Wednesday, January 29, 2014

2 Beradik Terlampau, Khalwat Dengan 5 Lelaki

Kuala Terengganu - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin. 

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam. 

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu. -SH

Sah Anwar Ibrahim Bertanding Di DUN Kajang

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang. 

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya. -SH

Tuesday, January 28, 2014

Game "Kangkung" - Satu Tribut Untuk Najib?

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung bukan sahaja dipermain-mainkan pelbagai pihak, malah ia kini benar-benar dijadikan permainan.

Permainan bertemakan sayur popular itu kini mempunyai aplikasi permainan di sistem pengoperasian Android kelolaan gergasi Internet Google yang digunakan meluas di telefon pintar dan tablet.

Permainan yang diberi nama “KangKung” itu dibangunkan oleh kumpulan yang dikenali Qotak Company pada 23 Januari lalu, antara lain didorong oleh popularitinya selepas 'flash mob kangkung' anjuran wakil rakyat PKR Lee Khai Loon.

"Kami membina game (permainan) ini sekadar suka-suka dan tema kangkung menjadi pilihan kami kerana ia topik terhangat kini di Malaysia.

"Game ini dibuat untuk dimainkan secara santai-santai – tak perlu tension! Tugas anda mudah saja, kumpul seberapa banyak kangkung yang boleh. Cubalah hari ini!" demikian menurut penjelasan permainan itu yang boleh dimuat turun melalui laman Google Play.

Setakat berita ini ditulis, seramai 17 orang telah mengulas mengenai aplikasi permainan itu yang rata-ratanya terhibur sementara 15 daripadanya memberi lima bintang.

"Sempoi bag (beritahu) hang. Terbaik dari ladang," kata pengulas yang dikenali sebagai Hairi.

"Wakakakakaka, patutnya kena letak Najib yang kumpul kangkong-kangkung," ulas Salmah Sulaiman pula.

'Kangkung Converter'

Selain permainan, terdapat juga aplikasi lain yang mana pengguna boleh memuat turun pelbagai wallpaper bertemakan kangkung, termasuk 'Lenggang Kangkung' dan 'Kangkung McKangKung'.|

Malah, ada juga aplikasi dikenali 'Kangkung Converter' yang membolehkan pengguna mengira harga sesuatu barang dengan nilai berat sayur itu.

Antara contoh diberikan, pengiraan sebuah telefon pintar berharga RM1,489 yang bersamaan dengan 496kg kangkung.

Sebelum ini terdapat sebuah permainan lain yang menjadi popular kerana menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembelian cincin mahal RM24 juta – dakwaan yang dinafikannya. -mk

Adun PKR Kajang letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti.

Diantara yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Speaker Selangor Hannah Yeoh mengesahkan kekosongan kerusi DUN Kajang petang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.

Sumber dalaman PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Lee sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.

Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. – TMI

Suspek Buang Bayi Dirakam CCTV Diburu

Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu.

Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.



Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.

Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.

Sebelum kejadian dua suspek yang juga pasangan remaja lelaki dan wanita dikesan menumpang di masjid berkenaan.

Imej salah seorang daripada mereka dirakam pada CCTV masjid. -HM

Isu harga barangan naik terkena semua kaum

Umno tidak dapat mengelak lagi daripada kritikan rakyat. Tiada apa yang dituntut mereka diturunkan oleh Kerajaan BN melainkan “kangkung”. Ia dibaca oleh rakyat sebagai suatu sindiran yang tajam. Lain yang diminta, yang lain pula diberikan.

Akibatnya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dicemuh, dan dipersenda oleh rakyat.

Beliau dilihat tersilap memberi signal dengan menamakan “kangkung” sebagai hujah senario turun naik harga barangan di negara ini.

Selain laman sosial dibanjiri komen-komen tentang kangkung, juga diselitkan parodi video kangkung, tindakan orang ramai mengadakan “flash mod” bantahan kenaikan harga barang di seluruh negara tidak dapat disekat.

Mereka marah, rasa terhina apabila seorang Perdana Menteri tidak berusaha untuk menurunkan kos sara hidup asas seperti tarif letrik, gula, minyak, cukai pintu dan lain-lain. Sebaliknya, ia terus dipertahankan oleh kerajaan.

Tindakan YB Lee Khai Loon, Adun Machang Bubuk daripada Ke- ADILan mengadakan “flash mod” membantah kenaikan harga barang akhirnya menjadi isu perkauman.

“Flash mob” tersebut adalah suatu bentuk bantahan yang terbuka buat semua pihak untuk dilakukan.

Apatah lagi “flash mob” tersebut adalah berkaitan ekspresi bantahan anak muda dan rakyat terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Sesiapapun tidak mempunyai masalah dengan usaha demontrasi balas yang dilakukan oleh pihak- pihak tertentu yang bertujuan membantah “flash mob” tersebut kerana ini adalah hak mereka untuk berhimpun, menyatakan pandangan dan membantah.

Namun, rakyat tidak boleh bersetuju jika demontrasi yang diadakan bersifat rasis-perkauman dan ganas seperti yang dianjurkan oleh Umno Pulau Pinnag pada Santu, 18 Januari lalu. Adakanlah bantahan secara aman tetapi tidak menukar kepada isu rasis antara Melayu dengan Cina.

Adalah lebih baik jika pemimpin Umno dan juga NGO terlibat turut bersama rakyat mengadakan bantahan dalam isu kenaikan kos hidup rakyat berbanding cuba untuk membawa isu “flash mob” ini sebagai isu perkauman.

Rakyat dan anak muda harus lebih peka terhadap isu keperluan rakyat berbanding cuba untuk mengeruhkan suasana dengan mengheret isu “flash mob” ini menjadi isu perkauman.

Perkasa mempunyai pandangan senada dengan Umno Pulau Pinang. Pertelingkahan berhubung isu “kangkung” boleh mengundang peristiwa seperti 13 Mei sekiranya terus digembargemburkan.

Mereka mendakwa isu ini sudah menjadi isu perkauman dan pertentangan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, lalu untuk mempertahankan diri daripada diejek oleh rakyat, mereka mengungut dengan Tragedi Berdarah 13 Mei yang amat menjelekkan.

Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang ‘telunjuk mencucuk mata’ maka, tidak mustahil kata Umno dan Perkasa, peristiwa yang cuba dielak seperti rusuhan 13 Mei akan berulang.

Namun yang memberi reaksi melampau ialah Umno. Himpunan mereka mempertahankan Perdana Menteri daripada diejek, dihina pada 18 Januari lalu dilihat perkauman dan tiada kaitan dengan “kangkung”.

Selabiknya, sepanduk kontroversi berbunyi: “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi ka?” diusung seolaholah Umno sudah bersedia untuk mencabar dan melakukan tindakan balas.

Sebagai salah seorang anggota dalam Pakatan Rakyat, rasa marah serta khuatir dengan tindakan Umno dan penyokongnya yang selalu memainkan isu perkauman untuk mengalihkan fokus, mencengkam kuat.

Dalam pelbagai himpunan yang diadakan Umno dan bersekutu mereka seringkali penuh dengan perkauman dan keganasan. Orang ramai memang tidak berpuas hati dan bantah perbuatan Umno yang ganas dan keras.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan “sebagai seorang Melayu, saya tidak terasa terhina” kerana “flash mob” kangkung adalah simbolik yang mengharapkan Perdana Menteri boleh prihatin terhadap perasaan rakyat yang susah dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa.

