia hanya boleh membuat tuntutan jika pembangkang Muslim yang menang di Parlimen itu.

Satu lagi teori ialah dakwaan kononnya perebutan jawatan tertinggi politik di Sabah telah menyebabkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tidak mahu membantu Musa dalam kempen BN. Orang-orang Shafie dikatakan berkempen untuk Yong.

Kelemahan teori ini ialah jika sekadar untuk memalukan Musa dengan cara berkempen untuk Yong, semua pihak dalam BN akan menanggung malu besar jika Ansari yang menang. Apatah lagi Musa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dalam daerah Sandakan, bersama dengan Parlimen Batu Sapi, Sandakan dan Libaran.

Mungkin teori ini dibawakan oleh kumpulan tertentu yang mahu menghidupkan semula Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau Usno yang telah dibubarkan setelah majoriti ahli dan pemimpinnya menyertai Umno pada awal 1990-an. Kumpulan ini dikatakan cuba menyediakan tapak baru untuk para pemimpin Umno Sabah yang tidak sebulu lagi dengan Musa dan Shafie.

Ada pula yang berteori kononnya Yong menyertai PRK Batu Sapi bagi menonjolkan kembali dirinya dalam dunia politik supaya dapat menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerima semula SAPP dalam dakapan BN.

Pada awal kempen, ada yang terasa benar andaian itu kerana Yong lebih banyak menghentam PKR dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kini Yong menyerang Musa dan mengheret kecamannya terhadap para pemimpin Umno, PBS dan parti-parti komponen BN Sabah yang lain.

Namun mereka yang percaya bahawa Yong tetap mahu memikat hati Najib telah mempertahankan andaian mereka dengan mengatakan ketua SAPP itu cuma menyerang kepimpinan BN Sabah, dan bukannya BN Pusat.

Lagi pula, mereka menganggap Yong terdesak untuk kembali kepada BN kerana daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri SAPP yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008, dua daripadanya kini menjadi milik Gerakan.

Kedua-dua Adun dalam kawasan Parlimen Sandakan — Elopura dan Tanjung Papat — iaitu kawasan jiran Batu Sapi telah meninggalkan SAPP untuk menyertai Gerakan kerana tidak setuju dengan tindakan Yong membawa keluar parti dari BN selepas PRU 2008. Pada masa itu SAPP menyatakan ia tidak percaya kepada kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai alasan keluar BN.

Bagi Ansari pula, banyak diperkatakan tentang masalah kempen di peringkat tempatan. Beliau banyak diiringi para pemimpin PKR Pusat tetapi dikatakan tidak banyak dibantu oleh kumpulan-kumpulan PKR Sabah yang tidak sebulu dengannya.

Tumpuan para pemimpin PKR Pusat juga berbelah-bagi kerana mereka menghadapi cabaran besar dalam parti di mana pemilihan pimpinan sedang diadakan sekarang.

Tsen pula sebagai calon BN dianggap orang baru dalam percubaannya untuk ke Dewan Rakyat walau pun beliau adalah orang lama dalam politik kerana giat membantu mendiang suaminya Datuk Edmund Chong. Dengan bertanding, BN Sabah berharap Tsen dapat meraih undi popular dan undi simpati dari para penyokong suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan baru-baru ini yang mencetuskan PRK Batu Sapi.

Tsen dikritik oleh kumpulan-kumpulan yang mahu kepada ahli politik yang lebih berpengalaman bertanding, terutamanya mereka dari kalangan BN termasuk dari dalam PBS sendiri. Dengan ini, seorang wanita “low profile” tanpa heboh-heboh terpaksa berdepan dengan dua politikus/peguam yang hebat dengan pidato dan ceramah politik mereka.

Apa pun teori konspirasi yang ditimbulkan oleh batu-batu api di Batu Sapi, sama ada dari kawan atau lawan, PRK di kawasan timur laut Sabah ini menonjolkan sedikit perbezaan berbanding kempen pilihan raya di Semenanjung. Yang jarang kedengaran dalam kempen ini ialah soal ketuanan kaum dan agama serta ancaman kaum.

Mungkin Sabah lebih bersifat demokratik dalam amalan seharian di mana setiap kaum dan suku kaum sedar mereka bergantung antara satu sama lain dan pentingnya keharmonian hubungan antara kaum perlu dikekalkan. -M/Insider

Calon PKR semakin diterima

Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.

(Dewan sebuah hotel di Sandakan penuh sesak)

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR
memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

"Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya.

(Anwar berucap dalam pidato umum)

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

"Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja," kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,
rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.

Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

"Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia," katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah. -HD

Akan ada seorang umno Terengganu masuk PKR?

Seorang tokoh Umno Kelantan, dikatakan sedang bersiap sedia Untuk Meninggalkan Parti yang disertai sejak zaman remaja lagi. Entah ya entah tidak sama samalah kita tunggu, kerana cerita orang politik itu dan ini kadang kadang tidak berpijak di alam nyata.

Isu terkini, juga disebut sebut seorang ahli parlimen Terengganu akan meninggalkan umno, kerana kecewa tidak mendapat peluang menjadi anggota cabinet yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mungkin betul, mungkin tidak. Ini hanya cerita yang bertiup kencang saja. Macam juga angin yang bertiup dari barat ke timor dan dari selantan ke utara.

Tapi itulah cerita, konon ada seorang ahli parlimen umno Terengganu akan meninggal umno dan menyertai parti keadilan rakyat tidak lama lagi.

Cerita ini bukan cerita baru sebenarnya. Ia sudah lama berbunyi, tapi setakat ini belum menjadi kenyataan. Ia hanya mungkin diada adakan sebagai cerita sensasi.

Tenguk pada gayanya ia akan menjadi kenyataan, kerana hubungan batang tubuh ahli parlimen itu semakin hari semakin dekat dan rapat dengan salah seorang ADUN pembangkang dalam beberapa majlis bersama masyarakat.

Masakan tidak? Kalau sudah boleh rapat hubungannya dengan wakil rakyat PAS boleh dikira ia sudah mula berminat. Harap harap akan jadi kenyataan tak lama lagi.

Sesetengah tak yakin dengan perangai ahli parlimen berkenaan yang diakatakan akan meninggalkan umno dan menyertai PKR, kerana biasalah orang Umno yang sering bertindak macam burung merpati, jenak jenak, nak tangkap tak dapat.

Pendek kata pembangkang pula yang terpesona dek lakonan itu.Awas, jangan terperangkap dengan jerat yang dipasang.

Tengok pada gayanya semacam tak munasabah ahli parlimen berkenaan akan meninggalkan umno. Apatah lagi hendak menyertai PKR yang begitu kalut dengan kemelut yang barangkali sukar mencari penyelesaian.

Oleh: Abdullah Ngah (tranungkite)

Batu Sapi serlahkan kepentingan ICT

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi menampilkan perkembangan terkini dalam kegiatan kempen pilihan raya iaitu penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Kesemua tiga calon yang bertanding -- Datin Linda Tsen Thau Lin dari BN, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah -- serta barisan kepimpinan
dan penyokong parti berkenaan kelihatan meningkatkan penggunaan ICT dalam usaha meraih sokongan daripada 25,582 pengundi di kawasan itu pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Mereka menggunakan Facebook, laman blog, Twitter dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berhubung dengan pengundi di kawasan Batu Sapi.

