Thursday, November 29, 2012

A Pat On The Back From The Boss

A PAT on the back from the boss Speaking at the State Ministry of Finance annual dinner last night Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, who is also Sabah's Minister of Finance, praised the officers and staff of the Finance Ministry for their good work, especially for their contribution to the drawing up of the 2013 State Budget, for which he said he was most grateful.

He told the gathering that Sabah has experienced a robust economic growth in recent years, thanks to good financial management as testified by the National Audit Department year after year and the AAA rating by the RAM Rating Service Berhad for three successive years, and an ISO certification by Moodys International to boot.

However, Datuk Musa cautioned the department not to be complacent but to strive even harder to maintain the proud record. (Insight Sabah)

Debaran menunggu juara Piala PRU-13

LEDAKAN kaki kanan Dato’ Seri Lajim Ukim ternyata menjadi satu fenomena baru di Sabah. Tindak tanduk bekas Ketua Umno Beaufort itu ternyata boleh mempercepatkan nadi Umno dan BN berada di penghujung sisa.

Beliau juga bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort. Lebih keramat lagi jawatannya sebelum ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ramai melihat ledakan “bom” diletupkan Lajim lebih terkesan berbanding era Dato’ Haris Salleh dan Pairin Kitingan mengugatkan kerajaan negeri ketika era lama.

Haris berjaya menubuh kerajaan Berjaya selepas USNO ditumbangkan. Manakala Pairin memecahkan kerajaan Berjaya sehingga melahirkan PBS.

Perkembangan itu dilihat banyak pihak sebagai satu tamparan paling hebat dalam sejarah pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak.

Maka tidak hairanlah congakkan tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi semakin kelam.

Lajim tampil dengan imej politik baru ketika berucap pada majlis berbuka puasa di kediamannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu Ramadan lalu.

Lajim juga mengumumkan pertubuhan baru dikenali sebagai Pakatan Perubahan Sabah (PPS). Sebulan sebelum itu beliau meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Tsunami politik yang berlaku menjelang pilihan raya umum 2008 tidak ada tragedi membabitkan seorang anggota kabinet keluar parti. Namun situasi sekarang berlainan berlaku.

Itu belum diambil kira dengan agenda Bersih, yang menuntut suara demokrasi lebih segar. Dalam suasana sunyi dan sekali sekala demontrasi jalanan Pakatan Rakyat tiba-tiba muncul dengan kemenangan di 82 kerusi parlimen.

Tiada sesiapa pun sangka ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi masih meraikan kejayaan cemerlang BN pada PRU 2004. Kemenangan paling berjaya dalam sejarah dengan undi popular BN lebih 90 peratus.

Ia tidak pernah dicatat ketika era perdana menteri lain.

Namun Najib cuba bangkit dengan imej baru yang bertunjang gagasan 1 Malaysia.

Selain itu rakyat juga dilunakkan dengan program transformasi nasional, BRIM, produk 1 Malaysia dan pelbagai lagi berjemana 1Malaysia.

Mungkinkah dengan pelbagai program bagi membeli jiwa dan hati rakyat membolehkan

BN melonjak kepada lebih daripada 137 kerusi parlimen, seperti dimenangi pada PRU-12.

Pakatan Rakyat pula sedang mengintai 105 kerusi kerusi bagi menafikan hegemoni keangkuhan kuasa BN.

Sekarang BN berkuasa di 137 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat pula menguasai 75 dan Bebas 8 kerusi.

Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi. Pecahan kerusi Dewan Rakyat dari Semenanjung sebanyak 153 kerusi, manakala 25 kerusi ditawarkan di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak.

Sekiranya rakyat wilayah Borneo itu mengikut jejak langkah Semenanjung pada 2008, tentunya wajah baru politik Malaysia benar-benar menjadi sejarah.

Apakah usaha itu menjadi realiti, ketika sayap Umno di Sabah semakin patah. Lajim Ukimkah penyebabnya. Kita tunggu keberanian Najib untuk meniup wisel perlawanan bagi merebut Piala PRU-13.

-Oleh LANJUSOH (DD)

Najib Bacul, Kutuk Anwar Tetapi Takut Berdebat

Sekali lagi, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempamirkan dirinya seorang "pengecut" apabila menggunakan platform Perhimpunan UMNO untuk membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

Malaysiakini melaporkan Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

Anwar telah berulangkali mempelawa Najib untuk berdebat tetapi telah tidak dihiraukan Najib dengan pelbagai alasan kononnya debat bukan budaya kita.

Tetapi Najib mengambil setiap kesempatan yang ada di dalam mana-mana perhimpunan sehala untuk membidas dan mencaci Ketua Pembangkang berkenaan.

Ternyata Najib hanya berani di gelanggang sendiri, tetapi pengecut untuk berdepan dengan DS Anwar.

Najib: Anwar hanya sesumpah politik?

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini. -MK

Umno sekarang bersatu semasa nyanyi lagu Umno

Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.

TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.

Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.

Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahajalah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan bergegar-gegar Presidennya itunya itu.

Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.

UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.

Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.

UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.

Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.

Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.

- http://aspanaliasnet.blogspot.com/

20% Petroleum Royalty For Sabah?

THE 5% petroleum royalty money receivable by Sabah at the moment is actually minimal in terms of the huge amount of money needed to be utilized and injected into uplifting the economy and financial system to enhance a vibrant growth in Sabah.

For the past 5 years from 2008 to 2012, Sabah received RM4,093 millions, Sarawak RM10,413 millions and Terengganu RM11,623 millions (refer to table attached). This reflects that in Sabah we are not that well off, due to the limited and small amount of royalty money received from the petroleum production, even though this amount constituted one quarter of the total state income and revenue.
This explained why Pakatan Rakyat is insisting and pressing hard for a 20% petroleum royalty or sharing to be give to Sabahan. If this 20% sharing is implemented, this means there will be a substantial increase in the state revenue from merely RM941 millions in 2012 to RM4,000 millions when Pakatan Rakyat takes over the government after the 13th general election (PRU13).

It is quite definite that with the huge increase in the petroleum royalty money, the development in Sabah will speed up by many folds and the economy growth will be enhanced to a very high level. The past many years of slacking behind when compared with Semenanjong can be solved undoubtedly. The most important is that the people's problems can be resolved eventually.

The Sabah DAP KKMP Hiew King Cheu sees this as an golden opportunity for the Sabahan to break away from poverty, lack of development, slack economy, and to replace with a brighter future. The BN government had in the past 50 years deprived the Sabahan from enjoying their own rights and gains from the petroleum, and it is time to ditch them and allow to be replaced by PR.

It is because the general election is near, the BN started to talk about setting up a special committee to "look" into the matter. Are they genuine, or they just want to do something to make the people to believe that they will get more for the Sabahan? We really want to see them "walk the talk" and not just for the sake of "say say" only.

The ball is now in the hands of the Sabah voters, and it is them who will have to decide whether they will get the RM4.0 billions (20%) from the Pakatan Rakyat or they are happy with the RM1.0 billion (5%) from BN.

The voters surely had made up their mind on who to vote for, therefore in the PRU13, just concentrate your vote without splitting any votes to allow Pakatan Rakyat to form the new government. Then you will see the real difference. (DAP Media)

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.

Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan).

Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib.

Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau? Hubungan.... saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia? Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain? Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?

Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai? Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau.... Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini.... its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?

Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih.Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.

Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?

Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?

Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?

Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka. -HD

Musa Hassan Dakwa Hishamuddin Campurtangan Dalam PDRM

Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri.

Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah.

Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan." -mk

Piala AFF Suzuki : Harimau Malaya Tewaskan Laos 4-1



Percaturan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagobal untuk meraih kemenangan pertama pada aksi Piala AFF Suzuki akhirnya tercapai selepas menewaskan Laos 4-1 pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.

Tewas 3-0 pada aksi pertama menentang Singapura pada Ahad lalu, ternyata skuad Harimau Malaya tampil dengan corak permainan yang lebih bertenaga dengan menguasai permainan selain turut melakukan beberapa percubaan ke arah gol.

Peluang untuk mencipta gol pertama hadir menerusi penyerang utama, Safee Sali pada minit ke-10, tetapi gagal disempurnakan dengan tepat.

Namun lima minit selepas itu, kapten negara, Safiq Rahim berjaya menghasilkan jaringan sulung melalui sepakan percuma yang tepat ke arah gawang yang dikawal Sengphachan Bounthisanh.

Sementara itu, aksi hambar penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat pada aksi pertama sebelum ini menjadikannya sebagai pemanas bangku pada aksi malam Rabu dengan digantikan Farizal Marlias.

Kegembiraan mendahului 1-0 tidak berpanjangan apabila Khonesavanh Sivavong menyamakan kedudukan pada minit ke-38 apabila tendangannya terkena kaki pertahanan negara, Mohamad Aidil Zafuan sebelum bola melambung ke arah gol.

Permainan separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Bersambung ke babak kedua, Malaysia melakukan satu pertukaran dengan mengeluarkan Azmi Muslim digantikan Zubir Azmi.

Pasukan Laos yang dibimbing jurulatih dari Jepun, Kokichi Kimura dilihat bangkit melakukan permainan yang lebih pantas, namun benteng pertahanan Harimau Malaya gandingan Shakir Shaari, Fadhli Shaas serta Aidil Zafuan menyukarkan pemain-pemain Laos menembusi kawasan kotak penalti.

Selepas hampir tujuh kali gagal melakukan percubaan tepat, akhirnya Safee berjaya menambah jaringan kedua negara pada minit-66 melalui hantaran Wan Zack Haikal.

Permainan semakin rancak apabila Wan Zack menambah satu lagi jaringan Malaysia pada minit ke-75 selepas melakukan tandukan cantik di depan pintu gol.

Tiga cukup dengan tiga gol, skuad Harimau Malaya terus garang menambah jaringan menerusi Khyril Muhymeen yang gol keempat pada minit ke-79 selepas beberapa minit menggantikan Safee.

Kemenangan ini juga kembali menghidupkan semula harapan seluruh peminat bola sepak tanah air untuk melihat pasukan negara mara ke pusingan seterusnya sebelum bertemu pasukan Indonesia pada aksi terkakhir peringkat kumpulan Sabtu ini.

Satu perlawanan peringkat kumpulan ini yang turut berlangsung petang Rabu, menyaksikan Singapura tewas 1-0 kepada Indonesia.

BARISAN PEMAIN:

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (kapten), S. Kunalan, Mohd Shakir Shaari, Wan Zack Haikal Wan Nor, Norshahrul Idlan Talaha (Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Mohd Khyrill Muhymeen Zambri).

LAOS: Sengphachan Bounthisanh, Ketsada Souksavanh, Soukaphone Vongchiengkham, Keoviengpheth Lithideth, Visay Phaphouvanin (kapten) (Daoneua Siviengxay), Kanlaya Sysomvang, Khonesavanh Sihavong, Phatthana Syvilay, Viengsavanh Sayyaboun, Kovanh Namthavixay, Khampeng Sayavutthi.

KJ: Gempur Pakatan durjana hingga berkubur



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta anggota sayap parti itu supaya menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan meneladani semangat juang tentera Bersekutu yang melawan pakatan Perikatan dalam Perang Dunia Kedua.

Mengimbau semula saat getir peperangan berkenaan, Khairy berkata semangat rakyat dan tenteranya pada saat getir itu disemarakkan oleh perdana menteri Britain di waktu itu, Winston Churchill.

"Detik getir antara dua kemungkinan, antara dua masa depan, antara cahaya dan kegelapan. Perwira itu tak goyah, tak gentar, malah berikrar: Negaranya akan bertempur di lautan, bertempur di udara, di tepi pantai mahupun di celah jalanan. Negaranya tidak akan menyerah kalah, kendati pun dibiarkan kebuluran!," katanya.

Dalam ucapan bertajuk "Dalam dua masa depan" di perhimpunan agung sayap berkenaan hari ini, Khairy berkata perwakilan perlu mendepani musuh mereka sehingga "berkuburlah Pakatan durjana".

"Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang! Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber.

"Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa. Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana," katanya di dewan Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam ucapannya itu, Khairy menumpukan serangan ke atas Pakatan Rakyat dan juga mempromosi dasar popular yang ditawarkan BN untuk golongan muda.

Beliau turut mendakwa Pakatan hanya membawa "budaya anarki" selain tidak menghormati demokrasi berparlimen dan musyawarah.

Berikut adalah teks penuh ucapan Khairy:

1. Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:

“Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiada lah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan”

Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, yang telah mengurniakan kudrat untuk kita terus berkhidmat di atas wahana perjuangan Umno, yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 66. Ulang tahun kelahiran yang telah menjadi saksi penglibatan Pemuda Umno berlari megah, merentasi 191 bahagian, seantero 13 buah negeri, untuk mengibarkan Sang Saka Bangsa di cakerawala negara. Sang Saka Bangsa – suatu nama keramat yang telah dizahirkan oleh Pergerakan kita sendiri.

More info di MK

Kes Menteri Rogol Amah Dilaporkan Ke SPRM

Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut.

“Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia.

Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini.

“Jingga 13 merasakan kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi negara,” katanya ketika dihubungi.

22 November lalu, Jingga 13 menyerahkan laporan permohonan penyiasatan kes itu dan tindakan undang-undang kepada Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Ampang.

Laporan itu diterima kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk pihak berkuasa Indonesia membuka siasatan.

Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar mengesahkan perkara itu.

Menurut Fariz, pihaknya mengesyaki ugutan terhadap Robengah hingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam.

“Robengah sendiri menyatakan beliau diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau daripada membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa bekas majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -KD

Tuesday, November 27, 2012

5 Ciptaan Pelik Dan Hebat

Berikut merupakan beberapa ciptaan dan kreativiti hasil ciptaan manusia yang boleh dianggap pelik. Walaupun agak pelik tapi ia boleh dianggap sesuatu ciptaan yang memang hebat dan menakjupkan.

Lihat dan nilai sendiri ciptaan berikut :

1.THE MILLAU VIADUCT
Merupakan jambatan yang tertinggi dunia, jambatan ini menghubungkan antara Perancis dan Barcelona.
2.Tempat parking konsep baru di negara Jerman
3.Halte Bus Ber-AC pertama di dunia, di negara Dubai
4.Lift tercepat di dunia telah dipasang di Taipei 101 ( bangunan tertinggi di dunia ), lift nya boleh naik dari tingkat 5 menuju tingkat 89 dalam 39saat
5.Restoran bawah laut yg oleh di lihat melalui permandangan dari dlam, telah dibuka di New Zealand

-najmi99.blogspot

Ronald Sifatkan Jeffrey Kitingan 'Mat Jenin'

TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menyifatkan kenyataan Pengerusi Star Sabah, Datuk Jeffry Kitingan bahawa Keningau akan dijadikan pusat Pentadbiran Negeri Sabah sekiranya parti itu diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13 nanti sebagai angan-angan 'Mat Jenin'.