“Flash mob” tersebut adalah respon kepada isu harga barang naik dan ia merupakan isu rakyat yang mempengaruhi semua kaum. -DD

Misteri Kain Rentang Provokasi

KAIN rentang ini digantung di beberapa lokasi di Pulau Pinang iaitu di Gereja Assumptions Conception, Lebuh Farquhar; Gereja St John Britto, Sg Pinang; Gereja Immaculate Conception, Lorong Maktab, Pulau Tikus; Victory Lutheran Church, Lorong Delima 7; dan Island Glade, Gelugor.

Membaca ayat-ayat yang tertera pada kain rentang tersebut pasti menimbulkan kemarahan umat Islam dan pada bila-bila masa boleh mencetuskan ketegangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuduh kain rentang tersebut digantung oleh anasir jahat di luar gereja di negeri itu yang mahu penganut Kristian dan umat Islam bermusuhan.

"These extremist n racist bigot must not succeed," katanya dalam laman Twitternya yang turut menyebut laporan polis mengenai kain rentang itu telah dibuat oleh salah sebuah gereja.

Kata Guan Eng lagi, pihak gereja sangat kesal dengan perbuatan tersebut.

Sementara itu Sin Chew Daily dan beberapa portal berita melaporkan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Hng Chee Wey mengutuk pihak tidak bertanggungjawab yang memasang kain rentang dengan perkataan berbaur provokatif di beberapa gereja di Pulau Pinang.

Sambil menggambarkan tindakan itu sebagai bermain api, Chee Wey berkata, perbuatan memasang kain rentang tersebut dapat menimbulkan konflik antara agama di negara ini.

"Sekiranya kita mencintai Malaysia, maka semua pihak harus berhenti daripada melakukan tindakan tidak bijak seperti ini.

"Jika tidak, perpaduan negara pasti akan terjejas dan rakyat jelata akan menjadi mangsanya," katanya dalam kenyataan yang dipetik Sin Chew Daily.

Umno Pulau Pinang menyifatkan tindakan menggantung kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini adalah cubaan untuk mewujudkan keresahan dan ketegangan antara agama di negeri ini.

Sambil mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya percaya kain rentang itu adalah tindakan provokatif paling tinggi dan sangat biadap.

Polis Pulau Pinang menyifatkan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang yang tertera kalimah Allah sebagai provokasi melampau bagi membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sambil menafikan penglibatan pihak gereja dalam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya percaya pemasangan kain rentang itu bertujuan mewujudkan provokasi pihak-pihak tertentu terhadap isu berkenaan.

Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan rondaan akan dipergiatkan di kawasan-kawasan terlibat khususnya di bandar raya Georgetown yang mempunyai kira-kira 40 buah gereja.

Abdul Rahim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (A) Akta Hasutan.

“Kita minta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan,” ujarnya. -GB

Mungkinkah MB Selangor Terpaksa Berundur?

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku “Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress” di Kuala Lumpur hari ini.

Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kajang.

Ini berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh hari ini.

Mengulas peletakan jawatan Lee, Abdul Khalid berkata perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini.

"Saya tidak terkejut dengan tindakan Adun (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya. – Bernama

Sunday, January 26, 2014

Kristian Sabah mahu Najib kekang pelampau Islam

Najib perlu bertindak sebagai perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya untuk sesetengah pihak tertentu sahaja. - Gambar The Malaysian Insider.Penganut Kristian di Sabah hari ini mencabar perdana menteri untuk menjadi pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan kepada orang Islam sahaja serta bertindak terhadap usaha-usaha campur tangan dalam hal agama dan juga etnik mereka.

Menggesa Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap "politik Islam", penganut Kristian daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah berkata, ancaman kepada mereka datang daripada usaha pengislaman terhadap mereka oleh "ekstremis dari Semenanjung dan elemen sesat di Putrajaya".

PAN berkata berikutan ancaman politik Islam, terdapat peningkatan membimbangkan dalam penukaran agama di kalangan "anak negeri" yang kebanyakannya terdiri daripada Kristian Bumiputera, melalui ugutan, ancaman, penipuan dan sumbangan.

PAN mendakwa dalam keadaan tertentu mereka turut dijanjikan tanah.

Perjumpaan di Ranau pagi ini adalah untuk "mamangkis" hak mereka, kumpulan itu berkata, "Kami tidak melihat orang Islam, dan mereka yang menjadi Muslim secara sukarela sebagai musuh kami.

"Kami sentiasa menganggap mereka sebagai saudara kami tetapi sejak 50 tahun lalu kita menghadapi ancaman daripada pihak pelampau politik Islam. Beberapa pihak mengelarkannya sebagai genoside (penghapusan bangsa)," kata PAN dalam kenyataannya.

“Mamangkis” adalah seruan kepada masyarakat lama Kadazan Dusun Murut yang digunakan oleh nenek moyang mereka bagi memanggil perhimpunan pasukan pahlawan untuk berperang. Ia kini digunakan sebagai satu seruan kebangkitan kepada penganut Kristian.

Bagi menyokong dakwaan terdapatnya kadar yang tinggi terhadap usaha penukaran agama itu, PAN berkata pada tahun 2009 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah mendedahkan pada tahun 1970 sehingga 2009, Majlis Agama Islam Sabah (Muis) mencatatkan kemasukan seramai 117,579 orang saudara baru.

Sambil menyifatkan politik Islam sebagai "satu strategi jangka panjang untuk Islam menguasai ", PAN mendakwa ini adalah sebab berlakunya kemasukan Islam secara besar-besaran pada hari tahun baru apabila 36 penduduk kampung di daerah Pitas yang terletak di kawasan pedalaman utara Sabah memeluk Islam tanpa kerelaan mereka.

Penduduk kampung mendakwa mereka diperdaya dengan diberikan wang sebanyak RM100 sebagai tarikan.

"Muslihat ini dengan bangganya diakui oleh sekumpulan Muslim di Selangor yang dikenali sebagai 'Islam & Melayu '," kata PAN.

"Portalnya, www.Islamweb.net berkata penukaran itu dilakukan bersama oleh Yayasan Ikhlas dan Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah.

"Sejarah mengajar kita bahawa pembentukan Malaysia adalah idea hebat daripada Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman.

"Sejarah juga memberitahu kita bahawa Tunku telah memberikan restu kepada (ketika itu Ketua Menteri Sabah ketiga) Tun Mustapha Harun terhadap penukaran agama anak negeri tidak lama selepas pembentukan Malaysia."

PAN mendakwa dasar penukaran agama Bumiputera Kristian yang menggunakan bahasa Melayu tetap diteruskan tanpa henti.

PAN juga kecewa dengan sikap berdiam diri Najib mengenai isu-isu agama dan berkata: "Sehingga hari ini, beliau masih mengabaikan rayuan kami untuk tindakan dan keadilan dalam menghadapi pelampau.

"Sikap berdiam diri beliau sudah dianggap sebagai sokongan kepada puak pelampau yang ingin meneruskan politik Islam melalui cara menindas.

