Monday, February 28, 2011

AHLI UMNO/BN SEDAR DRAMA ‘TIPAH TERTIPU’

ISU Tanah Adat di daerah Tenom menjadi topik hangat di kalangan rakyat pedalaman. Isu ini menjadikan UMNO/BN ‘mati kutu’ dikerjakan oleh Ketua Cabang Halik Zaman. Beliau memberi tahu ahli-ahli baru yang menyertai PKR Cabang Tenom apakah hak SFI (Sabah Forest Industry) diberi hak tanah beratus ribu ekar sedang anak jati di Tenom diabaikan?

Kata Halik lagi, "Memanglah Om Najib Razak berani cakap hari ini tidak naik lagi minyak petrol tapi beliau tidak berani beri jaminan bahawa harga minyak petrol tidak akan naik selepas PRU13."

Kita sama sekali ‘tidak dan tidak’ memusuhi ahli UMNO/BN, kerana mereka adalah keluarga kita semua. mereka berhak mendapat petunjuk dari para pemimpin PKR/PR bahawa kepimpinan UMNO/BN itu adalah salah dan pilih kasih.

“Walaupun BN simpan calon mereka di PRU13 orang yang ‘baik’ tetapi mereka tinggal di rumah sekumpulan para pemimpin UMNO/BN yang ‘salah’ dan rakyat terpaksa tolak mereka,” terang Halik kepada ahli-ahli UMNO/BN.

Tegas Halik, para pemimpin UMNO/BN mesti faham harga sara hidup di pedalaman begitu melambung tinggi sekali dan tiada sebarang usaha dari para pemimpin UMNO/BN mahu menurunkannya.

“Para pemimpin BN dan para wakil rakyat BN tidak rasa apa yang rakyat rasakan. Maka tidak hairanlah kenapa rakyat Tenom pilih PKR/PR kerana komponen Pakatan Rakyat mempunyai formula rahsia bagaimana mahu mengatasi kemiskinan rakyat," jelas Halik yang menyimpul mati rahsia berkenaan di kotak fikirnya.

Oleh: MEDIA PKR SABAH

Merlimau Tunggu Tarian Separuh Bogel

Ramai penduduk Merlimau tertunggu-tunggu tarian separuh bogel dari UMNO BN yang sering diadakan di dalam pilihanraya raya kecil untuk mendapatkan sokongan masyarakat.

UMNO BN yang kerap mengadakan konsert dari wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel semata-mata untuk menarik pengundi telah mereka lakukan di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Galas dan yang terbaru di Tenang.

"Tidak mustahil mereka akan buat konsert yang serupa di Merlimau dan Kerdau," kata seorang pengundi DUN Merlimau.

"Mereka sanggup lakukan apa saja untuk menarik pengundi, termasuk mengadakan konsert yang menjaja tubuh di dalam kempen merek," tambahnya.

Pada pilihanraya kecil Bukit Gantang satu ketika dahulu, seorang menteri kabinet, Datuk Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian telah secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada apa yang di percayai satu kebudayaan orang Cina dengan menyaksikan persembahan tarian panas oleh gadis-gadis separuh bogel dalam satu acara keramaian tajaan Barisan Nasional di Kampung Baru, Kuala Sepetang, Taiping.

“Sungguh menghairankan, jika itu yang dikatakan kebudayaan orang Cina, yang kami tahu penduduk di Kuala Sepetang selama ini hanya menganjurkan opera yang mana pelakun dan penarinya hanya menampakkan muka yang di makeupkan serta pakaian berwarna-warni yang labuh,” kata Pengarah Pilihanraya Pas P59 Bukit Gantang Asmuni ketika itu.

“Budaya bertaraf Bangsar, Kuala Lumpur yang mahu diperkenalkan kepada pengundi di perkampungan nelayan ini dilihat sebagai satu kejutan budaya yang terdesak oleh Unmo/BN untuk memancing undi di kawasan ini,” jelas beliau.

Hal yang sama berlaku di dalam PRK Tenang dimana Majlis Makan Malam 1Malaysia pada penghujung kempen PRK UMNO BN mengadakan konsert tarian separuh bogel di sana.

"Perbuatan UMNO-BN tersebut sunggguh menjijikkan. Sesiapa yang mengundi mereka bersubahat dengan perbuatan kotor yang mereka lakukan," tambahnya.




Sunday, February 27, 2011

`UMNO TUDUH PAS YANG KATA' DAN KEBANGGAAN POSTER LUCAH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisIlBuCGpqzY1efj5lmnNtwrnAy_vIQ8wGvk5NXvMERqS1Mg0P5ZxkrYxP7fsRp34dcGqyDwjHAqScjFtlN-qWA73W4Rmzkq2GtKaO5PmJSCvBGXKO_864dOaWTzIm_buYm2BOKLFT2Vg/s400/ADNAN.jpgTAKTIK yang digunakan oleh Umno di dalam PRK Dun Kerdau adalah menimbulkan satu isu kununnya `PAS tuduh'. Umno tuduh `PAS kata' itulah taktik yang Umno rasa boleh memburukkan nama PAS di mata para pengundi kununnya PAS memang kaki fitnah.

Sebagai contoh, isu sijil calon Umno iaitu Syed Ibrahim yang Umno tuduh `PAS dakwa bahawa calon Umno itu memiliki sijil Al-Azhar tipu.' Bila masa PAS berkata demikian? Sebutkan mana kenyataan rasmi dari pemimpin PAS yang membuat dakwaan begitu? Jika Umno mahu kutip dari sumber lain yang bukan dari sumber rasmi PAS, itu menandakan Umno buat kerja bodoh.

Pesuruhjaya PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri pelik di mana datangnya tuduhan kununnya PAS pertikaikan sijil calon Umno tersebut. Di petik melalui Harakahdaily, Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan PAS dengan isu tersebut. PAS bukan mahu berlawan dengan Sijil, PAS berlawan dengan dasar parti Umno. Saya telah ulas sebelum ini bahawa andainya calon Umno itu adalah `Syeikh Al-Azhar' sekalipun, jika ia menyokong dan menjadi ahli parti sekular yang korup itu, PAS tetap akan menentangnya. Apatah lagi, jika benar beliau bukan berkelulusan Al-Azhar.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat. Mungkin Umno mencedoknya dari media lain yang bukan media rasmi dari PAS. Terpulanglah pada Umno untuk mengarahkan calonnya itu mempamirkan sijil yang beliau miliki ke setiap pelusuk Dun Kerdau. PAS tidak hairan berapa buah lori yang boleh memuatkan Sijil calon Umno tersebut kerana PAS menentang Umno bukan kerana sijil atau orangnya.

Terpulang juga kepada MB Pahang, Adnan Yaakob samada ingin melekatkan sendiri poster aksi lucah beliau di setiap pokok di Dun Kerdau. Mungkin beliau berbangga kerana beliaulah satu-satunya MB berbangsa Melayu dan Islam yang berani melakukan aksi yang budak tadika PASTI pun malu untuk melakukannya. Mungkin poster itu nanti boleh menunjukkan betapa Umno penjaga maruah Melayu dan pejuang Islam yang tulin.

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT ISU KAMPUNG DI HUTAN SIMPAN, SALAH SIAPA?

KEMELUT isu pelarian di bumi sendiri terus menghantui rakyat Murut yang tercetus peristiwa baru di Mukim Rundum beberapa bulan lalu, selepas Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan ke tiga-tiga buah perkampungan iaitu Kg Katubu, Kg Kapulu dan Kg Sumambu adalah HARAM kerana berada dalam kawasan Hutan Simpan amat merawan hati penduduk di kesemua kampung tradisi berkenaan.

Melihat kepada skop insiden itu, sukar untuk meramalkan apakah wakil rakyat terbabit mampu menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat ini, jika tidak keadaan sedemikian masih tergantung kerana belum ada sesuatu keputusan mutlak daripada kerajaan diperolehi.

Bermakna status penduduk kampong di situ masih di awing-awang sedangkan mereka (penduduk) sudah mendiami/menduduki perkampungan itu sejak beratus tahun dahulu sebagai tanah tumpah darah mereka, sedangkan kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani dan Rundum sekadar digazetkan pada tahun 1984.

Titik tolak kepada isu tersebut, sudah tentu ada persoalan lain yang timbul dari pandangan kaca mata rakyat termasuk penduduk perkampungan tersebut bahawa mengapa wakil rakyat yang sudah berkhidmat di situ selama lebih empat penggal tetapi status pemilikan tanah adat dan perkampungan di situ tidak diuruskan dan diselesaikan sebelum itu secara total.

Persoalanya dari segmen lain turut menekankan pelbagai reaksi yang kebanyakkannya menyifatkan isu tanah tumpah darah penduduk mukim Rundum sebagai suatu kelalaian dan kelekaan yang harus dipertanggung jawabkan kepada wakil rakyat yang mewakili mereka; sehingga menyusahkan rakyat selepas diusir keluar dari kawasan tersebut, malah menjadi suatu trauma dan penyakit menghantui fizikal setiap penduduk di situ.



USANG....Inilah wajah mahligai Murut di Kampung Katubu dan Sumambu membayangkan kesengsaraan hidup mereka dan bukannya pondok sebagaimana yang didakwa Jabatan Hutan.

Tidak syak lagi, bahawa sesiapa yang dapat menonton kenyataan Unggi Malinau (bapa kepada Ahli Parlimen Malaysia-Tenom Datuk Raimie Unggi) yang disiarkan oleh SabahkiniTV menyatakan bahawa selain penduduk sudah berkampung di situ sejak beratus tahun dahulu, malah mereka juga adalah lebih kurang 80 peratus penyokong UMNO.

