Saturday, December 31, 2011

Perang dingin meletus dalam UMNO

Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.

“Saya tidak tahu menahu kecuali apa yang say abaca dlam blog. Saya akan lihat perkara ini. Apa jua yang dikaitkan kepada sesiapa yang berada dalam jabatan saya, saya akan lihat kepada perkara itu.” Muhyiddin memberitahu wartawan Selasa lalu.

Pendedahan atau permulaan perang?

Seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan telah menerima lebih RM 100 000 sebulan untuk sumbangan.

Pendedahan ini juga adalah menyusuri laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang.

Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau dan menjelaskan bahawa ia adalah untuk program kebajikan di Bachok di mana beliau adalah ketua bahagian UMNO di sana.

Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka.

Itu untuk ini

Najib telah dipersalahkan mengenai perang yang sekarang tercetus dalam UMNO selepas kumpulan beliau mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC.

Mereka juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden tahun depan.

Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu.

Tapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama UMNO bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan UMNO dengan lebih cepat.

-DD

JPN : Pengeluaran MyKad Baru Bermula Selasa Depan

http://2.bp.blogspot.com/_XTDZOyww9hQ/TTKijRWwslI/AAAAAAAAAg0/DX-Z76PXHLE/s400/Jawatan%2BKosong%2BJabatan%2BPendaftaran%2BNegara%2BMalaysia.gifJabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari.

Katanya, orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

"MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

"Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. Jariah berkata, JPN yakin pengeluaran MyKad aru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Beliau juga berkata, MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.

Jariah turut menjelaskan, cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Jan), Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Baru (20 Jan), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain (7 Feb) serta cawangan di Wilayah Persekutuan (15 Feb). "JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya.

Mudahnya Kutip Sampah Di Sabah?

WALAUPUN pilihanraya masih jauh dan misteri, namun tugas Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah semakin mudah kerana pemimpin sampah sarap yang sebelum ini tenggelam mula timbul di permukaan gelombang politik Sabah.

Artikel Jikirun Yusman bertajuk ‘Lajim, dari Sampah Kepada Sampah’ begitu menarik minat saya untuk memperkatakan isu pemimpin ‘sampah’ di persada politik di Sabah; terutama di dalam Parti Komponen seperti LDP, MCA, Gerakan, PBRS, PBS, UMNO, PBS dan UPKO.

Pemimpin BN seperti Lajim, Chin Su Phin, Dr Maximus Ongkili, Abdul Rahman Dahlan, V.K.Liew, Joseph Kurup, John Teo Mau Sing, Raymond Tan, Au Kam Wah, Peter Pang, Zakaria Edris, Rahim Ismail, Suhaili Said, Nilwan Kabang dan sebagainya adalah contoh pemimpin Sampah di Sabah yang mula timbul tenggelam setelah menyedari kerusi mereka mula panas akibat perebutan politik dan rakyat mula menolak kepimpinan mereka.

Lajim yang menjadi sampah terapung dan Chin Su Phin yang disifatkan sebagai ‘tahi timbul’ kerana menjadi ‘buangan politik’ (Political Reject) adalah contoh pemimpin ‘Desperado’ yang boleh dilihat dengan jelas kerana mempunyai agenda politik tersirat masing-masing.

Penderhakaan berterusan Lajim terhadap pengundinya wajar ditebus dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Ahli Parlimen Beaufort, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort kerana secara terang-terangnya mula melakukan protes terbuka terhadap kepimpinan UMNO Sabah melalui penubuhan Sabah People Front (SPF) yang semakin hangat diperkatakan.

Lebih lama beliau berada di dalam Kerajaan dan UMNO; akan menyebabkan tekanan dan agitasi politik semakin memuncak bagi memastikan Lajim tidak lagi tercalon mewakili BN pada pilihanraya umum akan datang.

Sehubungan itu, Lajim menggunakan kedudukannya di dalam PERKIM untuk bergantung tali hayat kepada Dr Mahathir selaku Yang Di Pertua PERKIM untuk memujuk Najib agar mengekalkan beliau sebagai calon di Parlimen Beaufort, namun hasratnya hanya impian kosong yang tidak mungkin terlaksana.

Semoga doa rakyat yang teraniaya oleh tindak-tanduk pemimpin sampah selama ini akan dimakbul Illahi dan mengurniakan mereka pemimpin baru yang memahami hasrat dan prihatin terhadap kesusahan mereka.

Salam Hormat,

ASNIH HAJI KARIM

Warisan Harta Against The MAS Plans

WARISAN Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB), the State Government's fully-owned investment arm which acts as Malaysia Airlines System Berhad's (MAS) minority equity shareholder, on Wednesday voiced its disagreement to the national airline company's rationalisation plan that involves Sabah.

Sharing the general public view in Sabah that MAS should do its social obligation and prioritise on this more than its commercial ambition, it urged the Federal and State Governments to play their roles to find a much better alternative to address this issue.

Its Chairman Datuk Haji Ramlee Marahaban was responding to MAS' decision to suspend temporarily the twice-weekly Kota Kinabalu-Osaka service from Jan 6, thrice-weekly Kota Kinabalu-Perth from Jan 31, four times weekly Kota Kinabalu-Haneda from Feb. 1 and four times weekly Kota Kinabalu-Seoul from Feb. 21.

These are in addition to MAS' rationalisation exercise involving eight routes of its international network announced last week.

He said WHSSB viewed the decision made by Khazanah Nasional Berhad, as the Federal Government's investment arm and the biggest shareholder in MAS, to implement a share swap with Tune Air Sdn Bhd as just to protect the commercial interests of both airline companies because it was made without seeking the view of WHSSB which represented the State Government (minority shareholder).

For the consumers and business people in Sabah, he said, the decision to suspend the said international flight services by MAS is very frustrating and feared this would affect not only investment activities but also tourist arrivals as well as the interest of foreign airlines to land at Kota Kinabalu International Airport.

He said this will also affect the West-East Malaysia national integration mission and objective, as both MAS and AirAsia without any healthy competition between them would only pursue their commercial objective alone and no more prioritise on social obligation.

"I believe the objective of national integration is still relevant and not old-fashioned," he said, in a statement.

Ramlee, who is also Bugaya Assemblyman, suggested that Sabah and Sarawak State Governments have a re-look at rationalising the roles of MASwings and Sabah Air Sdn Bhd with an objective to merge both into one entity to cater to the domestic and Brunei, Indonesia, Malaysia and Philippines - East Asean Growth Area (BIMP-EAGA).

"This should be looked at seriously by MAS, as the proprietor of MASwings, because the company belongs to Malaysians and should not be simply handed over just for the commercial interests of certain individuals," he said.

-Sabahkini

Ujian Dara: Samira Bongkar Rahsia Tentera Mesir

Kaherah: Seorang wanita Mesir yang menuduh tentera mencabul kehormatan tahanan wanita di penjara kini dianggap 'hero' kaum Hawa di negaranya selepas mahkamah mengarahkan tentera menghentikan amalan itu yang dilabel 'ujian kononnya untuk menentukan seseorang masih dara atau tidak.'

Kes itu difailkan Samira Ibrahim (gambar), 25, yang mendakwa dipaksa tentera untuk menjalani ujian itu pada 9 Mac lalu selepas dia ditahan semasa menyertai protes di Dataran Tahrir.

“Kes ini adalah untuk semua wanita Mesir, bukan saja saja. Saya rasa amat kecewa. Saya dicederakan dan tidak menyangka askar boleh bertindak begitu. Satu perkara yang diberitahu ayah saya ialah hanya undang-undang akan membantu kamu,” katanya.