PAN juga mempersoalkan sikap berdiam diri Najib mengenai tuntutan mereka bahawa Putrajaya, melalui Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) mempunyai dasar untuk mengklasifikasikan semula penganut Kristian anak negeri yang mempunyai “bin” atau “binti” pada nama sebagai orang Islam dalam MyKad mereka.

"JPN hanya akan membetulkan data itu jika orang-orang Kristian terbabit boleh membuktikan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa mereka bukanlah Islam sebelumnya, " katanya.

PAN berkata, Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah menyenaraikan 162 kes seumpamanya dan peguam mereka telah menyerahkannya kepada JPN untuk tindakan pembetulan empat tahun lalu.

PAN mendakwa jawapan JPN adalah,"kesemua 162 fail hilang dalam pejabat mereka ".

Kata PAN, sehingga fail ditemui, 162 Kristian Bumiputera berkenaan secara rasminya adalah orang Islam.

Memetik satu lagi contoh yang dilakukan pihak pelampau politik Islam, PAN berkata Majlis Gereja Sabah dan juga Gereja Roman Katolik Sabah mengadu kepada Kementerian Pendidikaan tahun lepas berhubung rancangan rahsia untuk menukar agama pelajar Kristian bawah umur di kediaman Kolej Matrikulasi Labuan kepada Islam.

"Sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil ke atas aduan tersebut. Kami sudah mengemukakan fakta-fakta tetapi apa yang kami dapat adalah sikap berdiam diri perdana menteri .

"Kami tidak menyerang beliau secara peribadi tetapi kita mempersoalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Najib mesti membuat pendirian dan diam bukan pilihan. Najib mesti memimpin untuk meyakinkan kami bahawa beliau bukan sahaja perdana menteri untuk orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

"Semua mesti dilayan dengan adil dan mempunyai kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan pilihan mereka.

"Kami mengakui Islam adalah agama persekutuan tetapi bukan pengamal pelampau politik Islam, yang pastinya tidak dibayangkan pihak yang merangka Perlembagaan Persekutuan. " – TMI

Blogger UMNO Mahu Najib Letak Jawatan Segera

akan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana.

Panggilan nama yang jelek seperti "Najib kangkung" dan "PM tidak berguna" sedang menjadi buah mulut di kalangan para blogger pro- Umno seperti OutSyed The Box, The Unspinners dan Apanama sejak bulan lalu, dan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut ke belakang.

"Saya harap Najib boleh membaca tulisan kami. Letak jawatan dan pergi berambus .... Kita akan melihat beliau terburai tidak lama lagi ... Hari demi hari manusia kangkung itu akan dihiris dan dipotong-potong jadi buah dadu. Oleh orangnya sendiri, " demikian tulis blogger terkenal Syed Akbar Ali di dalam satu postingnya minggu lepas.

Blogger Apanama pula menulis pada 8 Jan: "Kerajaan / kepimpinan hari ini kelihatan lebih teruk daripada kepimpinan zaman gelap Abdullah Ahmad Badawi ...

"Lebih baik Najib ambil tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Saya khuatir bahawa jika anda gagal untuk mencerna sentimen / fikiran / kesetiaan Kerajaan / penyokong kuat BN di kalangan rakyat, anda akan terpaksa turun seperti mana Pak lah telah lalui."

Serangan siber dari kalangan ahli Umno ini adalah imbauan terhadap tekanan serupa yang telah mereka lakukan ke atas bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pada tahun 2007; penulis blog pro- Umno yang sama mendakwa peletakan jawatan Abdullah dahulu adalah hasil-usaha mereka di dalam "konpsirasi membawa beliau turun".

Penganalisis politik tidak menafikan bahawa tulisan blogger berkenaan mempengaruhi 'cara masyarakat siber melihat pemimpin mereka, menggambarkan Najib, sepertimana ke atas Pak Lah, sebagai orang yang bebal yang terpisah daripada realiti.

Namun Profesor Dr James Chin dari Sunway Monash University berkata adalah tidak mungkin Najib akan turun sebagaimana cara Abdullah turun meskipun wujud serangan maya ini, kerana ketika ini belum ada calon yang sesuai yang sedang menunggu bagi menggantikan Najib.

"Apa yang blogger itu tulis mungkin mencerminkan sentimen beberapa ahli dalam Umno, yang mahu Najib meletakkan jawatannya. Tetapi pada masa ini, ia kelihatan belum mungkin Najib dapat diturunkan.

"Oleh kerana dalam Umno, nampaknya beluam ada sesiapa yang sesuai untuk mengambil alih peranan Perdana Menteri. (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin ( Yassin ) tidak dilihat sebagai cukup mampu untuk menjawat jawatan itu," demikian kata penganalisis politik itu kepada FMT.

Beliau menegaskan bahawa jika Muhyiddin telah dilihat sebagai calon yang berpotensi, blogger tersebut tentu sudah melancarkan serangan pada pemilihan Umno tahun lalu, di mana waktu itu wujud peluang terbuka untuk Muhyiddin menjatuhkan Najib.

Apa yang dikehendaki oleh blogger pro- UMNO dan "tuan yang membiayanya" mahu, menurut Chin, ialah kebangkitan semula era Mahathir dan politik "orang-kuat".

"Blogger ini diupah oleh kem pro-Mahathir dalam Umno yang mahu seorang pemimpin yang kuat seperti Mahathir yang boleh menekan mereka yang menentang dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Tetapi mereka hidup dalam mimpi. Di dalam struktur yang Umno ada sekarang, tidak mungkin lagi untuk Umno melahirkan seorang menteri yang sedemikian, "kata Chin.

Sementara itu, Profesor Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata desakan untuk Najib meletakkan jawatan oleh para blogger pro-UMNO hanya akan mendapat perhatian jika ia adalah sebahagian daripada seruan yang lebih luas yang dibuat oleh masyarakat terbanyak.

"Masalahnya ialah bahawa ia hanyalah satu percikan yang lemah. Ia hanya setitis air yang jatuh ke lautan. Ia hanya akan mempunyai kesan jika seruan itu juga dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara, oleh intelektual, rakyat kelas menengah, penjawat awam dan golongan elit politik, "kata Agus.

"Pada ketika ini, saya melihat tidak ada kesan ke atas landskap politik," katanya.

Tambahnya penulis blogger pro- Umno yang anti- Najib ini boleh mendapat pengaruh yang lebih jika mereka memusatkan kegagalan Najib berasaskan isu-isu, dan bukan terhadap hal-hal peribadi.

"Tetapi saya tidak fikir buat masa ini ia cukup untuk mempengaruhi pendapat orang ramai, kecuali jika blogger Umno tersebut bekerjasama dengan NGO-NGO lain dalam usaha bersepadu untuk membawa Najib turun, " kata Agus. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB

Akhir Zaman: NASA Tak Nafi Matahari Akan Terbit Dari Barat

Penyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA! Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR.



PERUBAHAN KUTUB BUMI (POLE SHIFT)

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!



Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran para spekulator, ianya akan berlaku pada tahun 2015 kerana selepas pada itu, pergerakannya dijangka tidak sedrastik kini. Sumber 1. Sumber 2. Sumber 3. Ingat! Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanaan Ilahi.

sumber: abatasaii
kredit: bain

BINTANG BEREKOR

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan Al Mahdi akan didahului oleh kemunculan BINTANG yang ekornya menakjubkan, BUKAN seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad. Yang diliputi api, udara, salju dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. SETELAH itu akan datang banyak MALAPETAKA dan KEMATIAN yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat”.

