Friday, May 31, 2013

Bongkar : Peti Undi Tak Sampai Ke Tempat Pengiraan

Keadilan semalam mendedahkan salinan laporan polis oleh dua saksi berhubung salah laku pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan peti undi awal.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, undi awal dan undi pos sememangnya diragui dan boleh dimanipulasi, sekaligus memungkinkan keputusan diseleweng bagi memenangkan calon BN.

“Keputusan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila calon-calon Pakatan Rakyat hanya mendapat sekitar 10 hingga 15 peratus undi awal, jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU lepas iaitu sekitar 30 peratus,” jelas Rafizi.

“Saya tampilkan dua bukti pada hari ini untuk membuktikan bahawa integriti undi awal diragui,” katanya.

Salinan laporan yang pertama dibuat di Balai Polis Masjid Tanah oleh ejen calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap (Genie Lim) yang mengiringi peti undi untuk disimpan di lokap simpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

“Semasa saya bersama anggota rombongan yang mengiringi SPR membawa peti undi sampai ke lokap simpanan berkenaan, dan saya lihat sejumlah tujuh hingga lapan anggota SPR sedang mengira kertas undi,” kata saksi, Abu Hussin Tamby dalam laporannya.

Mengikut peraturan SPR, proses mengira kertas undi hanya akan dijalankan selepas pengundian ditutup dan disaksikan wakil parti yang bertanding.

Satu lagi laporan adalah berhubung peti undi awal yang tidak sampai ke tempat pengiraan undi pada masa yang ditetapkan. Menurut saksi, Shairi Md Tajudin yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Hulu, pada 5 Mei lalu berkata, karung undi pos tidak sampai ke Dewan Bandaran Gerik pada masa yang ditetapkan sehingga menyebabkan kiraan undi ditolak.

“Saya beranggapan ia adalah salahlaku yang disengajakan SPR bagi memberi kemenangan kepada BN di Parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu,” katanya dalam laporan tersebut.

“Kedua-dua kejadian membayangkan betapa longgarnya kawalan, seliaan dan integriti peti undi awal sehingga boleh hilang dan dibuka begitu saja,” kata Rafizi mengulas bukti tersebut.

Bila Muhyiddin kritikal, Zam dan Daim serang Najib

Bila Muhyiddin kritikal, Zam dan Daim serang Najib
Setelah terkena patukan kalajengking Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendapat nafas baru apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin melancarkan serangan pada bosnya Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa Muhyiddin sememangnya sudah terasa diri tidak selamat sebagai Timbalan Presiden Umno ekoran tikaman Mahathir baru-baru ini yang menyatakan Najib bakal terselamat kerana tiada alternatif di dalam Umno yang boleh menggantikannya.

“Muhyiddin kini terasa Najib sudah mendapat Mahathir di tangannya selepas anaknya Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Dan beliau dibiarkan terkapai-kapai. Jika dibandingkan dengan waktu Tun Abdullah Badawi, apa yang Mahathir kata kat Najib umpama mencubit pipi sahaja,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata ada yang memujuk Muhyiddin untuk melupakan hasrat mencabar Najib dan menjadi pembantu yang setia.

“Tapi selepas melihat keputusan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Muhyiddin, beliau terasa langkah membunuh kareer politiknya telah bermula,” terang sumber Umno lagi.

Harakahdaily bertanya mengapa, sedangkan mendapat amanah menjaga SPR itu dikira satu penghormatan.

“Sekarang rakyat paling marah kat SPR. SPR umpama batu mendidih tetiba dibuang ke tapak tangan Muhyiddin. Sudah tentu melecur tangan Muhyiddin nanti,” terang beliau.

Semalam, melalui blognya, Zainuddin menyerang Najib dan pakar strategisnya atas kempen ‘I love PM’. Beliau melabelkan Najib sebagai seorang imitator (peniru).

Daim pula menyalahkan Najib kerana terlalu mengharapkan populariti peribadinya bagi membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua per tiga kerusi Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

"Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden. Penasihat PM harus dipecat. Jika anda kaitkan undi BN sebagai undi untuk Najib, maka keputusan BN yang lemah juga akan memberi kesan kepadanya.

"Memilih kerajaan adalah perkara yang serius, jadi tinggalkan penasihat badut ini dan jangan ikut permainannya," kata Daim.

Sumber Umno berkata serangan Zainuddin dan Daim adalah pelega buat Muhyiddin selepas racun Mahathir.

“Perkasa dah menyerang idea menukar BN kepada parti 1Malaysia sehingga melabelkan sesiapa yang membuang Umno sebagai pengkhianat.

"Jika BN berjaya ditukar ke parti 1Malaysia, iaitu slogan Najib, maksudnya hasrat Muhyiddin menjadi perdana menteri akan mati tidak berkubur.

"Muhyiddin akan melawan idea ini habis-habisan. Cadangan idea parti 1Malaysia hanya untuk mengukuhkan Najib seorang saja, Muhyiddin akan terkorban. Muhyiddin tak pernah tunjuk beliau pernah sokong 1Malaysia dengan ikhlas,” kata sumber Umno.

Tambahnya, perang dah mula.

"Pasukan Muhyiddin sedang mendesak supaya diawalkan pemilihan Umno ke Ogos supaya Najib tidak dapat menyediakan pertahanannya.

"Selepas ini, akan timbul serangan pada Rosmah yang dilihat seperti Ketua Umum Umno yang tidak berjawatan tapi berkuasa penuh.

"Jangan hairan jika Deepak muncul lagi sebelum perhimpunan agong Umno dengan senapang yang baru,” kata beliau sambil tergelak.

- Harakah Daily

"AKU JANJI" Dah Bertukar Jadi "AKU KAJI"

Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.

Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.

“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.

Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.

“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.

Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.

“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini

Pemimpin PR Dilarang Masuk Sabah?

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang. -mk

Wednesday, May 29, 2013

I LOVE PM meloyakan kata bekas Ketua Pengarang Utusan

Sebelum PRU13 yang lalu Bekas Menteri yang datangnya dari UMNO Tan Sri Zainuddin Maidin telah menjadi sasaran kritikan dari pemimpin dan juga Blogger Pro Pakatan Rakyat kerana beliau mengkritik mantan Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie melalui penulisannya dalam Utusan Malaysia..

Zainuddin Maidin yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu telah mendakwa Habibie sebagai penyebab berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini.

Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah ‘dipungut’ daripada ABIM.

Diakhir artikelnya Zainuddin menulis Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “The Dog Of Imperialism.. sila baca artikel itu di SINI

Baru-baru ini beliau sekali lagi menjadi sasaran kritikan tetapi bukanlah dari Blogger Pro Pakatan Rakyat tetapi dari Blogger Pro UMNO pula..

Ini berikutan beliau mengesyorkan agar DAP menyertai Barisan Nasional bagi menggantikan MCA yang jelas kini semakin dipinggirkan oleh masyarakat Tiong Hua..

Malah ada yang mengatakan "Barangkali kekalahannya pada tahun 2008 lalu, telah meninggalkan kesan lekuk dalam otaknya sehingga dia tidak nampak realiti sebenar.".. tulis The Flying Kick di SINI.

Nampaknya sekali lagi Zainuddin Maidin ini bakal menjadi mangsa serangan Blogger Pro UMNO kerana dalam artikelnya yang terbaru dalam Blog milik beliau Zamkata, beliau menyerang Presiden UMNO pula..

Ini artikelnya yang bertajuk.. "I LOVE PM". IT IS DISGUSTING

Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe di kedai mamak dan sebagainya.

Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.

Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibahrim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.

IT LOOKS AWFUL

Memang hal ini sudah lama terasa di hati, terfikir di kepala, tertusuk di mata tetapi tidak terkata.

Seorang kawan dalam dunia korporat mengirim pesanan ringkas menepati cita rasa zamkata:

Katanya, On Daim's remark I agree fully. Najib dosen't need to compete with Anwar and try to imitate his style. It looks awful. Please tell them to stop showig the banner "I Love PM" It is disgusting. Najib Should present himself as a serious statesman not as a student leader style.

UMNO DALAM KEADAAN PANIK

Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam, The Star dramatised berita light got out during black 505 rally in Tapah selama 10 minit seolah-olah baru berlaku dan benar-benar berlaku, cuma atas dakwaan pembangkang tanpa pengesahan sesiapapun. Hebat sekali Journalisme The Star.

Blackout di kawasan sekolah di Sedim Kedah pada hari yang sama juga 10 minit. Semakin banyak laporan sama dibuat semakin ramai orang percaya. Ini strategi mereka.

Dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dari raja lawak dan kepala cauvanisme Cina, tiba-tiba muncul pula cerita hendak jadikan BN sebagai satu parti tunggal pelbagai kaum dengan membubarkan semua parti komponen.

Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

Nak test the ground pun bukanlah masa sekarang ini.

