Monday, April 21, 2014

Tukar MB: Tiga nama dalam senarai teratas?

Selepas isu dua Menteri Besar BN bakal ditukar, dispekulasikan Mingguan Malaysia (Utusan) semalam, beberapa blog tampil membuat andaian negeri manakah yang akan berlaku pertukaran itu.

Dalam beberapa blog pro Umno, beberapa negeri disebut sebagai 'paling berisiko' untuk ditukar dengan menteri besar yang baru.

"Paling berisiko akan diganti ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berada dalam senarai atas pertukaran menteri besar sejak sebelum pilihan raya lalu.

"Selain itu, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Sabah juga mungkin berhadapan risiko digantikan berikutan masalah dalaman negeri yang tidak berkesudahan.

"Namun mungkin juga kejutan akan berlaku di utara Semenanjung Malaysia, Perlis," tulis blog mykmu.net yang buat telahan.

Isu pertukaran menteri besar diulas dalam satu tulisan Bisik-bisik Awang Selamat di akhbar Umno itu semalam.

Tanpa menamakan nama mana-mana menteri besar yang dimaksudkan, tulisan dalam akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti.

Umno kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, ketua menteri Umno turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.

Hadis Palsu Telaga Barahut : Ustaz Dr. Zulkifli Tunjuk Sumber Rujukan

Ini adalah hujah dan penjelasan yang Wardina cari-cari sangat hingga sanggup mengatakan "SAYA RISAU MASYARAKAT KITA DISOGOK DENGAN SUMBER CERITA TANPA RUJUKAN" tetapi tidak tahulah siapa yang di merujuk sampai berani sangat membangkitkan isu ini di media sosial, seolah-olah Ustaz Don menjadi seorang penyebar hadis palsu pulak. Dan di bawah hujah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri:


PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

*Baca sehingga tamat. Sebelum kesimpulan disertakan 7 qaul berkenaan tempat roh berada setelah keluar daripada jasad. Pendapat yg ditarjihkan Ibn Qayyim itu adalah pendapat yang diterima pakai.

a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT
1. HADIS
• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]

• Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]

2. ATHAR
• Saidina Ali RA berkata:
اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”

• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]

• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]

• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]

• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]

• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]

3. PANDANGAN ULAMA'

Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:

• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]

• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”
Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]

• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”

• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]

• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]

• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]

• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]

• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]

TARJIH
Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

*************
b) KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]

SUMBER KISAH INI
Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.

1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.

2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.

3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

ULASAN SAYA
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."

• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.

• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.

• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
[ADMIN]

DI MANA ROH SELEPAS KELUAR DARIPADA JASAD?

Antara pendapat ulama ialah:

Pertama: Jumhur ulama berpendapat ruh orang yang beriman berada dalam tembolok burung dalam syurga yang bebas berterbangan. Ini berdasarkan beberapa riwayat hadis, Antaranya, Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً
Maksudnya: “Semua ruh para syuhada’ berada dalam tembolok burung-burung hijau, mereka bebas berterbangan dalam syurga mengikut kemahuan kemudian bertenggek di pelita-pelita (قنديل), maka Tuhan mereka melihat dan memerhatikan mereka.”
Riwayat Muslim dalam sahihnya (3/1502) dan al-Tayalisi dalam Musnadnya (1/38)

Kedua: Sebahagian sahabat dan tabien berpendapat: Semua ruh orang yang beriman berada di sisi Allah dan mereka tidak membincangkan lebih daripada itu, mereka berhujahkan hadis riwayat Ibn Umar R.Anhuma daripada Nabi SAW:
الْأَرْوَاح عِنْد الله فِي السَّمَاء
Maksudnya: “Semua ruh berada di sisi Allah di langit.”
Riwayat Sa’id Bin Mansur dalam al-Sunan dan al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (314)

Ketiga: Sebahagian daripada sahabat dan tabien berpendapat bahawa semua ruh dihimpun di satu tempat di bumi, maka ruh orang yang beriman di simpan berhampiran Jabiyah, ruh orang kafir di telaga Barahut. Ada pendapat di Jordan dan ada pendapat di antara langit dan bumi. Mereka berhujahkan dengan dua hadis:

• Abdullah bin Amr R.Anhuma menyebut:
إن أَرْوَاح الْمـُؤمنِينَ تجمع بالْـجَابِيَة وأرواح الْكفَّار تجمع ببئر برهوت
Maksudnya: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dihimpunkan di Jabiyah dan semua ruh orang kafir dihimpunkan di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (7/283), al-Haithami dalam Mawarid al-Zam’an (1/187), al-Dailami dalam al-Firdaus (1/418) dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam kitab al-Ruh hlm (146)

• Daripada Ali berkata:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِبِئْرِ زَمْزَم، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارِ بِبِئْرِ بَرَهُوْتِ
Maksudnya: “Semua ruh orang yang beriman dihimpun di telaga zam zam dan semua ruh orang kafir dihimpun di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam al-Ruh hlm (146)

Keempat: Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ruh orang yang beriman dalam syurga dan ruh orang kafir dalam neraka. Mereka berhujah dengan hadis Ummu Mubassyir Binti al-Bara R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ نَسَمَةَ المُؤمنِ تَسَرَحُ في الجنَّةِ حَيثُ شاءَتْ، ونَسمةُ الكافِرِ في سِجِّينٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jiwa orang yang beriman bebas pergi mari dalam syurga mengikut kehendaknya, sedangkan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.”
Riwayat Ibn Majah (1449), al-Tabarani dalam al-Kabir (19/65), al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (2/329) dan al-Baihaqi (153) dengan sanad yang hasan

Kelima: Sebahagian ulama berpendapat bahawa ruh orang yang beriman berada di sebelah kanan nabi Adam dan ruh orang yang kafir berada di sebelah kirinya, mereka berhujahkan hadis Isra’ Mi’raj.

Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: “Sesungguhnya Ishaq bin Rahawaih berkata: “Di atas dasar inilah telah ijma’ ahli ilmu.”
Ibn Hazm berkata: “Inilah pendapat semua ahli ilmu.” Lihat al-Fasl fi al-Milali wa Ahwa' al-Nihali oleh Ibn Hazm (4/590).

Keenam: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dan kafir berada dalam kubur kecuali ruh para syuhada’, mereka dimasukkan ke dalam syurga.” Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn Hazm daripada kebanyakan ahli hadis.

Ketujuh: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya ruh orang yang beriman berada dalam Illiyyin dan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.” Inilah yang ditarjihkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang disebut oleh Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (325).

Berdasarkan kepada tujuh pendapat di atas, imam al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat bahawa ruh orang yang mati syahid dalam syurga dan bukan ruh orang lain. Pendapat seperti ini juga telah dipilih oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.

PENUTUP

Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.

Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.

Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.

___________________

NOTA KAKI

[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)

[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).

[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi

[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.

[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190

[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)

[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.

[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.

[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.

[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.

[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.

[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.

[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)

SPR : Kerusi Bkt Gelugor Ditentukan Khamis

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 pagi ini berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh.

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam kenyataan hari ini.

Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang, Michael Cornelius.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN, Teh Beng Yeam.

- Bernama

Tayar MH192 Terbakar, Pesawat Mendarat Cemas

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India yang terpaksa berpatah balik kerana berdepan masalah kerosakan gear selepas tayarnya terbakar selamat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.56 pagi tadi.

MAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 3.18 pagi tadi berkata, syarikat tersebut mengesahkan punca kerosakan adalah kerana tayar di bahagian kanan utama gear pendaratan pesawat terbakar semasa berlepas.

"Kawalan Udara Trafik Kuala Lumpur memberi amaran kepada kapten juruterbang selepas serpihan tayar ditemui di landasan.

"Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam. Atas dasar keselamatan, pesawat itu diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Berita mengenai MH192 berlegar-legar di udara mula tersebar luas di media sosial dan disahkan oleh MAS dalam satu kenyataan rasmi.

"Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 yang berlepas dari KLIA pada 10.09 malam ke Bangalore, India berpatah balik ke Kuala Lumpur.

"Pesawat itu mengalami masalah gear sebelah kanan tidak berfungsi dan dijangka melakukan pendapatan kecemasan kira-kira jam 2 pagi ini," kata MAS dalam kenyataan pertamanya.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan reaksi kelegaan berhubung insiden tersebut.

"Semua penumpang selamat, Alhamdullilah apa pun saya kini bersiap-siap untuk turun ke (KLIA)," katanya di akaun Twitter @HishammuddinH20.

Pesawat MH192 jenis B737-800 berlepas dari KLIA pada 10.09 malam dan sepatutnya mendarat di Bangalore kira-kira jam 11.32 malam pada hari sama.

MAS melakukan penjadualan semula penerbangan itu yang akan berlepas dari KLIA pada 3.30 petang ini dan dijangka sampai ke Bangalore pada jam 5 petang hari ini.

Pesawat MH192 kelihatan di KLIA apabila berjaya mendarat dengan selamat awal pagi tadi

selepas terpaksa berlegar-legar di ruang udara sebelum melakukan pendaratan kecemasan. Pesawat MH192 kelihatan di KLIA apabila berjaya mendarat dengan selamat awal pagi tadi selepas terpaksa berlegar-legar di ruang udara sebelum melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat MH192 membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal dan mereka kini ditempatkan di hotel berdekatan dengan KLIA. Kerosakan pesawat MAS bukan kali pertama dilaporkan sejak kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Semasa operasi mencari dan menyelamat MH370 sedang giat dilakukan, pada 24 Mac, pesawat MH066 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan terpaksa membuat lencongan ke Hong kong disebabkan masalah generator tidak berfungsi.

Tiga hari sebelum itu, pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu terlanggar sekumpulan burung ketika berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Selepas mendarat, pesawat itu diperiksa oleh jurutera bertugas dan didapati lampu pesawat itu pecah. -TMI

Rakyat tolak media utama, BN nak guna macai?

PENGERUSI Biro Publisiti dan Penerangan BN, Dato’ Ahmad Maslan berkata, parti itu bercadang mewujudkan unit tentera siber, ‘Blue Wave Army’ (BWA) dalam usaha melawan serangan daripada ‘Red Bean Army (RBA)’.

RBA adalah sebuah rangkaian siber yang tercetus daripada khayalan para pemimpin BN selepas kecewa kerana ditolak oleh majoriti pengundi Cina dalam PRU13 lalu.

Hakikatnya tidak wujud pun apa yang dikatakan RBA.

Menurut Ahmad, BWA akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Penubuhan unit seperti itu bukan baharu bagi Umno atau BN.

Pasca PRU12 di mana buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, parti pemerintah tua itu telah menubuhkan pelbagai unit siber pro BN dengan mendapat peruntukan besar menggunakan dana kerajaan.

PM Dato’ Seri Najib Razak sekurang-kurangnya sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan tentera sibernya untuk melancarkan serangan propaganda dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat sebelum PRU13 lalu. Sebahagian mereka dibekalkan dengan elaun dan gajet ICT. Walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pahlawan siber, penggiat alam maya lebih senang memanggil mereka sebagai macai.

Ribuan macai yang hanya menggunakan akaun Facebook atau Twitter hanya diberi imbuhan sekali-sekala. Manakala macai pada tahap yang lebih atas, biasanya pengendali laman web atau blog akan mendapat elaun tetap yang lumayan. Mereka dilatih untuk melakukan kerja jahat di bidang propaganda secara berkesan melalui kursus-kursus profesional.