Comet ISON (C/2012 S1) was discovered by V. Nevski and A. Novichonok on September 21 2012. The name ISON comes from “International Scientific Optical Network” which is the name of the observatory used to make the discovery. Komet ini memang jarang dijumpai. Teramatlah besar. Jarak dengan bumi pada waktu ini adalah Sun dist: 142,492,558 km [43.3 km/s] Earth dist: 64,977,671 km [47.5 km/s]. Fakta Komet Ison seperti berikut:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat di waktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi dijangka akan merempuh debu2 komet ISON dalam jangka waktu pada 12 atau hingga 14 Januari 2014.

Tolong klik sini untuk tahu jarak bumi dengan ISON pada waktu anda baca ini dan untuk dapatkan banyak lagi info mengenai komet tersebut. Saya percaya ia semakin menghampiri bumi setiap detik, setiap waktu dan setiap saat. Ison telah pun melalui lintasan matahari pada 28 November 2013 dan pada waktu ini Ison menuju ke arah bumi dalam bentuk V. NASA mengeluarkan kenyataan yang komet ini telah hancur atau tidak ada lagi di dalam orbit. NASA dikatakan sengaja mengeluarkan kenyataan ini bagi mengelakkan berlakunya huru-hara sebelum ianya berlaku dan mengharapkan kejadian tersebut tidak berlaku. Tetapi dari satu fakta yang lain, Observatory of Lisbon pula mengeluarkan kenyataan yang fragments ISON akan menghentam bumi.

They claim that fragments of Comet ison will hit earth in December, this based in emulations performed using supercomputer ‘Tiger 2′ and a propietary model. They claim that the when the comet enter the atmosphere of the sun the ice will change state abruptely, turning into a propellant, changing the trajectory of the comet. They claim that the fragments of the comet will spread in the shape of a cone with a base diameter of 300.000 kms , that is the distance of from the earth to the moon. They claim that the comet after crossing the sun will be higly fragmented, fragments ranging from a football to the size of a ship. They say that the propulsion of the ice will change the trajectory of the fragments, causing a shower of cometary fragments that will hit Earth in December.

Bila akan menghentam bumi? Dijangkakan akan berada paling dekat dengan bumi pada 26 Disember 2013. Wallahu’alam. Jika komet (atau apa yang tinggal setelah melalui matahari) tersebut masih tetap ada, maka dunia akan menyaksikan pertunjukan hujan meteor yang terhebat pernah disaksikan seumur hidup. Satu persatu negara akan dihentam komet tersebut. Hujan batu. Hujan batu yang dilemparkan ke atas bumi. Mengingatkan aku akan Surah Ar-Rahmaan.

Ali Adams, seorang yang begitu takjub dengan keajaiban nombor-nombor ganjil membuat kajian pada Surah Ar-Rahmaan di dalam Al-Quran. Kenapa Surah Ar-Rahmaan? Kerana padanya terdapat ungkapan yang disebut berulang-ulang kali sebanyak 31 kali. Apakah ayat itu? ”So which of the favors of your Lord would you deny?; Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” - (Terjemahan Al-Quran:55;13 dalam Sahih Internation, Indonesia & Malay) Ingin tahu metodologi dan apa yang beliau jumpa? Sila klik Quran and 2012 Latest untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian yang dijalankan beliau.

Baca ayat ini. “Maka tatkala فَلَمَّا datang جَآءَ KEPUTUSAN Kami أَمْرُنَا, Kami jadikan جَعَلْنَا di ATASnya عٰلِيَهَا ke BAWAHnya سَافِلَهَا , dan Kami hujani وَأَمْطَرْنَا ATASnya عَلَيْهَا BATU حِجَارَةً dari مِّن sijjil (batu MASSIVE/TANAH yang DWARF/ mengkerut menjadi SANGAT PADAT/ dari BESAR menjadi kecil kerana sangat KERAS/massive) سِجِّيلٍ dengan bertubi-tubi مَّنضُودٍ” – Surah Huud; ayat 82. di atasnya ke bawahnya=POLE SHIFT=matahari terbit dari barat. Al-Quran menceritakan bagaimana umat-umat terdahulu telah seksa oleh Allah kerana berlaku fasiq terhadap Allah . Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa perkara yang sama mungkin boleh berulang lagi. Bukankah antara fungsi ayat-ayat Al-Quran adalah itu memperingatkan manusia seluruh alam?

Sila baca ayat ini pula. “Deem not that Allah is unaware of what the wicked do. He but giveth them a respite till a day when eyes will stare (in terror); Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku); Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.” [Diterjemahkan ke Sahih International, Malay & Indonesia; Surah Ibrahim - Ayat 42 (14:42)] Ingin melihat sendiri terjemahannya? Slik klik sini. Apa yang cuba disampaikan oleh Allah di dalam ayat ini? Allah mengingatkan kita bahawa akan tiba satu hari yang mana mata-mata mereka yang berlaku zalim akan terbeliak besar. Terbeliak besar kenapa? Akan satu KEJADIAN. Kejadian apa? MUNGKIN hujan meteor. Wallahu’alam.

When Ison (V-shaped object) will be above us (around late December 2013 or early January 2014) causes pole-shift in our planet that will last for three days of darkness – Nostradamus. Dapat difahamkan bahawa Nostradamus percaya bahawa pada tika dan waktunya berlaku pole-shift di planet bumi adalah apabila berlakunya planet alignment di antara planet-planet seperti berikut: i)Jupiter – Earth – Venus; ii)Mars – Moon – Earth dan; iii) Earth – Sun – Mercury. Bumi akan menjadi paksi kepada ketiga-tiga penjajaran tersebut. Maka atas fahaman inilah Nostradamus percaya akan berlakunya pole-shift di bumi. Bila anda tanya? Pada waktu dan sekarang ini, penjajaran antara planet-planet tersebut akan/sedang/telah pun berlaku – mengikut pada waktu anda membaca artikel ini. Boleh dilihat sendiri dengan jelas di sini. Subhanallah. Segalanya beredar atas paksi sendiri pada saat, minit dan jam yang anda saksikan di situ. Seperti yang telah diperjelaskan, keadaan ini sudah dan sedang terjadi cuma masih belum lengkap. Nostradamus mungkin meramalkan pada waktu lengkapnya pole shift berlaku pada bumi adalah pada waktu penjajaran tersebut. Wallahu’alam.

kredit: edy


Kedudukan Malaysia Beralih Ke Kutub Selatan Pada 2015?

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
-SH

Turun harga kereta: Realiti atau fantasi

Sebaik membaca tajuk berita “Harga kereta bakal turun lagi” dalam sebuah akhbar pro Umno beberapa hari lalu. Saya tersenyum sinis sendirian. Yang pertama, sejak bila pula harga kereta turun selepas PRU13 lalu – apabila disebut bakal turun lagi! Memang Umno-BN tidak pernah turunkan harga kereta pun. Sepatutnya tajuk berita tersebut hanya berbunyi “Harga kereta bakal turun”.

Keduanya, saya berpendapat tiada apa yang menarik daripada pengumuman tersebut. Harga kereta CBU hybrid bakal naik. Dan kerajaan tidak bersedia mengurangkan duti eksais – dan ini bermakna tiada penurunan harga! Yang disebut akan turun secara berperingkat pada 2018 nanti – boleh percaya ke?