SUARA PEMBANGKANG SEKEJAP HALAL SEKEJAP HARAM

Kedua-dua suara cetak parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibiarkan dijual kepada umum walaupun untuk hanya pengedaran kepada ahli sejak sebelum PU 2008 tiba-tiba diharamkan setelah PRU13. Tindakan merampas jualannya telah dibuat.

Perkara ini lucu, pelek dan ajaib. Apakah ianya haram kerana sekarang KDN di bawah Zahid Hamidi dan halal kerana di bawah Hishamuddin Hussein sedangkan hukumannya memang haram. Atau ada pegawai-pegawai KDN yang pro pembangkang yang memejamkan mata atau kerana sukar untuk mengawal.

Penjelasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak terkejut apabila dihalalkan semula jualannya kepada umum. Rupa-rupanya ada undang-undang kerajaan yang boleh sekejap halal sekejap haram.

Tindakan ini meyakinkan rakyat terhadap kecacatan demokrasi kerana telah sekian lama mereka bebas membeli yang haram.

Isteri Jimmy Bakal Dipenjarakan?

Mahkamah tangguh perintah komital terhadap NursuhailaPermohonan Jimmy Shanley untuk mendapatkan perintah komital terhadap Nursuhaila Ellia Suhaimy bagi memenjarakan bekas isterinya itu atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania, 2, tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut laporan mStar, Hakim Syarie, Mawardi Che Mat telah memerintahkan Jimmy selaku pemohon untuk memasukkan afidavit sokongan daripada saksi sebelum mahkamah mendengar permohonan tersebut.

Ini kerana mahkamah mendapati terdapat pelanggaran pada tiga tempoh perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini namun ia perlu saksi bagi menyokong dakwaan yang difailkan pemohon.

Pada 7 Mei lalu, Jimmy dalam afidavit yang difailkannya mendakwa Nursuhaila ingkar dengan perintah dikeluarkan mahkamah pada 8 April lalu yang memutuskan dia diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.

Namun bekas isterinya gagal berbuat demikian pada empat tempoh tersebut iaitu pada 9 hingga 11 April, 16 hingga 18 April, 23 hingga 25 April dan 30 hingga 2 Mei lalu.

Mawardi turut meminta tarikh pertama iaitu 9 hingga 11 April dikeluarkan kerana Nursuhaila berada di luar negara bersama anak mereka ketika keputusan dibuat sehari sebelum itu.

"Mungkin ketika itu responden tidak mengetahui perintah mahkamah yang bakal dikeluarkan dan responden telah pun berada di luar negara. Jadi saya melihat tarikh tersebut tidak relevan dimasukkan dalam permohonan," jelasnya.

Mahkamah menangguhkan kes itu pada 25 Jun depan. -Tupai

Shahz Jaszle ditangkap khalwat

Isu khalwat: Shahrizal Jaszle dakwa diperangkapAktor dan model popular tempatan, Shahz Jaszle telah ditangkap khalwat di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), awal Khamis.

Dipetik dari laporan Bernama, aktor berusia 25 tahun yang telah bertunang pada Disember tahun lalu telah ditahan pada jam 3.30 pagi selepas pihak penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Walaubagaimanapun pasangannya yang ditahan itu dilaporkan bukan tunangnya, Redzwani Puteri.

Penahanan Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi dan pasangannya dilakukan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen bahawa mereka mempunyai ikatan muhrim.

Shahrizal Jaszle dakwa diperangkap

Setelah hampir dua minggu mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan, aktor Shahrizal Jaszle akhirnya tampil mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa perangkap berikutan ditangkap khalwat pada 16 Mei lalu.

Dipetik dari mStar, Shahrizal atau sebelum ini popular dengan nama Shah Jaszle memberitahu, dia bukan berada dalam keadaan berdua-duaan ketika waktu kejadian, sebaliknya terdapat lima orang yang lain apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan.

"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Cuma apa yang saya ingin katakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat saja kes mahkamah pada November depan," ujar aktor berusia 25 tahun ini.

Terdahulu JAIS menerusi satu kenyataan medianya telah mengesahkan penahanan aktor tersebut atas tuduhan khalwat di sebuah Apartment Taman Sri Subang pada pukul 3.30 pagi 16 Mei lalu.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, aktor yang mula dikenali menerusi drama "Asmara" berkata dia tidak berasa tergugat walaupun namanya kini sudah tercalar gara-gara kejadian itu.

Shahrizal turut memberitahu, dia telah mengumpul keluarganya dan keluarga tunangnya, Redzwani Puteri bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan. Selepas saya menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti satu perangkap," jelasnya lagi.

Shahrizal turut bersyukur kerana tunangnya yang berusia 25 tahun itu cukup memahami dan tidak cepat melatah selepas mendapat berita tentang kejadian tersebut.

Sementara itu, Shahrizal akui kejadian ditangkap khalwat merupakan satu pengajaran buatnya dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. -Tupai.com.my

Insiden Kekecohan Piala FA di Pahang

Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam ini apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.



Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium.

Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkn keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.

Orang kata... biasanya FAM akan hanya mengeluarkan tiket bersesuaian dengan kapasiti sesbuah stadium. Kapasiti bagi stadium Darul Makmur adalah 40ribu sahaja dan diberitakan kemasukan peminat kedua-dua pasukan menjangkau 60 ribu.. mengapa jadi begini agaknya?

Zam Hentam Najib Yang Berpura-pura?

Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.

Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.

Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.

Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.

"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.

"Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan."

Zainuddin berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin mahasiswa.

Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.

"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam," katanya. -MK

Siapa Bakal Setpol PM Mula Jadi Bualan?

Sebaik reda dengan perlantikan anggota kabinet selepas BN berjaya menggenggam kuasa mentadbir negara untuk tempoh lima tahun lagi, perbualan dalam UMNO kini tertumpu kepada perlantikan pegawai-pegawai kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri-menteri kabinet.

Yang paling menjadi tumpuan ialah jawatan Setiausaha Politik kerana jawatan tersebut dianggap berkait rapat dengan kejayaan atau kegagalan seseorang pemimpin, selain jawatan Setpol juga selalunya dianggap batu loncatan untuk mendaki tangga dalam hireaki UMNO dan kerajaan.

Diantara semua jawatan tersebut, jawatan Setpol PM yang paling banyak diperbual dan diperkatakan kerana dalam pilihanraya umum lalu, semua Setpolnya telah diberikan sijil "winnable candidate" oleh Najib dan seterusnya dijadikan calon pilihanraya. Malangnya semua mereka telah kalah di kawasan masing-masing.

Fatmi Che Salleh kalah di Kota Bharu, Sahlan Ismail kalah di Pokok Sena, Shafei Abdullah kalah di Wangsa Maju dan Suffian Awang pula kalah di Kuantan. Seorang lagi pegawai khas Najib, Latt Shahriman pula kalah di DUN Kubang Rotan, Kedah.

Lebih seminggu selepas mengangkat sumpah sebagai PM dan kabinet juga sudah dibentuk, Najib nampaknya masih belum mempunyai Setpol untuk membantu melicinkan tugas-tugasnya. Sementara difahamkan ramai yang memohon dan melobi jawatan tersebut, bekas-bekas Setpolnya yang kalah bertanding juga dikatakan sedang melobi untuk mengisi semula jawatan tersebut. Setelah kalah dan tidak mempunyai kerja, sebahagian bekas Setpol ini mahu kembali ke jawatan lama mereka dan ingin menjadi orang penting kepada PM semula.

Sejak bertahun-tahun lamanya, isu Setpol Najib ini paling banyak menjadi rungutan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana kebanyakan mereka dianggap tidak mesra rakyat, memilih kawan, bersikap eksklusif dan tidak seperti Setpol-Setpol PM sebelum ini yang rajin bercampul gaul serta bergelak ketawa dengan orang ramai.

Setpol Najib pula hanya muncul dalam majlis-majlis tertentu saja, bahkan sesetengahnya hanya kelihatan menampakkan wajah di majlis-majlis yang dihadiri Najib saja. Selebihnya mereka bergelumang entah ke mana.

Sikap dan perlakuan mereka itu dikaitkan bukan saja dengan kekalahan mereka bertanding di kawasan masing-masing tetapi juga dipercayai antara punca kemerosotan sokongan yang diterima oleh Najib dan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Sebaik kedengaran ada bekas Setpol ini yang sedang melobi untuk kembali menjadi orang penting Najib, rungutan mula kedengaran di pelbagai peringkat dalam UMNO iaitu pemimpin peringkat bahagian, ahli biasa, aktivis dan pencacai yang mengecam perbuatan itu. Mereka menyifatkan Setpol terbabit sebagai tamak, tidak sedar diri dan sebagainya. Sudah kalah bertanding, carilah kerja lain, demikian antara kata-kata yang sering kedengaran.