Dalam kenyataan itu, Unggi turut kesal dan mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO di Sabah kerana bertindak tanpa pertimbangan secara peri kemanusiaan, lebih-lebih lagi mereka adalah anak jati di situ dan bukan pelarian (PATI).

Dalam pada itu, yang terbaru lagi dua penduduk di situ Eman Undok dan Palipus Ampasu turut membuat kenyataan dalam akhbar meminta pihak tertentu khususnya Ketua Menteri Sabah supaya campurtangan menyelesaikan masalah status perkampungan mereka dalam kadar segera, jika tidak mereka khuatir akan menjadi pelarian di bumi sendiri.

Kedua dua penduduk tersebut juga boleh disifatkan sebagai hilang keyakinan mereka terhadap kewibawaan dan ketelusan wakil rakyat mereka dalam melakukan penyelesaian secara total terhadap isu tersebut sehingga tanpa segan silu meminta Ketua Menteri Sabah untuk campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Isu tersebut bukan sahaja menular di peringkat kawasan, namun ia sudah di peringkat nasional kerana selepas sahaja isu pengusiran oleh Jabatan Perhutanan itu berlaku, insiden itu terus memenuhi ruang depan akhbar-akhbar tempatan dan nasional memaparkan kejadian tersebut kerana selepas itu, rata-rata pembaca menyifatkannya sebagai suatu penganiayaan kepada masyarakat Murut dan antara lain menyalahkan wakil rakyat kerana tidak buat kerja yang baik.

Tidak dapat tidak, wakil rakyat terbabit yang juga dari UMNO harus dipersalahkan dalam soal tersebut kerana telah leka dan lalai menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat sepertimana yang mereka janjikan ketika pilihanraya lalu yang terkandung dalam manifesto pilihanraya yang membuatkan rakyat selaku pengundi memilih BN kerana terpedaya dengan janji-janji tersebut.

Ekoran kejadian yang tidak seharusnya berlaku itu, rakyat telah mula meragui kejujuran dan ketelusan kerajaan UMNO-BN dalam menangani masalah rakyat yang bukan sahaja di Rundum tetapi di seluruh Sabah; sambil mengaitkan definisi slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan menyifatkannya sebagai ‘retorik’ semata-mata dengan ertikata lain, sekadar ibarat ‘memugai’ hati rakyat sahaja.

Salam Hormat, selamat berjuang untuk terus Maju Ke hadapan bersama SAPP!

Oleh: DARI MEJA PENERANGAN SAPP TENOM

Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown..

Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.

Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid itu.


Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.

Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.

“Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya,” katanya dipetik.

Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.

Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.

Berusia 51 tahun, Clare adalah seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjaya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown – Andrew – juga bekas wartawan dan kini seorang ahli strategi media.

Artikel itu menyatakan, Clare sebenarnya dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia dan mendiami Bumi Kenyayang sehingga berusia lapan tahun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7671

Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle

Lagi Kes Kereta Terbakar

MUAR – Seorang wanita terselamat apabila kereta yang dipandunya jenis Nissan terbakar secara tiba-tiba ketika melalui Jalan Junid di sini, kelmarin.

Dalam kejadian ketika jam 8.30 pagi, Asiah Khamis berkata, dia dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Jalan Junid.

Menurutnya, apabila menghampiri persimpangan Jalan Junid, keretanya mengeluarkan asap dari papan muka kenderaannya.

“Panik dengan kejadian tersebut, saya mengambil tindakan pantas keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri sebelum api menjadi marak membakar kereta.

“Saya berasa bingung dan terkejut dengan insiden ini serta bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, saksi kejadian, Zakaria Muhammad, 58, berkata, dia berada di tempat kejadian semasa insiden tersebut berlaku.

Menurutnya, ketika itu dia bersama beberapa rakannya yang lain baru pulang daripada berjoging di kawasan Tanjung Emas.

“Semasa melintasi persimpangan lampu trafik berkenaan, saya terkejut melihat api marak dari sebuah kereta.

“Orang ramai yang melalui jalan ini turut menjarakkan diri dari kenderaan terbabit kerana bimbang kereta yang terbakar ini meletup dan membahayakan nyawa orang ramai,” katanya.

Menurutnya, sejurus terlihat insiden kebakaran itu, dia segera menelefon bomba untuk menyelamatkan keadaan memandangkan api semakin marak di kereta tersebut.

“Orang ramai ketakutan dan berusaha menjauhkan diri daripada kenderaan tersebut kerana bimbang akan meletup pada bila-bila masa.

“Kira-kira 10 minit kemudian anggota bomba tiba ke lokasi kejadian untuk memadamkan api, namun kenderaan itu sudah hangus terbakar,” katanya.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk memadamkan api.

“Insiden ini turut menyebabkan lalu lintas di persimpangan lampu trafik di Jalan Junid sesak dan pulih sediakala apabila rangka kenderaan itu dialihkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan mangsa terselamat daripada sebarang kecederaan,” katanya. -SH

Algeria Kembali Bergolak

Ratusan polis anti rusuhan dikerahkan hari ini untuk meleraikan satu usaha baru pembangkan melakukan tunjuk perasaan anti pemerintah di tengah ibu kota Algeria.

Tunjuk perasaan terhadap rejim puluhan tahun Presiden Abdelaziz Bouteflika menurut rencananya akan dimulai dua hari setelah pemerintah menamatkan keadaan darurat yang dikuatkuasakan sejak 19 tahun, ketika terjadi perpecahan di kalangan pembangkang Algeria.

Ratusan polis menahan akses ke dua taman pusat di mana para pemprotes pada 12 dan 19 Februari berusaha melakukan tunjuk perasaan, yang dilarang di ibu kota Algeria sejak tahun 2001.

Polis yang didukung kereta kebal serta satu helikopter yang terbang di atas lokasi-lokasi itu tetapi para saksi mata mengatakan jumlah mereka tidak sebanyak pada dua tunjuk perasaan sebelumnya bulan ini.

Akhir minggu lalu para pemprotes terlibat pertepuran dengan polis anti rusuhan yang mencegah sekitar 3,000 orang bergerak melakukan tunjuk perasaan di ibu kota itu.

Kelmarin, Bouteflika, 73 tahun juga berjanji akan memasukkan "anti korupsi" dalam tindakan penting kerajaan setelah protes-protes yang belum pernah terjadi sebelumnya pada Januari yang mengorbankan lima orang.

Tindakan-tindakan itu dianggap sebagai usaha-usaha perdamaian untuk meredakan kemarahan masyarakat setelah protes-protes anti korupsi melanda sebagian dunia Arab menggulingkan para pemimpin di Tunisia dan Mesir.

Protes baru itu dilakukan setelah satu perpecahan dalam pembangkang minggu ini.

Perhimpunan untuk Kebudayaan dan Demokrasi (RCD) berikrar pihaknya akan bergerak Sabtu "dan setiap Sabtu".

Akan tetapi bekas sekutunya, Koordinasi Nasional untuk Perubahan dan Demokrasi (CNCD), satu kelompok induk pembangkang yang dibentuk bulan lalu, menolak, dan pada Jumaat mengatakan pihaknya berencana akan "mengubah gerakan itu".

CNCD mengatakan pihaknya ingin mengakhiri segera rejim Bouteflika, mengutarakan masalah-masalah yang sama yaitu pengangguran yang tinggi, perumahan dan harga yang tinggi dilihami pemberontakan-pemberontakan rakyat di Mesir dan Tunisia.

Saturday, February 26, 2011

ENIGMA KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

SARAWAK, satu fokus utama penulisan ikhlas dan lensa penceritaan pula disasarkan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia buat tatapan kita di awal tahun 2011. Sebelum saya melontarkan suara-suara dari hayunan tangan yang mungkin dianggap merepek oleh sebilangan pembaca.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika semua kajian, penilaian, serta semua aspek komunikasi yang saya gunakan untuk mencari maklumat akan mungkin dikatakan berunsur hasutan atau penipuan. Tetapi hakikat sebenar semuanya datang dari rasa hati serta keluhan-keluhan dari mereka yang menyarung seragam Biru Muda Bergaris Kuning di bahu.

Dari kaca mata saya, perlantikan Datuk Seri Mohamad Khalid Bin Yusof sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan oleh Kerajaan dan Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia.

Suasana kesilapan ini cukup dirasai bahangnya meledak ke seluruh pelusuk Sarawak terutamanya di semua Bahagian Perluasan Empayar mereka di sekitar Sibu, Bintulu, Miri hingga ke Kawasan Limbang serta Lawas.

Mungkin pembaca akan tertanya-tanya bahang apa yang cuba sayas tonjolkan di sini? Apa lagi kalau bukan ‘RASUAH’ atau sedap diucap dengan bahasa pasar ‘KANTAU'.

Satu pembohongan jika tauke-tauke besar, para penyeludup yang memegang standard ‘A Class’ sehinggalah ke ‘C Class’ mahupun individu-individu kecil yang melakukan urusniaga terlarang tidak mengenali Datuk Seri Mohamad Khalid Bin Yusof.

Sungguh mesra dan senang diucap oleh lidah-lidah bukan melayu dengan nama Khalid memberi satu warna serta sinar cerah kepada para penyeludup untuk menyambung aktiviti warisan serta khazanah dunia ini.

