Wednesday, May 30, 2012

15 terbunuh gempa bumi di Itali

FELICE SUL PANARO, Itali - Satu gempa bumi kuat menggegarkan utara Itali semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, beberapa hari selepas rantau berkenaan dilanda gempa bumi yang membawa banyak kematian dan kemusnahan.

Angka korban tersebut disahkan oleh Pihak Berkuasa Perlindungan Awam Itali dengan pasukan penyelamat masih mencari sekitar empat atau lima orang yang dikhuatiri masih hilang.

"Saya terpaksa keluar dari bangunan, kami digegarkan dengan gempa yang kuat dan lama," kata seorang jurucakap agensi berkenaan di Mantua.

Pihak berkuasa memberitahu, bahagian utara Itali dilanda tiga gegaran dengan kekuatan hingga 5.3 pada skala Richter antara pukul 10.56 pagi hingga 11.01 pagi (waktu tempatan).

Siri gegaran tersebut menyusul selepas gempa bumi kuat bermagnitud 5.8 berlaku pada pukul 7 pagi ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Setiap bangunan di bandar ini runtuh," kata seorang anggota bomba di bandar Cavezzo kepada akhbar tempatan, Corriere della Sera.

Menurut Institut Geografi Modena, gempa bumi pertama berlaku sekitar 60 kilometer ke timur Parma dengan menyebabkan orang awam berlari ke jalan-jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Selain Parma, gegaran turut dirasakan di bandar raya Pisa dan Venice.

Pihak berkuasa Itali memberitahu, lebih 5,000 orang telah dipindahkan dari kediaman mereka manakala kediaman sementara bagi menempatkan 4,000 mangsa bencana itu akan siap didirikan pada hari yang sama.

Gempa bumi semalam menyusul selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 melanda utara negara itu pada 20 Mei lalu yang meragut enam nyawa dan menyebabkan ribuan penduduk terpaksa bermalam di khemah-khemah sementara. - AFP

Men In Black 3 no.1di Amerika Utara



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem daripada francais Men In Black, Men In Black 3 mengungguli carta box office sepanjang tayangan hujung minggu lalu di Amerika Utara, jelas anggaran industri perfileman kelmarin.

Menurut agensi data kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem tersebut berjaya mengutip AS$70 juta (RM221 juta) selepas empat hari ditayangkan.

Men In Black 3 diterajui dua aktor terkenal, Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai ejen rahsia yang memerangi makhluk asing yang tinggal secara haram di Bumi.

Francais tersebut mengetepikan filem The Avengers yang jatuh ke tempat kedua dengan kutipan jualan tiket AS$46.9 juta (RM148 juta).

Secara keseluruhan, The Avengers mencatat kutipan mencecah AS$1.295 bilion (RM4.1 bilion) di seluruh dunia setakat ini.

Filem perang Battleship pula menduduki tangga ketiga dengan kutipan AS$13.8 juta (RM43.5 juta).

Di tempat keempat dengan jualan tiket AS$11.8 juta (RM37.2 juta) ialah filem komedi The Dictator yang dibintangi oleh pelawak, Sacha Baron Cohen. - AFP

Mahathir ramal Umno ganas jika kalah PRU13?

Sewaktu debat mempertemukan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai permulaan budaya politik baru yang sihat dan matang, kita dikejutkan dengan siri aksi brutal terhadap program Pakatan Rakyat.

Ketika rakyat masih mengingati dengan jelas perlakuan ganas polis semasa menyuraikan himpunan aman Bersih 3.0, riak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal menjadi gelanggang terburuk dalam sejarah, seperti hampir tidak dapat dielakkan lagi.

Terbaru, 24 Mei, di Pantai Dalam, media melaporkan batu dan telur berterbangan semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berceramah, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.


Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Personaliti yang ghairah menabur fitnah, Ummi Hafilda Ali berceramah dengan pembesar suara dihalakan kepada audien program Pakatan Rakyat, dengan menjawab secara langsung isu-isu yang dibangkitkan penceramah Pakatan berhampiran.

Hari yang sama, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada majlis ceramah membabitkan bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan, Nizar Jamaluddin, 11 kereta disimbah cat biru. "Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata Nizar.

Minggu ini juga, kumpulan anti-Bersih, yang diketuai pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Yunus, secara berterusan melakukan provokasi dan gangguan melampau di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga selepas aksi "senaman punggung" dipamerkan pada 15 Mei.

Minggu lalu, di Melaka, batu dan telur juga berterbangan di majlis minum petang anjuran PAS, di mana Ambiga dijadual hadir. Dua Adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (BAndar Hilir) berkata, tayar kenderaan mereka dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihantam kumpulan pengacau yang didalangi Umno, termasuk beberapa wakil rakyatnya.

Siri gangguan ke atas program dan personaliti pembangkang dijangka berterusan, malah mungkin ditingkatkan, kerana ia sudah menjadi budaya Umno sejak zaman berzaman (ingat zaman Pemuda Tahan Lasak Umno), yang kini pimpinan parti berkenaan gelabah dan kelihatan gabra menghadapi "hukuman rakyat" dalam PRU13.

Secara peribadi, saya pelik memikirkan bagaimana Umno-BN yang meniti saat-saat sukar ini, memilih pendekatan konfrontasi, yang sebenarnya semakin menjauhkan lagi parti itu daripada sokongan pengundi.

Meskipun ia ibarat "baling batu sembunyi tangan, namun banyak bukti boleh ditunjukkan bahawa segala serangan dan provokasi jahat selama ini (ingat siri gangguan sejak keputusan PRU12, Mac 2008, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, dengan kemuncaknya rampasan kuasa kerajaan Perak), ditaja oleh Umno.

Sepatutnya, menjelang PRU13 yang cukup kritikal itu, semua parti-parti yang bertanding mempersembahkan pendekatan terbaik bagi memikat hati dan pemikiran pengundi, bukannya melakukan tindakan agresif -- apatah lagi berunsur samseng dan ganas -- yang hanya menyebabkan masyarakat menjadi lebih marah dan jelik.

Aneh sekali strategi Umno ini, 'kan? Ketika perayu kempen berusaha dengan segala tenaga untuk melunakkan hati pengundi, mereka memilih taktik yang boleh menikam belakang sendiri!

Tentu ramai mengingati bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi asakan di luar adab kemanusiaan, termasuk dihadiahkan "kek tahi" yang menjijikkan sempena hari jadinya tidak lama dahulu.