Terdapat juga di kalangan mereka yang secara terbuka memberi peringatan kepada Najib agar tidak menerima semula Setpol lamanya bekerja semula dengannya. Najib dituntut untuk melakukan pembaharuan dan transformasi dalam kepimpinannya dengan membentuk wajah baru di kalangan pegawai kanan dan kirinya kali ini.

Ada yang berhujah, disebalik Najib menjanjikan sekian banyak perubahan dan transformasi daripada dalam UMNO dan kerajaan sendiri, jika transformasi perlantikan Setpol ini pun masih terbelenggu dengan wajah-wajah lama yang kelam dan usang, bermakna perubahan dalam bentuk yang lain lebih sukar untuk dipercayai oleh rakyat.

Ada juga yang seakan mengugut Najib bahawa sekiranya seorang sahaja pun daripada bekas Setpolnya itu yang dilantik semula, mereka tidak mahu lagi menyokong kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Sementara pelbagai pihak mula melobi dan memohon jawatan tersebut, pelbagai cadangan juga turut muncul yang secara praktikalnya mahukan Najib lebih berhati-hati dalam perlantikan itu dan tidak memilih mereka yang rakus dan mementingkan diri, sebaliknya mengutamakan seorang yang mengutamakan parti, kerajaan dan PM sendiri sebagai majikan mereka.

Diharapkan Najib tidak lagi salah pilih kali ini.

Oleh Shahbudin Husin

Rakyat Tidak Bodoh, Tetapi Telah Ditipu?

Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikan harga barang secara senyap, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi serta Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tetap diteruskan.



“Inilah nasib rakyat Malaysia, tetapi mereka bukannya bodoh, mereka cuma ditipu,” kata aktivis blogger, Edy Noor Reduan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) tidak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

“Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat majoriti rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu dengan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Mereka dibantu ‘papan’ siaran televisyen yang sampai masuk ke setiap rumah dan dibantu oleh dana berpuluh bilion ringgit. Dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu,” ujarnya.

Beliau mendakwa lebih 60% pengundi sebenarnya memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51 peratus.

“Di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang,” jelasnya.

Menurut Edy Noor, para pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian, ketika penipuan sebenar ialah pengundian lebih dari sekali khususnya yang melibatkan 278,000 pengundi awal dan pos yang terdedah kepada manipulasi apabila telah hilang dakwat di jari.

“Ini diburukkan lagi dengan lambakkan kertas undi di akhir sesi pengiraan undi yang membolehkan BN menang tipis di banyak kerusi parlimen di saat-saat akhir,” terang beliau. -FMT

Timb Pengerusi SPR Disabotaj Petugas SPR Sendiri?

Penafian yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan mendakwa gambar kejadian ‘black out’ di satu pusat pengiraan undi merupakan satu lakonan akhirnya memakan diri.

ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail tampil mendedahkan bahawa gambar yang didakwa lakonan itu sebenar-benarnya berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari PAS. Ia bukan lakonan dan ramai saksi boleh tampil memberikan pengakuan mengenai kejadian tersebut. Pengakuan ini mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian lampu padam tersebut benar-benar berlaku dan bukannya lakonan dan ia terjadi di banyak tempat.

Soalnya, siapakah yang betul dan siapa pula yang berlakon? Bagaimana Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak mendapat gambaran dan maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut. Apakah pegawai-pegawai SPR yang membekalkan maklumat kepadanya memberikan maklumat yang salah dengan tujuan mahu menjatuhkan reputasinya atau sebagai suatu tindakan jahat bagi menyingkirkannya?

Bagaimana pula Datuk Wan Ahmad tidak kenal pakaian rasmi petuga SPR serta kotak yang dibekalkan sendiri oleh SPR dalam gambar tersebut? Mungkin keadaan terlalu gelap yang menyukarkan beliau mengenali petugasnya serta kotak bekas kiraan undi yang SPR miliki. Jika begitu, bagaimana perkiraan Datuk Wan Ahmad dengan keadaan petugas parti yang terpaksa bergelap dan berpanas untuk mengira undi pada hari itu. Boleh Datuk Wan Ahmad bayangkan? Apa alasan lain yang akan diberikan oleh Datuk Wan Ahmad dengan pengakuan itu?

Sepatutnya Datuk Wan Ahmad melihat permasalahan sebenar bahawa ada suatu usaha mensabotaj keputusan pilihanraya dengan memadamkan lampu pada bilik pengiraan undi supaya keputusannya akan berlainan daripada yang sepatutnya. Terlalu banyak strategi kotor yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi memastikan Pakatan Rakyat tumbang di banyak tempat.

Jika beginilah sikap Timbalan Pengerusi SPR, beliau telah mengecewakan jutaan pengundi pilihanraya. Kenyataan dan tingkah laku beliau jelas menggambarkan sikap beliau yang berat sebelah dalam mengadili pilihanraya. Beliau lupa bahawa yang menjadi petugas pilihanraya adalah sukarelawan yang terdiri dari pelbagai lapisan rakyat yang bijak serta tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya.

Seharusnya, demi menjaga maruah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar meletakkan jawatan mereka. Semakin banyak mereka pertahankan institusi tersebut, semakin banyak pendedahan yang dibongkarkan menunjukkan hilangnya wibawa mereka melaksanakan tanggungjawab ini.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tragedi media Melayu

Jika perkembangan media Melayu mutakhir ini diperhatikan, sifat-sifat kewarasan, keberkecualian dan kesusilaan sudah jelas tidak wujud.

Sentimen perkauman bagai menjadi kelumrahan media Melayu zaman sekarang, baik di kaca mata televisyen ataupun dalam media cetakan. Nyata trend yang sempit ini sedang diterajui oleh media-media kawalan Umno, khususnya Kumpulan Utusan Melayu.

Sejurus selepas pilihan raya umum ke-13, Utusan Malaysia dengan tidak segannya telah mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu?” melalui tajuk berita utama, manakala tabloid Kosmo! yang dimiliki kumpulan yang sama telah meluahkan muka depan yang tidak kurang provokatifnya, yakni, “Pengundi Cina bersikap talam dua muka

Seperti biasa, fitnah diterbit sebagai fakta dan tohmahan menjadi bahan ulasan para pengarang. Pengundi kaum Cina dipersalahkan atas kemerosotan keputusan pilihan raya Barisan Nasional, meskipun hujahnya tidak logik ― bagaimanakah mungkin golongan yang merangkumi lebih kurang satu suku populasi negara boleh memberikan 51 peratus undi popular (53 peratus di Semenanjung) kepada Pakatan Rakyat?

Jelas, kemenangan undi popular Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gabungan parti tersebut telah menerima sokongan yang padu daripada segenap masyarakat Malaysia ― namun hakikat ini langsung diabaikan oleh media kawalan Umno yang tidak ingin menerima kenyataan.

Agenda perkauman kemudian telah diteruskan dengan seruan Awang Selamat, iaitu suara hati lembaga pengarang Utusan, untuk memboikot syarikat penerbangan Air Asia ekoran kritikan seorang pegawai kanannya, Azran Osman-Rani, yang telah mencemuh akhbar Utusan kerana bersifat rasis.

Dan jika itu tidak mencukupi, Utusan kemudiannya menyiarkan kenyataan Perkasa yang menyelar Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”, serta “mengingatkan” Azran agar tidak sesekali “menyentuh” Utusan Malaysia kerana akhbar itu merupakan satu-satunya wadah yang mempertahankan hak orang Melayu di negara ini, seolah-olah segala kejayaan Azran adalah hasil daripada jasa-jasa akhbar tersebut.

Aduhai, malangnya nasib bangsa sehingga perisai perkauman terpaksa menjadi pelindung kepada umat Melayu. Agaknya, tanpa “perlindungan” daripada wira-wira bangsa seperti Utusan dan Perkasa, tidak mungkin Melayu dapat berjaya atas usaha gigih sendiri ― inilah sebenarnya sikap yang memperlekehkan dan merendahkan martabat bangsa!

Keadaan ini bukan sahaja sangat mendukacitakan, tetapi amat memalukan, khususnya apabila Utusan Malaysia pernah pada suatu ketika dahulu menjadi tonggak dan peneraju kepada suara masyarakat Melayu yang bebas.

Mungkin ramai yang telah lupa peristiwa tahun 1961 apabila pekerja-pekerja Utusan, termasuk tokoh kewartawanan seperti Said Zahari (yang ketika itu Ketua Pengarang), Usman Awang (kini Sasterawan Negara), serta barisan penulis dan wartawan seperti Abu Zaki Fadzil, Awam-il Sarkam, Salleh Yusof, Tajuddin Kahar, Zailani Sulaiman, Rosdin Yaakub dan lain-lain telah melancarkan kempen mogok.

Tujuan mogok tersebut adalah untuk membantah pengambilalihan Utusan oleh Umno yang tidak senang dengan sikap akhbar itu yang kritikal terhadap pemerintah dan pro kepada masyarakat terbanyak.