Lihat dan periksa sendiri ‘bala tentera’ kerahannya di semua stesen Sibu, Bintulu, Miri dan sebilangannya di Kuching serta Tebedu. Ada yang bertugas lebih 15 tahun di Bahagian Pencegahan. Persoalannya kini kenapa Pencegahan dijadikan menu utama?

Jawapannya senang sahaja, kerana Bahagian itulah yang agak bahaya tetapi senang diatur. Kebanyakan pegawai di bahagian penguatkuasaan adalah hasil daripada perlantikan Khalid sendiri.

Contoh paling ketara adalah Dato’ Materang dilantik sebagai Penolong Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan; Supian Sanusi juga orang kuat Khalid khabarnya tidak lagi dilantik sebagai Pengarah Kastam dan berpuluh lagi Pegawai pencegah yang berada di Bahagian Pencegahan lebih dari 15 Tahun.

Nampak sungguh kekayaan serta timbunan kemewahan terpampang jelas di mata kami yang sama menyarung seragam seperti mereka yang khabarnya dihalalkan oleh Khalid ini. Bukan cemburu, jauh sekali iri hati, tapi sakit sekali hati bila sering mendengar suara-suara awam yang sering berkata "Ahhhh.... Duit Kantau Mana Tidak Senang," sedangkan kami yang tidak ikut serta, turut menerima impak yang sama.

Umpama Segitiga Bermuda yang kenyang menelan puluhan kapal-kapal dan pesawat adalah satu perbandingan terbaik untuk menggambarkan persamaanya dengan pegawai-pegawai yang bertugas di Pelabuhan Sibu, Bintulu dan Miri.

Seperti misteri kehilangan kapal-kapal yang melalui Segitiga Bermuda, begitu jugalah misteri bagaimana barang-barang terlarang seperti rokok, mercun dan minuman keras secara lancarnya dapat membolosi pengimbas yang boleh dikatakan canggih.

Tetapi secanggih manapun sistem atau peralatan yang ada, segalanya tidaklah sekuat serta secanggih mana berbanding arahan yang diberikan oleh Khalid. Dengan anugerah yang Tuhan beri, tangan menekan, mulut berbicara terus kepada cuping telinga yang mendengar dan mata yang melihat dikaburkan cuma kerana sekeping kertas yang dianggap bermaruah.

Sarawak dijerebukan oleh asap-asap rokok pelbagai jenama seperti Rave, Parkway, Di-gi dan berpuluh lagi jenama lain serta dibanjiri beer atau minuman keras seludup yang semuanya ‘Sah’ masuk dari ketiga-tiga pelabuhan ini.

Adik abang yang berlainan bangsa sering bekerjasama untuk merealisasikan misi penyeludupan ini. Sering dilabelkan sebagai Gabenor dan Raja-Raja Sarawak nama-nama gah seperti Mr.Koh, Mr.Goh dan Acheek adalah saudara tidak sebangsa kepada Khalid, tapi hakikatnya mereka sehati dan sejiwa.

Satu khabar lagi dari Miri, pada tahun lepas Pihak SPRM telah melakukan satu tangkapan ke atas penyeludup Chicken Wing yang didalangi oleh orang kuat Datuk Seri Mohamad Khalid Bin Yusof ini. Namun paling menyedihkan apabila kes ini ditutup semata-mata kerana seorang daripada pengarah syarikat itu adalah isteri Datuk Khalid sendiri.

Sekali lagi kemenangan berpihak kepada ‘Sekeping Kertas’ yang dianggap bermaruah. Khabarnya lagi pegawai SPRM yang mengemudikan kes ini telah memesongkan layarnya ke arah sekeping kertas yang dianggap bermaruah. Jika ini bukan fitnah lagi, khabarnya ratusan ribuan ringgit diberikan kepada pengemudi kes ini oleh seorang ‘Tokan Besar’ yang bernama Thomas Hwa yang mana merupakan rakan kongsi Datuk Khalid.

Dari Miri kita ke Kuching pula. Maklumat yang perolehi dari sahabat saya di sana menyatakan bahawa semasa Datuk Khalid menjadi Pengarah Kastam Sarawak, semua bahan binaan dan peralatan luar/dalam bangunan untuk mendirikan Bangunan Masja tidak dibayar cukai Kastam semasa dibawa masuk melalui Pelabuhan Senari.

Semua proses ini diuruskan oleh Dato Materang Suhaili yang merupakan Timbalan Penguatkuasa pada masa itu. Untuk merialisasikan program ini mereka telah melantik seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Senari bernama Jahid. Sekali lagi ia dapat dikelaskan sebagai ‘HARAM’.

Bukan sewenang-wenangnya saya menuduh atau sengaja menyebarkan khabar angin. Tapi bagi kami yang berkhidmat di dalam satu Jabatan, kebenaran serta ketelusan amat kami perlukan. Bukan untuk meminta ‘share’ ke atas aktiviti tidak bermaruah ini, tapi harap-harap kebenaran akan terbukti. Susah sangatkah kita ingin mencari kebenaran?

Dengan sistem kita yang canggih, semak sahaja semua pertikaian yang ada. Dari aspek perlantikan, penutupan kes oleh SPRM, pembinaan Bangunan Masja sehinggalah ke kes-kes penyeludupan dari pelabuhan-pelabuhan di Sarawak. Sekali ini sahaja, cuba kuatkan semangat dan abaikan wang ringgit dahulu demi anak-anak bangsa kita.

Oleh: ROBIN C. HOOK (sabahkini)

Harga Getah Naik, Perempuan Sundal Pun Sudah Tunggu Dalam Kebun

Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. -hm

Friday, February 25, 2011

SKANDAL SEKS KETUA PENGARAH PENGUATKUASA?

SKANDAL Seks Ketua Pengarah (KP) sebuah Agensi Penguatkuasa dengan seorang gadis berusia dua puluhan telah dihidu oleh Papparazzi Sabahkini.net ketika terserempak dengan kelibat KP berkenaan sebaik sahaja mendarat di sebuah lapangan terbang di Eropah dalam keadaan tergesa-gesa menuju sebuah hotel mewah.

KP berkenaan dipercayai telah lama menjalinkan hubungan dengan gadis berkenaan yang telah sehari lebih awal mendaftar masuk atas nama seorang tauke Cina yang pernah berurusan dengan KP sebelum ini, kerana bimbang tembelangnya dikesan.

Mengikut risikan Paparazzi Sabahkini.net yang kebetulan bercuti di Eropah, gadis berkenaan merupakan anak kepada seorang mangsa penguatkuasaan jabatannya yang terpaksa ditawarkan bagi menutup kes jenayah yang dilakukan bapa gadis tersebut.

Walaupun gadis berkenaan tinggal di Kuala Lumpur dan tidak bekerja, namun menjadi ‘Gundik’ KP berkenaan yang selama ini kegersangan kerana isterinya sakit dan melampiaskan kejantanannya kepada gadis yang sebaya dengan anak perempuannya.

Menurut Paparazzi Sabahkini.net, beliau sedang mengintip untuk mendapatkan rakaman gambar kemesraan KP dan ‘Gundik’nya, namun usaha seminggu lalu agak sukar kerana KP berkenaan sentiasa mengelak dan menggunakan pintu belakang hotel untuk keluar bersendirian dan gundiknya hanya mengurung diri di dalam bilik ‘connecting room’.

"Pelanduk selalu lupakan jerat. Kita tunggu masa sesuai kerana minggu hadapan KP berkenaan akan menemui gundiknya di suatu tempat yang sudah ditempah lebih awal dan tiket penerbangannya telah kita kesan. Kali ini harap berjaya,” ujar Paparazzi Sabahkini.net yang masih melanjutkan pelajarannya di sebuah negara Eropah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

WANITA DAN PUTERI UMNO TENOM AKAN SERTAI PKR?

SEKUMPULAN Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tenom secara senyap-senyap telah membuat temu janji bertempat di Pejabat PKR Cabang Tenom dengan Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman.

Dalam satu sidang media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Cabang PKR Tenom, Maseri Raisimin berkata, "Program Ketua Cabang dalam bulan Februari dan Mac terlalu ketat, terlalu banyak acara dan lawatan beliau ke kampung-kampung di pedalaman yang akan berlangsung, maka temu janji itu mungkin dijadualkan dapat diadakan dalam bulan April depan."

Menjawab pertanya mengenai pemilihan calon BN, Jamawi Jaafar di Parlimen Tenom, Maseri berkata, "Itu bukan urusan kami. Siapapun calon BN mereka adalah saingan PR, kami berkerja untuk memperkasakan PKR di Tenom".

"Untuk masa ini kami cuma memperkemaskan jentera pilihanraya di kawasan Parlimen Tenon yang mengandungi DUN Kemabong dan Melalap," jelas Maseri.

Bila diasak oleh wartawan media PKR, siapakah nama Puteri dan Wanita Bahagian UMNO Tenom itu, Maseri berkata, "Itu adalah rahsia parti. Saya belum diberi signal oleh KC PKR Tenom, Halik Zaman untuk mengumumkannya. Beliau akan dibuat kejutan."

Oleh: MEDIA PKR SABAH

PELARIAN FILIPINA DIBELA, PENDUDUK KATUBU DIPAKSA JADI PELARIAN?

DUA penduduk dari Mukim Rundum, Eman bin Undok, 57, Ketua Cawangan UMNO Bangkulin dan Palipus bin Ampasu, 45, terus dilanda kebimbangan dan khuatir mereka akan dipaksa menjadi pelarian di bumi sendiri sekiranya masalah status perkampungan mereka yang dilabelkan Jabatan Hutan sebagai ‘HARAM’ jika tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Kampung tradisi yang terletak di kawasan Hutan Simpan Rundum merangkumi Kg Katubu, Kg Kapulu dan Kg Sumambu.