Penggunaan ICT untuk meraih sokongan dan berkomunikasi dengan rakyat kini menjadi tumpuan ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang berikutan kemunculan apa yang dikenali sebagai media sosial dalam talian atau media baru pada pilihan raya umum 2008.

Di Batu Sapi, kawasan di pinggir bandar Sandakan, yang pernah menjadi ibu negeri Sabah, beribu-ribu pengundi begitu gembira apabila menerima SMS atau membaca komen dalam Facebook yang ditulis oleh ahli politik yang berkampung di sini untuk menyumbang khidmat masing-masing dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Sebagai contoh, seorang ahli politik BN menulis begini dalam laman Facebooknya: "Kepada rakan kami iaitu pengundi di Batu Sapi ... (Saya) harap anda mengundi Tsen Thau Lin BN, Calon No. 3 pada Kertas Undi. Berilah peluang kepada Puan kita ini untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Malaysia".

Tsen adalah balu kepada Anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktpber, yang menyebabkan pilihan raya kecil ini diadakan. Chong memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2008 dengan mendapat 9,479 undi dalam perlawanan satu lawan satu dengan calon Bebas Dr Chung Kong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

Kawasan Parlimen Batu Sapi, yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong, mempunyai 25,582 pengundi, 15,099 atau 59.02 peratus daripada mereka adalah bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus Cina dan 57 atau 0.22 peratus kaum lain.

Ahli politik daripada SAPP dan PKR juga menggunakan media baru itu untuk menyampaikan mesej mereka kepada pengundi. Kedua-dua pihak menyediakan laman sesawang masing-masing untuk membolehkan penyokong kuat mereka di Batu Sapi dan pembaca lain mengikuti perkara yang ingin disampaikan oleh pemimpin parti.

"Ini menunjukkan Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara atau kebebasan akhbar, sejajar dengan prinsip demokrasi. Setiap orang berpeluang menyampaikan perkara yang terdapat dalam mindanya untuk rakyat Sabah, terutama untuk pengundi di Batu Sapi," kata seorang pemerhati politik.

Pemerhati itu berkata bercanggah dengan anggapan sesetengah ahli politik bahawa kebebasan akhbar tidak wujud di negara ini, pihak yang bertanding - BN, SAPP dan PKR -- mempunyai peluang sama rata untuk menggunakan media, khususnya media alternatif, untuk menguar-uarkan agenda politik masing-masing.

"Pada pilihan raya kecil ini, saya dapati parti politik menyebarkan maklumat kepada penyokong masing-masing melalui telefon bimbit, e-mel dan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter untuk memikat hati pengundi, terutama golongan muda yang menggunakan perkhidmatan itu.

"Malah, laman rangkaian sosial seperti Facebook, menjadi kegilaan golongan belia yang berpendidikan serta orang dewasa berusia antara 21 dan 49 tahun di kawasan bandar seperti Karamunting.

"Saya rasa, jumlah mereka mungkin melebihi 35 peratus daripada keseluruhan pengundi di Batu Sapi. Anda dapat melihat betapa pentingnya media baru ini. Paling ketara ialah setiap orang berpeluang mendapat capaian kepada perkhidmatan ini, tanpa mengira kecenderungan politik," kata pemerhati berkenaan.

Ahli politik, terutama dari semenanjung, juga memuji dan mengagumi kebebasan akhbar yang begitu tinggi tahap amalannya dalam kalangan media cetak di Sabah.

Seorang daripada mereka berkata beliau mendapati akhbar di Sabah, seperti Daily Express, New Sabah Times, Borneo Post, Utusan Borneo dan akhbar Cina tempatan, memberi liputan secara adil kepada ketiga-tiga calon yang bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan serta para pemimpin parti politik terbabit, termasuk menyiarkan gambar dan kenyataan mereka saban hari dan kadang-kadang turut menyiarkannya di muka depan masing-masing.

"Kebebasan akhbar begitu subur di Sabah. Malah, Pembangkang pun tidak bersungut. Tidak hairanlah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyifatkan Sabah sebagai model peranan bagi 1Malaysia. Sebenarnya, terserahlah kepada kebijaksanaan orang ramai untuk memilih MP yang mereka mahu," kata ahli politik berkenaan sambil menambah bahawa portal berita popular seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider juga menyediakan ruang untuk ahli politik berkempen.

Selepas enam hari kegiatan berkempen berlangsung di Batu Sapi, BN kelihatan memiliki kelebihan untuk mengekalkan kerusi itu, walaupun menghadapi tentangan hebat daripada SAPP untuk mendapatkan undi kaum Cina dan daripada PKR untuk meraih undi daripada bumiputera Islam.

--Bernama

Hak siswa dicabul di Galas

Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.

Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan.

Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam.

Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah.

Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.

"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman.

"(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.

Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi.

"Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak.

"Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik,"
katanya.

Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula ke balai berkenaan pada 14 November depan. -mk

WAJARKAH ISU 20 PERKARA DI KAKI LIMA?

POLITIK Sabah sejak tahun 1963 selepas Sabah, Sarawak dan Singapura yang turut sama MALAYA membentuk MALAYSIA tidak sunyi dari mengharungi pelbagai polimik politik dalaman. Tanpa kehadiran Sabah, Sarawak dan Singapura (tiba-tiba keluar dari Malaysia 1965) tidak akan ada nama MALAYSIA disebut di carta dunia, malah di PBB hingga ke hari ini.

Disebabkan Sabah dan Sarawaklah, Malaysia terus menjadi sebutan pemimpin pemimpin dunia salah satu negara yang pesat membangun di rantau Asia, termasuklah kewibawaan pemimpin-pemimpin negara ini mampu bersaing malah berkebolehan berfikir setara dengan kebijaksanaan pemimpin lain di dunia yang kita rakyat Sabah tidak boleh nafikannya.

Bagaimanapun dari aspek politik wilayahnya, khususnya Sabah dan Sarawak, pihak Kuala Lumpur masih mempunyai isu-isu tertunggak yang belum diselesaikan sepenuhnya seperti yang terkandung dalam isu 20 Perkara yang dicadangkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah sekitar tahun 1962 terdiri daripada Allahyarham Tun Fuad Stephen (Donald Stephen), Tun Mustapha, Datuk G.S Sundang dan Datuk Khoo Siak Chew dan beberapa pemimpin lain lagi.