Akhirnya, 50 tahun kemudian, kekhuatiran Said Zahari, Usman Awang dan para pekerja Utusan pada zaman 60-an yang mahukan Utusan kekal bebas daripada campur tangan politik, sudah pun menjadi kenyataan. Malah, Said Zahari dan Usman Awang tidak mungkin dapat bayangkan betapa corotnya kualiti kewartawanan akhbar yang pernah menjadi perjuangan mereka.

Akibatnya, Utusan sudah hilang wibawa di mata orang Melayu, khasnya golongan kelas menengah seperti Azran yang sudah lelah dengan politik perkauman dan fitnah. Jika tidak kerana langganan kerajaan melalui jabatan-jabatan, agensi-agensi dan anak-anak syarikatnya, Utusan tidak mungkin mampu bernyawa, apatah lagi apabila ia seringkali didapati bersalah oleh mahkamah dan dipaksa untuk membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsa fitnahnya (Lim Guan Eng dua kali, Karpal Singh, Khalid Samad, Azan Ismail sebagai contoh-contoh yang terbaru).

Hakikatnya, Utusan yang dahulu menjuarai suara masyarakat terbanyak sudah menjadi alat politik parti konservatif kanan yang ketandusan ilham dan gagal merangkumi gagasan politik baru yang berteraskan idea. Yang paling malangnya, “usaha-usaha murni” Utusan serta puak-puak haluan kanan ini sebenarnya tidak memajukan, malah memperbodohkan bangsa sendiri.

Pada saya, keadaan Utusan Malaysia pada hari ini adalah tragedi yang sangat besar kepada warisan akhbar Melayu. Jalan keluar daripada kemelut ini hanya satu ― media massa di negara kita harus dibebaskan.

Pengalaman di negara-negara lain yang telah beralih daripada media terkongkong kepada media yang bebas telah menunjukkan bahawa akhbar-akhbar yang berpendirian sempit dan berhaluan ekstrim seperti Utusan Malaysia tidak dapat bersaing dan akhirnya akan berhadapan dengan dua pilihan: tukar pendirian atau tutup kedai. Yang berjaya adalah mereka yang mampu memenuhi kehendak pasaran untuk kewartawanan yang lebih objektif.

Jika warisan akhbar Melayu hendak diselamatkan dan kewibawaan dikembalikan, jalannya adalah melalui pembebasan media.

Oleh Zairil Khir Johari
* Ini adalah pandangan peribadi penulis

Integriti Pakatan dan masa depannya

Pilihan raya umum yang lalu menyerlahkan kehadiran pengundi muda, sekitar 40%, di mana mereka kelihatan mereka hampir mendominasi aliran pengundian, terutama di kawasan bandar dan separuh bandar. Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh penganalisis.

Kebanyakan tempat mengundi di saluran 6 dan 7 (pengundi muda) di bandar dan semi bandar itu kelihatan berbaris panjang, ada yang berbaris lebih dua jam untuk mengundi, termasuk cucu saya yang pertama kali mengundi.

Saya mendapat SMS dan telefon dari ramai sahabat pada hari mengundi, mengatakan begitu ramai anak muda balik mengundi. Di Kelantan saja, kata mereka, ribuan anak muda pulang mengundi, demikian juga di negeri lain.

Sementara itu, ratusan ribu warga Malaysia yang bekerja d Singapura pulang mengundi menyebabkan kesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah dua hari lamanya kerana pengundi yang pulang, bukan saja untuk mengundi di sekitar negeri Johor, bahkan ke negeri lain.

Apakah mesej semuanya ini?

Jika kita menilai] secara objektif, tentu sekali mesejnya ialah kebangkitan pengundi muda dalam PRU kali ini yang aliran pengundian mereka membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu. Oleh itu, apa yang penting, malah amat penting, difikirkan oleh pendukung PAS, PKR dan DAP ialah menerima hakikat bahawa golongan muda menjadi faktor amat penting dalam warna dan watak politik masa depan negara.

Sebarang pemikiran yang menafikan peranan penting golongan muda ini akan menyebabkan semua parti politik dalam Pakatan akan menghadapi masalah besar dan mengalami jalan sukar untuk menghadapi PRU akan datang.

Oleh itu kepimpinan Pakatan Rakyat yang lama dan baru mestilah mengambil kira sentuhan golongan muda ini, justeru golongan muda adalah masa depan politik Malaysia.

Dalam hal ini, betapapun teguh dan murninya konsep dan falsafah perjuangan sesebuah parti dalam Pakatan dan betapapun lama usianya, tetapi ia banyak bergantung kepada suasana persekitaran dan mood rakyat. Jika semua parti dalam Pakatan menyedari hakikat suasana terkini dalam masyarakat, maka hayat Pakatan Rakyat akan panjang dan mampu memenangi hati nurani rakyat.

Antara lain, tentunya Pakatan Rakyat perlu dilihat bersama aspirasi golongan muda. Jika Pakatan Rakyat dilihat terpisah dengan masyarakat masa kini, khususnya golongan muda, betapapun luhur perjuangannya, nescaya golongan muda akan menjauhi mereka dan ini sangat bahaya kepada nasib masa depan Pakatan.

Oleh itu, pemimpin Pakatan – baik PAS, PKR dan DAP, yang seda ada sekarang dan akan dipilih dalam pemilihan parti masing-masing akan datang amat perlu menghayati perkembangan ini, bahawa mereka perlu diterima oleh golongan muda. Di samping itu, ia mestilah dilihat mempunyai integriti dan keupayaan memimpin negara.

Kini, pemimpin Pakatan tidak boleh lagi sekedar berfikir sekitar lingkungan parti masing-masing saja, betapapun unggulnya sesebuah parti itu dengan perjuangannya, tetapi ia mesti berfikir secara kolektif sebagai pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat. Sikap ini tidak semestinya mengurangkan ‘nilai kesayangan’ pendukung untuk mempertahankan parti masing-masing.

Semuanya mesti mempunyai sikap di mana susah dan senang bersama Pakatan, mendaki dan menurun bukit bersama Pakatan, bertanding dalam PRU akan datang dengan sikap melaksanakan tahalluf-siasasi yang sebenar-benarnya.

Sementara itu, dengan kejayaan Pakatan Selangor yang menang majoriti dua pertiga, di mana PAS menjadi peneraju utamanya telah tampil menjadi role model politik Malaysia. Ini kerana demografi negeri itu demikan rupa, negeri pelbagai kaum dan agama terbesar di Malaysia, terkaya dan ternama pula.

Namun dengan kepimpinannya yang dilihat releven dan berintegriti, ditambah dengan gerak kerja yang padu, strategi yang tepat, calon yang berwibawa, menyebabkan keajayaan PAS Selangor sangat mengejutkan semua pihak.

Bagaimanapun prestasi PAS Terengganu yang mendapat kejayaan dalam PRU kali ini, di mana hanya kekurangan dua kerusi untuk memerintah negeri, menunjukkan kejayaannya mempunyai erti yang besar. Ia masih mampu untuk bangun kembali setelah kalah dalam dua PRU yang lalu.

Tentunya ini menampakkan keazaman dan gerak kerja serta istiqamah pendukungnya kepada perjuangan PAS. Allah telah mengurniakan kemenangan ini. Semoga dalam PRU akan datang, PAS/Pakatan Rakyat akan dapat menawan kembali negeri Terengganu.

Ini pengajaran yang baik bagi negeri atau kawasan yang kalah, di mana kekalahan bukan end-road kepada perjuangan ini. PAS/Pakatan Kedah yang kalah teruk kali ini, Insya-Allah boleh bangun kembali dengan melakukan pembaikan dan mengatur strategi yang tepat, memahami kedudukan dan kekuatan musuh untuk mengatur kekuatan mengalahkan mereka dalam PRU akan datang. Dunia belum lagi kiamat.

Sementara itu, seperti saya sebutkan di atas, bahawa sokongan generasi muda kepada PAS/Pakatan amat penting. Oleh itu, tentu sangat wajar pihak PAS semua peringkat mengkaji kedudukan kemasukan ahli baru PAS.

Memang sangat dialu-alukan kemasukan ramai para tokoh ternama pelbagai lapangan hidup – bekas pegawai tentera, pegawai awam kerajaan, ahli korporat, ahli sukan, malah para artis dan lain-lain.

Tetapi dalam masa yang sama juga PAS mestilah berusaha mendapatkan ahli baru, khususnya golongan muda. Kekuatan masa depan PAS sangat bergantung kepada generasi muda ini, justeru mereka adalah masa depan politik negara ini. Mereka boleh berganding bahu dengan generasi lama dalam PAS yang amat setia, untuk melaksanakan gerak kerja bagi mencapai kemenangan di masa depan.