Mereka menegaskan bahawa, mereka ingin mengetahui perkembangan status perkampungan mereka selepas dituduh menduduki dan membuka ladang kawasan Hutan Simpan secara haram oleh Penguatkuasa Jabatan Hutan yang mengusir mereka dari kawasan itu pada 13 Januari 2011.

Justeru, mereka meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk campurtangan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat ini demi masa depan anak cucu cicit dan penduduk di situ seramai 3,000 orang.

Pengarah Jabatan Hutan, Datuk Sam Mannan dalam kenyataannya selepas insiden tersebut telah menambah keperitan perasaan mereka dan menyifatkan Sam Mannan seolah-olah menghalalkan tindakan ganas kakitangannya.

Apa tidaknya tambah mereka, Mannan mendakwa kononya penduduk yang mendirikan pondok (shelter) disitu hanyalah tempat mereka berteduh yang lebih bersifat sementara dan bukannya rumah bangunan kekal seperti yang penduduk dakwa sebelum itu.

Antara lain, Sam Mannan mendakwa bahawa pondok itu didirikan semata-mata untuk kegunaan sebagai perhentian mereka (penduduk) ketika aktiviti berburu binatang sambil menerokai perladangan di kawasan hutan simpan secara haram.

Bagaimanapun Eman Undok menyangkal dakwaan itu dengan memberi penjelasan bahawa rumah orang kampung yang diulit kemiskinan sejak dahulu kala sememangnya seakan-akan pondok tetapi itulah sebenarnya rumah kekal mereka.

“Kalau itu disifatkannya sebagai tempat persinggahan sahaja, bagaimana pula padi yang dihasilkan di situ ada tersimpan disulap itu, sedangkan kami sudah tinggal di sini sejak turun temurun mewarisi nenek moyang kami lagi,” tegas Eman.

Memanglah, kata Eman, Sam Mannan menganggap rumah mereka di sini sebagai pondok kerana ini bukan bangunan konkrit yang terdapat seperti di Bandar, tambahan pula kesemua mereka miskin dan tidak mampu untuk membina bungalow.

"Jika Pelarian Filipina dibela dan diberikan tempat dalam parti dan kerajaan, kenapa kami penduduk Kampung Katubu dipaksa menjadi pelarian di tanah tumpah darah kami sendiri?," tanya Eman.

Insiden yang berlaku pada 13 Januari 2011 itu menyebabkan satu laporan Polis telah dibuat oleh Palipus Ampasu sekitar jam 1 petang setelah beliau telah diiringi beberapa penduduk kampung terbabit termasuk Ketua Kampong (KK) Haji Sabli Ambarok.

Sementara itu, Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raimie Unggi dalam kenyataan beliau (akhbar ini) pada 21 Januari 2011 menyelar sikap Jabatan Hutan sebagai bertindak ‘sambil lewa’ dan tidak serius.

Raimie turut dipetik sebagai berkata bahawa perkara tersebut sudah dikemukakan kepada Jabatan itu sejak sekian lama, namun gerak kerja bagi mengenal pasti tanah adat seluas lebih kurang 800 ekar diabaikan oleh Jabatan itu.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

Umno Pahang cuba rasuah ahli KEADILAN keluar parti

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan beberapa laporan dalaman parti mengenai usaha tersusun Umno untuk merasuah pimpinan akar umbi KEADILAN supaya keluar parti menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau Mac ini.

Terbaru, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifudin Nasution Ismail, berkata Umno Pahang dikatakan memujuk lima pimpinan cabang parti di negeri itu untuk keluar parti bersama kira-kira 500 anggota.

“Mereka dijanjikan ribuan ringgit dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada kenyataan media yang dibacakan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat parti. Hadir sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah yang pertama di Pahang dan ia dilihat menguji sejauh mana sokongan rakyat di negeri itu terhadap kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Saifuddin berkata, parti sedang mengumpul bukti lengkap berkenaan taktik Umno BN dan mendedahkannnya dari semasa ke semasa.

“Ini perlu dipandang serius Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gejala itu adalah kesalahan serius dan jika SPRM enggan membasminya, ia akan menjadi asam garam politik Malaysia.

“KEADILAN juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang terlibat menerima rasuah dengan menggantung keanggotaan serta-merta sementara siasatan penuh dijalankan.

“Ini keputusan parti sebagaimana yang diputuskan Biro Politik pada mesyuarat 23 Februari lalu,” katanya yang kesal berikutan Umno BN setiap kali menjelang PRK menggunakan media untuk melaporkan kononnya ahli KEADILAN keluar parti.

Peliknya, Saifuddin berkata, ada antara yang dilapor keluar parti itu sudahpun lama meninggalkan KEADILAN tetapi dilapor kembali bagi mengelirukan pengundi. -Keadilan

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

utusan mahathir malay losing power 240910Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

utusan article on free paper give to chinese school 200211 02Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang. -mk

Mahasiswa bangkit amaran awal IPTA perlu dinamik

Kekecohan di kampus induk Universiti Putra Malaysia semalam sememangnya tidak pernah disaksikan selama ini. Ribut politik mahasiswa yang melanda Universiti Putra Malaysia, salah satu universiti tertua di negara ini, kelihatan reda dengan begitu cepat. Tidak sampai 24 jam — ribut yang bertiup kencang berakhir dengan penyelesaian segera.

Pengurusan Universiti Putra Malaysia menyelesaikan isu yang muncul ini dengan cepat tetapi terpaksa tunduk kepada desakan pelajar-pelajar yang kecewa dengan keputusan membatalkan kelayakan calon-calon yang bertanding — jumlah yang ramai dalam sejarah universiti itu.

Maklumat diperoleh menunjukkan keputusan pembatalan status calon termasuk yang menang dilakukan tanpa inkuiri yang sewajarnya — bermakna adil dan seimbang — memberikan peluang kepada pengadu dan pihak yang diadu. Satu aduan membawa kepada pembatalan 33 pelajar, kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider.

Ini bukan kali pertama “krisis” pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi perhatian khususnya di UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.

Ada pelajar yang sanggup bermalam di Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia untuk mendapatkan pembelaan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, yang akhirnya membawa kepada kekecohan ekoran perubahan pendirian keputusan yang dicapai dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Awal tahun lalu calon-calon yang dilabel Pro Mahasiswa juga berhadapan dengan masalah yang sama.

Kali ini alasan digunakan calon-calon tidak boleh berkempen secara berkumpulan.

Ia antara beberapa syarat yang disenaraikan dalam proses pilihan raya kampus awam di negara ini.

Difahamkan di sesetengah universiti, calon pemilihan kampus dilarang daripada berkempen menggunakan media-media baru.

Nampaknya generasi muda alam siber ini memberontak.

Kekecohan juga disaksikan menjelang pemilihan MPP Universiti Malaya, gara-gara kerana pertikaian mengenai status calon.

Sudah lama pusat-pusat pengajian tinggi awam tidak digemparkan dengan tindakan-tindakan seperti itu.

Lebih dua dekad yang lalu demonstrasi di universiti, sudah pasti hanya universiti awam, bukan satu perkara baru. Ketika temu bual untuk akhbar makmal hampir 20 tahun lalu, seorang timbalan naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pernah mengakui demonstrasi membabitkan penuntut universiti berkait rapat dengan ideologi politik masing-masing. Tetapi demonstrasi seumpama sudah lama tidak disaksikan.

Kini ia wujud kembali.

Sudah pasti ada sebabnya. Di mana kesilapannya? Jawapan mudah: ada kekurangan dan kelemahan dalam sistem pemilihan yang penuntut tidak dapat menerima. Ini tidak kira sama ada ia membabitkan kepentingan penuntut dari kumpulan Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa ataupun kalangan bebas.

Hari ini nasib pelajar Pro Mahasiswa. Esok calon Pro Aspirasi!

Soal calon-calon yang melabelkan diri mereka sebagai wakil kumpulan tertentu juga bukan satu perkara baru. Ia sudah lama wujud.

Sama ada orang ramai dapat menerima aspek ini ataupun sebaliknya, perkembangan terbaru ini juga berkait rapat dengan tempias landskap politik nasional.

Walaupun keputusan pemilihan sesi 2010/2011 tidak akan mempengaruhi pilihan raya umum nasional, tetapi ia akan tetap membawa sedikit sebanyak kesan sampingan.

Melihat kepada kekurangan dan kelemahan yang wujud, sudah tiba masanya Kementerian Pengajian Tinggi, walaupun universiti-universiti awam mempunyai kuasa autonomi untuk menguruskan hal ehwal masing-masing, tetapi melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi perlu menggerakkan usaha mengkaji semula sistem dan prosedur mengendalikan pilihan raya kampus supaya tiada campur tangan, yang dilihat keterlaluan pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya kampus.

Antara lain serahkan sahaja urusan ini kepada pelajar sendiri. Biar mereka yang mengendalikan pilihan raya kampus. Apatah lagi golongan pelajar itu sendiri membabitkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam politik nasional, yang lebih mencabar, satu hari kelak. Universiti harus mula melatih mereka, bukannya mengawal keupayaan mereka.

Pengurusan universiti tidak wajar campur tangan dan memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini mesej yang jelas daripada kejadian di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Di sesetengah universiti proses pemilihan berjalan dengan lancar dengan ada yang dimenangi oleh calon Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa.