Malahan kandungan 20 Perkara telah pun dibincang dalam mesyuarat IGC (Inter Government Committee) bersama tiga wilayah seperti Sabah, Sarawak dan Malaya sebelum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kemelut isu rakyat Sabah dan Sarawak yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Persekutuan bertindak menodai Perlembagaan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini iaitu selepas ‘Tsunami Politik’ tahun 2008 selepas PRU-12 pemimpin Kuala Lumpur dalam keadaan terhimpit dan terdesak mahu atau tidak, walaupun sudah terlambat akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kemahuan rakyat Sabah dan berjaya memecah kebuntuan isu 20 Perkara apabila perkara 4 (Borneosisasi) kerajaan Persekutuan telah melantik lima Pegawai Awam berasal dari Sabah mengetuai Jabatan Persekutuan yang penting di Sabah dan pertama kalinya menyambut ‘Hari Malaysia’.

Meskipun begitu, rakyat Sabah masih terus memburu saki-baki isu ketidak puasan hati mereka yang mereka dakwa terdapat isu tertunggak belum ditunaikan seperti kuasa autonomi wilayah Sabah, ‘Sabah for Sabahan’ dan keadilan pengagehan sumber kekayaan negeri Sabah seperti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada sekurang- kurangnya 20 peratus.

Aspirasi rakyat berdasarkan maklumat 20 Perkara pada mulanya diperjuangkan oleh mantan Pengarah Insitut Kajian Sabah (IDS) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekitar tahun 1990-an ketika itu Sabah ditadbir oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, membuatkan Jeffrey merengkok ke dalam tahan ISA selama lebih dua tahun.

Titik tolak daripada kejadian tersebut, secara tidak langsung ia telah menyemarakkan lagi api kebencian rakyat Sabah terhadap Kuala Lumpur yang rata-ratanya menganggap penahan Jeffrey itu dirancang begitu rapi oleh para pemimpin Kuala Lumpur yang menidakkan terus hak dan tuntutan rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam Isu 20 Perkara.

Ketika kempen semakin sedang rancak berjalan di PRK Batu Sapi, kelihatan isu serupa terus didendangkan oleh SAPP untuk meraih sokongan rakyat Sabah kerana tidak ada isu penting yang berjaya digubah untuk menarik hala sokongan para pengundi dan dalam masa yang sama ramai pemimpin cuba memadam api yang cuba dinyalakan SAPP dengan menyifatkan isu yang dikitar semula SAPP sebagai isu lapuk dan basi.

Menyemarakkan lagi kempen berkenaan, SAPP semakin menggunakan taktik berkenaan untuk membakar kebencian rakyat dan pengundi Batu Sapi dengan mencabar Ketua Menteri Sabah berdebat dengan beliau berhubung perkara tersebut; sebaliknya calon PKR, Haji Ansari Abdullah pula yang mendesak Yong agar berdebat dengannya setelah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menolak mentah-mentah cabarannya.

Ramai pemerhati politik mencadangkan jalan keluar kepada isu ini agar tidak dipolitikkan dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk merumuskan kembali ‘Isu 20 Perkara’ melalui forum yang lebih sesuai seperti Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat kerana tidak praktikal membincangkan isu negara di kaki lima pilihanraya kecil.

“Supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan di dalam kesempitan, Isu 20 Perkara harus menjadi Usul di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Senario akan lebih menarik dan berkesan jika dibincangkan secara legislatif,” ujar seorang pemerhati politik daripada Kuala Lumpur.

Oleh: JACKSON LU (sabahkini)

Friday, October 29, 2010

Jawapa Fatwa Ikut Suka PAS

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila, terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.

Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.

Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.

Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.

Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):

“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”

Maka seruan saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.

Sekian.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010

11 Tips Menghindari Marah

MARAH....“Saya seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”.

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Oleh : nina mazrina

Gula-gula PRK Batu Sapi mula ditabur?

Batu Sapi - Dewan Pemuda Pas Sabah berasa kesal dengan tindakan Barisan nasional yang
menjadikan taraf kewarganegaraan dan sijil kelahiran sebagai gula-gula untuk kempen politik mereka semata-mata, kata Ketua Penerangannya Salman Mohd Amin.

Menurut laman web kementerian Penerangan Malaysia, Majlis Penganugerahan Taraf
Kewarganegaraan dan Penyerahan Sijil Kelahiran Kepada Penduduk tersebut diadakan pada 3 November 2010 (Rabu)jam 8.00 pagi di Kawasan Flat MPS Karamunting, Sandakan oleh YB Dato' Lee Chee Leong, Timb Menteri Dalam Negeri.


Pemberian taraf kewarganegaraan merupakan hak dan kedaulatan negeri ini dan tidak boleh dijadikan bahan kempen politik semata-mata terutamanya untuk meraih undi.

Kata Salman, persoalannya mengapa pemberian tersebut baru sekarang diadakan ketika kempen pilihanraya sedangkan banyak lagi waktu yang sesuai untuk mengurniakan taraf warganegara kepada masyarakat Batu Sapi yang terlibat.

Selain menjadikan hak dan kedaulatan sebagai gula-gula pilihanraya, Bn sebenarnya telah menyalahgunakan hak dan kedaulatan negara ini sesuka hati mereka, tegas Salman.

Seharusnya, Bn yang menerajui kerajaan pada hari ini mengambil langkah menyelesaikan isu kad pengenalan yang menghimpit sebahagian masyarakat di Sabah sejak dulu lagi.

"Banyak lagi kes-kes kad pengenalan yang belum selesai akibat kegagalan Bn sebelum ini mengurus dan mentadbir dengan baik isu kerakyatan ini"

Penyalahgunaan kuasa ini telah mengakibatkan wujudnya sentimen berunsur negatif dikalangan masyarakat tempatan sedangkan isu ini berpunca daripada mereka (Bn) sendiri, ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi, isu kad pengenalan ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi
kerajaan Umno-Bn terus menjadikan kedaulatan negara dan rakyat negeri ini sebagai mangsa kepada cita-cita politik sempit mereka.

katanya lagi, seperti petua yang diambil dari Tuan guru Nik Aziz Nik Mat agar masyarakat di Batu Sapi mesti menjadi pengundi yang bijak.

"apa juga bentuk barang yang cuba diberikan kepada masyarakat Batu Sapi oleh Bn tidak perlu di tolak tetapi undi mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat"

PAS Berjaya Robohkan Tembok Penghalang Di bumi Sabah

Jefrey Kidung Benang lelaki berusia lebih separuh abad dari Merotai Tawau yang saya temui di Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah(HEMPAS) Ahad lalu adalah seorang penganut agama Kristian yang taat dan berstatus seorang paderi dari suku Dusun

Beliau bersama menantunya Robert Genggai adalah antara penggerak utama penduduk Merotai yang memperjuangkan hak mereka ke atas tanah yang diteroka lebih 30 tahun lalu yang kini dirampas secara rakus oleh kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Musa Aman.

Di dalam sebuah negeri yang dipimpin parti perkauman Umno Barisan Nasional, dan negeri yang menjadi tali hayat kepada Umno/BN,Perjuangan Parti Islam Semalaysia(PAS) tentu sekali sesuatu yang begitu asing bagi Encik Jefrey yang memilih DAP sebagai platform memperjuangkan haknya.Begitulah rata ratanya sikap rakyat Sabah yang ketandusan sumber maklumat semasa untuk lebih mengenali PAS yang sudah 20 tahun memerintah Kelantan tanpa seekarpun tanah rakyat dirampas.