"Apa nak dihairankan, tengok saja akhbar-akhbar yang dimiliki Umno, yang tidak malu-malu menyiarkan gambar lucah dan porno, hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. Blogger yang ditaja dan diupah Umno, serta mendapat layanan istimewa pemerintah, bersikap biadab dan kurang ajar ketika memaparkan posting mereka," kata seorang teman, seorang pensyarah sains politik.

Ternyata Umno tidak sabar dan tahan uji menghadapi kekalahan, apatah lagi menunggu "saat kematian". Sedangkan selama ini, sejak pilihan raya umum pertama, pembangkang khususnya PAS, tetap menolak pendekatan kekerasan atau militan meskipun sering diganasi secara fizikal dan istiqamah dengan "muwajahah silmiyyah".

Pemimpin dan aktivis PAS menghadapi ujian perit, termasuk dibunuh, dipenjarakan, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai warga dan pelbagai bentuk pengkhianatan lain. Biarpun kalah teruk -- termasuk melalui penipuan -- dalam pilihan raya, PAS tetap menghormati proses demokrasi dan pemimpinnya berjaya meyakinkan ahli-ahlinya agar tidak memilih jalan di luar batas undang-undang.

Justeru, apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba melakukan satu lagi provokasi jahat, bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan patut dikecam.

Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, mereka akan menganjurkan "demonstrasi ganas" tanpa henti untuk menolak keputusan itu. Selepas itu, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Kalah dalam pilih raya bukan satu isu besar bagi pembangkang. Mereka sudah melaluinya sejak sekian lama. Sejarah menjadi saksi pembangkang dapat menerima kekalahan itu tanpa menimbulkan huru-hara. Yang panik dan gelabah apabila ditewaskan adalah Umno. Tidak dapat dengan jalan kasar, mereka memilih pendekatan membeli wakil rakyat dengan sogokan rasuah.

Namun, jika PRU13 berjalan secara tempang, penuh penipuan dan sarat dengan manipulasi, seperti tergambar melalui pelbagai komplot hari ini, saya sendiri tidak dapat menolak kemungkinan rakyat akan bangkit membantah melalui perhimpunan yang lebih ramai daripada Bersih 3.0 lagi.

Apakah Dr Mahathir sudah menduga bahawa Umno-BN sudah bersiap untuk melakukan "kejahatan dahsyat" itu dalam PRU13 nanti? Atau beliau sekadar membayangkan Umno sendiri mungkin mencetuskan huru-hara dan keganasan sekiranya kalah dan hilang kuasa di peringkat persekutuan nanti, seperti terjelma secara kecil-kecilan sehari dua ini?

-Ahmad Lutfi Othman

BAM abai program pembangunan

BEKAS pemain beregu negara, Cheah Soon Kit berpendapat, kekurangan program latihan merupakan punca kegagalan skuad negara pada kempen Piala Thomas di Wuhan, China yang telah melabuhkan tirainya Ahad lalu.

Soon Kit berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak sepatutnya menggunakan alasan yang sama setiap kali gagal pada kejohanan berpasukan itu dengan memberikan gambaran bahawa badan induk tersebut tidak memiliki barisan pemain berbakat.

Sebaliknya, Soon Kit menggesa BAM untuk mencari formula terbaik dan mengkaji semula program latihan barisan pemain negara.

Katanya, BAM sepatutnya merangka program latihan barisan pemain negara lebih awal bagi membentuk skuad yang benar-benar mantap bagi menghadapi kempen Piala Thomas kali ini berpandukan kegagalan pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.

“Kita sudah mendapat pengajaran selepas kegagalan skuad negara pada Piala Thomas 2010.

“Sepatutnya, BAM menggunakan segala kelemahan yang dilihat dalam skuad negara ketika itu sebagai panduan untuk membentuk sebuah pasukan yang baik.

“Jadi, tidak sepatutnya BAM memberikan alasan yang sama setiap kali gagal pada Piala Thomas.

“Kita sebenarnya tidak pernah ketandusan pemain tetapi kita mungkin silap dari aspek program latihan yang dilihat penting bagi membentuk seseorang pemain berkualiti.

“Memang tumpuan lebih terarah terhadap persiapan Sukan Olimpik 2012 tetapi jika kita lihat sandaran utama ialah Datuk Lee Chong Wei (pemain perseorangan negara) seorang sahaja. Jadi, BAM boleh memberikan fokus terhadap pemain-pemain lain dengan program latihan yang ingin dilaksanakan.

“Apa yang saya boleh katakan, BAM perlu mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah tersebut secepat mungkin kerana kita ada dua tahun lagi bagi membentuk sebuah pasukan yang kuat untuk kembali memberi saingan pada kempen Piala Thomas 2014,” kata Soon Kit.

Pada kempen Piala Thomas kali ini, skuad negara gagal melepasi sasaran yang diletakkan BAM untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila tersingkir pada peringkat suku akhir.

Terdahulu, Soon Kit ditemui pemberita ketika majlis pengumuman senarai 12 pemain yang terpilih bagi program biasiswa badminton remaja Senheng-Samsung di ibu negara semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd., Lim Kim Heng, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon dan Pengarah Urusan Akademi Badminton Looi, Jack Koh.

Menerusi program tersebut, 12 pemain yang berusia antara 13 hingga 19 tahun itu telah ditawarkan biasiswa pembelajaran dan latihan selama tiga tahun di bawah kendalian Akademi Badminton Looi sementara Soon Kit dilantik sebagai ketua jurulatih.

Mengulas lanjut, Soon Kit turut berharap agar BAM mengamalkan sikap terbuka dalam proses pemilihan pemain yang bakal menggalas cabaran skuad negara dalam mana-mana kejohanan terutama melibatkan acara berpasukan.

“Tidak semestinya, seseorang pemain itu berada di bawah naungan BAM, dia boleh dianggap bagus. Ini kerana, pemain-pemain yang bergerak secara bebas dan bernaung di bawah kelab-kelab badminton di luar juga tidak kurang hebatnya.

“Jadi, BAM perlu memantau perkembangan setiap pemain secara menyeluruh. Jika perlu panggil pemain-pemain luar menjalani latihan bersama BAM lebih awal bagi menjalani proses pemilihan.

“Tidak kira pemain itu di bawah naungan BAM atau tida, mereka perlu diberi peluang yang sama rata kerana mereka memberi sumbangan untuk negara,” jelas Soon Kit.

Sebagai rekod, Soon Kit merupakan salah seorang pemain yang membarisi skuad negara ketika menjulang Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.