Bermakna ada kelainan dari segi pengurusan dan juga sikap tidak berkecuali pengurusan universiti yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

Sekiranya sesetengah sekolah rendah dan menengah sudah mula mengadakan pilihan raya di kalangan murid demi persediaan masa depan, sistem pilihan raya kampus seharusnya menjadi contoh kepada landskap politik kebangsaan.

Jangan kongkong dan jangan meletakkan kawalan terlampu dalam soal pengendalian pilihan raya. -TMI

Tuesday, February 22, 2011

Bersugi Atau Memberus Gigi Menurut Islam

Bersugi juga di sebut dengan perkataan bersiwak yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud pencedok dan alatnya. Manakala dari segi syarak pula bermaksud kayu yang digunakan seperti ranting atau sebagainya di dalam mulut dengan tujuan untuk membersihkan gigi.

Boleh menggunakan apa sahaja untuk bersugi dengan syarat alat tersebut hendaklah suci daripada najis dan bersifat kesat. Bersabda Rasulullah SAW mafhumnya :

"Bersiwak adalah membersihkan mulut dan mendapat keredaan daripada Allah". (Riwayat Abu Daud)

Hukum Bersugi

1. Sunat iaitu pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

2. Makruh bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.


Waktu Bersugi

Bermula bersugi itu disunatkan pada sekelian waktu. Tetapi yang lebih afdhalnya ialah di dalam lima waktu, diantaranya ialah :

1. Waktu hendak mengambil air wuduk.

2. Waktu hendak menuniakan solat.

3. Waktu bangun dari tidur.

4. Berubah bau mulut.

5. Hendak membaca Al-Quran.

-http://www.ustaznoramin.com

Kisah Seorang Padri Katolik Peluk Islam

Bukan saya yang mencari Islam, Islam yang menemukan saya," kata Idris Tawfiq. Ia berucap di hadapan para ahli akademik dan keluarga besar Universiti Cambridge. Di perguruan tinggi ini sedang berlansung acara tahunan Experience Islam Week, satu acara untuk pengenalan Islam dan toleransi.

Ia mengaku, tak ada masalah dengan masa lalunya. "Saya mencintai pekerjaan dan masa lalu saya, namun hati saya seperti dipandu memilih Islam," katanya. "Setelah menjadi Muslim, saya menemukan kedamaian yang tak pernah saya temukan sebelumnya."

Menurutnya, keputusannya memilih Islam adalah keputusan terbesar dalam hidupnya. Ia masih melakukan pelayanan, ketika kemudian hatinya berbicara lain. Sampai suatu ketika, timbul keberanian untuk menyatakan behenti dan letak jawatan (sebagai paderi). "Saya merasa sendirian setelah itu," katanya.

Pertama kali, ia menyatakan berhenti menjadi paderi. Namun, ia tetap memegang kayakinan lamanya, sambil terus belajar Islam. "Saya tidak bermaksud mengubah iman saya itu bukan bahagian dari rencana saya sama sekali," katanya.

Ia menyatakan, tinggal dan besar di Britain selama 40 tahun, ia punya pandangan stereotip tentang Muslim. Tapi saat menghabiskan cutinya di Mesir, ia bertemu dan berteman dengan banyak orang Muslim, dan mengatakan bahwa ia mulai menyadari persepsi tentang keyakinan Islam. "Keyakinan lama saya perlahan luntur, dan Islam menjadi lebih menarik perhatian saya," katanya.

Menurutnya, ajaran Islam sebenarnya sangat indah. "tak benar Islam mengajarkan kekerasan. "Jika anda menyelami ajaran Islam, anda akan menemukan ajaran agama ini benar-benar sangat indah, sangat lembut, dan manis," katanya.

Ia menyarankan satu hal bagi mereka yang tengah belajar Islam. "Sebelum anda membuah keputusan, tarik nafas dalam-dalam dan dengarkan apa kata Islam. Kemudian, penahi pola pikir anda," katanya.

Ketika ini, Tawfiq memutuskan untuk tinggal di Mesir. Ia mengaku tak mudah dengan perubahan politik di negeri itu. "Satu hal yang diajarkan Islam adalah, jangan pernah terkejut dengan apapun yang datang dalam kehidupan kita. Di Mesir, semua terbukti. Siapa yang menduga hanya dalam tiga minggu penzalim yang 30 tahun lebih berkuasa boleh tumbang," katanya.










BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh. -MK

Sunday, February 20, 2011

PRK DUN Kerdau: Siapa lawan siapa?

Umum sudah pun mengetahui bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sudah pun diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan dilangsungkan pada 6 Mac depan serentak dengan PRK DUN Merlimau.

Melihat kepada keputusan itu, pastinya Barisan Nasional (BN) Pahang mahupun Pas Pahang sudah merangkan gerak kerja atau jentera parti masing-masing meskipun dalam tempoh yang amat singkat untuk melakukan persediaan.

Apa pun, PRK ini harus dilaksanakan sebagai satu proses demokrasi di negara ini yang mana sesuatu Kerusi DUN ataupun Parlimen perlu diisi apabila berlaku kekosongan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Menyentuh mengenai PRK ini pastinya umum tertanya-tanya siapakah calon-calon yang layak untuk diletakkan oleh BN dan Pas dan kredibiliti calon-calon ini pastinya akan menentukan kejayaan kedua-dua parti yang bertanding.

BN akan mengumumkan calon PRK DUN Kerdau mereka pada Selasa ini. Malah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob sudah pun menyerahan empat nama kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Difahamkan empat nama yang diserahkan itu adalah Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Bekas Adun Kerdau, Datuk Redzwan Harun, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak Ahmad serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Norahan Abu Bakar.

Manakala bagi Pas pula, tiga nama yang difahamkan dipendekkan daripada tujuh nama pada peringkat awal adalah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim yang juga bekas calon DUN Kerdau Pas pada pilihan raya umum 2008 yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN.

Bagaimanapun, siapa yang bakal bertemu siapa hanya akan diketahui pada Selasa (BN) dan Khamis (Pas) ini apabila kedua-dua parti yang bertanding menentukan calon yang sesuai untuk menggalas cabaran dalam PRK kali ini.

Adalah sesuatu yang amat menarik mengenai PRK Kedau pada kali ini apabila Pas dikatakan cuba meletakkan calon popular yang boleh menggugat BN yang pastinya mahu mempertahankan Kerusi Kerdau yang mereka menangi sebanyak 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Sanggang (1999).

Dengan 8,999 pengundi berdaftar dengan 88.36 peratus adalah Melayu, pastinya mana-mana parti pun tidak berani mempertaruhkan calon yang bukan Melayu kerana risikonya cukup tinggi.

Malah umum juga mengetahui bahawa Kerdau merupakan tempat pertama penubuhan Pas di negeri ini dan di situ jugalah letaknya Markas Pas Negeri.

Seperti mana yang dikatakan Tuan Ibrahim sendiri, peluang di Kerdau untuk Pas adalah 50-50 kerana banyak isu-isu boleh dibangkitkan terutamanya mengenai pembangunan di Kerdau sendiri sepanjang di bawah pemerintahan BN.

Sama ada isu yang akan dibangkitkan itu relevan atau tidak hanya rakyat di Kerdau sahaja boleh menentukan sama ada pembangunan yang diharapkan itu berlaku atau tidak.

Manakala bagi BN pula, peluang untuk mereka menang dilihat agak cerah berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini.

Mereka pastinya mahukan calon yang popular dan boleh menang bagi menggalas ‘wasiat’ yang ditinggalkan oleh Zaharuddin sebelum ini.

Penting bagi BN untuk menjelaskan kepada rakyat Kerdau mengenai pembangunan di kawasan itu agar keyakinan yang tertanam sebelum ini akan terus hidup subur di terus segar.

Apa pun segala keputusan terletak di tangan para pengundi yang akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka pada 6 Mac nanti yang pastinya memperlihatkan satu pertandingan yang sengit.

Bagi BN pula tugas mereka adalah untuk mempertahankan kerusi adalah lebih penting daripada meningkatkan jumlah majoriti yang diperoleh Zaharuddin sebelum ini.

Manakala bagi Pas pula, kemenangan pada kali ini merupakan satu kejayaan menawan kubu BN yang sudah bertahan 13 kali pilihan raya. -SH

Saturday, February 19, 2011

Penyakit Was-Was (Ragu-Ragu) Dalam Ibadah

Penyakit was-was adalah antara penyakit yang paling serius dan ada kalanya akan mencapai tahap yang kronik. Pada tahap ini penghidapnya akan kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi memandangkan keadaan diri mereka yang teruk. Was-was adalah serangan penyakit hati yang melanda manusia melalui saluran gangguan makhluk yang disebut Allah sebagai al-Khannas. Firman Allah SWT :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)

Agama Islam adalah agama yang tidak memberikan kepayahan atau kesulitan kepada umatnya untuk melaksanakan segala ibadah kepada Allah. Berlakunya was-was adalah disebabkan kurangnya pengetahuan agama dalam setiap ibadah yang dilakukan seperti, cara berniat ketika melakukan ibadah, cara melakukan ibadah yang benar dan banyak lagi sehinggakan penyakit was-was makin menjadi-jadi. Was-was juga boleh berlaku kepada sesiapa yang mempunyai ingatan yang lemah atau pelupa dalam setiap perbuatan yang dilakukan didalam ibadahnya.