Perkara ini didedahkan kepada saya oleh seorang bekas macai yang mungkin telah insaf daripada kegiatan songsang mereka suatu masa dahulu. Para macai yang bertebaran seluruh negara ini pula tidaklah berada di bawah satu kumpulan tetapi pelbagai kumpulan.

Saya sangat yakin bahawa dana yang digunakan untuk menyara para macai ini adalah daripada duit kerajaan. Maksudnya duit daripada poket rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan.

Pelik, takkanlah Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan Umno tidak tahu mengenai kegiatan macai mereka bekerja sepenuh masa di alam siber, tiba-tiba mengumumkan pula untuk menubuhkan BWA. Atau pengumuman itu bertujuan menagih dana daripada Najib supaya terus dapat membaham duit rakyat demi kepentingan para macai BN.

Dalam situasi media-media utama dalam negara dikongkong sepenuhnya oleh BN, sepatutnya mereka tidak perlu khuatir sebarang maklumat daripada pihak pembangkang. Malaysia menduduki tangga ke-147 dalam dunia dari aspek kebebasan akhbar. Apa nak dikhuatirkan apabila 100 peratus media elektronik bukan siber dalam negara adalah pengampu BN dan anti-Pakatan Rakyat?

Mutakhir ini BN terpaksa menerima hakikat bahawa media elektronik (radio dan televisyen) sudah tidak berupaya menjadi agen propaganda mereka yang berkesan. Perkembangan terbaru MH370 memberi pukulan maut terhadap integriti para pemimpin kerajaan Malaysia dalam penyampaian maklumat. Bayangkan kaji selidik oleh penyelidik profesional Merdeka Center terhadap rakyat Malaysia sendiri menunjukkan 54 peratus yakin kerajaan BN menyembunyikan maklumat mengenai kejadian sebenar kehilangan MH370, hanya 26 peratus yang percaya kerajaan bercakap benar.

Saban hari media-media utama negara menjalankan propaganda dengan baik sekali bagi menunjukkan bahawa kerajaan bertindak betul dan bercakap benar, walhal majoriti rakyat tidak mempercayainya sebaliknya menganggap kerajaan berbohong. Dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat ini banyak tersebar di alam siber.

Penyebar maklumat tak semestinya profesional tetapi apabila terdapat kalangan yang berjaya mengemukakan bukti meyakinkan bahawa kerajaan tidak bercakap benar maka maklumat itu dikongsi dengan pantas oleh para pemilik akaun alam siber.

Bukan sahaja isu MH370 tetapi pelbagai isu lain seperti Panda RM25 juta, kangkong, dakwaan salah laku Rosmah Mansor TPM Muhyiddin Yassin dan sebagainya tersebar dengan pantas di alam maya

Bilangan pengguna internet di Malaysia kini menghampiri 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012.

Menurut laporan Kementerian Kewangan kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.

Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan surat khabar dengan penggunaan internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Nah, masakan BN tidak ‘pening kepala’ kerana bencana yang paling besar bagi BN ialah apabila rakyat mendapat maklumat yang betul.

Cadangan BN untuk menggunakan atau lebih tepat lagi, membesarkan penggunaan macai tidak harus dipandang sepi oleh Pakatan kerana mereka boleh menyalahgunakan duit rakyat untuk menyediakan peruntukan ke arah itu.

Pahlawan maya penyokong Pakatan sudah terlalu ramai di alam siber. Mereka bekerja de ngan sukarela. Pihak berkenaan dalam Pakatan cuma perlu mantapkan dengan sentuhan dan pengemblengan, supaya gerak kerja mereka lebih berkesan maka insya-Allah, BWA ciptaan Ahmad Maslan akan lenyap macam MH370.

Oleh ZULKIFLI YAHAYA (DD)

PM terpalit 'salah guna' geran R&D RM100j?

PKR mendakwa terdapat campur tangan perdana menteri dalam pemberian geran penyelidikan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti) RM100 juta untuk sebuah projek komersial.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, campur tangan Datuk Seri Najib Razak itu membayangkan penganugerahannya tidak mengikuti prosedur, seperti dinyatakan.

Dakwanya, berdasarkan surat surat kelulusan dari Menteri Mosti Datuk Dr Ewon Ebin kepada sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui di Pahang, terang-terangan menunjukkan geran R&D diluluskan dengan arahan perdana menteri.

“Lebih dari itu, pemberian geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja,” katanya.

Rafizi berkata, amalan itu bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D bawah MOSTI bahawa ia harus diberikan bagi projek bawah RM2 juta dan bukan untuk projek komersial.

The Malay Mail Online semalam melaporkan Timbalan Menteri Mosti Datuk Abu Bakar Mohamad Diah sebagai berkata, kementerian tidak menguruskan secara langsung pemberian geran itu tetapi dibuat melalui jawatankuasa bebas.

Rafizi dalam sidang medianya hari ini turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberi pinjaman mudah kepada syarikat tersebut, dan bukannya geran.

"Stim sebagai satu produk bukan perkara baru. Sepatutnya, untuk projek komersial seperti ini, pembiayaan seharusnya diperolehi daripada bank, walaupun ia satu projek berkepentingan negara," katanya.

Dalam kenyatannyam, beliau turut mempersoalkan sekiranya firma lain dalam industri berkenaan juga layak mendapat geran sebesar itu.

“Jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersial seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?” soalnya.

'Mungkin tak perlu bayar balik'

Beliau juga berkata, oleh kerana RM100 diberikan dalam bentuk geran, maka syarikat itu mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan.

Katanyam beliau menunggu penjelasan Najib (kiri) dan Dr Ewon dan mendakwa mempunyai “dokumen-dokumen lain yang lebih lengkap”.