Tetapi kesungguhan Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipimpin saudara Mazlan Aliman dalam menangani isu tanah telah berjaya merobohkan tembok penghalang untuk PAS mendekati rakyat dari negeri negeri Borneo yang terdiri dari berpuluh puluh suku kaum yang begitu berbeza dari Semenanjung Malaysia.

Kunjungan Mazlan Aliman bersama rombongan dari Lujnah Tanah PAS Pusat ke Merotai awal tahun lalu untuk melihat sendiri kesan kerakusan kerajaan Barisan Nasional ke atas tanah bumiputera Sabah itu telah membuka mata rakyat untuk lebih mendekati PAS.

Bagi Encik Jefrey beliau tidak berselindung lagi di hadapan siapa juga,dengan penuh bangga beliau berkata,”Darah daging yang berada dalam dalam tubuh badan saya adalah darah daging PAS”.Inilah ungkapan yang beberapa kali diucapkan beliau di hadapan penulis sendiri.Katanya beliau tidak pernah berselindung lagi walaupun di hadapan pemimpin atau penyokong Barisan Nasional.

Kunjungan Lujnah Tanah PAS telah membawa beliau ke tangga Parlimen seterusnya bertemu pemimpin negara termasuk Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang juga pemimpin dari Sabah,Nazri Aziz,ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat yang lain seterusnya penyerahan Memorandum kepada Perdana Menteri pada April 2010 .

Dalam ucapan Robert Genggai menantu kepada Jefrey yang diberi peluang berucap di Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah(HEMPAS) Ahad lalu,beliau sangat sangat menghargai kesungguhan PAS dalam membantu mereka.

Katanya tanpa bantuan daripada PAS beliau tidak tau mana pintu masuk ke Parlimen,mana tangga naik ke Parlimen,bagaimana hendak bertemu Menteri.Dalam kunjungan tersebut mereka juga dapat mengenali PAS dengan lebih dekat apabila dapat berkunjung ke Kelantan melihat sendiri kediaman Menteri Besar Kelantan yang begitu sederhana berbanding dengan rumah Musa Aman Ketua Menteri Sabah.

Sempena dengan himpunan HEMPAS yang dianjurkan PAS di Dewan Hokka Sandakan Ahad lalu yang dirasmikan sendiri Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Jefrey membawa bersama penduduk kampung dari Merotai ke himpunan bersejarah yang dihadiri lebih 2000 rakyat Sabah itu.

Sebahagian mereka yang hadir ke himpunan bersejarah tersebut datang seawal hari Sabtu dengan konvoi kereta dan bas dari seluruh pelusuk bumi Sabah menempuh perjalanan mencecah sepuluh jam melalui jalan jalan dari banjaran gunung ganang sekeliling bumi Sabah.

Seperkara yang perlu diketahui perjuangan PAS dalam isu tanah dan setinggan di Sabah bukanlah baru bermula pada tahun ini,tetapi telahpun dimulakan seawal kemunculan PAS di negeri ini pada tahun 1985.Inilah yang ditegaskan Hj Hamzah Abdullah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang bertanggungjawab membawa PAS Ke Sabah.

Namun mungkin disebabkan factor kekurangan tenaga serta sistem perhubungan di negeri Sabah yang begitu jauh ketinggalan ditambah dengan bentuk muka buminya yang bergunung ganang pasti sahaja menyukarkan sesiapa sahaja yang mahu menyampaikan mesej perjuangan kepada rakyat marahain yang tinggal di kawasan pedalaman.

Dengan pertambahan tenaga PAS di negeri Sabah ,moga sinar bulan purnama bakal menerangi negeri di bawah bayu ini.

Oleh: ARIS FEZUL BIN ISMAIL
SETIAUSAHA LUJNAH TANAH PAS PUSAT


Dari blog Tukul Besi

Pengundi muda tumpuan di Batu Sapi

SANDAKAN: Lagenda Batu Sapi, sejenis formasi batu yang kelihatan seperti seekor sapi berkaki tiga di muara sungai dekat sini, menjadi satu tarikan pelancongan di Sandakan.

Dalam satu perkembangan dilihat sebagai menguntungkan, ramai orang termasuk pemimpin dari seluruh negara, dijangka membanjiri kawasan indah ini sekurang-kurangnya untuk tempoh sembilan hari akan datang, bukan semata-mata untuk menikmati dan bercakap mengenai rahsia Batu Sapi yang berkaki tiga tetapi akan menumpukan perhatian kepada pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beberapa penganalisis politik menggelar pilihan raya ini sebagai ‘sailang’ atau pertempuran habis-habisan terutama bagi SAPP yang menaruh harapan menggunung agar presidennya Datuk Yong Teck Lee yang juga calon parti itu akan berjaya merampas kerusi itu daripada BN.

Mengakui pentingnya pengundi muda dalam menentukan kemenangan di Batu Sapi, Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan, berkata berdasarkan arah aliran politik semasa, generasi muda menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil, terutama selepas gelombang tsunami politik tanah air pada pilihan raya umum 2008.

“Kebanyakan mereka tidak sabar untuk mengundi pada pilihan raya kecil ini,” katanya kepada Bernama di sini. Sebaik sahaja selesai proses penamaan calon semalam, sesi kempen digunakan sepenuhnya oleh parti-parti yang bertanding untuk menarik pengundi.

Azman berkata adalah penting untuk rakyat terutama generasi muda untuk menyokong perjuangan BN melalui gagasan 1Malaysia yang menggunakan pendekatan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ kerana akan membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

“Dalam hubungan ini saya percaya pengundi muda pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong pembangkang.

“Pembangkang boleh bercakap macam-macam termasuk janji untuk mendapatkan kuasa politik autonomi tetapi akhirnya rakyat akan dapat melihat logiknya.

“Jika anda melihat di sekitar bandar Sandakan hari ini, anda akan perasan terdapat banyak kemudahan untuk pendidikan dan institusi akademik telah wujud, tidak termasuk rancangan yang sedang dilaksanakan untuk menubuhkan pusat Pelajaran Sandakan yang baru.

“Kemudahan pendidikan ini adalah bukti kukuh kerajaan BN serius untuk memperkayakan generasi muda melalui pembangunan sumber manusia,” katanya.

Azman, yang berada di sini untuk mengetuai Pemuda BN berkempen untuk calon parti itu, Datin Linda Tsen Thau Lin, menggariskan beberapa faktor kenapa rakyat terutamanya golongan muda dalam kawasan itu harus menyokong BN.

Ini termasuk usaha ikhlas BN dalam menyediakan dan membabitkan golongan muda dalam pendidikan serta program sosial dan politik malah melibatkan mereka dalam perbincangan mengenai dasar, katanya.

“Kerajaan BN amat komited untuk membina generasi pemuda yang dinamik dan progresif pada abad ke-21,” katanya.