-Kosmo

SAHAM FGVH : Kroni UMNO 11.5%, Sykt Yahudi 4.9%, Peneroka Hanya Dapat 2.5%

Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).

Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai “pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti”. Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

“Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka,” begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar

Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu. -FMT

Skandal: UMNO Sabah semakin meretak

Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.

Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.

Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.

Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya. Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis. Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.

Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah). Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.

Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai. Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti. Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."

Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.

"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan. Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya. Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.

Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".

Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO. Antaranya semestinya perebutan sumber. Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."

Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.

Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari. Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut. Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah. Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.

Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik. Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan. Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.

Musa berdepan dengan sekta yang berbeza

Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011. Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.

Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO. Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.

Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin. Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.

UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah. Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12.

Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas. Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman. Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.

Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri. Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri. Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan. Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun. Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.

Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO). Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".

Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini. Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah. "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah. Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko. Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah. Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."

Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.

Legenda rock Amy Search sertai Umno



Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.

Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.

-Bernama

PM bentang bajet 28 September

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September.

Najib yang juga menteri kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

NONE"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.

"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib di Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.

"Malaysia kini dalam tahun ketiga perjalanan ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Banyak yang sudah kita capai dalam tempoh yang singkat ini. Bagaimanapun, masih banyak yang mesti dilakukan," katanya.

Sementara itu, perdana menteri berkata kerajaan perlu menyediakan peluang saksama untuk pendidikan dan pekerjaan selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi bagi mengukuhkan daya saing untuk bersaing dalam pasaran global.

Perdana menteri juga memberi jaminan bahawa penyepaduan fiskal berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran defisit jangka sederhana sekitar tiga peratus menjelang 2015.

"Saya menyedari mengenai kebimbangan terhadap pengurusan fiskal kita. Kami terus komited untuk mengukuhkan kewangan awam.

"Mengekalkan momentum pertumbuhan ketika wujud cabaran luar merupakan keutamaan, namun ia akan dilakukan dengan penuh tanggungjawab," kata perdana menteri.

Najib berkata beberapa inisiatif sedang dilaksanakan dalam regim perbelanjaan selain usaha untuk meningkatkan kutipan perolehan.

Beliau berkata pengurusan nilai telah dilaksanakan untuk projek-projek pembangunan melebihi RM50 juta manakala belanjawan pusingan dua tahun, yang diperkenal tahun lepas, menyediakan pengurusan perbelanjaan anjal.

"Selain itu Kajian Perbelanjaan Awam dilaksanakan dengan bantuan Bank Dunia dan kerajaan bertindak atas cadangan. Kita juga sudah membentuk jawatankuasa di Perbendaharaan untuk mengkaji isu-isu fiskal berkekalan jangka panjang," katanya.

- Bernama

RM12 Billion Untuk Kos Logi Langat 2: Hanya Untuk Buat Kroni

Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi ’makan’ kepada kroni dan dirinya sendiri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

“Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menegaskan, “jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

“Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek. Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.

‘Sedia payung sebelum hujan’

Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.

“Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan,” tegas beliau.

Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.

“Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

“Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.

Ujar beliau, “inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion. -FMT

Tuesday, May 29, 2012

Maksiat Bermaharajalela Di Hari Belia

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.

Ketua penerangan sayap parti itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Tiga daripadanya cedera parah. -mk


Dr M : Kerajaan Najib masih lemah

Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan sehingga selesai bulan puasa yang akan tamat pada Ogos.

Bekas perdana menteri itu dipetik Bloomberg dalam satu temuramah khas berkata, perdana menteri perlu menangguhkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya yang mesti dilakukan dalam masa setahun.

“Apabila lemah, beliau perlu berhadapan dengan kritikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah ini, apa pun yang dibuat tidak akan cukup,” kata bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) ini, dan menambah, Najib mewarisi perikatan yang lemah, yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka.

Dr Mahathir: Temuramah Bloomberg. — Foto fail
Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, bagi mengurangkan rekod kekalahan 82 kerusi Parlimen dan lima negeri dengan pemerhati melihat dengan mengembalikan kuasa dua per tiga majoriti, Najib dijamin memegang kuasa yang besar.

Najib telah melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun pengkritik melihat ia hanyalah remeh dengan lebih banyak undang-undang lama digantikan.

Perdana menteri masih lagi menguruskan perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu dan pentadbirannya telah mengemukakan saman badan pemerhati pilihan raya tersebut minggu lalu kerana menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap kenderaan kerajaan berpunca daripada pertembungan antara polis dan perusuh.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan 512 perusuh apabila menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh halangan pihak polis.

Kaji selidik Merdeka Center mendapati 92 peratus pengundi menuntut daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya dilaksanakan dengan 48 peratus melihat daftar pemilih sedia ada tidak lengkap.

Dr Mahathir turut berkata kepada akhbar tersebut Najib perlu mengambil lebih masa sebelum melaksanakan pilihan raya bagi memperoleh kemenangan daripada kaum Cina yang majoritinya menyokong pembangkang, Pakatan Rakyat.

Najib sebelum ini berkata pilihan raya bakal dilaksanakan “tidak berapa lama lagi” disamping khabar angin Parlimen akan dibubar sebelum sidang berikutnya Jun ini

Namun hari ini, The Malaysian Insider melaporkan BN sedang meneliti kemungkinan pilihan raya akan dilaksanakan pada September kerana kaji selidik dalaman mendapati parti itu mampu memenangi 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-kurangnya 80 pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada 2008 tapi kurang 148 untuk majoriti dua pertiga majoriti.

Pentadbiran Najib memberikan fokus utama kepada demografi namun cadangan pemansuhan bantuan dana pinjaman pendidikan oleh PR mungkin mengakibatkan undi belia, kunci utama pengundi yang meliputi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 12 juta pengundi.

Hampir 60 peratus pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.

-TMI

IIM sokong SPRM tapis semua calon PRU13

Institut Integriti Malaysia (IIM) mengalu-alukan dan menyokong cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menawarkan perkhidmatan untuk menapis semua calon parti sebelum pilihanraya umum Ke-13.

Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata, langkah proaktif ini akan membantu kepimpinan parti untuk mencalonkan individu yang berintegriti.

"Institut Integriti Malaysia juga melihat bahawa proses ini akan memastikan tahap keyakinanan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan sistem demokrasi akan bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, tambahnya, secara tidak langsung akan menarik minat dan penglibatan rakyat dalam proses pilihanraya dan pemilihan pemimpin.

Inisiatif ini juga akan dapat memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kepimpinan politik, katanya.