Syarikat swasta yang menerima geran itu sudah terlibat dengan perniagaan lebih sedekad lalu, menurut laman webnya.

Dinyatakan juga, syarikat itu mensasarkan menjadi syarikat bertaraf dunia dalam bidang kimia dan tenaga boleh diperbaharui.

Malaysiakini sudah menghubungi jurucakap syarikat di Pahang yang mengesahkan mereka sudah membina loji dandang di Terengganu dan ia hampir siap.

Nama syarikat itu tidak dinyatakan buat masa ini sementara menunggu jawapan daripada pengarahnya.

Rafizi berkata beliau tidak tahu sekiranya dana berkenaan sudah disalurkan, dan berjanji untuk membuat pendedahan selanjutnya dalam minggu ini.

"Buat masa ini, biarlah rakyat umum meneliti sama ada stim layak mendapat loji RM100 juta,” katanya.


-MK

Bantah GST Tetap Di Dataran Merdeka

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Dataran Merdeka kini dalam proses pengubahsuaian, himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan dijalankan, kata Mohamad Sabu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (kiri) dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bercakap kepada media di luar Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 April, 2014.

Timbalan presiden PAS itu berkata, himpunan pada 1 Mei itu akan tetap berlangsung di Dataran Merdeka namun tidak menganggu kawasan pengubahsuaian.

“Bahagian ubah suai, biar diubah suai. (Kita buat) di bahagian tak diubah suai. Bahagian kosong.

“Setakat ni begitulah,” katanya menjawab pertanyaan wartawan yang inginkan kepastian berhubung lokasi perhimpunan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengesahkan kerja naik taraf Dataran Merdeka hanya dapat disiapkan menjelang Jun tahun ini.

Katanya, projek naik taraf yang melibatkan bahagian padang bernilai RM3.8 juta, ditutup bagi proses penanaman semula rumput di kawasan itu.

Ahmad Phesal berkata, kerja naik taraf merangkumi 21 proses kerja termasuk sistem saliran air permukaan dan saliran bawah tanah, pemulihan dan penggiatan semula tanah atas, penanaman benih, pembinaan sistem pengairan automatik dan pembekalan sistem pelapik rumput.

Mohamad berkata hasil perbincangan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menunjukkan hasil yang positif dan mereka saling bertukar pandangan.

Katanya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan memulakan perarakan dari KLCC menuju ke Dataran Merdeka dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Perbincangan berjalan lancar dan insya-Allah kami daripada PR mengerahkan ahli dan para penyokong untuk bersama-sama dengan NGO yang menjadi penganjur kepada perhimpunan.

“Kita harap semua akhbar dan blog memberi hebahan tentang perhimpunan ini untuk kita menentang GST, rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan rakyat menanggung bebab akibat ketirisan sehingga kerajaaan terpaksa memperkenalkan GST untuk mencari dana atas kekurangan pendapatan mereka,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang.

Ketika ditanya, adakah apa-apa persiapan yang dilakukan pihak PR, Mohamad berkata: “Tiada persiapan apa-apa. Datang berkumpul, dengar ucapan dan bersurai.

Bulan lalu, jurucakap jawatankuasa penganjur perhimpunan bantah GST, S Arutchelvan dan beberapa pemimpin lain mengadakan rundingan bersama pihak polis.

Antara NGO yang akan turut sama memberi sokongan dalam perhimpunan ini adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa pertubuhan lain. -- TMI

Bomoh 1Malaysia Di Gua Tempurung, Mana JAKIM, Mana Jabatan Agama?

Selepas dikecam hebat ekoran kemunculan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’, Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual ‘menghalau puaka’ di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.

Kawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.

Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.

Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.

Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam.

Keadaan ini dilihat seolah-olah beliau mendapat ‘perlindungan khas’ pihak tertentu.

Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan

Memetik paparan blog Anak-anak Negeri Sembilan, Raja Bomoh berkenaan mendakwa kematian Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Katanya, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. - Selangorkini

Kenapa Polis tidak kawal orang ramai di majlis pengebumian Karpal?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam.



“Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang,” kata Lim dalam kenyataannya.

“Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasi punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai,” katanya.




Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu.

"Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tertapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh.

Lim turut memuji seramai 3,000 penunggang motosikal yang mengiringi keranda Karpal untuk pengebumian.



Katanya, penghormatan dari golongan berkenaan amat bermakna kepada Karpal kerana ia menunjukkan rakyat biasa menyanjungi MP tersebut. Menurut Lim, pengebumian tersebut “mungkin yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang” lapor Malaysiakini di SINI

Sunday, April 20, 2014

Obama tak jumpa Anwar bila lawat Malaysia

Tidak ada sebarang jadual pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila presiden Amerika Barack Obama melawat Malaysia pada 26 April depan.

Penasihat keselamatan negara Amerika, Susan Rice berkata, tiada sebarang perancangan seperti itu walaupun mungkin ada pertemuan dengan pegawai peringkat rendah, lapor AFP.

"Saya rasa presiden mungkin tidak ada pertemuan itu (dengan Anwar) - mungkin ada tugasan lain di peringkat lain," Susan dipetik sebagai berkata.

Lawatan Obama dibuat selepas lebih sebulan Anwar disabit oleh
Mahkamah Rayuan atas tuduhan liwat dan dihukum lima tahun penjara.

Anwar kini mendapat penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.

Beberapa tokoh terkemuka AS mengkritik kerajaan Malaysia apabila Anwar dibicarakan atas tuduhan liwat buat kali kedua pada 2010.

Bekas Naib Presiden Amerika, AL Gore dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz menyifatkannya sebagai tuduhan yang 'direka'.

Bagaimanapun, pentadbiran Obama nampaknya membisu berkaitan perkara itu dan lebih menumpukan kepada usaha mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Malaysia.

Lawatan Obama ke Malaysia akan menjadi yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh hampir setengah abad.