"Kenyataan Jeffry itu disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin kerana mustahil daerah sekecil itu boleh jadikan pusat pentadbiran kerajaan negeri. Jadi Kota Kinabalu mahu dibuat apa? Jefrry sebenar terlalu berangan-angan tinggi yang tidak boleh diterima akal, mungkin sudah ketandusan idea,” tegas Ronalod yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Beluran).

Katanya, sama juga cita-cita Jeffrey untuk mengalahkan abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kerusi Parlimen Keningau pada PRU-13.

"Sejak kebelakangan ini, ternyata Star Sabah terutama Jeffrey terdesak untuk meraih simpati undi hingga terpaksa menabur janji yang tidak munasabah. Ini berikutan sambutan rakyat Sabah kepada parti pembangkang yang kini berkurangan," katanya.

Berucap pada Majlis Perasmian Mini Dewan Kampung Lumou, dekat sini, kelmarin, Ronald menyifatkan Jeffrey membuat kenyataan itu bagi meningkatkan harapannya untuk memenang kerusi Parlimen Keningau dan kerusi DUN Bingkor pada PRU-13 kelak.

"Selepas ini akan ada lagi pemimpin pembangkang yang lain membuat beberapa kenyataan yang tidak munasabah termasuk akan menjanjikan pusat pentadbiran negeri Sabah di kawasan mereka, semata-mata untuk menang kawasan masing-masing," katanya.

Menurutnya, kenyataan untuk mengalihkan pusat pentadbiran negeri ke Keningau akan menyebabkan pembangunan dialihkan ke daerah tersebut dan ini akan mengurangkan peruntukan bagi kawasan lain termasuk Beluran.

Katanya, mungkin nanti akan ada pemimpin yang menyokong parti pembangkang menjanjikan ibu negeri Sabah dialihkan ke daerah lain semata-mata untuk meraih pengaruh politik mereka di kawasan itu.
Sehubungan itu, Ronald meminta rakyat tidak terpedaya dengan janji pemimpin parti atau pertubuhan pembangkang itu yang hanya bersifat untuk meraih sokongan mereka.

"Kita harus mengambil iktibar apa yang berlaku di negeri Selangor apabila janji kerajaan pembangkang Selangor yang mahu memberi RM100 sebulan untuk ibu tunggal tidak ditunaikan sehingga menyebabkan lebih 2,000 ibu tunggal di sana terpaksa mengemukakan saman pada kerajaan PKR Selangor itu," katanya.
Beliau berkata tidak seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab dengan menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat.

"Kita tabur janji untuk ditepati sebab itu BN tidak menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meraih undi rakyat," katanya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

Najib sah PRU13 bukan bulan depan

Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.

"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh memberitahu (anda) pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal pilihan raya, ini bayangan yang jelas, yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online.

Majlis Taklimat Presiden merupakan sesi tradisi menjelang AGM parti.

Pemimpin yang enggan namanya didedahkan menambah, Najib secara berseloroh ada menyebut bahawa "PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam tempoh dua bulan selepas itu."

"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari lagi... itu kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian merujuk kepada tempoh dua bulan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh pilihan raya.

"Bukan bulan Disember, pastinya tahun depan," kata seorang seorang lagi pemimpin memetik Najib.


Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Parlimen akan terbubar secara automatik selepas itu jika Perdana Menteri tidak memutuskan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tersebut.

Pilihan raya umum terdahulu telah diadakan pada 8 Mac 2008.

Sinar Harian Online juga difahamkan agensi-agensi kerajaan juga telah menarik balik arahan membekukan cuti hujung tahun ini, yang dikeluarkan sebelum. Maklumat terbaru diterima menunjukkan notis terbaru dikeluarkan meminta semua cuti dibekukan selepas minggu kedua bulan Februari.

Penganalisis dan pemerhati menjangkakan PRU13 akan diadakan awal Mac depan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam temu bual terbaru dikeluarkan kelmarin, Najib berkata, "kalau bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot."

Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar.

Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.

Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.

Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian.

Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.

Negara tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum pada bulan Disember. Hanya Pilihan Raya Umum 1999 diadakan 29 November.

Pilihan Raya Umum 1959 diadakan pada 19 Ogos, 1964 (25 April), 1969 (10 Mei), 1974 (24 Ogos), 1978 (8 Julai), 1982 (22 April), 1986 (3 Ogos), 1990 (20 dan 21 Oktober), 1995 (24 dan 25 April), 1999 (29 November), 2004 (21 Mac) dan 2008 (8 Mac).S/Harian

Isu Tanah : Osman Jamal Patut Dipecat?

JANGAN persalahkan 400 pemilik Tanah Sungei Koyah A Fasa I, II dan III sekiranya mereka tidak mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan Kinabatangan pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) nanti jika pihak kerajaan gagal menyelesaikan kes penipuan tanah tersebut.

Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau dan Ahli Parlimen Kinabatatangan harus campur tangan dalam usaha mendesak Pengarah Tanah & Ukur, Datuk Osman Jamal supaya menyelesaikan kes penipuan yang berpunca daripada kecuaian Jabatan Tanah.

"Kita khuatir, sekiranya 400 pemilik tanah tersebut yang merupakan pengundi dan penyokong tegar BN/UMNO berpaling tadah sekiranya kes tanah ini tidak dapat di atas segera menjelang PRU 13 nanti," kata seorang mangsa, Jamaluddin @ Jamal Sinyor dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net di City Club Batu 3, Jalan Utara Sandakan pagi kelmarin.

Sebagai mengulas beberapa kenyataan media yang telah disiarkan sebelum ini di Sabahkini.net, Jamal meminta Wakil Rakyat BN tidak terlalu memandang remeh kes tanah Sg Koyah A yang kini semakin rumit kerana boleh menjejaskan nama baik kerajaan BN yang memerintah sekarang; di samping boleh mengundang rasa kebencian 400 orang pemilik tanah terhadap kepimpinan BN pada PRU 13 nanti.

Perbuatan serong seorang penjawat awam yang dilantik kerajaan negeri, Abdullah Japar yang didapati menipu Noraini Nahar dan Satta Ungi dengan subahat Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri yang sengaja melalambat-lambatkan penyelesaian kes tanah; telah menjejaskan nama baik kerajaan BN sewajarnya disusuli dengan perletakan atau pemecatan jawatan mereka.

“Kami mendapat tahu daripada Setiausaha Fordeco Sdn Bhd yang bernama Salmah bahawa Osman Jamal sering berjumpa dengan Alvin Kwan Ngen Wah iaitu Pengarah Urusan syarikat tersebut. Kita tidak tahu untuk tujuan apa. Keadaan inilah meragukan kami selama ini," ujar Jamal yang mengesyaki berlaku amalan rasuah.

Sehubungan itu, bagi pihak 400 pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan berkenaan, mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti penglibatan Osman Jamal dalam kes berkenaan.

“Walaupun tertipu, tetapi tetap setia kepada BN tetapi denga satu syarat iaitu selesaikan kes penipuan ini secara saksama agar kami mendapat kembali hak kami kerana ramai akan berpaling tadah menjelang PRU-13," kata Jamal yang memaklumkan kesabaran mereka ada batasnya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SITI MELOR (sabahkini)

Sokongan Melayu meningkat, kedudukan Johor goyah

Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.

Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit” Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.

13 kerusi tidak selamat

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di saat akhir membuat keputusan.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak besar," kata Dr Zuhdi.

Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi-pengundi Melayu di Johor kepada Pakatan meningkat antara 3 % - 5 %, katanya.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat 2 % - 3 % kepada Pakatan, yang kebanyakannya datang daripada pengundi-pengundi muda dan golongan kelas pertengahan," beritahu Dr Zuhdi.

Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan (swing) undi yang amat signifikan, sehingga dijangkakan tidak kurang 7 lagi kerusi parlimen boleh jatuh kepada PR di samping kerusi PR yang sedia ada.

"Penemuan ini hampir selari dengan penemuan kajian MPN yang menyatakan 9 kerusi parlimen di Johor dalam kategori hitam bagi BN," katanya.

Pola sokongan pengundi-pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.

Hanya 26 DUN putih BN

Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.

Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.

Tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar Johor oleh PR memberi impak besar kepada peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan, beritahu beliau.

"Sebenarnya perlantikan Menteri Besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian. Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau PR menawan Johor," jelasnya.

Katanya, tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar oleh PR sememangnya memberikan kesan positif.

Salahudin 74 %

Menurut kajian MPN terhadap “Tingkah Laku Pengundi” dalam memilih pemimpin negeri Johor, Salahuddin Ayub memperolhi kedudukan yang tertinggi iaitu 74 % diikuti Mazlan Aliman 71 %. Pemimpin-pemimpin UMNO tertinggal di belakang termasuk Menteri Besar Johor sekarang.

Berdasarkan penemuan-penemuan di atas, hasil analisis PPP terhadap kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak, peluang PR untuk menawan Johor adalah seimbang.

Kedudukan PR, katanya, semakin cerah dengan bangkitnya isu RAPID di Pengerang dan peningkatan pengundi Melayu disebabkan keyakinan terhadap kepimpinan Melayu Johor dari kalangan PR.

Selain daripada itu, beberapa isu yang besar seperti isu FELDA, Projek Wilayah Iskandar dan kepememimpinan bersih adalah berpihak kepada PR.

Oleh sebab itu, perluang PR untuk menawan Johor disebabkan perkembangan-perkembangan mutakhir ini adalah semakin cerah, tegas beliau lagi. -HD

Umno janji bela bangsa Melayu



Umno hari ini berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya, dengan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa sepanjang 66 tahun memperjuangkan Melayu dan Islam, Umno tidak pernah menganiaya mana-mana kaum.

"Justeru, Umno akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama.

"Inilah keadilan Umno. Inilah kesaksamaan Umno. Pejuang Umno tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan Umno," tegasnya ketika merasmikan serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Kepada mereka yang hadir di PWTC dan rakyat di luar sana, Muhyiddin berkata: "Inilah janji Umno dan Barisan Nasional."

"Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang.

"Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama," katanya.

Muhyiddin juga meminta mereka merenung dan menilik apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya.

"Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata,." tambahnya.

Dalam jaminan Umno untuk bangsa Melayu, Muhyiddin berkata parti itu terus komited untuk membela bangsa Melayu di mana usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri.

"Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit.

"Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. Insya-Allah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020," tegasnya.

Begitu juga dengan perjuangan Islam, yang menurut Muhyiddin Umno tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam.

"Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik.

"Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita.

"Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan Umno untuk memartabatkan Islam," tambahnya.

Menurutnya lagi, matlamat Umno mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah "perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini".

"Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci Umno mesti kita perkukuhkan," katanya.

Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara dan "Umno telah merasai denyut nadi rakyat".

Mengenai pilihan raya umum, Muhyiddin berkata parti itu sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara.

"Sebagai timbalan presiden dan pengarah pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah.

"Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan Umno dan Barisan Nasional. Insya-Allah," tegasnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan parti. -MK

Penipuan Pilihanraya : Taktik Atau Kebenaran?

Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga hari ini, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.

"Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya.

Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaan menang. Itu sahaja.

"(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya," katanya apabila ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantu memantau pilihan raya di Malaysia.

Ditanya mengenai pemerhati bebas yang dijemput semasa pilihan raya umum lepas, Dr Mahathir berkata: "Secara rasmi kita tak jemput, tapi kalau dia nak datang dan tengok, tengoklah.

"Tak ada negara yang mana parti kerajaan boleh kalah di lima buah negeri... tak dapat dua pertiga kerusi di Parlimen. Kalau betul-betul dia (kerajaan) nak tipu, saya ingat parti lawan (pembangkang) tak boleh menang lima buah negeri," katanya.

Persidangan Riba Dunia Ketiga membincangkan isu riba dan kaitannya terhadap kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan, inflasi dan pergolakan sosial yang melanda dunia ketika ini.

Persidangan dianjurkan oleh Thinkers Trends Malaysia Resources dengan kerjasama Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Al Ghazzali untuk Sains Islam dan Pembangunan Manusia (Australia). - Bernama.

Penipu Tanah Tidak Akan Terlepas

RENTETAN daripada aduan rasmi yang dibuat oleh anak guam kepada Tetuan Aisah Ahmad & Co iaitu Noraini Binti Nahar, Sabahkini.Net akan membongkar segala perkara songsang yang dilakukan tertuduh, Rugayah Ahmad.

Dalam kenyataannya, Aisah memaklumkan bahawa pada tarikh 19 November 2012, anak guamnya, Noraini Bte Nahar memberitahu beliau bahawa Rugayah Ahmad datang ke rumahnya dengan niat berikut;
01) Memohon maaf kepada Noraini Nahar kerana telah membuat tuntutan waris palsu terhadap harta beliau sedangkan beliau tahu Noraini masih hidup lagi. Rugayah menyatakan sepatutnya dia menuntut waris atas nama orang lain dan tidak berniat menuntut di atas nama Noraini.

02) Mahu membayar semula wang yang telah diperolehinya sebanyak RM1,500 dan mengadakan kenduri atau sogit kaum Sungai kerana menyatakan Noraini telah meninggal dunia.

03) Bertanya kepada Noraini sama ada telah membayar dan melantik Tetuan Aisah Ahmad & Co?

04) Mencadangkan Noraini menukar peguam dan menamakan Ansar untuk menguruskan tuntutan.

05) Mencadangkan agar Peguam Aisah sebagai Penasihat Undang-Undang mengadakan perjumpaan dengan Inspektor Andrew di Balai Polis berhampiran.

06) Pihak Polis telah menerangkan bahawa kes ini melibatkan penipuan dokumen. Berharap semua pihak dapat memberi kerjasama untuk menyerahkan dokumen-dokuken berkaitan kepada pihak Polis agar siasatan dapat dijalankan dengan segera.

07) Proses penyiapan kertas pertuduhan mengambil masa tiga hingga enam bulan, oleh itu semua pihak dapat memberi kerjasama yang sewajarnya.

Apapun tegas Aisah, Abdullah Japar dan Isterinya Rugayah Ahmad yang terlibat secara terang dan jelas menipu Noraini Nahar agar bersiap sedia dari sekarang kerana jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun.

Begitu juga dengan Ismail Tarandan, kata Aisah kemungkinan akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah dan Rugayah kerana bukti-bukti penipuan yang cukup kukuh dan berasas; kini telah sampai ke tangan jabatan-jabatan berkaitan antara Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FAIRUL ZAMAN
-Sabahkini

Kejutan : Bekas Pemimpin Pas Umum Keluar Parti?

Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini

Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.

Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.

Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang. Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin peringkata pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.

Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.

Sam-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upcara penyerahan orang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate. Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno.

Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya?

http://msomelayu.blogspot.com/

Skandal RM40 Juta Tersiar Dalam Akhbar Hong Kong



Skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia mendapat liputan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di Hong Kong – South China Morning Post City.

Akhbar tersebut melaporkan pertemuan delegasi KEADILAN dengan pihak berkuasa dan Ahli Parlimen Hong Kong untuk menggesa siasatan terhadap kes rasuah itu supaya dibuka semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang ketika dihubungi memberitahu, terdapat sekurang-kurangnya lima media cetak Hong Kong membuat liputan terhadap kes berkenaan.