Menurutnya, hasil kajian yang dikendalikan IIM pada 2009 yang bertajuk “Sejauh mana Pemimpin Politik Berintegriti dan Bersih Rasuah dihargai rakyat,” mendapati pemimpin politik yang berintegriti dan bersih rasuah, amat dihargai rakyat.

"... dan kriteria kepimpinan berintegriti dan bersih rasuah, mengatasi elemen populariti dalam pemilihan pemimpin politik," tambahnya.

Sehubungan itu, menurut Dr Mohd Tap, IIM berpendapat amat penting untuk parti politik membuat pemilihan calon yang tepat, yang mempunyai ciri-ciri akauntabiliti, berintegriti dan telus dalam pilihanraya yang akan datang.

"Masyarakat juga akan berpeluang untuk mengenalpasti bahawa calon-calon merupakan pemimpin yang berintegriti.

"Secara tidak langsung, sistem pilihanraya yang akan datang juga akan meraih keyakinan dan kepercayaan masyarakat serta dilihat telus, bertanggungjawab dan mempunyai standard yang tinggi," tambahnya.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, katanya, IIM, menerusi sektor politiknya, telah mengendalikan pelbagai program dan kursus untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai etika dan integriti, pengamalan budaya politik bersih dan pemantapan integriti politik dalam kalangan ahli politik dan juga parti-parti politik.

"IIM juga bercadang mengendalikan kursus pemantapan integriti politik yang berfokus kepada pemahaman sistem politik, perlembagaan, peranan institusi politik, cabaran integriti politik dan dasar awam negara.

“Negara ini amat memerlukan kepimpinan politik yang berintegriti tinggi. Sehubungan itu, nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab, benar, telus, boleh dipercayai, jujur dan ikhlas adalah amat perlu dalam jiwa pemimpin untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada negara dan bangsa”, kata Dr Mohd Tap.

-MK

Harussani setuju Islam pada PAS dipadam?

Mufti Perak Tan Sri Harussani termakan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali Perkasa supaya nama Islam pada PAS dipadamkan.Maka bercadang Mufti itu untuk mencadangkan perkara itu kepada Majlis Fatwa kerana pada pandangannya PAS sekarang sudah lari dari perjuangan Islam.

Mufti itu menggunakan hak kebebasan bersuara yang diberi oleh perlembagaan. Dia berhak menyampaikan pandangan dan dia hendaklah tampil dengan hujahnya dan jangan pula dilihat sama dengan fikiran Ibrahim atau terpengaruh dengan pandangan Ibrahim Ali.

Tan Sri Harussani mesti datang dengan hujah syarie dan jika boleh sertakan nas yang mewajarkan nama Islam PAS itu diharamkan.

Hujah itu kalau tidak ada nas dan dalil sekali pun mestilah kukuh logiknya.

Seperti wakil Quraisy Mekah dalam perjanjian Hudaibiyah dengan Rasulullah SAW tidak bersetuju dalam teks perjanjian ditulis Muhammad Rasulullah. Mereka mahu menggunakan kalimah Muhammad saja.

Baginda bertanya, apa bezanya Muhammad sana dengan Muhammad Rasulullah sedang keduanya adalah orang yang sama? Jawabnya, kalau mereka bersetuju Muhammad itu Rasulullah, maka tidaklah mereka berperang menentangnya. Kerana mereka tidak setuju baginda itu Rasulullah, maka mereka menentangnya.

Mana-mana Quraisy yang sudah setuju baginda itu Rasulullah seperi Umar al-Khatab dan Khalid ibni Walid, maka mereka tidak menentangnya lagi bahkan menjadi penyokongnya.

Logiknya kuat. Maka baginda suruh padamkan kalimah Rasulullah itu. Saidina Ali r.a. yang menulis teks itu enggan memadamnya lalu baginda sendiri memadamnya.

Mufti Perak harus adalah hujah logik sekuat itu bagi memadamkan kalimah Islam dari nama PAS.

Sebagai seorang individu seperti Ibrahim Ali dan mana-mana budak Perkasa, dia boleh menyatakan pandangannya. Tetapi dia mufti. Maka pandangannya tidak boleh disama dengan orang awam apa lagi yang jahil murakaf.

Dia tidak bercakap atas nama dirinya sendiri. Dia bercakap atas nama umat Islam di negeri Perak khasnya dan dia juga bercakap mewakili Sultan Perak sebagai ketua agama di negeri itu.

Jangan sampai nanti ada orang berkata, itulah rupanya Mufti Perak. Umat Islam di negeri Perak tidak terlepas dari sebarang kesan jika kenyataannya dilihat sebagai cacarmarba. Nanti malu umat Islam negeri itu.

Kalau umat Islam malu atas cakap muftinya, maka apa lagilah Sultan yang mentaulilahnya sebagai Mufti. Jika selalu muftinya bercakap atas hal-hal yang remeh, maka wibawa Sultan pun boleh tercemar. Jika selalu sangat mufti bercakap seperti orang jual ubat, maka daulat mufti itu tidak mulia lagi.

Sebagai Mufti Perak, dia berhak membawa perkara itu kepada Fajlis Fatwa dan minta majlis itu menimbangkan apakah kalimah Islam itu akan dipadamkan atau dikekalkan.

Cadangan seperti itu pernah disuarakan banyak kali oleh orang politik tepi jalan. Tetapi tidak pernah dilayan oleh para mufti. Sejak zaman Tun Razak lagi. Ketika itu mereka dapat padamkan kalimah Allah dan Muhammad yang tertera pada bendera PAS dan mereka haramkah lambang pilihanraya PAS yang menggunakan gambar bulan sabit dan bintang berbucu lima.

Tetapi mereka tidak mengusik nama Islam pada PAS. Dr Mahathir dilihat sebagai orang yang keras dan tegasnya berlebihan. Dia pun tidak jadi untuk memadamkan nama itu.

Zaman dulu muftinya tidak bercakap sesuka hati. Mereka membincangkannya dalam majlis tertutup. Tetapi hari ini mufti pun bercakap sama seperti orang-orang politik juga.

Jangan nanti orang melihat fatwa yang dikeluarkan itu tawar.

Majlis Fatwa baru saja membuat fatwa mengharamkan oleh Islam menyertai tunjuk perasaan Bersih 3.0. Semua orang merasakan fatwa itu ditunjukkan pada Bersih 3.0. Fatwa itu tidak diiktiraf oleh masyarakat dan tidak populer. Majlis Fatwa belum dapat melepaskan diri dari reaksi bertalu-talu orang ramai. Sekarang Mufti Perak hendak menambah supaya padamkan Islam dari nama PAS.