Kaedah untuk menghilangkan penyakit was-was ini ialah dengan cara seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan mengetahui cara melaksanakan ibadah yang betul. Sedikit sebanyak kaedah ini dapat membantu mengurangkan sifat was-was yang ada dalam diri seseorang. Contohnya seperti mandi hadas, cukup dengan keyakinan kali pertama mengalirkan air ke anggota badan ketika mandi hadas, hal ini sudah memadai dan mandi hadas tersebut sah dan tidak terbatal.

Ketika melakukan ibadah, perlu difokuskan perbuatan yang dilaksanakan dalam ibadah tersebut supaya tidak lupa. Jika terlupa, ulangi kembali rakaat solat yang terlupa sama ada rakaat tersebut sudah dilakukan ataupun tidak. Perbuatan ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya sifat was-was dan jiwa yang tidak tenteram apabila selesainya ibadah.

http://www.ustaznoramin.com

370 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso tahun lepas

http://www.seeklogo.com/images/P/Perkeso-logo-AF07D68ADC-seeklogo.com.gifKOTA KINABALU: Sejumlah 370 majikan telah di kompaun dalam Ops Kesan Perkeso pada tahun lepas.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jeeva Narayanasamy berkata kompaun bernilai RM80,175.00 telah dikutip dan 56 majikan telah didakwa atas keengganan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang mengehendaki majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja mendaftar dengan Perkeso.

“Daripada 370 majikan itu, seramai 284 majikan didapati gagal mendaftarkan perusahaan manakala 86 lagi gagal mendaftarkan pekerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Faedah di Wisma Perkeso kelmarin.

Jeeva berkata Ops Kesan Perkeso 2011 iaitu operasi penguatkuasaan akan dijalankan bermula pada 1 Mac depan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang belum berdaftar dengan Perkeso.

“Majikan yang belum mendaftarkan perusahaan mereka dan tidak mendaftarkan pekerja akan di kompaun serta merta tanpa sebarang notis. Tindakan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah boleh diambil dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya sambil menambah Ops Kesan Perkeso kali ini akan memberi tumpuan khas kepada perniagaan-perniagaan yang beroperasi waktu malam.

Menurutnya lagi, bulan Februari merupakan bulan pengampunan yang diberikan sebagai kelonggaran kepada majikan untuk mendaftar dengan Perkeso sebelum Ops Kesan Perkeso 2011 dimulakan.

“Majikan diberi tempoh pengampunan sehingga akhir bulan ini dan saya menasihatkan agar semua majikan berdaftar segera bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan,” katanya.

Dalam majlis itu juga Jeeva turut menyampaikan cek faedah kepada penerima faedah iaitu Liaw Ket Kiong, 38, Fredolin Jaswei, 47, Yap Hon Boon, 69, Lu Suan Teck, 39, dan Standfield Chin Tet Kiun, 36, untuk setiap tuntutan yang dibuat.

Sarawak Dan 30 Tahun Rejim Hosni Mubarak, Apa Kena Mengena ?

Memang tiada kena mengena pilihan raya umum negeri Sarawak dengan kejatuhan rejim Hosni Mubarak. Siapa kata ada? Tan Sri Mohd Taib Mahmud dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Tanggal 26 hb Mac ini genaplah 30 tahun tempuhnya menyandang jawatan yang paling berkuasa di Bumi Kenyalang itu.

Ada pemerhati politik meramal, Taib akan bubar DUN Sarawak pada 2 April sebagai menghormati tarikh perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada 2009. Pilihan raya dijangka diadakan pada 11 April 2011.

30 tahun sebagai Ketua Menteri? Generasi X atau sekarang lebih popular dikenali sebagai generasi Facebook dan Twitter sudah pasti menjadikan tempuh 30 tahun sebagai satu isu yang menarik.

Apapun, keputusan PRU Sarawak sudah pasti membawa impak yang besar kepada kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah negara.

Persoalannya, apakah Najib bersedia menerima risiko hilang populariti BN dan kerajaan pimpinannya jika terus mengekalkan Taib sebagai KM Sarawak? Apakah tidak mungkin angka 30 tahun itu menjadi titik tolak kepada penolakan generasi X?

Secara kebetulan isteri baru Tan Sri Mohd Taib ialah wanita berusia 28 tahun dari tanah Arab negeri Syria yang terkenal dengan gadis-gadisnya yang cantik dan menarik. Secara kebetulan isteri Mobarrak juga berdarah keturunanan dari negara Syria. Ada kaitan?

Ada pemerthati politik dari Sarawak cadangkan supaya tokoh-tokoh veteran seperti Taib, Alfred Jabu, George Chan mengetuai PRU negeri tetapi tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon-calon baru. Dengan harapan golongan muda, generasi Facebook dan Twitter akan beri sokongan kepada slogan "berubah atau rebah"

Peristiwa di Mesir pastinya menjadi pengajaran kepada BN.

-http://muslioli.blogspot.com

PKR SABAH BIDAS KEMENTERIAN PELAJARAN

TIGA buah sekolah telah dikenalpasti oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) sebagai tidak selamat untuk digunakan dan laporan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Berdasarkan rekod, sekolah ini telah dibina sebagai salah satu projek kilat oleh Kerajaan BN. Satu lagi kesinambungan kerakusan kepimpinan dan kroni-kroni BN dalam membina projek kilat tersebut. Bidas Halik Zaman yang memegang portfolio Pendidikan dalam pimpinan PKR Sabah.

"Demi keuntungan dan kepentingan kroni, BN sanggup memperjudikan nyawa kanak-kanak yang hadir setiap hari ke sekolah-sekolah berkenaan untuk menimba ilmu pelajaran. Demi untuk mempertontonkan ‘kepalsuan keperihatinan’ kepada rakyat Tawau, BN sanggup menggadaikan keselamatan kanak-kanak yang tiada dosa dengan mereka," tegas Halik yang juga Ketua Cabang PKR Tenom itu.

Kata Halik lagi, "Lihatlah betapa BN mempermainkan hidup rakyat yang telah mengundi mereka selama ini dengan kes ‘sekolah semborono’. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Kukusan, SK Bahagia dan SK Jambatan Putih.”

Seandainya sekolah-sekolah itu harus ditutup kerana faktor keselamatan, kata Halik, maka 3,000 orang penuntut sekolah berkenaan terpaksa ‘diabaikan’ pembelajaran mereka dek kerana tuntutan serakah pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni mereka yang hanya mementingkan ‘keuntungan’ yang disalur masuk ke akaun masing-masing.

"Inikah yang di maksudkan oleh PM 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan? Dek kerana terlalu sibuk menjaga pergerakan Pakatan Rakyat, mereka melupakan sama sekali kebajikan dan keselamatan rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila BN semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri," perli Halik.

Tambah Halik lagi, "BN hanya mencari-gali kesilapan Pakatan Rakyat sahaja, walau tiada mereka sengaja adakan juga. Sehinggakan mereka terlupa kesilapan dan kelalaian besar yang mereka lakukan seperti kes sekolah kilat ini mereka abaikan."

"Kita yakin sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pusat, para pemimpin Pakatan Rakyat akan lebih berhati-hati dalam hal-hal kemasyarakatan dan kebajikan kerana setiap kealpaan yang dilakukan oleh Kerajaan BN akan dijadikan tauladan dan sempadan demi sebuah pentadbiran yang lebih berdinamik dan berwawasan," bidas Halik lagi.

Kecam Halik lagi dengan lantang, "Pakatan Rakyat Sabah mengutuk sekeras-kerasnya sikap yang tidak bertanggung jawab Kementerian Pelajaran yang menganggap keselamatan anak-anak kita sebagai satu perkara remeh dan tidak ada apa-apa tindakan diambil kepada bangunan sekolah sekolah yang bermasalah."

Oleh: MEDIA PKR SABAH

MPP TIDAK PERNAH LANTIK RONNIE

KENYATAAN akhbar dan tuduhan liar Ronnie Klassen terhadap Presiden PKR Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah suatu kenyataan yang tidak berasas sama sekali kerana MPP tidak pernah meluluskan jawatan Pengarah Komunikasi kepada Ronnie Klassen.

“Kalau pun ada lantikan Pengarah Komunikasi dari MPN sebelum Presiden mengambil alih, maka biro-biro belum dibentuk lagi kerana susunan biro-biro masih dalam proses lagi,” kata Halik Zaman yang memegang porfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat PKR Sabah.

Kata Halik, "Ronnie Klassen boleh membuat laporan polis atas kapasiti sebagai ahli PKR bukan sebagai Pengarah Komunikasi sebab lantikan BIRO Komunikasi MPN yang lalu sudah dibubarkan dan belum dibentuk lagi."

Tegas Halik lagi, "Ini adalah kerana Sabah tidak lagi menggunakan sistem Majlis Perhubungan Negeri untuk sementara waktu sebaliknya menggunakan sistem Majlis Presiden. Majlis Presiden ini telah terbentuk secara sebulat suara dan pada mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Dato' Seri Presiden telah di tubuhkan beberapa biro dan jawatankuasa. Ini jelas membuktikan bahawa jawatan Pengarah Komunikasi ini tidak wujud sama sekali dalam keputusan Majlis Presiden."

Berkemungkinan juga Ronnie Klassen telah di lantik oleh Azmin Ali semasa beliau menjadi Pengerusi MPN Negeri Sabah pada tahun 2009. Pada dasarnya, kita semua amat maklum dan arif bahawa apa-apa jawatan yang di sandang akan tamat dengan sendirinya di atas tiga perkara muktamad seperti berikut :

1. Apabila seseorang itu di pecat atau seseorang melepaskan jawatan.

2. Tamat tempoh penggal seperti termaktub dalam Perlembagaan Parti.

3. Berlaku Kongres Nasional Parti dan pemilihan di peringkat Cabang dan Pusat.

Dalam hal ini, jelas diertikan bahawa penggal perkhidmatan beliau telah tamat apabila berlaku pemilihan di peringkat Cabang dan Pusat kerana semua jawatankuasa atau biro lantikan sebelumnya terbubar dengan sendiri kerana memberikan ruang dan peluang kepada kepimpinan baru untuk membentuk Jawatankuasa baru.