Pengurus pemasaran itu mendakwa menerusi video YouTube dikenakan kejutan elektrik atas tuduhan menjadi pelacur. Dia diarah menanggalkan pakaian di depan askar dan diperiksa oleh lelaki di hadapan sekumpulan anggota tentera yang mentertawakannya.

Doktor tentera yang menjalankan ujian itu kini berdepan dengan perbicaraan pada 3 Januari depan di mahkamah tentera, menurut stesen televisyen kerajaan.
Jeneral yang memerintah menafikan anggota tentera menjalankan ujian itu dan tidak meminta maaf.

Ketua perundangan tentera, Jeneral Adel el-Mursi, berkata penghakiman itu tidak boleh dilaksanakan kerana tentera tidak menjalankan ujian dara secara paksa, menurut laporan agensi berita MENA.

Seorang lagi jeneral yang enggan disiarkan namanya dipetik sebagai berkata ujian itu dijalankan hanya untuk melindungi tentera daripada tuduhan merogol.

Minggu lalu, tentera mengumumkan penyiasatan terhadap insiden itu. Organisasi hak asasi manusia pula percaya, banyak lagi ujian seumpama itu dilakukan askar.

“Mahkamah mengarahkan pelaksanaan prosedur ujian dara terhadap gadis dalam tahanan tentera dihentikan,” kata hakim Mahkamah Pentadbiran Kaherah, Aly Fekry sambil disambut tepukan gemuruh orang awam yang mendengar keputusan itu.

Samira adalah seorang daripada tujuh wanita yang mendakwa mereka diarah menjalani ujian itu selepas ditahan tentera.

Pengurusan jeneral ketenteraan dalam kerajaan peralihan negara itu mengundang kritikan hebat daripada aktivis hak asasi tetapi laporan layanan buruk wanita di tangan askar ketika ditahan meningkatkan kemarahan rakyat Mesir.

Antara contoh kekerasan terhadap wanita berlaku baru-baru ini apabila tentera dirakam menarik rambut seorang wanita tidak bersenjata, memukulnya hingga menyebabkan colinya kelihatan. – Reuters/Agensi

Kisah Nenek Buta Tetapi Hatinya Celik

Besut: Seorang wanita cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79, layak digelar ‘warga emas super’ apabila masih mampu melakukan rutin harian tanpa mengharapkan bantuan.

Warga emas itu bukan saja mampu memasak, membasuh dan mengemas rumah, malah boleh melakukan kerja berat yang tidak terdaya dilakukan orang celik seperti memanjat pokok kelapa.

Keistimewaan Mek Long itu menjadikannya kebanggaan penduduk yang menganggapnya wanita luar biasa.

Mek Long yang tinggal bersama suami ketiga, Hassan Awang, 69, di Kampung La, Hulu Besut, di sini, berkata, dia tidak memiliki rahsia atau mengamalkan petua, sebaliknya menganggap ia anugerah Allah.

“Kita kena kuat semangat dan rajin usaha. Seumur hidup, saya tak pernah minta bantuan orang. Saya bersyukur Allah beri saya hati yang terang.

“Sejak muda hingga sekarang, saya buat kerja termasuk jual sayur dan pucuk paku di Pasar Jertih, berkebun dan cari kayu api di hutan. Semuanya buat sendiri.

“Cuma sejak diserang asma, saya tak buat kerja itu lagi dan banyak berehat di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

KEMAS...Mek Long mengemas rumah sambil ditemani Hassan.

Mek Long yang menghidap asma sejak tujuh bulan lalu berkata, walaupun tidak boleh melihat, namun dia boleh membezakan antara siang dan malam, malah mengetahui tiba waktu solat hanya berpandukan suara ayam berkokok.

“Biasanya jika masuk waktu Subuh, ayam berkokok sekali manakala jika waktu Zuhur, ayam berkokok dua kali berturut-turut.

“Jika waktu Asar pula, ayam berkokok tiga kali berturut-turut. Jika waktu Maghrib, ayam berkokok di bawah rumah,”
katanya.

Sementara itu, adik Mek Long, Azizah Salim, 66, berkata, dia bangga mempunyai kakak luar biasa dan menganggap semua itu anugerah Allah yang tidak ternilai.

“Hati dia terang walaupun tidak nampak, tetapi kehidupannya sama seperti orang celik. Tidak hairan kerana apa yang berlaku kuasa Allah,” katanya.

Azizah yang tinggal bersebelahan rumah Mek Long berkata, kakaknya itu tidak pernah meminta bantuannya, sebaliknya melakukan semua kerja sendiri termasuk menguruskan keperluan suami yang juga buta.

“Tanggungjawab terhadap suami dilakukannya sama seperti wanita celik lain. Dia bukan saja memasak, mencuci atau mengemas rumah, tetapi boleh membeli barangan keperluan harian sendiri.

“Orang kampung sudah biasa dengannya, tetapi kalau orang tak biasa tengok, mesti ingat dia celik. Dia berjalan laju, tak macam orang buta.

“Jika terlajak lorong rumah penduduk kampung yang dia nak pergi, dia akan berhenti dua atau tiga saat dan berpatah semula sebelum masuk ke lorong rumah berkenaan,”
katanya.

Menurutnya, kakaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak pernah mengabaikan solat sejak kanak-kanak hingga sekarang selain penyabar.

“Walaupun tidak nampak tetapi boleh membezakan antara malam dengan siang.

“Pernah ketika bersembang bersama jiran, tiba-tiba dia memberitahu kami ketika itu sudah masuk waktu sembahyang sama ada Zuhur, Asar atau Maghrib. Biasanya selepas dia kata begitu, selang beberapa minit kemudian azan berkumandang
.

“Pernah juga pada Ramadan, dia mengejutkan saya untuk bersahur,” katanya.

Azizah berkata, Mek Long ketika kanak-kanak seorang yang celik, tetapi penglihatannya kabur sedikit demi sedikit sebaik memasuki zaman remaja.

Katanya, penglihatan wanita berkenaan hilang sepenuhnya selepas beberapa bulan berkahwin dengan lelaki celik dari kampung sama ketika berusia 27 tahun.

“Masa baru kahwin, dia ‘buta ayam’ tetapi beberapa bulan selepas itu terus tidak nampak,” katanya.

Azizah berkata, Mek Long dan suami mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 seorang bagi menampung kehidupan mereka.

“Sejak sakit, saya bimbang terjadi apa-apa kepadanya dan sentiasa berdoa semoga Allah melindunginya dan suami,” katanya. -hm

Politik Malaysia 2011: 10 pemain dan isu utama

http://allblogtools.com/imgup/10-2009/blogger-facebook-share.jpgTahun 2011 mencatat sejarah sebagai tahun yang penuh drama, disebabkan sebahagian besarnya oleh Pilihan Raya Umum ke-13 yang dirasakan semakin hampir. Medan politik negara tidak pernah sunyi dengan peristiwa panas dan kontroversi. Berikut 10 pemain dan isu utama politik Malaysia sepanjang 2011 berdasarkan penilaian SiasahDaily.

1. Bersih 2.0
Gerakan yang paling mendapat perhatian di dalam dan luar negara selepas perhimpunan pada 9 Julai berjaya diadakan walaupun berdepan tekanan pemerintah. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dapat dilihat tertekan ekoran kejayaan Bersih kedua, walaupun jauh sedikit berbanding penyertaan Bersih pertama pada 2007.