Pada masa yang sama tiada satupun pelan yang kukuh dibentangkan bagaimana harga kereta boleh dikurangkan. Sekadar mengadakan sidang akhbar memberitahu harga kereta akan turun beberapa tahun lagi – tanpa pelan yang munasabah – hanyalah retorik untuk menyejukkan kemarahan rakyat ketika kos sara hidup meningkat dengan drastik.

Kerajaan juga tidak menyediakan pelan untuk membantu para peniaga kereta terpakai dan pembeli yang sedia ada. Sepatutnya, jika harga kereta akan diturunkan 2 – 3 tahun akan datang, kerajaan wajar menyediakan pelan kepada peniaga kereta terpakai seperti merendahkan kadar faedah pinjaman kereta terpakai kepada kurang dari 1 peratus mulai sekarang.

Bagi pembeli sekarang dan sebelum penurunan, mereka di beri peluang untuk refinance serta kadar faedah yang rendah supaya semua pihak dapat manfaatnya. Jika tidak, dalam tempoh 2 – 3 akan datang industri automotif mungkin akan terjejas kerana sudah pasti rakyat akan menangguhkan pembelian sehingga baru yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, pengumuman ini tidak memberi apa-apa manfaat langsung kepada rakyat dalam tempoh terdekat kerana yang rakya mahukan ialah realiti bukan fantasi.

-Oleh Mohamad Sidek

Putrajaya mungkir janji, kata Majlis Gereja Malaysia

Majlis Gereja Malaysia (MGM) mendakwa Putrajaya memungkiri janji dalam penyelesaian 10 perkara apabila menegaskan kerajaan negeri boleh membelakangi janji yang dimenterai tersebut.

Hermen (kanan) berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui.

Merujuk kepada kenyataan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, MGM menegaskan undang-undang negeri tidak bole melanggar polisi yang dicapai dalam penyelesaian 10 perkara.

"Kristian di Malaysia mula melihat Putrajaya tidak konsisten dalam mematuhi janji yang dibuat kepada penganut ini," kata Setiausaha Agung MGM, Dr Hermen Shastri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sambil melahirkan kekecewaan dengan pendirian Najib dalam isu berbangkit, Hermen berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui.

Najib menegaskan sebelum ini penyelesaian 10 perkara membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil adalah sah di Sabah dan Sarawak, termasuk di negeri lain yang tidak melaran penggunaan kalimah tersebut di kalangan bukan Muslim.

"Bagaimanapun, di seluruh negeri lain, penggunaan kalimah Allah bergantung kepada enakmen negeri tersebut, sebagai contoh di Selangor," kata Najib sebelum ini.

Hermen berkata Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama dan terpulang kepada Putrajaya untuk melihat sama ada ia telah dipatuhi.

"Kristian harus dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka dengan aman," katanya lagi.

10 daripada 13 negeri di Malaysia memiliki enakmen menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan beberapa perkataan Arab lain, pengecualian hanya di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) menguasai lapan daripada 10 negeri tersebut, sementara Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Baru-baru ini, kemelut kalimah Allah dibangkitkan semula susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Susulan kontroversi tersebut, pelbagai pihak termasuk peguam mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan larangan Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar Katolik Herald daripada menerbitkan menggunakan perkataan Allah dalam edisi Bahasa Malaysia.

Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah orang Kristian.

Hampir dua pertiga daripada mereka adalah Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai “Allah” dalam sembahyang dan kitab mereka.

Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di Semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka. – TMI

VIDEO : Air Terjun Niagara Membeku Akibat Cuaca Sejuk

Cuaca ekstrim di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada telah menyebabkan fenomena yang jarang berlaku di air terjun Niagara. Air d di tempat tunpuan pelancong itu membeku!



Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara membeku akibat cuaca sejuk melampau sejak awal tahun ini.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.

Air Terjun itu terletak di sempadan Kanada dan AS. Suhu yang dicatatkan di kawasan air terjun tersebut ialah bawah 18 darjah Celcius. Kini air terjun setinggi 53 meter itu telah membeku dan airnya menjadi ais yang keras akibat terpaan angin dari kutub. Kini air terjunnya tampak seperti stalaktit dan stalakmit yang biasa dapat ditemui di dalam gua.

Dilaporkan sehingga kini, sudah ada 21 korban jiwa meninggal akibat suhu yang terlalu dingin ini.




 




[AL FATIHAH] Ustaz Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.

“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bagi pihak Dewan Ulamak PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.

“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat insya Allah diganjari dengan yang terbaik oleh Allah subhanahu wa taala,” ujarnya lagi.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Allah tersebut.



Biografi Harun Taib

Dato Haji Harun bin Taib merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu. Beliau telah meninggal dunia pada 25 Januari 2014

Beliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir. Kini beliau masih lagi menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa.

Isterinya Fatimah Ibrahim dan mempunyai 5 anak.

Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Penglibatan Dalam Pilihanraya

Setelah PAS berjaya memerintah kerajaan negeri Terengganu pada 1999, Harun Taib menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu. Beliau terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan. Beliau juga adalah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

DUN Manir mempunyai tujuh peti undi iaitu Kedai Manir, Teluk Menara, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Batu Hampar, Pujuk dan Durian Mas. Hampir 99 % penduduk / pengundinya adalah keturunan Melayu. PAS menang di Manir sejak 1990 lagi. Dalam pilihan raya 1999, Harun Taib mengalahkan Shamsuddin Sulong (BN).

Dalam pilihan raya umum 2004, Datuk Harun Taib (PAS) menumpaskan Wan Sagar (BN-UMNO) dengan memperoleh 4,451 undi manakala Wan Sagar mendapat 4,141 undi iaitu majoriti 310 undi.

Dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008, Harun Taib berjaya menewaskan Wan Sagar Wan Embong (BN), orang yang sama ditewaskannya pada 2004, kali ini dengan majoriti 406 undi.

Pada 16 September 2008, panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Arifin Zakaria dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin menolak petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir pada 8 Mac 2008. Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. Sebelum ini, Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee menolak petisyen Wan Sagar kerana tidak ada secebis buktipun. Insiden 2 pengundi iaitu Mustaffa Yusof dan Muhammad Amiruddin yang dikatakan ditahan dan dipukul di hadapan pusat mengundi juga tidak dapat dibuktikan. -wiki

MB Selangor letak jawatan?

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mahu akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, memberi penjelasan mengenai laporan berita akhbar itu baru-baru ini, kononnya beliau meletak jawatan.

Akhbar itu mendakwa kepimpinan PKR telah membuat keputusan melantik Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar.

Abdul Khalid berkata akhbar itu diminta memberi penjelasan berkenaan berita itu sebelum sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.

"Spekulasi itu sangat tidak baik dan kita kita minta penjelasan daripada Sin Chew bagaimanapun cerita itu boleh timbul kerana ia akan menyusahkan dan mengelirukan rakyat," katanya.

"Jika cerita itu benar tak apa tapi kalau tak benar tidak elok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jom Shopping Kerajaan Negeri di pasaraya Giant Bukit Tinggi, Klang hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi diberi tempoh dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja perbadanan itu Norita Mohd Sidek.