Semasa lawatan itu, Obama dijangka mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta menghadiri majlis makan malam negara.

Beliau juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin muda dari Asia Tenggara dan bertemu dengan wakil-wakil masyarakat sivil di Kuala Lumpur. -MK

Presiden FAM: 2 calon cabar Sultan Ahmad Shah

Penyandang presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bakal dicabar anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada kongres tahunan ke-50 FAM, 25 Mei ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan timbalan presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang naib presiden, selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Katanya lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan naib presiden iaitu Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Sudarsono Osman, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Datuk Astaman Abdul Aziz, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

"Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lepas, namun ada beberapa calon yang menarik diri di saat akhir atas beberapa faktor," kata Hamidin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-11 FAM bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Ia dipengerusikan Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Abdullah serta anggota gabungan FAM.

Senarai Penuh Calon Pada Kongres Tahunan FAM ke-50:

Presiden:

- Sultan Ahmad Shah (penyandang)
- Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (penyandang Timbalan Presiden)
- Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden PBNJ)

Timbalan Presiden:
- Datuk Seri Subahan Kamal (penyandang Naib Presiden)
- Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)
- Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)

Naib Presiden:
- Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)
- Datu Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)
- Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis)
- Datuk Astaman Abdul Aziz (Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur)
- Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan)
- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak)
- Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
- Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)

Ahli Jawatankuasa Eksekutif:

Lelaki:
- Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka)
- Datuk Osman Salleh (penyandang)
- Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah)
- Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak)
- Datuk S. Sivasundaram (penyandang)
- Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
- Datuk Abdul Halim Muazzam Datuk Ayob (Penolong Pengurus Bola Sepak Sukan Sea Myanmar 2013)
- Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang)
- Datuk Md Yunos Husin (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)
- Datuk Tajuddin Abdullah (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang)
- Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah)
- Marzuki Sulong (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)
- Datuk Ahmad Fuad Daud (Pengarah Sukan Felda)
- Azman Ibrahim (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan)
- Lt Kol Abdul Rani Abdul Rahim (penyandang)
- Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib (penyandang)
-Datuk Ahmad Shafie (Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia)
- Datuk Khaidir Buyong (Setiausaha Agung Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia)
- Mej Jen Datuk Mazelan Kasap (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)
- Isham Shaharudin dan Muhammad Yadzan Mohammad (Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Perak)
- Mohd Fahrizal Datuk Hassan (Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang)

Wanita:
- Roslina Idrus
- Normala Md Yusof
- Tengku Ellie Badariah Tunku Ahmad
- Prof Dr. Rajeswari Nadaraja
- Datin Malianah Ugau
- Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad
- Normala Rashid
- Siti Suhaila Mohd Johari
- Ee Hong

- Bernama

Papagomo Mahu Langkah Mayat Karpal Singh Dan Sokong Hudud?

Blogger kontroversi Papagomo telah turut serta dengan kumpulan pemimpin dan penyokong UMNO yang dungu dengan melontarkan komennya yang tidak sensitif terhadap kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, demikian theaintdaily.com melaporkan.

Beliau bukan sahaja menggunakan isu kematian Karpal untuk meneruskan agenda politiknya tetapi juga turut mengheret nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PAS di dalam bawaan kempennya itu.

Papagomo, yang nama sebenarnya ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris, pada akaun Twitter telah mengutuk Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan posting berikut: “Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”

Papagomo terus menuangkan minyak ke dalam api apabila beliau terus menyatakan bahawa kematian Karpal akan membuka jalan untuk PAS bagi melaksanakan undang-undang hudud dan ia tnetunya tanda kemenangan bagi parti Islam itu.

Beliau menulis di twitter lagi: “PAS kini sudah berlapang dada dengan kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”

Blogger tersebut yang menggunakan tweet @Papagomo telah mengkritik Anwar, "Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan Anwar Ibrahim pengamal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia hidup.”

Dia tidak berhenti setakat itu apabila dia mentweet lagi : "Mintak pihak @PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh. Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”

Beliau menambah lagi dengan menanya pemimpin-pemimpin PAS samada mereka telah melangkah mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat demikian, disamping menyoal apa mereka mereka takutkan.

Beliau juga menulis menyatakan di dalam tweetnya yang dia turut mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor tersebut.

Kematian Karpal telah mendedahkan kemunculan mengejutkan beberapa makhluk yang kejam, tidak sensitif dan amat jahat. Terdapat ramai juga yang bersuara sumbang yang dilihat telah muncul di celah-celah ruang politik Malaysia.

Ia bermula dengan kenyataan bekas naib presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang menghantar mesej berikut di Twitter: " Dlm keadaan kemelut Krjn PAS Klntn mau mlaksanakn hudud dgn bantuan UMNO, Allah tlh mmatikn Karpal yg mnjadi pnentang utama prlaksanaannya!​"

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mengakui bahawa kematian Karpal adalah kerugian yang besar kepada negara, namun dengan pantas menuduh Karpal sebagai seorang yang tidak menhormati Islam.

Ahli Parlimen Langkawi dari UMNO BN, Datuk Nawawi Ahmad, yang kini bos KTM, juga melemparkan penghinaan terhadap Karpal dengan menyiarkan gambar Karpal dengan mukanya yang cacat dan berlumuran darah ke atas satu keratan akhbar lama yang membawa tajuk "Langkah Mayat Kami Dulu" berhubung dengan pelaksanaan hudud.

Ini adalah orang-orang yang dikenali sebagai orang Islam yang tidak hanya telah memalukan agama Islam tetapi juga negara. Syukurlah, mereka ini hanyalah kelompok minoriti.

Terdapat juga ramai umat Islam yang lain yang telah bersuara yang menentang watak-watak tidak senonoh itu.