Semua mufti itu sama alimnya dengan pemimpin Dewan Ulama PAS dan anggota Majlis Syuranya. Malah ada yang lebih alim. Mereka boleh berhujah dengan mufti. Ulama dalam PAS bebas dan tidak terikat kepada kerajaan. Mereka tidak makan gaji seperti mufti dan anggota Majlis Fartwanya.

Mufti jangan cemarkan daulat sebuah fatwa.

Oleh Haji Subky Abdul Latif

Siasat Segera Penganjur Drag Race

Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.

Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.

Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.

"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.

"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.

Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu

"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.

"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya. -mk

SPR Hilang Mandat Kendali Pilihanraya - BERSIH

Tinjaun terbaru di Dataran Merdeka membuktikan bahawa pengundi sudah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya kini termasuk peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata pemerhati Bersih hari ini.

Menurut Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, natijah kepada tinjauan terbabit telah mendapati bahawa sistem pilihanraya berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan untuk memenuhi keperluan politik bagi PRU akan datang.

Tinjauan itu dilakukakn sehari selepas ribuan perusuh berhimpun pada Bersih 28 April lalu yang menemukan sembilan daripada sepuluh pengundi mahukan sistem pilihanraya yang bersih sebelum menjelang PRU ke-13.

Tinjauan oleh Merdeka Centre berhasil mendapatkan hampir separuh daripada 1,019 pengundi yang berdaftar yang percaya daftar pemilih mempunyai pengundi diragui termasuk warga asing.

"Keyakinan rakyat adalah isu besar, rakyat sedar bahawa SPR tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk meyakinkan rakyat bukannya keluar mendabik dada.

"SPR hanya pekerja dan telah lama mendapat kepercayaan rakyat," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya mengenai tinjauan yang membawa keputusan bahawa SPR sudah kehilangan mandat sebagai badan bebas pilihan raya negara ini, Ambiga (gambar) berkata :"Ya, saya percaya."

"Ini menunjukkan bukan sahaja kaji selidik tersebut, tapi dibuktikan dengan kehadiran 250,000 ketika perhimpunan Bersih.

"Beban itu bukan sahaja ditanggung SPR, tapi pihak berkuasa juga perlu memastikan pembaharuan pilihan raya dilaksankan," katanya.

Kaji selidik itu menyebelahi Bersih," kata Ambiga.

Beliau berkata hasil kaji selidik itu turut menunjukkan pengundi Malaysia menuntut akauntabiliti daripada SPR dan suruhanjaya itu tidak boleh membiarkan perkara itu.

"Rakyat tidak membeli penyelesaian ... SPR juga tidak seharusnya memikirkan yang masyarakat tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan, mereka bukan bodoh."

Kaji selidik Merdeka Centre mendapati 92 peratus daripada pengundi menuntut untuk daftar pemilih dibersihkan dan hanya 44 peratus menyatakan keyakinan terhadap pilihan raya di Malaysia bebas dari unsur salah guna kuasa.

48 peratus respondan bersetuju daftar pemilih tidak tepat dan "dibelenggu" dengan pengundi meragukan seperti warga asing, mereka yang dipindah tanpa pengetahuan atau individu yang memiliki identiti lebih dari satu."

Perhimpunan Bersih 28 April lalu adalah yang ketiga dalam tempoh lima tahun menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Selepas demonstrasi Julai tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas untuk mengemukakan cadangan terhadap sistem pilihan raya dan diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan laporan lengkap.

Bagaimanapun, Bersih mengadakan protes yang menegaskan jawatankuasa itu gagal memenuhi tuntutan mereka termasuk membersihkan daftar pemilih, pengundi pos, media bebas, dan penggunaan dakwat kekal.

Namun Merdeka Centre berkata dalam kenyataannya, kaji selidik yang dijalankan antara 14 April hingga 26 April itu mendapati 39 peratus responden memahami pembaharuan tuntutan pilihan raya.

Bagaimanapun, 34 peratus percaya jawatankuasa dwipartisan itu ikhlas untuk memperbaiki sistem pilihan raya.

Perhimpunan yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan hujung bulan lalu dan menyaksikan pertempuran antara perusuh dan polis telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) menuduh pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi. -TMI

Sunday, May 27, 2012

Jeffrey to Harris: Let’s do it on June 17, at Hongkod

KOTA KINABALU: State Reform Party (STAR) Sabah chairman Jeffrey Kitingan is willing debate with former Chief Minister Harris Salleh, once Harris is “formally appointed” by the federal and state governments to face him.

“Let’s fix the date and place, here and now,” he said in statement here today. “Let’s do it at the Hongkod Koisaan, on the night of June 17.”

Jeffrey was responding to tha challenge by former Chief Minister Tan Sri Harris Salleh last Thursday to an open public debate on STAR’s view that Kuala Lumpur is colonising Sabah, saying saying that he promised that the debate should be confined and based on Jefrrey’s contention and evidences.

However, Jeffrey is going into the debate with his own additional conditions.

“Harris is not right to person to debate on the issue because he is a past Chief Minister who is no longer involved in the running of the government, so he doesn’t have the loci standi to speak on behalf of the government,” Jeffrey said. “But I will gladly face him if the Federal or State Government make a formal announcement to appoints him as their representative to debate with me.”

But he said he would prefer to face the current Chief Minister, because it is only right that Musa answers for a lot of questions we have with regard to the many situations in Sabah.

“Or better still, the Prime Minister,” he said. “It is in the public interest for us to debate on the issue of internal colonisation as we approach the 50th anniversary of the formation of Malaysia.”

But whoever I face, I make it a condition that this debate be made an international event with the presence of the international media, such as CNN, Al Jazeera and the BBC, Reuters, the Associated Press and the rest.

“I also want the moderator to be a neutral one, preferably someone from outside Sabah, and official representatives of the British government and of the United Nations to be present.”

He said these conditions are justified because the topic of the debate involves a vast number of local and international issues, including Sabah’s terms in joining with three other nations to form the Federation of Malaysia, the guarantees given for Sabah’s rights and autonomy including power over immigration and revenue collection as sealed with the 20 Points, the recommendation in the IGC Report, the original intentions of the nation’s founding fathers and even the work of the Cobbold Commission.