Kedua-dua pegawai kanan PKNS itu telah ditukarkan ke pejabat SUK sejak Isnin lepas untuk disiasat berhubung kes penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. – Bernama

Friday, January 24, 2014

Kalimah Allah: Strategi Kristian murtadkan umat Islam Sabah, Sarawak?


Polemik kalimah Allah bermula apabila akhbar terbitan gereja Katolik, Herald mahu menggunakannya dalam segmen bahasa Melayu sebagai merujuk Tuhan. Gambar fail.Polemik kalimah Allah bermula apabila akhbar terbitan gereja Katolik, Herald mahu menggunakannya dalam segmen bahasa Melayu sebagai merujuk Tuhan. Gambar fail.Isu kalimah Allah adalah strategi penganut Kristian mengelirukan serta memujuk umat Islam di Sabah dan Sarawak untuk memeluk agama Kristian, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Beliau berkata, desakan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah adalah bukti bahawa mereka mahu memurtadkan umat Islam.
Sebelum ini, katanya, tidak terdapat sebarang perselisihan untuk menggunakan kalimah tersebut.
"Jadi apakah tujuan mereka sekarang," katanya dalam forum Hak Asasi Manusia dalam Islam di Kuala Lumpur, hari ini. - Tmi

Perkasa & UMNO pukul pegawai kerajaan ?


Sebelum itu.. baca dulu laporan dari BERNAMA yang mendedahkan siapakah gerangan yang membelasah Ketua Penolong Pengawai Daerah dalam satu operasi merobohkan binaan haram di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini. -pkrl

GEORGETOWN: Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara jam 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.

"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.


Sebelum itu.. baca dulu laporan dari BERNAMA yang mendedahkan siapakah gerangan yang membelasah Ketua Penolong Pengawai Daerah dalam satu operasi merobohkan binaan haram di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini. -pkrl

Ini kisah Pagar Makan Padi


KUALA SELANGOR - Gara-gara berdua-duaan di dalam sebuah rumah tanpa hubungan sah, pasangan kekasih yang juga anggota polis berpangkat sarjan dan pegawai penyiasat trafik dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. Gambar: Anggota polis mengaku berkhalwat Zainurul Azilawaty mengaku bersalah pertuduhan khalwat di Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam. 

Tertuduh, Mohd Che’ Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Johor itu faham dengan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, di sini pada jam 5.55 pagi pada 19 Ogos 2013 lalu.

Mereka dipercayai sudah bertunang ketika itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan supaya hukuman diringankan dengan alasan mereka sudah bernikah dengan sah pada Disember 2013 lalu manakala Zainurul kini mengandung.

Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu mahkamah, tertuduh faham dengan pertuduhan dan masing-masing menjawat jawatan berlatarbelakangkan penguatkuasaan.

“Mereka ini lebih arif dengan undang-undang dan meskipun penjawat awam namun moral mereka dipertikaikan. Sewajarnya hukuman setimpal diambil bagi memberi pengajaran orang ramai di luar sana,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan. -SH

Wednesday, January 22, 2014

Kes Bunuh Altantuya: Sirul Azhar hilang?

Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.

Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya”.

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.

Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis.

Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak.

"Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .

Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri.

Pendakwa raya booleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah.

Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya .

Satu contoh ialah kes di Mahkamah Rayuan pada November 2010 membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang dituduh membunuh seorang remaja Cina.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli dan ahli perniagaan Koh Kim Teck bagi kes pembunuhan anak saudara Koh, Xu Jian Huang, 14, seorang pelajar di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2004.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh berikutan kegagalan pendakwa untuk menghadirkan ahli perniagaan itu di mahkamah beberapa kali.

Memandangkan Koh tidak dapat dikesan dan dibebaskan, kedua-dua Resty dan Najib juga dibebaskan.

Semasa perbicaraan yang berlangsung 36 hari itu, kes pendakwaan adalah berhubung seksaan dan pembunuhan remaja lelaki itu kerana mencuri RM30,000 milik bapa saudaranya.

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.

Pihak pendakwa raya menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.

~ The Malaysian Insider

Tun Daim Kata Najib Sebagai PM Yang Tidak Cekap?

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup.

Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya umum akan datang.

“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang,” kata beliau dalam satu majlis anjuran Umno Bahagian Merbok di sini Sabtu lalu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah tol tidak perlu dinaikkan sebaliknya mengkaji semula perjanjian konsesi untuk melanjutkan tempoh masa.

“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya lagi.

Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

Beliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan harga barang.

Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih marah kepada kerajaan. “Najib selaku Menteri Kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara,” katanya lagi.

Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa ketika negara di landa banjir, Najib dan lain-lain menteri bercuti di luar negara.

“BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu di luar bandar. Sepatutnya orang Melayu yang perlu mendapat manfaat daripada kerajaan,” saran beliau.

Daim mendakwa perbelanjaan besar dalkam perkara-perkara mengambil hati kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang Cina tidak akan menyokong BN.

Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga orang Melayu.

“Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya dalam menentukan dasar yang merugikan orang Melayu sendiri,” tegasnya lagi. -FMT

Agong bukan ketua Islam?

Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, titah Yang di-Pertuan Agong adalah terhad dan pemerintah tidak berkuasa seperti Nabi Muhammad untuk menentukan undang-undang Islam.

Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.

"Kenyataan yang dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam yang menetap di negeri berkenaan," kata bekas pensyarah UIA itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Majlis Raja-Raja adalah platform terbaik untuk mewakili pemerintah dalam isu agama namun bukan semua sultan sependapat dengan Agong dan Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah.

Abdul Aziz berkata, resolusi yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 seperti yang dititah oleh Agong juga tidak terpakai daripada sudut perundangan.

"Ia tidak sah daripada sudut perundangan," katanya.

Katanya, hanya Nabi Muhammad mempunyai kuasa untuk menentukan undang-undang Islam, malah sahabat nabi dan kalifah juga tidak mempunyai kuasa sedemikian.

"Kedudukan sultan jauh berbeza dengan khalifah.

"Dalam mana-mana kes, hanya undang-undang Islam yang terkandung dalam Perlembagaan dan undang-undang relevan boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau juga sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kenyataan Agong tidak memberi kesan kepada bukan Islam kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama.

"Tiada mana-mana pihak berkuasa boleh menyuruh bukan Islam bagaimana mereka wajar mengamalkan agama mereka.

"Malah untuk Muslim, hanya agama tersebut boleh mengatur bagaimana mereka mengamalkan Islam," katanya.

Selain itu, katanya, kenyataan mengenai kalimah Allah tidak mengikat semua Muslim kerana tidak mempunyai asas yang jelas.

"Terdapat tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan ia tidak menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah," katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada hujung minggu lalu memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 yang mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

Kenyataan Sultan Kedah itu dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri, berkata pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10-perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.

Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport ke dalam negara. –TMI

Suami Restu Isteri Jual Tubuh Untuk Tambah Pendapatan

Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah.

Lebih memualkan, pekerjaan ‘lebih masa’ yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa ‘tutup mata’ dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya.

Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen, Mohd Shahrir Khalil berkata, siasatan mendapati pasangan warga asing itu sudah hampir tiga tahun menetap di negara ini menggunakan pas pelancong.