Friday, April 18, 2014

PAS nafi anjur majlis ‘Langkah Mayat Karpal Singh’

Pemuda PAS menafikan akan menganjurkan satu upacara "melangkah mayat Karpal Singh" sebagaimana yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Di saat kesedihan ramai pihak atas kematian Karpal dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi, SMS berhubung upacara yang dikatakan bakal dianjurkan sayap pemuda PAS itu tersebar.

Majlis ini dikatakan akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari tadi.

Upacara itu kononnya akan diketuai Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau menjemput pemuda dan ahli parti Islam yang berkelapangan menyertai majlis ini.

"Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan," tulis SMS itu.

Ia dikatakan ditulis oleh Suhaizan sedangkan Suhaizan kini berada di tanah suci Madinah untuk menunaikan umrah.

Ekoran itu, Setiausaha Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail dalam satu kenyataannya menafikan SMS itu daripada Suhaizan.

"Ia fitnah dan satu laporan polis akan diadakan dalam masa terdekat," kata Nasaie dalam kenyataannya hari ini.

Karpal, 73, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh dalam perjalanannya ke Pulau Pinang.

Sebelum ini, media melaporkan Karpal pernah berkata, "over my dead body" atau "langkah mayat saya dulu" sebelum wujudkan negara Islam.

Namun, Karpal pernah menjelaskan, kenyataan beliau itu diambil di luar konteks dan beliau hanya berkata, pelaksanaan undang-undang Islam khasnya hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sekular.

Kematian Karpal menyebabkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dari Barisan Nasional (BN) menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat saya dulu – Karpal Singh".

14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik

Gambar-Wanita-Sholehah-CantikWalaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci, sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.

Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.

Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja.

Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia
9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya.
Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya.
Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil
14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

sumber: www.sentiasapanas.com

Kesan kematian Karpal kepada landskap politik Malaysia

Kematian ahli politik veteran pembangkang Karpal Singh Ram Singh hari ini mengosongkan ruang yang luas dalam landskap politik negara.

Pengerusi nasional DAP merangkap ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, itu terbunuh dalam kemalangan di KM301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Turut merasakan kekosongan adalah masyarakat guaman yang nampaknya semakin hari semakin ketandusan pengamal yang gigih, berkaliber dan kontroversial seperti Karpal.

Sejarah akan menilai dan memberi kata putus yang sama kontroversial dengan tindak-tanduk beliau yang secara mutakhir ini dan terang-terangan mencampuradukkan kerjaya guaman dengan politik.

Walaupun beliau seorang peguam jenayah yang hebat – yang berjaya menyelamatkan ramai penjenayah berat daripada tali gantung – namun umum akan mengingati beliau sebagai peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama pada 1998.

Karpal berubah daripada menjadi musuh ketat Anwar ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan kepada pembela dan pengikut sehinggalah ke penghujung hayatnya.

Dalam perhubungan simbiotik dengan Anwar itu, mendiang Karpal memanifestasikan secara jelas dan mutakhir bahawa tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Yang kekal adalah kepentingan bersama. Walaupun jawatan pengerusi nasional adalah jawatan “figurehead” dalam DAP, tetapi kerana perwatakan beliau dan hakikat beliau bukan Cina memberikan beliau kuasa dan kedudukan yang istimewa.

Dalam hierarki DAP, jawatan yang berkuasa adalah setiausaha agung yang disandang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Karpal juga akan dikenang sebagai pemimpin pembangkang yang paling kuat menentang hukum hudud yang diilhamkan oleh PAS.

Sebelum DAP dan PAS bersekedudukan dalam Pakatan Rakyat, Karpal pernah berkata PAS perlu melangkah mayatnya dulu sebelum boleh melaksanakan hudud.

Beliau meninggal di saat-saat PAS, melalui kerajaan PAS Kelantan, sedang menghidupkan semula aspirasi hudud dan khabarnya akan mendapat sokongan Umno.

– kadirjasin.blogspot.com

TPM: BN akan nyata pendirian isu hudud



BN akan membuat pendirian jelas mengenai usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) apabila tiba waktu yang sesuai, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Pulau Pinang di Georgetown hari ini, beliau berkata BN akan terlebih dahulu meneliti bentuk usul hukum Hudud yang akan dikemukakan PAS agar tidak bercanggah dengan hukum Islam.

"Pada prinsipnya sebagai orang Islam saya fikir kita harus bersama-sama dalam soal ini...bila ia berkaitan dengan hukum tentang apa yang telah dimaktubkan dalam agama kita, kita seharusnya menerima itu.

"Sebagai seorang Islam adalah satu perkara yang tidak betul kalau kita menolaknya...cuma kita belum tahu apakah bentuk usul yang nak dikemukakan itu. Jadi apabila sampai nanti BN akan meneliti cadangan itu secara semasak-masaknya dan mungkin tiba satu peringkat kita akan umumkan pendirian kita," katanya.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Muhyiddin berkata BN perlu mengetahui proses dan prosedur serta bentuk usul yang akan dikemukakan itu sama ada cara Hudud Kelantan yang ingin dilaksanakan itu selaras dengan hukum Hudud Islam yang sebenarnya.

"Jadi bila sampai waktu nak disampaikan di Parlimen nanti kita dalam BN walaupun ada Umno dan bukan Umno, ada Islam ada bukan Islam...kita akan bincang dan kaji (perkara itu)," katanya.

Ditanya mengenai pelantikan semula Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang, Muhyiddin berkata pelantikan semula Teng diterima baik memandangkan beliau mempunyai pengalaman dalam usaha menyatu dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti komponen BN.

Beliau berkata apa yang penting sekarang adalah usaha BN Pulau Pinang dalam merangka langkah-langkah strategik bersama-sama pemimpin parti komponen untuk menebus kekalahan di Pulau Pinang.