“As far as STAR is concerned this will be our golden opportunity to publicise the whole issue of Sabah’s position in Malaysia to the global community,” he added. “So let’s not do it half way. Let’s make this a historic debate which will be judged not only by Malaysians but by the other governments and peoples of the world.”

17 cedera dalam acara lumba di perhimpunan belia

Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.

Drag race crashPembantu kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.

Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.

Empat lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi, mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.

Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.

Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.
"Yang terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi.

"Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.

"Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.

Rakyat bosan dengan politik cara UMNO?

Memetik kata-kata penulis terkenal Indonesia, Goenawan Mohamad dalam sebuah Catatan Pinggir yang amat popular. Beliau berbicara tentang kejatuhan ketua-ketua negara di beberapa negara Arab pada tahun 2011.

Siapa yang memimpin para pemberontak yang mengempur Tripoli? Siapa yang mengkomondo ribuan orang yang menjatuhkan Mubarak dari lapangan Tahrir di Mesir, dan mengerakan demonstran yang menuntut demokrasi di jalanan kota Hamas di Syria?


Tidak ada. Belum ada. Entah! Mereka ibarat “orkes” tanpa dirigen.

Ertinya sebuah orkestra telah dengan spontan terbentuk lalu para pemainnya memainkan irama yang dapat memikat orangramai sehingga orangramai tertarik lalu mendorong mereka bergabung, akhirnya orkestra bertambah besar dan perkasa.

Demikian halnya dengan perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin. Ratusan ribu hadir, membentuk menjadi sebuah orkestra dengan mengalun muzik yang sama, irama yang sama, rentak juga sama, dan setiap individu yang bergabung itu tidak pula bertanya; siapa pemimpin orkestra sehebat itu.

Jawapannya kerana pengabungan itu bukan atas dasar siapa yang memimpin atau siapa yang menjadi ketua, tetapi kerana masing-masing terpanggil setelah melihat di sana terdapat beberapa kepincangan dan ketidakadilan yang telah dilakukan pemerintah dalam mengurus demokrasi di negara ini.

Sedang kepincangan itu harus diperbetulkan segera, biarpun terpaksa melalui jalan raya kerana meja perundingan sudah tertutup.

Mereka datang bukan kerana Ambiga atau A. Samad Said tapi kerana tuntutan lapan perkara yang tersenarai dalam dokumen tuntutan Bersih itu bagi mereka sangat bertetapan dengan kehendak hati nurani masing-masing.

Saya bertanya salah seorang anak muda dari Kelantan, yang ditemui secara kebetulan di Kota Bharu saat akan berangkat ke Kuala Lumpur “ Untuk apa mahu menyertai Bersih 3.0 ? Terpengaruh dengan Ambiga atau siapa?. Anak muda itu menjawab “ Saya tak kenal pun Ambiga. Tapi saya mahu menyertai perhimpunan kerana tak bersetuju dengan perjalanan demokrasi di negara ini yang dilihatnya tempang.”

Seterusnya anak muda itu menghujah: Malaysia sudah 54 tahun merdeka, sepatutnya pemilihan parti politik yang akan menerajui negara dilakukan secara demokratis seperti dilakukan negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Contoh paling mudah, menentukan tarikh pilihanraya. Parlimen seharusnya menetapkan tarikh pilihanraya, bukannya Perdana Menteri dengan kuasa mutlak. Apa yang berlaku sekarang rakyat berteka teki bila masanya parlimen akan dibubarkan untuk membolehkan satu pilihan raya umum diadakan. Rakyat bosan dan terasa “rugi masa” dengan kondisi seperti ini.

Kedua, radio, televisyen (RTM) milik kerajaan seharusnya membenarkan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya berkempen menerusi media elektronik seperti diamalkan negara-negara maju kerana RTM adalah milik kerajaan (Kementerian Penerangan), dimana sumber kewangannya datang dari rakyat yang membayar cukai tanpa mengira mereka itu BN atau PR.

Di negara-negara lain, bahkan pemerintah memberikan wang kepada parti-parti oposisi untuk membiayai mereka berkempen.

Sewaktu berlangsung pemilu (pilihan raya ) Indonesia beberapa tahun dulu, kebetulan saya berada di Indonesia. Terasa tak mahu keluar dari kamar hotel kerana asyik menonton acara kempen pelbagai parti yang disiarkan dilayar televisyen Republik Indonesia silih berganti. Senario seperti itu tak pernah wujud di Malaysia biarpun sudah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Rakyat mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Senarai pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih hendaklah dibuang. Bukti -bukti yang ditunjukkan Pakatan Rakyat seperti berpuluh-puluh pengundi menggunakan alamat rumah yang sama hendaklah diambil tindakan sewajarnya oleh SPR, bukan mendiamkan diri.

Rakyat sebenarnya mahu melakukan transformasi politik untuk menyelamatkan negara daripada sebarang bentuk pengkhianatan dan penipuan.

Kerajaan yang sudah diberi mandat selama 54 tahun sudah terlalu lama membiarkan orang Melayu berada dalam kepompong hidup feudal sehingga pemikiran dan sikap merdeka dalam erti kata sebenar tidak menjadi asas dalam menentukan kepimpinan negara.

Di mata penguasa, orang Melayu dianggap sebagai pengundi yang lebih mudah dibeli dengan rasuah dan fitnah. Lantaran itu orang Melayu diberikan pelbagai suapan wang tunai oleh kerajaan, disusuli dengan pelbagai fintah melibatkan lawan politik mereka melalui media cetak, elektronik dan media baru.

Barangkali umum tidak terasa, bahawa apa yang diberikan kerajaan kepada rakyat sekarang sebenarnya berunsur rasuah, walaupun atas nama wang bantuan kepada rakyat miskin.

Sekiranya wang sedemikian dibahagi-bahagikan kepada rakyat selepas pilihan raya PRU Ke 13 nanti mungkin rakyat dapat menerimanya sebagai bentuk bantuan ikhlas kerajaan kepada rakyat, tetapi olehkerana dilakukan sekarang, sewaktu dekat pilihan raya, pemberian itu dinilai sebagai pemberian “ada udang disebalik batu”.

http://demitinta.blogspot.com

Ust Azhar : Haram Di PICC, Diserbu Di Puchong

Koleksi foto Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor...Walapun diharamkan memberikan kuliah di Putrajaya namun umat Islam terutamanya anak-anak muda tetap membajiri Masjid As-Salam.



Lihatlah dengan mata kepala sendiri....Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda..

Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.

Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan.