“Hasil soal siasat, wanita itu mengaku mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya semasa menjalankan perniagaan menjual barang kemas dari rumah ke rumah.

“Dia mendakwa suaminya yang turut ditahan, tidak kisah dengan pekerjaan ‘tambahan’ itu kerana pendapatan suami sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Mohd Shahrir berkata, wanita itu juga mengakui, selain menawarkan khidmat seks kepada orang tempatan, dia juga menawarkan khidmat sama kepada warga asing termasuk Pakistan, India dan Indonesia.

“Turut ditahan dalam serbuan itu, suami; dua anaknya berusia empat dan 15 tahun dan adik iparnya berusia 19 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, seorang pelajar tabligh, Rumly El, 19, dari Kemboja turut ditahan atas kesalahan visa tamat tempoh.

Rumly ketika ditemui berkata, dia menyedari visanya sudah tamat tempoh dua minggu lalu, namun terlambat memperbaharuinya kerana mendakwa terlalu sibuk bekerja.

“Saya sudah mendalami ilmu agama di negara ini selama lapan tahun. Sebelum ini saya menuntut ilmu al-Quran di Johor dan selepas tahfiz 30 juzuk, saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu kitab pula.

“Bagaimanapun, akibat masalah kewangan, saya terpaksa menangguhkan pembelajaran dan datang ke Terengganu untuk bekerja sebagai buruh binaan sebulan yang lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seramai 135 Pendatang Asing Tanpa Izin berjaya diberkas dalam Operasi Ops 6P Bersepadu yang dilaksanakan di sekitar Kuala Terengganu.

Mohd Shahrir berkata, dalam operasi membabitkan seramai 154 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi itu, seramai 463 warga asing diperiksa melibatkan 54 lokasi penempatan di seluruh daerah ini.

Jumlah tangkapan itu membabitkan seramai 55 warga Kemboja; 28 warga Bangladesh; 17 warga Myanmar; tujuh warga Pakistan dan 22 warga India.

Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa. -SH

"Kyodo News" Siar Berita Bantahan Penyokong Anwar

Sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu telah mendapat liputan dan disiarkan oleh agensi berita Jepun, Kyodo News semalam.



Menurut akhbar berkenaan, para penyokong Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhimpun di depan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur semalam untuk membantah halangan kemasukan Anwar ke negara berkenaan hujung minggu lalu.

Sementara itu, pihak keduataan dilaporkan telah menyatakan episod itu berlaku kerana Anwar keliru mengenai syarat untuk memasuki negara tersebut.

Semalam, berpuluh penyokong dari Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Portal Keadilan Daily menyebut, sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu mengejutkan, kerana rekod pejabat Ketua Umum KEADILAN itu menunjukkan tiada isu yang boleh menyebabkan beliau dihalang, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Untuk rekod, pada tahun 2011 dan 2012, Datuk Seri Anwar ada memasuki Jepun tanpa halangan.

“Namun kenapa beliau dihalang dari memasuki Jepun pada 19 Januari lalu,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan di kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, semalam.

Justeru, Shamsul menggesa jawapan munasabah dari kedutaan Jepun kerana menyenaraihitam nama Ketua Pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.

Jepun juga telah memansuhkan permohonan visa oleh rakyat Malaysia ke negara itu semenjak Julai 2013.

“AMK dan KEADILAN meminta kedutaan Jepun segera menyiasat insiden tersebut dan memberi penjelasan menyeluruh selain membuat permohonan maaf,” kata Shamsul yang juga merupakan ahli parlimen Bukit Katil.

Kurangkan beban rakyat atau tewas pilihan raya

Datuk A Kadir Jasin memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar beliau membantu mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat atau mengundur diri jika Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, beliau diajukan soalan mengenai kepimpinan Najib dan masa hadapannya daripada ahli Umno dan seteru politik berikutan rungutan rakyat dengan kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.

"Satu PM perlu berubah dan melakukan perkara yang betul untuk mengurangkan beban rakyat," katanya dipetik daripada laman blog miliknya, The Scribe.

"Dua, beliau perlu ditukar jika enggan berubah, dan ketiga, tiada yang berubah, dan BN akan tewas PRU akan datang," katanya.

Veteran Umno menyuarakan kebimbangan mereka terhadap program rasionalisasi subsidi Najib dalam perbelanjaan awam untuk memastikan Malaysia mendapat rating positif dalam agensi rating antarabangsa.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut memberi amaran sebelum ini, bahawa polisi BN akan memberi kesan terhadap peluang BN dalam pilihan raya akan datang yang dijangka pada 2018.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata Putrajaya perlu mengambil langkah untuk berubah atau tewas dalam pilihan raya.

BN tewas tujuh lagi kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2013 dengan memperolehi hanya 133 kerusi, berbanding Pakatan Rakyyat (PR) yang menambah sehingga 89 kerusi.

PR merampas majoriti dua pertiga BN di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila memperolehi 82 daripada 222 kerusi Parlimen.

Kadir berkata, melalui pertemuannya dengan pekerja syarikat berkaitan kerajaan dan pemimpin BN, tindakan Najib yang lebih gemar membisu itu menimbulkan kerisauan, terutama dengan isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan di seluruh negara.

"Jika beliau percaya tindakannya membisu (kecuali untuk bertenang dan menunggu keputusan kes mahkamah) akan melenyapkan isu, beliau silap," katanya.

Katanya, tindakan Najib "mengambil jalan selamat" tidak akan berjaya dan Najib perlu meninggalkannya.

Beliau berkata, Najib juga kelihatan seperti hilang sentuhan apabila rakyat tidak lagi "sensitif" dengan langkah Putrajaya merasionalisasikan subsidi dalam tempoh singkat berbanding melakukannya secara berperingkat untuk membolehkan pengguna menanganinya.

Katanya, ia tidak akan membantu kerajaan apabila tugas penjelasan dilakukan dengan teruk dan subsidi tidak sesuai untuk jangka masa panjang.

"Kami melakukannya dan rakyat faham. Namun mengumpulkannya sekali gus pada penghujung tahun ketika rakyat memerlukan keperluan yang tinggi untuk anak kembali ke sekolah, itu tidak sensitif," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ekonomi tidak terlalu teruk.

Kadir berkata, kerisauannya ialah kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan mahasiswa Bumiputera dengan kadar 51,000 iaitu peningkatan sehingga 30% sejak Najib menjadi perdana menteri pada 2009.

"Kuota Bumiputera dalam ekonomi terlalu kecil untuk masyarakat Bumiputera yang membentuk lebih 60% populasi dan kita juga antara yang termiskin.

"Syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan tidak cukup untuk menampung populasi Bumiputera," katanya.

Berdasarkan prestasi Najib, Kadir turut mempersoalkan komitmen pemimpin berkenaan dan Kabinetnya, terutama ketika berhadapan dengan krisis.

"Saya dimaklumkan menteri yang kekal terpaksa menjaga beberapa portfolio. Seorang perlu bertanggungjawab lebih daripada 10 kementerian.

"Boleh tidak kalau mereka tidak melakukan seperti itu lagi? Atau mereka tidak kisah,” katanya.

Mungkinkah PR akan tumbang di Selangor?