Selain Tsen dan Yong, seorang lagi calon bagi kerusi itu ialah Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN dalam kemalangan jalan raya pada 9 Okt lepas. Chong adalah suami Tsen.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi berdaftar. Pengundian ialah pada 4 Nov ini. -nst

MUSA ENGGAN LAYAN CABARAN YONG

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai 'Sabah Untuk Orang Sabah' dan autonomi.

Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka.

Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti, 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu 'Sabah untuk orang Sabah' dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri.

Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkenaan berkata Yong sengaja memainkan isu berkenaan semata-mata untuk memancing undi supaya dia dapat menjadi ketua menteri.

"Siapa tidak kenal Yong Teck Lee. Semasa jadi Ketua Menteri Sabah, dia tidak pernah pun sebut autonomi. Bohong saja. Dia cuma mahu jadi Ketua Menteri. Saya mahu tanya, pernah dia datang ke mari (Kampung Karamunting) semasa dia Ketua Menteri?" katanya yang disambut dengan sorakan 'tidak'.

Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin.

Sehubungan itu Musa mengingatkan rakyat khususnya pengundi Batu Sapi supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Yong yang juga bekas ketua menteri kerana tujuannya cuma mahu mendapat kuasa.

Musa seterusnya berkata slogan 'Sabah for Sabahan' yang didendangkan Yong cuma bertujuan mengelirukan rakyat kerana sudah terbukti SAPP tidak membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat.

Menurut Musa slogan SAPP itu sama sekali berlainan dengan aspirasi kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberi peruntukan besar kepada Sabah kerana menyedari keperluan negeri kedua terbesar di negara ini.

Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, kerajaan pusat meluluskan RM15 bilion untuk pembinaan pelbagai infrastruktur ekonomi, sosial dan pendidikan untuk rakyat Sabah termasuk jalan raya, elektrik sekolah dan banyak lagi.

Musa berkata kerajaan juga sedang membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu.

Menurut Musa, Yong bukan sahaja gagal membela rakyat semasa beliau menjadi Ketua Menteri malah ketika memegang jawatan menteri dalam kabinet Sabah, dia juga gagal berbuat demikian. -sabahkini

[Video] Telefon Bimbit Sudah Ada Pada 1928?

Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi/kosmo


Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut

WawiBatuSapi2Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiaWawiBatuSapi2ng Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

“Semalam saya lewat, orang Sabah bilang ‘limpas’ pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

“Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela,” kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

“Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

“Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

“Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan,” jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

“Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

“Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi ‘slum area’ atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

“Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan,” kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai ‘penganggu’ Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

“Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini.

Oleh Dzulkarnain Taib (detikdialy)

Share Laman Photoshop

Assalammualaikum dan salam sejahtera, kali ini wak nak share laman berkenaan Photoshop ( PS ). Sumber diambil dari listing dari majalah PC. Kadang kala banyak borak pasal PS pun macam follow tema bulan photo pulak kat national geography di ASTRO... Selain rujuk pada laman web diposting ini, wak sarankan cari e-book free kat pakcik google atau dapatkan buku-buku rujukan PS di kedai berhampiran anda. Biar banyak sumber supaya mahir kemudian hari.

Okay lah, ni adalah senarai laman web yang wak maksudkan dan wak salin dari majalah PC #167. Harapan wak boleh membantu anda dan sebagai nota peribadi wak:-
Itulah sahaja laman yang wak maksudkan. Insya'Allah ada kekuatan untuk wak buat tutorial PS, wak akan buat diblog ini hasil garapan wak. Sekarang ni dok berani lagi, kang jadi ajaran sesat pulak. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan wak kali ini.

Wednesday, October 27, 2010

Batu Sapi: SAPP lebih popular dari PKR

Parti Progresif Sabah (SAPP) kini mendahului PKR dari segi populariti ketika bermula kempen pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi.

Parti itu mendapat sokongan moral apabila bekas presiden Pasok, Cleftus Mojingol dan juga anak saudara Allahyarham Mustapha Harun, pengasas Usno, menyertai parti pembangkang dalam satu majlis di Kampung Karamunting di sini semalam.

Calon Batu Sapi yang juga Presiden SAPP Yong Teck Lee, menyambut mesra ketibaan Cleftus dan Razak Abdul Salam di majlis itu.

Cleftus, tanpa parti buat masa ini selepas menerajui Pasok untuk beberapa tahun memberitahu FMT bahawa beliau menyertai SAPP kerana pendirian teguh parti itu untuk mendapatkan kuasa autonomi bagi Sabah.

"Saya akan menyertai SAPP secara rasmi malam ini untuk bersama pemimpin dan ahlinya untuk merealisasikan perjuangan yang dekat di hati saya sejak sekian lama saya berjuang dalam Pasok," katanya.

Anak saudara Mustapha, Razak mengucapkan penghargaan kerana menerima permohonannya untuk menyertai parti.

Kedua-dua mereka menerima sambutan hangat daripada tetamu, kebanyakannya orang-orang Islam, dengan tepukan gemuruh apabila nama mereka diumumkan oleh SAPP.

Terhakis imej sebagai parti Cina

Walaupun berciri pelbagai kaum, SAPP, sekian lama dikaitkan dengan pimpinan masyarakat Cina. Kini imej kecinaan itu semakin terhakis apabila ramai pemimpin Bumiputera menyertai parti itu.

Turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kewangan Sabah ketika era Berjaya, Mohd Noor Mansur dan bekas ketua cabang PKR Papar, Saidi Lampoh.

Terdahulu dalam ucapannya, Yong berkata, mereka yang menuduh SAPP sebagai pengacau dalam PRK Batu Sapi telah melakukan kesilapan.

"Kami bukan pengacau. Kami telah mengambil kira risikonya dan mendengar aspirasi daripada ahli di peringkat akar umbi sebelum membuat keputusan untuk bertanding. Keputusan pilihan raya pada 4 November ini akan menyokong hujah kami ini," katanya.

Para pemimpin PKR menuduh SAPP memecah undi kerana tidak mahu memberi laluan kepada PKR untuk bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Yong berkata, walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk "berkahwin" dengan PKR.

"Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak "berkahwin" dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.

Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?

"Lihat apa yang terjadi di lapangan terbang dua hari lalu apabila mereka bertumbuk sesama sendiri kerana merebut pencalonan," kata Yong.

"Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan menghormati orang-orang Sabah apabila mereka berkelakuan seperti ini?

"Adakah anda fikir Anwar akan menghormati kita pada masa depan apabila kita bergaduh sesama sendiri, hanya untuk mendapatkan pengesahan daripadanya?" soal beliau.

Ipar Tony Blair Masuk Islam

Adik ipar mantan Perdana Menteri (PM) Inggris Tony Blair, Lauren Booth, dikabarkan telah memeluk Islam. Hal itu dilakukan dia setelah mengalami semacam pengalaman suci di Iran.

Merujuk pada beberapa media di Inggris, adik ipar Tony Blair yang merupakan seorang jurnalis dan penyiar radio itu telah memutuskan untuk masuk Islam. Perempuan berumur 43 tahun tersebut memutuskan langkah pastinya itu pada 6 Ahad lalu.