"Itu satu cabaran besar kepada beliau (Teng) dan rakan-rakan lain, tapi jika ada kesungguhan dan kerjasama serta semangat perpaduan yang kukuh, saya yakin hal itu boleh dilaksanakan," katanya.

- Bernama

MP Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh

Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.



Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

"Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.


Selain itu, Nawawi yang juga ahli Umno turut menulis
tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

Tulisan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

"Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi.

Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, umat Islam perlu memikirkan sebab mengapa seseorang bukan Islam menolak sesuatu berkaitan Islam.

"Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam.

"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya," kata Mohd Asri.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. -TMI

Adun Paloh cedera, isteri maut dalam kemalangan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di Ipoh hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu Nozula.

Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.

"Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu sendiri oleh Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma.

Pihaknya akan memastikan mangsa stabil sebelum mengambil maklumat lanjut kejadian, katanya. – Bernama

Zulkifli Noordin Dihentam Kerana Politikkan Kematian Karpal Singh

“ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.

Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli, @zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu.

Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”

Selaran Khairy itu dilihat memberi tamparan hebat kepada Zulkifli apabila ramai pengikut (Follower) turut meninggalkan komen yang sama di Twitter beliau.





Awal pagi tadi, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya apabila bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.

Dalam nahas tersebut, seorang wanita warga Indonesia juga turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Gadis Mengaku Di Upah RM20 Lakukan Hubungan Seks

Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.

Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.

Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah.

Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripadmenyelamatkan anak perempuannya.Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.

Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.

“Saya mahu bertanya mengapa dia terlibat dengan dadah. Saya telah banyak kali memberitahu dia supaya tidak bercampur dengan budak jahat,” katanya semalam sambil mengakui yang dia tidak boleh tidur sejak insiden tersebut berlaku.

“Saya tidak percaya yang perkara ini sedang berlaku. Saya masih trauma.”

“Anak perempuan saya berkata bahawa dia terlibat dengan dadah dan menerima RM20 setiap kali dia mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya, yang juga membawa dia ke hotel,” tambahnya

“Hati saya hancur ketika saya melihat anak perempuan saya selain berasa malu apabila diberitahu jiran bahawa dia adalah seorang daripada remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di kawasan tersebut.”

Bapa remaja tersebut berkata bahawa insiden 26 Julai itu adalah kali ketiga anaknya lari dari rumah.

Bapa kepada empat orang anak yang berumur 46 tahun itu memberitahu, anak perempuannya sering mendapat keputusan cemerlang sehinggalah dia mula bercampur dengan rakan yang ‘tidak baik’ selepas peperiksaan UPSR.

Usahawan tersebut berkata, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan “anak kesayangannya’ itu.

Mengimbas kembali insiden melibatkan anaknya itu, lelaki berkenaan mendakwa, anaknya lari dari rumah untuk pertama kali bersama teman lelaki berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun lalu.

Pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki remaja tersebut setelah bapanya membuat laporan dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia telah dirogol.

Dia kemudiannya lagi sekali lari bersama teman lelakinya dalam masa beberapa jam setelah dijumpai. Kali ini, mereka didapati pergi ke Ampang, Kuala Lumpur.

Keluarga remaja tersebut kembali mencari dan pada masa yang sama memeriksa akaun Facebook anak perempuannya itu.

Apa yang memeranjatkan, teman lelaki anaknya itu telah menawarkan perkhidmatan seks – lengkap dengan butir anak perempuannya dalam laman sosial tersebut.

Sementara itu, pihak polis Melaka telah melancarkan operasi untuk menjejaki seorang lelaki yang berumur 26 tahun, yang dipercayai telah melacurkan remaja tersebut kepada sembilan orang lelaki.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata bahawa seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai adalah salah seorang pelanggan remaja tersebut kini telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu.

Beliau juga berkata bahawa pihak polis kini sedang menjejaki baki lapan lelaki yang terlibat. -mstar

VIDEO : Karpal Singh Terbunuh Dalam Kemalangan Jalanraya

Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi, lapor Roketkini.

Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah. ?

Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. -HD








MH370 Hilang, Bank Mula Kejar Keluarga Mangsa

Institusi perbankan adalah tempat di mana mereka meminjamkan anda payung dalam cuaca baik dan meminta anda supaya mengembalikan semula apabila mulai hujan" memetik kata-kata penyair Amerika Robert Frost lebih tepat menggambarkan dilema mereka yang berurusan dengan institusi perbankan hari ini.

Akan tetapi bagaimana seseorang itu menggambarkan perasaannya apabila sebuah bank menghubungi keluarga penumpang pesawat MH370 masih hilang mengenai pinjaman perumahan beliau?

Dilaporkan bahawa Zamani Zakaria (foto di atas), 56, bapa kepada Mohd Rahman Zamani, 33, baru-baru ini telah menerima panggilan daripada seorang pegawai bank yang memintanya (bapa masih dalam kebingungan susulan situasi tersebut) untuk mendapatkan surat pengesahan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menyatakan bahawa Mohd Rahman dan isterinya, Norli Akmar Hamid juga 33 berada di atas pesawat kapal terbang Beijing yang hilang dari radar pada 8 Mac.

Di sini kita ada kes seorang warga emas kemungkinan merenung nasibnya setelah kehilangan bukan satu, malah dua anggota daripada ahli keluarganya dan apa yang pihak institusi bank boleh fikirkan ialah bagaimana cara untuk mendapatkan semula wang yang dipinjam oleh anaknya. Dan juga bahawa "setelah kehilangan" sebahagiannya masih belum muktamad.

Di manakah keprihatinan institusi perbankan serta pegawai tersebut?