2. NFC dan Shahrizat
Datuk Seri Shahrizat Jalil ditekan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri ekoran terdedahnya kaitan suami beliau dengan National Feedlot Corporation. NFC mencetuskan kebimbangan Umno disebabkan tekanan kuat dicetuskan oleh skandal itu. Shahrizat berpotensi tersingkir daripada kedudukannya akibat terpalit skandal itu, ketika Najib mula bercakap dan menekankan keperluan Umno meletakkan winnable candidates dalam pilihan raya akan datang.

3. Penyebaran Kristian
Kontroversi tercetus ekoran siasatan pihak berkuasa agama Selangor ke atas sebuah gereja Metodis di Petaling Jaya, dan menemui bukti-bukti jelas penyebaran agama Kristian ke atas orang Muslim. Kejadian di negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat memberi implikasi negatif kepada gabungan itu terutama PAS. Tindakan Datuk Dr Hasan Ali, exco kerajaan daripada PAS mempertahankan tindakan siasatan itu mencetuskan reaksi negatif terhadapnya.

4. Bob Lokman
Bob Lokman menyertai PAS di Kedah semasa perhimpunan pemuda parti itu, dan terus aktif berkempen untuk PAS. Terbaharu, beliau muncul dalam video pendek Oley! bersama beberapa pemimpin Pemuda PAS termasuk Ketua Pemuda Nasrudin Hassan. Turut mencetus kontroversi dengan pihak berkuasa agama Selangor kerana ceramah tanpa tauliah. Mengatasi Lisa Surihani yang menerima anugerah Pergerakan Puteri Umno dari segi liputan dan perhatian ramai.

5. Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menjadi ahli politik paling berjaya memulihkan imej sepanjang 2011. Najib berusaha kelihatan cool dengan aktif dengan media sosial Facebook dan Twitter, bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, mengumumkan pemansuhan ISA dan membentangkan belanjawan yang memberi keyakinan kepada pemerintah untuk memenangi semula hati rakyat.

6. Pena, Interlok dan bahasa Melayu
Isu novel Interlok yang ditolak oleh penentangnya kerana dianggap rasis menjadi senjata menyerang pemerintah dikuasai parti Melayu, Umno. Terbaharu, novel tersebut diganti dengan novel lain, pada masa sama Persatuan Penulis Nasional (Pena) menyambut ulang tahun ke-50 dan diberi habuan RM1 juta oleh kerajaan. PPSMI yang diperjuangkan Pena juga masih dikekalkan.

7. Himpun
Gerakan masyarakat Muslim Himpun bergerak lebih aktif ekoran aktiviti penyebaran Kristian yang dilihat berleluasa, terutama ekoran peristiwa gereja Metodis di Selangor. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS menjauhkan diri daripada gerakan itu, walaupun menerima sokongan moral beberapa pemimpin pemuda parti itu. Himpun dilihat berkemampuan untuk menjejaskan sokongan orang Melayu Muslim kepada PR yang kelihatan tidak membela kepentingan Islam.

8. Anwar
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berjuang untuk mengetuai Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya - yang gagal dilaksanakan pada 2008 - sepanjang 2011, tahun yang menyaksikan keyakinan terhadapnya semakin terhakis sehingga ada kalangan pemimpin PR menemui Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertindak sebagai pelan B. Anwar walau bagaimanapun tidak membenarkan perhatian beralih daripada dirinya, dan terus mendapat perhatian sepanjang 2011, tahun video seks dikaitkan dengannya disebarkan.

9. Seksualiti Merdeka
Seksualiti Merdeka, gerakan perjuangan hak gay mengejutkan negara apabila secara terbuka mempromosikan aktiviti tahunan pada November lalu. Penglibatan Datuk Ambiga Sreneevasan menarik perhatian musuh politik pembangkang yang segera mengaitkan PAS dengan gaya hidup yang dilarang agama Islam itu. Perkembangan melibatkan gerakan ini menandakan peningkatan pengaruh dan kuasa politik golongan gay di negara ini, dibantu oleh iklim politik yang semakin liberal.

10. Papa Gomo
Blog paling dikunjungi ini ialah blog pro-Umno yang mendepani usaha serangan ke atas pembangkang ekoran kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Antara blog terawal menyiarkan video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dengan berani menegaskan bahawa pelakunya ialah Anwar. Papa Gomo menjadi pemblog paling dibenci oleh Pakatan Rakyat.

-http://siasahdaily.blogspot.com

Bapa Rantai Anak Dalam Tandas Direman

Butterworth: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa anaknya nakal dan tiada siapa hendak menjaga mereka ketika dia keluar bekerja.

Suspek dikatakan sudah berpisah dengan isterinya yang dipercayai warga Thailand yang bertindak keluar rumah sejak sebulan lalu.

Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan amat menyedihkan.

Suspek yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian itu disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak terbabit meminta tolong supaya dilepaskan.

"Jiran terbabit terus menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu," katanya. -BH

Friday, December 30, 2011

Zaid Ibrahim bantu Nurul Izzah lawan Azmin?

Persaingan kuasa dalam PKR, yang semakin jelas dilihat sejak menjelang pemilihan lalu muncul lagi, mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa Azmin Ali, timbalan presiden PKR di belakang penyebaran surat layang memburukkan Nurul Izzah Anwar, naib presiden PKR.

Surat itu menggesa ahli-ahli PKR menghalang Nurul Izzah yang didakwa cuba membawa semula Datuk Zaid Ibrahim - yang kini memimpin partinya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) - menyertai semula PKR.

Dalam kolum terbaharunya, Raja Petra menerbitkan semula surat itu dengan ulasan ringkas mengatakan Azmin dipercayai di belakang penyebaran surat layang tersebut, dalam usaha menyekat anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu daripada menghalang kemaraan Azmin.

Menurut surat itu, Nurul Izzah mempunyai pengaruh untuk membolehkan Zaid dibawa semula menyertai PKR disebabkan kedudukannya.

"Sebagai naib presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula."

Menurut surat itu lagi, "Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya."

Zaid keluar parti setelah kecewa dengan politik Anwar dan permainan Azmin menyekat kemaraannya dalam parti.

Dakwaan Raja Petra ini sekiranya benar memberi gambaran usaha Azmin mengukuhkan kedudukannya dalam parti termasuk dengan menyekat Nurul Izzah, pemimpin muda yang dilihat berpotensi dan tidak mempunyai beban sejarah seperti beberapa pemimpin lain termasuk Azmin.

Kedudukan Nurul Izzah sebagai anak Anwar, pemimpin kanan yang muda dan popular mampu menggugat Azmin dalam kepimpinan parti.

Zaid semasa masih dalam PKR juga dilihat sebagai pencabar terdekat Azmin, disebabkan kedudukan seniornya yang dilihat mengatasi kelayakan Azmin.

http://siasahdaily.blogspot.com

Isu NFC : Ada Kondo Mewah & Restoran Meatwork Di S'pura

Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya.

"Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara

Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu.

PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC. (walau pun tidak dapat menunjukkan bukti ia dibayar dengan dana NFC, keluarga Shahrizat perlu menjelaskan dari mana dana diperolehi membeli harta-harta berkenaan jika bukan dari NFC -GB)

Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard.

Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat. -mk

Tarian Lucah Setiap Malam Di Ibu Kota

Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya. -kosmo

Wednesday, December 28, 2011

PRU-13: Bubar 17 Feb, Undian 11 Mac 2012?

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/10/najib-pru13.jpgPemerhatian penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.

Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.

Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.

Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.

Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofsikated’ dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.

Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.

Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.

Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian. -suarapakatanrakyat

PRU 13 : Tengku Razaleigh ramal UMNO kalah

http://4.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/TEFBzbkH17I/AAAAAAAAKLA/jyaZJuB8MNU/s1600/razaleigh1.jpgTengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

PRU 13 : Lajim Bakal Disingkirkan?

JANANG Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin yang pernah mengkhianati perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membolehkan UMNO memerintah Sabah mungkin bakal ditimpa ‘Hukum Karma’ kerana akan dipinggirkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang; ibarat kata bidalan, ‘Dari Sampah Kepada Sampah!’

Jasa Lajim terhadap UMNO semakin sirna bagaikan ombak yang berarus deras tetapi hancur ketika menghempas pantai kerana khidmatnya tidak diperlukan lagi di era Najib menjadi Perdana Menteri, disebabkan ‘Transformasi’ adalah kata kunci yang mencipta kejayaan.

Walaupun saya berbangsa Bisaya, tetapi tidak boleh dijinakkan oleh Lajim yang menggunakan Persatuan Bisaya untuk kepentingan politik beliau, sedangkan masa hadapan kami terus diperjudikan di kasino.

Sebagai pemilih berdaftar, saya tidak boleh tidur lena selepas membaham ‘ambuyat’ (kanji daripada sagu rumbia) kerana di hadapan mata saya Beaufort bakal menjadi ‘Bandar Transformasi’ termaju di Sabah mengalahkan POIC di Lahad Datu kerana sejumlah RM45 Bilion dilabur di Projek Bersepadu Minyak dan Gas di Kimanis. Apalah sangat Projek Gula Sabah jika dibandingkan dengan projek mega ini.

Pelaburan ini adalah 10 peratus daripada Keluaran Negara Kasar Negara (GDP) dan Beaufort memerlukan seorang pemimpin yang dinamik, berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memastikan Pelan Transformasi Ekonomi mencipta ruang dan peluang kepada penduduk Beaufort yang terketinggalan serba serbi.

Cukuplah peluang yang diberikan kepada Lajim selama ini kerana beliau hanyalah seorang ‘Desperado’ yang menubuhkan Persatuan Bisaya untuk menonjolkan diri sebagai Pemimpin Agung yang menunggu peluang untuk dipanggil Ketua Menteri atau Ketua Menteri dengan pujukan dan tawaran; sebagaimana sejarah pengkhianatan beliau terhadap PBS pada 1994. Impian Desperado ini tidak mungkin berulang!

Dengan pelaburan Projek Gas Bersepadu bernilai RM45 Bilion di Kimanis dan Beaufort; Lajim tidak mampu mengikut jejak langkah ‘Aman Bersaudara’, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Anifah Aman yang menjadi ‘arkitek’ dan memacu pembangunan pesat di Bandar Transformasi ini melalui SEDIA dan SDC.

Kehebatan Anifah Aman sebagai Pengerusi Task Force Projek Gas di Kimanis telah berjaya menjinakkan Petronas yang sebelum ini bagaikan ‘Anjing Liar’ yang suka merebut segala harta kepada penjaga harta dan memulangkan kembali kepada rakyat Sabah dalam bentuk pembangunan berkala yang berkekalan.

Sebagai pendesak berintegriti, Anifah telah berjaya memujuk Petronas agar prihatin dengan nasib dan masa hadapan rakyat Sabah terutama di Kimanis dan Beaufort yang selama ini bagaikan anak ayam kehilangan ibu; semata-mata pemimpinnya terlalu berpolitik daripada bekerja.

Walaupun Perdana Menteri telah memaju ekonomi Malaysia melalui pelbagai Pelan Transformasi Ekonomi dan Sabah mencatat Bajet tertinggi dalam sejarah; namun pemimpin berideologi lama seperti Lajim tidak dapat mengejar kemajuan dan gagal menjadi pencetus idea baru untuk menjadikan Beaufort sebagai Bandar Transformasi di Sabah.

Kini tibalah masanya Lajim berundur daripada politik atau menghabiskan sisa usianya dengan kesihatan yang dikurniakan Illahi, untuk meneruskan perjuangan sebagai NGO dan meninggalkan hasratnya untuk memimpin Sabah People Front (SPF) yang diwar-warkan sejak seminggu lalu.

Lajim sewajarnya memberi peluang kepada pemimpin pelapis menggantikan beliau dan menghargai jasa UMNO dengan membantu ‘Aman Bersaudara’ memajukan Sabah, sekalipun beliau banyak mendapat projek NKRA daripada ‘Mentor’ Beliau, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Oleh : JIKIRUN YUSMAN (sabahkini)

Hassan Ali Minta Maaf Kepada TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. -HD

Sebelum Ke Penjara, Anwar jelajah semenanjung?

http://1.bp.blogspot.com/_M4opafaevvA/TC1I1GOJHjI/AAAAAAAAA5w/fPSA1QzDBqI/s1600/20090628202342_anwar-keadilan2.jpgMenjelang keputusan perbicaraan kes Liwat II pada 9 Jan, jadual ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim padat dengan acara ceramah.

Beliau akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Tempoh berkenaan, antara 3 hingga 8 Januari diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Anwar dipetik AFP sebagai berkata, ramai yang mendoakan supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Beliau juga akan menggunakan peluang dalam siri ceramah berkenaan untuk menjelaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Sekiranya didapati bersalah, bekas timbalan perdana menteri itu dijangka akan dihumban ke penjara sedangkan pilihan raya umum dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Walau "optimis" dengan peluangnya untuk dibebaskan, Anwar berkata beliau bersedia untuk menghadapi keadaan yang paling buruk. -MK

85% Pelanggan Pub LD Di Bawah Umur

SALAM 1Malaysia. Saya ingin memberitahu sedikit maklumat yang saya tahu iaitu sebuah Disco & Dang Dut paling popular di Lahad Datu yang terletak di Jalan Dam dipenuhi samseng yang gemar bergaduh dan remaja bawah umur.

Saya ingin Sabahkini.net membantu agar Polis d Lahad Datu lebih bekerja dengan jujur tanpa RASUAH kerana walaupun saya sudah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu ini, tetapi tiada sebarang tindakan diambil, malah ramai juga polis yang datang berhibur di premis ini.

Mengikut undang-undang, hanya orang dewasa iaitu 21 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan memasuki pub atau pusat hiburan, tetapi anehnya 85 % pelanggan premis ini di bawah umur.

Semoga Ketua Polis Daerah Lahad Datu dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu dapat memantau kegiatan yang tidak sihat ini.

Salam Hormat,

MAN ANTI DISCO

Bila Pula SPRM Hendak Panggil Awang Adek?

AKHIRNYA SPRM telah pun panggil pengerusi NFC Dr Mohamad Salah Ismail yang juga laki Shariat Abdul Jalil untuk diambil keterangan mengenai kontroversi projek lembu gemuk yang didedahkan kononnya salah guna wang dengan membeli kondo di Bangsar.

Kata pihak SPRM Sallah dipanggil untuk memberi kerjasama berhubung isu itu. Selepas ini hendaknya kontroversi mengenai projek lembu gemuk (NFC) itu akan selesai

Sekiranya SPRM mendapati atau unsur-unsur rasuah, mereka bertanggungjawab akan segera didakwakan.

Kesegeraan pendakwaan perlu bagi mensucikan Sharizat Jalil yang dikaitan secara tidak langsung sebab projek itu dikendali lakinya dan anak beranaknya.