Booth masuk Islam setelah mengunjungi makam suci Fatimah al Masumah di kota Qom. Adik dari istri Tony Blair, Cherie, ini dikabarkan sekarang ini sudah mengenakan jilbab. Hal itu dilakukan setiap keluar rumah. Ia juga sudah menjalan shalat lima waktu dan mengunjungi masjid setempat.

"Ini adalah malam Selasa dan saya duduk dan merasa ini suntikan morfin spiritual, hanya kebahagiaan mutlak dan sukacita," uajar Booth

Ketika kembali ke Inggris, adik ipar Tony Blair memutuskan memeluk Islam dengan segera. "Sekarang Saya tidak makan babi dan saya membaca Alquran setiap hari. Aku sedang di halaman 60."

"Saya juga belum pernah minum dalam 45 hari, periode terpanjang dalam 25 tahun. Hal aneh adalah bahwa sejak memutuskan untuk masuk Islam, saya tidak ingin menyentuh alkohol."

Blooth adalah kolomnis media-media Inggris, pengamat pers dan aktivis hak-hak asasi manusia. Hingga kini, Booth mempunyai kerjasama dengan media-media seperti New Statesman, Mail on Sunday, Sunday Times dan Daily Mail. Selain itu, saudari ipar Blair ini adalah penentang keras kebijakan perang Irak yang didukung penuh oleh Blair. Ia juga termasuk pendukung Aliansi Anti-Perang. Selain itu, ia saat ini menjadi presenter acara Remember Palestine di Press TV.

Pada Agustus 2008 ia pergi ke Gaza dengan menumpang kapal dari Siprus, bersama dengan 46 aktivis lainnya, untuk menyoroti blokade Israel atas wilayah itu. Dia kemudian ditolak masuk ke Israel dan Mesir.

Sebelumnya, Lauren Booth ikut serta dalam Hari Quds Dunia di Iran. Ia dalam buku terbaruya menyebut Blair sebagai pendukung Perang Salib baru moderen. Setelah menyaksikan parsitipasi luar masyarakat Iran pada Hari Quds Sedunia, Booth mengkritik habis buku terbaru Tony Blair, " A Journey." (IRIB/Republika/ AR)

Tuesday, October 26, 2010

BN yakin Batu Sapi dapat dipertahankan walaupun saingan sengit

SANDAKAN: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kawasan Parlimen Batu Sapi meskipun berdepan dengan saingan sengit daripada parti pembangkang.

Keyakinan berkenaan adalah disandarkan kepada rekod pencapaian BN sejak mewakili kawasan Batu Sapi, faktor calon serta usaha dan keseriusan BN melakukan transformasi parti berkenaan.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata kemenangan calon BN pada pilihan raya kali ini amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan mendiang Datuk Chong Ket Wah membangunkan kawasan Batu Sapi.

"Kita mintalah supaya kesinambungan (usaha membangunkan Batu Sapi) dan calon kita itu direstui oleh pengundi-pengundi supaya kita boleh membawa kemajuan dan menyambung segala rancangan pembangunan kawasan ini untuk kebaikan penduduk kawasan ini sendiri.

"Tentu sekali yang kita inginkan ialah wakil yang boleh membawa pesanan dan rayuan-rayuan penduduk di kawasan ini secara efektif untuk kemajuan penduduk di sini," katanya selepas majlis penamaan calon pilihan raya Kecil Batu Sapi di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

BN diwakili Datin Linda Tsen Thau Lin, manakala PKR dan SAPP masing-masing diwakili oleh Ansari Abdullah dan Datuk Yong Teck Lee.
Pairin juga menafikan dakwaan kononnya calon BN itu tidak tahu berbahasa Melayu, kurang pengalaman pentadbiran dan menganggap tuduhan berkenaan sebagai andaian semata-mata oleh pihak yang belum mengenali Linda.

Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Hussein pula menyifatkan pilihan raya kecil Batu Sapi sebagai satu ruang penting bagi BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu komited dan konsisten melakukan transformasi untuk bersama rakyat.

"Ini satu lagi ujian yang terpaksa kita lalui, InsyaAllah petanda-petanda awal daripada Umno khususnya bahagian-bahagian berdekatan, penerimaan kepada calon kita menunjukkan bahawa konsistensi kita, penerimaan kita kepada calon, sesiapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan akan mendapat sokongan yang padu," katanya.

Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, pula meminta pengundi menimbangkan tiga sebab mengapa mereka perlu memberi kemenangan kepada calon BN.

Faktor pertama, kata Dr Koh, ialah demi keharmonian dan kesinambungan pembangunan kawasan Batu Sapi kerana calon BN berkenaan akan mudah bekerjasama dengan wakil rakyat Karamunting dan Sekong yang masing-masing diwakili Gerakan dan UMNO.

Pemilihan Linda bukti komitmen BN untuk meningkatkan bilangan Ahli Parlimen wanita serta perwatakan beliau sendiri sebagai seorang yang dihormati, jujur dan merendah diri adalah satu kelebihan.

Timbalan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, hasil pemerhatian terhadap pengundi Batu Sapi mendapati pengundi kawasan berkenaan bersemangat untuk menyokong calon BN.

Menurut Razali sokongan pengundi kawasan berkenaan kepada BN bukan atas faktor emosi atau tetapi sokongan tulen yang didasarkan kepada kemahuan mereka untuk melihat BN memperbaiki kelemahan mereka.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap SAPP sebagai pengacau kerana turut bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi.

Katanya, pengundi kawasan Batu Sapi perlu memilih PKR yang mewakili pakatan pembangkang yang juga pembangkang sebenar untuk menghadapi calon BN.

"Peluang kita menang dalam mana-mana pilihan raya kecil berbanding dengan segala kekuatan yang dimiliki BN memanglah tidak mudah tetapi di Sibu (Sarawak) kita telah beroleh kemenangan," katanya selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Batu Sapi di sini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pakatan pembangkang belum dapat menentukan sama ada SAPP akan menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, katanya, PAS tetap akan menggerakkan jenteranya dalam kempen pilihan raya berkenaan bagi memenangkan calon pembangkang yang diwakili calon PKR.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw pula berharap pengundi Batu Sapi akan memberi peluang kepada calon PKR untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat bagi menyuarakan permasalahan mereka. - BERNAMA

Friday, October 22, 2010

RASIONALNYA SAPP BERTANDING DI BATU SAPI?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDyBKX6aXjtcw1TkmJ0YwDoK457k0M73TbHLpedRSot2v_PUh2gPCaXcBsWdYZ2tJR5SvMOzbftdLERxJ0b424b1AWwxmwmY8QZ8uCgGPfe5DZI3Bop4bT13QKpQiESkyYxk_7qJoMoQ0i/s400/sapp

NAMPAK gayanya PRK Parlimen Batu Sapi sudah tidak dapat dielakkan lagi untuk barisan pembangkang SAPP dan PKR untuk bertembung sesama sendiri selain BN yang mempertahankan kerusi itu yang kosong berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

Meskipun pucuk kepimpinan PKR terutamanya, de’facto Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen dua hari lepas mengesahkan bahawa PR memberi mandat kepada PKR untuk meletakkan calonnya pada PRK Parlimen Batu Sapi, namun beliau (DSAI) masih mengharapkan agar SAPP turut memberikan laluan kepada PKR.