“Ia menunjukkan media antarabangsa memandang berat isu ini,” katanya.

Akhbar lain yang membuat liputan kes rasuah itu antaranya Hong Kong The Sun, AM730, Hong Kong Oriental Daily dan Hong Kong Singpao.

“Selain media, pihak berkuasa di sana juga sangat mengambil berat isu ini. Jika betul tiada kes, mana mungkin media nak buat liputan,” kata Lih Kang.

“Kita harap agensi kerajaan di Malaysia juga dapat mengambil tindakan sewajarnya,” sambung beliau.

Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong kerana terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta.

Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin Umno terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah.

Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian ke Hong Kong selama dua hari, bermula 21 November lalu.

Delegasi terbabit juga ditemuramah khas oleh Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut.

Pantang Larang Semasa Hamil Yang Hanya Mitos

Bila seorang isteri menyampaikan berita gembira tentang kehamilannya pada suami tercinta, sering kita dengar pelbagai nasihat dari si suami kepada isterinya berdasarkan mitos pantang larang mereka yang terdahulu.

Begitu juga, setiap perlakuan dan pergerakan si isteri sudah mula dibelenggu dengan pelbagai pantang larang dan mitos sepanjang kehamilan, sehingga beliau bersalin. Ada di antaranya ingin saya kongsikan bersama semua pembaca.

Bentuk perut petunjuk jantina bayi

Terdapat andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala, bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan.

Secara jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang dimaklumkan. Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan sebagai andaian.

Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.

Minum kopi punca tanda lahir

Perlu ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari ia tidak akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.

Bayi perempuan ‘curi’ kecantikan ibu

Akibatnya ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan. Hakikatnya, wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan.

Barangkali juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas dan gangguan hormon. Perlu diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi yang dapat menentukan jenis janin.

Elak jumpa orang cacat

Tatkala bertemu dengan seseorang yang berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan berasa bimbang. Ada juga saudara mara yang minta anda menghindari dari bertemu dengan golongan sebegitu.

Alasannya bimbang janin akan terkenan dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan bimbang, hal sebegitu tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk wajahnya hanya dengan melihat sesuatu yang buruk.

Sebaiknya dari awal lagi, amalkan membaca surahsurah pilihan untuk membantu ibu sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan. Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor agar janin dalam kandungan sihat dan selamat.

Gemar makan asam tanda dapat anak lelaki

Ada juga yang menyatakan ibu hamil yang gemar memakan coklat akan melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang mahukan bayi lelaki akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda.

Sabar ya bakal ibu! Tiada jaminan perubatan yang dapat menentukan keinginan makan sesuatu boleh menentukan jantina pada janin anda.

Bayi berambut buat ibu panas

Ianya hanyalah mitos, hal ini kerana gejala panas dalam adalah biasa buat wanita hamil. Terutama di akhir trimester, apabila janin mula memberikan tekanan kepada organ ibunya.

Ibu hamil perlu mengelakkan makan sambal

Dikatakan mengambil sambal berlebihan boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu diketahui cili bukan punca kepada kebotakan. Namun, ibu masih perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas agar ibu dapat mengelakkan berlakunya masalah cirit birit.

Jangan makan nanas

Wanita hamil juga sering kali diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun asam. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keputihan, keguguran dan meningkatkan lendir pada paru paru bayi malah ada yang menyatakan ia boleh menyebabkan bayi kuning.

Perlu diketahui, nenas kaya dengan vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko jangkitan kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan iaitu lebih dari 1000mg/hari ia mampu mencetuskan masalah kesihatan yang lain terutama pada anda yang sensitif.

Jangan duduk di muka pintu

Kata orang tua ia boleh menyebabkan ibu sukar melahirkan. Hal ini kerana, perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan orang. Perlu diingat, pintu merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu perlu menghindari daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka sejuk dan berangin. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran secara pembedahan.

Ibu hamil degil akan bermasalah

Ada yang memaklumkan jika bakal ibu tidak mahu mengikuti pantang larang yang diberikan bermakna bakal ibu akan dilanda masalah. Seharusnya bakal ibu jangan marah, ucapkan terima kasih dengan pandangan yang mereka berikan.

Namun, pandangan yang tidak boleh diterima, tidak perlu disimpan dalam hati sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa baik atau buruk perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.

Walaupun pelbagai mitos telah dikemukakan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub sehingga menyebabkan perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria.

-MingguanWanita

Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU-13

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia tentang kekecohan di jalan raya jika Pakatan Rakyat (PR) tewas pada pilihan raya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.

Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen “ketika ini”, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.

“Persediaan Anwar (untuk pilihan raya) ialah (mengadakan) demonstrasi jalanan.

“Tanpa Anwar, tidak akan ada demonstrasi.

“Sejak Anwar keluar (daripada penjara), berlakunya demonstrasi,” kata Dr Mahathir semasa satu sidang akhbar selepas menghadiri forum tentang perang dan konflik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dr Mahathir juga menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.

“Tapi selepas dia keluar... ini (demonstrasi) menjadi strategi untuk dirinya berada di Putrajaya,” tambah Mahathir.

Beliau kemudiaan menambah walaupun percaya BN mampu menang dua pertiga majoriti, pengundi mungkin berubah fikiran apabila pilihan raya dipanggil nanti.

Punca kepada perkara tersebut menurut Mahathir adalah disebabkan oleh media memandangkan mereka mampu mempengaruhi rakyat Malaysia semasa dipeti undi nanti.

“Kamu mungkin melaporkan sesuatu yang mempengaruhi untuk tidak mengundi kerajaan... sudah semestinya kami tidak mendapat dua pertiga majoriti,” kata beliau.

Semasa ucapan perasmiannya untuk forum tersebut, Dr Mahathir memberi nasihat kepada pihak yang sanggup menggunakan keganasan dan salahguna sistem demokrasi Malaysia untuk menawan kerajaan.

Tanpa menamakan pihak tersebut, mantan PM negara itu berkata ia adalah berpunca daripada demokrasi dan kebebasan yang tidak terpelihara sambil mendakwa mereka yang menyebarkan demokrasi mungkin menggunakan cara sama untuk menghalalkan cara.

“Kadangkala perkara ini akan menyebabkan keganasan dan pembunuhan, rumah dibakar dan bangunan... mereka akan lakukan apa saja untuk menjatuhkan kerajaan,” kata beliau.

“Hal ini kerana dalam negara demokrasi baru, kami tidak menghargai sistem tersebut sepenuhnya... semasa kita mengatakan kita suka demokrasi, kita hanya suka bila kita menang tapi tidak bila kalah.”

Dr Mahathir kemudiaan menambah bahawa demokrasi menawarkan kesaksamaan kepada orangnya, hal ini akan menyebabkan berlaku konflik kerana tidak ramai yang menyokong pandangan tersebut. -TMI

Taklimat Kes Scorpene Oleh Peguam Perancis Di Singapura Esok

Taklimat kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen esok dipinda ke Hotel Changi di Singapura berikutan arahan daripada Speaker Dewan yang enggan membenarkan kehadiran peguam Perancis.

Taklimat akan bermula pada 11 pagi sehingga 2 petang esok dan dijangka akan dihadiri majoriti ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Tambahan, taklimat yang sepatutnya dilakukan oleh dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Brohem terpaksa dibatalkan dan hanya diwakili peguam bersekutu mereka, Apoline Cagnatn.

Cagnatn dikatakan sudah berlepas daripada Perancis pukul 3 petang tadi (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura pada pukul 7 pagi esok.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam responnya berkata, keputusan itu dibuat beradasarkan kuasa mutlaknya untuk menentukan, memberi kebenaran atau arahan bagi membolehkan seseorang masuk ke kawasan Parlimen.

Menurut Pandikar, keputusan itu turut dilakukan kerana mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara.

“Kalau pun ada bukti baru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli Parlimen, pada hemat saya, ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat fan berunsur politik yang bukan ‘bipartisan’.

“Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan pendirian BNBBC jika agenda peribadi ini hendak diperjelaskan, bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia.

“Keputusan muktamad ini juga sejajar dengan keputusan saya dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 November 2012 mengenai ‘Isu Keselamatan Parlimen Malaysia dan Penggunaan Ruang Sidang Media’ dengan mengambil kira keistimewaan dan hak ahli Parlimen dibawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia terpelihara sepanjang masa,” katanya.

Tambah Pandikar, setakat ini tiada sebarang permohonan rasmi yang diterimanya, sebaliknya hanya surat makluman mengenai hasrat untuk membawa tetamu undangan (peguam Perancis) masuk ke Parlimen.

Pandikar berkata demikian dalam satu surat jawapan rasmi kepada pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dalam sidang media berkata, William dan Joseph tidak dapat hadir kerana enggan mengambil risiko yang tinggi apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memberikan sebarang jaminan keselamatan kepada mereka.

“KDN kata tertakluk kepada syarat-syarat imigrasi yang akan ditentukan Jabatan Imegresen…tugas mereka hanya nak masuk dan buat taklimat ringkas. Mereka tak berminat nak buat kecoh pun,” katanya.

Sehubungan itu Tian Chua berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran ahli Parlimen BN termasuk ahli Senat ke Singapura esok dan berusaha untuk menyiarkan taklimat tersebut secara langsung termasuk melalui laman sosial Facebook.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang R Sivarsa berkata keputusan Speaker itu merupakan langkah terbaru untuk mengurangkan ruang bagi rakyat menyuarakan pendapat dalam Parlimen.

“Secara langsung menunjukkan adaperkara yang tak mahu didedahkan. Ada perkara yang mereka tak mahu rakyat tahu,” katanya. -FMT

Rajagobal didesak undur

DESAKAN peminat sejati Harimau Malaya yang menuntut pembaharuan skuad bola sepak kebangsaan dengan Datuk K. Rajagobal mengambil tindakan drastik meletak jawatan selaku jurulatih, bukanlah satu cerita baharu sebenarnya.

Bermula apabila skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura menerusi agregat 4-6 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Julai tahun lalu, kemarahan penyokong dilihat tidak lagi boleh dibendung sebaik dikecewakan lawan sama dengan keputusan 0-3 dalam aksi sulung kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Dengan lebih 100 penyokong Ultras Malaya menghalang bas yang dinaiki pemain negara dari pekarangan stadium, laungan mereka yang menjerit ‘Rajagobal, apa yang engkau buat?’ juga sudah cukup mencerminkan kekecewaan peminat.

Pemilihan ‘tidak masuk akal’ Rajagobal dalam senarai 22 pemain skuad negara bagi mempertahankan kejuaraan kali ini juga mengundang skeptikal banyak pihak gara-gara prestasi semasa sebahagian daripada mereka dalam saingan liga domestik dilihat tidak sehebat mana.

Biarpun Rajagobal sebelum ini secara terbuka mengakui bakal meletak jawatan jika gagal membantu Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015, peminat tidak lagi mampu bersabar menunggu lama dan menuntut supaya jurulatih itu ‘angkat kaki’ sebaik kempen Piala Suzuki AFF kali ini berakhir, tidak kira mampu mempertahankan gelaran ataupun tidak.

Wakil Ultras Malaya, Redzuan Ahmad semasa ditemui pemberita malam kelmarin mempersoalkan kredibiliti Rajagobal dalam tempoh dua tahun ini selepas muncul juara edisi 2010.

“Maruah skuad kebangsaan jelas diperkotak-katikkan di gelanggang sendiri. Apa yang dibuat selama ini? Apa perancangannya dalam tempoh dua tahun selepas memenangi piala (Suzuki AFF). Inikah hasilnya?” katanya.

Seorang lagi penyokong, Hamdan Wahid dari Perlis memberitahu, dia kecewa cuti tahunannya yang diambil seminggu semata-mata untuk menyokong Harimau Malaya dilihat seolah-olah tidak berbaloi berdasarkan persembahan Harimau Malaya malam kelmarin.

“Kami bayar tiket RM30 tetapi kalah 3-0, tidak mustahil juga jika harga tiket dinaikkan RM50 selepas ini kita kalah lebih besar iaitu 5-0.

“Hendak merangkak pun tidak mampu, inikan pula hendak berlari. Jurulatih (Rajagobal) patut letak jawatan, jangan tunggu sampai kelayakan Piala Asia. Sekarang pun dia patut berundur jika beginilah gayanya persembahan pasukan kebangsaan,” katanya.

Seorang lagi penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Botak memberitahu, pemilihan kesebelasan utama Rajagobal juga memualkan penyokong.

“Baddrol (Bakhtiar) yang lebih kreatif tidak dibawa masuk ketika berdepan Singapura, sebaliknya Alex (Azamuddin Akil) yang sebelum ini bermain sebagai penyerang pula dibawa masuk menggantikan Amar Rohidan di bahagian tengah.

“Ini bukan lagi masa untuk eksperimen pemain. Sampai bila kami perlu mendengar alasan demi alasan Rajagobal setiap kali Harimau Malaya tewas,” katanya.

Apa yang pasti, di sebalik ‘sakit kepala’ Rajagobal memikirkan formula terbaik ketika berdepan Laos malam esok, masih ramai penyokong yang bertambah sakit hati jika perlawanan itu gagal diterjemahkan menjadi kemenangan ataupun yang lebih teruk, tersungkur buat kali kedua di depan penyokong sendiri.

Seandainya Malaysia terperosok di tangga tercorot kumpulan kali ini, sejarah baharu sudah tercipta buat Harimau Malaya yang mungkin sudah boleh berkira-kira mengharungi aksi kelayakan dua tahun lagi biarpun pernah mengecap nikmat selaku juara yang jelas sekadar bersifat sementara. -Kosmo

MURSHID Kata Tak Salah Doa Hancurkan Organisasi

Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.

Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.

“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.

Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.

Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

ADUN Bn mengamuk di Dewan kerana anak?

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 baru sahaja berakhir. Ia merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah dan pastinya yang terakhir sebelum PRU 13.

Sepanjang lima tahun bersidang, maka persidangan kali ini dianggap yang paling hangat seakalipun kehangatan Sidang DUN Kedah tidak pernah mengatasi Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan atau Negeri Sembilan.

Kehangatan kali ini ialah kerana pihak pembangkang, BN, berjaya menghimpun isu-isu yang paling banyak untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Isu-isu penting yang menjadi peluru BN tersebut ialah kerugian RM6.4 juta pelaburan projek balak di Papua New Guinea oleh Kedah Corporation Berhad anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah, kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah, konfrontasi yang dibuat oleh ahli-ahli majlis kerajaan tempatan terhadap Setiausaha kerajaan Negeri, penebangan balak yang kononnya tidak terkawal di hutan simpanan kekal dan pertambahan pusat hiburan. Barangkali kerana tiada pre council antara ADUN BN, maka hampir setiap orang dari mereka asyik mengulang isu yang sama sehingga Sidang DUN menjadi sangat membosankan.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah yang mungkin menyedari bahawa semua persoalan tersebut akan dibangkitkan melakukan pre emtif yang berkesan. ADUN PAS Pantai Merdeka, Haji Abdullah Jusoh bertanyakan soalan mengenai projek-projek BN yang menghadapi kegagalan lalu beban kegagalan mereka terpaksa ditanggung oleh kerajaan terkini. Maka Dato' Amiruddin pun melibas BN dengan pendedahan terperinci setiap projek sakit tinggalan BN sehingga tiada seorang pun ADUN BN berani mencelah.