Krisis berlarutan di Selangor berhubung kedudukan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, membuatkan orangramai mula mempertikaikan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Daripada soal sekecil kedudukan Azmin dalam PKNS, Khalid terlihat begitu kalut untuk menyelesailan isu tersebut sehingga diheretnya sekali Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek.

Daripada awal, jawapan beliau nampak berbelit-belit sehingga lebih mudah menujukan kesalahan berhubung pengguguran Azmin ke bahu Pengurus Besar sedangkan beliau adalah Menteri Besar dan Pengerusi PKNS. Sesiapa pun yang tahu pengurusan korporat memahami bahawa kedudukan Ahli Lembaga Pengarah adalah dibawah Menteri Besar dan Pengerusi PKNS. Agak malang akhirnya, Orhman dan Norita dihukum dengan dipindahkan ke pejabat SUK.

Pertelingkahan antara Khalid dan Azmin ini bukan saja menampakkan adanya kecacatan apabila parti dipegang oleh tangan lain manakala pentadbiran kerajaan dipegang oleh pihak lain. Walaupun tujuan asalnya adalah baik iaitu untuk mewujudkan "check and balance" tetapi apabila melibatkan kuasa, jarang ada pihak yang sanggup menjadi terbuka untuk kuasanya diperiksa dan diseimbangkan. Kuasa selalunya sentiasa ingin diperkukuhkan.

Meskipun berolehnya PKR pada kuasa Menteri Besar adalah atas ehsan Pas dan DAP berikutan kedua-dua parti itu mempunyai 15 kerusi DUN manakala PKR hanya 14 sahaja, sudah sampai masanya PKR kembali menjadikan kedudukan parti menguasai kerajaan.

Oleh kerana Azmin yang menjadi Pengerusi PKR Selangor, beliau seharusnya segera dijadikan Menteri Besar untuk mengatasi kemelut yang sudah lama berlarutan ini. Tidak dapat dipastikan bagaimanakah penyelesaiannya kes kedudukan Azmin ini dalam PKNS tetapi selagi adanya dua nakhoda dalam PKR Selangor, satu pihak menguasai parti dan satu pihak lagi menguasai kerajaan negeri, selagi itulah masalah akan timbul.

Dalam hal ini PKR haruslah tidak lupa kepada sejarah Kedah di mana krisis yang berlarutan antara Allahyarham Azizan Razak dengan Pahrolrazi Zawawi selama bertahun-tahun akhirnya telah menyebabkan kerajaan PAS dapat ditumbangkan oleh BN dalam pilihanraya umum lalu.

Meskipun mungkin ada banyak sebab lain yang menyebabkan tumbangkan kerajaan Pas di Kedah tetapi harus diakui salah satu sebab besarnya ialah krisis yang tidak sudah-sudah antara kedua pemimpin tersebut.

Krisis yang berlarutan terlalu lama dah tiada jalan penyelesaian akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan menyampah. Walaupun Khalid mempunuai rekod baik dalam mentadbir negeri dan dapat menambah kantung perbendaharaan negeri dengan jumlah yang banyak tetapi rekod itu boleh dilupakan jika tidak bijak menyelesaikan krisis dan menyebabkan pentadbirannnya kelihatan tidak aman.

Walaupun dalam keadaan sekarang Anwar dan Wan Azizah seperti ingin menjaga dan mengekalkan kedua-dua pihak itu iaitu Khalid dan Azmin terapi sebenarnya sudah sampai masanya pilihan yang tegas dibuat. Azmin harus dijadikan Menteri Besar Selangor, sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR negeri. Jika mahu juga mengekalkan Khalid, berilah beliau tugas dan tanggungjawab sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Azmin yang juga menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR, hendaklah diberi pengkhususan untuk memantapkan parti di peringkat nasional.

Ketegasan Anwar sebagai Ketua Umum dan Wan Azizah sebagai Presiden parti tidak harus ditangguhkan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama berlarutan ini. Jika tidak bersedialah untuk menerima rasa muak dan menyampah yang akan terus meningkat serta berisiko kehilangan Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Oleh Shahbudin Husin

NGO Sabah cegah usaha kumpulan Islamkan penganut Kristian


Gereja Protestant Sabah di Kampung Layung Maliau, di daerah Pitas, Sabah. Gambar fail.Gereja Protestant Sabah di Kampung Layung Maliau, di daerah Pitas, Sabah. Gambar fail.Sekumpulan badan bukan kerajaan dari Sabah bekerja siang dan malam bagi mewujudkan kesedaran terhadap penganut Kristian miskin terutamanya di kawasan pedalaman apabila semakin banyak kumpulan Muslim cuba mengislamkan mereka.
Enggan dinamakan, salah seorang daripada koordinator kumpulan berkenaan berkata kepada The Malaysian Insider, pemimpin parti daripada kedua-dua pihak, gereja, dan NGO bukan Islam berganding bahu menghalang usaha berkenaan.
"Lebih sedozen kumpulan, atau NGO Muslim terlibat. Mereka cuba mengislamkan penganut Kristian kepada Islam dengan sebanyak mungkin.
"Mereka bergerak untuk mengislamkan penganut Kristian di luar bandar, yang kebanyakannya buta huruf kepada Muslim," katanya.
Beliau berkata, majoriti daripada kumpulan NGO berkenaan adalah daripada Semenanjung, namun antara yang paling aktif adalah NGO dari Sabah.
Katanya, mereka adalah penduduk pribumi yang diislamkan.
"Bercakap dalam bahasa ibunda mereka memberikan kelebihan kepada NGO Islam dari Semenanjung," katanya.
Difahamkan, sebahagian daripada mereka yang aktif mengislamkan penduduk tempatan menggunakan khidmat orang tengah untuk memujuk kumpulan sasaran mereka.
"Mereka akan pergi kepada penduduk kampung yang miskin di pedalaman dan menawarkan ganjaran, kebiasaannya sejumlah wang yang banyak," kata koordinator itu.
Awal tahun ini, sekumpulan 64 individu, termasuk kanak-kanak daripada tiga perkampungan di pinggir Pitas - Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop – mendakwa mereka ditipu memeluk Islam.
Mereka berkata, seorang jiran memberitahu "ada orang dari Kuala Lumpur" memberikan "bantuan kewangan" sebanyak RM800, tetapi mereka perlu ke Pitas untuk mendapatkannya.
Pada Tahun Baru, mereka ke bandar, dan kemudiannya di bawa ke masjid berhampiran.
Penduduk kampung kemudiannya diberikan RM100 dan diminta cap jari mereka diambil. Mereka kemudiannya diarahkan berbaris dan menyebut "perkataan asing."
Penduduk kampung mendakwa mereka diislamkan selepas membawa dokumen berkenaan kepada pemimpin gereja.
Presiden Gereja Protestant Sabah, Rev Jensey Mojuin, berkata kepada The Malaysian Insider pemimpin gereja akan bertemu pada Rabu untuk menyiasat dakwaan berkenaan.
"Kita mahu mendengar daripada pastor tentang apa yang berlaku," kata Mojuin.
Mojuin berkata, beliau turut menerima laporan sama di Kudat, Kota Marudu, Kanibongan dan Paitan.
"Semuanya daripada akhbar," katanya, dan menambah PCS mempunyai kira-kira 43,000 keahlian.
PCS adalah merupakan salah satu daripada empat anggota Kesatuan Lutheran Dunia di Malaysia. - 22 J