Oleh Abdul Syukur Harun

PRU-13 : Lagi dakwaan penipuan kes undi awal

PKR hari ini mendedahkan dua laporan polis berhubung dakwaan penipuan yang berlaku semasa proses pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli berkata, salah satu laporan berkenaan adalah mengenai kejadian di Melaka, berhubung tindakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa mengira kertas undi sebelum masa yang ditetapkan.

Laporan kedua adalah berhubung kejadian peti undi yang didakwa lewat tiba di satu pusat pengiraan undi di Gerik, Perak sehingga menyebakn kiraan undi tersebut ditolak.

"Wujud perkara yang meragukan dalam undi awal apabila tidak sampai 8 peratus pun dalam kebanyakan keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepada Pakatan.

"Jadi dalam keadaan kita ada 250,000 undi awal, hari ini kita tampilkan perkara yang meragukan seperti ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Dalam kejadian di Melaka itu, ejen pusat mengundi PKR Abu Hussin Tamby mendakwa melihat antara tujuh hingga lapan orang individu yang memakai baju seragam SPR sedang mengira kertas undi di satu lokap polis.

Dakwanya, peti undi bagi pengundian awal tersebut dibawa dari pusat pengundian awal di balai polis Lubok China ke lokap di ibu pejabat polis daerah Alor Gajah pada 30 April lalu.

Sedangkan, peraturan SPR menetapkan agar kertas undi awal tersebut dikira dan peti undi tersebut dimaterai di tempat pengundian awal lagi, katanya dalam laporan polis bertarikh 2 Mei.

"Selepas selesai mengiringi untuk menyimpan peti undi awal di dalam lokap saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas-kertas undi," kata Abu Hussin, 42 dalam laporannya.

Dalam kejadian di Gerik, Perak pula, ejen tempat mengundi parti tersebut Shairi Md Tajuddin dalam laporannya mendakwa karung undi awal dari satu pusat pengundian di Pengkalan Hulu tidak sampai ke tempat pengiraan undi dalam masa yang ditetapkan pada hari pengundian 5 Mei.

Beliau menyalahkan SPR atas kelewatan perkara berkenaan, yang didakwa menyebabkan undi awal berkenaan ditolak, kata Shairi, 48, dalam laporan bertarikh 15 Mei itu.

“Saya beranggapan ini adalah salah laku yang disengajakan oleh pihak SPR bagi tujuan penyelewengan undi bagi memberi kemenangan kepada Umno/BN di parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu,” katanya dalam laporan tersebut. -MK

Tuesday, May 28, 2013

Rafizi Dedahkan Laporan Polis Kes Lampu Padam

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan satu laporan polis bagi membuktikan dakwaan bahawa kejadian lampu padam turut berlaku di satu pusat pengundian di Kedah pada 5 Mei lalu.

Rafizi berkata laporan polis itu menunjukkan bahawa kejadian lampu padam itu berlaku di Sedim, Kedah ketika pengiraan sedang berjalan – dan berlangsung selama 15 minit.

Pusat pengundian itu terletak dalam kawasan parlimen Kulim Bandar Baru.

Ia merupakan kes yang kedua selepas PAS menimbulkan dakwaan berhubung kes serupa yang didakwa berlaku di kawasan DUN Seri Serdang.

Laporan itu dibuat oleh seorang ejen pusat pengudian PKR yang bertugas di sebuah sekolah di Sedim.

Ejen parti berkenaan mendakwa kes lampu padam itu hanya berlaku di sekolah berkenaan dan tidak melibatkan kawasan sekitar. -mk


SPR keluarkan borang 10A,.sahkan kewujudan pengundi hantu

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah.mengesahkan kewujudan pengundi hantu.

Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.

Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi.

Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.

"Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab. Pertama pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tidak ada kesan dakwat kekal. Kedua pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal," kata Rafizi.

"Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya. Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan.

"Ini yang dikenakan kepada Lim menyebabkannya hilang hak mengundi," kata Rafizi.

Tambahnya, jika Lim telah mengundi dan tiada kesan calit di jari, bermakna peraturan SPR berkaitan dakwat kekal adalah penipuan.

"Hari ini kita tuntut SPR jelaskan. Jika tiada masalah pengundi hantu, kenapa masih ada borang 10 A yang dikeluarkan?

"Kita minta (SPR) sahkan, berapa banyak borang 10A yang dikeluarkan di seluruh negara," soal Rafizi.

Katanya, SPR ada lebih sepuluh sumber untuk melakukan siasatan, namun mereka tidak menggunakannya dengan baik, malah memperlekehkan aduan rakyat.

"SPR patut malu kerana kegagalan mereka menyelesaikan aduan rakyat berkaitan kegagalan sistem mereka," kata Rafizi.

Budak Sekolah Perempuan Isap Rokok?

Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Tabiat merokok di kalangan remaja perempuan antara lain disebabkan pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan.

Rosnah berkata langkah menghukum remaja yang merokok adalah kurang efektif dan hanya akan membuat mereka memberontak sebaliknya langkah penyelesaian yang terbaik adalah untuk mendidik dan menasihati mereka.

Budak Sekolah Perempuan Isap Rokok
Budak Sekolah Perempuan Isap Rokok
Budak Sekolah Perempuan Isap Rokok

-http://ceritaapakah.blogspot.com

Bongkar Kubur Untuk Mengganti Pakaian Mayat

Dengan banyaknya suku yang ada di Indonesia melahirkan banyak kebudayaan yang beraneka ragam dan unik. Toraja adalah salah satu suku yang mempunyai adat unik dalam menghormati leluhurnya. Suku Toraja mempunyai upacara peringatan kematian dengan bayaran termahal dan terunik di Indonesia. Upacara pengebumian di daerah yang terkenal dengan kopinya ini boleh mencapai ratusan juta rupiah. Cara pemakamannya pun cukup unik, dimana mayat di kubur di dinding bukit berbatu.

Di Kabupaten Toraja Utara, Sulawesi Selatan, setiap 3 tahun sekali masyarakat yang bermukim di sekitar pergunungan Sesean, menggelar prosesi adat menukar pakaian jasad leluhurnya yang disemayamkan di dalam peti tempat perkuburan patane. Prosesi adat ini disebut Ma’nene.

Ritual Ma’nene atau menukar pakaian mayat sebutan masyarakat Toraja, diawali dengan berkunjung ke lokasi perkuburan leluhur mereka yang dinamakan patane di Desa atau Lembang Paton, Kecamatan Sariale, yang jaraknya berkisar 28 kilometer dari Rantepao, ibu kota Kabupaten Toraja Utara. Di Patene, mayat moyang (leluhur) mereka yang telah berumur ratusan tahun tersimpan dalam keadaan utuh, kerana sebelumnya diberi bahan pengawet.

Perarakan Ma’nene dilakukan pihak keluarga dengan membersihkan mayat leluhur yang telah berusia ratusan tahun, dengan menggantikan pakaian lama yang digunakan. Lalu seluruh badan mayat dibersihkan dengan menggunakan kuwas. Setelah itu, jenazah tersebut kemudian dipakaikan dengan pakaian baru. Bagi mayat lelaki memakai jas lengkap dengan stelan tali leher hingga kaca mata.

Sebelum membuka pintu kuburan patane dan mengangkat peti mayat untuk di bersihkan, tetua adat dengan sebutan Ne ‘Tomina Lumba, terlebih dahulu membacakan doa dalam Bahasa Toraja kuno, memohon izin kepada leluhur agar masyarakat mendapat rahmat keberkatan setiap musim tanam hingga tuaian berlimpah.

























Tiada Pertandingan Dalam Umno Tahun Ini?

Semalam bekas seorang menteri Umno menelefon saya. Sudah lama bekas menteri ini tidak menghubungi saya. Sebelum ini kerap juga menghubungi saya dan kami bertemu di Bangsar untuk minum tea tarik dan sambil berbual fasal politik tanah air.

Kerana lama tidak menghubungi saya dia agak 'semen' sedikit. (Semen ialah malu-malu). Al maklumlah lama tidak bersembang. Satu masa saya pernah mengkritik teruk bekas menteri ini sehinggakan dia terasa hati dengan saya dan mengambil tindakan undang-undang. Saya bukan seorang yang apolegetik mengenai sesuatu kebenaran. Saya akan kata (kritik) sesiapa juga hatta kawan baik.

Saya melayan panggilan semalam semesranya untuk menghilangkan rasa semen itu. Itulah yang kita perlu lakukan bila seseorang yang telah lama tidak menghubungi kita. Cuba tunjukkan kita masih seperti dulu dan menerimanya seperti tidak ada apa-apa. Itulah cara untuk menghubungi semula ukhwah agama.

Mauduk dia menghubungi saya hanya satu hal saja, untuk mengetahui apakah berlaku perlawanan di dalam Umno. Dia mahu tahu apakah Muhyiddin Yassin akan cabar Najib Razak untuk jawatan Presiden Umno. Itu sahaja. Bagi orang politik seperti dia yang kini saya lihat banyak menjadi pemerhati dan menulis, perkara itu penting. Ia boleh dijadikan bahan tulisan.