Manakala di suatu pihak kepimpinan SAPP sudah membuat kata putus menerusi mesyuarat Ahli Majlis tertinggi parti bahawa SAPP tetap akan meletakkan calonnya di PRK Parlimen Batu Sapi atas kehendak dan restu semua peringkat kepimpinan terutamanya di peringkat akar umbi SAPP, khususnya di Parlimen Batu Sapi.

Berdasarkan fakta dan rekod, pengundi Melayu agak menonjol sebagai pengundi majoriti di kawasan itu dengan mencecah lebih 60 peratus, namun pengundi Cina turut mengekori jumlah peratusan tersebut tetapi jika dikira secara rawak, perolehan sokongan pengundi Melayu antara pembangkang dengan BN akan melihat lebih menonjol kira-kira 40 peratus berpihak kepada BN.

Manakala pengundi Cina dan bangsa lain sudah pastilah akan berpihak kepada SAPP jika mereka dapat menonjolkan seorang calon dari kalangan pemimpin Cina yang dikenali di situ serta digeruni kewibawaannya. Perkiraan ini berlandaskan keputusan perolehan undi yang diperolehi pada PRU12 mengikut keputusan daerah-daerah mengundi.

Sekiranya perkiraan ini akan menjadi trend, sudah pastilah SAPP paling layak bertanding di kawasan tersebut berdasarkan fakta perkiraan sokongan walaupun belum ada kepastian yang jelas daripada sentimen para pengundi Parlimen Batu Sapi, namun maruah dan objektif perjuangan SAPP sebagai sebuah parti pembangkang tempatan; tidak boleh tidak untuk menidakkan kehendak rakyat atau mengalah begitu sahaja.

Sedangkan, rakyat yang selama ini telah meletakkan parti itu sebagai suatu sandaran bagi rakyat pelbagai kesukuan dan agama dalam memburu keadilan dan demokrasi yang semakin terhakis, termasuk usahanya memulihkan kuasa autonomi di Sabah jika SAPP terus diberi mandat oleh rakyat Sabah pada PRU13 kelak.

Apa pun, barisan pembangkang terdiri daripada PR dan SAPP dan kemungkinan Parti Bersekutu tidak perlu menghukum SAPP sebagai tidak berkerjasama mahu pun menikam kawan dari belakang atau mungkin SAPP dilabel sebagai bersekongkol dengan BN sebagai ejen pemusnah PR di Sabah.

Ungkapan tersebut tidak seharusnya timbul kerana dalam perjuangan yang melibatkan kepercayaan rakyat, demi negeri dan Negara, sudah pasti ia bukan trend bagi pemimpin-pemimpin sesebuah parti politik yang berfikiran matang bertindak sedemikian rupa, lebih-lebih lagi tunggak kepimpinan SAPP yang dipenuhi para pemimpin yang matang dan berpengalaman.

Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan pemimpin yang serba boleh kerana boleh berinteraksi dengan semua kaum di negeri ini tanpa mengira anutan agama, malah beliau merupakan seorang pemimpin yang berani serta lantang menyuarakan sesuatu isu yang tidak disenangi rakyat Sabah termasuk pengabaian kandungan 20 Perkara.

Beliau yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ketika dalam kerajaan BN (sistem penggiliran) banyak membuka ruang perniagaan khusus untuk masyarakat Bumiputra, penempatan masyarakat Murut yang tidak bertanah dalam hutan simpan kerajaan FMU, malangnya baru-baru ini semua rumah yang ada di FMU diroboh kerajaan dan dibakar, manakala penghuninya diusir keluar.

Rakyat Sabah percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti para pengundi akan faham bahawa hanya dengan memperkasakan perjuangan mereka menerusi parti pembangkang untuk memulihkan maruah dan ketidak senangan hati mereka terhadap kepimpinan kerajaan BN sekarang yang semakin menjadi-jadi akan dapat dihancurkan.

Rakyat telah sedar dan faham bahawa PRK Parlimen Batu Sapi bukanlah dapat merobah corak pemerintahan kerajaan di Sabah mahupun di Malaysia, tetapi dengan bakal kekalahan BN di Parlimen Batu Sapi melalui PRK ini, dunia dan rakyat Malaysia akan mengerti bahawa rakyat sudah mula menunjukkan taring untuk mengambil alih teraju kerajaan dari kebuasan BN pada PRU13.

Oleh: PAK MAIL (sabahkini)

Komputer riba Apple paling nipis



Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: "Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya."

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.

Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. - Agensi

Dr Zulkefli calon PAS di Galas

Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon. -MK

Wednesday, October 20, 2010

Kuda Bertanduk Ditemui Di Kanada?

Ontario - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.

Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.

"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.

"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu

Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai. - Agensi

Batu Sapi: PKR akan wakili Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November in akan diwakili oleh calon daripada PKR.

Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berharap sebuah lagi parti pembangkang di Sabah - Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

“Pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili Pakatan dan kita akan umumkan (berhubung siapa calonnya) tidak lama lagi.

“Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu akan bertanding bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.

Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getir bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.

Anwar yang membuat pengumuman di lobi parlimen hari ini berkata keputusan menyerahkan kerusi Batu Sapi kepada PKR dicapai pada mesyuarat Pakatan Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu.

Meskipun calon dari PKR itu belum dikenalpasti tetapi beberapa nama disebut-sebut sebagai mereka yang layak. Antara mereka ketua PKR Sabah - Ahmad Thamrin Jai, pengerusi cawangan Tuaran - Ansari Abdullah dan ketua cawangan Batu Sapi yang baru dilantik - Hasnar Ibrahim.

Pada sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan yang lain, Anwar juga mengumumkan bahawa ahli parlimen Kota Kinabalu dan pengerusi DAP Sabah Hiew King Cheu (kanan) dilantik mengetuai kempen mereka di Batu Sapi.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. -MK

Musa sebagai pengarah Pilihanraya BN Batu Sapi

Pelantikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batu Sapi, Sabah merupakan pendekatan baru yang mampu memberi kelebihan kepada parti, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.

Berdasarkan pengalaman Ketua Menteri Sabah itu, beliau yakin jentera BN akan ditadbir dan diurus dengan baik bagi membolehkan kerusi Parlimen itu kekal milik BN.

“Itu satu perkembangan yang baik… saya percaya BN telah mengambil kira pelbagai faktor dalam berdepan pilihan raya kecil ini. Melantik orang tempatan (Musa) sebagai pengarah pilihan raya kecil itu satu kelebihan kepada BN dan ia merupakan pendekatan baru yang kita lakukan di bawah tranformasi parti,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mengumumkan pelantikan Musa sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Musa akan dibantu Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada BN dalam nahas jalan raya pada 9 Okt lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Okt sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 4 Nov.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika mengulas perkara sama berkata pergerakan itu akan memberikan sokongan padu kepada Musa dalam menerajui jentera pilihan raya BN.