Antaranya ialah projek Taman Industri Tandop, Jerai International Park, ternak udang Kerpan, penyelewengan pembinaan kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani, kegagalan projek ternak lembu di Pendang dan salah laku BN di Seri Temin Development Corporatioan. 'Jaringan awal' yang dibuat oleh Dato' Amiruddin menyebabkan pihak pembangkang hilang arah dan sengat. Serangan balas jadi tumpul.

Jika ada lagi kejutan dalam Sidang bajet 2013 ini, maka pastinya ia adalah keengganan ADUN Kota Siputeh Dato' Abu Hasan Sarif mematuhi arahan Speaker sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dewan. Sepanjang sejaran lima tahun PR berkuasa inilah kali pertama ADUN diarah keluar Dewan. Semua ADUN BN yang lain turut ikut keluar sebagai tanda sokongan terhadap rakan mereka yang diusir.

Dato’ Abu Hasan diarahkan keluar Dewan apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan terhadap sebarang soalan ketika beliau menggulung perbahasan.

Abu Hasan sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. Yang DiPertua MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni.

Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17. Jadi tindakan YDP Majis menurunkan pangkat anak Dato' Abu Hasan dianggap tidak menyalahi peraturan.

“Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.

“Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya,” terang Lim Soo Nee.

YDP MDKP berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.

Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Exco kerajaan negeri itu berkata, tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.

Abu Hasan dilihat sebagai ADUN yang tidak tahu mematuhi peraturan Dewan pernah hilang kelayakan ADUN apabila ponteng Sidang DUN dua kali berturut-turut. Kini membuat onar pula di Dewan sehingga memaksa speaker mengusirnya. Lebih memalukan kerana seorang ADUN 'mengamuk' di Dewan hanya kerana pembelaan terhadap anaknya sendiri. Beliau wakil rakyatkah atau wakil anak?

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Monday, November 26, 2012

Hari-hari Pilihanraya Di Sabah?

PEMBANGKANG hanya tahu bercakap bohong dan berjanji kosong. Ikuti wawancara eksklusif UMNO-Online bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hj Musa Hj Aman di kediaman rasminya di Kota Kinabalu baru-baru ini kerana penting bagi rakyat Sabah mengetahui bahawa BN Sabah bekerja setiap hari, seolah-olah hari-hari pilihanraya di Sabah.

UMNO-Online : Pada PRU 13 yang akan datang, Sabah adalah antara negeri sasaran pembangkang, bagaimana tahap persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi serangan pembangkang ini?
Musa : Kita sebagai parti pemerintah BN apabila diberi mandat kepada rakyat kita terus bekerja, turun ke padang mengetahui masalah rakyat, mendampingi rakyat seperti saranan selalu YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa sebagai wakil rakyat, pemimpin mesti selalu turun ke bawah untuk mengetahui masalah rakyat.

Kita memang bekerja, terus berkhidmat di kawasan masing-masing… ini rutin biasa bukan semasa pilihanraya.. ini beza kita dengan pembangkang kerana parti pembangkang hanya menjelma bila ada pilihanraya… kita tidak kerana kita bekerja seolah-olah hari-hari adalah pilihanraya. Itulah cara kita bekerja di Sabah.

UMNO-Online : Dalam isu keluar parti oleh beberapa pemimpin BN baru-baru ini, pembangkang mencanangkan Sabah bukan lagi negeri “simpanan tetap” BN, kononnya pembangkang mampu menang 16 kawasan Parlimen. Apa pandangan Datuk Seri dalam perkara ini?

Musa : Saya pelik sedikit dengan pembangkang ini kerana mereka suka menggunakan angka 16 ini… dulu mereka kata 16 September mereka ini menubuhkan kerajaan tetapi tidak menjadi, tidak betul jadi ini pula mereka kata 16 kawasan parlimen… takpe la itu mereka kata biar mereka dengan harapan dan janji-janji mereka.

Bagi kita di Sabah ini kita pastikan hubungan kita dengan parti kompenan terus baik, selalu berjumpa, sentiasa berbincang jika ada masalah… yang penting kita sentiasa bekerja, kongsi kuasa dengan rakan kita dalam BN, bantu membantu anatara satu sama lain, bergerak sebagai satu pasukan jadi kita tiada masalah dengan pemimpin-pemimpin BN yang lain… dengan itu kita boleh bekerja dengan baik… dalam cabinet kerajaan negeri pun, kita terdiri dari pelbagai parti dan suku kaum.

Justeru saya yakin BN Sabah akan terus berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

UMNO-Online : Nampaknya pembangkang cukup ghairah untuk memancing bekas pemimpin BN untuk digunakan bagi menyerang BN di Sabah?

Musa : Itu perkara biasa.. maklum sekarang ini musim tiba pilihanraya banyak orang menawarkan diri untuk menjadi calon…. kita selalunya beri peluang kepada orang-orang muda walaupun kita juga ada calonkan orang lama dan mereka yang lama dan sudah bersara, sudah lama tak menjadi calon tiba-tiba mahu menjadi calon itu saya rasa aneh sekali kerana bagi saya mereka ini umur pun sudah lanjut haruslah bersara dan membantu parti dengan pelbagai cara bukan cara keluar parti kerana mahu menjadi calon.

Bagi saya itu memberi erti lebih mementingkan diri sendiri daripada parti.. jadi itu bukan cara kita… bagi kita mereka yang berumur ini keluar parti itu jadi calon biarlah mereka…. biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

Musa : Kita telah minta pemimpin dan wakil rakyat kita memberi penerangan tentang soal ini dan beri tahu rakyat tentang kebaikan BN.. selama ini sudah banyak peruntukan, banyak pembangunan kita bawa ke seluruh negeri Sabah, kita belanja beribu-ribu juta ringgit untuk rakyat.

Kita bersyukur sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia sudah tentu kita perlukan bantuan besar.. sebab itu beliau (Perdana Menteri) memberi bantuan besar seperti mana yang kita pohon… Jadi parti pembangkang ini menidakkan perkara yang ada ..pembangkang ini berpura-pura, membutakan mata, mentulikan telinga seolah-olah mereka tidak tahu tentang kemudahan jalan raya, sekolah, hospital dan pelbagai lagi kemudahan prasarana… ini semua pembangunan yang dibuat BN… jadi rakyat tahu untuk menilai siapa yang benar dan siapa yang salah, mana batu mana permata..

Justeru ini kita beritahu kepada rakyat jangan kita terperangkap, terkeliru oleh pembangkang dan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini… dan janji bulan bintang pembangkang ini adalah satu cakap bohong, janji kosong dan saya yakin rakyat Sabah pun tahu.

UMNO-Online : Pembangkang mencanangkan perlu ada pembangkang yang kuat di Sabah untuk 'check & balance' bagi memastikan tiada penyelewengan dan nasib rakyat dibela. Apakah rakyat Sabah akan termakan dengan dakwaan ini?