Saya memberi pandangan mengikut apa yang sara fikirkan ke atas persoalan bekas menteri itu. Bagi saya Umno akan cuba elakkan berlaku perlawanan untuk jawatan penting dalam perhimpunan akhir tahun ini. Najib Razak akan berusaha untuk memastikan kedudukannya tidak dicabar. Dalam erti kata lain pendekatan kompromi untuk semua jawatan akan dilakukan.

Najib akan menjadikan 'kekalahan' Umno sebagai alasan untuk tidak bertanding di antara satu sama lain. Dan ahli Umno juga faham mengenai kedudukan Umno hari ini sebagai parti tunggak kepada BN. Walaupun Umno masih boleh berbangga dengan prestasinya tidak berubah, tetapi kubu kerajaanya semakin hari semakin menipis. Kekalautan di dalam Umno boleh menyebabkan kubu BN akan romboh dan UBN akan hilang kerajaan.

Kebangkitan dan kemarahan orang Cina kepada Umno juga menjadikan penyebab kenapa pertandingan tidak akan berlaku. Saya percaya orang Umno yang mengidam untuk memegang jawatan akan insaf dan mereka akan berpadu bagi mengukuhkan Umno.

"Oh you fikir tidak akan ada perebutan jawatan?" tanya bekas menteri itu sambil menyambung dengan bertanya macam mana dengan Mahathir Mohamad.

Saya menjawab Mahathir akan menghentikan sekejap kerja-kerja jahatnya menghasut orang akan membuat kacau dalam Umno, di sini untuk mencabar Najib. Apa yang dilakukan kepada Abdullah Ahmad Badawi dulu tidak akan dilakukan kepada Najib. Mahathir akan mengurangkan tuntutan peribadinya kali ini.

Mudah saja alasannya kenapa Mahathir akan mendiamkan diri, kerana hajatnya untuk meletakkan anaknya Mukriz sebagai Menteri Besar Kedah sudah pun tercapai. Mahathir juga akan berfikir masakan dia akan mendapat dua kejayaan dalam satu malam.

Hajat ini saya lihat cukup senang dicapai Mahathir. Mahathir tahu dia perlu rihat seketika untuk terus membuat kacau. Dia perlu membina anaknya menjadi MB Kedah dan menggunakan pengaruh MB Kedah untuk memperkuatkan kedudukan peribadinya bagi persiapan mencuba jawatan lebih tinggi dua tiga tahun mendatang.

Saya mengira Mukhriz tidak akan bertanding dan dia akan berpuas hati dengan jawatan MT yang akan diperolehi secara automatik selaku MB Kedah. Atau kalau pun dia bertanding tidak untuk jawatan Ketua Pemuda sebagai menebus kekalahannya ditangan Khairy Jamaluddin. Untuk jawatan Naib Presiden belum masa lagi, sudah pasti Mahathir menaihati anak jantanya itu tunggu tiga tahu akan datang. Umum sudah tahun enjen politik Mukhriz ialah Mahathir.

Tiga tahun akan datang (2016) sudah tentu Mukriz akan melonjak ke kerusi Naib Presiden dan jika menang dia akan terus mencuba ke jawatan timbalan presiden sebagai persiapan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kejayaan UBN dalam pilihan ke-14 kelak sangat menentukan nasib dan masa depan Mukhriz sama ada sempat menjadi TPM atau pun tidak. Dan ingat cita-cita akhir Mahathir ialah untuk melihat anaknya angkat sumpah sebagai perdana menteri.

Tampaknya bekas menteri berkenaan bersetuju dengan pandangan saya itu.

Bagaimana pun bila bercakap fasal pertandingan di dalam Umno, untuk jawatan Naib Presiden ia tidak dapat dielakkan. Kedudukan tiga naib presiden sekarang ini, Ahmad Zahid Hamidi, Shafei Afdal dan Hishamuddin Hussein tidak begitu selamat. Rasanya tidak ada kompromi untuk jawatan ini.

Bekas-bekas calon sebelum ini atau tokoh yang pernah mencuba seperti Khalid Nordin, Mustaspa Mohamed akan mencuba untuk menduduki salah satu dari kerusi nombor tiga itu. Ada pun bekas calon seperti Abdul Ghani Othman dan bekas calon yang dipaksa tarik diri untuk jawatan timbalan presiden, Ali Rustam tidak akan menawar diri untuk apa-apa jawatan ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya lalu.

Dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini sudah tentu orang seperti Muhyiddin akan menunjuk seseorang untuk menjadi calon popular dengan harapan kedudukan Zahid akan tersingkir. Zahid perlu menyedari perkara ini di mana kedudukannya buntuk kerusi Naib Presiden sangat bahaya berbanding dengan Hishamuddin dan Shafei Afdal. Hishamuddin dan Shafei Afdal bukan calon untuk timbalan presiden bagi mencabar Muhyiddin di masa akan datang.

Menyimpulkan persoalan bekas menteri itu saya menegaskan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Begitu juga untuk jawatan ketua pemuda. Dengan perlantikan Khairy sebagai menteri ia merupakan isyarat jelas dari Najib yang mahukan Khairy kekal sebagai ketua pemuda. Lagipun belum sampai sebulan menjadi menteri, Khairy sudah mula menunjukkan 'kebisaan'nya sebagai menteri belia dan suka.

Oleh Mohd Sayuti Omar

Gandingan Khalid-Zahid Rosakkan Demokrasi & Hak Asasi

Keangkuhan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak sampai sebulan memegang jawatan hanya akan merosakkan demokrasi dan hak asasi negara, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini.

Lim menyifatkan tindakan kuku besi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara (KPN), Khalid baru-baru ini selepas penahanan aktivis mahasisiwa Adam Adli Abdul Halim dan tiga lagi individu selepas itu sebagai cubaan membawa era pemerintahan autokratik ala "Mahathir".

"Terima kasih kepada Ahmad Zahid dan Khalid kerana mereka telah mengingatkan rakyat Malaysia tentang zaman buruk dibawah Mahathir dimana semua institusi dan badan dalam negara digunakan untuk satu objektif - melanggar semua hak demokratik dan asasi manusia rakyat Malaysia semata-mata untuk melindungi regim politik," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan semasa ucapannya pada satu program di Nusajaya hari ini.

"Gandingan KPN paling kuat 'berpolitik' dan Menteri Dalam Negeri paling kuat 'berpolitik' akan mengembangkan racun kepada demokrasi dan hak asasi manusia," tambah penasihat DAP itu lagi.

Menurut Lim lagi, kedua-dua individu paling berkuasa tersebut hanya sibuk "berpolitik" tetapi sehingga kini masih belum memberi komitmen dan kaedah untuk menangani masalah jenayah yang berleluasa.

"Sampai hari ini tidak ada satu pun kata keluar mengatakan polis akan membasmi jenayah walaupun rakyat Malaysia ketika masih bimbang dengan jenayah yang masih meluas," katanya.

Khamis lalu, pihak polis telah membuat tangkapan besar-besaran dimana tiga individu telah ditahan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan, mereka yang ditahan ialah Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim.

Walaubagaimanapun mereka dibebaskan keesokkan harinya selepas majistret Norashikin Sahat tidak membenarkan permohonan reman oleh pihak polis, namun Lim membidas Ahmad Zahid kerana cuba mencampuri urusan pihak berkuasa apabila berkata akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

"Ia hanya tidak masuk akal dan keterlaluan untuk Zahid mengatakan pihak polis akan membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh majistret Norashikin Sahat pada Jumaat lalu kerana menolak permohonan polis untuk reman tiga individu tersebut.

"Sejak bila Menteri Dalam Negeri mengambil alih kuasa dan tugas membuat keputusan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah - mengatasi kuasa Polis dan Jabatan Peguam Negara?" soal Lim ke atas tindakan Ahmad Zahid yang cuba mencampuri urusan pihak polis.

Lim kemudiaannya mengarahkan kritikan ke atas Khalid serta mengganggap penjelasan KPN baru tersebut yang mengatakan pihak polis menjalankan tugas tanpa memihak kepada mana-mana pihak sebagai tidak munasabah.

"Adakah Khalid benar-benar berfikir dakwaannya polis akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap semua pihak yang melanggar undang-undang, sama ada dari Umno atau BN atau kenamaan VVIP akan dipercayai oleh rakyat Malaysia?

"Jika ya, maka kepimpinan polis mengalami dua masalah iaitu jurang kredibiliti awam yang tenat serta mengalami sindrom penafian," tegas Lim lagi.

Pertikaian tercetus awal minggu lalu apabila Adam ditahan dibawah Akta Hasutan dan kemudiaannya disusuli dengan tangkapan tiga individu lagi dipercayai ditahan kerana pengelibatan mereka dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.