Sekiranya SPRM mendakawa Salleh apakah Sharizat sedia untuk melepas jawatan? Setakat ini menteri wanita itu tidak ada tanda-tanda untuk sedia melepas jawatan walaupun banyak pihak suruh dia letak jawatan. Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad juga turut sama meminta Sharizat secara diplomasi agar melepas jawatan. Manakala bekas PM Abdullah Badawi pula bermati-matian membela Sharizat Jalil. Kenapa, apakah projek itu ada kena mengena dengan menantunya yang tidak ada kuasa itu?

Kalau hendak ikut logiknya bukan sahaja Sharizat perlu melepas jawatan berhubung dengan penyelewengan dalam projek itu, tetapi bekas menteri pertanian dan industri asas tani yang memperkenalkan slogan Pertanian Sebagai Perniagaan, Udin anak Yassin juga perlu melepas jawatan sama.

Tidak adil kalau hanya desak Sharizat tetapi tidak sama desak Udin anak Yassin yang tahu sangat di sebalik projek berkenaan kerana 'kelulusan peruntukan khas sebanyak RM250 juta semasa Udin anak Yassin menjadi menteri.

Rewel dan naif sangatlah kalau Udin anak Yassin mengatakan dia tidak tahu menahu. Udin anak Yassin tidak akan dapat melepas tangan dari menerima tanggungjawab apabila isu itu dihumbankan ke atas batu jemala Sharizat Jalil.

Sementara orang ramai sedang menanti apakah hasil siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana projek lebu gemuk itu, orang ramai juga sedang menaruh minat besar untuk tenguk apa jadi ke atas timbalan menteri kewangan Awang Adek Hussein yang mengakui menerima sumbangan wang ke dalam akaun peribadinya. Jumlah yang disebut RM100,000 tetapi ramai yang tidak percaya kalau angka itu setakat itu saja. RM100,000 kecil jika dibandingkan dengan kedudukan dan pangkat Awang Adek Hussein.

Bekal bakal MB Kelantan itu juga seharusnya dipanggil untuk mengetahui untuk apakah wang derma yang dimasukkan khas ke dalam akaun peribadinya yang dikendalikan oleh pegawainya itu. Ketiga pegawai Awang Adek Hussein, Rosli, Ramli dan Nik Yahaya perlu tampil untuk memberi penjelasan siapa yang memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Awang Adek itu dan atas alasan apa.

Rasa sayalah perlu juga ada laporan dibuat berhubung pengakuan Awang Adek itu. SPRM boleh membuat siasatan berpandukan pengakuan Awang Adek itu kalaupun tidak ada apa-apa laporan dari mana-mana pihak dibuat. Ini kerana apa yang berlaku itu boleh menimbulkan keraguan dan ada sangkut paut dengan kepentingan awam.

Bagaiman pun kalau SPRM atau polis tidak mahu mengambil inesiatif untuk menyiasat berdasarkan pengakuan ikhlas Awang Adek Hussein itu perlu ada mana-mana pihak membuat laporan polis dan SPRM. Dalam hal ini orang atau puak paling afdal membuat laporan kepada SPRM ialah Umno Bahagian Bachok kerana Awang Adek adalah ketua Umno Bahagian itu.

Laporan polis dan siasatan SPRM perlu untuk mengesahkan kedudukan Awang Adek Hussein. SPRM kena bersihkan nama Awang Adek Hussein sebelum pilihan raya tiba. Kalau nama Awang Adek tidak dibersihkan sebelum pilihan raya ini 'merohokkan' (menyukarkan) untuk Awang Adek memasuki pilihan raya.

Sudah tentu masa kempen pilihan raya nanti akan keluar sepanduk atau banting mengenai pengakuan Awang Adek Hussein itu di samping gambar ceruk sebesar kepala lutut dan juga tindakan Awang Adek yang satu masa lulus meluluskan lesen judi bola sepak. Musuh Awang Adek pastikan menjadikan tema kempen memburukan Awang Adek kali ini berbunyi; Judi, Ceruk dan Rasuah.

Jadi laporan polis dan siasatan SPRM ke atas Awang Adek Hussein penting.

-http://msomelayu.blogspot.com/

Amaran Hujan Lebat Di Sabah, Sarawak

http://nhudaahmad.co.cc/wp-content/uploads/2011/07/hujan.jpgHujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.

Hujan sekali-sekala dengan sederhana lebat kadangkala dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang sehingga hari Jumaat.

Jabatan Meterologi mengingatkan paras air laut dijangka naik di Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis.

Angin kencang Timur Laut selaju 60 km sejam (kmsj) pula diramal bertiup di beberapa kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala laut dijangka bergelora setinggi 5.5 meter.

Laut di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara juga dijangka bergelora setinggi 3.5 meter dan berbahaya bagi semua aktiviti pantai dan laut. - BERNAMA

Permohonan ke IPTA ditutup 31 Disember

http://2.bp.blogspot.com/_Cmoyv06vK5k/SuJ-Jm9XgtI/AAAAAAAAGj4/Ewpx8tNAP08/s400/30.4.JPGPelajar yang ingin memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1, sesi akademik 2012/2013 diminta segera berbuat demikian kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Kata kenyataan itu, sebelum mengisi borang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

"Setelah menyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemohon juga dinasihatkan supaya mencetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan permohonan pada masa depan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web www.upu.mohe. gov.my.

1,055 buah kereta Honda dimusnahkan


BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam.

Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan.

Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.

Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut.

"Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya.

Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu.

Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global. - AFP

Prof Aziz Bari Mungkin Bertanding PRU 13

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi. Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan.

Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada. Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.

Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain.

Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini. Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

Dapat RM2.71b, Umno-BN Cuba Cetus Huru-Hara

Demontrasi penduduk menuntut janji Adun dan Ahli Parlimen berhubung penyelesaian masalah banjir yang dialami mereka sejak sekian lama didakwa didalangi pihak berkepentingan yang sengaja ingin mencetuskan provokasi, jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Pada 24 Disember lalu, Akhbar kawalan Umno, melaporkan sekurang-kurangnya 50 penduduk kampung Batu 5, Jalan Kota Kemuning menuntut janji Ahli Parlimen dan Adunnya segera menyelesaikan masalah banjir.

Tindakan penduduk tersebut ekoran peruntukan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Perdana Menteri telah menyumbang RM2.71 bilion kepada Umno-BN untuk menawan kembali Selangor.

Mengulas lanjut perkara ini, Mariah berkata peruntukan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencetuskan onar dengan memburuk-burukan pentadbiran Pakatan rakyat Khususnya di negeri Selangor seperti apa yang berlaku dikawasannya.

"Selama tiga tahun (pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor) ini adalah pertama kali berlaku perkara seumpama ini di kawasan saya, rakyat tahu bahawa kita peka dengan sebarang aduan dan segera turun menyelesaikan masalah,"katanya.

"Ini jelas satu pembohongan sekirannya mereka katakan kami gagal turun padang, tiada sebarang aduan bagaimana pihak kami sedia maklum untuk turun melihat masalah penduduk,"katanya.

"Tidak pernah ada aduan dan rungutan, tiba-tiba muncul provokasi tuntut pihak kami kotakan janji. Bila saya semak kepada Ahli Majlis dan JKKK terbukti tiada sebarang aduan,"jelas Mariah ketika dihubungi TVSelangor.

Mengulas lanjut, Mariah pecaya apa yang berlaku ini berkait rapat dengan demam pilihanraya yang dijangka semakin dekat.