-http://omakkau.blogspot.com

Budaya Ganas Semakin Menular Menjelang Pru 13

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam keras tindakan segelintir pihak yang melakukan provokasi melampau dan keganasan dengan membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin dalam ceramah yang dianjurkan oleh PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai semalam sehingga beberapa orang penonton tercedera. Ceramah itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah Anwar, YB Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

DPPWP merasa kecewa kerana masih ada rakyat yang bersikap tidak bertamadun dengan menolak kebenaran melalui maklumat yang disampaikan oleh Pakatan Rakyat. Mereka yang seperti ini tidak ubah seperti ‘haiwan' yang tidak mampu menggunakan akal untuk berfikir sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menggagalkan ceramah tersebut.

Apa yang lebih dikesali adalah gangguan tersebut berlaku di dalam kawasan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. DPPWP melihat beliau telah gagal dalam memastikan keselamatan terhadap orang awam dalam program yang diadakan di dalam kawasannya.

Insiden ini juga memperlihatkan seolah-olah ada pihak merasa amat cemas dengan kebangkitan rakyat dan gerun mendengar pendedahan demi pendedahan mengenai skandal pemimpin-pemimpin UMNO yang semakin terbongkar. Mungkin mereka ini tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak oleh rakyat sehingga terpaksa melakukan apa sahaja demi memastikan penerangan dan maklumat tidak sampai kepada rakyat, hatta terpaksa mencederakan orang awam.

Apa yang membimbangkan adalah insiden keganasan seperti menyimbah cat merah, melempar bom petrol, membaling batu ke arah kenderaan pemimpin PR menghalang dan memukul orang ramai, mengugut dan lain-lain kerap berlaku akhir-akhir ini. DPPWP risau jika keganasan terhadap rakyat menjadi budaya yang dicipta menjelang PRU ke 13 sebagai strategi terdesak pihak tertentu.

Untuk itu, DPPWP mendesak kerajaan membuat siasatan lanjut terhadap insiden ini dan mereka yang bertanggungjawab melakukan keganasan ini perlu diheret ke mahkamah. DPPWP mahukan jaminan keselamatan terhadap rakyat supaya insiden serupa tidak berulang di masa akan datang dan hak rakyat untuk menikmati kebebasan berhimpun, dan mendapat maklumat tidak terhalang.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Belia perlu bijak nilai intan permata?



Belia bukan golongan yang suka berdemonstrasi secara haram di jalanan sebaliknya golongan yang menghormati prinsip undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai golongan yang menjadi pewaris masa depan negara, mereka mempunyai sifat mencintai keamanan, beradab, berhemah mulia dan tertib.

Justeru, belia harus bijaksana mengelak daripada termakan hasutan dan fitnah sehingga menjejaskan agenda pembangunan negara.

"Belia yang berhimpun di sini bukan demo crazy (gila berdemo) seperti merusuh secara haram, membaling batu kepada pihak keselamatan, menendang polis di jalan raya, semua yang ada di sini adalah belia menjunjung demokrasi.

"Anda semua bijak menilai antara intan dan permata, jangan mudah dihasut dengan ucapan dan fitnah melalui internet. Mari, bangkit pertahankan Putrajaya untuk menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya ketika melancarkan sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena Hari Belia Negara di sini petang semalam.

-Kosmo

PAP tewas pilihan raya kecil Hougang

SINGAPURA - Pengundi Singapura sekali lagi mengetepikan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan kecil kerusi Daerah Hougang semalam.

Beberapa pegawai pilihan raya berkata, calon Parti Pekerja, Png Eng Huat mendapat 62 peratus daripada keseluruhan 62,000 undi sekali gus mengekalkan penguasaan parti pembangkang tersebut di Hougang.

Calon PAP, Desmond Choo pula memperoleh cuma 38 peratus undi pada pilihan raya tersebut.

Pilihan raya berkenaan diadakan oleh Pemerintah Singapura selepas kepimpinan Parti Pekerja menyingkirkan wakil rakyat mereka, Yaw Shin Leong kerana enggan memberi penerangan berhubung dakwaan beliau menjalinkan hubungan sulit.

Choo tewas kepada Shin Leong semasa pilihan raya umum pada Mei tahun lalu.

Prestasi PAP dalam pilihan raya berkenaan adalah yang terburuk sejak Singapura memperoleh kemerdekaan pada 1965.

Parti pemerintah berkenaan kini menguasai 81 daripada 87 kerusi di Parlimen manakala baki enam kerusi lagi diduduki oleh Parti Pekerja. - Agensi

Salehuddin Disambut Meriah Masyarakat Cina Johor

Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera.

Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.

Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya"

"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu.

Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim. -nusajaya

Dr M ‘terdesak’ untuk kekalkan BN berkuasa

Lim Kit Siang hari ini menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan keganasan akan sentiasa berlaku jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya akan datang, beliau turut menambah bahawa kenyataan itu menunjukkan bekas perdana menteri itu berada dalam “keadaan terdesak” untuk meletakkan Barisan Nasional (BN) dalam kuasa.

Semalam, Dr Mahathir memberi amaran di dalam blog beliau dimana keganasan daripada perusuh pada perhimpunan Bersih 3.0 merupakan permulaan kepada “demonstrasi ganas yang berlanjutan” jika PR kalah dalam pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini juga.

Akan tetapi Lim (gambar), yang merupakan Pengerusi DAP, berkata bahawa dakwaan Dr Mahathir adalah “satu khayalan lengkap imaginasinya” kerana beliau mempunyai satu “wang taruhan peribadi” dalam hasil pilihan raya umum berikutnya.

“Ini berkemungkinan bahawa beliau dapat merasakan selepas Perhimpunan Bersih 3.0, UMNO dan BN akan kalah di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang? Lim berkata dalam satu kenyataan hari ini.

“Dan ini bermakna, senarai rasuah dan kesalahan penggunaan kuasa sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri yang disimpan selama ini akan terbongkar dan beliau melakukan apa sahaja untu mengelakkannya daripada diketahui ramai?”

Dr Mahathir dilihat mampu menyedari kesan penuh daripada perhimpunan Bersih yang menyaksikan “200,000 ke 300,000 rakyat Malaysia” berhimpun untuk pilihan raya yang bebas dan adil walaupun terdapat kuasa tinggi yang cuba menggagalkan Bersih 3.0 dan PR.

Ekoran daripada kesedaran itu, Lim mendakwa telah menyebabkan Dt Mahathir tertekan dan memilih untuk meletakkannya do blognya bersama ketakutan Umno di kedah yang mungkin ditewaskan yang akan turut dirasai kehilangan kuasa politik Melayu di negara ini.