Mahasisiwa berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.

Ekoran tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan pengkritik tersebut, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh Barisan Nasional (BN) tidak pernah jujur dalam mahukan reformasi politik sebenar. -TMI

Boneka King Kong gergasi dipamerkan

MELBOURNE - Beberapa keping gambar yang menunjukkan boneka King Kong gergasi seberat 1.1 tan didedahkan oleh agensi berita AFP semalam.



Boneka itu yang diperbuat daripada besi, gentian lycra dan motor hidraulik akan digunakan dalam pementasan teater muzikal King Kong di Teater Regent di sini pada 15 Jun depan.

Ia dihasilkan oleh syarikat penerbitan studio dari Melbourne Barat, Global Creatures.

Boneka setinggi enam meter itu dikendalikan oleh satu pasukan pengendali yang dikenali sebagai para lelaki King Kong.

Ia turut menggunakan kabel elektronik sepanjang 30 meter.

Pembinaan boneka itu melibatkan kos berjuta-juta dolar dan melibatkan tempoh sehingga lima tahun untuk dihasilkan.

Latihan tentang penggunaan boneka tersebut juga melibatkan tempoh sehingga enam bulan.

Teater itu diarahkan oleh Daniel Kramer.

Antara pelakon utama teater itu ialah Esther Hannaford yang melakonkan watak Ann Darrow.

Ia merupakan teater yang paling mahal pernah diterbitkan di Australia.

Menteri Pelancongan dan Majlis Rasmi Victoria, Louise Asher berkata, pihak kerajaan negeri menyokong penerbitan teater itu kerana ia mempunyai nilai ekonomi.

Pementasan itu dijangka membawa pulangan ekonomi sebanyak A$45 juta (RM131.18 juta).

Filem King Kong buat kali pertama ditayangkan kepada orang ramai adalah pada tahun 1933 di Amerika Syarikat. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Operasi Selamatkan Ajibgor?

Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya. Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, (2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis- semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.

Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.

Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.

Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Ajib Gor mesti diselamatkan.

Yakni, Najib mesti dikekalkan sebagai presiden UMNO dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram.

Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.

Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi UMNO yang tidak baik. Memang benar, UMNO menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. UMNO berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan UMNO. Dalam PRU13 ini, UMNO mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang.

PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.

UMNO menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding UMNO.

Apa jadi? Ahli UMNO sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah UMNO hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya- maka UMNO mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu.

Orang UMNO mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk UMNO. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion. Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang.

Najib rasuah 7 juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95% penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu.

Itu dari sudut BR1M. jika UMNO hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi UMNO dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80% pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti UMNO.

DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10% atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu. Keputusan nya: UMNO=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.

Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia. Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal. -sakmongkol

Zahid Harus Bijak Bertindak, Ambil Iktibar Lampau

Kerajaan sudah dianggap bermain kasar dalam meredakan kemarahan rakyat terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Semalam tiga orang individu bertaraf pemimpin telah ditahan polis. Mereka ialah ahli PAS seumur hidup Tamrin Ghafar, ahli parlimen Batu, Tian Chua dan seorang peguam yang juga aktivis masyarakat Haris Ibrahim.

Mereka ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 sewaktu sedang makan tengah hari di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur. Katanya penahanan itu ekoran ucapan mereka di satu ceramah di Kuala Lumpur malam semalam. Penangkapan ini walaupun ia bukan kesenimbungan penahan pemimpin pelajar Adam Adli beberapa hari lepas dilokap polis di Jinjing, tetapi ia terarah ke arah itu. Persepsi rakyat akan menjurus kepada tindakan politik, bukan keselamatan negara.

Pihak kerajaan tidak boleh menafikan bahawa penahanan ketiga-tiga mereka sebagai kesenimbungan ke atas penahanan Adam Adli itu. Kebetulan pula penahanan mereka menerusi akta sama, Akta Hasutan 1948 ia menunjukkan mereka menghadapi masalah atau kesalahan yang sama.

Penahanan Adam Adli telah mendapat protes besar-besar dari golongan mahasiswa dan pelajar. Mereka berhimpun beberapa malam di hadapan lokap di Jinjing sambil membakar lilin sebagai menyatakan protes dan kebersamaan. Mereka menuntut agar Adam dibebaskan. Merujakan juga protes dan bantahan membela Adam itu bukan saja di sekitar Kuala Lumpur, kawasan yang mudah 'terbakar' dengan cucuhan api semangat, tetapi ia juga berlaku di bandar-bandar besar lain di seluruh negara.

Tian Chua sudah mesra lokap.
Penahanan Adam setelah beberapa jam atau beberapa hari Zahid Hamidi mengambil alih Kementerian Dalam Negeri, dilihat umum penahanan Adam itu sebagai tugas pertama Zahid dan tugas perdana Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara. Kebetulan dalam kenyataan sidang akhbar pertamanya sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid memberi isyarat beraninya dengan cuba menunjukkan giginya bertaring. Mungkin penahanan Adam Adli dan Tamrin, Tian Chua dan Haris Ibrahim untuk beliau membuktikan bahawa beliau sudah ada gigi taring yang mudah untuk mengoyak daging rakyat. Ialah sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kandati Zahid menolak penahanan mereka itu ada campur tangan beliau, dan beliau menegaskan sesekali tidak akan mencampuri urusan polis, (dalam apa juga urusan dan tindakan) dan kononnya polis ada kuasa dan hak, sesiapa pun tidak akan percaya. Soal integriti kerajaan yang ada hari ini bukan saja berkisar dalam pasukan polis tetapi seluruh aspek pentadbiran lain sudah diseluti dengan tanggapan ketidak-percayaan rakyat kerana sebab-sebab yang jelas.

Jadi Zahid tidak boleh menafikan begitu saja, bahawa penahanan itu bukan atas arahanya. Kalau pun tidak atas arahannya kerana penahanan itu tidak memerlukan tandatangan (kelulusan) beliau sebagai menteri tetapi beliau wajib mengetahuinya sebagai menteri.

Tamrin, Tian Chua adalah orang politik. Walaupun dari segi perundangan orang politik tidak mempunyai kekebalan tundang-undang tetapi tindakan ke atas orang politik sangat perlu berhati-hati dan mengambil kira segenap sudut kerana mereka ada pengikut dan pengaruh. Kesan dan ikibat penahanan itu perlu diperhatikan dari semua aspek. Atas kebiasaan dan keperluan itu Zahid tidak boleh menafikan beliau tidak terlibat dengan penahanan Tian Chua dan Tamrin Ghafar.

Pihak polis dan Zahid sudah mengkaji sejauh mana kesan dan akibat dari penahanan itu. Apakah ia boleh memborakkan keadaaan atau tidak? Yang penting bagi polis ialah untuk meredakan keadaan menjamin kententeraman negara bagi membolehkan kerajaan yang ada berfungsi dengan baik. Dalam bacaan polis kenyataan atau kata-kata mereka boleh menimbulkan kekacauan, maka mereka kena bertindak. Tidak salah. Soalnya apakah kekacauan itu sampai boleh melemahakan kerajaan? Menganggu pentadbiran Najib Razak? Menyebabkan kerajaan yang baru ditubuhkan tidak dapat berperanan. Ini yang perlu difikir dari tindakan-tindakan itu mungkin akan lebih ramai lagi selepas ini.

Apakah dengan tangkap Adam Adli, Tamrin, Tian Chua, Haris Ibrahim dan sesiapa lagi, kerajaan khasnya polis dan khasnya lagi Zahid boleh meredakaan situasi? Apakah mereka yakin keadaan akan pulih dan tahanan yang merupakan gertakan itu akan menakut-nakutkan mereka yang tidak berpuas hati?

Zahid yang diberikan beban baru oleh Najib menerusi KDN itu, mesti memikir sedalam-dalamnya mengenai perkembangan dan risiko ini. Mereka harus belajar dari peristiwa tahun 1998 dulu. Peristiwa ledakan reformasi membela Anwar yang dipecat dari Umno dan dipenjara harus dikaji sebaik mungkin. Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Bagi Zahid khususnya beliau harus berhati-hati menggunakan kuasa walaupun atas hendak berbudi dan berbakti kepada Najib. Kerana kalau silap percaturan budi dan jasa itu menyebabkan beliau akan dicemuhi oleh rakyat.

Tidak ada guna kita hanya dipuji dan ditepuk bahu dikatakan syabas oleh Perdana Menteri tetapi kita diludah dan ditonyen oleh rakyat. Ingat Zahid bukan selamanya kamu akan menjadi menteri?