“Kita mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Musa Aman sebagai pengarah pilihan raya BN di Batu Sapi dan dengan kerjasama daripada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, saya percaya ia akan memudahkan gerak kerja jentera BN sekaligus mampu memberi kemenangan kepada BN,” katanya.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, yakin BN mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi itu.

Pengerusi Tetap Umno Datuk Paduka Badruldin Amiruldin berkata pelantikan Musa sebagai pengarah pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tepat dan akan memudahkan beliau memahami dan menyelesaikan masalah rakyat setempat. -NST

PKR, SAPP tak beri laluan di Batu Sapi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi bulan depan, walaupun Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang negeri itu, sudah mengesahkan akan bertanding mencabar Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusan parti itu di Lobi Parlimen semalam, sebaliknya berharap SAPP memberi laluan kepada PKR untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Pada satu mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, pemimpin pakatan pembangkang memutuskan memberi peluang kepada PKR bertanding pada pilihan raya kecil 4 November ini. Kita akan mengumumkan nama calon dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, sebelum ini berkata, partinya melihat kewajaran bertanding kerana perlu memenangi kerusi majoriti pengundi Bumiputera yang merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar serta pulau dan akan mengumumkan calonnya 23 Oktober ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu. Kelmarin, BN Sabah sepakat memberi laluan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) meletakkan calonnya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi. -BH

AGM Umno: 1Malaysia atau Ketuanan Melayu?

Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli.

Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison
d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, beberapa perwakilan secara peribadi telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap logo besar 1Malaysia yang dipasang di sekitar tempat perhimpunan itu atau bendera parti dalam bentuk logo 1Malaysia.

Para pemerhati kini menunggu untuk melihat sama ada para perwakilan akan mengikut isyarat ibupejabat parti dan menampilkan konsep 1Malaysia, dan bukannya retorik tradisinya - Ketuanan Melayu.

Rungutan terhadap konsep 1Malaysia agak tenang, kecuali beberapa kritikan menyengat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi Najib percaya bahawa konsep 1Malaysia adalah kritikal dalam perancangannya untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan
datang.

Para perwakilan juga diharapkan menyentuh pelbagai rancangan besar kerajaan, khususnya Model Baru Ekonomi (MBE), yang mahukan dasar tindakan afirmatif dihapuskan secara berperingkat.

Walaupun MBE disokong oleh unsur-unsur liberal dalam Umno kerana ini akan menggalakkan dayasaing, sejarah telah menunjukkan bahawa majoriti penyokong setia Umno tidak akan senang terhadap sebarang usaha untuk menggangu-gugatkan tindakan afirmatif itu.

Dalam jangka pendek, para perwakilan dan pemimpin parti dijangka berusaha untuk menaikkan moral ahli dan parti, menjelang pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan serentak pada 4 November.

Walaupun kedua-dua pilihan raya keci litu tidak terlalu penting, tetapi kemenangan di Galas boleh dianggap sebagai titik permulaan dalam usaha Umno untuk merampas Kelantan dari PAS, yang menguasai neger iitu sejak 1990.

Dapatkan Khairy bertahan?

Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno pula, perwakilan dijangka membentangkan 'kad laporan' masing-masing terhadap prestasi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy (kanan), yang terpilih sebagai ketua Pemuda Umno Mac tahun
lalu, telah menjadi juara konsep 1Malaysia dan telah beralih jauh daripada pendekatan keras komunal seperti yang diamalkanm pemimpin terdahulu pergerakan itu.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, Khairy dengan tegas menggesa anak buahnya supaya "mengetepikan" mentaliti 'Ketuanan Melayu' dan
digantikan dengan idea 'kepimpinan Melayu'.

Menurutnya, ini akan membantu pergerakan itu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain dan membina hubungan yang kuat dengan akan parti komponen dalam BN.

Perhimpunan agung Umno bermula malam ini dengan perasmian serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiga sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua masing-masing esok.
'
Perdana Menteri Datuk Tun Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan presiden pada hari Khamis. Ini akan diikuti dengan perbahasan perwakilan yang akan berakhir pada hari Sabtu. -MK

Tragedi Bot Karam Di Tatau, Sarawak

BINTULU: Dua lagi mayat tragedi bot ekspres karam selepas berlanggar dengan tongkang di hulu Sungai Anap Tatau petang semalam, ditemui hari ini, menjadikan jumlah yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sehingga kini ialah enam orang.

Kedua-dua mayat wanita itu, seorang daripadanya dikenali sebagai Bermas anak Nyuin, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar Sungai Kakus di Ulu Tatau, kira-kira 60 kilometer dari sini.

Mayat pertama ditemui pada pukul 1.30 petang manakala satu lagi mayat ditemui kira-kira setengah jam selepas itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohmad Salleh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, bot ekspres yang dalam perjalanan dari Pekan Tatu ke Hulu Kakus terbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak. Bot itu bertolak dari Pekan Tatau pada pukul 1.30 petang.

Empat mayat ditemui petang semalam, iaitu bayi berusia lima bulan Jennifer Yak; dua lelaki dewasa iaitu Wong Siew Guan, 21; dan Wilfred Ukir Salleh, 56; serta seorang wanita Meas anak Renggan, 75.

Tujuh belas penumpang termasuk empat kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun selamat.

Mohmad berkata setakat ini operasi mencari dua lagi mangsa yang dilapor hilang diteruskan oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada 47 pegawai dan anggota dari Pejabat Daerah Tatau, polis, pasukan bomba dan penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Antara yang masih hilang ialah pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka berusia tiga tahun.

"Setakat ini, kami mengenalpasti 21 penumpang dalam bot itu. Tetapi jumlah sebenar penumpang tidak boleh dipastikan sekarang kerana bot itu mengambil penumpang sepanjang perjalanan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sehubungan itu, polis meminta penduduk di kawasan itu yang kehilangan anggota keluarga supaya membuat laporan polis dengan segera dan polis juga meminta pemimpin masyarakat setempat membantu dalam usaha itu.

Mohmad berkata kejadian berlaku apabila bot ekspres "Liang Yu" yang boleh memuatkan 50 penumpang, dari pekan Tatau cuba memotong sebuah tongkang yang menarik baj kosong berhampiran Kem Pembalakan Kelebu.

"Ketika cuba memotong tongkang itu, pemandu bot ekspres terbabit hilang kawalan apabila ia tersangkut dalam tali yang menarik baj menyebabkan baj itu melanggarnya dari belakang mengakibatkan bot itu terbalik," katanya sambil menjelaskan bot itu mempunyai jaket keselamatan.

Beliau berkata pemandu bot berusia dalam lingkungan 60-an kini ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, anggota keluarga mangsa yang masih hilang berada di kawasan kem itu dan ada antaranya yang menyertai usaha mencari dan menyelamat dengan bot panjang mereka.

Seorang daripada mereka Dina anak Nyuin, 25, berkata kakaknya bersama abang ipar dan anak perempuan mereka adalah antara yang masih hilang manakala mayat seorang lagi kakaknya, Bermas, ditemui hari ini. - BERNAMA