Nasib 239 orang penumpang bersama krew di atas kapal masih menjadi soalan, walaupun kerajaan mengumumkan bahawa pesawat telah berakhir perjalanan di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, operasi kumpulan pencarian yang melibatkan lebih daripada 20 buah negara masih belum menjumpai serpihan tunggal sebagai bukti untuk menyokong tuntutan kemalangan - memberikan peluang serta harapan hidup dalam kalangan waris terutama keluarga.

Tidak bolehkah bank bersabar dan bergantung kepada kepentingan penumpang secara awam? Mengapa perlu untuk menghubungi saudara kebingungan untuk mendapatkan semula wang pinjaman?

Tidak ada cara yang lebih baik untuk menangani pembayaran balik pinjaman tanpa prejudis dengan melihat kesengsaraan keluarga yang terjejas?

Ia sudah tentu akan masuk akal khususnya kepada pihak bank untuk menunggu sehingga krisis ini selesai sebelum bertindak lebih lanjut.

Ini terutamanya jika pinjaman yang berkenaan itu meliputi Insurans Takaful Gadai janji (MRTA). Dasar ini memperuntukkan penyelesaian penuh daripada baki tertunggak pinjaman perumahan dengan institusi kewangan, sekiranya berlaku kes hilang upaya kekal atau kematian peminjam.

Dari segi prosedur pinjaman itu, jika peminjam didapati lumpuh secara kekal atau meninggal dunia apabila pinjaman itu masih berkuat kuasa, bank masih mendapat untuk mendapatkan semula pinjaman mereka dari syarikat insurans. Keluarga terjejas masih mempunyai rumah mereka.

Ia secara meluas dilaporkan bahawa syarikat-syarikat insurans telah mula menghubungi keluarga penumpang diinsuranskan melibatkan penumpang pesawat MH370 serta menawarkan untuk membayar pampasan mereka.

Sesetengah keluarga telah pun bersetuju untuk menerima bayaran pampasan tetapi tidak boleh dituntut lagi berhubung kenyataan kerajaan "terhempas tetapi kami tidak dapat mencari bangkai atau serpihan".

Bank-bank tidak boleh memberi kepercayaan kepada dakwaan bahawa mereka membuat keuntungan daripada kesengsaraan rakyat.

Pelanggan yang membayar pinjaman mereka pada masa atau sepenuhnya menyelesaikan pinjaman mereka adalah "pelanggan teruk" manakala mereka yang hanya membayar bayaran minimum pada kad kredit serta culas membayar atas pinjaman mereka adalah "pelanggan yang baik" kerana pihak bank akan mendapatkan bayaran lebih dalam bentuk faedah dan denda yang dikenakan keatas mereka. -V Shuman

MH370 : 50% Rakyat Malaysia Yakin Putrajaya Sembunyi Maklumat?

Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.

Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.

Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.

Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.

Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.

Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.

Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.

Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.

Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.

Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.

Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya.

“Orang Malaysia” menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.

Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.

Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami”, "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".

Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.

Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu. –TMI

Monday, April 7, 2014

Rang Undang-Undang GST lulus, Pakatan bantah

Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini diluluskan di Dewan Rakyat selepas ia dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli Parlimen menyatakan persetujuan pada kali pertama manakala hanya 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan.

Bacaan kali kedua pula menyaksikan 119 ahli Parlimen bersetuju dan 81 yang lain tidak bersetuju dan ia membawa kepada bacaan kali ketiga apabila Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta persetujuan ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta pertimbangan Yang Dipertua agar undi kali kedua dibuat dan ia tidak ditolak beliau.

Proses pengundian hari ini menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan sedikit kekecohan di dewan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas sebanyak 6%menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan dengan lulusnya rang undang-undang itu maka fasa baru beban rakyat akan bermula malah kerajaan mempunyai mekanisme lain selain melaksanakan GST.

Katanya, rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak wajar dikenakan GST dan beban cukai sebaliknya perlu diperkukuhkan kepada syarikat korporat.

“Ini adalah tanggungjawab setiap ahli Dewan Rakyat menentang GST kerana kami berasakan cara ini bukanlah paling wajar. Ia akan membawa beban yang sangat besar kepada rakyat.

“Kenakan syarikat besar dahulu seperti IPP atau konsesi tol. Tadi Menteri Kerja Raya ada menyebutkan boleh menghentikan konsesi tol. Ini semua tidak dilakukan dan yang kena adalah rakyat biasa.

Lim berkata kadar hutang peribadi di Malaysia sudah semakin membengkak dan dengan pelaksanaan GST pada 2015 akan memburukkan lagi situasi penghutang di Malaysia.

“Jangan lupa hutang peribadi kita yang kedua tertinggi di Asia iaitu 87%. Ini hanya akan meningkatkan beban hutang di kalangan rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu turut menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai lupa daratan apabila mengenakan cukai tersebut di saat keperitan rakyat.

“Mereka nak habis cepat-cepat sahaja. Ini macam cukai segera. Ini menunjukkan mereka sudah lupa daratan kerana mereka patut memudahkan rakyat tetapi yang berlaku sebaliknya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz pula menyifatkan BN jelas tidak melihat permasalahan rakyat apabila memperkenalkan GST.

Katanya, menteri yang bertanggungjawab tidak memberikan jawapan sewajarnya kepada ahli Parlimen pembangkang ketika diminta mengulas mengenai cukai itu.

“Ini jelas menunjukkan ahli Parlimen BN langsung tidak prihatin kepada permasalahan yang dihadapi rakyat akibat pelaksanaan GST.

“Menteri sendiri tidak menjawab apa yang dibangkitkan secara spesifik apa yang dibangkitkan pembangkang,” katanya.

Mahfuz berkata kerajaan memang sengaja melaksanakan GST dan tidak memberikan pilihan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Hujah mereka orang miskin tidak akan terkena GST bermakna orang miskin itulah makanannya. Kerajaan tak fikir bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat agar barang yang baik boleh didapatkan rakyat,” katanya. – TMI