Bagi mengekang arus reformasi dan gelombang benci kepada Mahathir, polis telah mengenakan berbagai sekatan, tahanan dan menahan beratus orang para demonstran. Tetapi sedikit pun tidak memberi bekas dan menakutkan mereka. Tekanan dan asakan polis bahkan memberi semangat dan makin menimbulkan kemarahan. Kecuali pendokong reformasi terawal seperti Zahid Hamidi sahaja yang belut dan berpaling tadah. Tetapi bagi mereka yang menuntut keadilan, kebenaran dan hak asasi ke atas Anwar Ibrahim yang berjuang penuh keikhlasan terus 'bermandi keringat dan bermandi darah dalam berdemonstran.

Sampai kini sesetengah mereka yang didakwa atas berbagai kesalahan kerana terlibat dalam demonstrasi reformasi masih belum selesai perbicaraan mereka. Apakah tindakan kejam polis di era Mahathir Mohamad itu berjaya meredakan keadaan? Jawabanya tidak. Bahkan keadaan terus merebak dan rakyat menjadi lebih bersemangat dan gila lagi. Pemulangan kepada 'jambatan tahi' asal beberapa pejuang demostrasi kebanyakan anak buah Zahid Hamidi dari rahang pemuda Umno tidak melumpuhkan gerakan reformasi. Ini boleh dilihat kepada pencapaian keputusan pilihan raya dari pihak pembangkang dalam pilihan raya tahun 1999, 2004, 2008 dan terbaru.

Apa jadi dengan gerakan itu? Akhirnya ia memaksa Mahathir berundur secara bermaruah, tetapi orang tahu penguduran Mahathir itu kerana tekanan arus dan gelombang refomasi. Sejarah negara akan mencatatkan Mahathir jatuh kerana 'kebangkitan' rakyat berterusan menentang dan menjuahnya. Ini kemaluan dan aib besar yang 'dibongohi' di belakang Mahathir.

Zahid san polis kalau mereka mahu memulakan tindakan ke atas kebangkitan rakyat yang memprotes keputusan pilihan raya ke-13 lalu kena berfikir banyak kali. Mereka kena mengkaji dan mengingati semula peristiwa tahun 1998 membawa ke tahun 2008. Jangan mengulangi perkara yang sama dan adalah tidak bijak kalau polis mengambil plan sama untuk mengatasi kemarahan rakyat yang berbeza sebabnya.

Saya sudah mengatakan jalan terbaik untuk meredakan kemarahan yang berlaku sekarang ini ialah kerajaan kena bersikap gentleman. Salah satu ialah bersemuka dengan pihak Pakatan Rakyat yang menjadi pelopor kepada keserabutan hari ini. SPR hendaklah berhadapan secara bersemuka dan perlu mendengar apa yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, mengenai bukti-bukti kesalahan yang dilakukan dalam pilihan raya lalu seperti mana ditutntut. Cara berlawan ialah dengan bersikap 'tasamuh' dan bukan menunjukkan keegoaan.

Bersikap degil menegak menang basah ia tidak akan ada kesudahan. SPR hanya sebuah badan yang mana ia tidak terlawan dengan suara rakyat yang banyak. Abdul Aziz Yusuf atau Wan Ahmad Wan Omar (kedua orang kuat SPR) hanya berani bercakap dalam stadio tetapi pengecut untuk bercakap dalam stadium. Selagi kamu bercakap di balik dinding dilindungi kekebalan undang-undang yang diberikan rakyat (Parlimen) kepada kamu, seribu kali benar pun rakyat tidak akan percaya.

Iya, sila tubik (tubik tu gak keluarlah), ke luar dan berdepan dengan rakyat. Buatlah apa saja majlis forum atau pun apa asalkan rakyat dapat penjelasan memuaskan. Jangan menggunakan kaedah 'bangau oh bangau' dalam soal ini di mana SPR akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran, manakala Jabatan Pendaftaran pula akan menyalahkan Jabatan Imigresin atau polis dan sebagainya.

Berbalik kepada penangkapan tiga individu tadi atas Akta Hasutan, kalau ia bermotif untuk meredakan keadaan ia tidak akan mencapai matlamatnya. Kerana yang akan menjadi jurubicara rakyat memprotes kebatilan dan menegakkan keadilan dan kebenaran bukan mereka bertiga sahaja. Tetapi ramai. Jumlahnya hari ini dari kontesk suara cukup membanggakan di pihak rakyat yang memprotes kerana ianya melehi 51%. 51% suara popular rakyat yang ditunjuk dalam pilihan raya lalu adalah suara memprotes. Suara 51% itu termasuklah Adam, Tamrin, Tian Chua dan Haris.

Rakyat boleh mendiamkan diri kalau SPR, Polis, atau perdana menteri sendiri menjelaskan atau pun memadamkan suara 51% ini. Bolehkah? Demi meredakan kebangkitan kemarahan hari ini, berusahalah memberi keyakinan secara berfakta kepada rakyat. Dan percayalah penahanan demi penahanan akan memburukkan keadaan.

Anak perompak atau pencuri akan terus menjalankan kerja merompak dan mencuri kalau mereka tidak diajar dengan kesedaran dan ilmu-ilmu baru untuk hidup berlandaskan kebenaran. Terbaik bagi pemerintah mana-mana negara di dunia ini ialah menyempitkan pintu penjara kalau pun ia tidak boleh diroboh langsung. Kelemahan kepada sesebuah kerajaan di mana-mana juga ianya akan ditilik kepada luas atau besar mana sesebuah penjara di sesebuah negara itu. Manakala untuk mengetahui pemimpin negara itu bijaksana atau tidak lihat kepada jumlah tahanan atau jumlah mereka yang berada di sebalik tirani itu.

-http://msomelayu.blogspot.com

Ustaz Azhar (UAI) Kahwin Lagi

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. -SH











Tamrin, Haris ditahan semula

Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.

NONE"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.

"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.

"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya. -MK

Sunday, May 26, 2013

BN Perak akan tumbang dalam masa 6 bulan?

KEMENANGAN BN di Perak dengan 31 kerusi Dun daripada 56 bukanlah kejayaan yang boleh dibanggakan, malah kemenangan itu cukup tidak selesa bagi Menteri Besar Perak, Dato’ Zambry Abdul Kadir.

BN cuma menang dengan kelebihan 3 kerusi Dun sahaja, sama seperti Pakatan Rakyat menang pada PRU12 lalu.

Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi manakala BN 28, sekarang terbalik, BN 31, Pakatan Rakyat 28. Hakikatnya cukup tidak menyenangkan bagi BN walaupun mustahil Adun BN “melompat” ke Pakatan Rakyat.

Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang “melompat” parti menjadi Adun bebas.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menawan Dun Changkat Jering, dan Jelapang tetapi gagal mengambil Dun Behrang.

Pilihan raya umum kali ini BN menang tipis di beberapa Dun, seperti Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).

Apa yang menjadi kebimbangan kerajaan BN Perak apabila baru-baru ini Pakatan Rakyat Perak bertekat untuk mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan yang dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Sekiranya kesemua petisyen tersebut, atau tiga daripada pitesyen itu berjaya, pastilah pilihan raya akan diadakan semula di kawasan berkenaan.

Memandangkan “mood” rakyat yang kian bergelora dengan slogan Pakatan Rakyat “Ini kali lah” pastinya BN cukup sengsara untuk memenangi semula Dun tersebut, sekali gus membolehkan Pakatan Rakyat menerajui semula negeri ini.

Inilah yang dinantinantikan oleh Pakatan Rakyat.

Mungkinkah kerajaan BN Perak kali ini cuma bertahan enam bulan sahaja? Segalanya ditentukan oleh Allah.

Jika diteliti pada pilihan raya umum kali ini terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Perkembangan yang berlaku menyaksikan berlakuknya pertambahan pengundi yang mendadak di Dun Manjoi dan Pasir Panjang dalam masa lima tahun ini.

Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah - purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.

Ini yang menjadi tanda-tanda bagaimana boleh peningkatan pengundi baru yang naik mendadak. Pada pilihan raya 2008, di Manjoi pertambahan pengundi hanya tujuh peratus sahaja, begitu juga di Pasir Panjang hanya lapan peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak 19.6 peratus.

Oleh demikian dengan pertambahan pengundi baru yang mendadak menimbulkan satu persoalan dan inilah yang menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.

Pada pilihan raya umum sebelum ini Dun Changkat Jong dimiliki oleh PAS, tetapi kali ini PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan di kawasan itu.

Jika dianalisis faktor kekalahan PAS di Dun berkenaan, antara punca kekalahan PAS di kerusi itu pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463. Calon PAS Anuar Sudin memperolehi 10,947, sementara calon BN Mohd Azhar Jamaludin mendapat 12,065. Calon PAS tewas dengan majoriti 1,718, berbanding 2008 lalu Anuar Sudin menang dengan majoriti 899.

Pada pilihan raya umum kali ini menyaksikan hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu memberi undi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin.

Inilah yang perlu dimuhasabah oleh PAS sekiranya mahu kembali menawan kerusi Dun ini pada PRU14 nanti.


~WARTA UTARA ONLINE