“Maka kerana itulah saya menegaskan di sini tidak timbul isu yang mengatakan Presiden itu berbohong atau sebagainya,” kata Halik yang kesal dengan kenyataan desperado yang gagal mendapat tempat dalam Majlis Presiden.

Oleh: MEDIA PKR SABAH

Gambar Pembantu Menteri Ditangkap Tidur Dgn Pasangannya

Kota Kinabalu: Kelmarin blog GB ada menyiarkan kisah mengenai seorang pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Gambar yang dilampir ketika itu adalah gambar fail. Namun semalam Borneo Post ada menyiarkan gambar sebenar sewaktu pembantu menteri tersebut sedang ditanya pegawai agama. Pasangannya di atas katil dalam keadaan berkemban sedang berselubung dengan selimut. Lihat gambar di atas.

Berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya.

Taib: BN S'wak tak pandang rendah pembangkang

BN Sarawak tidak pernah pandang rendah kemampuan parti-parti pembangkang di negeri itu untuk menang pada setiap kali pilihan raya diadakan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata malah BN negeri sentiasa membuat persiapan rapi untuk menghadapi pembangkang dalam pilihan raya.

"Ia adalah strategi biasa BN. Kita tidak pernah pandang rendah mereka (parti-parti pembangkang)," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, Taib menyempurnakan upacara peletakan batu asas projek Kompleks Islam Sarawak bernilai RM46.6 juta di Jalan Awang Ramli Amit di Sibu hari ini. Kos projek itu dibiayai oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas ingatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya BN Sarawak tidak memandang remeh kemampuan pihak pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat pada 24 Julai ini.

Ketua Menteri juga melahirkan rasa bangga dengan kesedaran ditunjukkan masyarakat Cina di negeri ini terhadap perjuangan BN dan berharap trend seumpama itu akan berterusan.

- Bernama

Thursday, February 17, 2011

Syarikat FOREX Gulung Tikar, Pelabur Gigit Jari

MASALAH para pelabur Malaysia yang menggigit jari dalam dagangan mata wang asing (forex) kelolaan sebuah firma milik rakyat negara itu di sini, kini menjadi perbualan hangat di ruang siber.

Maki hamun, tohmahan, sumpah seranah dan kutuk mengutuk menjadi bahan utama dalam sekitar 20 blog yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Sasaran utama mereka ialah pemilik syarikat GECS Limited, Encik Fauzi Abdullah, 38 tahun tidak dapat dikesan keberadaannya selepas masalah yang melanda skim kelolaannya disiarkan menerusi satu siri laporan bermula April tahun lalu.

Sebelum gulung tikar dan menutup pejabatnya di tingkat 16 High Street Centre, nama firmanya dikenali sebagai Metz Global Pte Ltd yang didaftarkan di sini.

Dagangan forex kelolaannya, yang menawarkan dividen 10 hingga 15 peratus sebulan, sebelum ini adalah atas nama firma GECS Limited yang didaftarkan di kepulauan British Virgin Island.

Dagangan forex itu menarik sekitar 1,000 pelabur yang dipercayai melabur sekitar RM22 juta ($10 juta) bagi 'cepat kaya' kerana terpikat dengan dividen 10 hingga 15 peratus sebulan tang ditawarkan.

Para pelabur terdiri daripada pelbagai lapisan - orang biasa, penjaja, pegawai kerajaan, orang kenamaan daripada pangkat Dato' hingga Tan Seri.

Pemeriksaan Berita Harian mendapati banyak blog itu memuat turun bulat-bulat laporan berjudul Pengarah firma 'lesap', pejabat gelap-gelita yang disiarkan Berita Harian pada 7 Mei tahun lalu.

Dalam blog CariGold.com, seorang pengunjung, Zayed, bertanya: 'Mana lawyer niiii...... pi la upah lawyer kat Singapore... saman GECS.... upah Karpal Singh pun okkkk....

'Undeng-undeng Singapore sangat hebat!!!!!!!! apa lagi...'

Seorang lagi pengunjung, Hafizuka berkata: 'Tak bangga ke ada anak Melayu cam Encik Fauzi yang mampu buka GECS dan Metz Global dan bagi pulangan 10 hingga 15 peratus setiap bulan!'

Azam Gamat dalam forum CariGold pula berkata: 'Punah duit aku RM10,000 nak kumpul bertahun-tahun, tapi nak hilang sekelip mata. Aduh!! nasib-nasib!!'

Rata-rata mereka menyifatkan dagangan kelolaan firma tersebut sebagai satu skim cepat kaya - bukan skim pelaburan tulen.

Namun, tiada seorang pun warga Singapura yang menyertai dagangan forex tersebut - kesemuanya rakyat Malaysia.

Seorang lagi pengunjung forum CariGold yang hanya dikenali sebagai Bijakasb berkata: 'Orang Singapura tu pandai... dia orang dah tahu mana ada jalan short cut nak kaya. -BHS

DENGARLAH JERITAN BATIN RAKYAT SABAH

SAYA terpegun seketika apabila terbaca satu artikel yang amat menarik tersiar di Portal Sabahkini.net bertajuk ‘Batalkan Kad Pengenalan dan Kerakyatan PATI’ yang merujuk kepada usaha Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing berhubung gesaannya kepada Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin Tun Hussin supaya diadakan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bagi menyelesaikan masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.

Bagaimanapun memorandum yang mengandungi bukti-bukti dakwaan Bumburing itu ditolak oleh menteri berkenaan tanpa alasan yang konkrit. Gelagat Menteri terbabit mengguris perasaan rakyat Sabah yang inginkan kehidupan yang selesa dan aman damai tanpa ancaman musuh dari dalam.

Tahukah Dato’ Hisham bagaimana perasaan rakyat Sabah sekarang yang sentiasa dibayangi kebimbangan sertiap hari, apatah lagi petualang petualang negara dengan berani mencabar undang-undang negara apabila ada di antaranya mengisytiharkan diri mereka sebagai pewaris Sultan Sulu dan bertindak menabalkan diri sendiri sebagai Sultan Sulu.

Kami rakyat Sabah menegaskan bahawa kehadiran PATI di bumi bertuah ini bukan atas kehendak kami mengundang mereka, tetapi ia berlaku atas musibah negara mereka dan atas belas ehsan kerajaan membenarkan mereka tinggal untuk sementara waktu sebagai peri kemanusiaan.

Malangnya kenapa mereka ini diberikan pula kerakyatan dan Kad Pengenalan semata-mata menjadikan mereka ‘perkakas’ sesebuah parti politik untuk terus memerintah negara ini tanpa mengira kesan jangka panjang rakyat jati Sabah.

Kami bukan tidak bersimpati dengan masalah kebajikan PATI, tetapi kami juga mahu kerajaan khususnya KDN lebih bersimpati dengan nasib masa depan rakyat jati Sabah dari terus tertindas dan menjadi pelarian di negeri sendiri di suatu hari nanti.

Kami amat tertekan dan kebingungan kerana sandaran kami untuk mengatasi masalah keselamatan rakyat jati Sabah tidak lain daripada Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, tetapi malangnya sandaran dan harapan kami terus hancur berkecai apabila Menteri terbabit enggan menerima dan mendengar suara hati rakyat Sabah yang disampaikan Bumburing.

Kami merayu agar suara hati kami didengar dan diambil perhatian yang serius kerana jumlah PATI yang memiliki Kad Pengenalan dan kerakyatan jumlahnya bukan sedikit, malah ratusan ribu dan mungkin dalam tempoh sedekad lagi jumlah mereka akan bertambah berlipat ganda. Jadi, dalam keadaan sebegitu sudah pastilah suara kami, rakyat jati Sabah akan terus tenggelam dan perlahan-lahan hilang di bumi Sabah.

Menafikan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja membuktikan Kerajaan Pusat takut kepada ‘badi’ yang ditinggalkan oleh ‘Petualang Negara’, Allahyarham Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub yang mendalangi semua kegiatan mengeluarkan kad pengenalan projek atas restu bersama semua pemimpin UMNO, semata-mata untuk merampas ‘Sabah’ daripada tangan Parti Bersatu Sabah ketika itu.

Sekian,
TOK JANGGUT

Bahaya Plumbum - Skandal Tergempar Sabah

Kami memohon ehsan Sabahkini.net agar menerbitkan DVD Skandal Tergempar Sabah agar dapat ditonton oleh semua rakyat Sabah yang masih jahil tentang bahaya plumbum; terutama di luar bandar Sabah yang tidak mempunyai capaian internet.

Sebagai ibu bapa, kami bimbang kerana anak-anak kami terdedah kepada bahaya plumbum yang disebarkan melalui bateri asid plumbum yang digunakan di semua sekolah di luar bandar sebagai ‘Pembunuh Senyap’ yang diberi lesen oleh Kerajaan.

Oleh itu, kami merayu ehsan agar ada pihak yang menaja penerbitan DVD Skandal Tergempar Sabah supaya Sabah terhindar daripada kematian kanak-kanak akibat keracunan plumbum.