“Dr Mahathir seharusnya sedar ia tidak benar Melayu akan hilang kuasa jika tewasnya Umno, sebagai pengganti Umno dan BN di Putrajaya akan ada Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP; dan Perdana Menteri baru adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Najib,” kata Lim.

“Apa bukti yang Dr Mahathir ada kepentingan peribadi dalam pilihan raya akan datang akan memungkinkan beliau untuk melakukan apa sahaja, menyebarkan penipuan,” katanya.

Kenyataan Dr Mahathir semalam dibuat sehari selepas Putrajaya mengambil tindakan perundangan terhadap Bersih dan PKR terhadap perhimpunan 28 April untuk pilihan raya adil dan bersih.

Pemimpin Bersih disaman sejunlah RM122,000 atas kerosakan terhadap 15 kenderaan yang dirosakkan sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua pemimpin parti didakwa atas kesalahan mengambil bahagian dalam perhimpunan jalanan.

Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuduh pembangkang cuba mengambil alih kuasa melalui protes Bersih.

-TMI

Pertarungan sengit Ikhwan dengan 'feloul' Mubarak

KAHERAH: Tempoh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi bermula. Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluarkan setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri yang juga bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

(Gambar: Penulis bersama Dr Waleed El-Hadad, jurucakap Hal Ehwal Luar Ikhwan.)

Adalah dianggarkan lebih 50 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menyiarkan angka rasmi. Bagi keputusan tidak resmi, Dr. Mohamad Morsi dianggarkan telah memperolehi 27.8% undi, Ahmad Syafik memperolehi 24.6% undi dan di ikuti oleh Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri 18.3% undi dan Dr. Abul Futouh dengan 17.6%. undi. Calon yang banyak mendapat sokongan kuasa Barat Amar Mousa jauh ketinggalan dengan hanya mendapat kurang dari 10% undi.

Semasa penulis menziarahi markas parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana penyokong Ikhwan nampaknya amat ceria dan rata-rata menyatakan bahawa mereka kini cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Waleed El-Haddad, jurucakap Hal ehwal luar Ikhwan Muslimin dan Dr. Ahmed Hamdy, jurucakap resmi parti FJP.

Sementara itu, Calon Ikhwan dari FJP, Dr. Mohamad Morsi turut menyatakan bahawa FJP kini bersedia untuk memimpin rakyat Mesir kearah politik baru bagi membangun masadepan Mesir yang lebih adil. Beliau turut mempertegaskan bahawa rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak.

Lebih menggembirakan lagi apabila Dr. Moneim Abul Futouh yang merupakan bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dalam ucapan awal setelah menerima keputusan kekalahan telah secara terbuka menyeru rakyat Mesir agar memberi sokongan penuh kepada calon FJP Dr. Mohamad Morsi. Dr. Abul Futouh juga mahukan rakyat Mesir menolak terus calon 'Feloul' Ahmed Syafik yang di lihat merupakan rangkaian rejim Mubarak dan tangan beliau penuh dengan darah-darah kekejaman terhadap para pejuang kebangkitan rakyat Mesir.

Ya, keputusan tidak resmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi berhadapan dengan calon ‘Feloul’ Ahmad Syafik di jangka akan berlangsung sengit. Libih-lebih lagi Ahmed Syafik disokong penuh oleh pihak tentera dan saki-baki penyokonhg Mubarak serta Kuasa Besar Barat dan sekutunya Israel. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel’ serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Keputusan resmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Saya yakin Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah kemenangan awal calon Ikhwan Muslimin. Kemenangan Ikhwan ini jugalah akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.

-HD

Pakai baju PR ambil cek pembelian FELDA

Pakai baju PR ambil cek Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat.”

Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Pakai baju PR ambil cekWalaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu.

Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya.

“Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.

“Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak,” katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini.

Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

-TKO / SinarHarian

Najib: Demokasi bukan 'demo-crazy'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan amanat kepada golongan belia agar menolak amalan demonstrasi jalanan kerana ia bukan sebahagian daripada amalan demokrasi dalam negara ini.

"Apa yang kita buat tak lain tak bukan kita amalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi bukan demonstrasi jalanan, tendang anggota polis.

"Itu bukan demokrasi, itu 'demo-crazy'," kata Najib sewaktu merasmikan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya petang tadi.

Dalam ucapan sama, Najib turut memuji golongan belia yang hadir pada sambutan itu.

Beliau menyifatkan mereka sebagai belia yang "mencerminkan hari esok yang lebih baik dari hari ini".

"Belia yang beradab, berhemat mulia, belia yang menghormati undang-undang.

"Inilah belia yang menjamin masa depan negara kita," kata Najib.

Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Himpunan Jutaan belia disambut sejak 23 Mei lalu dan akan berakhir esok 27 Mei.

Bertemakan "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini", ia dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Parlimen Putrajaya. -mK

"Haramjadah" Di Himpunan Jutaan Belia?

Cukup memalukan. Dengan aksi ghairah dan tidak senonoh inilah ditemui di dalam satu acara di Himpunan Jutaan Belia yang berlansung di Putrajaya bermula semalam.

Mana Menteri Agama, mana Majlis Fatwa Kebangsaan mana ulamak UMNO yang sebelum ini ghairah menghukum Perhimpunan BERSIH tetapi membisu terhadap gejala "wasatiyyah terlampau" seperti pertunjukan di sebelah ini?

Aneh, BERNAMA dan media massa arus perdana enggan untuk menyiarkan tentang bilangan yang hadir di himpunan yang dinamakan "jutaan" itu.

Menurut maklumat yang GB terima, himpunan yang digembar-gemburkan "jutaan" itu hanya di hadiri oleh tidak lebih 5,000 orang, itupun sekadar untuk menyertai acara-acara yang diaturkan oleh kementerian, tetapi tanpa rasa malu mereka mendakwa itu diantara 10 karnival terbesar di dunia kerana ada khemah untuk ekspo dan pameran sepanjang enam kilometer di Persiaran Perdana.

Sekadar ini sahaja "santapan" foto yang ada dari pelbagai media di hari jutaan belia:




Benar-benar menghabiskan wang rakyat terhadap penganjuran Hari Jutaan Belia ini.

Dan berita baru masuk: ada tragedi berdarah berlaku di dalam satu acara Drag Race Himpunan Belia. Laporan selepas ini.