Mariah menambah, pihaknya percaya provokasi seperti ini bukan sahaja berlaku dikawasanya malah ia akan diteruskan ke kawasan lain di negeri Selangor sebagai usaha jahat memburuk-burukan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu kejadian banjir berlaku di seluruh negara disebabkan musim tengkujuh.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abdul Razak menyeru kepada pemimpin Umno Selangor untuk bekerja keras bagi menawan negeri itu menerusi apa jua cara sekalipun.

Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pendedahan terbaru bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Selangor dengan memperuntukan RM2.71 bilion yang bertujuan mencetuskan ketegangan antara rakyat dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. -tvsnews

Timbalan Menteri Juga Mangsa Risalah Lucah!!

Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu.

Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.

Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!".

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur.

"Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini.

"Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker’s corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?" katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai “meludah ke langit” kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual. -HD

Amah Indon Hadapi Hukuman Pancung

JAKARTA: Seorang lagi warga Indonesia berdepan dengan hukuman pancung kerana membunuh majikan yang didakwa cuba merogolnya dan dalam usaha menyelamatkannya, Indonesia menghantar bekas Presiden BJ Habibie untuk menyelamatkan pekerja itu, Tuti Tursilawati.

Menurut laporan, majikannya mendera Tuti secara seksual ketika bekerja. Pada 11 Mei 2010, majikannya didakwa cuba merogolnya tetapi Tuti memukulnya dengan kayu untuk mempertahankan diri. Majikannya mati akibat pukulan itu.

Tuti kemudian melarikan diri dengan membawa barangan milik lelaki itu bernilai 31,500 riyal (RM26,484) dan seutas jam tangan.

Ketika siasatan dijalankan pada 18 Mei 2010, Tuti yang ditemani kakitangan Konsul Besar Indonesia di Jeddah, mengaku melakukan pembunuhan dan mencuri.

Ketua Agensi Perlindungan dan Penempatan Pekerja Asing Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat, berkata keluarga mangsa memfailkan petisyen dengan meminta mahkamah Arab Saudi melepaskan Tuti daripada hukuman mati.

Walaupun dengan perantaraan pihak berkuasa Arab Saudi, keluarga terbabit enggan menukar hukuman mati dengan wang.

Sehubungan itu, Jumhur gembira bekas Presiden Indonesia berkenaan melakukan misi untuk menyelamatkan pekerja berusia 27 tahun itu.

Jumhur berkata, dia sudah bertemu Habibie untuk menyampaikan harapannya supaya bekas presiden itu dapat menyelamatkan warga negara mereka daripada tali gantung.

Tuti yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki berusia enam tahun berasal dari kampung Cikeusik, Majalengkat, Jawa Barat.

Dia dihantar ke Arab Saudi oleh agensi PT Arunda Bayu pada 5 September 2009 dan bekerja dengan keluarga Suud Malhaq Al Utaibi di bandar Thaif.

Bapanya, Ali Warjuki, yang turut dikenali sebagai Dudu, ke pejabat BNP2TKI di Jakarta pada 5 Oktober lalu ditemani aktivis Kesatuan Pekerja Asing Indonesia (SBMI) bagi menggesa kerajaan berusaha membebaskan Tuti daripada dipancung.

Menurut Jumhur, Habibie ke Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu dan akan bertemu ketua Pasukan Bertindak bagi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia di Riyadh, Maftuh Basyuni.

Pada 6 Oktober 2011, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghantar surat kepada pemerintah Arab Saudi meminta bantuan mereka supaya memujuk keluarga majikan memberi keampunan kepada Tuti. – Agensi

TPM siasat dakwaan SU sulit disogok

NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.

"Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.

NONEBeliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.

Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan. -MK

Sigma Kecam Tindakan Lepas Tangan LPF

Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) menyifatkan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan.

Gambar: Pengerusi & Timbalan Pengerusi SIGMA

Melalui satu kenyataan media hari ini, pengerusi Sigma Rohayu Rusli mendesak agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh LPF.

“Apatah lagi beliau (Mahmood Adam) juga menyebut bahawa segala urusan perfileman adalah di bawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuk masalah-masalah yang berbangkit di kemudian hari.

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh di peringkat Kementerian berhubung perkara ini dan mahasiswa sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina,” tegas beliau.

Festa filem hantu, lucah

Menurut Rohayu, dalam tahun 2011 ini sahaja Malaysia seolah-olah meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun.”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia,” katanya.

Beliau menerangkan bahawa LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan untuk menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui LPF ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.”

“Sigma juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan anggota masyarakat terutama golongan muda.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Aziz berkata, beliau mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional, Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM, Helan Adam.

“Keputusan LPF ini menimbulkan banyak kerisauan dan kami berharap LPF mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan,” katanya. -FMT

Monday, December 26, 2011

Senarai Sekolah Terbaik PMR 2011

Berikut adalah maklumat terkini mengenai keputusan PMR 2011. Ia termasuk senarai ranking 30 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), senarai MRSM Terbaik PMR 12 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS), SBP terbaik di Malaysia, dan Sekolah Cemerlang (SBP dan Sek Men Harian).

Tahniah kepada mereka yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2011. Kepada yang kurang cemerlang, PMR bukanlah tempat kita berhenti untuk belajar, banyak lagi peluang dan buktikan yang adik-adik boleh berjaya di dalam SPM nanti!


Senarai Ranking 30 SBP dan MRSM

1. SMS HULU SELANGOR (1.0048)
2. SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
3. SMS TELUK INTAN (1.0191)
4. KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
5. SMS KUALA SELANGOR (1.02)
6. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
7. MRSM GEMENCHEH (1. 0204 )
8. MRSM PASIR TUMBOH (1.0210)
9. SM SAINS JOHOR (1.0233).
10. MRSM KKB (1.02388)
11. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
12. MRSM TUN ABDUL RAZAK (1.02489)
13. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
14. SMS SELANGOR (1.0263)
15. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
16. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
17. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
18. MRSM PASIR SALAK (1.0313)
19. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
20. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327 )
21. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
22. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
23. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
24. MRSM LENGGONG (1.0341)
25. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
26. MRSM TERENDAK (1.0380)
27. MRSM GERIK (1.0385)
28. MRSM SERTING (1.0408)
29. SM SAINS MACHANG (1.0411)
30. SM SAINS MIRI (1.0439)


Terkini Senarai Maktab Rendah Sains Mara Terbaik PMR 12 mengikut GPS

Pencapaian GPS PMR 2011 mengikut MRSM

1. Gemencheh 1.0204
2. Pasir Tumboh 1.0210
3. KKB 1.0238
4. Tun Abdul Razak 1.0248
5. pasir Salak 1.0313
6. Lenggong 1.0341
7. Terendak 1.00380
8. Gerik 1.0385
9. Serting 1.0408
10. K.Klawang
11. K.Terengganu
12.Muadzam
13. Beseri
14. Traskrian
15. Kubang Pasu
16. Batu Pahat
17. Balik Pulau
18. Langkawi
19. Pendang
20. PDRM
21. Pontian
22. Mersing
23. Kepala Batas
24. K.Kinabalu
25. Kuantan
26. Kuala Berang
27. Felda
28. Pengkalan HUlu
29. Alor Gajah
30. Kuala Lipis
31. Kuala Kerai
32. Merbok
33. Kuching
34. Kota Putra
35. Besut
36. Jeli

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik di Malaysia PMR 2011

Rangking SBP PMR 2011 terima kasih beliamuda.com

SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)
SMS TELUK INTAN (1.0191)
KOLEJ TUNKU KURSIAH (1.0196)
SMS KUALA SELANGOR (1.02)
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (1.0203)
SM SAINS JOHOR (1.0233)
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
SMS SELANGOR (1.0263)
MCKK (1.0264)
SMS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
SMS POKOK SENA
SM SULTAN ABDUL HALIM
SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA
SMS TUANKU SYED PUTRA
SEKOLAH SULTAN AZLAN SHAH
SMS SULTAN MAHMUD
SMS TENGKU ABDULLAH
SMS MACHANG
SMS MIRI
SBPI GOMBAK
SMS PASIR PUTEH
SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
SMS BAGAN DATOH
SMS TUANKU JA’AFAR
SBPI SABAK BERNAM
SMS KOTA TINGGI
SBPI SELANDAR
SMS REMBAU
SMS KEPALA BATAS
SMS LAHAD DATU
SMS LABUAN
SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH
SBPI JEMPOL
SMS KUBANG PASU
SMS RAJA TUN AZLAN SHAH
SEKOLAH SULTAN HJ AHMAD SHAH
SBPI RAWANG
SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
SMS KUCHING
SBPI GOPENG
SBPI KUBANG PASU
SMS SULTAN ISKANDAR
SBPI TUN ABDUL RAZAK
SBPI KUANTAN

Sekolah Terbaik PMR 2011 Mengikut Negeri
1) Wilayah Persekutuan KL
* Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) catat 96% semua As
* Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur cata 100% lulus
* Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki catat 100% lulus

2) Perak
* Sekolah TUnku Abdul Rahman (STAR) 88 pelajar catat semua A

3) Perlis
* Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra catat 100% lulus
* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma catat 100% lulus
* SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau catat 100% lulus


*Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) catata 96% pelajar semua As
*Sekolah Seri Puteri dapat 166 pelajar semua A terbaik di Malaysia
*Terengganu Terbaik Di Malaysia untuk PMR 2012

Hari ini Khamis adalah hari untuk adik-adik kita mengambil keputusan yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR 2011).
Bagi adik-adik yang masih bimbo tak tau hari ini adalah Keputusan PMR keluar dan baru bangun dari tidur bagaikan katak dibawah tempurung, adik-adik boleh la guna wang ehsan RM100 tu untuk membuat semakan melalui SMS seperti di bawah :-
semakan sms keputusan pmr
kredit ceritamamat.com
Semakan Keputusan PMR 2011 Melalui SMS dengan taip:-

PMR No. Kad Pengenalan Angka Giliran
dan hantar kepada 15888

Contoh PMR 961016016281 PKL030L089

Kalau nak ikut kan pemikiran yang waras ini, kalau adik-adik semua nak cek guna SMS masa2 puncak ini (peak time) ni , jangan harap la untuk di balas straight away, sebab traffic jam dik, traffic jam!!!



Halatuju Selepas PMR

Kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, untung la sebab adik-adik boleh memohon untuk enrol ke SBP ( sekolah berasrama penuh) ataupun MRSM (maktab rendah sains mara) yang terbaik. Masa ini la masa yang terbaik untuk menentukan cita-cita adik-adik. Apa nak jadi bile dah beso nanti, doktor? lawyer? engineer? jgn terus leka dengan keputusan yang cemerlang itu.

Bagi yang kurang cemerlang, PMR bukanlah tempat kita berenti untuk belajar, banyak lagi peluang dan buktikan yang adik-adik boleh berjaya di dalam SPM nanti!



Sekolah Cemerlang PMR 2011 dan Pelajar Cemerlang PMR 2011

sudah pasti sekolah-sekolah dibawah menghasilkan keputusan cemerlang untuk PMR 2011

10 Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia

*Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
*Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
*Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
*Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
*Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
*Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
*Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
*Sekolah Alam Shah, Putrajaya
*Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

4 Sekolah Menengah Harian di Malaysia

*Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
*Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
*Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
*Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

-TKO

Kajian Ini Akan Tumbangkan BN?

Dapatan awal satu kajian oleh seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan 70 peratus responden daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu.

Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan ini menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.

"Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program-program yang dirangka.

"Itu adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Dungun (Terengganu), Che Hamdan Mohamed Razali kepada Bernama baru-baru ini.

Selain pendekatan melalui media sosial, katanya responden yang terdiri daripada golongan berusia antara 18 dan 40 tahun serta daripada pelbagai bidang pekerjaan termasuk pelajar, profesional hingga nelayan dan petani, berpendapat kerajaan pimpinan Najib juga kini lebih terbuka.

Rata-rata responden mengakui sedar akan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak melibatkan belia dan kepentingan mereka dalam merangka sesuatu program seperti rumah mampu milik untuk belia baru bekerja, bantuan kepada usahawan muda dan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Mereka menghargai sekecil-kecil usaha seperti Perdana Menteri duduk bersila bersama belia di jalan raya untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, menganjurkan banyak kegiatan seperti futsal dan rancangan membina satu gelanggan futsal bagi setiap mukim.

Jadi adalah tidak benar jika dikatakan golongan belia suka menentang kerajaan dan 'anti-kerajaan' seperti yang cuba ditonjolkan pembangkang yang membawa belia ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan bertindak tidak hormat terhadap pemimpin?

"Adalah menjadi sifat segelintir belia suka memberontak. Dapatan awal saya ialah belia ini bukanlah 'anti-kerajaan' seperti didakwa banyak pihak. Mereka cuma berjauh hati jika berasa dipinggirkan. Jika kerajaan memberi perhatian, mereka ini akan menyokong kerajaan," katanya.

Beliau berpendapat kerajaan perlu agresif memberikan penjelasan mengenai sesuatu perkara sekiranya tidak mahu golongan belia terus diracuni dengan maklumat dan fakta yang salah oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik yang cuba menonjolkan golongan belia menyokong mereka.

Che Hamdan bagaimanapun belum bersedia memberikan perincian lanjut dapatan kajian itu atas alasan bahawa ia masih terus dijalankan dan akan hanya diumumkan sepenuhnya setelah selesai.

Rumusan awal beliau ialah belia tidak akan menggadai masa depan mereka semata-mata kerana janji-janji manis, sebaliknya mereka lebih bersedia bersama-sama bergelumang dan berusaha dengan kerajaan yang sudah terbukti mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan mereka, malah mempunyai rekod yang terbukti.

Sementara itu, naib pesiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam apa jua aspek termasuk Belanjawan 2012, malah menghargai dan terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan belia kepada kerajaan.

"Kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan merancang pelbagai usaha untuk mendekatkan golongan belia dengan kerajaan. Jadi dakwaan mengatakan golongan belia anti kerajaan adalah tidak benar, cuma segelintir sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain mengiktiraf golongan belia dalam Belanjawan 2012, kerajaan juga sedia melakukan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik negara, dan terbaru Perdana Menteri mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.

Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib pada 12 Dis lepas berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya dengan penglibatan mereka.

Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam berkata hasil pemerhatiannya juga, ramai belia atas pagar kini menyukai kerajaan BN dan berterima kasih atas usaha-usaha kerajaan untuk melibatkan mereka dalam banyak isu dan projek.

Dalam pada itu, beliau mengakui memang terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menghasut golongan belia di universiti supaya membenci kerajaan hanya untuk kepentingan politik dan keghairahan merebut kuasa pemerintahan.

"Namun, belia yang terdedah kepada pelbagai maklumat tidak mudah menerima semuanya bulat-bulat tanpa memeriksa kebenarannya.

Begitu juga dengan janji-janji pembangkang, yang kami sedari sepenuhnya hanya gimik untuk meraih undi tanpa sebarang langkah konkrit diatur untuk belia seperti yang sudah dilaksanakan kerajaan BN sekarang," katanya. - Bernama

Banjir Di Rompin & Johor Semakin Buruk

KUANTAN: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini, demikian lapor Bernama.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.

Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.

Di Johor pula, mangsa banjir di negeri itu semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat.

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.

Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter).

Rampas Selangor : Khir mangsa sembelihan Umno

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.

Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.

Lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.

"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.

Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.

Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan.

"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.

"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. -HD

Tentera Mesir Dikecam Seret Wanita Hingga Separuh Bogel

Gabungan pertubuhan wanita, Solidariti Wanita Prihatin hari ini menyerahkan satu memorandum ke pejabat Kedutaan Mesir bagi membantah perlakuan kejam tentera negara itu terhadap kaum wanita.

Ianya berhubung rakaman satu klip video yang disebar di internet yang memaparkan seorang wanita Mesir yang menyertai demonstrasi rakyat negara itu diserang dan dibelasah tentera dengan kayu pemukul sehingga separuh mati.

Lebih menyedihkan, apabila pakaian dan tudung wanita itu juga telah ditarik hingga terselak sekaligus mengaibkannya.

Malah dua lelaki yang cuba membantu wanita itu juga turut dipukul dengan kejam oleh tentera tersebut.

Penyerahan memorandum itu disertai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, AJK International Muslim Women Union (IMWU), Malaysia Azlin Hezri, wakil Empower Maria Chin Abdullah, Koordinator Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM), wakil Persatuan Mawaddah Malaysia (PMM) dan wakil Ameerah.

Memorandum mengandungi empat tuntutan itu diterima wakil kedutaan, Yasser Hashem di bangunan kedutaan itu di Jalan Rhu persiaran Ampang Hilir di sini.

Antara lain kandungan isi memorandum menyatakan desakan agar Ketua Tentera Mesir, Field Marshal Tantawi segera memohon maaf kepada wanita dan dua lelaki yang dipukul tersebut.

Mereka juga mahu Field Marshal meletakkan jawatan tertinggi tentera itu secepat mungkin.

Mereka berpendapat, wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.

"Ada banyak cara bagi menangani rakyat secara baik.

"Jika demonstrasi itu ganas ke apa ke, mereka perlu ditangani dengan baik, bukan ganas dilawan dengan ganas," katanya Dr Siti Mariah kepada pemberita selepas penyerahan itu.

Bercakap pada sidang media sama Maria Chin dan Azlin juga sependapat, tindakan kejam tentera tersebut tidak sepatutnya berlaku sekalipun provokasi dimulakan oleh rakyat.

"Perhimpunan aman ke tak aman ke, tindakan pencabulan dan kekejaman khususnya kepada wanita seperti ini tidak patut berlaku," kata Maria.

Aiman Athirah pula berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan tersebut cubaan memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan baru negara itu selepas kejatuhan regim akibat kebangkitan rakyat enam bulan lalu.

Katanya, banyak pihak tidak senang dengan kemenangan parti yang memperjuangkan Islam di negara itu dan cuba memburukkan imej mereka.

Dalam pada itu, bantahan sama turut dibuat di Mesir apabila kaum wanita turun beramai-ramai di Kaherah sebagai tanda protes. -HD

Lelaki 90 Tahun Selingkuh Adik ipar & Ibu Mertua



Seorang petani berasal Brazil berusia 90 tahun memiliki 50 anak dari empat wanita yang berbeza termasuk adik ipar dan ibu mertua. Petani itu, Luiz Costa de Oliveira, dikurniakan 17 anak dari perkahwinan pertamanya.

Setelah isteri pertamanya meninggal, dia terus berkahwin dengan Maria Francisca da Silva, 64, dan dikurniakan 17 anak. Tidak puas, dia menyelingkuhi adik iparnya, Ozelita Francisca da Silva, 58, dan memiliki 15 anak. Oliveira juga main mata dengan ibu mertuanya, Francisca Maria da Silva, 89 dan memiliki seorang anak. “Saya mempunyai anak lain dan tidak tahu kerana saya selalu suka bermain dengan wanita lain,” menurut Oliveira, kepada akhbar Diario de Natal.

“Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita,” ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negara Bahagian Rio Grande do Norte, Brazil. Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah memiliki 100 cucu dan 30 cicit. Oliveira malah tidak mengetahui nama-nama mereka

Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahasia baginya dalam menaklukkan setiap hati wanita. “Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik,” ujar Maria Francisca da Silva.

Fiesta Tawau Gemilang 2011 & Konsert Fenomena Search



Majoriti penonton yang membanjiri kompleks Stadium Tawau untuk menyaksikan konsert tersebut melahirkan rasa puas hati dan tidak sia-sia membeli tiket semata-mata ingin melihat persembahan secara live artis kegemaran mereka.

Konsert ini juga pasti memberikan memori terindah buat kumpulan search kerana ini merupakan kali pertama konsert yang pernah diadakan di Tawau, penonton begitu ramai yang hadir, selain dari itu konsert ini adalah konsert yang terbaik dari segi pengurusan sistem kawalan keselamatan, promosi dan perjalanan konsert dari mula hingga ke akhir. Dianggarkan penonton yang hadir di konsert ini mencecah sehingga 15 hingga 18 ribu orang, ini merupakan pencapaian terbaik kerana beberapa kali konsert pernah berlangsung ditempat yang sama penonton dicatatkan paling ramai cuma 7 hingga 10 ribu orang sahaja.



Mungkin Anda tidak percaya jika ada konsert yang melarang para penonton merokok, tetapi itulah yang dilakukan di konsert ini, bukan sahaja rokok tidak dibenarkan beberapa alatan lain juga dilarang seperti minuman air mineral dalam botol, minuman dalam tin, kamera dan beberapa alatan lain.



Stacy turut membuat persembahan dalam konsert fenomena search 30 tahun dengan 5 buah lagu yang turut menggamatkan suasan stadium tawau.




Fiesta Tawau Gemilang 2011

Sungguh Meriah Fiesta Tawau Gemilang 2011 yang kini sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sukan Tawau, walaupun hujan turun begitu lebatnya tetapi ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus hadir ke fiesta tersebut.




Untuk Maklumat fiesta ini adalah dibawah kelolaan Tawau Club yang telah didaftarkan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) pada tahun lalu. Didalam Tawau Club pula terdapat kelab seperti basikal, Lori, Motor, Sound Blaster dan sebagainya dan ini menjadikan ia begitu unik dan mungkin tidak terdapat ditempat lain.

Selain daripada ahli-ahli Tawau club yang memeriahkan fiesta ini, ia juga turut dimeriahkan dengan aktiviti Battle Band, penjualan tshirt cap ayam, Pameran Oleh Pertahanan Awam dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta beberapa tapak pameran lain.

Sempena Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung pada malam ini, Rockstar selaku coordinator konsert turut membuka tapak penjualan tiket yang membolehkan para pengunjung terus membeli tiket ditempat tersebut tanpa pelu bersesak dan beratur panjang untuk mendapatkan tiket



Paling istimewanya di tapak jualan tiket tersebut mereka turut menjual kalendar edisi terhad yang hanya berharga RM 0.50 dan kalendar ini tidak terdapat dimana-mana kounter penjualan tiket dan stoknya amat terhad.

-By : Ohsensasi.com