Musa : Itu cuma tipu helah pembangkang pasal mereka tidak ada isu lain… sekarang pun terbukti..dengan adanya satu pembangkang di dewan DUN.. kami tak rasa kami complacent, tidak mahu bekerja… tidak.. yang penting bagi kita bila kita dipilih oleh rakyat kita anggap ia satu tanggungjawab, amanah rakyat yang mana kita kena pikul dengan penuh tanggungjawab, dengan penuh amanah..oleh itu kita bekerja.

Jadi bagi saya ada atau tidak pembangkang tidak menjadi masalah..bagi kita yang penting bila kita diberi mandat, bila kita diberi kepercayaan rakyat kita gunakan, kita usahakan sebaik yang boleh supaya rakyat tidak kecewa dengan memilih kita sebagai wakil rakyat dan kerajaan BN.

Jadi saya rasa rakyat tahu, rakyat faham bahawa BN adalah parti yang sentiasa bertanggungjawab, sentiasa peka dengan masalah rakyat, sentiasa menunaikan janji. Kita selalu kalau kita berjanji kita tepati janji kita. Walaupun saya akui memang ada janji kita yang belum dapat selesaikan tapi yang penting kita sedar dan kita berusaha janji-janji ini akan kita selesaikan satu persatu ikut priority dari masa ke semasa.

UMNO-Online : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering menekankan bahawa antara kriteria penting dalam berdepan PRU 13 nanti adalah BN akan meletakkan calon “winnable candidate”. Boleh Datuk Seri beri pandangan calon “winnable candidate” dalam konteks BN di Sabah terutama UMNO?

Musa : Bagi saya seperti yang dinyatakan YAB Perdana Menteri winnable candidate ini ialah calon yang disenangi rakyat, yang punya displin, yang bertanggungjawab, yang mudah didekati rakyat dan banyak lagi tapi yang inilah antara yang penting.. sudah pasti calon itu ikhlas, yang jujur berjuang, mengutamakan parti dari diri sendiri.. saya rasa inilah ciri-ciri yang boleh menang pada pilihanraya nanti sebab calon inilah yang dikehendaki Perdana Menteri kita.

Kita berjanji siapa saja yang dicalonkan atau yang dipilih oleh PM nanti Insyaallah akan kita beri sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi untuk pastikan calon ini memperolehi kemenangan besar.

UMNO-Online : Konsep 1Malaysia dikatakan telah lama diaplikasikan di Sabah dan ia merupakan satu kekuatan BN di negeri ini. Bagaimana konsep ini dapat terus dipertahankan sekaligus menjadi salah satu kekuatan BN Sabah untuk terus mendapatkan sokongan rakyat?

Musa : Apabila Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia ini, beliau pergi ke Sabah dan mengatakan Sabah adalah role model.. kerana beliau juga sedar seperti yang kita semua tahu Sabah ini sudah lama kita amalkan cara konsep 1Malaysia ini di mana kita walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama dan budaya tapi kita boleh hidup dalam keadaan aman sentosa dan harmoni, saling bantu membantu antara satu sama lain… kita rayakan setiap perayaan kaum bersama… secara natural ia mewujudkan perasaan kekitaan dan jadi ia tidak mendatangkan masalah.

Dengan adanya perpaduan in sudah tentunya kita akan mendapat jalan tugas kita sebagai pemerintah dengan lebih mudah kerana tidak ada perpecahan, tidak ada pergaduhan.. jadi dengan itu kita menolak sekeras-kerasnya cara parti pembangkang yang mana menggunakan kekerasan dengan demonstrasi jalanan, buat kacau sana sini… ini bagi kita adalah cara samseng, orang yang tidak bertanggungjawab.

Kita mahu wujudkan perasaan kekitaan bantu membantu, bersatu padu…dengan ini apa jua masalah timbul akan dapat kita selesaikan… kita juga apply perkara ini dalam politik.. dengan adanya kerjasama dengan UMNO dan parti-parti yang lain maka calon-calonnya dapat kita pastikan samada dari UMNO atau komponen BN lain kita sokong dan pastikan kemenangan… inilah cara untuk kita pastikan bahawa Sabah ini terus kuat, kukuh dan bersatu padu.

UMNO-Online : Sabah baru-baru ini mengumumkan bajet 2013 iaitu bajet terbesar dalam sejarah negeri itu sebanyak RM4.088 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta berbanding RM4.048 juta sebelum ini. Apakah bajet ini mampu menutup pelbagai fitnah pembangkang?

Musa : Alhamdullilah saya dapat bentangkan bajet RM4.088 billion.. ini menunjukkan bahawa kita mempunyai keadaan kewangan yang kukuh dan kita telah diberi pengiktirafan oleh Auditor General Malaysia yang mengatakan bahawa Sabah adalah one of the best state dari segi pengurusan kewangan yang terbaik… jadi alhamdullilah ini hasil daripada apa yang saya katakan tadi usaha kita iaitu usaha semua kerana kerja bersungguh-sungguh.

Awal-awal lagi saya tekankan pentingnya kita mengamalkan keikhlasan, kejujuran, ketelusan dalam kita mengurus kewangan negeri dan saya ingatkan juga jangan membazir, belanja berhemah dan ini semua unsur-unsur yang telah saya perkenalkan. Alhamdulliah walaupun kita mampu berbelanja lebih 4 ribu juta tapi kita masih ada reserve 3 ribu juta dan ini merupakan bahawa kewangan Sabah berada dalam keadaan kukuh.

Jadi apa jua fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, pemimpin itu memang cara pembangkang kerana kita sedar pembangkang tidak ada isu yang lain, kalau di Sabah ini mereka tiada isu… kita berkerja dengan baik, rakyat menerima kita dengan baik maka isu mereka hanya membuat fitnah, lontarkan macam-macam hasutan kepada rakyat Sabah tapi saya percaya rakyat Sabah bijak menilai adakah kita telah menjalankan tugas dengan baik… biarlah pembangkang dengan cara mereka dengan membuat macam-macam tuduhan, andaian, fitnah, hasutan… itu cara pembangkang. Kita kena sedar kalau pembangkang tidak buat begitu mereka tidak akan ada isu untuk dibawa ke Sabah.

Yang penting dengan ada peruntukan ini kita dapat agih-agihkan kepada seluruh negeri Sabah atau rakyat Sabah supaya mereka dapat manfaat hasil dari perancangan rapi… ditambah dengan peruntukan dari semenanjung dengan bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri… saya percaya ini pelengkap untuk pastikan apa jua perancangan, apa juga projek yang akan dirancang akan dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan kerajaan, bekerjasama dengan komponen parti.. saya percaya ia akan dapt hasil dan manfaat yang baik… inilah harapan kita bahawa inilah yang kita mahu supaya rakyat sedar bahawa inilah kerajaan BN yang sentiasa bersedia membantu dan membela rakyat bukan saja di Sabah tapi di seluruh Malaysia.

UMNO-Online : PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa, sudah pasti dengan 25 kawasan parlimen serta rekod prestasi BN Sabah sebelum ini menjadikan Sabah adalah kubu kebal bagi BN. Justeru adakah rekod ini masih mampu dipertahankan?

Musa : Insyaallah kita akan berusaha, bekerja.. sudah pasti kita sebagai parti UMNO kita bekerja keras, bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain..saya yakin dengan adanya kerjasama ini saya percaya kita akan beroleh kejayaan.

Yang penting sekarang saya rasa kita lebih fokuskan bahawa siapa saja yang dipilih sebagai calon kita, kita mesti sokong sepenuhnya.. jadi dengan adanya kerjasama ini, persefahaman ini, bertolak ansur antara satu sama lain insyaallah kita akan menempa kejayaan BN yang besar. (MediaUMNO)