Selamatkanlah Generasi Kami,
ABDUL JALAL KASSIM -sabahkini

Kampung Masih Mundur - Mana Janji Adun?

MIRI: Tamu Bakam yang juga dikenali sebagai Bakam Point bakal dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di kawasan perkampungan nelayan Bakam bagi merancakkan lagi ekonomi dan sosial masyarakatnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Datuk Aidan Wing berkata perkampungan nelayan di Bakam itu juga bakal dijadikan kampung angkat oleh Persatuan Melanau Miri (PMM) bagi merealisasikan hasrat tersebut. “Kita sekarang memberi fokus untuk memajukan Bakam sebagai pintu masuk bagi kawasan Lambir berikutan kedudukannya yang strategik dalam memajukan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat,” katanya pada majlis Hari Keluarga PMM semalam, Aidan menjelaskan, Bakam Point berkenaan bakal dibina di tapak sedia ada dan dijangka meningkatkan lagi sumber pendapatan penduduk yang kebanyakan bekerja sendiri sebagai nelayan dan petani. Menurutnya, Tamu Bakam akan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 0.86 ekar dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM400,000. “Kita juga telah memohon peruntukan berjumlah RM4.9 juta daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkembangkan sector ekonomi penduduk Lambir terutamanya di Bakam,” tambahnya.

Sehubungan itu, Tamu Bakam kelak bakal menjadi simbol ekonomi penduduk Lambir, seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi. Dalam majlis yang sama, beliau juga menyarankan supaya ibu bapa mengutamakan pendidikan anak-anak mereka kerana mereka juga bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. “Pendidikan adalah penting pada masa ini kerana kerajaan memerlukan guna tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan untuk membangunkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE),” katanya. Menurutnya, pada tahun 2030, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 2.3 juta pekerja berkemahiran dan berpengetahuan untuk diserapkan dalam SCORE.


Ulasan Dari PAS Miri

Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Adun Lambir pada tahun lalu (2010) yang memberi fokus untuk memajukan Bakam sebagai pintu masuk bagi kawasan Lambir berikutan kedudukannya yang strategik dalam memajukan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Kita dapati Kampung Bakam masih lagi terpinggir dari arus pembangunan. Kampung Bakam adalah sebuah perkampungan yang berhampiran dengan pantai laut cina selatan, kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan juga nalayan. Kampung Bakam jarak perjalanan ke bandaraya Miri lebih kurang setengah jam ke pusat Bandar.

Jalan masuk ke dalam kampung Bakam terlalu sempit dan tidak sesuai untuk kenderaan besar. Sudah hampir bertahun-tahun lamanya penduduk kampung Bakam memohon jalan yang lebih luas dan bertar kedalam kampung tetapi sehingga kini hanya ada sebahagian kecil sahaja ada jalan bertar itu pun sempit dan kecil hanya sesuai untuk motorsikal saja dan jalan yang terdapat diluar atau sekitar jalan kampung pun separuh bertar, Apabila masuk kedalam pendalaman sedikit jalan masih teruk seperti yang terdapat dalam gambar ini.

Jalan berlumpur dan becak apabila waktu hujan. Sukar bagi petani atau perkebun menjalankan aktiviti pertanian serta membawa hasil kebun mereka ke Bandar.

Bukan saja itu masih ada lagi rumah penduduk yang belum mendapat bakalan air bersih dan masih menggunakan air perigi dan juga bakalan api elektrik pun belum semua yang dapat menikmatinya disebabkan kos pemasangan yang terlalu mahal buat keluarga yang miskin.
Kita memohon agar pihak yang berkenaan jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak dapat melaksanakan janji mereka apabila tiba waktu janji tersebut dinanti-nantikan oleh penduduk kampung sampai sekarang pun tidak kelihatan.

PAS dan PAKATAN Rakyat sangat perihatin tentang nasib penduduk kampung yang sudah lama ketinggalan dalam arus pembangunan. Selama ini nasib penduduk kampung terabai tanpa dipedulikan oleh Adun yang berkenaan kecuali apabila musim pilihanraya barulah muncul muka pemimpin Bn merayu undi dari penduduk kampung. Mereka akan berjanji seperti biasa kepada penduduk dimana akan diberi peruntukan kemudahan asas serta naik taraf jalan di kampung tersebut tetapi bila habis pilihanraya semuanya tinggal janji saja. Penduduk kampung dengan penuh kesabaran menunggu bila lagi kampung mereka akan dinaik tarafkan. Begitulah nasib penduduk dan rakyat Sarawak yang setia dengan BN.

Mereka hanya dijadikan alat untuk meraih undi dan mereka tidak dapat apa yang mereka hajati kerana hanya segelintir saja yang ada kepentingan dengan pemimpin BN saja yang akan mendapat hasil tersebut. Kita selalu mendengar BN berjanji memberi peruntukan yang berbilion-bilion ringgit untuk kemudahan asas rakyat tetapi siapa yang dapat hasil tersebut adakah rakyat atau pemimpin BN? Kita mohon agar peruntukan tersebut hendaklah disalurkan dengan segera tanpa sebarang alasan lagi kerana apa yang penduduk mahu adalah kemudahan asas bukannya janji-janji kosong saja.

Tepuk dada tanya iman masing-masing semasa mengundi kelak fikirlah baik2 sebelum menyesal di kemudian hari. Kita sudah memberi peluang kepada BN memerintah hampir 50 tahun di Sarawak tetapi rakyat Sarawak tetap masih ramai yang hidup dalam kemiskinan. Ubahlah sekarang demi kesejahteraan ummah. Kita adalah tuan yang sebenarnya bukannya wakil rakyat. Kerana kitalah yang menentukan siapa yang layak menjadi wakil kita dalam Dun atau parlimen.

Jadi kita ingatkan wakil rakyat janganlah sombong dan menyalahgunakan kuasa apabila sudah dilantik jadi wakil rakyat. Laksanakan tugas kamu dengan adil dan amanah demi kebajikan rakyat semua tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik masing-masing. Kalau kamu sudah tidak mampu melaksanakan tugas dan amanah kamu bagilah peluang pula pada PAS dan PAKATAN Rakyat untuk memerintah, Isya-Allah pasti ada perubahan yang lebih baik untuk rakyat semua.

http://pas-miri.blogspot.com/

Pegawai Khas Pembantu Menteri Di Sabah Dicekup Khalwat

Kota Kinabalu: Ketika umat Islam sibuk meningkatkan amalan sempena sambutan Maulidur Rasul, seorang pegawai khas kepada pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam. Gambar fail

Bagaimanapun, niat pasangan itu tidak berpanjangan apabila mereka dicekup dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sempena Hari Kekasih yang menyasarkan beberapa hotel murah dan rumah persendirian sekitar bandar raya ini.

Terdahulu, berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. -hm

Tuesday, February 15, 2011

PENGAGEHAN RUMAH PBR TUARAN TIDAK ADIL

SEBILANGAN Penduduk Kampung Penimbawan di Tuaran melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sistem pengagehan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di kampung tersebut kerana didakwa tidak telus dan terdapat ada unsur pilih kasih.

Seorang wakil penduduk, Haji Harin Haji Hassan berkata, pengagehan rumah itu sepatutnya dibuat dengan cara cabutan undi supaya semua penduduk kampung terlibat berpuas hati dan tidak merasa didiskriminasi pihak-pihak tertentu.

"Terdapat kalangan yang rapat dengan pimpinan kampung dapat tempat tertentu, konon dapat arahan orang atas," kata Haji Harin yang kelihatan amat kecewa dengan pengagehan itu.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat surat bantahan kepada Pejabat Daerah Tuaran bagi meminta kaedah pengagehan sebanyak 250 unit rumah itu dibuat secara teratur dan adil.

Sehubungan itu, beliau juga melahirkan rasa terkejut apabila menerima surat arahan pindah ke rumah bilangan 144 yang ditandatangani oleh Pegawai Daerah Tuaran, Madiyem Layapan yang mengarahkan juga penduduk lain berpindah ke rumah baru PBR secepat mungkin.

Dalam surat bertarikh 7 Januari 2011 itu, menyatakan bahawa keputusan mesyuarat Projek Pembangunan Masyarakat Setempat (PAMS) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Kampung Penimbawan pada 30 Disember 2010, berdasarkan keputusan mesyuarat itu mereka diperuntukkan rumah tersebut yang dibuat secara pilihan.

"Soalnya siapa yang membuat pemilihan? Kenapa kami tidak diberitahu dan sekali gus dijemput hadir dalam pemilinan itu?,” tanya Haji Harin sambil menambah, penduduk kampung berkenaan tetap menerima rumah yang diberikan kerajaan, tetapi beliau mempersoalkan mengapa penduduk Kampung Penimbawan tidak dilibatkan dalam pengagehan rumah tersebut.

"Meskipun saya kurang faham dengan pengertian isi surat Pegawai Daerah Tuaran kerana saya tiada pendidikan, tetapi jelas ia tidak memahami perasaan dan harapan penduduk yang inginkan keadilan," kata Haji Harin seorang pesara Angkatan Tentera yang benar-benar tidak berpuashati kerana sistem pengagehan itu tidak berasas.

Katanya, Projek perumahan itu sesungguhnya memberikan manfaat yang amat baik dan mampu menaikan taraf hidup masyarakat kampung terlibat.

Walau bagaimanapun, beliau meminta pemimpin tempatan agar campurtangan supaya pengagihan rumah PBR di Kampung Penimbawan Tuaran itu dibuat semula secara telus dan adil dengan menerusi cabutan undi.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET